You are on page 1of 23

PROPOSAL KUALITATIF

BAB 1
PENGENALAN
Pendahuluan

Pengenalan merupakan bahagian pengkaji memperkenalkan fokus


kajiannya kepada pembaca.

Melalui pengenalan ini, gambaran secara keseluruhan penulisan


akan terpancar

Pastikan bahagian ini dapat menarik minat pembaca kepada tajuk


penyelidikan

Pastikan pengenalan tidak panjang, jangan lebih satu muka surat,


satu perenggan mencukupi
Latar Belakang

Latar belakang menerangkan kepada pembaca isu atau perkara-


perkara utama yang membawa kepada keperluan kajian berkenaan
diljalankan

Latar belakang dalam bentuk isu yang disokong oleh hujah-hujah


berdasarkan rujukan

Latar belakang tidak panjang, jangan lebih daripada 5 muka surat

Jangan jadikan latar belakang seperti tinjauan literatur. Ramai


pelajar yang menulis begitu panjang hingga mengelirukan atau tidak
dapat dibezakan antara penyataan masalah dengan latar belakang
atau tinjauan literatur
Kerangka Teori/Kerangka Konsep

Kerangka teori dibina berasaskan teori yang digunakan dalam kajian

Dalam membina KT, pengkaji perlu jelas dapat mengaitkan teori yang
digunakan kepada kajian yang dijalankan

KT dapat menggambarkan keseluruhan kajian yang akan dijalankan

Penggunaan teori dalam kajian kualitatif bergantung kepada isu yang


dikaji dengan kaedah: dalam kajian grounded theory dan etnografi,
penggunaan teori di awal adalah tentatif, ini kerana kajian berkenaan
mempunyai haluan mengemukakan teori

Kebanyakan kajian kes memerlukan teori kerana ia juga selalu


mengesahkan atau melihat sesuatu dapatan kajian dalam perspektif
teori tertentu

Dalam norma pemeriksa Malaysia, pada kebiasaannya memerlukan


pengkaji menerangkan dengan jelas teori yang digunakan dalam
kajian
Penyataan Masalah

• Penyataan masalah merupakan suatu penjelasan ringkas mengapa


perkara tersebut perlu dikaji. Apakah masalahnya hingga ia perlu
dikaji?

• Pengkaji perlu memastikan masalah yang dimaksudkan mudah


untuk difahami oleh pembaca

• Pengalaman menunjukkan banyak proposal menghadapi masalah


apabila pembaca ‘tidak faham’ apa sebenarnya yang ingin dikaji.
Malah apabila ditanya, pengkaji sendiri tidak faham apa yang ‘dia
nak buat’. Oleh itu penyataan masalah perlu ringkas dan padat

• Jangan lebih 3 muka surat


Penyataan Masalah
• Walaupun kadang-kadang terdapat buku/penulisan yang
memaksudkan penyataan masalah boleh panjang, namun dalam
konteks norma ‘budaya pemeriksa’ perkara ini belum diterima. Oleh
itu ikut norma budaya akademik Malaysia 

• Penyataan masalah yang baik akan dapat menjawab “MENGAPA


PENYELIDIKAN INI PERLU DIJALANKAN”. Jika penyelidik tidak
dapat menjawab atau menerangkan secara jelas (bertulis dan
lisan); ia sudah pasti kabur dan  mengelirukan

• Terdapat perbezaan antara format penyataan masalah


disertasi/tesis /projek dengan konferens. Bagi tesis penyataan
masalah diletakkan sebagai satu bahagian. Sementara untuk
konferens ia sebahagian daripada pengenalan atau latar belakang


Tujuan/
Objektif Kajian
• Terdapat kajian yang membezakan Tujuan Umum dengan Objektif
kajian

• Tujuan umum merupakan penerangan menyeluruh keseluruhan


matlamat kajian. Ditulis dalam beberapa ayat dalam satu
perenggan

• Objektif kajian adalah secara khusus menyatakan apakah yang


ingin dilihat/dikaji . Ia perlu ditulis secara ringkas dan jelas
menggunakan kata kerja yang tepat

• Disebabkan objektif perlu jelas, pada kebiasaan objektif


disenaraikan satu persatu dalam bentuk satu ayat bagi setiap
objektif

• Pada kebiasaannya terdapat sekurang-kurang tiga objektif untuk


sarjana dan lima untuk kedoktoran
Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk: .

1.  Mengenal pasti ……………………………………….

2.  Meneroka ………………………………………

3.  Menghuraikan ……………………………………….

4.  Melihat ………………………………………

5. ??? ………………………………………
Soalan kajian
• Soalan kajian kualitatif pada amnya adalah untuk menjelaskan
objektif-objektif kajian dalam bentuk pertanyaan

• Pembinaan soalan kajian akan menunjukkan dengan tepat perkara


yang akan dicari oleh penyelidik

• Keperluan kepada soalan kajian juga bergantung kepada


tujuan/objektif kajian, rekabentuk dan kaedah digunakan, dan “cita
rasa pemeriksa”

• Penyelidikan kualitatif tidak melibatkan pembinaan hipotesis

• Pertimbangkan penggunaan apa, mengapa, bagaimana, bila, di


mana, siapa
Definisi Konsep/istilah
• Menghuraikan konsep-konsep yang digunakan dalam kajian

• Berbentuk rujukan-rujukan daripada kamus/ensiklopedia/buku dan


sebagainya

• Perlu buat rumusan pengkaji yang mengaitkan konsep berkenaan


kepada kajian
Kepentingan/Signifikan Kajian
• Bagaimana kajian ini dapat menambah nilai kepada bidang/teori/
perkara /topik kajian

• Secara khusus terbahagi kepada kepentingan untuk:

- bidang/teori (akademik)

- kepentingan kepada pekerjaan/profesion


(memperbaiki/polisi/kaedah baru dan sebagainya)
Kepentingan/Signifikan Kajian
Contoh:

 Apa pentingnya kepada teori dalam bidang anda?

 Apa jangkaan faedah daripada dapatan kajian?

 Apa kegunaan dapatan kepada guru?

 Adakah kajian akan dapat menyelesaikan masalah tertentu seperti


P&P, disiplin, dll?

 Adakah dapatan kajian akan menyumbang kepada polisi?

 Adakah inovasi baru?



BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
• Tinjauan literatur memberikan penjelasan mengenai kajian secara
mendalam

• Pengkaji mempamerkan pengetahuan yang luas topik kajian


berdasarkan pembacaan yang mendalam/ekstensif

• Pembacaan luas menunjukkan pengkaji adalah pakar dalam


perkara dikaji

• Pengkaji mempamerkan kepada pembaca kepakaran mengolah


topik kajian kepada bidang, teori dan kaedah

• Gunakan format penulisan institusi (UPSI menggunakan APA)

 
• Ciri-ciri Tinjauan literatur:

- Mengenai kajian-kajian lalu yang pernah dijalankan

- Jurang kajian yang belum dijalankan

- Makluman berkaitan topik yang bukan berdasarkan kajian (spt


pandangan, ulasan dll)

- Ulasan teori-teori digunakan sebelum ini

- Ulasan kaedah-kaedah digunakan sebelum ini

- Berbentuk analisis dan sintesis

- Merujuk bahan-bahan berautoriti dalam bidang terutama jurnal


dan buku
BAB 3
METODOLOGI
• Bahagian metodologi memerlukan pengkaji menghuraikan secara
jelas bagaimana kajian dijalankan

• Ia melibatkan penjelasan mengenai kaedah, pendekatan, teknik,


populasi, sampel/responden, penjelasan cara analisis,
kesahan/kebolehpercayaan, limitasi

• Setiap objektif diterangkan cara-cara mengumpul maklumat

• Sampel/responden/informan: Huraian pemilihan, bagaimana


diperolehi, kebenaran ke lapangan

• Kesahan

• Kaedah/instrumen/teknik: Temu bual, pemerhatian, analisis


dokumen, senarai semak, soal selidik, triangulasi
• Pengumpulan data: Jelaskan bagaimana data dikumpul

• Analisis data: Jelaskan bagaimana cara data dianalisis, hujahan


perlu bernas

• Adakah menggunakan perisian atau manual


Limitasi
• Limitasi: apakah batas-batasnya, adakah daripada aspek
generalisasi atau lain-lain

• Limitasi mengenal pasti kelemahan-kelemahan kajian; misalnya dari


segi analisis, sampel, tahap generalisasi dan kaedah

• Delimitasi: menjelaskan bagaimana kajian itu diperkecilkan


skopnya, apakah batas-batasnya. Menjelaskan perkara-perkara
yang tidak dilitupi dan mengapa ianya tidak dilitupi/dirangkumi oleh
penyelidikan; literatur yang tidak disentuh dan mengapa; populasi
yang tidak dikaji dan mengapa; metodologi yang tidak digunakan
dan mengapa.

• Kemukakan alasan yang jelas dan munasabah


Rujukan
• Ikut format yang ditentukan institusi/universiti (APA)

• Setiap buku yang dirujuk dan dinyatakan dalam teks perlu ada
dalam senarai rujukan

• Hanya rujukan yang disentuh dalam teks disenaraikan

• Senarai rujukan mengikut urutan abjad

• Pastikan cara menulis nama pengarang betul

• Dalam teks juga disemak cara merujuk, membuat petikan dsb perlu
betul
Lampiran
Lampiran merupakan bahan yang tidak dimasukkan dalam teks
tetapi membantu menjelaskan data atau perbincangan

Boleh berbentuk data, rajah, jadual, petikan dan sebagainya

Surat-surat berkaitan (surat kebenaran, sokongan, dsb)

Protokol temu bual

Senarai semak

Sampel soal selidik

Dan sebagainya
AKTIVITI
Apakah permasalahan yang akan anda
kaji?

Apakah objektifnya?

Bina soalan-soalan kajian.

Apakah teori yang berkaitan?

You might also like