You are on page 1of 33

Guru Perlu Pelbagaikan Strategi Pengajaran

http://deriakacamata.blogspot.my/2008_10_01_archive.html
Seorang guru perlu mahir melaksanakan pelbagai strategi pengajaran semasa melaksanakan
pengakaran dan pembelajaran di bilik darjah. Profesionalisme seseorang guru boleh diukur
daripada kemahiran beliau menggunakan pelbagai strategi pengajaran semasa melakukan
pengajaran. Semasa latihan perguruan (pra perkhidmatan) di institusi latihan perguruan, semua
bakal guru telah didedahkan kepada ilmu pedagogi dan andragogi. Selain itu ilmu mengenai
kaedah mengajar bagi subjek tertentu juga didedahkan. Semua bakal guru dikehendaki
melaksanakan micro-teaching dan latihan mengajar sebelum diiktirafkan sebagai seorang guru
yang sebenar. Kita sebagai warga guru perlu memjaga nilai profesion ini supaya sentiasa
terpelihara dan dipandang mulia dan dihormati. Kalau nak mengajar, tak perlu mengikuti kursus
pra perkhidmatan perguruan, semua orang boleh mengajar seperti membuka pusat-pusat
tuisyen. Tetapi, kita yang telah mengikuti latihan perguruan, perlulah berbeza daripada guru
tuisyen yang tidak mengikuti sebarang kursus. Sekiranya guru tuisyen dapat mengajar dengan
lebih baik daripada kita, nilai profesionalisme kita pasti tercabar. Baiklah, sekarang kita akan
membincangkan strategi pengajaran, semoga apa yang dibincangkan kali ini akan dapat
memberikan sedikit manfaat kepada kita sebagai seorang guru yang profesional. Apa yang
dibincangkan di sini mungkin ringkas dan tidak mencakupi secara keseluruhan topik, namun
ianya boleh dijadikan sebagai rangsangan dan permulaan kepada kita semua. Aspek utama
daripada fasa pengajaran dalam Model perancangan-pengajaran-penilaian ialah pelbagai
strategi pengajaran yang digunakan oleh guru. Kepelbagaian strategi pengajaran Pembelajaran
perlu dilakukan oleh guru untuk menjadikan proses pengajaran pembelajaran menarik dan
efektif. Pembelajaran berpusatkan guru (teacher-directed strategy) adalah dimana guru
mengawal keseluruhan proses pengajaran pembelajaran, pelajar pasif semasa guru
mengendalikan pengajaran. Sementara pembelajaran berpusatkan murid (pupil-centered
strategy) pula, proses pengajaran pembelajaran adalah daripada aktiviti yang telah dirancang
dan dilakukan oleh murid. Proses pengajaran boleh juga berlaku di antara kedua-dua strategi ini
(perantaraan).
Pembelajaran Berpusatkan -----------> Pembelajaran Berpusatkan
Guru Murid Terdapat banyak pendekatan yang berlainan ke arah pengajaran pembelajaran
disebabkan oleh kepelbagaian cara manusia belajar. 1. STRATEGI PENDEKATAN
MEDIA Strategi pendekatan media mengandungi 3 langkah;
Perancangan
Penyediaan media
Aktiviti susulan
Tumpuan utama strategi ini ialah untuk membawa pengalaman pembelajaran ke dalam bilik
darjah. ..experiences from beyond the classroom.' Strategi ini sangat berfaedah untuk
perkembangan dan pengayaan pengetahuan, kemahiran dan sikap daripada bahan yang
spesifik dan penyampainya. Strategi ini didapati sesuai untuk semua peringkat umur dan tahap

kebolehan serta bidang seperti sains sosial, bahasa, sastera, muzik, matematik dan sains.
Supaya persembahan menggunakan media menjadi lebih efektif, beberapa keperluan utama
dipastikan ialah;
periksa Panduan Penggunaan atau pra-tonton (preview) bahan (video/filem/slaid) untuk
mempastikan program sesuai dengan umur, kebolehan, keperluan dan minat pelajar.
persembahan memenuhi keperluan objektif pelajaran.
pelajar diberikan tugasan khusus untuk dilakukan semasa dan selepas menonton.
guru memainkan peranan penting sebelum, semasa dan selepas persembahan.
2. STRATEGI PENDEKATAN LATIH TUBI Pendekatan ini memerlukan 6 langkah utama; i.
Perancangan ii. Semak makna perkataan dan kefahaman iii. Tumpukan kepada bahagian
utama pelajaran iv. Latih tubi v. Ujian bertulis vi. Pemeriksaan dan pemarkahan
Tumpuan utama strategi ini ialah, melalui pengulangan dapat menghasilkan respon yang
segera atau pengingatan kembali yang cepat terhadap fakta, nama dan perkataan. Latih tubi
melalui komputer adalah contoh yang sangat baik. Sekiranya strategi ini dilakukan tanpa had
menyebabkan pelajar menjadi bosan dan tanpa tujuan. Pelajar akan menghafal seperti
nyanyian dengan sedikit kefahaman sahaja. Untuk melakukan strategi ini dengan lebih
berkesan, beberapa prinsip perlu diberikan perhatian utama;
bahan mestilah mudah difahami oleh pelajar, berdasarkan contoh yang konkrit/pengalaman
pelajar.
latih tubi perlu pendek, tepat, pantas dan sesi latih tubi tidak melebihi 10 minit.
latih tubi perlu aplikasi secara praktikal.
latih tubi perlu menarik; penggunaan kad imbasan, OHP, audio kaset, permainan akan
menambahkan minat, perisian komputer adalah salah satu cara yang sangat berkesan.
kadar kejayaan perlulah tinggi.
peneguhan seperti pujian dan maklumbalas segera akan menguatkan lagi daya ingatan.
latih tubi perlu berdasarkan kepada keperluan dan 'individualized' sebanyak mungkin.
3. STRATEGI PENDEKATAN EKSPOSISI Mengandungi 4 langkah utama; i. Perancangan ii.
Persembahan bahan iii. Aktiviti pelajar iv. Uji kefahaman/pemindahan bahan ke dalam
kehidupan sebenar
Tumpuan utama strategi ini ialah untuk memindahkan maklumat dengan secepat yang mungkin
dan difahami. Guru memindahkan maklumat dan pelajar pasif secara fizikal sebagai penerima.
Strategi ini kerap digunakan kepada pelajar yang lebih matang. Strategi ini menyebabkan
pelajar menjadi bosan, terlalu lama mendengar dan menerima maklumat dengan lemah. contoh
strategi ini adalah syarahan dan ceramah iaitu lebih berbentuk strategi pembelajaran

berpusatkan guru. Untuk persembahan dengan kaedah ini, beberapa perkara perlu diberikan
perhatian khusus;
strategi ini sesuai dengan peringkat umur, kebolehan, minat dan keperluan pelajar; kesesuaian
ini adalah berasaskan kepada masa penumpuan dan isi kandungan pelajaran
bermula dari tahu kepada tidak tahu
isi kandungan dipersembahkan dalam langkah-langkah yang kecil
had masa persembahan adalah kira-kira 20 minit yang mencakupi dua hingga tiga idea utama
persembahan adalah pantas, menarik, hidup dan bersemangat
pelajar dilibatkan sebanyak mungkin melalui pendengaran, komen, soal jawab dan tindakbalas
4. STRATEGI PENDEKATAN DEMONSTRASI (A DEMONSTRATION STRATEGY) Pendekatan
ini mengandungi 3 langkah utama;
i. Perancangan ii. Penerangan dan demonstrasi kemahiran/isi kandungan iii. Pelajar melakukan
demonstrasi dengan maklumbalas guru iv. Penggunaan/pemindahan kemahiran/isi kandungan
Tumpuan utama ialah untuk memperkenalkan kemahiran baru, isi kandungan dan tingkah laku
melalui pengamatan/pemerhatian dan peniruan. Ia merupakan satu kaedah tradisional tetapi
sangat efektif terutamanya kepada pelajar yang peringkat umur rendah serta lembam. Untuk
persembahan yang efektif dalam pendekatan ini, perkara berikut perlulah diberikan perhatian
khusus;
aktiviti bersesuaian dengan umur, kebolehan, minat dan keperluan pelajar.
tugasan yang diberikan perlu jelas, langkah demi langkah yang mudah dan istilah yang mudah.
semua pelajar dapat melihat dan mendengar penerangan dan demonstrasi yang ditunjukkan
oleh guru.
menyediakan penglibatan pelajar dan penilaian kendiri sebanyak mungkin.
5. STRATEGI KONSEP (A CONCEPT STRATEGY) Pendekatan ini mengandungi 4 langkah
utama;
i. Perancangan ii. Kenalpasti item yang berkaitan dengan permasalahan iii. Kumpulkan itemitem ini berdasarkan kesamaan iv. Labelkan kumpulan
Tumpuan utama adalah untuk mengurus dan mengkategori maklumat atau pengalaman kepada
sesuatu yang intelektual dan bermakna. Berfikir secara konsep dapat menolong pelajar berfikir
dengan lebih sempurna dan efektif dengan menjelaskan kepada mereka kaedah untuk
mengingat fakta, menggunakan berbagai cara dan mengumpulkannya mengikut kumpulan.
Contoh konsep dalam beberapa mata pelajaran:
Matematik - bentuk, set, nombor perdana, perkaitan operasi, pengukuran, tempat, persamaan

Sains - tenaga, momentum, magnet, mamalia, hidup/bukan hidup, serangga, labah-labah,


vertebrata.
Sains sosial - budaya, antropologi, bangsa, perkhidmatan yang baik, pengguna dan penghasil,
lokasi, daerah, kerajaan, nilai.
Muzik - irama, mood, melodi, harmoni
Beberapa perkara perlu diambil perhatian semasa strategi konsep digunakan:
konsep mestilah berkaitan
konsep mestilah mempunyai ciri-ciri yang jelas
pelajar mempunyai contoh dan pengalaman yang konkrit untuk menghubungkan konsep
sebelum dikaitkan dengan bentuk yang lebih abstrak
penglibatan pelajar yang aktif.
6. STRATEGI PERMAINAN SIMULASI (SIMULATION GAMES) Sesi pengajaran bagi strategi
ini mengandungi langkah-langkah seperti berikut;
i. Perancangan ii. Persediaan untuk permainan simulasi iii. Permainan simulasi iv.
Perbincangan dan rumusan
Tumpuan utama strategi ini ialah menghasilkan sedekat mungkin pengalaman atau situasi
sebenar. Pelajar akan dapat belajar prinsip yang khusus, konsep atau kemahiran berfikir
didalam domain kognitif, psikomotor dan nilai serta sikap yang berkaitan dengan kepercayaan
empati, kebaikan (efficacy) dan akibat (consequence). Pelajar akan belajar dengan lebih
seronok. Permainan simulasi boleh dibuat oleh guru atau yang sudah tersedia. Keburukannya
ialah permainan simulasi ini boleh menyebabkan gangguan kepada realiti, 'over-competitive'
dan nilai yang tersembunyi. Permainan simulasi yang dipilih perlulah memenuhi keperluan
berikut:
sesuai dengan peringkat umur, peringkat kebolehan dan minat pelajar
guru perlu mahir dengan peraturan permainan terlebih dahulu
permainan dijelaskan dengan tepat dan difahami pelajar
guru mengawal kelas dengan baik supaya tidak berlaku salah faham
semua pelajar terlibat secara aktif
selepas permainan guru perlu memberikan penerangan dan rumusan tentang kepentingan
prinsip, kefahaman, nilai dan kemahiran daripada permainan tersebut.
7.
STRATEGI
PERBINCANGAN
KUMPULAN
STRATEGY) Pendekatan ini memerlukan 4 langkah utama;

(A

GROUP

DISCUSSION

i. Penyusunan kumpulan ii. Penyediaan tugasan iii. Perbincangan iv. Persembahan hasilan
Tumpuan utama strategi ini ialah untuk menggalakkan kemahiran komunikasi di kalangan
pelajar dalam kelas. Menolong pelajar berfikir dan kemahiran membuat keputusan di samping
menggalakkan mereka mengeluar pendapat dan buah fikiran. Strategi ini tidak sesuai kepada
pelajar peringkat rendah sebab kemahiran membuat keputusan diperlukan (level of reasoning).
Kaedah ini juga berlaku dalam suasana yang bebas dalam persekitaran kelas. Beberapa
perkara perlu diambil perhatian sebelum melakukan strategi ini:
kelas telah biasa dengan kumpulan
topik sesuai dengan umur, dan peringkat kematangan pelajar, serta dapat merangsang ke arah
perbincangan
suasana kelas adalah koperatif dan tenang
setiap kumpulan mempunyai tugas yang tertentu dilakukan dalam masa yang telah ditetapkan
tugasan adalah jelas dan tersusun
guru mengawasi kebisingan kelas dan progres perbincangan
guru memberi panduan, berbincang dan mambantu pelajar
8. STRATEGI PENEMUAN BERPANDU (A GUIDED DISCOVERY STRATEGY) Terdiri dari 3
langkah;
i. Guru mencetuskan masalah ii. Pelajar mengkaji masalah iii. Guru dan pelajar berbincang
masalah dan membuat kesimpulan Tumpuan utama strategi ini ialah menolong pelajar
menghasilkan kemahiran menyelesaikan masalah. Strategi ini menekankan supaya pelajar
mengenali bagaimana belajar dengan melakukan sendiri. Strategi ini boleh digunakan kepada
pelajar di peringkat rendah tetapi lebih sesuai dan berfaedah kepada peringkat tinggi.
Kelemahannya ialah tidak sesuai untuk memindahkan maklumat atau fakta yang banyak sekali
gus. Tanpa panduan guru, pelajar akan mengambil masa yang lebih panjang untuk belajar
dengan kaedah ini. Untuk menentukan supaya pendekatan ini efektif dilaksanakan, beberapa
perkara perlu diberikan perhatian;
strategi ini sesuai dengan peringkat umur, kebolehan, minat dan keperluan pelajar
strategi sesuai dengan jadual (class routines)
guru benar-benar memahami isi kandungan dan proses penemuan yang akan dilaksanakan
oleh pelajar
semua bahan/alat bantuan mengajar disediakan dengan sempurna
masalah dan tugasan diterangkan dengan jelas
semua pelajar terlibat sepenuhnya dan diberikan panduan sepanjang pengajaran pembelajaran

hasilan yang utama dibuat rumusan


Semoga apa yang dipaparkan dalam perbincangan kali ini akan dapat dimanfaatkan oleh
semua warga guru untuk mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu,
suasana dan persekitaran pembelajaran dalam bilik darjah menjadi lebih dinamik dan ceria.
Sebagai seorang pengamal kerjaya profesional, kita akan dipandang lebih tinggi dalam
kalangan warga kerja dan bidang profesional lain.
Posted by Deria at 10:22 AM 3 comments:
Thursday, October 30, 2008
Bersyarah Bukan Mengajar
Apa yang saya ingin bincangkan pada kali ini ialah mengenai kaedah pengajaran yang
digunakan oleh sebilangan besar guru dan pensyarah di negara kita. Hasil daripada
pemerhatian dan pencerapan yang pernah saya lakukan, didapati sebilangan besar daripada
kita menggunakan kaedah yang berorientasikan teacher-centered atau berpusatkan guru.
Bilangan guru dan pensyarah yang mengamalkan kaedah student-centered amatlah kecil dan
jarang sekali dilakukan. Guru-guru kita sebenarnya telah dibekalkan dengan ilmu mengenai
perguruan yang mencukupi semasa mengikuti latihan pra perkhidmatan di maktab-maktab
perguruan dan universiti-universiti sama ada tempatan dan luar negeri. Mereka telah belajar
ilmu pedagogi, andragogi dan sebagainya. Kurikulum latihan pendidikan guru kita amat mantap
dan menyeluruh berbanding sesetengah negara lain. Ini diakui oleh masyarakat tempatan dan
antarabangsa melalui kajian dan penyelidikan yang dijalankan. Seorang profesor dalam bidang
pendidikan dewasa William Penrose dari Universiti Stetson, Deland, Florida menceritakan
tentang kejadian di mana isteri beliau telah mengikuti satu syarahan selama tiga jam.
Sepanjang masa syarahan tersebut pensyarah tidak bertanyakan sebarang soalan kepada
pelajar, tidak ada interaksi. Sesetengah pelajar kelihatan tidur dan pensyarah tidak ambil peduli.
Tidak ada pelajar yang merungut tentang proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku.
Apabila kembali ke rumah, beliau menyemak semula definisi syarahan/kuliah (lecture) dan ia
adalah adalah seperti berikut; a discourse given before an audience or class, etc, for
instruction. To deliver a lecture or a course of lectures. To deliver a lecture to . (Penrose,
1981) Pandangan Pelajar Sesetengah pelajar menyokong kaedah syarahan kerana pelbagai
sebab. Berikut adalah pandangan yang diberikan oleh pelajar tentang syarahan;
Guru adalah merupakan sebagai pusat graviti dalam bilik darjah, bukan pelajar, individu atau
kumpulan.
Saya datang ke kelas untuk mendengar idea dan pemikiran pensyarah. Pensyarah dianggap
sebagai tempat terkumpulnya ilmu pengetahuan. Pelajar tidak mempunyai apa-apa maklumat
atau buah fikiran, malahan pelajar tak perlu disoal ketika dalam kelas.
Sekolah dan maktab perlu memberikan syarahan/kuliah kepada pelajar kerana mereka akan
mengikutinya (amalan) ketika di pusat pengajian tinggi kelak. Kaedah ini akan membiasakan
diri mereka apabila belajar di universiti nanti.

Terdapat sesuatu yang tidak dapat dipersembahkan dalam bentuk lain selain dari kaedah
syarahan/kuliah. Sesetengah subjek atau tajuk hanya boleh dipersembahkan melalui kaedah
syarahan sahaja.
Bagi sesetengah pelajar yang tidak sukakan kaedah ini mereka memberikan komen seperti
berikut;
Kaedah syarahan bermakna pelajar datang ke kelas membawa gelas kosong untuk diisikan
dengan cecair dari gelas pensyarah/guru. Cecair berpindah dari gelas guru ke dalam gelas
pelajar dan proses inikan yang dipanggil sebagai pendidkan?
Di pusat pengajian tinggi, ilmu pengetahuan berpindah dari buku nota pensyarah kepada buku
nota pelajar tanpa melalui kepada setiap pelajar. Pelajar menyalin setiap patah perkataan yang
dikeluarkan oleh pensyarah semasa di dewan kuliah dan menghafalkannya untuk dikeluarkan di
dalam dewan peperiksaan. Kritikan terhadap kaedah syarahan/kuliah bukan terhad dalam
kalangan pelajar sahaja, malahan ada pensyarah bahasa Inggeris yang telah menjalankan
kajian mendapati semakin banyak guru bercakap semakin kurang pelajar
belajar. Hakikatnya;
Most of the great teachers of history did not use the lecture method. Instead, they stimulated
their listeners to think. They asked questions and told parables. (Penrose, 1981) Kaedah
PerbincanganSelain kaedah syarahan atau kuliah, terdapat satu kaedah yang difikirkan sesuai
untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu kaedah perbincangan. Ia
boleh didefinisikan sebagai; To discuss is to investigate by reasoning or argument; or to talk
about. It involves discourse about something in order to arrive at the truth or to convince others
or the validity of ones position. It is a consideration of a question in open and usually informal
debate; or a formal treatment of a topic. (Penrose, 1981) Berikut adalah satu situasi
pembelajaran melalui kaedah perbincangan; Christ was the master teacher. We should search
the scriptures to learn his methods. His teaching included small group discussions, giving
assigments, use parables and use of visual aids. Good teaching begins with the arrangement of
the class room. Rearrange the chairs to facilitate small group discussion. Dont have rows of
chairs facing the teacher. A teacher should foster self-directed learning. One technique is to use
post-it-notes for brainstroming. Students answer question on the small notes.. (Laney, 1997)
Dalam kaedah syarahan, pensyarah adalah autokratik. Beliau memainkan peranan utama
dalam kelas dan pembekal utama ilmu pengetahuan. Dalam kaedah penyampaian tradisional
ini guru adalah sumber tunggal maklumat. Guru bertutur sepanjang masa dengan sedikit atau
tiada langsung interaksi guru-pelajar (Yusup, 1996). Sebaliknya dalam kaedah perbincangan
pelajar mendapat kebebasan. Pelajar dilihat sebagai mempunyai pandangan dan pendapat
yang bernas ada pelajar yang menyatakan bahawa mereka merasa dihargai kerana pandangan
dan pendapat mereka diberikan perhatian oleh pensyarah dan didengar dengan teliti serta
diperbincangkan di hadapan kelas. Guru sebagai pakar dan pengerusi perbincangan
menyediakan isu-isu yang mencabar pemikiran pelajar. Semasa perbincangan, intelektual
pelajar menjadi aktif pada peringkat yang komprehensif. Oleh itu tanggung jawab guru hanyalah
sebagai orang yang memperkenalkan tajuk atau isu dan adalah lebih kurang sama tarafnya
dengan individu yang lain. Inilah mungkin menyebabkan pensyarah atau guru memilih untuk
berkuliah atau bersyarah kerana dapat membezakan mereka dengan pelajar. The can stay

arms-length from the students (Laney, 1997) Ketika perbincangan sedang berjalan, pelajar
terlibat secara personal. Mereka memfokuskan perhatian kepada aktiviti, bukan kepada guru.
Ini adalah kenyataan bahawa guru atau pensyarah bukan the goddess of wisdom. Guru atau
pensyarah yang bijaksana memahami bahawa mereka hanya dapat menyediakan peluang dan
terpulanglah kepada pelajar untuk menggunakan peluang tersebut sebaik mungkin untuk
belajar. Guru bukanlah sebagai giver of answers. Inilah sebenarnya peranan seorang guru
atau pensyarah. Mereka boleh melatih, facilitate dan memberikan galakan. Hanya pelajar
sahaja yang akan dapat memulakan pertumbuhan intelek dan emosi mereka. Peranan
Pelajar Ketika syarahan atau kuliah sedang berlangsung, pelajar adalah pemanas kerusi.
Dalam kelas yang mengamalkan kaedah perbincangan, perkara sebaliknya berlaku di mana
pelajar digalakan supaya aktif dan berfikir. Jika guru menjalankan tugasnya dengan baik, semua
pelajar akan dapat merasa terangsang untuk berfikir sebanyak mungkin. Proses pengajaran
adalah begitu mencabar dan sebahagian dari cabaran ini ialah untuk menggalakkan pelajar
melibakan diri dengan aktif dalam proses pembelajaran. Satu cara yang boleh dilakukan ialah
dengan mengemukakan soalan yang membolehkan pelajar membuat refleksi kepada idea
perbincangan dan memberikan sedikit masa untuk mereka menyediakan jawapan. Guru tidak
perlu bercakap panjang sepanjang masa dalam bilik darjah (Noren, 1997).
Pelajar di sekolah, maktab dan institusi pengajian tinggi jarang disuruh untuk berfikir,
mencetuskan idea dan emosi, dilatih untuk membuat keputusan dan bertindak balas dengan
keputusan itu. Adalah menjadi tugas guru untuk merangsang pelajar bagi melakukan penemuan
semula terhadap ilmu pengetahuan yang telah dipelajari, bukan sekadar untuk
mendapatkannya dan menyimpan selama beberapa bulan sebelum meluahkannya kembali di
atas kerta peperiksaan akhir. Mungkin sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan
menggalakan guru bertindak demikian. Kementerian Pelajaran Malaysia akhir-akhir ini sentiasa
menekankan bahawa kemahiran berfikir perlu diberikan perhatian yang lebih rapi di sekolah.
Kurikulum latihan perguruan telah memasukkan unsur-unsur kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif (KBKK) ke dalamnya. Di peringkat sekolah pula, mata pelajar sains jelas telah
mengandungi unsur-unsur kemahiran berfikir kerana pelajar dikehendaki membuat andaian dan
hipotesis. Kementerian Pelajaran juga telah mula menambahkan unsur-unsur penilaian
berterusan dalam sistem pendidikan dengan mengadakan peperiksaan lisan, dan amali dalam
beberapa mata pelajaran tertentu. Terdapat sesetengah pelajar sukakan peluang yang diberi
oleh guru semasa di dalam kelas semasa perbincangan kerana mereka dapat mengemukakan
idea dan pendapat mereka sentiasa ingin menerangkan idea masing-masing dengan panjang
lebar. Tetapi sesetengah pelajar merasakan mereka tidak belajar sepenuhnya jika hanya duduk
diam dan mendengar penerangan guru secara pasif. Persoalannya, mengapa sebilangan
pelajar pusat pengajian tinggi memilih untuk mendengar syarahan semata-mata? Jawapannya
adalah mudah, mereka sudah melalui pengalaman di sekolah menengah selama lima hingga
tujuh tahun dengan mengikuti kelas, mendengar guru mereka memberikan jawapan yang akan
dikeluarkan di dalam dewan peperiksaan. Sudah tertanam di dalam minda mereka bahawa
inilah cara untuk menjadi orang yang terpelajar. Masih terdapat ramai guru dan pensyarah
sama ada di sekolah, maktab dan universiti awam atau swasta menggunakan kaedah
bersyarah atau berkuliah ketika menyampaikan maklumat dan isi kandungan pelajaran. Dengan
melalui proses pemilihan dan pengisihan (melalui beberapa peringkat peperiksaan) pelajar
akhirnya berjaya menjejaki tangga universiti. Jika kita masih percaya bahawa inilah caranya

untuk menghasilkan para ilmuan, maka kaedah syarahan perlu dikekalkan. Namun cabaran
masa kini memerlukan seseorang ilmuan yang lebih kreatif dan praktikal dengan setiap
tindakan yang diambil.
Satu tema simposium pendidikan di Universiti Groningen, Belanda berbunyi Non Scholae, Sed
Vitae Discimus bermaksud Anda tidak belajar hanya untuk peperiksaan, tetapi belajar untuk
kehidupan anda selepas persekolahan (Tuijnman dan Van Der Kamp, 1992). Sebenarnya
kaedah syarahan versus perbincangan kelihatan seperti suatu masalah yang rumit tetapi
hakikatnya adalah mudah. Terdapat institusi pengajian tinggi kita masih lagi mengamalkan
kaedah syarahan yang mana sudah ketinggalan 50 tahun ke belakang. Kita sudah mengalami
kesan halo. Adalah menjadi perkara biasa bagi seseorang terpelajar menyatakan bahawa
universiti atau kolej itu dan ini adalah sesuatu institusi yang baik, tetapi hakikatnya tidak.
Mereka mengajar perkara yang baik dengan cara yang salah. Penutup Institusi pengajian di
negara kita perlu mengambil langkah yang sewajarnya dalam menangani masalah ini bagi
membantu pelajar supaya menjadi seorang yang pakar dalam bidang ilmu pengetahuan yang
diceburi, mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif bagi memenuhi keperluan masa
kini dan cabaran masa hadapan. Jika usaha ini inginkan kejayaan, masyarakat kita perlu
membuat pusingan 180. Seperti kata pendidik terkemuka dunia iaitu Maslow tentang matlamat
pendidikan ...the full use of talents, capacities, potentialities, etc.Kita mesti berfikir bahawa
pendidikan adalah proses self-actualization, bukan proses yang pasif. Jean Piaget pernah
berkata It is not by knowing the Pythagorean Theorem that free exercise of personal reasoning
power is assured; it is in having rediscovered its existence and its usage.
Sementara seorang lagi pendidik terkemuka Carl R. Rogers pula berpendapat We cannot
teach another person directly; we can only facilitate his learning.
Posted by Deria at 4:50 PM 4 comments:
Mengapa Guru Perlu Menggunakan Media Pengajaran
Profesionalisme seseorang guru dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara. Salah satu
daripada caranya ialah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan
media pengajaran semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Banyak
kajian dan penyelidikan telah dijalankan di dalam dan luar Negara mengenai faedah dan
kepentingan media pengajaran dalam pendidikan. Artikel ini akan membincangkan peranan
media pengajaran dan faedah kepada guru dan murid. Dengan penggunaan media pengajaran,
guru akan dapat dilihat sebagai seorang yang sentiasa proaktif dan menitik beratkan hasil akhir
pengajaran yang mana akan dapat membantu murid memahami dan mengingati sesuatu fakta
dan ilmu. Menurut kajian, peratus penerimaan semasa proses pengajaran pembelajaran
berlaku adalah dipengaruhi oleh penglibatan deria masing-masing. Deria % Penerimaan Mata
70 Hidung 5 Mulut 4 Telinga 15 Rasa/sentuhan 6

Kepentingan media pengajaran dalam proses pengajaran pembelajaran ialah seperti berikut:
Pengajaran lebih terancang
Melibatkan pelbagai deria
Memperkayakan pengalaman
Perluasan batasan komunikasi
Pembelajaran individu
Keseronokan belajar/motivasi
Sumber maklumat
Menolong membentuk gambaran yang betul dalam fikiran murid.
Menguat dan mengekalkan daya ingatan
Menghubungkan yang abstrak kepada konkrit
Memberikan gambaran dan peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah
Menjimatkan masa
Membantu murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas
Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran
Pemilihan Media Pengajaran Seseorang guru harus tahu dan bijak untuk memilih media
pengajaran, faktor-faktor berikut perlu diberikan perhatian: 1. Kesesuaian 2. Peringkat
penerimaan/kefahaman 3. Pemerolehan 4. Harga 5. Mutu Kesesuaian Sebelum memilih
sesuatu media pengajaran, guru perlu menetapkan objektif yang hendak dicapai terlebih
dahulu. Contohnya, kalau objektif guru adalah supaya murid mengetahui tentang bunyi sebutan
perkataan yang betul di dalam pembelajaran bahasa kedua, dan di samping membetulkan

bunyi sebutannya, maka murid perlu mendengarnya sendiri. Oleh itu media yang betul ialah alat
perakam audio. Boleh juga alat perakam audio digabungkan dengan carta dan sebagainya jika
difikirkan mustahak. Sesuatu media dianggap sesuai jika memenuhi syarat berikut:
Memenuhi kehendak isi dan objektif murid
Memudahkan kefahaman murid
Memerlukan latihan yang minimum untuk menggunakannya
Menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang menyeronokkan
Mudah diubahsuai dari segi penggunaan serta juga senang dipindahkan dari satu tempat ke
satu tempat yang lain
Selamat digunakan oleh murid
Peringkat penerimaan/kefahaman Mungkin isi kandungan media yang dipilih itu sesuai, tetapi
cara penyampaian atau peringkat penerimaan murid adalah tidak setara dengan keupayaan
mereka. Dengan lain perkataan media tersebut tidak setanding dengan keupayaan murid untuk
menerima dan memahami isi kandungan yang disampaikan oleh media tersebut. Ini berlaku
kepada media yang telah siap tersedia oleh pihak-pihak tertentu seperti syarikat pengeluar
media tersebut. Untuk mengelakkan perkara ini, media perlulah dihasilkan sendiri oleh guru
yang mengajar. Media yang dapat memudahkan pemahaman murid terhadap konsep-konsep
yang hendak disampaikan hendaklah dipilih. Harga Sesuatu media yang hendak digunakan
hendaklah diperolehi dengan mudah dan harga yang murah. Media elektronik tidak dapat
dinafikan mempunyai keupayaan yang lebih baik walaupun harganya mahal. Sekiranya harga
tidak menjadi masalah, pilihlah media yang dapat memberikan kesan yang lebih baik. Kos
adalah munasabah dan tidak terlalu membebankan.Pemerolehan Seseorang guru yang
merancang menggunakan media pengajaran, perlu mengenal pasti pemerolehan sesuatu
media itu. Adakah media tersebut ada di pusat sumber atau sekolah masing-masing? Bolehkah
media tersebut disediakan dengan mudah? Sekiranya mudah diperolehi, akan mendorongkan
seseorang guru menggunakannya dengan lebih kerap. Mutu Sekiranya faktor-faktor di atas
sudah dipenuhi, apakah guru akan menolak penggunaan media tersebut kerana mutu yang
rendah? Sesuatu objektif pembelajaran tidak akan tercapai sekiranya mutu media yang
digunakan itu tidak elok seperti warna, suara dan tulisan yang tidak jelas. Penghasilan
MediaKebanyakan media yang ada di pasaran adalah dipasarkan untuk mencari keuntungan
tanpa memenuhi kehendak dan keperluan tertentu guru dan murid. Oleh itu untuk menyediakan
media yang sesuai, guru perlulah membuat sendiri. Banyak sekali faedah yang diperolehi dari
penghasilan media oleh guru seperti berikut:
Isi kandungan yang sesuai dengan sukatan sekolah
Objektif pengajaran pembelajaran disusun dengan lebih tepat
Jika dilibatkan murid dalam penghasilan media, akan dapat mengukuhkan lagi daya ingatan
dan meberikan pengalaman yang berguna kepada murid

Menambahkan koleksi pusat sumber sekolah di samping menjimatkan kos

Beberapa aspek yang perlu dititik beratkan dalam penghasilan media adalah seperti berikut:
Pengetahuan mengenai bahan yang hendak dihasilkan (isi kandungan)
Kemahiran untuk penghasilan
Mempunyai daya kreatif
Tenaga untuk penghasilan
Alatan khas yang diperlukan
Masa
Kos
Dalam perbincangan ini, kita akan membincangkan faedah penghasilan media oleh guru dan
oleh murid. Media Yang Dihasilkan Oleh Guru Sebagai seorang guru, kita perlu memikirkan
penghasilan media pengajaran dalam dua kategori;
Media pengajaran yang akan digunakan untuk persembahan dalam bilik darjah, perbincangan
dengan murid, penilaian atau aktiviti yang diarahkan oleh guru. Contohnya, bahan tayangan
yang mudah seperti transparensi, selaid, kaset audio, poster, grafik dan bahan pameran.
Media pengajaran yang digunakan terus oleh murid untuk tujuan pembelajaran. Contohnya, kit
pelbagai media yang digunakan untuk pembelajaran individu, bahan 3D dan 'mock-up' yang
digunakan oleh murid kejuruteraan
Faedah sampingan yang diperolehi apabila guru menghasilkan media atau mengarahkan murid
menghasilkan media adalah guru sendiri akan dapat memahami dan menjelaskan lagi objektif
dan idea mengenai bagaimana menyusun program pengajaran pembelajaran dengan lebih baik
lagi.Media Yang Dihasilkan Oleh Murid. Murid yang terlibat dalam penghasilan media akan
memperolehi faedah daripada pengalaman mereka. Mereka boleh memberikan sumbangan

berupa idea yang kreatif untuk sesuatu penghasilan media. Bakat murid dalam penghasilan
media seperti bahan pameran, bahan pembelajaran kendiri, transparensi, selaid, bahan 2D,
poster dan sebagainya tidak boleh diperkecilkan. Disebalik khidmat penghasilan media, murid
juga boleh membantu guru untuk merekabentuk media pengajaran supaya sesuai dan
mencapai kehendak dan keperluan bilik darjah. Beberapa perkara yang perlu diberikan
perhatian sekiranya guru ingin murid menghasilkan media:
Ingat bahawa penghasilan akhir sesuatu media tidaklah begitu penting berbanding proses dan
pengalaman yang digunakan untuk mencapai objektif
Apabila murid menghabiskan masa dan tenaga dalam penghasilan media, pastikan mereka
memahami apa yang dibuat dan mereka merasakan dihargai. Matlamat guru bukanlah untuk
mempergunakan murid atau memaksa mereka berkerja melampaui keupayaan, tetapi
memberikan peluang kepada mereka supaya produktif dan seronok melakukan aktiviti
penghasilan media
Pastikan, sebelum projek dimulakan, murid menghasilkan perancangan di atas kertas. Bantulah
mereka belajar bagaimana membuat 'lay-out' projek sebelum kerja sebenar dijalankan, untuk
mempastikan dengan jelas setiap langkah yang akan diambil akan mencapai kejayaan
Bantu murid menghadapi kekecewaan jika terdapat kesilapan dan mencuba semula. Kesilapan
adalah perkara biasa dalam memmuridi sesuatu yang baru
Peringkat Usaha Penghasilan Media a) Penghasilan media secara tiruan Penghasilan media
secara tiruan boleh diilustrasikan seperti memotong huruf berdasarkan bentuk, melukiskan peta
dan gambar melalui surihan imej tayangan atau menghasilkan terarium atau boneka
berdasarkan
arahan
buku
atau
gambar. b)
Penghasilan
media
secara
pengubahsuaian Pengubahsuaian memerlukan penciptaan dalam bentuk baru atau cara baru
dalam penggunaan media sedia ada. Prototaip atau gambar prototaip yang ada adalah sebagai
panduan berguna, tetapi hasil akhir kelak akan memerlukan individu terlibat dalam pelbagai
masalah. Penghasilan media secara pengubahsuaian memerlukan pertimbangan individu, arah
kendiri dan inisiatif. c) Rekaan kreatif Melibatkan keupayaan mentafsir dan menyelesaikan
masalah dengan cara yang asli, tanpa bergantung kepada pengalaman atau penulisan.
Penghasilan filem slaid bersuara, fotograf, penggambaran video dan sebagainya untuk
digunakan dalam pengajaran pembelajaran adalah antara contoh rekaan kreatif. Guru perlu
menggalakkan murid membuat rekaan kreatif dan asli. d) Inovasi dari peniruan Meniru secara
kreatif mengandungi dua unsur yang seolah-olah bertentangan. Sesuatu yang kreatif tentulah
bersifat asli. Sebaliknya sesuatu yang dihasilkan secara meniru tentulah tidak asli, oleh itu tidak
kreatif. Walau bagaimana pun peniruan kreatif adalah penghasilan semula apa yang telah
dicipta oleh orang lain dalam bentuk yang tersendiri dan mempunyai keunikan tersendiri dari
segi fizikal dan fungsinya. Guru dan murid perlulah menggunakan kaedah ini untuk
menghasilkan media yang boleh digunakan untuk tujuan pengajaran pembelajaran. Media Kos
Murah Definisi media kos murah adalah berdasarkan kepada ciri-ciri berikut:
Media yang boleh disediakan oleh guru dan murid sendiri

Media yang dibekalkan dan boleh menambahkan keberkesanan pengajaran pembelajaran


dalam bilik darjah tanpa memerlukan kos tambahan
Proses yang terlibat dalam penghasilan media tersebut adalah mudah dan murah
Penghasilan media tersebut tidak memakan masa yang panjang
Bahan mentah yang digunakan adalah percuma dan mudah diperolehi dari persekitaran murid
dan guru

Jenis Media Kos Murah


Gambar kaku
Gambarajah
Carta
Graf
Peta
Kartun
Poster
Carta bersiri
Bahan 3D seperti boneka, glob, model, realia, 'mock-up' dan lain-lain.

Prinsip Reka Bentuk Media Kos Murah


Jelas. Idea mesti tepat, mudah dan terus terang. Ini mestilah sesuai dengan ukuran, warna,
kontras dan reka letak
Menarik. Mesej yang hendak disampaikan mestilah dapat menarik perhatian, membolehkan ia
mencetuskan reaksi yang cepat dalam kalangan murid
Senang digunakan. Termasuk dari segi mudah dibawa, dimanipulasikan dan difahami murid
Berkaitan. Bahan yang dihasilkan itu mestilah menggambarkan hubungannya dengan isi
kandungan muridan dan matlamat yang hendak dicapai. Ia juga mestilah menggambarkan
peringkat umur dan pengalaman murid yang menggunakannya
Berpatutan dengan kos. Ia mestilah menunjukkan unsur-unsur penjimatan dari segi masa,
tenaga dan kewangan. Perancangan yang teliti dan membiasakan diri dengan berbagai jenis
dan tujuan media kos murah akan membantu ke arah penjimatan di dalam pengeluaran.
Saya menyeru kepada semua guru supaya sentiasa menjaga dan meningkatkan nilai
profesionalisme perguruan kita supaya sentiasa dipandang tinggi di sisi masyarakat. Dengan
mempraktiskan apa yang dibincangkan di atas, sudah pasti kita akan diiktiraf sebagai seorang
yang profesional dalam bidang kerjaya kita di mata masyarakat. Anda semua dapat
mempelajari bidang Teknologi Pendidikan dengan mengikuti kursus-kursus yang diadakan di
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), Pusat Kegiatan Guru (PKG), Institut Pendidikan
Guru (IPG) melalui kursus jangka pendek atau kursus jangka panjang yang ditawarkan dari
semasa ke semasa. Universiti Sains Malaysia (USM) mempunyai satu bahagian profesional
yang menawarkan kursus berkaitan dengan Teknologi Pendidikan atau Teknologi Pengajaran
iaitu Pusat Teknologi Pendidikan dan Media (PTPM). Anda juga boleh melanjutkan pelajaran di
peringkat master atau Ph.D dalam bidang Teknologi Pendidikan di Universiti Awam Tempatan
atau luar negara. Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang menawarkan pelbagai kursus di
peringkat master dan Ph.D, dan bidang Teknologi Pendidikan ini tidak terkecuali. Buat masa kini
terdapat ramai pelajar daripada kalangan guru yang melanjutakan pelajaran di UPM dalam
bidang Teknologi Pendidikan. Terdapat juga pelajar daripada luar negara seperti Iran, Yemen,

Indonesia dan beberapa negara lain sedang mengikuti kursus Teknologi Pendidikan dan juga
kursus-kursus lain di Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM. Kursus boleh diikuti sama ada
sepenuh masa dan separuh masa. Kursus sepenuh masa diikuti oleh majoriti pelajar tajaan
Kerajaan Malaysia (Jabatan Perkhid matan Awam (JPA) atau Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM)).
Posted by Deria at 8:57 AM 5 comments:
Tuesday, October 28, 2008
Penyelidikan : Faedah Kepada Guru Sebagai Penyelidik
Artikel sebelum ini telah membincangkan peranan guru sebagai penyelidik. Saya berpendapat
semua guru seharusnya pandai melakukan penyelidikan dan berkongsi pengalaman hasil
dapatan penyelidikan dengan rakan-rakan seprofesion lain. Kali ini saya ingin membincangkan
mengenai faedah penyelidikan kepada kita sebagai warga guru bagi mempertingkatkan
profesion perguruan. Sebarang kerja penyelidikan, sama ada dilakukan secara bersendirian
atau pun berkumpulan. Apabila disempurnakan secara sistematik akan membawa para
penyelidik itu sendiri ke dalam dua alam yang menguntungkan dan mengasyikkan iaitu;
Alam peribadi (the personal self)
Alam ilmu (the world of knowledge)
Penyelidikan yang menuntut komitmen, ketelitian, ketekunan, keobjektifan, keterbukaan,
ketahanan dan keyakinan diri yang tinggi sudah tentu akan membawa para penyelidik itu dan
petugas penyelidikan itu kepada penemuan diri dan peribadi (personal self) yang sekali gus
membolehkan mereka menilai kekuatan diri dan tahap profesionaliti masing-masing.
Pensyarah, bakal guru dan guru-guru perlu diberikan pendedahan kepada pengendalian
penyelidikan. Bengkel dan latihan khas sebagai latihan lanjutan kepada guru perlu diberi untuk
meyakinkan dan meningkatkan iltizam terhadap penyelidikan. Harus diwujudkan mod insentif
yang menarik dan wacana yang kondusif untuk mereka berkongsi hasil penyelidikan.

Dalam era masa kini masyarakat di sekeliling begitu peka dan sensitif dengan isu pendidikan
dan keguruan di Malaysia. Masyarakat mempersoalkan profesionalisme keguruan itu sendiri.
Profesionalisme keguruan itu akan dilihat dari dua sudut penting. Pertama, ia akan
membincangkan tentang kualiti apa yang guru lakukan, menurut perlakuan dan garis panduan
yang mengawal perlakuan tersebut. Kedua, ia akan berkait rapat dengan bagaimana perasaan
guru yang dilihat dari kacamata orang lain seperti statusnya, kedudukan dan tahap ganjaran di
atas keprofesionalnya itu. Masyarakat akan membuat pemerhatian dan andaian sendiri
terhadap profesionalisme keguruan yang selalunya akan mencetuskan kontroversi yang
akhirnya terpaksa cuba disanggah oleh kalangan kita yang memikul dan menyandang gelaran
seorang guru. Di dalam pembangunan profesionalisme keguruan itu, ia berakar umbi dari
tindakan guru mencari jawapan yang sahih dan jitu menerusi kajian tindakan. Tanpa data yang
sempurna dan berasaskan kajian yang sistematik akan menyukarkan kita untuk
mempertahankan diri. Akibatnya, masyarakat lebih mudah mempercayai apa jua yang
disogokkan oleh andaian yang dibuat menerusi pemerhatian sahaja, sesuatu yang kurang tepat
untuk menggambarkan sesuatu isu. Akhir-akhir ini pelbagai isu pendidikan disajikan kepada kita
melalui media massa. Kita akan dapat mengetahui dan menyelesaikan isu tersebut sekiranya
terdapat data yang sistematik dikumpulkan (melalui penyelidikan) dan dengan ini dapat
menangkis sebarang prasangka buruk terhadap profesion ini. Sekiranya kita tidak dapat
mengemukakan bukti yang empirikal, akhirnya, secara umum profesionalisme keguruan itu
sendiri dipandang rendah oleh masyarakat. Dan usaha untuk memartabatkannya akan
mengambil masa yang panjang. Hasil dapatan pada hari ini mungkin akan menjadi usang atau
tidak releven pada hari esok. Era sekadar membaca dan mengkaji sumber maklumat daripada
dapatan orang lain, sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Warga pendidik negara ini harus
berani mengkaji dan menyelidik bagi menghasilkan sesuatu dapatan yang baru seterusnya
mengorak langkah menyerlahkan profesion perguruan negara. Pelbagai teori pendidikan yang
dibekal kepada bakal pendidik semasa latihan di institusi-institusi latihan adalah berperanan
untuk membimbing para guru memahami sesuatu situasi dalam proses pendidikan. Ini adalah
kerana; .. a theory was a set of interrelated constructs, definitions and propositions that
presents a systematic view of phenomena by specifying relations among variables with the
purpose of explaining and predicting phenomena.
(Kerlinger, 1870) Hakikatnya, seseorang pendidik yang menjadikan penyelidikan sebagai
budaya kerjanya merupakan seorang yang kaya dengan pengetahuan dan kemahiran hasil
daripada pembacaannya yang meluas dan mendalam. Dengan kata lain, budaya menyelidik
dan budaya membaca adalah sinonim, bagaikan aur dengan tebing. Guru yang berciri dan
berperibadi penyelidik dapat melahirkan warga guru yang yakin dengan tugas dan peranan
mereka sebagai pengurus bilik darjah. Mereka juga mampu membuat diagnosis terhadap
prestasi pelajar serta membuat penilaian kendiri dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Melalui peranannya sebagai penyelidik dan pengamal yang reflektif, seseorang pendidik
berupaya menyelesaikan pelbagai isu yang dapat menyelesaikan masalah di bilik
darjah. Bidang-Bidang Dalam Penyelidikan Pendidikan Empat domain asas yang menjadi
rujukan kepada penyelidikan pendidikan ialah (Shumway, 1980);
Tingkah laku pengajaran

Mata pelajaran
Tingkah laku pembelajaran
Penyusunan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Penyelidikan pendidikan boleh juga diklasifikasikan sebagai suatu proses penyiasatan terhadap
fenomena dalam pendidikan (phenomena investigated). Fenomena yang sering menjadi
tumpuan penyelidikan pendidikan merangkumi bidang-bidang berikut;
Proses pengajaran
Proses pembelajaran
Aspek kognitif
Kaedah pengajaran dalam bilik darjah
Sahsiah pelajar
Motivasi dalam pendidikan
Kepimpinan dalam pendidikan
Pengurusan kewangan sekolah
Program untuk pelajar khas seperti kurang upaya dan gifted
Perkembangan kurikulum
Kokurikulum (sukan dan pasukan berunifom)
Bimbingan dan kaunseling
Pemulihan
Penilaian program
Polisi dan dasar pendidikan
Pengurusan bilik darjah
Penggunaan TMK dalam pendidikan
Pengurusan sumber pendidikan
Teknologi Pendidikan (bidang yang luas seperti penggunaan dan penghasilan media, reka
bentuk pengajaran dan sebagainya)
Isu gender dalam pendidikan
Pendidikan Jarak Jauh

Pendidikan Sepanjang Hayat


Dan sebagainya...
Posted by Deria at 10:07 AM 1 comment:
Friday, October 24, 2008
Amalan Kecindan (Jenaka) Oleh Guru
Kamus Dewan menterjemahkan kecindan atau sense of humor dalam bahasa Inggeris
sebagai jenaka, lawak dan kelakar. Kecindan boleh ditakrifkan sebagai kebolehan seseorang
manusia, objek, situasi atau perkataan untuk mencetuskan perasaan gembira atau terhibur.
Suasana kecindan boleh berlaku apabila kita ketawakan kepada sesuatu situasi seperti
kelucuan yang ditunjukkan oleh seseorang. Suasana diwujudkan hasil daripada kecindan
dikatakan dapat mengurangkan situasi tegang dengan segera. Plato pernah menulis We laugh
when we see the weakness of another Salah satu peranan penting seseorang guru adalah
membina hubungan baik gurumurid. Hampir setiap hari seorang guru bercakap dan
berinteraksi dengan muridnya. Oleh itu bercakap atau berinteraksi adalah sebahagian daripada
kerja guru. Bagi mewujudkan hubungan baik antara gurumurid, seharusnya seseorang guru itu
berkebolehan melakukan jenaka atau kecindan. Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh
Barry and King (1990), guru harus menunjukkan sifat baik hati, adil dan ramah mesra kerana
murid memerlukan kawan selain seorang guru, terutamanya bagi sesetengah murid yang tidak
mempunyai ramai kawan dan terpencil. Dengan cara guru mendekati mereka, menggalakkan
mereka bertanya dan berkongsi lawak jenaka membolehkan murid merasai guru sebagai
seorang kawan Hubungan baik yang terjalin antara gurumurid akan dapat membantu
mengawal masalah disiplin dan salah laku dalam kalangan murid. Mengapa kita sebagai
seorang guru perlu mengamalkan kecindan dalam bilik darjah? Sebab hidup tanpa kecindan
atau jenaka adalah amat membosankan, manakala dengan melakukan sedikit jenaka atau
kecindan akan membantu tugas kita bagi merangsang pembelajaran, membolehkan pengajaran
dan pembelajaran mudah diingati. Kajian menunjukkan kecindan dalam bilik darjah membantu
interaksi guru-murid berlaku dengan lebih lancar dan menambahkan kuantiti serta kualiti masa
bercakap pelajar. Sejak 25 tahun kebelakangan ini sahaja penyelidikan mengenai kecindan
dalam pendidikan telah dilakukan. Berdasarkan kepada penemuan penyelidikan pendidikan
dalam bidang ini sehingga kini, adalah benar untuk dirumuskan bahawa kecindan boleh:
mewujudkan suasana yang membantu pembelajaran
meningkatkan perhatian dan keseronokan belajar
membantu pembelajaran menahan pelajar untuk terus belajar
meningkatkan kemahiran berfikir
dinyatakan sebagai ciri guru yang berkesan
Laman web pendidikan (http://712educators.about.com/od/teachingstrategies/tp/sixkeys.htm)
meletakkan unsur kecindan sebagai salah satu daripada enam kunci penting untuk menjadi

seorang guru yang berjaya. Unsur kecindan boleh membantu seseorang itu menjadi guru yang
baik dan berjaya. Unsur jenaka yang disampaikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
akan dapat mengurangkan situasi tegang dalam bilik darjah. Amalan kecindan dalam kalangan
guru juga akan membolehkan murid merasa lebih seronok (enjoy) dan membantu murid
menumpukan perhatian kepada pelajaran. Manakala manfaat dalam kalangan guru pula,
mereka akan dapat menikmati situasi kerja dengan lebih seronok dan terhibur apabila melihat
reaksi anak didik seronok dan ketawa. Ini menyumbang kepada kehidupan yang lebih gembira
dalam menghadapi situasi kerja yang kadang kala menimbulkan ketegangan (stress). Kadang
kala guru boleh membuat lawak bodoh semasa mengajar yang mana akan ditertawakan oleh
murid, kadang kala kecindan dapat dikongsi bersama murid dan kadang kala pula kecindan
yang dihasilkan oleh murid. Ini boleh membuatkan seseorang yang mempunyai sikap positif dan
unsur kecindan akan sentiasa gembira sepanjang kariernya sebagai seorang guru. Menurut As
Syeikh Abdul Fattah (2001), Rasulullah menggunakan pendekatan seloka dan gurau senda
(yang tidak keterlaluan) sebagai satu kaedah pengajaran. Baginda bergurau semasa mengajar
para sahabat dan pengikutnya namun perkataan yang keluar daripada mulut baginda hanyalah
perkataan yang benar. Menurut kajian yang telah dijalankan, kelas yang tidak ada kecindan
dianggap membosankan dan kurang mesra. Kelas yang dipenuhi dengan kecindan yang
relevan dianggap menarik oleh murid. Guru yang mengamalkan unsur kecindan yang tinggi
dinilai oleh murid sebagai lebih positif dan membantu mereka dalam proses pembelajaran.
Unsur kecindan boleh meningkatkan kreativiti dan pembelajaran. Beberapa kajian menunjukkan
pelajar yang mendengar rakaman dan menonton filem yang mengandungi unsur kecindan
dapat membantu meningkatkan pencapaian dalam skor secara signifikan dalam ujian kreativiti.
Banyak manakah unsur kecindan yang harus dimasukkan ke dalam sesi pengajaran? Menurut
seorang penyelidik, rule of thumb bagi mengamalkan kecindan kepada pelajar antara adalah
tiga (3) hingga lima (5) kali bagi setiap 50 minit waktu pengajaran. Beberapa cara guru boleh
mengamalkan kecindan dalam bilik darjah adalah seperti berikut:
Gunakan kecindan yang relevan dengan isi kandungan pelajaran dalam tugasan bacaan. Cari
contoh yang kecindan dalam sejarah, bahasa Inggeris, Sains dan sebagainya.
Penulisan tugasan: tugaskan murid mencari sekurang-kurangnya tiga kartun yang berkaitan
dengan tajuk atau konsep isi kandungan pelajaran. Minta murid jelaskan setiap kartun tersebut,
bagaimana ia berkait dengan isi kandungan pelajaran.
Papan Buletin yang berunsur kecindan: wujudkan papan buletin yang mengandungi unsurunsur kecindan dalam bilik darjah dan papan buletin sekolah. Maklumat dan mesej yang
disampaikan melalui papan buletin ini harus dalam bentuk seperti kartun yang berunsur
kecindan tetapi berkait dengan tujuan atau isi kandungan pelajaran.
Gunakan tiga hingga empat kartun yang berunsurkan kecindan dalam menyampaikan isi
kandungan pelajaran berbentuk cerita, contoh dan anekdot dalam setiap 50 minit syarahan.
Gunakan pernyataan yang berunsur kecindan apabila menyediakan soalan ujian. Tambahkan
soalan yang mengandungi unsur kecindan di akhir peperiksaan sebagai kredit tambahan.

Tayangkan video yang berunsur jenaka atau siaran TV dalam kelas. Pastikan ianya mempunyai
kaitan dengan isi kandungan pelajaran.
Adakan pertandingan melukis kartun.
Kepada guru-guru semua, selamat berjaya melaksanakan tugas mengajar dan seringlah
mengamalkan kecindan semasa mengajar dan berinteraksi dengan murid atau sesama rakan
setugas.
Posted by Deria at 4:20 PM No comments:
Thursday, October 23, 2008
Nilai Dan Amalan Profesional Perguruan
Ini adalah satu pandangan umum mengenai status profesionalisme perguruan di Malaysia.
Saya ingin mengemukakan pandangan ini kepada pembaca agar dapat kita bincang dan nilai
bersama. Kemungkinan idea dan pandangan hasil daripada sumbang saran bersama kelak
akan dapat menghasilkan sesuatu buah pemikiran yang lebih kreatif dan rasional untuk
dipraktiskan. Saya berpendapat bagi meningkatkan profesionalisme dalam bidang perguruan,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu melakukan sesuatu anjakan paradigma dalam
bidang profesion ini. Guru-guru yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan berkhidmat dengan
KPM perlu dianugerahkan Status Kelayakan Guru (SKG). Guru-guru ini harus diikat dengan
Kod Etika Perguruan Malaysia yang perlu digubal dan mereka perlu memahami dan mematuhi
Kod Etika ini dengan menzahirkan perkara-perkara berikut dalam tugasan harian mereka:
Mereka mempunyai jangkaan dan harapan yang tinggi kepada semua pelajar; menghormati
sosial, budaya, bahasa, agama, latar belakang etnik, dan komited terhadap usaha meninggikan
pencapaian pendidikan mereka.
Mereka melayan semua pelajar dengan adil dan saksama secara berterusan, dengan
menghormati dan memahami perkembangan pembelajaran yang pelbagai dalam diri seseorang
pelajar.
Mereka menunjukkan sikap, nilai dan tingkah laku yang positif yang mereka harapkan dari
pelajar mereka.
Mereka dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara berkesan dengan ibu bapa dan penjaga,
menghormati peranan, tanggung jawab dan minat mereka dalam pembelajaran pelajar.
Mereka dapat menyumbang tenaga dan buah fikiran serta bertanggung jawab dalam sebarang
tugas yang berkaitan dengan sekolah, Jabatan Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri,
dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mereka sentiasa bersedia untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan cara
menilai semula amalan pengajaran masing-masing, mengikuti kursus-kursus peningkatan
profesionalisme yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan berkongsi
pengalaman dengan rakan setugas yang lain.

Mereka sentiasa bermotivasi dan boleh menjalankan tugas tambahan untuk perkembangan
profesionalisme masing-masing.
Mereka sentiasa bersedia untuk menjalankan tanggung jawab berkaitan tugas harian yang
berhubung dengan profesionalisme perguruan.
Kualiti Guru Yang Diperlukan
Menurut Grimlett dan MacKinnon (1992), penguasaan aspek-aspek yang telah dibincangkan di
atas akan dapat membentuk satu asas pengetahuan pedagogi pelajar. Pemahaman tentang
apa yang pelajar percaya, apa yang mereka perlu ambil berat dan apa tugas yang mereka
inginkan adalah perlu untuk memotivasikan pelajar supaya mereka berkerja kuat dan
memperolehi kejayaan. Berikut adalah apa yang perlu difahami oleh seseorang guru yang
mempunyai Status Kelayakan Guru (SKG).
Pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak dan remaja.
Menguasai pelbagai domain seperti kognitif, sosial, fizikal dan emosi untuk membantu mereka
mengalami proses pertumbuhan. Ilmu pengetahuan ini akan dapat membantu guru memahami
keadaan atau latar belakang pelajar bagi membentuk pengalaman pembelajaran yang produktif.
- Guru perlu memahami perbezaan yang wujud dalam budaya, pengalaman keluarga,
perkembangan mental dan pendekatan pembelajaran. - Guru perlu peka, mendengar dengan
baik dan mengambil berat terhadap pelajar semasa melaksanakan tugas-tugas pembelajaran. Guru perlu berfikir apakah maknanya untuk mempelajari pelbagai perkara untuk tujuan yang
berbeza dan bagaimana membuat keputusan yang mana perlu dipelajari dalam pelbagai
konteks. - Guru perlu menggunakan pelbagai strategi pengajaran untuk memenuhi pelbagai
matlamat dan pelbagai kaedah untuk menilai pengetahuan dan pendekatan pembelajaran
pelajar masing-masing. - Guru perlu dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar. Guru perlukan kemahiran untuk menghadapi pelajar yang mempunyai keperluan khusus atau
kecacatan pembelajaran. - Oleh kerana bahasa adalah merupakan pengantara kepada proses
pengajaran, guru perlu memahami bagaimana pelajar acquire bahasa, dengan itu mereka
akan dapat membentuk kemahiran bahasa dan mencipta pengalaman belajar yang bermakna. Guru perlu mengetahui kurikulum dan teknologi untuk menghubungkan pelajar mereka dengan
sumber maklumat dan ilmu pengetahuan yang membolehkan mereka meneroka idea,
mendapat dan mensintesis maklumat, merangka dan menyelesaikan masalah. - Guru perlu
mengetahui tentang kolaborasi bagaimana menstrukturkan interaksi di kalangan pelajar
supaya pelajar dapat membentuk perkongsian pembelajaran yang kuat, bagaimana
berkolaborasi dengan guru-guru lain dan bagaimana berkerjasama dengan ibubapa untk
membantu mereka mempelajari lebih lanjut berkaitan anak-anak mereka dan membentuk
pengalaman yang dapat membantu di sekolah dan rumah. - Guru perlu boleh menganalisis dan
membuat refleksi keatas amalan mereka, menilai keberkesanan pengajaran mereka dan
memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Mereka perlu membuat penilaian berterusan terhadap apa yang pelajar fikir dan faham dan
membentuk semula perancangan untuk mengatasi apa yang mereka terokai.

Guru dapat memberi; - Pengalaman - memberikan tugasan pembelajaran yang konkrit, menilai,
memerhati proses dan perkembangan pembelajaran. - Menggalakkan guru bertanya, meneroka
dan melakukan ujikaji di samping penyelidikan. - Kolaboratif, melibatkan perkongsian maklumat
di kalangan pendidik. - Menghubungkan guru dengan pelajar di samping meneliti isi kandungan
dan kaedah mengajar. - Mengekal dan intensif disokong oleh model, latihan dan penyelesaian
masalah yang berkisar pada masalah amalan yang khusus - Menghubungkan dengan aspekaspek perubahan sekolah.
Pengetahuan dan Pemahaman Guru-guru yang dianugerahkan Status Kelayakan Guru (SKG)
mesti mengamalkan perkara berikut:
Mereka mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam mata pelajaran yang
dilatih untuk diajar di sekolah. Ilmu pengetahuan yang ada perlulah menyamai kelayakan yang
telah ditetapkan iaitu ijazah pertama atau sehingga ke ijazah lanjutan (master atau Ph.D).
Mereka mengetahui dan memahami nilai, matlamat dan tujuan serta keperluan am pengajaran
yang telah ditentukan oleh kurikulum kebangsaan.
Mereka memahami bahawa proses pembelajaran yang berlaku dalam kalangan pelajar adalah
dipengaruhi oleh fizikal, intelektual, linguistik, sosial, budaya dan perkembangan emosional
masing-masing atau apa yang disebut dalam teori pelbagai kecerdasan (Multiple Intelligence).
Mereka tahu menggunakan teknologi maklumat dengan berkesan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran serta untuk menyokong mereka menambahkan kemahiran dan peranan
profesional.
Mereka memahami tanggung jawab masing-masing di bawah Kod Etika Perguruan dan
mengetahui bagaimana untuk mendapatkan khidmat nasihat dari pakar sekiranya memerlukan
kemahiran tertentu.
Mereka mengetahui bagaimana mengatur
pembelajaran yang sesuai dan bermakna.

strategi

untuk

menghasilkan

persekitaran

Mereka perlu lulus ujian untuk diiktiraf dan dianugerahkan Sijil Status Kelayakan Guru (SKG)
dan bidang kemahiran yang perlu dinilai adalah dalam bidang kemahiran generik, numerasi,
literasi ICT (atau Teknologi Maklumat dan Komunikasi TMK).
Tugas Mengajar Perancangan, jangkaan dan sasaran. Guru-guru yang dianugerahkan SKG
mesti menunjukkan:
Mereka menyediakan objektif pembelajaran yang berkaitan dengan semua pelajar dalam kelas
berdasarkan pengetahuan; o Pelajar o Pengalaman lalu dan sedia ada o Tahap umur o
Pengetahuan yang bersesuaian dengan tahap umur
Mereka menggunakan objektif pengajaran dan pembelajaran untuk merancang dan
merekabentuk persediaan pengajaran dengan mengambil kira pelajar pelbagai pencapaian,
lelaki, perempuan dan bangsa.

Mereka memilih dan menyediakan sumber (alat/bahan bantu mengajar) dan merancang utnuk
menggunakankannya dengan berkesan denga mengambil kira minat, penguasaan bahasa dan
latar belakang budaya dengan bantuan dari pelbagai pihak lain mana yang sesuai. Dengan lain
perkataan, mereka harus menguasai ilmu Teknologi Pendidikan atau Teknologi Pengajaran
secara khususnya. Mereka harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
Rekabentuk Pengajaran (Instructional Design) dan Rekabentuk Mesej Pengajaran (Instructional
Message Design).
Mereka mengambil bahagian dan memberikan sumbangan kepada pasukan pengajar, mana
yang sesuai kepada sekolah.
Mereka merancang peluang-peluang untuk pelajar mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan
dengan mengadakan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah seperti merancang lawatan ke muzium, zoo,
kerja lapangan dan sebagainya, dengan bantuan staf lain sekira perlu. Mereka perlu menguasai
ilmu pedagogi dan teori-teori pembelajaran serta pengkaedahan pengajaran dalam bidang atau
mata pelajaran masing-masing.
Saya berpendapat sekiranya kita ingin meningkatkan taraf profesionalisme perguruan di negara
ini, seharusnya langkah yang dicadangkan ini atau serupa dengannya harus diambil oleh pihak
tertentu di Kementerian Pelajaran Malaysia. Dengan ini negera kita akan mempunyai guru-guru
yang berkualiti dan akan diiktiraf di seluruh dunia.
Posted by Deria at 9:43 AM 1 comment:
Wednesday, October 22, 2008
Guru Perlu Menyelidik - Teacher is Researcher
Kepentingan Penyelidikan Kepada Guru
Saya katakan semua guru adalah penyelidik. saya katakan semua guru perlu menyelidik...
Rasional membuat penyelidikan adalah berasaskan sebab-sebab berikut; Membuat jangkaan
terhadap sesuatu fenomena yang bakal berlaku (prediction) penyelidikan dapat menyediakan
maklumat yang penting berkaitan dengan fenomena yang dijangkakan, contohnya, jangkaan
terhadap pencapaian pelajar dalam sesuatu peperiksaan. Membuat penambahbaikan terhadap
sesuatu keadaan atau program (improvement). Dapatan kajian dapat membantu individu,
kumpulan atau organisasi untuk memperbaiki program yang sedia ada dan juga sebagai asas
untik memperbaiki kelemahan yang ada. Dalam hal ini, penyelidikan penilaian (evaluation
research) memainkan peranan yang penting. Dalam konteks bilik darjah, guru-guru perlu
membuat penilaian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) masing-masing dari
semasa ke semasa. Dengan ini, kelemahan yang dikenal pasti dapat diperbaiki dan
penambahbaikan dapat dilakukan dari semasa ke semasa terhadap amalan kita. Jenis kajian
yang sesuai dijalankan selain dari penilaian adalah kajian tindakan (action research).
Guru-guru di seluruh negara telah didedahkan kepada kepada konsep penyelidikan tindakan
(Action Research). Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan siri pendedahan melalui

kursus jangka pendek yang dikendalikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan Institut Pendidikan
Guru (IPG). Sesetengah IPG begitu aktif menjalankan kursus penyelidikan tindakan disamping
pensyarahnya melakukan penyelidikan tindakan samada bersendirian, bersama rakan setugas
lain atau bersama guru-guru sekolah. Terdapat IPG yang sangat aktif dalam penyelidikan
tindakan dan mengadakan seminar penyelidikan tindakan peringkat kebangsaan seperti IPG
Perlis, IPG Kinta, Ipoh dan IPG Keningau, Sabah. Beberapa buah IPG lagi yang tidak
disebutkan di sini juga aktif dalam penyelidikan tindakan.
Penyelidikan dapat membantu guru-guru memberi penjelasan (explanation) terhadap sesuatu
fenomena yang berlaku dalam amalan P&P, pengurusan bilik darjah dan pengurusan organisasi
pendidikan. Guru sebagai pengurus pembelajaran dan pengurus pentadbiran sekolah sentiasa
mengalami fenomena tertentu sepanjang menjalankan tugas. Ada fenomena yang memberi
impak positif dan sebaliknya. Malahan sering berlaku kita sendiri tidak dapat memahami kenapa
keadaan ini berlaku. Penyelidikan dapat membantu memberikan kita penjelasan sekiranya
fenomena ini perlu ditangani dengan cara yang betul. Melalui penyelidikan, deskripsi sesuatu
fenomena (description) dapat disediakan berkaitan dengan bidang yang dikaji dalam membantu
untuk memahami fenomena tersebut. Maklumat statistik melalui penyelidikan dapat disediakan
sekiranya diperlukan oleh pihak pembuat dasar (Policy Makers). Penyelidikan juga akan dapat
membantu guru menyelesaikan masalah yang timbul semasa melaksanakan tugas harian.
Sekiranya kita menyelesaikan masalah tanpa mencari punca masalah sebenarnya,
kemungkinan masalah tersebut tidak dapat diselesaikan dengan baik, malahan masalah lain
yang lebih rumit akan menyusul. Teacher is a researcher adalah satu ungkapan yang sering
dilaungkan oleh para pakar pendidikan dalam mana-mana seminar, khususnya seminar
penyelidikan pendidikan. Selain itu ungkapan lain yang sering dilaungkan adalah guru sebagai
pengamal reflektif. Dalam era kualiti diukur dan akauntabiliti ditekan ini, pemastian kualiti
pendidikan adalah amat penting. Oleh itu penyelidikan adalah salah satu kemahiran yang perlu
dikuasai oleh guru agar pemastian kualiti pendidikan dapat dicapai bagi memenuhi hasrat
negara dan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Negara perlu menghasilkan guru-guru
yang dapat mengendalikan penyelidikan berasaskan bilik darjah dan dapat menilai aspek-aspek
dalam pengajaran dan pembelajaran. Penyelidikan tindakan, amalan reflektif dan penulisan
potfolio dan kes digalakkan di kalangan guru-guru. Reflection is the essential tool for
developing the professional knowledge base of the teacher. Guru perlu disediakan sebagai
seorang pengamal (practitioner) seperti profesion lain iaitu doktor dan jururawat dan dapat
mengamalkan konstruktivisme, i.e. mampu membina ilmu baru berasaskan ilmu sedia ada,
bukan seperti seorang ahli falsafah atau ahli sejarah. Budaya keintelektualan @ budaya
akademia perlu disemai dalam kalangan guru. Suasana budaya bagi sesebuah institusi
pendidikan adalah menggalakkan pencarian ilmu, pembelajaran tanpa jemu dan secara
berterusan, membolehkan pelajar menerokai idea-idea baru yang boleh meningkatkan
perkembangan ilmu. membuka ruang minda pelajar untuk berfikir dengan terbuka, kritikal dan
analitikal dan melambangkan kecendekiawanan para ilmuan (guru-guru) dalam institusi
tersebut.
Posted by Deria at 1:31 PM No comments:
Tuesday, October 14, 2008

Refleksi 12 PPSMI
Pencerapan dilakukan ke atas seorang guru wanita yang mengajar mata pelajaran Sains
Tingkatan Empat. Tajuk pelajaran hari ini ialah Acids and Bases Seperti biasa saya
memperingatkan kepada guru supaya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran seperti
biasa dilakukan tanpa pencerapan oleh sesiapa. Beliau menyatakan bahawa beliau memang
sentiasa menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya semasa mengajar walaupun tanpa ada
sesiapa yang melihat beliau mengajar. Guru menggunakan bahasa Inggeris semasa
memperkenalkan tajuk mata pelajaran dan objektif pembelajaran. Set induksi yang dilakukan
adalah begitu sempurna dan menarik sekali. Bahasa Inggeris yang digunakan adalah begitu
ringkas dan mudah difahami oleh semua murid. Guru menggunakan alat bantu mengajar iaitu
slaid persembahan powerpoint yang disediakan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.
Penyediaan slaid begitu terancang dan menyeluruh kepada isi kandungan tajuk yang
disampaikan. Sesekali guru menggunakan bahasa Melayu apabila menyedari terdapat muridmuridnya sukar memahami penjelasan yang diberikan. Guru ini memang berkemampuan
melaksanakan PPSMI sepenuhnya kerana beliau begitu yakin dan berkemampuan
menyampaikan isi kandungan pelajaran melalui medium ini dengan lancar. Penggunaan bahasa
Melayu adalah ditahap yang minimum. Daripada segi penyebutan bahasa Inggeris, guru ini
menunjukkan kebolehan yang begitu tinggi (excellence) Namun begitu, keseluruhan sesi
pengajaran dan pembelajaran hari ini adalah lebih berbentuk teacher-centered. Aktiviti murid
berlaku dengan minimum. Guru lebih memberikan maklumat dan penerangan secara sehala
sahaja. Guru ini juga mengawal kelas dengan begitu baik dan melaksanakan aktiviti secara
sehala tanpa memberi peluang kepada murid membuat penerokaan atau penyelidikan. Semua
jawapan terhadap aktiviti amali yang dilakukan oleh murid ditentukan oleh guru.
Keseluruhannya, guru ini adalah satu-satunya guru yang saya cerap sepanjang penyelidikan ini
dan menunjukkan kebolehan beliau melaksanakan PPSMI dengan baik dan penuh yakin.
Hampir 95% bahasa Inggeris digunakan sepanjang pengajaran beliau. Sekiranya terdapat
ramai guru begini, saya pasti pelaksanaan PPSMI dapat dijalankan dengan rintangan yang
minima daripada segi kebolehan dan kompetensi guru. Ini adalah catatan refleksi saya yang
terakhir dalam siri lawatan pengumpulan data penyelidikan berkaitan dengan pelaksanaan
PPSMI di negeri Terengganu. Semoga catatan refleksi ini dapat dimanfaatkan oleh semua guru
yang singgah di laman blog saya. Terima kasih.
Posted by Deria at 7:23 PM No comments:
Friday, October 10, 2008
Refleksi 11 - PPSMI
Pencerapan seterusnya adalah dilakukan terhadap seorang guru wanita yang mengajar Sains
Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah berhampiran Kuala Terengganu.
Menurut guru ini kehadiran murid dalam kelas ini agak merosot disebabkan bulan Ramadhan.
Kebiasaannya kehadiran murid semasa bulan Ramadhan agak merosot sedikit berbanding
bulan biasa. Guru memulakan pengajaran dalam bahasa Inggeris diselang-seli dengan bahasa

Melayu. Kaedah yang digunakan ialah dengan menerangkan dalam bahasa Inggeris dan diikuti
menterjemahkannya dalam bahasa Melayu bagi setiap arahan yang diberikan.
Contohnya: What is aloy? (Apakah aloi?) (Tajuk pelajaran hari ini ialah logam campuran iaitu
ALOI) Penyebutan (pronuntiation) guru agak lemah bagi sesetengah perkataan. Contohnya,
guru menyebut aloi brass sebagai bres. Saya agak terkejut kerana sebutan beliau agak boleh
memalukan seorang wanita. Yang saya pelik ialah seorang murid telah menyebut pancalogam
brass dengan betul iaitu 'bras' namun guru masih juga menyebut 'bres'. Guru terpaksa
menerangkan dan menterjemah setiap ayat dan perkataan bahasa Inggeris yang beliau
gunakan kepada bahasa Melayu. Ini seolah-olah guru ini mengajar bahasa Inggeris pulak.
Fungsi guru menjadi dua, iaitu mengajar sains dan sebagai penterjemah. Guru ada
menggunakan mnemonic bagi memudahkan murid mengingati aloi dan komponennya seperti
GANGKUTI (Gangsa adalah daripada campuran Kuprum dengan Timah) tetapi ini adalah dalam
bahasa Melayu sedangkan guru dan murid melaksanakan PPSMI. Bahan bantu mengajar yang
digunakan oleh guru adalah transparensi yang bertulis sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.
Guru menterjemahkan setiap maksud perkataan yang tertulis di atas transparensi kepada
bahasa Melayu. Rumusan: Guru berkemampuan untuk mengajar dalam bahasa Inggeris walau
pun sesetengah sebutan perkataan tidak begitu tepat, tetapi murid tidak dapat mengikutinya,
maka guru terpaksalah menterjemahkannya ke bahasa Melayu. Murid juga berinteraksi sesama
sendiri semasa menjalankan aktiviti sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Guru juga tidak
menggunakan contoh sebenar aloi untuk memaparkan ciri-ciri logam tersebut. Ini menyebabkan
murid tidak dapat melihat sifat-sifat aloi yang sebenarnya.
Posted by Deria at 10:08 AM No comments:
Refleksi 10 - PPSMI
Pencerapan dilakukan di sebuah sekolah kebangsaan (rendah) FELDA di Terengganu
Guru yang mengajar adalah seorang guru wanita yang berpengalaman mengajar lebih daripada
10 tahun di sekolah ini. Beliau mengajar mata pelajaran Matematik Tahun Empat. Pada
permulaan sesi pengajaran, guru mmberikan arahan dalam bahasa Inggeris, murid kelihatan
agak janggal dengan situasi ini. Saya sudah pun menjelaskan kepada guru ini supaya beliau
menggunakan kaedah atau cara yang diamalkan seperti biasa iaitu semasa saya tidak datang
membuat pencerapan, namun beliau masih lagi mencuba untuk menggunakan bahasa Inggeris.
Inilah yang menyebabkan murid tercengang-cengang walau pun diselang seli dengan bahasa
Melayu.
Semasa guru menyuruh murid melakukan sesuatu aktiviti murid berbincang semasa sendiri
sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Mereka bertanya sesama sendiri dan berbual-bual.
Selepas aktiviti, guru mula menggunakan bahasa Melayu dengan lebih banyak. Contohnya,
guru menerangkan maksud perimeter, mulanya dalam bahasa Inggeris kemudian diikuti dalam
bahasa Melayu. Semasa memberi arahan, guru mengunakan bahasa Inggeris hampir 90%,
tatabahasa yang digunakan tidak tepat dan hanya simple English digunakan. Sebagai contoh,
guru bertanya kepada seorang murid apakah bentuk kad yang telah diedarkan oleh guru

kepadanya dengan pertanyaan berikut: What your shape? Saya membuat semakan dalam buku
teks. Aktiviti dalam buku teks didapati begitu sesuai dan mudah untuk diikuti tetapi guru tidak
menggunakannya. Terdapat perkataan composite 2-D shape yang dijelaskan dalam buku teks
tetapi guru tidak pernah menjelaskannya kepada murid.(two or more shape combine to form a
new shape) eg triangle + square become an arrow shape. Istilah ini sangat penting untuk
diketahui oleh setiap murid bagi mempelajari tajuk ini. Guru tidak menjelaskan bahawa bentuk
yang digunakan untuk mengukur perimeter pada hari ini adalah jenis 2-D. Dalam peperiksaan
pasti istilah 2-D shape akan digunakan dan juga istilah composite 2-D shape. Malahan apakah
maksud 2-D juga tidak dijelaskan. Keseluruhan pengajaran adalah 60% dalam bahasa Inggeris
dan 40% dalam bahasa Melayu.
Setelah selesai sesi pengajaran, saya berpeluang mendekati beberapa orang murid dan
bertanya mengenai beberapa perkataan bahasa Inggeris yang digunakan dalam ujian yang
saya edarkan. Murid memahami perkataan calculate sebagai tambah. Ramai murid tidak dapat
menguasai kata kunci penting dalam soalan ujian yang diedarkan.
Posted by Deria at 9:50 AM No comments:
Refleksi 9 - PPSMI
Pencerapan dilakukan terhadap seorang guru wanita yang mengajar Sains Am Tingkatan
Empat di sebuah sekolah menengah di Dungun, Terengganu. Guru memulakan pengajaran
dengan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Beliau kelihatan begitu yakin dan
berkebolehan menggunakan bahasa Inggeris. Guru menjelaskan tajuk berkaitan dengan otak
manusia iaitu mengenai fungsi otak satu persatu. Sebelum memulakan pengajaran, guru tidak
menjelaskan objektif pengajaran beliau. Guru juga tidak menerangkan makna perkataan yang
sukar dalam bahasa Melayu. Setelah sekian lama, baharulah beliau sedar bahawa muridnya
tidak faham dan mula menjelaskan beberapa perkataan yang sukar difahami murid dalam
bahasa Melayu. Guru banyak menggunakan buku teks sebagai rujukan di samping selaid
persembahan powerpoint yang disediakan. Beliau tidak menghubungkaitkan pelajaran dengan
kehidupan atau kejadian sekeliling. Ini menyebabkan murid belajar secara menghafal fakta
tanpa dapat menghubungkait fakta tersebut dengan kejadian ke atas diri mereka sendiri, walau
pun setiap hari mereka menggunakan otak....ini menjadikan seolah-olah tajuk ini tidak langsung
berkaitan dengan otak yang ada di setiap orang murid (termasuklah guru dan saya) dan otak
yang sedang digunakan untuk belajar tajuk ini. Guru sangat jarang bertanya sama ada murid
faham atau tidak. Beliau terus mengajar seolah-olah tanpa mempedulikan sama ada murid
faham atau tidak. Penilaian secara formatif tidak atau sangat jarang dilakukan. Murid hanya
mendengar secara pasif sahaja. Di akhir sesi pengajaran, guru mengedarkan latihan untuk
dijawab oleh murid. Guru ini adalah seorang yang serius sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran. Walau bagaimanapun saya mendapati beliau adalah seorang yang baik dan very
nice while talking sehingga semua murid merasa selesa. Oleh kerana saya duduk di belakang
makmal dimana sesi pengajaran dilakukan, maka saya berada berdekatan dengan almari yang
menyimpan pelbagai bahan bantu mengajar. Terdapat sebuah model otak manusia di dalam
almari tersebut. Guru tidak pula menggunakan model otak manusia itu sebagai bahan bantu
mengajar dalam kelas ini.

Berbagai model keratan rentas yang terdapat


di dalam makmal sains. guru harus menggunakan alat bantu mengajar ini untuk kepentingan
murid-murid bagi menambahkan lagi pemahaman meraka terhadap isi kandungan pelajaran.

Model keratan rentas kulit manusia yang jelas


menunjukkan lapisan pada kulit.

Model keratan rentas telinga manusia yang dapat membantu murid memahami bagaimana
fungsi telinga untuk mendengar.

Model

sebenar

rangka

haiwan

mamalia

berkaki empat.

Rak carta yang tersusun rapi di belakang makmal. Mengandungi berbagai jenis carta yang
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sains (Fizik, Kimia dan Biologi) Guru tidak
perlu lagi menyediakan sendiri carta, cuma mereka perlu memilih dan menilai carta manakah
yang sesuai untuk digunakan. Selain itu, carta-carta bagi mata pelajaran lain juga terdapat
dalam Pusat Sumber Sekolah.
Kaedah pengajaran guru ini adalah berbentuk: Perkenalkan tajuk -----> Terangkan Isi Pelajaran
-------> Berikan Latihan Sesi pengajaran ini lebih kepada One way teaching dan
sepenuhnya Teachers Centered.
Posted by Deria at 9:31 AM No comments:
Refleksi 8 - PPSMI

Pencerapan dilakukan terhadap seorang guru mata pelajaran Matematik Tambahan. Guru ini
bukan guru asal yang mengajar mata pelajaran ini di kelas yang dicerap. Guru cuba
menggunakan bahasa Inggeris pada permulaan sesi pengajaran sahaja. Penerangan diselangseli dengan bahasa Melayu. Keadaan ini menjadi semakin berkurangan dan akhirnya guru
menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Guru juga menggunakan bahasa Melayu
sepenuhnya apabila berkomunikasi secara informal dengan murid, iaitu perkara tidak berkaitan
dengan pelajaran. Komposisi murid adalah 50% Melayu dan 50% China. Guru banyak
menyebut terminologi dalam bahasa Melayu seperti sin (disebutsin) bagi Hukum Sin dalam
geometri. Guru juga menyebut triangle sebagai "tri angle. Guru menyebut acute sebagai
aikuit. Terdapat beberapa lagi sebutan yang agak janggal digunakan oleh guru ini. Beliau
adalah seorang guru yang baik dan sangat berpengalaman. Guru ini sangat prihatin kepada
murid contohnya, beliau cuba memberikan pemahaman kepada murid dengan pelbagai cara
dan kaedah yang mungkin dengan contoh-contoh penyelesaian yang banyak. Pengalaman
mengajar yang lama menyebabkan guru ini cukup berpengalaman dalam menyampaikan
pelajaran walau pun tanpa sebarang bahan bantu mengajar digunakan. Guru memberikan
contoh-contoh penyelesaian segitiga berdasarkan pengalaman beliau. Apa yang murid tak
faham dan tak dapat buat, beliau akan tunjukkan dengan jelas. Tanpa respons murid, guru
sendiri menyelesaikan masalah yang diberi (murid hanya membuat kiraan untuk mendapatkan
jawapan dengan menggunakan kalkulator). Murid menyalin contoh-contoh yang telah diberikan
oleh guru. Salah seorang murid telah membuat pengiraan kepada masalah yang diberikan di
papan hitam terlebih awal dan ini ditegur oleh guru. "Saya belum suruh awak menyelesaikan
masalah tersebut" Keseluruhannya, penggunaan bahasa Inggeris dalam sesi pengajaran ini
adalah kurang daripada 10%. Kaedah yang digunakan oleh guru dalam pengajaran ini
ialah: Terang -----> Beri Contoh ------> Beri Latihan Sesekali guru mewujudkan jenaka dalam
kelas. Suasana ini dapat menceriakan persekitaran pembelajaran murid dalam kelas ini.
Posted by Deria at 9:23 AM No comments:
Thursday, October 9, 2008
Refleksi 7 - PPSMI
Pencerapan dilakukan terhadap seorang guru wanita Melayu yang mengajar mata pelajaran
Sains Am Tingkatan Empat. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang
Teknologi Makanan dari sebuah universiti di Sabah.
Guru menggunakan bahasa Inggeris daripada permulaan pengajaran secara konsisten,
diselang seli dengan bahasa Melayu. Lebih kurang 80% bahasa Inggeris digunakan sepanjang
sesi pengajaran dan pembelajaran. Apabila guru merasakan terdapat perkataan yang sukar
difahami (vocab), guru akan menjelaskannya dalam bahasa Melayu. Teknik penyoalan guru
agak baik dan berfokus, guru menunggu murid menjawab sebelum memberikan ulasan, tetapi
tidak memberikan ganjaran secara intrinsik kepada respons murid. Apa yang menjadi pelik bagi
saya
ialah
guru
bertanya
kepada
murid
dengan
menggunakan
perkataan
UNDERSTANDING? semasa memastikan sama ada murid faham atau tidak. Bagi saya
perkataan tersebut tidak sesuai saya rasa beliau perlu menyebutUNDERSTAND?
bukan UNDERSTANDING Guru kelihatan sangat yakin untuk berbahasa Inggeris di hadapan

murid walau pun terdapat kesalahan daripada segi tatabahasa dan sebutan. Antaranya ialah
sebutan lead bagi merujuk kepada Plumbum. Beliau menyebut lid untuk plumbun dan bukan
led yang sepatutnya disebut. Saya menegur beliau selepas sesi pengajaran dan meminta
beliau bertanya kepada guru bahasa Inggeris mengenai sebutan yang betul. Guru memberikan
latihan bertulis dalam bahasa Inggeris tetapi murid tidak faham menyebabkan guru terpaksa
menjelaskannya dan menterjemahkannya satu perkataan demi perkataan.
Reaksi murid terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam sesi pengajaran ini adalah
berbagai-bagai. Terdengar murid menyebut dok fahang sepatah harang dalam loghat daerah.
Ini menunjukkan mereka tidak dapat menerima medium bahasa ini sebagai bahasa pengantar.
Selain itu, keadaan ini membuktikan bahawa guru sengaja menggunakan bahasa Inggeris
berlebihan dalam sesi pencerapan ini berbanding sesi pengajaran biasa (tanpa kehadiran orang
lain)
Dalam pemerhatian saya, guru seolah-olah mengajar bahasa Inggeris pula, kena bantu
muridtranslate satu persatu. Ini adalah kerana murid-murid didapati sangat lemah dalam
penguasaan kosa kata (vokabulari).
Walau pun tajuk mata pelajaran ini sangat menarik iaitu radioaktif dan guru banyak idea untuk
bercerita mengenainya, tetapi menjadi terhad dengan penguasaan bahasa Inggeris beliau serta
murid. Sepatutnya guru boleh menghubungkaitkan bahan radioaktif dengan isu semasa dunia,
penggunaan dalam peperangan sebagai senjata, penggunaan bahan radioaktif untuk menjana
tenaga dan untuk tujuan perubatan. Pronounciation murid semasa berinteraksi dengan guru
agak lemah walau pun guru menggalakkan murid dalam bahasa Inggeris. Menurut guru,
pelaksanaan PPSMI ini menyebabkan guru Melayu tidak cukup berani dan yakin untuk
memohon guru pakar atau guru cemerlang kerana mereka takut dicerap oleh pihak tertentu
seperti Jemaah Nazir Sekolah dan lain-lain bagi tujuan pengesahan kelak.
Posted by Deria at 12:28 PM No comments:
Refleksi 6 - PPSMI
Saya membuat pencerapan terhadap pengajaran pembelajaran seorang guru wanita yang
mengajar mata pelajaran Matematik Tambahan tingkatan empat. Kedudukan kelas adalah
sederhana dengan komposisi kaum Melayu:Cina adalah 50%:50% (ada seorang murid India).
Guru memulakan pengajaran dengan memberikan penerangan 90% dalam bahasa Melayu dan
sekali sekala diselang seli dengan bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun semasa menulis di
papan hitam, guru menggunakan bahasa Inggeris. Guru tidak menggalakkan murid bercakap
dalam bahasa Inggeris disepanjang pengajaran beliau. Hanya sekumpulan kecil murid sahaja
memberi respon kepada soalan yang dikemukakan oleh guru (secara beramai-ramai) dalam
bahasa Melayu. Teknik penyoalan guru pula tidak berfokus kepada murid tertentu, soalan
dikemukakan kepada keseluruhan murid. Belum sempat murid menjawab, guru sudah
memberikan jawapan oleh itu matlamat penyoalan beliau tidak dapat mengukur kefahaman
murid. Tidak ada langsung murid mengemukakan soalan kepada guru dalam bahasa Inggeris.
Apa yang dapat diperhatikan, sekumpulan murid Cina dapat menguasai bahasa Inggeris dan
sangat sedikit murid Melayu menguasainya. Saya mendapati murid berbangsa Cina, walau pun

guru mengajar dalam bahasa Melayu, mereka masih dapat menguasai bahasa Inggeris,
mengapa? Ini menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan guru. Saya telah menimbulkan
persoalan ini dalam penulisan saya sebelum ini dan beberapa faktor yang terlibat serta
menyumbang kepada perkara berkenaan. Semasa berbual dengan Pengetua dan Guru
Penolong Kanan (GPK), pada pandangan mereka, guru terbeban dengan pelaksanaan PPSMI
ini. Walaupun mereka mendapat elaun (BISP), mereka terpaksa mengikuti pelbagai kursus dan
ujian seperti ujian kompetensi yang dijalankan oleh kementerian. Mereka seolah-olah terpaksa
menggunakan bahasa Inggeris semasa mengajar walaupun tidak menguasai bahasa tersebut
dengan baik. Mereka juga terpaksa menggunakan bahasa Melayu semasa mengajar kerana
murid tidak faham terutamanya kelas yang lebih rendah. Kebanyakan guru semasa belajar
disekolah dahulu dalam bahasa Melayu sehingga ke universiti, oleh itu mereka sukar bercakap
bahasa Inggeris dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Saranan mereka ialah
kalau mahu murid pandai berbahasa Inggeris melalui pengajaran dan pembelajaran Matematik
dan Sains, belajarlah secara bilingual dengan menekankan kepada terminologi sahaja. Lain-lain
perkara yang diperhatikan ialah murid berbangsa Cina membawa air minuman kosong untuk
minuman mereka dalam botol air mineral yang besar (1 liter). Hanya dua orang murid Melayu
membawa air minuman, itupun dalam bekas (botol) yang kecil sahaja. Daripada segi kesihatan,
air minuman yang paling baik adalah air kosong (plain water) Hampir 80% kandungan badan
kita adalah terdiri daripada air. Oleh itu, jika kita inginkan kesegaran dan keselesaan, maka kita
perlu meminum air kosong dengan banyak setiap hari. Sebab itulah murid di sekolah Cina
sentiasa segar dan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajar walaupun waktu
belajar tengah hari yang cuacanya panas terik. Orang Melayu harus belajar daripada bangsa
Cina mengenai perkara ini dan perlu menjadi amalan semua murid kita di sekolah. Guru-guru
perlu menegas dabn menggalakkan amalan baik ini kepada semua pelajar di sekolah. Apa yang
dapat saya perhatikan, murid kita di sekolah luar bandar dan pedalaman, mereka membawa air
berwarna-warni (sirap), air teh, air kopi dan sebagainya ke sekolah untuk minuman mereka. Ini
tidak sesuai diamalkan. Kita sebagai guru perlu memberikan arahan dan maklumat yang jelas
kepada murid supaya mereka dapat mengamalkan pemakanan yang baik dan berguna kepada
mereka sendiri. KESELURUHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERLAKU DALAM
BAHASA MELAYU HANYA 10% SAHAJA BAHASA INGGERIS DIGUNAKAN.

You might also like