You are on page 1of 4

1.

Penyelidikan sains sosial merupakan kursus yang wajib di kebanyakan universiti kerana
kemahiran menjalankan penyelidikan adalah amat penting. Huraikan DUA (2) kelebihan
memiliki kemahiran penyelidikan (6 markah) Bab 1 ~ M/S 1**internet
a) Kerana penyelidikan merupakan satu proses untuk mendapatkan satu
penyelesaian masalah yang boleh dipercayai iaitu melalui pungutan data,
penganalisaan dan interpretasi yang sistematik dan terancang.
b) Dapat menyelesaikan dan menangani masalah yang dihadapi dengan segera
berdasarkan kepada bukti-bukti atau fakta yang konkrit dan munasabah.

2. Senaraikan DUA (2) ciri penyelidikan kualitatif yang anda pelajari (4 markah) Bab 5 ~ M/S 58
a) Perbezaan pendekatan: Kajian kualitatif pula melibatkan penggunaan kaedah
induktif bagi merancang kajian.
b) Alat: Pengkaji kualitatif pula menekankan kepada instrumen atau alat yang boleh
menghasilkan perkataan seperti temu bual berstruktur, pemerhatian dan lain-
lain.
c) Subjek: Pengkaji kualitatif pula lebih cenderung untuk memilih sampel yang
bersaiz kecil.
d) Masa: Pengkaji kualitatif akan menggunakan masa yang agak panjang untuk
menemubual dan menjalankan pemerhatian.
e) Penyesuaian alat: Pengkaji kualitatif akan berfikiran terbuka terhadap
kemungkinan mengubah suai alat yang digunakan seperti mengubah suai soalan
atau menambah soalan berdasarkan kepada maklum balas awal yang diterima
daripada responden.
f) Laporan: Pengkaji kualitatif pula lebih berkecenderungan untuk memetik maklum
balas individu dalam bahagian laporan kajian.
g) Generalisasi: Pengkaji kualitatif berkecenderungan untuk menghadkan laporan
beliau kepada individu atau kelompok masyarakat yang dikaji secara langsung.

3. Nyatakan DUA (2) tujuan etika diperlukan dalam penyelidikan sains sosial (4 markah) Bab 1 ~
6-8
a) Menjaga perasaan responden beri masa yang cukup untuk responden
menjawab soalan dan tidak boleh bertanya soalan-soalan yang memalukan,
menyebabkan kekacauan emosi atau pengalaman yang tidak menyenangkan.
Secara umum, penyelidik tidak boleh mendedahkan responden kepada tekanan
mental atau fizikal.
b) Menjaga kerahsiaan responden penyelidik sama sekali tidak boleh
mendedahkan maklumat mengenai sampel kajian sehingga ia boleh menggugat
keselamatan atau maruah responden. Hak-hak peribadinya harus dipelihara dan
tidak boleh jatuh ke tangan pihak ketiga.

4. Jelaskan TIGA (3) bentuk peneyelidikan berikut beserta contoh

i. Penyelidikan Asas (5 markah) Bab 1 ~ M/S 2


Penyelidikan asas merupakan penyelidikan yang menekankan pada
penemuan pengetahuan semata-mata untuk pengetahuan. Penyelidikan yang
dikategorikan kepada jenis ini lebih menumpukan kepada kajiankajian yang
berkaitan dengan teori-teori dalam bidang tertentu. Misalnya, teori yang
berkaitan dengan kepuasan kerja, komitmen terhadap organisasi dan budaya
organisasi. Kajian-kajian mendalam berkaitan dengan teori Dua-Faktor yang
dikemukakan oleh Herzberg misalnya merupakan contoh penyelidikan asas.
Tujuan utama seseorang pengkaji menjalankan penyelidikan asas adalah
untuk memperolehi bukti-bukti atau data empirikal yang boleh digunakan untuk
membentuk, mengembang dan menilai sesuatu teori. Penyelidikan asas tidak
bertujuan untuk menyelesaikan masalah-masalah praktis seperti masalah sosial
dalam masyarakat dan sebagainya. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa
hasil yang diperolehi daripada penyelidikan yang bertujuan untuk
memperkukuhkan teori ini mampu digunakan untuk membantu menyelesaikan
masalah-masalah yang praktis.
Misalnya, hasil atau dapatan kajian menunjukkan bahawa kepuasan kerja
bagi seseorang pekerja mempunyai hubungan dengan peningkatan dalam
komunikasi yang membina (supportive communication) di dalam sesebuah
organisasi. Perkaitan antara kedua-dua aspek ini ada dibincangkan dalam Teori
Hubungan Manusia (Human Relations Theory). Melalui penyelidikan asas yang
menyokong kepada teori ini secara tidak langsung pihak pengurus atau
pentadbir sesebuah organisasi yang bercadang untuk meningkatkan kepuasan
kerja di kalangan kakitangan organisasi boleh meningkatkannya melalui amalan
komunikasi yang efektif di dalam organisasi mereka.

ii. Penyelidikan Gunaan (5 markah) Bab 1 ~ M/S 3


Penyelidikan gunaan bertujuan untuk menyelesaikan masalah praktis yang
dihadapi oleh individu, masyarakat ataupun organisasi. Ini bererti, penyelidikan
gunaan dilakukan secara langsung terhadap masalah sebenar yang dihadapi dan
menekankan tentang cadangan penyelesaian yang boleh dilakukan untuk
menangani masalah berkenaan. Misalnya, masalah yang berkaitan dengan
ponteng kerja di dalam sesebuah organisasi atau masalah yang berkaitan
dengan penurunan dalam tahap produktiviti di kalangan kakitangan sesebuah
organisasi. Ini secara langsung akan menjejaskan operasi organisasi berkenaan.
Dengan itu, penyelidikan perlu dilakukan untuk memahami faktor-faktor yang
membawa kepada tercetusnya masalah ponteng kerja dan penurunan tahap
produktiviti supaya suatu cadangan penyelesaian yang praktis dapat dilakukan.

iii. Penyelidikan Longitudinal (5 markah) internet***


Longitudinal merupakan kajian yang dijalankan dalam satu jangka masa
yang panjang. Jadi, data dikumpul berasaskan satu jangka masa terhadap
kumpulan sampel yang sama. Ia kajian yang berkesan tetapi tidak popular
kerana tempoh yang lebih lama untuk menjalankannya. Seringkali ia dijalankan
untuk mengkaji corak dan pola sesuatu sampel dalam tempoh tertentu.

5. Huraikan SATU (1) perbezaan di antara skala interval dan skala nominal (4 markah) Bab 3 ~
M/S 30

Skala interval atau sela mempunyai satu ciri yang tidak dapat dalam skala nominal
dan skala ordinal. Ciri yang istimewa ini ialah perbezaan magnitud ataupun sela yang
sama di antara setiap nilai yang diberikan. Dengan kata lain, jarak atau perbezaan
magnitud di antara setiap nilai adalah serupa. Ukuran jangka suhu merupakan contoh
mudah yang dapat diperhatikan dalam aspek ini.

Data-data dalam Skala Norminal dikategorikan kepada kategori-kategori atau


kumpulan-kumpulan yang tertentu. Justeru itu, ianya juga dikenali sebagai data
kategori. Ini merupakan klasifikasi data yang paling asas dan mudah. Data-data akan
dikelompokkan kepada beberapa kategori atau kumpulan tanpa memiliki ciri-ciri lebih
baik atau lebih buruk untuk setiap kumpulan. Kategori atau kumpulan tadi hanya
membezakan ciri-ciri data yang diperolehi dan tidak mempunyai nilai-nilai intrinsik. Ini
bermakna ia hanya meletakkan responden kepada mana-mana kategori atau kumpulan
tanpa ada perbezaan eksklusif di antara kategori atau kumpulan tai. Tiap-tiap kategori
akan diberi nilai secara arbitrari. Ahli dalam satu kategori atau kumpulan biasanya
tidak boleh menjadi ahli kepada kategori atau kumpulan yang lain. Skala nominal
biasanya digunakan untuk soalan-soalan yang bersifat empirikal. Sebagai contoh,
katakan pembolehubah yang ingin anda ukur ialah jantina.

6. Jelaskan perbezaan antara populasi kajian dan persampelan kajian yang anda pelajari
(5 markah) Bab 4 ~ M/S 38

Populasi merupakan keseluruhan unit/objek/elemen/responden/ yang merupakan


asas kepada bahan pengukuran pengkaji. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin
menjalankan kajian tentang persepsi masyarakat Malaysia terhadap wawasan 2020
maka populasi kajian adalah seluruh masyarakat Malaysia. Sekiranya kajian yang
dijalankan ingin melihat kesan kenaikan gaji terhadap kakitangan sektor awam di
Kedah pula, maka polulasi anda ialah seluruh kakitangan awam yang berkhidmat di
negeri Kedah. Dari segi teori, konsep populasi sebenarnya merangkumi jumlah
keseluruhan unit/ objek /elemen/ responden.

Persampelan~Disebabkan kesukaran untuk menjadikan keseluruhan populasi


sebagai sampel kajian, jumlah sampel yang sesuai perlulah dipilih dengan
menggunakan teknik yang tertentu dan berkesan supaya tidak timbul bias atau berat
sebelah dalam pemilihan. Persampelan adalah satu proses memilih sampel yang
mungkin terdiri daripada unit/ objek/ elemen/ responden dari satu populasi yang
dikenal pasti dalam kajian dengan menggunakan kaedah dan teknik yang tertentu
supaya hasil kajian dapat digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi.

7. Di dalam menjalankan sorotan kajian, diantara sebuah artikel suratkhabar dengan sebuah
artikel jurnal, jelaskan artikel manakah adalah lebih tinggi nilainya bagi penyelidikan yang
saintifik (5 markah)
8. Jelaskan mengapa penyelidik perlu memberikan definisi operasional dalam sesebuah
penyelidikan (4 markah) Bab 2 ~ M/S 21

Definisi operasional ialah definisi kerja yang lebih spesifik dan khusus untuk
menyatakan makna kepada konsep yang dikaji. Ia amat perlu untuk mengukur konsep-
konsep abstrak seperti sikap dan perasaan. Goodwin (2002) menyatakan bahawa
definisi operasi perlu dibuat dengan teratur terutamanya bagi konsep yang mempunyai
makna yang pelbagai. Dengan kata lain, definisi operasi membawa maksud penyelidik
mendefinisikan secara jelas istilah-istilah dalam penyelidikan mereka. Definisi konsep
secara operasional yang baik akan membolehkan sesuatu kajian itu direplikasikan dan
sekaligus memenuhi satu daripada ciri-ciri sebuah penyelidikan saintifik.

Pertimbangan bagi membuat pendefinisian secara operasional setiapkonsep


yang mewakili gagasan atau konstruk yang tertentu terletak di atas bahu penyelidik.
Penyelidik perlu memastikan konsep yang digunakan itu difahami secara berbeza
antara konsep secara umum dan juga konsep secara operasi. Ini adalah bagi
memudahkan aspek pengukuran data dengan menyediakan instrumen kajian yang
berupa soal selidik atau temubual yang menjurus kepada sebarang konsep yang ingin
diukur. Dalam konteks yang dibincangkan tadi, sikap kanak-kanak merupakan konsep
yang ingin dikaji. Oleh itu sebarang pembentukan alat pengukuran perlulah menjurus
kepada sikap kanak-kanak secara khusus dan bukan sikap secara umum. Maknanya
komponen kognitif, afektif dan tingkah laku dalam sikap kanak-kanak perlu
diperjelaskan dan kemudian diterjemahkan dalam sebarang bentuk pengukuran yang
digunakan dalam penyelidikan berkaitan.

9. Jelaskan DUA (2) jenis hipotesis yang dibentuk dalam penyelidikan kuantitatif (4 markah) Bab
2 ~ M/S 16

10. Jelaskan DUA (2) kaedah yang boleh digunakan seseorang penyelidik dalam mengumpouk
data kualitatif (5 markah)

11. Jelaskan perbezaan antara analisis deskriptif dan analisis inferensi dalam kajian kuantitatif (4
markah)

You might also like