You are on page 1of 27

PENGENALAN KEPADA PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MUZIK

(AMP3033)

BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR

OLGA ANNE CHRISTOPHER : D20151071076


OSWALD OLIVER DISIMON : D20151071085
LESTABIKA MODUIT : D20151071060
MUHAMMAD SYAZWAN BIN RAIM : D20151071073
SHEREEN KIRUBASHINI : D20152072102
FLORANITA SALUPIN : D20152072055
FARAYNELD BRYN FABIAN : D20152072090
DASTON MIUS : D20151071058
NDEY BRENDON NAIN : D20152072098
MOHD HAFIZ ABDULLAH : D20151071064
SERI NADIA BT MD NASIR : D20151071089

NAMA PENSYARAH : DR. MAHAYUDDIN BIN ABDUL RAHIM


Isi Kandung

Perkara-perkara yang perlu wujud dalam penulisan bab literatur ialah :


1. Pengenalan: Perkenalkan isu utama yang hendak dikaji dan format literatur yang akan dibentangkan dalam bab
tersebut.
2. Pastikan elemen-elemen berikut terkandung dalam setiap ulasan artikel yang dilaporkan dalam bab tersebut: nama
penulis dan tahun (dinyatakan dalam kurungan di akhir ayat).
 kajian dijalankan
 isu dan variabel yang dikaji oleh penkaji tersebut.
 hasil dapatan utama (findings) seperti data statistik, idea dan lain-lain.
3. Perbezaan hasil dapatan dengan kajian lain.
Perbandingan hasil dapatan antara literatur semasa adalah amat digalakkan ketika membincangkan sesuatu isu
yang sama.
4. Ringkaskan segala ulasan dalam bentuk rajah (table)- penulis, tahun, variabel, hasil.

5. Mengaitkan kepentingan kajian-kajian terdahulu dan menjadi penyumbang kepada kajian dan variabel-variabel
yang terlibat dalam pembentukkan kerangka teoretikal kajian sekarang.
6. Rumuskan isu-isu penting yang boleh dipelajari dari keseluruhan ulasan literatur yang telah dibincangkan.
-Tinjauan Literatur-
-Tinjauan literatur merupakan penulisan yang kritikal dan analitikal
tentang penulisan ilmiah yang telah diterbitkan oleh sarjana dan
penyelidik tentang topik yang dikaji.

-Bertujuan untuk menyampaikan kepada pembaca apa itu teori.

- Konsep dan hujah-hujah yang telah digunakan dalam merangka


penyelidikan serta membincangkan kekuatan dan kelemahan kajian
yang telah dijalankan berkaitan tajuk skop kajian ini.
KEPENTINGAN
 Mengelakkan daripada mengkaji perkara sama yang telah dikaji oleh penkaji lain khususnya, dari segi
fokus kajian.
 Memperoleh idea daripada kajian yang lepas.

 Mempertimbangkan cadangan daripada pengkaji yang lepas.


 Menetapkan topik kajian yang lebih tepat.
 Mengenal pasti sebarang masalah (jika ada), yang dihadapi penkaji lalu dari segi kajian yang
digunakannya.
 Memaklumkan kepada pembaca dan pemeriksa tesis bahawa anda mempunyai pengetahuan yang luas
berkenaan latar belakang fokus kajian anda.
Cara/Langkah Penulisan Tinjauan Literatur

Tahap Pertama : Mencari bahan literatur


- Bahan-bahan literatur lazimnya boleh diperoleh di Perpustakaan, jabatan-
jabatan tertentu atau melalui pencarian komputer. Bahan-bahan yang telah
dikesan perlu dicatat nombor rujukan/nombor panggilan dan lokasinya.
Proses pencarian perlu bermula dari tahun yang terkini.
Tahap Kedua : Penapisan
- Setelah bahan diperoleh, penapisan awal perlu dilakukan, iaitu dengan
membaca tajuk dan abstrak artikel tersebut.
- Bertujuan untuk mengesan sama ada bahan tersebut benar-benar
bersesuaian dan/atau berkaitan dengan bidang kajian.
Tahap Ketiga : Mencari teks penuh dan membuat salinan
- Pada tahap ini penyelidik akan pergi ke lokasi yakni tempat bahan
artikel penuh buku, majalah atau dokumen berkenaan berada.
Dapatkan bahan tersebut dan buat salinan.
Tahap Keempat : Agihan mengikut kata kunci
- Apabila bahan penuh telah dibuat salinan, penyelidik akan
mengagihkan (untuk tujuan penyimpanan) mengikut kata kunci
atau (keyword) yang telah dikenal pasti terlibat dalam bidang
kajian.
- Langkah ini akan memudahkan proses rujukan semula.
Tahap Kelima : Membaca dan membuat ulasan
- Merupakan tahap kritikal, iaitu menguji kefahaman
penyelidik terhadap artikel atau teks berkenaan.
- Terdapat beberapa langkah yang terlibat dalam proses ini:
- Langkah 1 : Mengenal pasti isu dan matlamat utama
artikel/teks. Penting untuk penyelidik memahami
isu utama dan matlamat yang hendak dicapai oleh
penulis berkenaan.
- Langkah 2 : Kenal pasti teori-teori/model (sekiranya ada)
yang
digunakan sebagai asas kajian.
- Langkah 3 : Memahami reka bentuk kajian.
Sekiranya artikel berbentuk laporan kajian,
pembaca perlu faham cara kajian dilaksanakan,
termasuklah persoalan-persoalan berikut :
Apakah hipotesis-hipotesis kajian?
Apakah variabel-variabel yang dikaji dan
bagaimana ia diukur?
Siapakah/Apakah sampel-sampel yang terlibat?
Bagaimana data dikutip – Borang soal selidik?
Temu duga? Pemerhatian? Eksperiman? dan
sebagainya?
- Langkah 4 : Memahami keputusan yang dicapai.
Perlu mengenal pasti keputusan kajian dan kesimpulan yang
diperoleh dari kajian yang dilaporkan dalam artikel berkenaan.
Perbincangan yang dikemukakan oleh penulis perlu diberi
perhatian oleh pembaca kerana ia memberi petunjuk terhadap
kepentingan dan sumbangan artikel tersebut dalam bidang
yang dikaji dan akan dikaji. Kelemahan (sekiranya ada) yang
dibincangkan juga dalam artikel/teks berkenaan memberi
peluang kepada pembaca untuk cuba memperbaikinya pada
masa hadapan. Kefahaman yang mendalam pada peringkat ini
akan memberi peluang kepada pembaca untuk mengenal pasti
jurang yang mungkin wujud; kefahaman pada tahap ini akan
memberi ruang kepada pembaca untuk memikirkan sesuatu
idea baru atau penambahbaikan dalam kajian yang bakal
dijalankan
- Langkah 5 : Membuat catatan ringkas secara bertulis
Nota ringkas dibuat berdasarkan setiap satu artikel
dan disimpan secara sistematik.
Format ringkasan tinjauan literatur
• Butiran bibliografi
 Nama tajuk bahan, tarikh diterbitkan(cetakan keberapa),tempat terbit, nama penerbit, jumlah halaman
dan harga atau meniru gaya penulisan sumber rujukan lain.

• Hipotesis
 Senaraikan hipotesis yang diperkatakan dalam bahan literatur terdahulu. Senaraikan variabel bebas
dan terikat serta pentaksiran operasi setiap satunya.

• Variabel kawalan
 Sekiranya berkaitan, senaraikan variabel kawalan dan pentaksiran operasi setiap satunya.

• Strategi penyelidakan dan teknik pengumpulan data


 Nyatakan strategi penyelidikan sama ada kajian luar, tinjauan, analisis kandungan dan
pengujian
Dapatan penyelidikan
 Senaraikan penemuan atau dapatan penyelidikan,khususnya dalam bentuk pentakrifan
operasi variabel berkenaan.
Populasi dan sampel
 Nyatakan populasi yang di rujuk dan sampel yang dipilih, termasuk kepastian jenis
persampelan yang digunakan betul atau salah
Kesimpulan
 Perlihatkan kesimpulan kajian berkenaan, iaitu memastikan kesimpulannya sesuai serta
dapat dipertahan oleh data yang terkumpul dan daripada dapatan penganalisisnya.
SUMBER SUMBER BAHAN LITERATUR

A. Sumber Utama
 artikal dari jurnal-jurnal
 prosiding persidangan laporan/tesis/disertasi
 penerbitan kerajaan
 paten/standart/kod amalan
 direktori/katalog

B. Sumber Kedua
 monograf
 buku-buku
 ulasan artikel/ buku dalam jurnal
 abstrak-abstrack subjek
 indeks penerbitan

C. Sumber Ketiga Tertiari (Tertiary)


 Buku saku (Handbooks)
 Bahan panduan kepada literatur kursus (Guides to specific literatures)
 Bibliografi
 Ensiklopedia
Citation
Citation boleh digunakan dalam dua cara :

Author-focus (nama penulis diutamakan)

Menurut Adams (2008), lebih banyak pelajar memilih kerja berkumpulan kerana ia boleh
mengurangkan tekanan belajar.

Info-focus (fakta diutamakan)

Lebih banyak pelajar memilih kerja berkumpulan kerana ia boleh mengurangkan


tekanan belajar mereka (Adams, 2008).
Citation
Untuk nama penulis Melayu atau Muslim pula, nama penuh boleh digunakan memandangkan
nama akhir ialah nama bapa. Tetapi Bin atau Binti (dan pangkat) tidak perlu disertakan.

Nama begitu, penggunaan nama akhir juga boleh diterima (iaitu penggunaan nama bapa
sahaja)

Nama Penuh Nama dalam APA Style


Syazwan Binti Hj. Omar (2009) Syazwan Omar (2009)

Umar Bin Ndey (2011) Umar Ndey (2011)


Hj Olga Bin Saudi (2011) Olga Saudi (2011)
Dato' Ali bin Rustam (2012) Ali Rustam (2012)
KUTIPAN: Memberitahu pembaca tentang rujukan asal pernyataan yang ditulis, khususnya fakta
daripada sumber rujukan, membawa maksud gagasan/pandangan, pendapat atau idea yang dipetik
daripada pelbagai sumber.
FUNGSI KUTIPAN
- Menegaskan isi huraian
- Membuktikan kebenaran pernyataan yang dibuat oleh penulis
- Memperlihatkan kepada pembaca tentang teori yang digunakan
- Mengkaji interprestasi penulis terhadap bahan kutipan yang digunakan
- Menunjukan aspek topik yang dibahaskan
-Mengelakkan plagiat

PRINSIP-PRINSIP
- Kutipan berkaitan dengan penggunaan teori
- Tidak menggunakan kutipan langsung terlalu banyak dalam penulisan
- Penulis mempertimbangkan kutipan yang perlu sahaja
-penulis mempertimbangkan jenis kutipan dan kaitannya dengan penulisan
- penulis bertanggungjawab penuh terhadap ketepatan dan ketelitian dalam kutipan.
JENIS-JENIS KUTIPAN (Quotation)

Kutipan Langsung Kutipan Tidak Langsung

kurang 40 patah perkataan lebih 40 patah perkataan


Kutipan langsung

• pengambilan terus sesuatu pernyataan tanpa


mengubahnya.
> membuat perbandingan.
> mengungkapkan pernyataan
> mempertahankan keaslian
Cara menulis kutipan langsung

• kutipan mestilah kurang daripada 40 patah perkataan


• (“...”) awal dan akhir perenggan
• nama penulis,tahun terbit dan muka surat
• kedudukan
• huruf awal kutipan berada dalam teks dan huruf besar
• p.p untuk bahasa inggeris dan digantikan dengan ms.
contoh kutipan langsung pendek
kutipan langsung panjang

• melebihi 40 patah perkataan


• dibuat dalam perengan khusus
• saiz huruf sama seperti saiz taip teks asal
• disantak 0.5 inci dari jidar kiri sahaja bagi keseluruhan
petikan.
• langkau kutipan sama seperti langkau teks asal.
contoh kutipan langsung panjang
-KANDUNGAN LITERATUR-
 mengenal pasti topik, umum, isu, atau bidang yang menjadi tumpuan,
seterusnya menyediakan konteks yang sesuai untuk tinjauan literatur
 memperlihatkan trend keseluruhan; atau perancangan dalam teori,
metodologi, bukti, dan kesimpulan; atau jurang dalam penyelidikan dan
bidang tersebut; atau satu masalah/perspektif baharu yang menarik minat
penyelidik
 mengemukakan alasan tentang perlunya membuat tinjauan literatur;
menjelaskan kriteria yang digunakan dalam membuat analisis, perbandingan
dan menyusun bahan-bahan daripada literatur, dan jika perlu nyatakan
mengapa literatur tertentu tidak dimasukkan (skop)
Etika Dalam Ulasan Literatur Dan Penyelidikan
• Adalah perkara yang perlu diambil perhatian oleh semua
penyelidik
• Etika penyelidikan mengariskan perkara yang betul dan
perkara yang tidak boleh dilakukan (atau dianggap tidak
beretika) semasa melaksanakan penyelidikan
• Seseorang penyelidik perlu menjaga nama baik dan
integritinya
• Sekiranya penyelidik melakukan sesuatu yang tidak
beretika, kebolehpercaya khalayak terhadap diri
penyelidik akan hilang
Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi
perhatian:
• Plagiarisme
• Adaptasi kerangka teoritikal kajian terdahulu
• Membuat ulasan literatur tanpa membaca kerja asal misalnya ”citation upon
citation”.
• Penggunaan hasil perbincangan/temuduga tanpa penghargaan
• Manipulasi data dan idea
• Privacy/Confidently
• Objektif dalam kajian
• Penyebaran hasil kajian yang tidak tepat
• Isu hak milik kajian
• Isu-isu sensitif

You might also like