You are on page 1of 13

BAB 10 PENYEDIAAN LAPORAN

PENGENALAN
 Laporan merupakan alat berkomunikasi penyelidikan anda dengan
banyak orang di luar dari anda yang menjadi pengguna kepada
penyelidikan anda.
 Anda mesti memikirkan dan berusaha agar pembaca dapat memahami
apa yang anda tulis.
 Zechmeister dan (2000) mencadangkan dua perkara. Pertamanya cuba
memahami pembaca anda. Jangan membuat jangkaan yang tinggi atau
pun rendah akan kebolehan mereka. Keduanya, anda perlu mengenal
pasti tujuan anda menulis.

PROSES MENULIS LAPORAN


 Klitgard (1983) dan Menasche (1984) menasihatkan anda untuk tidak
teragak-agak menulis. Mereka mencadangkan supaya laporan ditulis
sekurang-kurangnya dalam tiga deraf iaitu deraf contoh, deraf awal dan
deraf akhir. Perlu ada kerangka yang membina struktur penulisan supaya
pembaca mudah memahami apa yang anda kemukakan.
 Untuk menghasilkan penulisan yang menarik anda mestilah
menggunakan gaya bahasa yang betul dan sesuai. Menurut Alsip dan
Chezik (1974) dan Klitgard (1983) ialah dengan menyatakan maklumat
dengan cara yang paling mudah dan paling jelas.
 Tujuan Penulisan ialah untuk berkomunikasi. Oleh itu tulislah dengan
cara yang dapat difahami oleh orang lain.

1
ORGANISASI LAPORAN PENYELIDIK
laporan penyelidikan hendaklah mengandungi struktur atau perkara-
perkara berikut:

 Tajuk
 Abstrak
 Pengenalan
 Metod Kajian
 Keputusan
 Perbincangan
 Kesimpulan
 Rujukan
 Lampiran

Menurut Shaughnessy, Zechmeister dan Zecmeister (2000) struktur yang


ditunjukkan di atas mempunyai dua tujuan:

1. Menyediakan kerangka yang boleh memberi huraian dengan jelas tentang


kajian, keputusan dan interpretasi yang meyakinkan. Ini memudahkan
pembaca memberi fokus kepada perkara-perkara tertentu yang diminati
untuk dilaporkan.
2. Menjadi panduan untuk memudahkan pembaca sampai kepada maklumat
khusus dengan terus merujuk kepada bahagian-bahagian tertentu yang
diminati seperti metod, keputusan dan sebagainya mengikut bahagian-
bahagian tertentu.

2
Tajuk Kajian

 Merupakan perkara utama dalam kajian. Ia haruslah mudah, tepat dan


boleh memberi maklumat.
 Mitchell dan Jolley (1996) tajuk seharusnya dalam bentuk kenyataan
ringkas tentang hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah yang
dikaji khususnya pembolehubah bebas dan pembolehubah terikat.
 Shaughnessy, Zechmeister dan Zeichmeister (2000) secara idealnya,.
Tajuk mestilah merumuskan idea utama secara mudah dengan
menggunakan tidak lebih daripada 15 perkataan.
 Tajuk mestilah ditulis di tengah dalam bentuk piramid terbaik iaitu
panjang di sebelah atas dan semakin pendek di sebelah bawahnya jika ia
melibatkan lebih daripada satu baris

Abstrak

 Abstrak memberi ringkasan pendek dalam satu halaman mengandungi


sekitar 150-200 perkataan.
 Dalam banyak penulisan, abstrak dinamakan sebagai synopsis. Ada 7
perkara asas yang mesti dimasukkan dalam abstrak iaitu:
1. Satu ayat menghuraikan topik umum kajian
2. Satu ayat menyatakan tujuan kajian
3. Satu ayat menyatakan hipotesis.
4. Satu ayat menghuraikan subjek dan cara persampelan
5. Satu ayat tentang cara pengumpulan data dengan ukuran
pembolehubah terikat.
6. Satu ayat menyatakan keputusan utama.
7. Satu ayat tentang implikasi kajian.

3
Pengenalan

 Menurut Shaughnessy, Zechmeister dan Zeichmeister (2000) bahagian


pengenalan dalam sesuatu laporan kajian bertujuan mencapai objektif
berikut:
1. Menyediakan kenyataan umum permasalahan yang dikaji dan
dengan itu meletakkan kajian itu dalam perspektif.
2. Merumus dengan ringkas kesusasteraan latar belakang yang
relevan yang membawa kepada permasalahan kajian dan
pendekatan kajian.
3. Memasukkan garis kasar kajian dan perkembangan logik bagi
ramalan dan hipotesis yang memandu kajian.

 Bahagian pengenalan mengikut Klass et al (1991) biasanya mengandungi


atau campuran daripada perkara-perkara berikut:
1. a) Pernyataan kajian,
2. Tujuan kajian,
3. Rasional dan signifikannya kajian,
4. Definisi konsep,
5. Sorotan kesusasteraan yang relevan,
6. Latar teori jika ada, dan
7. Hipotesis kajian.

 Shaughnessy, Zechmeister dan Zeichmeister (2000) mencadangkan


supaya soalan-soalan berikut dijadikan panduan dalam menulis bahagian
pengenalan
1. Apakah perkara yang anda kaji.
2. Bagaimanakah hipotesis dan rekabentuk kajian berkaitan dengan
permasalahan kajian.

4
3. Apakah implikasi teori kepada kajian dan bagaimanakah kajian
berkaitan dengan kajian dan masa lalu. Berhubung dengan kajian
masa lalu mereka mencadangkan supaya ditekankan dan
diperincikan kerja-kerja masa lalu

Perkara paling penting dalam bahagian pengenalan ialah persoalan kajian. Oleh
sebab itu bahagian kecil ini hendaklah digunakan bagi menunjukkan kepada
pembaca apa yang hendak dikaji dengan mengemukakan sekali hujah-hujah
yang mewajarkan hipotesis dan lagok hubungan antara pembolehubah seperti
yang dihipotesiskan

Kaedah Kajian

 Menurut Shaughnessy, Zechmeister dan Zechmeister (2000),


terdapat empat bahagian kecil yang biasa ditulis di dalam kaedah
(metod) kajian iaitu:
1. Subjek atau responden kajian
o Bahagian ini mengandungi siapa yang dikaji, bilangan yang
dipilih dan bagaimana mereka dipilih atau dikumpulkan
(assigned) ke dalam keadaan-keadaan eksperimen atau
kelompok-kelompok kajian.
o Menyatakan metod persampelan yang diguna dengan cara
yang betul dan tepat
o Kelemahan yang ketara apabila penulis mendakwa
menggunakan cara rawak sebenar (purely randomazation)
sedangkan pemilihannya bukan secara demikian.
o Proses rawak sebenar adalah berdekatan kebarangkalian
dengan tatacara saintifik yang biasanya pemilihan sampel

5
dengan menggunakan komputer atau Jadual Nombor Rawak
atau secara tradisional yang menggunakan prinsip setiap
individu mempunyai peluang terpilih menjadi responden.
o Jika guna statifikasi atau sistematik, laporkan bahawa
pemilihan subjek anda dibuat secara sistematik dan bukan
rawak.
o Huraikan ciri demografi yang penting bagi responden atau
subjek seperti jantina, umur, tempat kerja dan sebagainya.

2. Reka bentuk kajian


o Menghuraikan reka bentuk kursus yang digunakan bagi
setiap pembolehubah bebas sama ada pembolehubah
bebasnya merupakan pembolehubah antara subjek atau
dalam subjek.
o Jika kajian tinjau selidik atau survei nyatakanlah sama ada ia
merupakan kajian keratan rentas, kelompok berurutan atau
kajian berpanjangan.
o Jika kajian berbentuk ekperimen huraikanlah prosedur
membentuk kelompok atau kumpulan.
o Kelemahan utama pelajar apabila menulis bahagian ini
ialah dengan meringkaskan seluruh kaedah kajian dan
memasukkan aspek subjek atau responden, alat ukuran, ujian
dan prosedur

3. Alat ukuran atau soal selidik


o Menerangkan alat ukuran, ujian, bahan atau soal selidik yang
digunakan dalam kajian.

6
o Alat termasuklah benda-benda yang digunakan dalam
eksperimen seperti kotak Skinner, gambar-gambar sepetti
yang terdapat dalam ujian projektif, ujian piawai dan
sebagainya.

4. Tata cara prosedur kajian


o Menghuraikan apa yang berlaku atau langkah-langkah kajian
dari awal hingga keakhir yang bersifat kronologi.
o Ceritakan apa yang anda buat dan bagaimana anda
membuatnya.
o Cara analisis statistik data yang diperolehi boleh dihuraikan
sekali di sini.

Bahagian Keputusan kajian

 Sebagai kemuncak kepada laporan kajian


 Mampu menjawab soalan dan tujuan kajian yang dikemukakan dalam
bahagian pengenalan
 Satu cara yang didapati baik untuk memandu kita menulis bahagian ini
ialah dengan menggunakan subtajuk perkara yang dianalisis dan diikuti
dengan hipotesis dan seterusnya keputusan yang diperolehi. Jika anda
menggunakan hipotesis, elok jelaskan sama ada hipotesis yang dibina itu
disokong atau tidak.
 Goodwin (1985) mencadangkan agar statistik diskriptif seperti peratus,
min, sisihan piawai, dan pekali korelasi dilaporkan terlebih dahulu
daripada statistik inferens di dalam sesuatu perenggan.
 Cara melaporkan keputusan analisis sama bagi semua jenis analisis.
Mula-mula kenal pasti ujian.

7
o ujian F (ANOVA) dan nyatakan darjah kebebasan
o aras signifikan atau kebarangkalian
o Keputusan statistik elok dinyatakan dalam jadual atau rajah

Bahagian Perbincangan

 Mentafsirkan keputusan khususnya yang berkait dengan hipotesis yang


dibina
 Membincangkan secara rasional keputusan yang diperolehi dengan
berasaskan kepada pandangan kesusasteraan yang disorot dalam kajian
dan mungkin teori yang digunakan.
 Menyatakan semula tujuan kajian dan terangkan bagaimana
keputusannya dan kemudian bincangkan.
 Satu daripada kecenderungan pelajar adalah memberi hujah bersifat
metodologi dengan menyatakan sampel yang digunakan tidak mewakili,
alat ukuran yang tidak sah, tempat kajian yang berbeza dan sebagainya.

Bahagian Kesimpulan dan Penutup

 Bertujuan membuat kesimpulan dan seterusnya menutup laporan kajian.


 Bahagian kesimpulan boleh dimulakan dengan membuat rumusan hasil
kajian agar pembaca dapat mengingat kembali tujuan kajian dan
keputusan yang diperolehi.
 Selepas itu menyatakan implikasi daripada keputusan kajian.
 Menyatakan kekurangan yang tidak dijangka berlaku dalam kajian.
Supaya menjadi panduan kepada pengaji akan datang
 Cadangan dan syor elok dimasukkan dalam bahagian ini agar pembaca
dan pengguna kepada kajian.

8
 Rujukan, Semua bahan dirujuk dlam teks hendaklah dimasukkan di
bahagian rujukan.
 Lampiran, boleh memasukkan semua bahan yang digunakan dalam
kajian.

GAYA DALAM PENULISAN ILMIAH


Gaya Rujukan APA 7th

o Buku

Sabitha Marican (2005). Kaedah penyelidikan sains sosial. Petaling Jaya,


Malaysia: Prentice Hall.

o Bab dalam Buku


Chan, C. C., Azlin Hilma Hilaluddin, & Iran Herman. (2010). Isu-isu
penempatan kanak-kanak: Pandangan pegawai kebajikan
masyarakat di Kedah. In Azlin Hilma Hilaluddin, & Zarina Mat
Saad (Eds), Penilaian psikososial kanak- kanak: Isu-isu
kebajikan and perkembangan(pp. 41-56). Sintok, Malaysia:
Penerbit Universiti Utara Malaysia.

o Artikel dalam Jurnal


Chan, C. C. (2013). Research in foster care: The methodological issues
and how the issues are addressed. Advances in Natural and
Applied Sciences, 7(4), 360-365.

o Prosiding (Diterbitkan)
Chan, C. C. (2012). Liking or disliking current home: Listening to
children who reside in state-run children’s homes and foster homes
in Malaysia. In Azlinda Azman, Jamalludin Sulaiman, Paramjit

9
Singh Jamir Singh, & Mohd Taufik Mohammad (Eds), Crafting
symbiotic partnership and collaboration in the Asia-Pacific region:
Conference proceeding of the International Social Work
Conference 2012, Georgetown, Penang (pp. 22-36). Georgetown,
Malaysia: Universiti Sains Malaysia.
o Kertas Persidangan yang tidak diterbitkan
Azlin Hilma Hilaluddin, Yusmarhaini Yusof, & Chan, C. C. (2005,
July). Primary school student’s knowledge on sexual abuse: An
exploratory study. Paper presented at the National Sexual
Seminar: Issues on Sex Education, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur, Malaysia.

o Tesis Akademik yang tidak diterbitkan


Chan, C. C. (2002). Understanding and improving the situation of
children separated from their families in Malaysia. (Unpublished
master’s dissertation ). University of East Anglia, England.

o Dokumen dari laman web


1. Formula umum untuk laman web
Author, A. A., & Author, B. B. (Date of publication). Title of
document. Retrieved from http://Web address.

2. Artikel yang dipetik daripada suratkhabar online


Fadzly Izab. (2015, Ogos 24). Penyelidikan lonjat IPT ke tahap
global. Utusan Online. Retrieved from
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/penyelidikan-
lonjak-ipt-ketahapglobal-1.127882

10
SUSUNAN LAPORAN
1) Bab 1: Pengenalan
2) Bab 2: Ulasan Karya
3) Bab 3: Metod Kajian
4) Bab 4: Dapatan Kajian
5) Bab 5: Perbincangan dan Kesimpulan
6) Rujukan

Bab 1 – 5 = I.M.R.D
(I) Introduction = Pengenalan (Bab 1 dan 2)
(M) Methods / Materials = Kaedah / Bahan (Bab 3)
(R) Results = Keputusan (Bab 4)
(D) Discussion / Conclusion = Perbincangan / Kesimpulan (Bab 5)

I
 Konteks
 Kawasan Umum
 Sub-kawasan
 Topik utama
 Semakan
 Kronologi
 Persamaan atau perbezaan

11
 Sebab-akibat
 Penyelesaian masalah
 Jurang
 Kekurangan dan Batasan
 Penemuan yang bercanggah atau kontroversi
 Peluasan idea ke arah baharu
 Tujuan
 Kepentingan
 Teori dan Praktikal
 Skop

M
 Lokasi pengajian
 Sampel kajian
 Kaedah pengumpulan data

R
 Lokasi Keputusan (LOC)
 cth. Jadual 5 menunjukkan bahawa ……..
 Menyerlahkan data utama (KD)
 Mengulas tentang data utama (COM):
 Generalisasi, Perbandingan/Kontras, Penjelasan/Spekulasi

D
 Nyatakan semula matlamat (RE-AIM)
 Semak keputusan utama (RE-RES)
 Komen:

12
 Membandingkan dengan kerja terdahulu(CP)
 Menjelaskan hasil utama (EXP)
 Generalizing (GEN)
 Nilaikan kepentingan kajian anda (SIG)
 Akui batasan kajian anda (LIM)
 Mengesyorkan penyelidikan atau aplikasi masa depan (REC)

13

You might also like