You are on page 1of 39

Struktur Pembinaan

Kandungan Penyelidikan
Struktur kandungan
Bidang-bidang Utama Pengurusan Pendidikan
1. Pengurusan Sumber Manusia.
2. Pemasaran Pendidikan.
3. Pentadbiran Pendidikan.
4. Kepengetuaan.
5. Integriti dan Akauntibiliti dalam pendidikan.
6. Kepimpinan Pendidikan.
7. Pengurusan Kewangan Sekolah.
8. Polisi dan Perancangan Pendidikan.
Struktur kandungan
Bidang-bidang Utama Pengurusan Pendidikan
9. Pengurusan Strategik.
10. Pengurusan Kualiti.
11. Pengurusan Kompetensi.
12. Falsafah Pendidikan.
13. Pengurusan Sekolah Lestari.
14. Pengurusan Perubahan.
15. Isu-isu pendidikan.
16. Pendidikan Perbandingan.
17. Politik dan Pendidikan.
Struktur kandungan
Bidang-bidang Utama Pengurusan Pendidikan
18. Pendidikan dan Pembangunan Komuniti.
19. Pendidikan dan Pengurusan Aset.
20. Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia.
21. Pendidikan dan Gender.
22. Pengurusan Pendidikan Sektor Swasta.
23. Komuniti Pembelajaran Profesional.
24. Pengurusan Risiko.
Struktur kandungan
Bidang-bidang Utama Pengurusan Pendidikan
25. Pengurusan Projek dalam Pendidikan.
26. Pendidikan dan Integrasi Nasional.
27. Pendidikan dan Isu-isu Pembangunan Negara.
28. Pendidikan Ekspatriat.
29. Pendidikan dan Undang-undang.
30. Pengurusan Delikuen.
Struktur kandungan
BAB 1 – PENGENALAN
1. Pendahuluan
2. Pernyataan masalah
3. Tujuan kajian
4. Objektif kajian
5. Soalan kajian (Persoalan kajian)
6. Hipotesis kajian
7. Kerangka konseptual kajian/kerangka teoritikal kajian
8. Kepentingan kajian
9. Batasan kajian
10. Definisi operasional
Struktur kandungan
BAB 2 – TINJAUAN LITERATUR (KAJIAN KEPUSTAKAAN)
BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN
1. Pendahuluan
2. Reka bentuk kajian
3. Sampel kajian
4. Lokasi kajian
5. Instrumen kajian
6. Presedur pengumpulan data
7. Perosedur penganalisisan data
BAB 4 – DAPATAN KAJIAN
BAB 5 – PERBINCANGAN/RUMUSAN/KESIMPULAN
Struktur kandungan
BAB 1 – PENGENALAN
1. Pendahuluan
a) Menjelaskan senario semasa yang berkaitan dengan masalah kajian secara
keseluruhan.
b) Membincangkan beberapa sub idea masalah kajian yang disokong oleh
bahan-bahan rujukan.
c) Membincangkan secara ringkas konsep masalah kajian.
d) Membina fokus satu sub idea daripada beberapa sub idea masalah kajian
Struktur kandungan
BAB 1 – PENGENALAN
2. Pernyataan masalah
a. Memperkenalkan latar belakang secara umum dan menghuraikan topik
kajian secara ringkas.
b. Membuktikan kewujudan masalah kajian dengan huraian secara terperinci
merujuk kepada jadual/data berdasarkan rujukan-rujukan yang sah sama
ada daripada buku, jurnal, artikel, prosiding, dokumen-dokumen rasmi,
rekod-rekod rasmi, laporan-laporan dan sumber-sumber lain yang
berwibawa.
c. Mengulas masalah kajian dalam konteks usaha-usaha penyelesaian yang
telah diambil daripada aspek program, aktiviti, dasar, cadangan, resolusi dan
lain-lain tindakan yang telah dijalankan serta impak ke atas masalah kajian
tersebut.
Struktur kandungan
BAB 1 – PENGENALAN
2. Pernyataan masalah
d. Mengulas masalah kajian dalam konteks kajian-kajian lepas yang
berkaitan/hampir sama dalam skop yang dikaji
i. Mengemukakan secara ringkas sampel dan dapatan kajian
ii. Meneliti aspek-aspek yang dikaji dan belum dikaji dalam kajian-kajian
tersebut (membanding beza aspek-aspek seperti konsep, unsur-unsur,
pemboleh ubah dan metodologi kajian, seperti sampel, alat kajian dan
prosedur)
e. Berdasarkan maklumat yang diperolehi dalam perkara 3 dan 4, pengkaji
perlu mengemukakan ‘jurang’ yang wujud antara penyelesaian yang telah
dibuat dan penyelesaian yang belum diambil tindakan.
f. Perbincangan perlu merujuk kepada aspek-aspek kajian yang berkaitan
dengan masalah kajian yang telah dijalankan dan belum dijalankan.
Struktur kandungan
BAB 1 – PENGENALAN
2. Pernyataan masalah
g. Berdasarkan jurang yang dikenal pasti, jadikan rasional/keperluan
menjalankan kajian ke atas tajuk yang dipilih.
h. Menyatakan “kerangka kerja” atau arah tuju kajian dalam bentuk
hasilan/dapatan yang hendak dicapai dan manfaatnya kepada pihak-pihak
yang berkepentingan.
Struktur kandungan
BAB 1 – PENGENALAN
3. Tujuan kajian
a. Menghuraikan secara am arah tuju dalam bentuk peramalan yang hendak
dicapai daripada hasil kajian dengan menggunakan tajuk kajian sebagai
asas yang mana setiap konstruk dan konsep-konsep yang mendokongnya
(pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam objektif kajian) dihuraikan secara
ringkas akan maksudnya)
Struktur kandungan
BAB 1 – PENGENALAN
1. Objektif kajian
a. Bagi penyelidikan kuantitatif tentukan setiap ayat objektif kajian mempunyai
unsur jenis dan nilai ‘hubungan’ yang hendak dikenal pasti, pemboleh ubah-
pemboleh ubah (bergantung dan pemboleh ubah bebas) yang hendak diukur
dan sampel yang akan digunakan.
Formula: “Hubungan” + V1……V2……V3…… + “Sampel“
“Hubungan” = tahap, korelasi, perbezaan, pengaruh, faktor-faktor dan kesan
interaksi.
i. Hubung kait/korrelasi antara pemboleh yang hendak dikaji
ii. Pengaruh dan kesan/akibat antara pemboleh ubah (Chi square,
MRA)
Struktur kandungan
BAB 1 – PENGENALAN
1. Objektif kajian
a. Bagi penyelidikan kuantitatif tentukan setiap ayat objektif kajian mempunyai
unsur jenis dan nilai ‘hubungan’ yang hendak dikenal pasti, pemboleh ubah-
pemboleh ubah (bergantung dan pemboleh ubah bebas) yang hendak diukur
dan sampel yang akan digunakan.
Formula: “Hubungan” + V1……V2……V3…… + “Sampel“
“Hubungan” = tahap, korelasi, perbezaan, pengaruh, faktor-faktor dan kesan
interaksi.
iii. Perbezaan antara pemboleh ubah (t-test, Anova, Mancova, reka
bentuk factorial)
iv. Tahap/status sesuatu fenomena (data deskriptif – min, peratus dll)
Struktur kandungan
BAB 1 – PENGENALAN
a. Objektif kajian
b. Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan ayat objektif menggambarkan
‘penerokaan’ ke arah memahami
i. Bagaimana sesuatu konstruk itu dikonsepsikan/diterjemahkan.
ii. Bagaimana proses/pendekatan sesuatu konstruk itu dilakukan
iii. Apa (konsep-konsep/langkah-langkah/teknik-teknik/strategi-strategi) yang
terkandung dalam sesuatu konstruk itu…..
iv. Apakah cadangan (contoh: model, pendekatan, strategi dll.) yang akan
diketengahkan hasilan daripada dapatan kajian.
Struktur kandungan
BAB 1 – PENGENALAN
a. Objektif kajian
c. Memastikan senarai objektif kajian mewakili semua konsep/pemboleh ubah
yang mendokongi konstruk kajian.
d. Memastikan senarai objektif kajian mewakili semua konsep/pemboleh ubah
yang mendokongi konstruk dalam tajuk kajian juga selari dengan komponen-
komponen yang digambarkan dalam model/teori (kerangka konseptual
kajian/kerangka teoritikal kajian).
Struktur kandungan
BAB 1 – PENGENALAN
5. Soalan kajian (Persoalan kajian)
a. Menyatakan setiap objektif kajian dalam bentuk ayat tanya dan jika perlu
dipecahkan lagi kepada beberapa persoalan kajian yang lebih
terperinci/kecil.
Struktur kandungan
BAB 1 – PENGENALAN
6. Hipotesis kajian
a. Menunjukkan pernyataan berdasarkan objektif kajian dan persoalan kajian.
b. Memastikan pernyataan ditulis dalam bentuk ayat hipotesis nul.
Struktur kandungan
BAB 1 – PENGENALAN
7. Kerangka konseptual kajian/kerangka teoritikal kajian
a. Memastikan gambarajah yang menunjukkan hubung kait antara komponen-
komponen dalam satu model/kerangka teori adalah betul.
b. Menghurai/menjelaskan setiap komponen dalam model/kerangka teori yang
digambnarkan dan hubungannyua antara satu sama lain dengan
berdasarkan bagaimana pembina/penyaran kerangka teori/model
dibangunkan.
c. Bagi kerangka konseptual kajian, jelaskan teori/kajian berkaitan yang
dirujuk sebagai asas pembinaannya (sama ada oleh penyelidik atau
penyaran) dan bagaimana kerangka ini sesuai untuk menjawab soalan-
soalan kajian.
Struktur kandungan
BAB 1 – PENGENALAN
7. Kerangka konseptual kajian/kerangka teoritikal kajian
c. Bagi kerangka teoritikal kajian, jelaskan teori yang dirujuk secara mendalam
oleh penyeran dan bagaimana kerangka ini sesuai untuk menjawab soalan-
soalan kajian yang telah disenaraikan.
d. Membuat rumusan ringkas secara keseluruhan dengan memberikan
rasional kepada pemilihan kerangka konseptual/teoritikal kajian dalam
konteks kesesuaian menjawab soalan kajian.
Struktur kandungan
BAB 1 – PENGENALAN
8. Kepentingan kajian
a. Menunjukkan bagaimana kepentingan kajian menyumbang kepada
perubahan, peningkatan atau kesan ke atas;
i. Pembolehubah-pembolehubah baru
ii. Metodologi kajian
iii. Sampel kajian
iv. Hasilan baru yang diharapkan
v. Perspektif baru
 Dasar-dasar sedia ada
 Operasi organisasi
 Pembangunan sumber
Struktur kandungan
BAB 1 – PENGENALAN
9. Batasan kajian
a. Menyatakan had kajian daripada aspek metodologi kajian seperti sampel
yang dipilih, alat kajian yang digunakan dan prosedur kajian yang
dijalankan.
b. Menyatakan had kesahan dan kebolehpercayaan kajian daripada aspek
ketekalan/replekasi dan generalisasi kajian.
c. Menyatakan had kajian daripada aspek skop kajian.
Struktur kandungan
BAB 1 – PENGENALAN
10. Definisi operasional
a. Tentukan pembolehubah/konstruk yang digunakan untuk mengukur kajian
diberikan definisi yang bersifat operasional. (konstruk tajuk kajian, konstruk
yang digunakan di dalam masalah kajian dan objektif kajian)
b. Diukur nilainya berdasarkan skala tertentu.
c. Pastikan definisi yang digunakan adalah digunakan secara selaras
keseluruhan tesis.
d. Definisi operasional memberikan penjelasan terhadap sesuatu
pembolehubah dalam bentuk yang dapat boleh diukur dan dapat
memberikan maklumat yang diperlukan untuk mengukur konsep atau
pembolehubah yang dikaji.
Struktur kandungan
BAB 2 – TINJAUAN LITERATUR (KAJIAN KEPUSTAKAAN)
a. Pastikan bahagian pendahuluan menggambarkan topik-topik yang akan
dibincangkan dalam keseluruhan bab ini secara ringkas dan menyeluruh.
b. Bagi kajian-kajian tertentu perlu dimuatkan maklumat-maklumat latar
bakang yang difikirkan perlu diketahui oleh pembaca untuk konteks
perbincangan.
c. Membincangkan topik berkaitan huraian definisi konstruk/konsep dalam
tajuk kajian dengan berdasarkan rujukan-rujukan yang sah.
d. Membincangkan topik berkaitan setiap konstruk/pembolehubah dalam
pernyataan masalah, pemboleh bergantung, objektif kajian dan tajuk
kajian berdasarkan rujukan-rujukan yang sah.
e. Pastikan setiap konsep/konstruk dibincang secara mendalam, teliti dan
dianalisis dengan tepu berdasarkan rujukan.
Struktur kandungan
BAB 2 – TINJAUAN LITERATUR (KAJIAN KEPUSTAKAAN)
f. Membincangkan teori-teori yang mendasari model/kerangka konseptual
yang digunakan bab 1.
g. Membincangkan model-model yang ada selain yang diketengahkan dalam
bab 1 dengan tujuan memberi gambaran keseluruhan dan menjelaskan
mengapa model yang dipilih dalam bab 1 adalah merupakan pilihan yang
sesuai.
h. Membincangkan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan objektif kajian
dan pernyataan masalah secafra iritis (membuat sintesis dan memberik
hujah)
i. Membuat rumusan dengan mensintesis arah aliran ”ilmu” yang memjadi
asas kepada tesis berdasarkan maklumat-maklumat yang dinyatakan
sebelumnya.
Struktur kandungan
BAB 2 – TINJAUAN LITERATUR (KAJIAN KEPUSTAKAAN)
a. Secara khusus memperkenalkan tajuk kajian dan mengulas tajuk kajian
berdasarkan kepentingan dengan merujuk kepada kajian-kajian lalu yang
telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu.
b. Mengulas dengan merujuk kepada kajian-kajian lalu secara terperinci
pembolehubah-pembolehubah fokus dalam tajuk kajian
c. Membuat analisis berkaitan dengan teori-teori yang dijadikan landasan
pembinaan kerangka kajian.
d. Mengulas secara kritis berkaitan dengan kajian-kajian lalu berhubungan
dengan pembolehubah-pembolehubah bergantung/bersandar yang
digunakan dalam kajian.
e. Membuat tinjauan kajian dengan mengulas isu-isu yang berkaitan dengan
tajuk kajian dan pembolehubah bergantung kajian dengan meneliti kajian-
kajian luar negara.
Struktur kandungan
BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN
1. Pendahuluan
1. Menerangkan secara ringkas komponen-komponen yang membentuk
komposisi bab 3.
Struktur kandungan
BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN
2. Reka bentuk kajian
1. Membincangkan reka bentuk kajian yang dipilih dan fokuskan kepada
usaha untuk menjelaskan kesesuaian untuk menjawab objektif, soalan dan
hipotesis kajian.
2. Menjelaskan rasional kepada pemilihan reka bentuk.
Struktur kandungan
BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN
3. Sampel kajian
a. Membincangkan rasional pemilihan sampel serta keupayaan untuk
mendapatkan data bagi melaksanakan penyelidikan.
b. Menerangkan jenis teknik persampelan yang digunakan;
 Rawak
 Sistematik
 Berstrata
 Perposive
Struktur kandungan
BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN
3. Sampel kajian
c. Menjelaskan faktor-faktor yang diambil kira untuk menentukan saiz sampel
 Statistical power analysis
 Sub group analysis
 Attrition
 Reliability of measure
d. Menyatakan peranan yang dimainkan oleh sampel dalam konteks
sumbangan terhadap input/data yang diperlukan.
Struktur kandungan
BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN
4. Lokasi kajian
a. Menerangkan tentang tempat data di kumpul.
 Ciri-ciri keunikan lokasi
 Keperluan lokasi
 Hubungan lokasi dengan keperluan kajian
 Kesesuaian dengan objektif kajian
 Kesesuaian dalam menjelaskan pernyataan masalah.
Struktur kandungan
BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN
5. Instrumen kajian
 Menjelaskan format instrumen yang digunakan untuk mengutip data.
 Menerangkan tentang bagaimana item-item instrumen dibina bagi konstruk-
konstruk yang perlu diukur serta rujukan yang digunakan.
 Menerangkan proses kajian rintis untuk memurnikan instrumen dengan
melaporkan “reliability coefficient”.
 Menerangkan pembaikan item-item instrumen yang dibuat berdasarkan
maklum balas daripada kajian rintis.
 Sekiranya mengadaptasi instrumen yang sedia ada, jelaskan sumber, izin
kebenaran, jelaskan prosedur dan kaedah pengadaptasian dilakukan.
Struktur kandungan
BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN
5. Instrumen kajian
 Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan soalan berstruktur temubual/thinking
aloud/retrospektif/focus group discussion yang dibina berdasarkan objektif
kajian, reka bentuk kajian, kajian literatur dan model kajian yang
dikemukakan.
 Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan panduan item yang hendak dibuat
pemerhatian selari dengan item-item dalam soalan berstruktiur.
 Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan dokumen yang akan dianalisis dijelaskan
alasan kesesuaian untuk proses triangulasi maklumat serta nyatakan
nama/jenis/penerbit dokumen yang dianalisis.
 Membincangkan dengan jelas akan kesahan dan kebolehpercayaan item
yang digunakan.
Struktur kandungan
BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN
6. Presedur pengumpulan data
 Menerangkan tentang prosedur atau langkah proses pengumpulan data
atau intervensi yang dilakukan dalam aspek; masa, pelaksanaan, pemilihan
sampel dan tempat.
 Bagi penyelidikan kualitatif, jika menggunakan kaedah pemerhatian dan
temu bual, terangkan dengan jelas akan pihak yang menjalankan
pemerhatian dan temu bual, waktu dan bilangan jumlahj jam pemerhatian,
lokasi dan kaedah pelaksanaan.
Struktur kandungan
BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN
7. Perosedur penganalisisan data
 Memastikan skala bagi setiap pembolehubah yang hendak diukur adalah
betul dan tepat.
 Menerangkan tentang alat statistik yang akan diguna pakai untuk
mengumpul data bagi setiap bahagian dan memperjelaskan rasional
pemilihan statistic tersebut.
 Bagi penyelidikan kualitatif, jelaskan pendekatan analisis data yang
digunakan dan bagaimana dilakukan – constant comparative method,
inductive analysis.
Struktur kandungan
BAB 4 – DAPATAN KAJIAN
1. Memastikan setiap objektif kajian dilaporkan dapatan data, sesuai dengan alat
statistik yang digunakan beserta dengan jadual serta peraturan yang
ditetapkan dalam gaya UPSI.
2. Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan setiap kategori dan terma yang dihasilkan
menjawab soalan kajian dan dilengkapi dengan jadual.
3. Sekiranya terdapat model yang perlu dikonsepsikan, jelaskan huraiannya
dengan gambar serta membandingkan dengan model yang dikemukakan
dalam bab 1, berkaitan dengan persamaan dan perbezaan.
Struktur kandungan
BAB 5 – PERBINCANGAN/RUMUSAN/KESIMPULAN
1. Memastikan setiap objektif kajian diulas semula dengan membandingkan
dapatan kajian yang lepas yang dinyatakan dalam kajian literatur sama ada;
 Menyokong
 Menyanggah
 Melengkap
 Memperbaharui
2. Memastikan semua ulasan menjawab masalah kajian yang diketengahkan
dalam bab 1
Struktur kandungan
BAB 5 – PERBINCANGAN/RUMUSAN/KESIMPULAN
3. Memastikan semua ulasan adalah kritis dan inovatif berlandaskan kerangka
konseptual/teoritikal kajian serta teori-teori yang telah dibincang dalam bab 1
dan 2.
4. Menonjolkan kelainan hasilan yang ditemui berdasarkan hasilan-hasilan yang
lepas.
5. Bagi penyelidikan kualitatif, jelaskan model yang dibentuk dengan menyertakan
data.
6. Memastikan cadangan kajian dalam bentuk praktikal dan berdasarkan dapatan.

You might also like