You are on page 1of 1

1.

Nyatakan apa perkara yang perlu ada di dalam pernyataan masalah agar menampakkan kejelasan kajian yang akan
dijalankan.

Perkara yang perlu ada di dalam pernyataan masalah agar menampakkan kejelasan kajian yang akan dijalankan adalah :

1. Masalah dinyatakan secara “logico-empirical”


2. Bahagian penting kajian – menyediakan fokus dan arah kajian seterusnya.
3. Menerangkan masalah dan mengenalpasti pembolehubah.

Mengikut Creswell (2005), elemen-elemen yang seharusnya ada dalam sesuatu penyataan masalah ialah:

a. Tajuk atau perkara yang dikaji


b. Masalah yang dikaji
c. Bukti bagi menjustifikasikan pemilihan permasalahan penyelidikan berkenaan, iaitu bukti berdasarkan karya atau literatur atau
bukti daripada pengalaman-pengalaman praktikal
d. Kekurangan dalam bukti berkaitan dengan perkara menjadi fokus penyelidikan iaitu bukti - bukti yang sedia ada, apa yang
tertinggal atau apa yang masih perlu diketahui dengan lebih lanjut
e. Sasaran penyelidikan, iaitu bagaimana tindakan menangani apa yang perlu diketahui dapat membantu penyelidik,
pendidik, perancang serta individu atau kelompok lain yang berkepentingan
Elemen-elemen tersebut mencerminkan kejelasan kajian dari aspek pernyataan masalah.

2. Bagaimanakah kaitan di antara pernyataan masalah dan objektif kajian

1. Pernyataan masalah dinyatakan lebih khusus dalam bentuk objektif manakala objektif kajian merupakan
kesinambungan kepada masalah kajian dalam pernyataan masalah kajian.
2. Pernyataan masalah juga merupakan isu atau masalah yang ingin dikaji dalam penyelidikan manakala objektif kajian
seharusnya spesifik, boleh diukur, kebolehcapaian, realistik dan bersesuaian dengan tempoh kajian. Kesinambungan
antara dua elemen memberikan kajian tersebut lebih berfokus dan mencapai matlamat.

You might also like