You are on page 1of 20

PELAKSANAAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF TEKNIK ‘JIGSAW’

MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID DALAM TOPIK PROSES JAHITAN

Nurul ‘Izzati binti Abdullah Asshaari

Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah

BAB 1

(PENGENALAN)

1.1 Latar Belakang Kajian

Pendidikan teknikal dan vokasional yang telah lama berkembang di Malaysia dibentuk bertujuan
untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas vokasional dan teknikal.
Mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga merupakan salah satu mata pelajaran dalam aliran
vokasional. Mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4 mempunyai enam belas topik
yang merangkumi tiga bidang utama iaitu Makanan dan Pemakanan, Pakaian serta Keluarga dan
Tempat Kediaman. Dalam bidang Pakaian, topik Proses Jahitan merupakan salah satu topik yang
sukar untuk difahami dan dihadam oleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung di dalam kelas,

Topik Proses Jahitan mengkehendaki murid untuk mengenal pasti setiap proses jahitan
dan menamakan jenis proses tersebut, menghuraikan setiap proses jahitan serta menyatakan
langkah penyediaan setiap jenis proses jahitan. Hasil pembelajaran yang agak kompleks tersebut
menuntut guru untuk mempelbagaikan strategi pengajaran supaya dapat meningkatan tahap
kefahaman murid dalam topik tersebut. Salah satu strategi pengajaran yang boleh diaplikasikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah strategi berpusatkan murid. Antara kaedah yang
boleh dilaksanakan dalam strategi berpusatkan murid ialah kaedah pembelajaran koperatif.
Terdapat pelbagai model dalam kaedah pembelajaran koperatif dan salah satu daripada model
tersebut ialah model ‘jigsaw’.

1
Kaedah pembelajaran koperatif teknik ‘jigsaw’ menuntut setiap murid supaya berada
dalam kumpulan ‘jigsaw’ dan mempunyai kepakaran masing-masing. Murid yang berada dalam
satu kumpulan kepakaran akan berbincang dan memahami topik yang diberi. Murid berikut
kemudiannya akan kembali kepada kumpulan ‘jigsaw’ untuk menerangkan topik berkenaan
kepada rakan-rakan yang lain. Kumpulan kepakaran ini diwujudkan supaya mendorong murid
agar dapat menguasai sesuatu konsep yang dipertanggungjawab ke atas mereka di samping
membolehkan mereka memikirkan strategi untuk mengajar konsep tersebut kepada murid lain
dalam kumpulan ‘jigsaw’ mereka. Struktur ‘jigsaw’ adalah kompleks kerana ia memerlukan
komitmen daripada murid dan pendidik. Pelaksanaan teknik ‘jigsaw’ memerlukan perancangan
rapi (Felder & Brent, 2004) dan seperti kaedah pembelajaran koperatif yang lain, kumpulan
murid yang dibentuk untuk teknik ‘jigsaw’ perlulah memenuhi ciri-ciri berikut, iaitu
kepelbagaian dalam kumpulan, sasaran kumpulan atau kesalingbergantungan positif, interaksi
sokongan, kebertanggungjawapan individu, kemahiran interpersonal, peluang kejayaan sama rata
dan saingan kumpulan.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang Lalu

Sebagai seorang guru, saya seharusnya bijak memilih strategi dan kaedah pengajaran supaya
murid dapat memberikan sepenuh perhatian kepada pengajaran saya semasa berlangsungnya
proses pengajaran dan pembelajaran. Amalan pengajaran yang membosankan merupakan salah
satu punca kehilangan minat murid untuk memberikan sepenuh perhatian terhadap pengajaran
yang disampaikan oleh saya. Kaedah pengajaran tradisional menjadi pilihan saya kerana
kesuntukan masa untuk menyiapkan kerja kursus dan hambatan masa untuk menghabiskan
sukatan pelajaran disebabkan terikat dengan sistem peperiksaan. Hal yang demikian menjadikan
murid lebih pasif di dalam kelas. Murid juga kelihatan mengantuk dan bersembang-sembang
dengan rakan-rakan mereka tanpa memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap pengajaran
saya di dalam kelas. Selain itu, murid juga gagal menguasai keseluruhan topik Proses Jahitan
memandangkan mereka agak keliru dengan ketujuh-tujuh proses jahitan yang diajar iaitu
Penghilangan Gelembung, Kelim, Belah, Garis Leher, Penyudah Tepi, Lengan dan Kancing.
Kebanyakan murid didapati gagal menghuraikan setiap proses jahitan dengan tepat serta agak
lemah dalam menyatakan langkah penyediaan setiap jenis proses jahitan.

2
Adakah cara saya mengajar selama ini terlalu membosankan murid? Perlukah saya
menambah baik strategi dan kaedah pengajaran saya? Apakah kaedah pembelajaran koperatif
teknik ‘jigsaw’ ini mampu menarik semula minat murid untuk memberikan sepenuh perhatian
terhadap pengajaran saya? Mampukah saya menjalankan kaedah pembelajaran koperatif teknik
‘jigsaw’ ini di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas nanti?

1.3 Isu Keprihatinan / Fokus Kajian

Sebagai seorang pendidik, saya bertanggungjawab untuk merancang pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan demi memastikan murid-murid memahami isi pembelajaran supaya
hasil pembelajaran dapat dicapai dengan jayanya. Walaupun saya mengesan banyak masalah
yang dihadapi oleh murid saya, namun saya hanya akan fokuskan kajian ini kepada masalah
pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran saya dan masalah penguasaan murid terhadap
isi pembelajaran topik Proses Jahitan iaitu huraian setiap proses jahitan dan langkah penyediaan
setiap jenis proses jahitan. Masalah yang saya kenal pasti daripada tinjauan awal saya ialah:

 Murid tidak memberikan sepenuh perhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
yang sedang berlangsung malah sesetengah daripada mereka mengantuk dan
bersembang-sembang dengan rakan-rakan mereka.
 Murid tidak dapat menghuraikan dengan terperinci setiap proses jahitan dan langkah
penyediaan setiap jenis proses jahitan.

Melalui masalah yang telah dikenal pasti, saya merancang untuk menambah baik proses
pengajaran dan pembelajaran saya melalui pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif teknik
‘jigsaw’ untuk meningkatkan pemahaman murid di samping mengelakkan murid daripada
menjadi pasif di dalam kelas.

3
1.4 Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, diharapkan murid-murid akan mencapai objektif berikut:

i. Objektif Umum
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menggunakan kaedah pembelajaran koperatif
teknik ‘jigsaw’ bagi meningkatkan kefahaman murid Tingkatan 4 Cemerlang dalam topik
Proses Jahitan.

ii. Objektif Khusus


 Menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas dengan
menggunakan kaedah pembelajaran koperatif teknik ‘jigsaw’.
 Meningkatkan kefahaman murid dalam penerangan isi pembelajaran bagi topik
Proses Jahitan.

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini amat penting untuk dijalankan bagi memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran
saya di dalam kelas bagi meningkatkan kefahaman dan minat murid terhadap pengajaran saya.
Hal ini demikian kerana kebanyakan murid tidak memberikan sepenuh perhatian terhadap
pengajaran saya di dalam kelas dan hasilnya mereka tidak dapat menjawab dengan tepat soalan
yang saya ajukan kepada mereka berkaitan topik yang diajar. Oleh itu, saya ingin menukar
strategi pengajaran saya daripada strategi berpusatkan guru kepada strategi berpusatkan murid
supaya murid lebih berminat untuk menguasai isi pembelajaran apabila dapat menyelesaikan
sesuatu tugasan yang diberi secara berkumpulan. Di samping itu juga, saya berharap hasil
pembelajaran dalam topik Proses Jahitan dapat dicapai dengan jayanya melalui pelaksanaan
amalan pembelajaran koperatif teknik ‘jigsaw’ dalam kalangan murid sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas.

4
1.6 Definisi Konsep dan Definisi Operasi

1.6.1 Definisi Konsep

Kaedah pembelajaran koperatif teknik ‘jigsaw’ merupakan strategi pengajaran berpusatkan


murid dan kaedah pembelajaran ini boleh diterapkan ke atas semua murid dan dalam semua mata
pelajaran termasuk mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga. Kaedah pembelajaran secara
berkumpulan ini dapat melatih murid supaya terlibat secara aktif di dalam kumpulan untuk
menguasai sesuatu isi pembelajaran di samping meningkatkan semangat kerjasama dan saling
membantu dalam kalangan ahli kumpulan yang telah ditetapkan.

1.6.2 Definisi Operasi

Kaedah pembelajaran koperatif teknik ‘jigsaw’ menuntut setiap pelajar dalam satu kumpulan
untuk menjadi pakar dalam topik tertentu dan bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada
rakan sekumpulan tentang apa yang telah mereka pelajari. Model ‘jigsaw’ memerlukan setiap
kumpulan menghantar wakil daripada ahli kumpulan untuk membentuk kumpulan pakar. Guru
akan menyediakan bahan akademik dan ahli-ahli dalam kumpulan pakar akan berbincang
sebahagian daripada bahan akademik tersebut. Kemudian, semua ahli kumpulan pakar tadi akan
kembali kepada kumpulan masing-masing untuk berkongsi pengetahuan tentang bahan akademik
yang telah dibincangkan dengan rakan sekumpulan masing-masing. Struktur ‘jigsaw’ mengikut
urutan bermula dengan guru mengajar, murid berbincang dalam kumpulan pakar, murid kembali
ke kumpulan masing-masing, kemudian berbincang dan mengajar ahli kumpulan mereka, kuiz
dan peneguhan (Slavin, 1990).

1.7 Batasan Kajian

Kaedah pembelajaran koperatif merupakan salah satu strategi pengajaran berpusatkan murid.
Oleh yang demikian, kaedah pembelajaran koperatif memerlukan para guru untuk mempunyai
latihan yang mencukupi bagi memastikan keberkesanan kaedah yang digunakan. Kekurangan
latihan dan pengalaman saya dalam kaedah pembelajaran ini mungkin menyebabkan

5
keberkesanan pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif kurang berkesan. Selain itu,
berkemungkinan wujud murid yang kurang bersedia untuk bekerjasama di antara ahli kumpulan
sepanjang kaedah pembelajaran koperatif ini diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

1.8 Rumusan

Permulaan bab ini membincangkan latar belakang kajian, refleksi pengajaran dan pembelajaran
yang lalu serta fokus kajian. Berdasarkan latar belakang kajian dan refleksi yang telah dibuat,
saya telah meneliti dengan lebih mendalam tentang fokus kajian yang hendak dijalankan. Hal ini
penting supaya saya dapat mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah yang timbul
hasil daripada refleksi yang telah dijalankan. Bab ini juga membincangkan dengan lebih
terperinci objektif kajian dan kepentingan kajian di samping mengenal pasti batasan kajian agar
penambahbaikan dapat dilaksanakan dalam kajian ini.

6
BAB 2

(TINJAUAN LITERATUR)

2.1 Pendahuluan

Tinjauan literatur membincangkan tentang kajian lepas berkaitan penggunaan kaedah


pembelajaran koperatif teknik ‘jigsaw’ dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran
koperatif menuntut murid untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru secara
berkumpulan. Menurut Johnson & Johnson (1994), pembelajaran koperatif meliputi lima unsur
asas iaitu saling bergantungan secara positif, akauntabiliti individu, interaksi kumpulan,
kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan.

2.2 Kajian-kajian Lepas

Slavin (2011) memberikan definisi bahawa semua kaedah pembelajaran koperatif memerlukan
pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran rakan-rakan
sepasukan mereka selain daripada pembelajaran mereka sendiri. Selain daripada idea bekerja
bersama-sama, kaedah ini memberi penekanan kepada penggunaan matlamat pasukan dan
kejayaan pasukan, yang hanya boleh dicapai sekiranya semua ahli dalam pasukan mempelajari
objektif yang diajar.

Dalam pada itu, beberapa kajian mendapati bahawa pembelajaran melalui strategi ini
dapat menghasilkan pelajar yang mencapai markah tertinggi dalam sesuatu mata pelajaran di
mana mereka dapat mengasah kemahiran sosial yang tinggi, mengurangkan sikap individualistik
dan memahami isi kandungan pelajaran secara mendalam (Hamidah Che Meh, 2008).

Zakaria Kassim (2003) pula menjalankan kajian untuk pembelajaran koperatif seperti
permainan ‘jigsaw’ II dan STAD dalam matapelajaran perdagangan bagi memastikan kesan
kedua-dua kaedah ke atas pencapaian, pembabitan dan amalan berkomunikasi pelajar. Kajian
yang dilakukan secara kuasi eksperimen selama 11 minggu menunjukkan bahawa kaedah

7
pembelajaran koperatif menyumbang kepada peningkatan pelajar jika dibandingkan dengan
kaedah pembelajaran secara konvensional.

Menurut Sharan (1980), selain daripada pencapaian akademik, pembelajaran koperatif


juga membawa kesan yang positif dalam hubungan sosial antara kaum serta sikap dan minat
terhadap pembelajaran. Melalui kaedah pembelajaran koperatif juga, pelajar didapati
bekerjasama, tolong menolong dan bertindak sebagai satu pasukan yang mantap tanpa mengira
perbezaan yang wujud sesama mereka.

Kajian oleh Suhaida et al. (2006) dalam pendidikan perakaunan menunjukkan prestasi
pelajar kumpulan pembelajaran koperatif lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan
kumpulan pembelajaran tradisional. Kajian ini disokong oleh Rubiah (2002), yang menyatakan
pembelajaran koperatif memberi faedah kepada pelajar yang lemah berdasarkan dapatan kajian
yang diperoleh menunjukkan skor ujian pos meningkat dengan signifikan dan pelajar
mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan kaedah pembelajaran koperatif. Zaenab
Hanim (2004), menyatakan bahawa pelajar yang dilibatkan dalam pembelajaran koperatif boleh
meyakinkan dan meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

Zahara dan Suzela (2011), menyatakan bahawa kemampuan guru memotivasikan pelajar
dapat mewujudkan pergantungan yang positif antara pelajar untuk berkomunikasi dan
berkoperatif. Effendi Zakaria (2005) berkeyakinan bahawa amalan pembelajaran koperatif
mampu menarik minat serta memberi keyakinan pelajar dalam menghadapi masalah
pembelajaran. Michelle (2003) mendapati pencapaian di sekolah mempengaruhi motivasi untuk
berjaya dalam alademik, dengan kata lain pencapaian akademik yang diperoleh oleh pelajar akan
menghasilkan motivasi pembelajaran yang maksimum untuk membolehkannya mencapai
prestasi yang lebih baik.

Skop kajian pembelajaran koperatif amat luas sekali dan semakin ramai pengkaji
mengkaji kaedah pembelajaran ini. Setiap kajian yang telah dijalankan mempunyai matlamat
yang sama iaitu melihat keberkesanan pembelajaran koperatif. Namun ianya tetap memberi satu
pengalaman baru hasil daripada dapatan yang berbeza dan harus dikongsi. Ini akan
menambahkan lagi pengetahuan para pendidik tentang pembelajaran koperatif.

8
2.3 Rumusan

Skop kajian berkenaan pembelajaran koperatif amat luas sekali dan semakin ramai penyelidik
menjalankan kajian berkaitannya. Setiap kajian yang telah dijalankan mempunyai matlamat yang
sama iaitu untuk melihat keberkesanan pembelajaran koperatif. Bab ini membincangkan tentang
kajian-kajian lepas dan kenyataan-kenyataan lain yang berkaitan dengan pembelajaran koperatif.
Terdapat pelbagai model pembelajaran koperatif namun model yang digunakan dalam kajian ini
ialah pembelajaran koperatif model ‘jigsaw’. Kebanyakan hasil kajian mendapati pembelajaran
koperatif memberi kesan yang positif kepada pembelajaran para pelajar.

9
BAB 3

(METODOLOGI)

3.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif. Maklumat atau data diperolehi
melalui ujian pra dan pasca serta borang soal selidik.

3.2 Model Kajian Tindakan

Proses kajian tindakan akan dimulai dengan idea umum yang menekankan perubahan dan
peningkatan amalan dan kerja guru yang diperlukan. Proses ini dapat dilihat sebagai gelung
spiral iaitu satu isu akan menjadi asas kepada isu lain dan persoalan tentang masalah akan
terjawab. Kajian yang melibatkan gelung spiral akan bermula daripada proses refleksi, proses
merancang, proses bertindak dan akhir sekali proses memerhati. Gelung ini akang berulang
untuk mendapatkan keberkesanan kaedah yang digunakan. Setiap proses ditunjukkan dalam
rajah 1.

Rajah 1 – Proses kajian tindakan menggunakan Model kajian tindakan oleh


Kemmis & McTaggart (1988)
10
3.3 Prosedur Menjalankan Kajian

Langkah 1 – Tinjauan Awal Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini bagi mengatasi
masalah yang telah dikenal pasti, saya perlu membuat tinjauan awal melalui pengumpulan data
dan maklumat secara tepat. Ini kerana, peringkat permulaan sangat penting bagi membolehkan
saya mengenal pasti punca wujudnya masalah yang timbul. Pengumpulan data boleh didapati
dengan cara melalui:

1. Pemerhatian secara langsung di dalam kelas untuk mengenal pasti sikap dan penerimaan
murid terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran saya.
2. Analisis dokumen berupa lembaran ujian iaitu ujian pra bagi mengesan tahap pemahaman
murid terhadap pengajaran saya di dalam kelas.

Langkah 2 – Merancang Tindakan

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang lalu, saya mendapati bahawa kebanyakan
murid tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran saya malah sesetengah
daripada mereka kelihatan mengantuk dan bersembang-sembang sesama mereka. Hal ini
demikian mungkin kerana teknik pengajaran yang saya gunakan kurang menarik kerana saya
hanya menggunakan strategi pengajaran berpusatkan guru dan dibantu dengan ‘slide show’
sebagai bahan bantu mengajar. Oleh itu, saya telah mengaplikasikan satu kaedah pembelajaran
koperatif teknik ‘jigsaw’ untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran saya dan
untuk menarik minat murid supaya dapat menumpukan perhatian di dalam kelas. Aktiviti yang
dirancang melalui kaedah ini ialah:

1. Semua murid akan dibahagikan kepada empat kumpulan ‘jigsaw’ yang terdiri daripada
tujuh orang ahli kumpulan.
2. Setiap murid yang berada dalam kumpulan ‘jigsaw’ akan mempunyai kepakaran masing-
masing di mana setiap seorang daripada mereka akan membentuk tujuh kumpulan pakar
untuk membincangkan dan memahami ketujuh-tujuh proses jahitan yang berbeza iaitu

11
Penghilangan Gelembung, Kelim, Belah, Garis Leher, Penyudah Tepi, Lengan dan
Kancing.
3. Setiap murid daripada kumpulan pakar kemudiannya akan kembali semula kepada
kumpulan ‘jigsaw’ untuk menerangkan kembali proses jahitan yang telah mereka kuasai
kepada rakan-rakan mereka yang lain.
4. Ujian pasca akan dijalankan ke atas murid untuk mengenal pasti keberkesanan aktiviti-
aktiviti yang dijalankan.

Langkah 3 – Melaksana Tindakan

Proses pelaksanaan tindakan penting supaya saya dapat merancang tindakan untuk mengatasi isu
atau masalah yang berlaku dalam kalangan murid. Saya akan melaksanakan aktiviti – aktiviti
intervensi mengikut ketetapan yang telah dirancangkan. Aktiviti ini akan diulang sekali lagi bagi
memantapkan tahap kefahaman pelajar saya tentang topik Proses Jahitan.

Aktiviti 1  Guru memberikan penerangan berkaitan topik Proses Jahitan


(10 minit) dengan menggunakan ‘slide show’ dan buku teks.
 Murid memberikan perhatian terhadap penerangan guru.
Aktiviti 2  Murid akan berbincang berkaitan topik Proses Jahitan dalam
(20 minit) kumpulan pakar kemudian kembali ke kumpulan ‘jigsaw’
masing-masing.
Aktiviti 3  Guru akan memberikan soalan ujian kepada murid untuk
(10 minit) menguji kefahaman murid berkaitan topik Proses Jahitan.
 Markah murid akan direkodkan.

Jadual Pelaksanaan Aktiviti di dalam kelas

12
Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil Aktiviti Tarikh


pelaksanaan

1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 5 Februari 2016

2 Menulis proposal kajian 13 Februari 2016

3 Merancang tindakan – Individu 18 Februari 2016

 Memberi penerangan kepada murid berkaitan


pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif teknik
‘jigsaw’

4 Melaksanakan tindakan – Aktiviti 1 23 Februari 2016


 Menjalankan ujian pra ke atas murid
 Melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran
melalui penerangan guru pada awalnya kemudian
melaksanakan kaedah pembelajaran koperatif teknik
‘jigsaw’
 Menjalankan ujian pasca ke atas murid

5 Membincangkan masalah yang timbul dalam Tindakan 1 27 Februari 2016


 Membuat refleksi tentang kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan dan keputusan ujian

13
6 Melaksanakan tindakan – Aktiviti 2 5 Mac 2016
 Menjalankan ujian pra ke atas murid
 Melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran
melalui penerangan guru pada awalnya kemudian
melaksanakan kaedah pembelajaran koperatif teknik
‘jigsaw’
 Menjalankan ujian pasca ke atas murid

7 Membincangkan masalah yang timbul dalam Tindakan 2 8 Mac 2016


 Membuat refleksi tentang kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan dan keputusan ujian

8 Memerhati – mengumpul dan menganalisis data bagi 10 Mac 2016


menilai keberkesanan tindakan

Langkah 4 – Mengumpul dan Menganalisis Data

Data dan maklumat perlu dikumpul dan dianalisis untuk mendapatkan hasil kajian. Data dan
maklumat dikumpul bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif teknik
‘jigsaw’ dan untuk membandingkan keputusan ujian pra dan pasca yang akan dijalankan ke atas
murid. Data dikutip melalui ujian pra dan pasca serta edaran soal selidik bagi mendapatkan
maklum balas murid berkenaan kaedah pembelajaran koperatif yang dilaksanakan. Item soal
selidik yang digunakan adalah berbentuk skala Likert. Data yang dikutip dianalisis dengan
menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi dengan menggunakan Statistical Package
for Social Science (SPSS).

14
PELAKSANAAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF TEKNIK ‘JIGSAW’
MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID DALAM TOPIK PROSES JAHITAN

SOAL SELIDIK

BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG


Bagi setiap item, sila tandakan [ / ] pada ruangan yang berkaitan.

1. Jantina:

[ ] Lelaki

[ ] Perempuan

2. Bangsa:

[ ] Melayu

[ ] Cina

[ ] India

[ ] Lain-lain (sila nyatakan) __________________________

3. Markah ujian terkini (Ekonomi Rumah Tangga):

[ ] 80 - 100

[ ] 60 - 79

[ ] 40 - 59

[ ] 0 - 39

15
BAHAGIAN B : MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PEMBELAJARAN KOPERATIF

Sila jawab semua soalan berikut.

Tandakan ( / ) dalam SATU petak sahaja bagi setiap pernyataan mengikut skala berikut:

Skala

1 2 3 4 5

Tidak setuju Kurang setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

Kekerapan bagi skala


BIL. SOALAN
likert

1 2 3 4 5

1. Saya suka belajar dengan menggunakan kaedah


pembelajaran koperatif.
2. Saya mendapati kaedah pembelajaran koperatif
menyeronokkan.
3. Saya suka mata pelajaran yang memerlukan saya dan
rakan-rakan untuk menggunakan kaedah pembelajaran
koperatif untuk menyelesaikan sesuatu tugasan.
4. Saya suka kaedah pembelajaran koperatif kerana saya
rasa gembira apabila dapat menggunakan kaedah
tersebut untuk menyelesaikan sesuatu tugasan.
5. Saya suka kaedah pembelajaran koperatif sebab ia lebih
menarik.
6. Saya akan belajar dengan menggunakan kaedah
pembelajaran koperatif kerana saya dapat memperoleh
maklumat yang baru dan menarik minat saya.

16
7. Saya belajar dengan menggunakan kaedah pembelajaran
koperatif kerana dapat mengetahui banyak perkara yang
saya ingin tahu.
8. Saya suka belajar dengan menggunakan kaedah
pembelajaran koperatif untuk mengetahui sesuatu yang
baru.
9. Saya suka menyelesaikan tugasan sekolah bersendirian.

10. Apabila saya tidak memahami sesuatu, saya suka


menyelesaikannya bersendirian.
11. Apabila saya membuat kesilapan, saya suka mencari
jawapan yang betul secara bersendirian.
12. Jika masalah tersebut tidak boleh diselesaikan, saya tetap
sedaya upaya untuk menyelesaikannya secara
bersendirian.
13. Saya suka membuat kerja rumah tanpa bantuan pihak
lain.

17
3.4 Kumpulan Sasaran

Kajian ini dijalankan ke atas murid-murid yang mengambil mata pelajaran Ekonomi Rumah
Tangga Tingkatan Empat. Kajian ini akan melibatkan 28 orang murid Tingkatan 4 Cemerlang
yang terdiri daripada 20 orang murid Melayu, 5 orang murid Cina dan 3 orang murid India.

3.5 Instrumen Kajian

Instrumen penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pra, ujian pasca dan borang
soal selidik. Ujian pra merupakan satu set soalan yang perlu dijawab oleh murid untuk mengukur
tahap pencapaian murid tentang tajuk yang telah dipelajari untuk mendapatkan maklumat dan
gambaran awal tahap pencapaian murid dalam menguasai tajuk yang akan dipelajari. Ujian pasca
pula merupakan satu set ujian prestasi yang diberikan kepada murid untuk mengukur tahap
pencapaian murid setelah proses pengajaran dan rawatan pembelajaran koperatif diberikan
kepada murid. Soalan ujian ini terdiri daripada set soalan yang sama dengan ujian pra tetapi
susun atur soalan telah diubah suai sedikit oleh pengkaji. Borang soal selidik pula merupakan
instrumen yang digunakan untuk mengukur motivasi murid terhadap pembelajaran koperatif
yang dilaksanakan.

3.6 Rumusan

Secara keseluruhannya, bab ini membincangkan mengenai reka bentuk kajian yang digunakan
untuk mendapatkan data dan maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Bab ini juga
menjelaskan tentang prosedur kajian yang dijalankan mengikut model yang dipilih iaitu Model
Kajian Tindakan Spiral Kemmis & McTaggart (1988). Selain itu, kumpulan sasaran juga telah
difokuskan supaya objektif dapat dicapai dengan berkesan dan berjaya. Penggunaan instrumen
kajian seperti ujian pra dan ujian pasca serta borang soal selidik juga dijelaskan dalam bab ini.

18
Rujukan

Effendi Zakaria (2005). Asas pembelajaran koperatif dalam Matematik. Shah Alam: Karisma

Publication Sdn. Bhd.

Hamidah Che Meh (2008). Kesan pembelajaran terhadap prestasi kemahiran berfikir kritis

dalam penulisan rumusan bagi subjek bahasa melayu di kalangan pelajar tingkatan satu

yang berbeza pencapaian. Tesis sarjana pendidikan yang tidak diterbitkan (USM).

Johnson, D. W. & Johnson, R. T. (1994). Learning together and alone: Cooperative, competitive
and individualistic learning. Boston: Allyn and Bacon.
Kemmis, S. & McTaggart, R., 1988. The action research planner. Third Edition. Geelong

Victoria, Australia: Deakin University Press

Maria Salih (2015). Bagaimana menjalankan kajian tindakan. Penerbit Universiti Pendidikan

Sultan Idris. Tanjong Malim, Perak.

Michelle Cristhopherson (2003). Classroom of future: Learner-Centered Learning, Hamline

University. Learning by doing, A constructivist approach of instructor and student

Rubiah Rahmat (2002). Pembelajaran koperatif di dalam mata pelajaran Prinsip Akaun
Tingkatan 4, Di daerah Batu Gajah Perak. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.
Sharan, S. (1980). Cooperative learning in small groups: Recent methodsand effects on

achievement, attitudes and ethnic relations. Review of Educational Research, 50 (2), 241

– 271.

Slavin, R. E. (1990). Cooperative learning: Theory, research and practice. Massachussetts:

Simon & Schuster Inc.

Slavin, Robert, E. (2011). Student team learning: A practical guide to cooperative learning.

Washington, DC: National Education Association.

Suhaida Abdul Kadir, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Noran Fauziah Yaacob, Habibah Elias &
Rohani Ahmad Tarmizi (2006). Kesan pembelajaran koperatif terhadap konsep kendiri

19
akademik di dalam Pendidikan Perakaunan. Jurnal Pendidikan, 26 pp.37-61.
ISSN01265261.
Zaenab Hanim (2004). Penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran Matematik

di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan, 29, 105 – 124

Zahara Aziz & Suzela Bustam. (2011) Kesan Strategi Pembelajaran Koperatif Terhadap
Pencapaian Geografi Tingkatan Satu-Topik Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar.
Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1)(2011): 1-10
Zakaria Kassim (2003). Kemahiran komunikasi, pembabitan dan pencapaian pelajar

perdagangan melalui kaedah pembelajaran koperatif. USM: Tesis Ijazah Doktor

Falsafah yang tidak diterbitkan.

20

You might also like