You are on page 1of 2

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada Prof. dan rakan-rakan.

Tugasan 2
Soalan tugasan : Sila taip 100 patah perkataan untuk maksud penyataan masalah dan 200 patah
perkataan untuk elemen-elemen penyataan masalah.
Maksud Penyataan Masalah
Suatu penyelidikan yang sistematik bermula dengan masalah. Tidak mungkin sesuatu penyelidikan
itu dijalankan tanpa ada masalah yang wujud. Hal ini selari dengan pendapat Cresswell (2005) dalam
Noraini Idris (2013) yang menyatakan bahawa tindakan memikirkan, menentukan, mengenal pasti ,
memilih dan membentuk masalah amat penting dalam pelaksanaan mana-mana jenis penyelidikan.
Berdasarkan penyelidikan pendidikan, penyataan masalah akan dibincangkan dalam bab Pendahuluan.
Penyataan masalah yang berkesan menjelaskan apa yang hendak dikaji, bagaimana dan setakat mana
hendak dikaji dan berbentuk operasi.
Menurut Creswell (2009) dalam Hamidah Yusof (2015) masalah penyelidikan ialah masalah
atau isu yang hendak dikaji. Isu dan masalah yang hendak dikaji melalui pengalaman penyelidik
ataupun masalah yang dihadapi oleh penyelidik itu sendiri, perbahasan mahupun dasar-dasar kerajaan.
Penyataan masalah haruslah jelas supaya kajian akan mudah dinterpretasikan. Hal ini sejajar dengan
pendapat Castetter dan Heisler(1988) Dalam Hamidah Yusof (2015) bahawa jika penyataan masalah
tidak jelas, ia akan menjejaskan hala tuju kajian dan juga menyebabkan data yang dikumpulkan tidak
sesuai dengan kehendak kajian. Secara umumnya, penyataan masalah merupakan gambaran yang
terdapat dalam pemikiran penyelidik.
Selain itu, penyelidik haruslah menetapkan masalah penyelidikan sebagai sesuatu yang kekal
untuk beberapa tahun dan memberi signifikan kepada individu lain dalam mengetahui penyelesaian
yang bakal dikenal pasti.

Hal ini kerana, penyataan masalah dapat membawa peranan sebagai

memberi hala tuju kepada kajian dan menggabungkan semua usaha yang dibuat semasa menjalankan
kajian.

Secara umumnya menjadi landasan untuk menerangkan pelaksanaan kajian khusunya

bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang hendak dikaji. Semua data yang diperoleh akan
tertumpu kepada penyataan masalah yang dicetuskan semasa Bab 1.
Kesimpulannya, penyataan masalah merupakan sesuatu yang berlaku dalam kehidupan
seharian dan boleh dijadikan asas dalam penyelidikan pendidikan. Penyataan masalah merupakan
aspek yang sangat penting dalam memulakan penyelidikan pendidikan.Penyelidik harus mengetahui
kepentingan dan keperluan penyataan masalah dalam sesuatu pelaksanaan penyelidikan dan
memikirkan secara analitikal untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Elemen-Elemen Penyataan Masalah


Terdapat lima elemen dalam penyataan masalah antaranya tajuk, isu pendidikam, bukti bagi isu,
kekurangan dalam bukti dan apakah penyelesaian terhadap kekurangan atau kelemahan.
Berdasarkan elemen yang pertama iaitu tajuk, tajuk perlulah mengikut bidang yang hendak
dikaji dan menimbulkan persoalan Apa yang hendak dikaji? Berdasarkan tajuk penyelidikan
pendidikan kita harus mengetahui sama ada berbentuk kualitatif ataupun kuantitatif. Hal ini berikutan
kerana, tajuk kajian akan memainkan peranan yang penting sebagai penentu bentuk kajian.
Contohnya, jika kajian bersifat kuantitatif, tajuk kajian perlulah mempunyai pembolehubah bersandar
dan pembolehubah tidak bersandar.
Seterusnya elemen isu pendidikan. Isu pendidikan ialah berkenaan dengan apa yang hendak
dikaji?

Selain itu, isu pendidikan mempertibangkan keprihatinan terhadap sesuatu isu, masalah

tentang sesuatu kajian dan isu permasalahan yang memerlukan penyelesaian. Isu dan masalah perlu
jelas agar kajian tidak menjadi kabur dan tergantung.
Elemen yang ketiga ialah berkenaan dengan bukti bagi isu. Bukti bagi isu berbentuk literatur.
Sorotan literatur perlulah dalam lingkungan 5 tahun ke atas untuk membuktikan kerelevenan kajian
itu dijalankan pada masa kini. Selain itu, bukti dari pengalaman semasa mendapatkan isu juga perlu
untuk menguatkan penyataan masalah yang hendak dibina.
Elemen yang keempat ialah kekurangan dalam bukti. Semasa dalam peringkat ini, penyelidik
perlu mengesan tentang kekurangan bukti. Apakah yang kurang dalam bukti ini? Hal ini bertujuan
untuk mendapatkan maklumat lanjut dan bukti yang lebih kukuh dalam menguatkan penulisan kajian.
Elemen yang terakhir ialah tentang persoalan apakah penyelesaian terhadap kekurangan atau
kelemahan? Berdasarkan elemen ini, penyelidik perlu mencari penyelesaian terhadap apa-apa sahaja
yang diperlukan untuk membantu kekurangan dan kelemahan penyataan masalah. Penyelidik harus
bijak berfikir secara analitikal untuk memastikan penyataan masalah jelas dan mempunyai
kerelevenan untuk dikaji. Bukti juga harus tepat dan sejajar dengan kajian yang ingin dibuat.
Kesimpulannya, elemen-elemen dalam penyataan masalah memberi signifikan kepada kajian
yang ingin dilaksanakan. Elemen-elemen ini bertindak untuk menguatkan dan meningkatkan kualiti
kajian yang hendak dicapai. Elemen-elemen ini perlu diterapkan dan menjadi pegangan penyelidik
agar penyataan masalah dapat dibina berdasarkan sesuatu isu yang kukuh dan rasional.
Fatin Binti Zulkifli
M20161000150
Fakulti Bahasa Dan Komunikasi
Universiti Pendidikan Sultan Idris

You might also like