You are on page 1of 6

3.

1 Kaum Melayu
3.1.1 Kesan Ekonomi
Ekonomi masyarakat Melayu di Tanah Melayu berada dalam
keadaan stabil, Hal ini kerana masyarakat Melayu tidak bergantung
sepenuhnya kepada hasil getah tetapi terdapat banyak sumber lain
seperti hutan.
kaum Melayu menganggap tanaman getah hanya akan
menghasilkan wang tetapi bahan-bahan makanan mereka akan
diperolehi daripada tanaman padi dan tanaman lain di sekeliling
rumah mereka.1
3.1.2 Kesan Sosial
Orang Melayu mampu untuk menyara anak-anak mereka ke sekolah
walaupun zaman meleset melanda Tanah Melayu.
Bilangan murid yang bertambah berikutan daripada penubuhan 11
buah sekolah yang baru di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Kaum Melayu turut mengalami masalah hutang dengan Chetia
terutamanya Petani-petani.
Peminjaman wang dengan chetia akan dikenakan cagaran ke atas
harta mereka.
Kadar bunga yang dikenakan juga sangat tinggi. Sekiranya petani
tidak mampu membayar ,mereka akan menjualkan tanah kepada
chetia.
Keadaan ini menyebabkan British memperkenalkan Malay
Reservation Act bagi menyelamatkan tanah orang Melayu daripada
terus tergadai.2

3.2 Kaum Cina


3.2.1 Kesan Ekonomi
Kemelesetan ekonomi dunia telah menyebabkan harga bijih timah
menjunam ke paras yang rendah akibat permintaan dari Eropah
yang berkurangan.
Pada tahun 1931 harga bijih timah telah jatuh kepada $1020 se tan
berbanding $ 2114 pada tahun 1926.
Pihak British telah mencadangkan skim untuk mengawal harga dan
pengeluaran bijih timah yang telah dipersetujui oleh negara-negara
pengeluar bijih timah yang lain seperti Bolivia, Nigeria, dan
Indonesia.
Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa juga ditandatangani pada
tahun 1931, 1934, dan 1937. Dalam perjanjian ini negara pengeluar
ditetapkan kuota pengeluarannya. Oleh itu, perjanjian ini telah
berjaya mengukuhkan harga bijih timah.3
Selain itu, buruh-buruh Cina ini juga terlibat dalam bidang
perladangan meskipun kadar upah yang rendah, mereka sanggup

1 Abdul Aziz Salleh, Kesan Zaman Meleset Ke atas Masyarakat India di Tanah Melayu, Jurnal Jebat, Universiti
Kebangsaan Malaysia: School of History, Politics and Strategic Studies (PPSPS), 2(2):48-68, 1972, hlm. 62.

2 Ibid., hlm. 62-63.

3Kemelesetan Ekonomi 1920-an-1930-an ke Atas Perlombongan Bijih Timah


http://www.geocities.ws/cominglucky/melesetbijihtimah.htm diakses pada 08/04/2012.
bekerja supaya dapat membeli beras, ikan kering, dan sekali sekala
akan membeli sedikit sayuran.4

3.2.2 Kesan Sosial

Semasa kemelesetan ekonomi dunia ini kaum cina yang tinggal di bandar
lebih merasainya.
Dalam sektor perlombongan ramai buruh Cina telah dihantar pulang ke
negara asal mereka akibat daripada tindakan para majikan.
Terdapat daripada segelintir mereka yang telah dipakasa pulang ke negara
asal.5
Semasa kemelesetan ekonomi dunia keadaan kerja para buruh telah
merosot, Masalah pengangguran semakin meningkat akibat daripada para
pekerja dibuang kerja.
Kerajaan penjajah tidak berusaha untuk menyelesaikan masalah
pengangguran tetapi sebaliknya lebih memberi tumpuan terhadap
penyekatan terhadap kemasukan buruh yang berlebihan yang masuk ke
Tanah Melayu.
Pihak penjajah telah mengenakan quota terhadap kemasukan buruh-buruh
Cina ke Tanah Melayu pada tahun 1930.
Dari aspek pendidikan pula, buruh-buruh Cian lebih bijak dalam
pendidikan. Hal ini kerana adanya belia-belia Cina peranakan di Tanah
Melayu yang telah menerima sistem pendidikan Cina rasmi iaitu sistem
pelajaran berasaskan buku teks Cina.
Para pekerja dan belia Cina yang berpelajaran pada masa tersebut telah
didedahkan dengan pengaruh kesusasteraan kaum pekerja melalui surat
khabar, buku-buku, dan majalah-majalah yang diimport dari negara
China.6

3.3 Kaum India

3.3.1 Kesan Ekonomi

Tanah Melayu yang terlalu bergantung kepada perusahaan getah ini telah
menyebabkan zaman meleset menimpa Tanah Melayu.
Harga getah telah turun sebanyak $90 Juta antara tahun 1930 dengan
1931 dan menyebabkan pendapatan perkapita buruh yang terlibat rapat
dengan perusahaan ini menurun.

4 Abdul Aziz Salleh, Kesan Zaman Meleset Ke atas Masyarakat India di Tanah Melayu, Jurnal Jebat, Universiti
Kebangsaan Malaysia: School of History, Politics and Strategic Studies (PPSPS), 2(2):48-68, 1972, hlm. 58.

5 Shakila Parween Yaacob, Kebajikan Pekerja Syarikat Multinasional Amerika Syarikat Di Tanah Melayu 1919- 1942,
Jurnal Jebat, Universiti Kebangsaan Malaysia: School of History, Politics and Strategic Studies (PPSPS), 2(33):155-182,
2006, hlm. 164.

6 Persatuan Sejarah Malaysia, Malaysia: Sejarah dan Proses Pembangunan, 1979, Kuala Lumpur: Selangor Percetakan
United Sdn. Bhd, 1979, hlm. 202-203.
Upah yang dibayar kepada kuli India menurun sehingga menjadi 20 sen
daripada 50-55 sen akhir tahun 1929 hingga pertengahan tahun 1932.
Pada tahun 1931 hingga 1932 kadar upah telah menurun sebanyak 50-60
peratus dan hanya diberi kerja sebanyak 4 hingga 5 hari sahaja dalam
masa satu minggu.7

3.3.2 Kesan Sosial

Kejatuhan harga getah telah menyebabkan kebanyakan estet


mengamalkan kewangan ketat.
Pada masa tersebut tidak wujud organisasi, penjagaan estet, dan
penanaman pokok getah yang terurus dan cekap.
Buruh-buruh juga terpaksa berhadapan dengan keadaan persekitaran
kerja yang teruk dan tahap kebersihan yang rendah.
Dari segi struktur Perumahan mereka juga terlalu sempit untuk
menampung bilangan yang ramai serta pengudaraan yang buruk. Hal ini
telah menyebabkan kesihatan buruh India terjejas. 8
Zaman meleset ini telah memberi kesan terhadap pelajaran kanak-kanak
India, ini kerana perbelanjaan-perbelanjaan untuk pelajaran telah
dipotong, malahan tempat untuk mereka belajar di sekolah sukar didapati.
Yuran-yuran sekolah telah di naik pada tahun 1933 dan ini menjadi
bebanan kepada ibu bapa pelajar India.
Akibatnya, bilangan anak-kanak India mendapat pelajaran telah
berkurangan iaitu Sebanyak 333 buah sekolah Tamil dengan bilangan
murid seramai 12640 orang pada akhir tahun 1930 telah menurun kepada
301 buah sekolah dan seramai 10656 orang sahaja pada tahun 1931. 9
Chetia-chetia India turut menerima kesan yang sama, Mereka telah
memberi pinjaman kepada petani-petani Melayu dan tuan-tuan tanah
dengan mengenakan cagaran terhadap harta mereka.
Orang Melayu yang tidak mampu bayar akan menjual tanah. Namun,
British telah mengeluarkan Malay Reservatin Act untuk menyelamatkan
tanah orang Melayu daripada terus digadai. Hal ini telah melemahkan
kegiatan Chetia India. Kerajaan British Malaya telah mewujudkan skim
pembukaan tanah (Schemes of land settlement) untuk elakkan
pengangguran berterusan.

7 Abdul Aziz Salleh, Kesan Zaman Meleset Ke atas Masyarakat India di Tanah Melayu, Jurnal Jebat, Universiti
Kebangsaan Malaysia: School of History, Politics and Strategic Studies (PPSPS), 2(2):48-68, 1972, hlm. 51-52.

8 Shakila Parween Yaacob, Kebajikan Pekerja Syarikat Multinasional Amerika Syarikat Di Tanah Melayu 1919- 1942,
Jurnal Jebat, Universiti Kebangsaan Malaysia: School of History, Politics and Strategic Studies (PPSPS), 2(33):155-182,
2006, hlm. 162.

9 Ibid., hlm. 59.


KESAN KEMELESETAN EKONOMI TERHADAP MASYARAKAT DI TANAH
MELAYU

1. Kaum Melayu
Sebelum kedatangan penjajah, kaum melayu hidup dalam suasana
aman dan bebas untuk melakukan aktiviti seharian.
Namun, setelah British datang ke Tanah Melayu ekonomi di Tanah
Melayu telah dimajukan seperti penanaman getah dan
perlombongan bijih timah telah diperkenalkan.
Kaum Melayu telah dipinggirkan oleh British berikutan kekayaan
sumber alam di Tanah Melayu telah diusahakan oleh imigran cina
dan India ( Kaum Melayu meneruskan gaya hidup yang lama).
Tindakan pemerintah (British) yang lebih menumpukan terhadap
ekonomi komersil seperti perlombongan bijih timah dan getah telah
membuatkan aktiviti penanaman padi yang menjadi sumber
makanan terpenting kepada Tanah Melayu telah diabaikan.
Kesan tidak langsung yang dihadapi oleh kaum Melayu akibat
daripada kemelesetan ekonomi adalah masalah hutang dari ceti.
sewaktu kemelesetan ekonomi melanda di Tanah Melayu segala
barangan telah dinaikkan harga. Dengan harga penjualan padi yang
rendah menyukarkan mereka untuk membeli barangan seharian.
Oleh sebab itu, mereka terpaksa berhutang dengan ceti bagi
memndapatkan wang.
Namun, disebabkan ketidakmampuan mereka untuk membayar
hutang maka, tanah mereka terpaksa diambil oleh ceti. Maka,
kehidupan mereka kian mundur kerana hilang sumber pencarian.

2. Kaum India
Kejatuhan harga komuditi getah telah banyak menjejaskan
masyarakat yang terdapat di kawasan astet pada masa tersebut
terutamanya masyarakat India.
Keadaan ini dapat dilihat apabila turunnya kadar upah bagi
golongan buruh India pada masa tersebut yang melibatkan 60 %
iaitu 50 sen - 55 sen kepada 20 sen dari tahun 1929 hingga 1932. 10
Selain itu, tindakan pengusaha juga dalam menjalankan
pengurangan pekerja astet juga dijalankan semasa zaman
kemelesetan ekonomi yang menyaksikan jumlah buruh India telah
mengalami pengurangan sehingga pada tahun 1932.
Ekoran daripada pengurangan dan kemerosotan golongan buruh
India telah membawa kepada penghantaran pulang beribu-ribu
pekerja India.
Masalah pengangguran yang berlaku telah menyebabkan kerajaan
tidak mampu untuk menghantar pulang semua pekerja ladang yang
diberhentikan ini membawa kepada berlaku gejala pengangguran di
kalangan masyarakat India.
Akibatnya, pelbagai jenayah berlaku penglibatan golongan ini
yang terlibat dalam kegiatan merompak, mencuri, pecah rumah dan
sebagainya. Pada tahun 1930, terdapat 9000 kes yang dilaporkan
tetapi pada tahun 1931, terdapat 10500 kes yang dilaporkan pada
masa tersebut.11

3. Kaum Cina
Ketika era 30-an telah menyaksikan kaum cina terpaksa terkena
kesan kemelesetan ekonomi yang sangat dasyat.
sektor perlombongan yang dipelopori oleh mereka telah terjejas
teruk berikutan tindakan Amerika Syarikat yang mengehadkan
pengimportan bijih timah daripada Tanah Melayu.
Kesannya, sebahagian daripada mereka terpaksa dibuang kerja
kerana majikan tidak mampu untuk membayar gaji buruh-buruh
cina.
Disamping itu, kerajaan kolonial terpaksa mengehadkan (kuota)
kemasukan buruh-buruh cina ke Tanah Melayu. 12
Selain itu, kaum cina bukan sahaja tertumpu terhadap di sektor
perlombongan bahkan turut terlibat dalam bidang lain seperti
perniagaan.13
Namun, bidang perniagaan juga menerima kesannya apabila
sebahagian besar perniagaan mereka terpaksa ditutup berikutan
kurangnya permintaan disamping ketidakmampuan penduduk di
Tanah Melayu untuk berbelanja. Oleh sebab itu, ramai di antara
mereka yang hidup dalam keadaan kemunduran dan kemiskinan.
10 P.T Bauer, Reading in Malayan Economics, Singapore: Cyprus Press, 1961, hlm 186.

11 Kemelesetan Ekonomi 1920-an-1930-an ke Atas Perusahaan Getah dlm,


http://www.geocities.ws/cominglucky/melesetgetah.htm , diakses padaa 20/04/2016.

12 Leong Yee Fong. Permulaan Kesedaran Perburohan China di Tanah Melayu,1920-1940, Malaysia
Sejarah dan Proses Proses Pembangunan.1979. Salam Press Sdn.Bhd. ms 86

13 Ibid

You might also like