You are on page 1of 9

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

Pengenalan

Metodologi kajian adalah kaedah dan proses yang dilakukan oleh penyelidik
semasa menjalankan sesuatu kajian, bagi memastikan kajian lebih teratur dan dapat
diselesaikan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan. Kajian ini dilaksanakan
untuk mengenalpasti tahap keupayaan dan kewujudan amalan kepimpinan guru
Sains dan Matematik dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
murid di sekolah kajian. Oleh itu, dalam bab ini pengkaji akan membincangkan
beberapa strategi, kaedah dan langkah-langkah yang telah diambil sewaktu
melaksanakan kajian yang dijalankan. la meliputi kaedah kajian, persampelan kajian,
instrumen yang digunakan, pentadbiran kajian, kaedah pengumpulan dan analisa
data. Penyelidikan boleh dianggap sebagai satu proses menyelesaikan masalah
melalui perancangan, pengumpulan, penganalisaan dan penafsiran data yang
sistematik. Setiap penyelidik menggunakan reka bentuk atau kaedah kajian
mengikut kesesuaian yang difikirkan oleh penyelidik.

Rekabentuk Kajian

Menurut Zigmond (1996) dalam Zuraidah Abdullah (2010), reka bentuk kajian
merupakan perancangan yang khusus bagi kaedah dan prosedur untuk mengumpul
dan menganalisis sesuatu data. Ini adalah kerana reka bentuk kajian melibatkan
proses membuat keputusan dan pilihan yang berpandukan kepada tujuan kajian,
strategi kajian, tempat kajian, jenis kajian, unit analisis, reka bentuk persampelan,
kaedah pengumpulan data, pengukuran dan penganalisaan data (Sekaran, 2000).
Kaedah dan reka bentuk kajian ini akan menentukan hasil kajian dan menjawab
persoalan kajian yang dikemukakan oleh pengkaji.

Kajian ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif secara kajian kes mengenai
kepimpinan guru- guru Sains dan Matematik di sekolah kajian terhadap kualiti
pengajaran dan pembelajaran murid. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik.
Thondike dan Hagen (1991) dalam Azuan (2006), rfi@hc)anggap kaedah soal selidik
sebagai sangat berguna dan sesuai untuk mengukur persepsi, sikap dan konstruk-
konstruk yang hendak diuji. Selain itu, kaedah soal selidik dipilih kerana ia paling
sesuai digunakan untuk memperolehi data terpiawai dengan berkesan, boleh
mengumpul banyak maklumat yang diperlukan secara objektif, mendapat maklumat
secara terus daripada responden dalam masa yang singkat dan mudah.

Menurut Chua (2006), istilah kuantitatif membawa erti berapa banyak atau
bilangannya. Dalam penyelidikan kuantitatif, kuantiti dirujuk sebagai bilangan yang
diskrit yang dapat dinyatakan dengan tepat. Pengukuran data dalam penyelidikan
kuantitatif mengutamakan kesahan dan kebolehpercayaan item yang digunakan
dalam soal selidik. Kajian ini dijalankan secara berperingkat-peringkat iaitu peringkat
pertama melibatkan pembinaan soal selidik secara bertulis. Di peringkat ini, pengkaji
membina soalan-soalan yang ada hubungkait dengan dua faktor utama
pembolehubah tidak bersandar untuk menguji ciri-ciri yang ada pada sampel kajian.
Dua set soalan telah disediakan, satu set untuk kumpulan guru Sains dan
Matematik, satu set lagi disediakan untuk responden murid.

Peringkat kedua menggunakan instrumen tersebut untuk mengumpul data, dengan


mengedarkan borang soal selidik kepada kumpulan sampel yang telah dipilih untuk
kajian ini. Kemudian hasil dapatan dikumpulkan untuk dibuat analisis. Daripada
analisa data, hasil kajian diperolehi samada dapatan itu menjawab persoalan kajian
dan memenuhi objektif kajian atau sebaliknya. Kemudian penulisan laporan kajian
dilakukan oleh pengkaji.

Kajian ini merupakan kajian kes yang bertujuan mengumpul data dan maklumat
secara sistematik dan mendalam mengenai tingkah laku individu tertentu, keadaan
sosial atau peristiwa khusus untuk mengetahui bagaimana tingkah laku individu atau
perubahan keadaan sosial berlaku ke atas satu unit kecil sosial seperti individu atau
sekolah (Chua, 2006). Penekanan kajian kes adalah kepada pemahaman mengenai
bagaimana perubahan tingkah laku pada individu atau unit sosial tersebut berlaku
disebabkan oleh pembolehubah-pembolehubah berkaitan yang telah ditentukan oleh
pengkaji. Fungsi utama kajian kes ialah i) untuk menjelajah perkara-perkara yang
belum diketahui, ii) memberi penjelasan kepada sesuatu peristiwa yang telah
berlaku dan iii) menghuraikan fenomena tertentu. Kelebihan utama kajian kes pula
adalah dari seg.: mendalamnya maklumat tentang sesuatu kes. Maklumat terperinci
tentang individu atau unit sosial boleh didapati dengan sempurna (Majid.2005).

Walau bagaimanapun, maklumat yang terhad itu menyebabkan inferens terhadap


populasi tidak dapat dilakukan dengan berkesan. Ini bermakna hasil kajian kes tidak
digunakan untuk membuat generalisasi kepada mana-mana populasi. Ini disebabkan
subjek kajian kes merupakan individu tunggal atau sekumpulan individu tertentu dan
bukan merupakan subjek sampel kajian y^ng dipilih secara rawak daripada

suatu populasi. Hasil kajian kes hanya menerangkan ciri-ciri subjek tersebut. Namun, data-
data yang dikumpulkan melalui kajian kes masih boleh membekalkan maklumat yang
berguna kepada individu atau

kumpulan yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan subjek kajian kes.

Disebabkan tingkah laku manusia boleh diramalkan, maka dapatan kajian kes masih
ada nilainya dan boleh dijadikan sebagai petunjuk untuk meramalkan tingkah laku
individu yang mempunyai latar belakang dan ciri-ciri yang sama. Walau
bagaimanapun, pengkaji tidak boleh mengeneralisasikan keputusan kajian kes ke atas
kumpulan subjek lain

yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Keupayaan hasil kajian kes digeneralisasikan
ditentukan oleh pembaca ( Chua, 2006) kajian ini memfokuskan kepada keupayaan
kepimpinan guru dan amalan kepemimpinan guru dalam meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran murid. Kajian ini dibuat berpandukan kepada
maklumbalas daripada murid Tingkatan 4 dan guru-guru Sains dan Matematik di
sekolah kajian. Keupayaan kepemimpinan guru diukur berdasarkan tiga dimensi, iaitu;
i) perancangan pengajaran, (ii) kemahiran dan kejelasan pengajaran, dan (iii)
pengurusan bilik darjah. Ma^akala amalan kepimpinan guru diukur berdasarkan
dimensi berinisiatif, memberikan motivasi dan

menyumbang kepada organisasi pembelajaran. Kajian ini merupakan kajian yang


merujuk kepada persoalan kajian yang berkaitan dengan tujuan dan objektif
penyelidikan ini. Persoalan-persoalan tersebut adalah seperti jadual 3.1,

Jadual 3.1 Tujuan Kajian dan soalan kajian yang digunakan Tujuan Kajian Soalan
Kajian

I.Mengenalpasti wujudnya amalan I.Apakah amalan kepimpinan wujud dalam


kepimpinan dalam kalangan guru Sains & kalangan guru Sains dan Matematik di sekolah
Matematik di sekolah kajian. kajian?

2.Mengenal pasti keupayaan kepimpinan guru Sains dan Matematik di sekolah kajian.

3.Mengenalpasti keupayaan dan amalan guru dapat membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembe

Sampel Kajian

Persampelan merupakan strategi penyelidikan bila penyelidik boleh mendapatkan


maklumat mengenai sesuatu populasi daripada sebahagian individu yang
menganggotai populasi itu. Sebahagian individu yang diambil melalui persampelan
bagi mewakili sesuatu populasi dinamakan sampel. Maklumat yang diperolehi
daripada sampel boleh digunakan bagi menganggarkan maklumat tentang populasi
yang dikaji. Daripada sampel, penyelidik boleh menganggar parameter populasi
seperti min, varians dan sisihan piawai. Nilai-nilai seperti min, varians dan sisihan
piawai yang didapati daripada sampel dinamakan statistik. Dengan kata lain, melalui
persampelan penyelidik boleh menggunakan statistik sampel untuk menganggar
parameter populasi.

Persampelan bukan kebarangkalian digunakan di dalam prosedur pemilihan sampel


untuk kajian ini. Ini bermakna setiap subjek dalam populasi tidak mempunyai
peluang yang sama untuk dipilih menjadi responden kajian. Di bawah prosedur
persampelan ini, pengkaji memilih subjek dengan menggunakan persampelan
bertujuan (purposive sampling) merujuk kepada prosedur persampelan di mana
sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai responden
kajian (Chua, 2006).

Sampel kajian yang dipilih untuk kajian ini melibatkan murid Tingkatan Empat dan
guru-guru Sains dan Matematik di sekolah kajian. Murid Tingkatan Empat dipilih
kerana mereka tidak terlibat dengan sebarang peperiksaan awam. Rasionalnya
murid Tingkatan Empat dijadikan responden kajian kerana mereka lebih matang dan
berpengalaman melalui proses pembelajaran bersama sebahagian besar guru Sains
dan Matematik yang ada di sekolah kajian. Di samping itu, maklumat yang diperolehi
boleh membantu mengubah strategi pengajaran guru-guru untuk mempersiapkan
mereka menghadapi peperiksaan SPM pada tahun berikutnya.

Pemilihan Sampel

Sasaran kajian melibatkan sebuah sekolah menengah harian biasa di Shah Alam,
Selangor. Kaedah persampelan bertujuan telah digunakan dengan memilih seramai
28 orang guru Sains & Matematik dan seramai 118 orang murid sebagai sampel
kajian yang mewakili populasi yang berjumlah 216 orang (jumlah keseluruhan murid
Tingkatan Empat). Kajian ini melibatkan seramai 28 orang guru Sains & Matematik
yang terdiri daripada kelompok pentadbir, Ketua Panitia dan guru. Jadual 3.2
menunjukkan taburan bilangan guru-guru Sains dan Matematik yang terlibat sebagai
sampel bertujuan untuk kajian ini.
Instrumen Kajian

Instrumen kajian merupakan alat yang penting untuk mendapatkan data dan
maklumat ( Cresswell.1994). Instrumen kajian menjadi alat yang penting bagi
membantu pengkaji mendapatkan maklumat sekaligus menjawab persoalan-
persoalan kajian yang diutarakan oleh pengkaji di dalam kajiannya. Instrumen kajian
boleh diubahsuai dan digabungkan dengan apa yang sedia ada mengikut
kesesuaian sesuatu kajian. Kesimpulan kajian yang dibuat oleh penyelidik
bergantung kepada kualiti soalan yang disoal di dalam instrumen tersebut. Dua jenis
soal selidik digunakan dalam kajian ini iaitu :
i) Instrumen soal selidik untuk guru-guru Sains & Matematik.

ii) Instrumen soal selidik untuk murid.

Soal selidik untuk guru mengandungi 38 item merangkumi Bahagian A, B dan C.


Instrumen soal selidik untuk keupayaan guru (bahagian B dibina dengan
mengubahsuai beberapa item berdasarkan Model Van Velzen ( 1985) dan Model
Lambert (1998). Soal selidik bahagian amalan kepemimpinan guru (bahagian C)
pula dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan Model Danielson (2006).

Bahagian A mengandungi soalan - soalan yang berkaitan dengan demografi. Enam


item daripada bahagian ini ialah jantina, kelayakan akademik dan kelayakan ikhtisas,
pengalaman sebagai guru, pengalaman mengajar di sekolah kajian dan jawatan
yang disandang.

Bahagian B pula mengandungi 19 soalan berkaitan keupayaan

kepemimpinan guru iaitu lima soalan berkaitan perancangan pengajaran

guru, lapan soalan berkaitan pengurusan iklim bilik darjah dan enam soalan
berkaitan kemahiran dan kejelasan pengajaran.

Manakala Bahagian C mengandungi 13 soalan berkaitan amalan kepemimpinan


guru. Lima soalan berkaitan amalan berinisiatif, empat soalan berkaitan memberi
motivasi dan empat soalan berkaitan sumbangan kepada organisasi pembelajaran.
Soalan untuk pembolehubah amalan kepimpinan guru dibina sendiri oleh pengkaji.
Rasionalnya tidak terdapat set soal selidik yang secara khusus mengkaji dimensi
yang sama sebagaimana yang ingin dikaji oleh penyelidik. Soal selidik terbahagi
kepada enam dimensi seperti jadual 3.4 berikut:-

Jadual 3.4 : taburan item mengikut dimensi dalam instrument (soal selidik untuk guru
sains dan matematik)
Skala yang digunakan bagi pembolehubah keupayaan kepemimpinan guru yang
mengandungi dimensi perancangan pengajaran, dimensi kemahiran, kejelasan
pengajaran dan dimensi pengurusan bilik darjah diberikan nilai 1 hingga 4
berdasarkan Skala Likert seperti di bawah:

Skala 1 : Sangat tidak setuju

Skala 2 : Tidak setuju

Skala 3 : Setuju

Skala 4 : Sangat setuju


Bagi pembolehubah amalan kepemimpinan giru yang mengandungi dimensi
berinisiatif, memberi motivasi dan menyumbang kepada Organisasi Pembelajaran,
responden boleh nembuat empat pilihan mengikut Skala Likert seperti berikut;.

kala 1 : Sangat tidak setuju

Skala 2 : Tidak setuju

Skala 3 : Setuju

Skala 4 : Sangat setuju

Soal selidik untuk murid mengandungi 39 item yang dibahagikan kepada 17


subkomponen. Subkomponen ini digabungkan menjadi 6 komponen utama iaitu
komponen pentaksiran dan penilaian, perbezaan dan inklusif, kejelasan pengajaran,
kemahiran pengajaran, iklim bilik darjah dan pengurusan bilik darjah. Borang soal
selidik dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:

Bahagian 1. Untuk instrumen murid, maklumat demografi yang diperlukan ialah


jantina, keturunan dan adakah mereka seronok atau tidak bersekolah di sekolah'
kaj*n.

Bahagian 2. Mengandungi 6 komponen utama dan subkomponen di bawahnya ada


17 subkomponen. Subkomponen yang disenaraikan iala maklumbalas yang jelas,
teliti dan konstruktif, penilaian sejajar dengan matlamat dan objektif pengajaran.
susana fpimbelsajaran bagi melibatkan semua pelajar, mengambil kira keterbezaan
pelajar, mempamerkan kemahiran komunikasi yang baik, memberikan penerangan
matlamat dengan jelas, pengajaran dirancang dengan baikk, keupayann menarik
minat pelajar terhadap pengajaran, teknik dan keemahiran menyoal dan
penggunaaan pelbagai kaedah dan strategi pengiaaran dan pmbelajarar

Seterusnya subkompone. i ' ytng fiir^llih ialah semua pelajar dihargai, inisiatif guru
terhadap interaksi dan penglibatan aktif, interaksi dengan semua pelajar, harapan
tinggi guru dinyatakan, memaksimumkan waktu pembelajaran, kejelasan pertuturan
dan keberkesanan pengurusan salah laku pelajar. Berikut adalah jadual komponen
dan subkomponen instrumentasi untuk pelajar disertakan dengan nombor itemnya.
la boleh dirujuk pada Jadual 3.5.

Skala yang digunakan bagi 35 item bagi pembolehubah pengajaran guru yang
mengandungi dimensi pentaksiran dan penilaian, perbezaan dan inklusif, kejelasan
pengajaran, kemahiran pengajaran, iklim bilik darjah dan mengurusan bilik darjah
diberikan nilai 1 hingga 4 berdasarkan Skala Likert seperti di bawah:

Skala 1 : Sangat tidak setuju

Skala 2 : Tidak setuju

Skala 3 : Setuju

Skala 4 : Sangat seiuju

You might also like