You are on page 1of 8

Kriteria Penilaian Bab-bab dalam Latihan Ilmiah/Thesis/Kertas projek Penilaian bagi cadangan penyelidikan latihan ilmiah/thesis/kertas projek adalah

ah berdasarkan kriteria penulisan bab satu hingga tiga Penilaian bagi latihan ilmiah/thesis/kertas projek adalah berdasarkan penulisan bab satu hingga lima
SENARAI SEMAK KANDUNGAN TESIS PENDEKATAN PENYELIDIKAN KUANTITATIF DAN KUALITATIF

Bab 1

Pengenalan

1.1 Pendahuluan Bil Perkara 1 Menyatakan senario semasa yang berkaitan dengan masalah kajian secara keseluruhan Membincangkan beberapa sub-idea masalah kajian di atas yang disokong oleh rujukan Membincangkan secara ringkas konsep masalah kajian Menjuruskan kepada satu sub-idea dari beberapa sub-idea masalah kajian di atas yang disokong oleh 2-3 rujukan yang menjadi landmark kepada topik kajian.

Status (Y/T)

Muka surat

Catatan

2 3

1.2 Pernyataan masalah Bil 1 Perkara Mengenalkan latar belakang topik secara umum dan mengenalkan topik kajian dengan huraian ringkas Membuktikan kewujudan masalah kajian (dengan data/jadual jika ada) berdasarkan rujukan-rujukan yang sah samada buku, jurnal, artikel, prosiding, laporan-laporan dan sumber-sumber lain Mengulas masalah kajian dalam konteks usaha-usaha penyelesaian yang telah diambil dari aspek program / aktiviti / dasar / cadangan / resolusi dll yang telah dijalankan Mengulas masalah kajian dalam konteks kajian-kajian lepas (tajuk-tajuk) yang berkaitan/hampir sama dalam bidang kajian yang dikaji dengan 4 mengemukakan secara ringkas sampel dan dapatan kajian meneliti aspek-aspek yang dikaji dan belum dikaji dalam kajiankajian tersebut (membanding beza aspek-aspek seperti konsep, elemen-elemen, pembolehubah, dan metodologi kajian seperti sampel, instrumen dan prosedur) Berdasarkan maklumat dalam 3 dan 4, mengenengahkan jurang (gap) yang wujud antara penyelesaian yang telah dibuat dan penyelesaian yang belum diambil tindakan. Perbincangan perlu merujuk kepada aspek-aspek kajian Status (Y/T) Muka surat Catatan

yang berkaitan dengan masalah kajian yang telah dijalankan dan belum dijalankan 6 Berdasarkan jurang (gap) di atas, jadikan rasional/keperluan menjalankan kajian ke atas tajuk yang dipilih Menyatakan framework atau arah tuju kajian dalam bentuk hasilan/dapatan yang hendak dicapai dan manafaatnya kepada pihak-pihak tertentu

*rujuk Creswell (2008) dan Schumacher (2000) 1.3 Tujuan kajian Bil Perkara 1 Menghuraikan secara am arah tujuan kajian dalam bentuk matlamat kajian dengan menggunakan tajuk kajian sebagai asas dimana setiap konstruk dan konsep-konsep yang mendokonginya (pembolehubah-pembolehubah dalam objektif kajian) dihuraikan secara ringkas maksudnya.

Status (Y/T)

Muka surat

Catatan

1.4 Objektif kajian Bil 1 Perkara Bagi penyelidikan kuantitatif, pastikan setiap ayat objektif kajian mempunyai unsur jenis dan nilai hubungan yang hendak dikenalpasti, pembolehubah-pembolehubah (bersandar dan tidak bersandar) yang hendak diukur dan sampel yang akan digunakan. Formula: Hubungan +V1.V2.V3.+ Sampel Hubungan= tahap, korelasi, perbezaan, pengaruh, factor-faktor, kesan interaksi Contoh: hubungkaitan/korelasi antara pembolehubah yang hendak dikaji (Correlation r) pengaruh dan kesan/akibat antara pemboleh ubah (Chi square, multiple regression) perbezaan antara pembolehubah (t-test, Anova, Ancova, Mancova, Factorial Design) tahap/status sesuatu fenomena (data deskriptif-mean, peratus, kekerapan etc) Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan ayat objektif kajian menggambarkan penerokaan kearah memahami a. bagaimana sesuatu konstruk itu dikonsepsikan/diterjemahkan, atau b. bagaimana proses/pendekatan sesuatu konstruk itu dilakukan, atau c. apa (konsep-konsep/langkah-langkah/teknik-teknik/strategi-strategi) yang terkandung dalam sesuatu konstruk itu. d. apakah cadangan (cth: model, pendekatan, strategi dll) yang akan diketengahkan hasilan daripada dapatan-dapatan di atas. Memastikan senarai objektif kajian mewakili semua konsep/pembolehubah yang mendokongi konstruk dalam tajuk kajian Memastikan senarai objektif kajian mewakili semua konsep/pembolehubah yang mendokongi konstruk dalam tajuk kajian juga selari dengan komponenkomponen yang digambarkan dalam model/teori (kerangka konseptual kajian/kerangka teoritikal kajian) Status (Y/T) Muka surat Catatan

3 4

1.5 Persoalan kajian Bil Perkara 1 Menyatakan setiap objektif kajian di atas dalam bentuk ayat tanya dan jika perlu dipecahkan lagi kepada beberapa persoalan kajian yang lebih terperinci/kecil.

Status (Y/T)

Muka surat

Catatan

1.6 Hipotesis kajian Bil Perkara 1 Menunjukkan pernyataannya berdasarkan objektif kajian dan persoalan kajian yang telah disenaraikan sebelum itu. Memastikan pernyataannya dalah ayat hipotesis nol.

Status (Y/T)

Muka surat

Catatan

**Ada objektif kajian yang tidak perlukan hypothesis, hanya persoalan kajian. Contohnya, objektif kajian kualitatif dan objektif kajian kuantitatif yang tidak melibatkan statistik parametrik. 1.7 Kerangka konseptual kajian/Kerangka Teoritikal Kajian Bil Perkara 1 Memastikan gambarajah yang menunjukkan hubungkaitan antara komponenkomponen dalam satu model/kerangka teori addalah betul Menghuraikan/menjelaskan setiap komponen dalam model/kerangka teori yang digambarkan dan hubungannya antara satu sama lain dengan berdasarkan bagaimana pembina/penyaran kerangka teori/model membangunkannya. Bagi kerangka konseptual kajian, jelaskan teori/kajian-kajian berkaitan yang dirujuk sebagai asas pembinaannya (samada oleh penyelidik atau penyaran) dan bagaimana kerangka ini sesuai untuk menjawab persoalan-persoalan kajian Bagi kerangka teoritikal kajian, jelaskan teori yang dirujuk secara mendalam oleh penyaran dan bagaimana kerangka ini sesuai untuk menjawab persoalanpersoalan kajian yang telah disenaraikan Membuat rumusan ringkas secara keseluruhan dengan memberikan rasional kepada pemilihan kerangka konseptual/teoritikal kajian dalam konteks kesesuaiannya menjawab persoalan kajian

Status Y/N

Muka surat

Catatan

1.8 Kepentingan kajian Bil Perkara 1 Menunjukkan bagaimana kepentingannya akan menyumbang kepada kajian dalam bidang yang sama dari aspek: a. Pembolehubah-pembolehubah baru yang akan dikaji, dan b. Metodologi kajian c. Sampel kajian d. Hasilan baru yang diharapkan e. Perspektif baru/lain

Status Y/N

Muka surat

Catatan

1.9 Batasan kajian Bil Perkara 1 Menyatakan had kajian dari aspek metodologi kajian seperti sampel yang dipilih, instrumen yang dilaksanakan dan prosedur kajian yang dijalankan. Menyatakan had kesahan dan kebolehpercayaan kajian dari aspek ketekalan/replikasi dan generalisasi kajian Menyatakan had kajian dari aspek skop kajian seperti sebahagian daripada bidang yang lebih besar

Status Y/N

Muka surat

Catatan

1.10 Definisi Operasional Bil 1 Perkara Bagi penyelidikan kuantitatif, pastikan konstruk/konsep/pembolehubah yang terkandung dalam objektif kajian diberikan definisi yang operasional (yang boleh diukur nilainya dalam bentuk skala tertentu) serta berdasarkan rujukan-rujukan yang sah. Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan konsep-konsep utama/konstruk yang terkandung dalam objektif kajian diberikan maknanya berdasarkan konsepsikonsepsi yang disarankan dalam kajian kepustakaan yang dipilih oleh penyelidik Pastikan definisi yang diberi hanya yang dipakai oleh penyelidik untuk seluruh tesis dan tidak perlu menyatakan definisi-definisi lain yang juga ada. (Straight forward) Status Y/N Muka surat Catatan

Bab 2 Kajian Kepustakaan

Bil 1

Perkara Pastikan bahagian pendahuluan menggambarkan topik-topik yang akan dibincangkan dalam bab ini secara ringkas dan keseluruhan Bagi kajian-kajian tertentu, perlu dimuatkan maklumat-maklumat latarbelakang yang difikirkan perlu pembaca tahu untuk konteks perbincangan seterusnya. (Contohnya, tentang sesuatu institusi, sistem dll) Membincangkan topik berkaitan huraian definisi konstruk/konsep dalam tajuk kajian dengan berdasarkan rujukan-rujukan yang sah Membincangkan topik berkaitan huraian komponen konstruk/konsep dalam tajuk kajian dengan berdasarkan rujukan-rujukan yang sah Membincangkan topik berkaitan setiap konstruk/pembolehubah dalam semua objektif kajian yang telah disenaraikan dengan berdasarkan rujukan-rujukan yang sah. Pastikan setiap konsep dan elemen yang membina maksud konstruk/pembolehubah telah digali sehingga tepu dari sebanyak mungkin rujukan. Membincangkan teori-teori yang mendasari model/kerangka konseptual yang digunakan dalam bab 1 Membincangkan model-model yang ada selain yang diketengahkan dalam bab 1 dengan tujuan memberi gambaran keseluruhan dan mengapa model yang dipilih dalam bab 1 paling sesuai. Membincangkan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan objektif kajian dan pernyataan masalah dengan iritis (Contoh, membuat sntesis dan memberi hujah) Membuat rumusan dengan mensintesis arah aliran ilmu yang menjadi asas kepada tesis berdasarkan maklumat-maklumat yang dinyatakan sebelumnya

Status Y/N

Muka surat

Catatan

Bab 3 Metodologi kajian 3.1 Pendahuluan Bil Perkara 1 Menerangkan secara ringkas komponen kandungan dalam bab ini.

Status Y/N

Muka surat

Catatan

3.2 Rekabentuk kajian Bil 1 Perkara Membincangkan rekabentuk kajian yang dipilih iaitu: a)maksud rekabentuk dengan merujuk pelbagai sumber b)bagaimana ia sesuai untuk menjawab objektif / persoalan/hypothesis kajian 2 Memberikan rasional kepada pemilihan rekabentuk Status Y/N Muka surat Catatan

3.3 Responden/sampel kajian Bil 1 Perkara Membincangkan rasional pemilihan sampel/responden yang terlibat dalam memberikan data kepada penyelidik Menerangkan jenis teknik persampelan yang digunakan (secara rawak, sistematik, berstrata, purposive dll) serta prosedurnya Bagi penyelidikan Kuantitatif, terangkan faktor-faktor yang diambilkira untuk menentukan saiz sample seperti dari aspek statistical power analysis, subgroup analysis, attrition, reliability of measures dan jenis penyelidikan (correlationalmin-30, causal/comparative and experimental-min-15, survey-min-100 (major group) or 20-50 (subgroup) **rujuk Gall and Gall 2003. Menyatakan peranan yang dimainkan oleh sampel/responden dalam konteks memberikan input/data yang perlu. Status Y/N Muka surat Catatan

3.4 Lokasi kajian Bil 1 2 Perkara Menerangkan tentang tempat data dikutip Menerangkan mengapa lokasi berkenaan dipilih dalam konteks menepati objektif kajian Status Y/N Muka surat Catatan

3.5 Instrumen kajian Bil Perkara Status Y/N Muka Surat Catatan

1 2

Menerangkan format instrumen yang digunakan untuk mengutip data Menerangkan tentang bagaimana item-item instrumen ini dibina bagi konstrukkonstruk yang hendak diukur kajian (content validity) serta rujukan (pakarpakar dan buku-buku ilmiah). Menerangkan proses kajian rintis untuk memurnikan instrumen dengan melaporkan reliability coefficientnya Menerangkan pembaikan item-item instrument yang dibuat berdasarkan maklumbalas dari kajian rintis di atas Jika mengadaptasi instrument yang sedia ada, jelaskan sumbernya, telah mendapatkan kebenaran, nyatakan mengapa dan bagaimana adaptasi dilakukan. Bincangkan, kesan hawthorn, bias disebabkan kehadiran penyelidik dan perakam video dalam tempat kajian jika relevan Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan soalan berstruktur temubual/thinking aloud/restrospektif/focus group discussion yang dibina berdasarkan objektif kajian, rekabentuk kajian, kajian literatur dan model kajian yang dikemukakan. Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan panduan item yang hendak dibuat pemerhatian selari dengan item-item dalam soalan berstruktur di atas. Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan dokumen yang akan dianalisis dijelaskan mengapa ia sesuai untuk ditriangulasikan maklumatnya serta sebutkan nama/jenis/penerbit dokumen yang dianalisis Kesahan dan kebolehpercayaan mengelakkan kekeliruan dibincangkan dengan jelas untuk

10

3.6 Tatacara/prosedur pemerolehan data Bil 1 Perkara Menerangkan tentang prosedur atau langkah mengutip data survei atau intervensi yang dilakukan dari aspek: Masa Pelaksanaan kepada sampel Tempat 2 Bagi penyelidikan kualitatif , jika gunakan kaedah pemerhatian dan temubual nyatakan dengan jelas siapa yang menjalankan pemerhatian dan temubual, waktu dan bilangan jumlah jam pemerhatian, lokasi dan bagaimana menjalankannya Jelaskan bagaimana dokumen akan didapati dari mana-mana sumber dan kerelevanannya Status Y/N Muka Surat Catatan

3.7 Tatacara penganalisisan data

Bil 1

Perkara Memastikan skala bagi setiap pembolehubah yang hendak diukur betul

Status Y/N

Muka surat

Catatan

Menerangkan tentang alat statistik apa yang akan dipakai untuk mengutip data bagi setiap bahagian/section dan mengapa memilih statistik tersebut Bagi penyelidikan kualitatif, terangkan pendekatan analisis data yang dipakai dan bagaimana ia akan dilakukan. Cth: Constant comparative method, inductive analysis dll Bagi penyelidikan kualitatif, terangkan bagaimana trianguasi digunakan semasa penganalisisan data dijalankan Bagi penyelidikan kualitatif, terangkan bagaimana reliability dan validity dipastikan

Bab 4 Dapatan kajian Perkara 1 Memastikan setiap objektif kajian dilaporkan dapatan datanya sesuai dengan alat statistik yang digunakan beserta jadual dan konvensi yang ditetapkan dalam gaya UKM (tanpa memberi apa ulasan-straight reporting). Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan setiap kategori dan tema yang dihasilkan menjawab persoalan kajian beserta jadual. Jika ada model yang hendak dikonsepsikan, jelaskan huraiannya dengan gambar dan membandingkan model yang dikemukakan dalam bab 1 dari aspek persamaan dan perbezaan. Bagi penyelidikan kualitatif, dapatan dikemukakan beserta triangulasi Status Y/N Muka surat

Bab 5 Perbincangan/Rumusan/Kesimpulan Bil 1 Perkara Memastikan setiap objektif kajian diulas semula dengan membandingkan dapatan-dapatan kajian yang lepas yang dinyatakan dalam kajian literatur samada: Menyokong/menyanggah/melengkap/memperbaharui (Berjaya mengaitkan kajian yang telah dilakukan (berdasarkan Bab 2) dengan dapatan kajian yang dibincangkan) 2 Memastikan semua ulasan menjawab masalah kajian yang diketengahkan dalam bab 1 Memastikan semua ulasan adalah kritis dan berlandaskan kerangka konseptual/teoritikal kajian dan teori-teori yang telah dikemukakan dalam bab 1 dan 2 Menonjolkan kelainan hasilan yang ditemui berdasarkan hasilan-hasilan yang lepas. Bagi penyelidikan kualitatif, menjelaskan model yang dibentuk dengan menyertakan datanya Berjaya menunjukkan bahawa kajian dapat menyumbang secara signifikan dalam bidang yang dikaji Memastikan implikasi kajian tidak terlalu umum Memastikan cadangan kajian dalam bentuk praktikal dan berdasarkan dapatan. Cth: Langkah spesifik mengatasi masalah, pendekatan P & P spesifik, Status Y/N Muka surat Catatan

7 8

You might also like