You are on page 1of 4

Borang Sinopsis Buku

1. Nama Guru : Zakiah binti Md Yusof


2. Judul : Asas Penulisan Tesis 3. Bidang : Penyelidikan
Penyelidikan Dan Pendidikan
Statistik
4. Tarikh 5. Masa :
Pembentangan :
6. Tempat
Pembentangan :
7. Ulasan :
Buku ini ditulis oleh Othman Talib. Beliau merupakan pensyarah di Universiti
Putra Malaysia. Buku ini merupakan pengenalan dalam penyelidikan
pendidikan yang memberi penjelasan terperinci berkenaan kaedah
penyelidikan iaitu kuantitatif dan kualitatif. Ianya memberi panduan kepada
penyelidik yang baru mula menceburi bidang penyelidikan. Buku ini
mengandungi 6 bab.

Dalam Bab 1 (Proses Menjalankan Kajian), menjelaskan penyelidikan sebagai


suatu proses mengumpul dan menganalisis maklumat untuk meningkatkan
pemahaman terhadap sesuatu topik atau isu. Enam langkah penting dalam
proses penyelidikan ialah :
(i) Mengenalpasti masalah kajian,
(ii) Membuat kajian kepustakaan,
(iii) Menentukan tujuan kajian,
(iv) Mengumpul data,
(v) Menganalisis dan menginterpretasi data, dan
(vi) Menilai dan membuat laporan penyelidikan.

Dalam bab ini juga, menjelaskan berkenaan kemahiran yang perlu ada pada
seorang penyelidik. Menurut penulis, penyelidik perlu bijak membahagikan
masa untuk melalui kesemua proses penyelidikan seperti melakukan aktiviti
kajian kepustakaan, melakukan kutipan data seterusnya menganalisis data.

Dalam Bab 2 pula (Kaedah Kualitatif dan Kuantitatif), penulis menerangkan


perbezaan di antara penyelidikan kuantitatif dan kualitatif.

Penyelidikan kuantitatif merupakan penyelidikan pendidikan di mana penyelidik


menentukan apa yang hendak dikaji, mempersoalkan soalan spesifik,
mengumpul data numerik daripada peserta, menganalisis menggunakan
statistik dan melaksanakan penyelidikan secara tidak bias. Penyelidikan
kuantitatif bercirikan penekanan terhadap pengumpulan dan penganalisaan
maklumat dalam bentuk nombor, mengumpul skor yang mengukur sifat
individu dan organisasi, prosedur membandingkan kumpulan atau faktor yang
berhubungan mengenai individu atau kumpulan dalam eksperimen, kajian
hubungan dan tinjauan.

Penyelidikan kualitatif pula merupakan penyelidikan pendidikan di mana


penyelidik bergantung kepada pandangan peserta, menanyakan soalan yang
luas dan umum, mengumpul data yang berbentuk perkataan atau teks
daripada peserta, menghuraikan dan menganalisis perkataan tersebut kepada
tema dan menjalankan kajian dengan cara subjektif. Penyelidikan
kualitatif memerlukan penyelidik mendengar pandangan peserta di dalam
kajian, bertanya soalan umum, soalan terbuka dan mengumpul data di tempat
manusia hidup dan bekerja serta berperanan dalam menggalakkan perubahan
dan pembaikan kehidupan individu.

Pemilihan pendekatan rekabentuk kualitatif atau kuantitatif bergantung kepada


kesesuaian masalah kajian. Masalah kajian yang  paling sesuai bagi
pendekatan kuantitatif ialah di mana penerangan perlu dilakukan. Bagi
penyelidikan kualitatif, masalah perlu diteroka untuk memperolehi pemahaman
mendalam.

Dalam Bab 3 (Menentukan Penyataan Masalah), menjelaskan berkenaan


masalah kajian, tujuan kajian dan persoalan kajian. Masalah kajian ialah isu
pendidikan, kontroversi atau perkara-perkara yang berkenaan dengan kajian
penyelidik. Beberapa perkara perlu dikenalpasti oleh penyelidik seperti (i) Isu
atau masalah yang hendak dikaji, (ii) isu yang memandu ke arah keperluan
kajian, (iii) implikasi yang akan berlaku jika kajian berjaya dilaksanakan.

Dalam bab ini juga menerangkan perbezaan di antara masalah kajian, tujuan


kajian dan persoalan kajian. Masalah kajian merupakan isu atau kontroversi
masalah pendidikan berkaitan dengan penyelidikan yang menjurus kepada
topik tersebut. Tujuan merupakan tumpuan utama atau objektif kajian yang
digunakan untuk menuju kepada masalah. Persoalan kajian mengecilkan
tujuan kepada persoalan spesifik yang penyelidik hendak menjawab atau
ditujukan di dalam kajian.

Pernyataan masalah mengandungi masalah sebenar kajian dan lima aspek 


yang lain iaitu topik, masalah kajian, pembuktian kepentingan masalah yang
ditemui dalam kajian lepas dan sedang berlaku, kekurangan di dalam
pengetahuan sedia ada mengenai masalah dan audiens yang akan
memperolehi manfaat daripada kajian masalah. Pernyataan masalah
memberikan kerangka awal dalam memahami keseluruhan topik kajian.
Menurut penulis, penyelidik perlu memberikan beberapa sebab mengapa isu
yang ingin dikaji penting. Pembuktian masalah kajian perlu untuk
mempersembahkan sebab kepentingan mengkaji sesuatu isu.

Bab 4 Tinjauan Literatur) pula, menerangkan tentang Tinjauan Literatur atau


Kajian Kepustakaan. Tinjauan literatur merupakan rumusan bertulis seperti
artikel jurnal, buku dan dokumen lain yang menghuraikan keadaan lepas dan
semasa berkenaan maklumat, mengorganisasikan literatur kepada topik dan
mendokumenkan keperluan untuk tujuan kajian. Penyelidik menjalankan
tinjauan literatur sebagai langkah permulaan dalam proses penyelidikan.
Bab 5 (Hipotesis) menjelaskan perbezaan di antara tujuan, soalan kajian,
hipotesis dan objektif kajian. Tujuan kajian merupakan pernyataan yang
mendahului kesemua fokus kajian. Penyelidik menghuraikan tujuan kajian
dalam bentuk satu atau lebih ringkasan ayat. Persoalan kajian merupakan
soalan di dalam penyelidikan kuantitatif dan kualitatif yang mengecilkan tujuan
kepada soalan spesifik yang cuba dijawab oleh
penyelidik. Hipotesis pula merupakan pernyataan dalam penyelidikan di mana
penyelidik melakukan ramalan atau tekaan mengenai hasil perhubungan di
antara sifat atau ciri. Objektif kajian merupakan pernyataan bertujuan
digunakan dalam penyelidikan yang memperincikan matlamat dan objektif
kajian.

Dalam Bab 6 (Pengumpulan Data), penulis menjelaskan tentang pengumpulan


data kuantitatif yang terdiri dari 5 langkah iaitu (i) Memilih peserta kajian,
(ii) Mendapatkan kebenaran daripada peserta yang terlibat, (iii) Menentukan
jenis pungutan data, (iv) Menetapkan, mengubahsuai dan membentuk
instrument dan (v) Mengumpul data

Perwakilan merujuk kepada pemilihan individu daripada sampel dalam satu


populasi iaitu individu yang dipilih adalah biasa kepada populasi yang dikaji,
yang membolehkan penyelidik membuat kesimpulan daripada sampel terhadap
semua populasi secara keseluruhan.
Populasi merupakan kumpulan individu yang mempunyai ciri yang sama
Sampel merupakan sebahagian populasi sasaran yang dipilih oleh penyelidik
untuk mewakili bagi membuat generalisasi mengenai keseluruhan populasi
sasaran.
Menurut penulis, penyelidik boleh menggunakan pendekatan pensampelan
kebarangkalian atau bukan kebarangkalian (probability and nonprobability
sampling) di dalam penyelidikan kuantitatif.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran :
Buku ini memberikan perspektif lengkap dan menyeluruh kepada guru dan
pensyarah yang diamanahkan mengendalikan kursus penyelidikan. Walaupun
pada asasnya buku ini berfokus kepada pengajaran kursus prasiswazah dan
ijazah tinggi, guru dan pensyarah yang mengendalikan kursus penyelidikan di
sekolah juga memperoleh input penting tentang bidang pendedahan yang
perlu disampaikan kepada peserta kursus asas penyelidikan, sama ada guru
atau pelajar prauniversiti. Langkah penyampaian, bahan ujian, ulasan
penyelidikan dan contoh yang disediakan dalam setiap bab disusun dengan
begitu jelas dan teratur supaya lebih mudah digunakan semasa menyampaikan
kuliah, atau semasa mengendalikan kelas tutorial tentang penyelidikan.
9. Implikasi Dalam Pendidikan :
Buku ini menghuraikan dengan lengkap mengenai kajian dalam pendidikan
yang melibatkan perancangan, perlaksanaan dan penilaian. Dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran, buku ini memberi panduan dan idea bagi
melakukan kajian yang berkaitan dengan penambahbaikan kaedah pengajaran
antaranya menjalankan kajian tindakan. Guru-guru boleh menjalankan kajian
tindakan dengan menggunakan pendekatan-pendekatan reka bentuk kajian
yang bersesuaian untuk mengatasi masalah yang hendak dikaji.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………. ……………………..
(Zakiah binti Md Yusof)

You might also like