You are on page 1of 4

REFLEKSI

Pengenalan

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan rasa kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Tugasan bagi mata pelajaran Murid dan Alam Belajar ini telah diberikan oleh pensyarah saya iaitu Puan Harithun.Semasa mendapat soalan tugasan ini daripada pensyarah, saya meneliti perkara -perkara yang dikehendaki yang terdapat dalam soalan. Pada mulanya, saya tidak begitu memahami mengenai cara pelaksanaan kerja kursus ini kerana kami saya tidak pernah belajar cara untuk menbuat RPH. Setelah diberikan taklimat ringkas oleh pensyarah saya barulah saya mendapat sedikit sebanyak gambaran untuk melaksanakan tugasan ini. Di dalam tugasan ini, saya dikehendaki melaksanakan tugasan secara berkumpulan dengan menyediakan laporan mengenai rancangan pengajaran harian serta membuat pembentangan di dalam kelas. Kumpulan saya telah memilih tajuk Ikan Hiasan bagi penyediaan rancangan pengajaran harian kami . Tajuk yang telah kami pilih ini di sasarkan untuk murid-murid Kemahiran Hidup Tahun 4,5 dan 6 . Pada awal pelaksanaan tugasan, setiap ahli daripada kumpulan kami telah membahagikan tugas masing-masing bagi memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja menyiapkan tugasan ini. Sebelum melaksanakan tugas masing -masing, kumpulan kami telah membuat sedikit perbincangan dan meminta nasihat daripada pensyarah mengenai penyediaan rancangan pengajaran harian yang akan kami buat. Pada awal perbincangan, saya dan ahli kumpulan yang lain menghadapi

sedikit kesulitan dan masalah dalam memahami penerangan yang diberi kan oleh pensyarah mengenai rancangan pengajaran harian . Ini kerana pada waktu itu, kelas kami masih belum belajar mengenai topik rancangan pengajaran harian. Setelah di beri penerangan berulang-ulang kali oleh pensyarah kami, barulah kami dapat memahami dengan jelas. Selain itu juga saya dan rakan kumpulan yang ada menbuat sedikit kajian bagaimana cara untuk menbuat RPH ini. Setelah membuat perbincangan semula sesama ahli kumpulan, barulah kami mencapai kata sepakat. Untuk memilih tajuk dan bagaimana untuk menhubungkait teori, model, strategi dan langkah-langkah dalam Pembelajaran Gagne.

Refleksi Kumpulan

Tugasan ini juga telah mengajar saya mengenai model, pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran yang berkesan. Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Terdapat beberapa model pengajaran yang telah diperkenalkan ol eh pakar-pakar pendidik sebagai panduan untuk menghasilkan pengajara n dan pembelajaran dengan lebihberkesan. Antaranya ialah model pemprosesan maklumat, model behavioris, model sosial dan model personal. Pendekatan pula bermakna cara untuk mendekati sesuatu. Ia merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan be rdasarkan kepada objektifnya. Terdapat beberapa pendekatan yang boleh saya gunakan di dalam bilik darjah iaitu pendekatan induktif, deduktif, integratif, eklektik dan tematik.Berdasarkan kepada huraian Edward M.Anthony,kita boleh merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model,p rinsip atau prinsip atau teori

pembelajaran,misalnya daripada konkrit kepada abstrak,daripada konkrit kepada abstrak,daripada mudah kepada kompleks,daripada keseluruhan kepada kepada

bahagian,daripada umum kepada spesifik(deduktif),daripada spesifik

umum(induktif), daripada dekat kepada jauh,daripada diketahui kepada belum diketahui. Strategi pengajaran dan pembelajaran pula boleh didefinisikan sebagai kebijaksanaanmemilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan supaya bolehmenghasilkan pencapaian yang opt imum.Strategi-strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam bilik darjah adalah seperti strategi pemusatan guru, strategi pemusatan murid, strategi berasaskan bahan dan strategi berasaskan tugasan atau aktiviti. Melalui model, pendekatan, strategi dan kaed ah pengajaran yang telah saya aplikasikan di dalam tugasan ini, saya berharap agar semua teknik teknik pengajaran ini dapat juga saya aplikasikan di sekolah kelak. Kesimpulannya, mata pelajaran Murid dan Alam Belajar ini merupakan mata pelajaran yang sangat penting kepada warga pendidik terutamanya guru. Ini kerana dengan mempelajari subjek ini saya akan dapat memperbaiki lagi kelemahan kelemahan yang terdapat di dalam diri saya sebagai seorang bakal guru. Selain itu, melalui subjek ini juga saya telah dapa t menyelami dengan lebih mendalam la gi

mengenai alam belajar kanak -kanak dan dapat memahami keperluan mereka dengan lebih dekat. Sebagai bakal guru yang sedang menimba ilmu, memang tidak dinafikan bahawa saya masih mempunyai banyak kekurangan serta kelemahan diri dan masih banyak benda yang saya harus pelajari dalam melengkapkan diri ini dengan segala ilmu yang diperlukan bagi menjadi guru yang cemerlang. Oleh itu, di masa akan datang, saya haruslah mempersiapkan diri saya dengan membuat persiapan yang secukupnya dengan menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan isi pembelajaran yang akan saya sampaikan kepada murid. Saya juga haruslah memadankan isi pembelajaran dengan masa yang telah ditetapkan bagi membolehkan aktiviti pengajaran dil akukan semua dan membolehkan objektif pengajaran dicapai. Mulai pada masa sekarang, saya akan cuba untuk mengawal dan menyesuaikan isi pembelajaran dengan keadaan pembelajaran supaya ianya dapat diseragamkan dan dapat dihabis kan secara sistematik dan bukanlah secara tergopoh-gapah pembelajaran. hingga menyebabkan murid -murid gagal memahami isi

Penutup

Oleh itu, saya berharap agar penghasilan laporan mengenai tugasan ini akan dapat memberi impak yang besar bagi diri saya. Selain itu, saya akan berusaha dengan lebih gigih supaya dapat meningkatkan prestasi dan menghasilkan kerja yang lebih baik dan berkualiti daripada sebelumnya pada masa akan datang. Saya juga berharap agar maklumat yang diperolehi ini dapat memberikan manfaat kepada saya di masa akan datang. Tugasan ini diharapkan agar dapat memberi seribu satu pengalaman dan manfaat kepada setiap lapisan masyarakat khususnya kepada diri saya sendiri terhadap perkara yang amat penti ng ini. Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah mata pelajaran ini iaitu Puan Harithun kerana telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan -rakan semasa di dalam kelas. Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli kumpulan kerana telah memberikan komitmen dan kerjasama yang terbaik sepanjang tempoh kami menyiapkan t ugasan yang diberi ini. Tidak lupa juga kepada rakan -rakan dari kumpulan yang lain kerana sudi berkongsi pendapat dan saling bertukar -tukar maklumat dalam menjayakan lagi hasil tugasan kami ini. Akhir kata daripada saya, saya berasa gembira dapat mempelaja ri mata pelajaran Murid dan Alam Belajar ini dan menyiapkan tugasan yang dikehendaki kerana subjek ini sedikit sebanyak akan membantu saya pada masa akan datang apabila menjadi seorang pendidik yang bergelar guru.

You might also like