You are on page 1of 9

3.

0 METODOLOGI KAJIAN
3.1 PENGENALAN
Bab ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama membincangkan
pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam kajian. Proses penyelidikan dihuraikan dengan
sepenuhnya dalam setiap peringkat bermula dengan tinjauan awal hingga peringkat
menganalisis data. Sehubungan itu, instrumen kajian turut dibincangkan secara terperinci
berkenaan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat. Di dalam kajian ini data
primer diperolehi dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Manakala
terdapat sebahagian data sekunder diperolehi menerusi ulasan kepustakaan. Perbincangan
dalam bahagian dua berkaitan pemilihan kawasan kajian yang merangkumi justifikasi
pemilihan kawasan kajian, latar belakang dan populasi komuniti di kawasan kajian.
3.2 PROSES KAJIAN
Proses kajian ini merangkumi empat fasa yang menggambarkan aliran kajian. Fasa
yang pertama merujuk kepada kajian awal dan ulasan kepustakaan. Fasa kedua merujuk
kepada pengumpulan data dan maklumat. Fasa ketiga merujuk kepada analisis data.
Manakala fasa keempat merujuk kepada penyediaan laporan akhir. Rajah 3.1 menunjukan
carta aliran kajian ini.

Kajian Awal
i) Ulasan Kepustakaan
ii) Mengenalpasti Masalah dan Isu

Fasa I

iii) Pembentukan Persoalan Kajian dan Objektif


iv) Pembentukan Kerangka Konseptual dan Skop Kajian

Pengumpulan Data

Data Primer

Data Sekunder

i) Temu Bual

i) Rujukan ilmiah (Buku, laporan,


jurnal dan artikel)

ii) Soal Selidik


iii) Pemerhatian

Fasa II

ii) Laman Sesawang


iii) Organisasi berkaitan

Analisis Data/Hasil Dapatan Kajian

Fasa
III

Laporan Hasil Kajian

Fasa
IV

Rajah 3.1: Carta Aliran untuk Proses Kajian

3.2.1 KAJIAN AWAL DAN ULASAN KEPUSTAKAAN


Pada fasa ini, penyelidikan memfokuskan kepada pengumpulan bahan-bahan bacaan
berkaitan dengan kajian. Tema penyelidikan ditentukan berdasarkan isu yang menjadi
menjadi persoalan kajian. Kajian teorikal dilakukan untuk pemahaman konsep berkaitan
pengurusan sisa pepejal yang lestari sebagai bahan bacaan awal sebelum memahami konsep
sistem kitar semula satu aliran dan pelbagai aliran. Kajian empirikal dilakukan sebagai
rujukan kepada penyelidik untuk mengukuhkan lagi kefahaman dan mengetahui
perkembangan terkini berkaitan tema kajian. Selepas itu, isu-isu yang berkaitan pengurusan
sisa pepejal dan sistem kitar semula dikumpul dan dikaji berdasarkan pelbagai peringkat iaitu
global, wilayah dan tempatan. Selain itu, analisis situasi diguna untuk mengenal pasti
permasalahan di kawasan kajian. Persoalan kajian dibentuk berdasarkan isu dan
permasalahan kajian yang telah dikenal pasti. Kemudian berberapa objektif kajian dibentuk
berdasarkan persoalan kajian yang dirangka. Kerangka konseptual dirangka berdasarkan tema
penyelidikan untuk menggambarkan secara ringkas konsep keseluruhan kajian.
3.2.2 PENGUMPULAN DATA
Prinsip utama pengumpulan data dan maklumat adalah untuk mencapai objektif kajian
(Mohd Majid, 1990). Penyelidikan menggunakan pendekatan kuantitatif dan pendekatan
kualitatif untuk memperolehi data dalam kajian ini. Menurut Robinson (1998), gabungan data
kuantitaif dan kualitatif dapat memberi data yang lebih baik. Data yang diperoleh dalan
kajian ini terbahagi kepada dua iaitu data primer dan data sekunder.
I) DATA PRIMER
Menurut Syed Arabi Idid (1992), data primer merupakan data asal yang diperolehi
penyelidik semasa menjalankan kajian dan data tersebut tidak pernah diperolehi daripada
mana-mana kajian sebelum ini. Dalam konteks kajian ini, data primer diperolehi menerusi

pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Data kualitatif tidak dinyatakan dalam sifat perangkaan,
manakala data kuantitatif dinyatakan dalam bentuk perangkaan. Butir penyataan yang
diperoleh dari pendekatan kualitatif adalah berdasarkan tindak balas komuniti terhadap
pelaksanaan sistem kitar semula satu aliran. Di samping itu, butiran maklumat yang
diperolehi daripada pendekatan kuantitif adalah lebih spesifik berkaitan penglibatan komuniti
terhadap sistem kitar semula satu aliran yang dilaksanakan.
Data kuantitatif diperolehi melalui pengedaran borang kajian soal selidik. Menurut
Hopkins (2008), kajian kuantitatif bertujuan mengukur hubungan antara pemboleh ubah.
Tindak balas dan penglibatan komuniti dinilai dengan pengedaran borang kajian soal selidik
kepada responden. kualitatif diperolehi melalui pemerhatian turut serta. Pengkaji memilih
untuk berperanan sebagai total-researcher semasa penyelidikan (Robinson, 1998). Menurut
Syed Arabi Idid (1992), kaedah pemerhatian turut serta dianggap satu kajian penerokaan.
Dalam pemerhatian, pengkaji mengumpul data dan maklumat menerusi pemerhatian tingkah
laku komuniti yang dikaji tanpa mempengaruhi situasi dan kelakuan biasa komuniti tersebut
(Suriati dan Colonius, 2008).
II) DATA SEKUNDER
Pengumpulan data sekunder diperolehi daripada buku-buku ilmiah, terbitan jurnal,
kertas seminar dan persidangan, laman sesawang, keratan akhbar, dan risalah-risalah
berkaitan. Penyelidik membuat bacaan daripada bahan-bahan sekunder untuk memantapkan
lagi maklumat dan pemahaman konsep. Kaedah analisis kandungan dilakukan dengan
menyimpan dan merekod segala maklumat yang diperolehi di dalam fail untuk memudahkan
penyelidik merujuk semula data. Merujuk Mohd Majid Konting (1990), kaedah analisis
kandungan dapat mengklasifikasi dokumen atau data berdasarkan tema atau isu yang telah

dikenal pasti berkaitan dengan kajian. Maklumat atau data daripada sumber sekunder ini amat
penting untuk menyokong dan menguatkan hujah-hujah semasa proses menganalisis data.
3.2.3 ANALISIS DATA
Analisis data dilakukan untuk menjawab persoalan kajian dan seterusnya mencapai
ketiga-tiga objektif yang telah dibentuk. Terdapat dua jenis data iaitu data kuantitatif dan data
kualitatif. Oleh itu, setiap data dianalisis dengan menggunakan kaedah yang berbeza
mengikut kesesuian.
I) ANALISIS DATA KUANTITATIF
Dalam kajian ini, data kuantitatif diperolehi dari soal selidik. Pendekatan statistik
digunakan untuk menganalisis data kuantitatif ialah statistik deskriptif.
A) STATISTIK DESKRIPTIF
Statistik deskriptif atau dikenali sebagai statistik perihalan digunakan untuk
meringkaskan data kuantitatif agar mudah difahami (Mohd Majid, 1990). Menurut Mohd
Majid (1990), langkah pertama dalam dalam statistik deskriptif adalah mengenal pasti
pemboleh ubah yang dikaji. Dalam kajian ini berberapa pemboleh ubah telah dikenalpasti
iaitu jantina, umur, bangsa, taraf pendidikan, dan status perkahwinan. Dalam kajian ini, data
kuantitatif diperolehi daripada borang kajian soal selidik. Teknik statistik dalam bentuk
frekuensi digunakan untuk melihat profil demografi responden.
II) ANALISIS DATA KUALITATIF
Data kualitatif yang diperolehi dianalisis menggunakan cara interpretatif dan refleksi.
Menurut Robinson (1998), kaedah interpretatif memerlukan pertimbangan makna dan tafsiran
di sebalik permerhatian yang telah dibuat. Untuk kajian ini, pengkaji mempertimbangkan

pelbagai tafsiran disebalik pemerhatian terhadap tingkah laku komuniti semasa penglibatan
mereka terhadap pelaksanaan pengasingan sia pepejal. Selain itu, kaedah refleksi digunakan
selepas data diperolehi daripada pemerhatian untuk menghasilkan generalisasi dan
interpretasi data (Suriati dan Colonius, 2008). Disamping itu, maklumat yang diperolehi dari
pemerhatian akan dicatat ke dalam buku nota lapangan kerana maklumat ini penting dan akan
digunakan dalam analisis kandungan. Pendekatan analisis kandungan ini telah banyak
digunakan oleh pengkaji untuk menganalisis data kualitatif (Syarilla, 2011; Merriem, 1998).
Menurut Suriati Ghazali dan Colonius Atang (2008), analisis kandungan adalah proses
pengkategorian dan pengelasan maklumat dan data mengikut tema yang telah dikenal pasti
untuk menjawab obejktif kajian.
3.3 KAEDAH PERSAMPELAN
Persampelan merupakan strategi penyelidikan yang digunakan oleh pengkaji untuk
mendapatkan maklumat mengenai sebuah populasi daripada sebahagian individu yang terdiri
daripada populasi tersebut. Perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam kaedah
persampelan ini adalah responden yang dipilih benar-benar mewakili populasi keseluruhan
kawasan kajian (Mohd Majid, 1990). Merujuk kajian ini, persampelan dibuat untuk memilih
responden dengan pengedaran borang kajian soal selidik. Kepelbagaian komuniti yang
terdapat di kawasan kajian seperti komuniti pekerja dan komuniti pelajar menyebabkan
kaedah pemilihan responden dibuat mengikut kesesuaian.
3.3.1 PERSAMPELAN RAWAK MUDAH
Persampelan ini adalah satu kaedah asas untuk memilih sampel daripada populasi.
Persampelan ini menjadi dasar kepada reka bentuk kepada kaedah persampelan yang lain.
Kaedah ini memberikan peluang kepada semua populasi untuk menjadi sampel dalam sesuatu
kajian.

Rajah 3.2: Kaedah Persampelan Rawak Mudah.


3.4 INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian membincangkan kaedah yang digunakan semasa menjalankan kajian
secara terperinci. Untuk kajian ini, kaedah soal selidik merupakan instrumen yang digunakan
untuk mendapatkan data dan maklumat yang dikehendaki untuk menjawab objektif kajian.
A) SOAL SELIDIK
Borang kajian soal selidik diedarkan kepada responden yang dipilih untuk
mendapatkan data dan maklumat daripada responden. Dalam kajian ini, borang kajian soal
selidik telah dibahagikan kepada enam bahagian utama (Rujuk Lampiran 1) iaitu:
1) Bahagian A: soalan berkaitan latar belakang responden seperti jantina, umur,
bangsa, taraf pendidikan, status perkahwinan, jenis perkerjaan, dan pusat pengajian.
2) Bahagian B: merujuk kepada soalan berkaitan kesedaran responden terhadap
penjagaan alam sekitar.

3) Bahagian C: merujuk kepada soalan berkaitan kesedaran responden terhadap


amalan pengasingan sisa pepejal.
4) Bahagian D: merujuk kepada pengetahuan responden berkenaan pengurusan sisa
pepejal.
5) Bahagian E: merujuk kepada tindak balas responden terhadap pelaksanaan
pengasingan sisa pepejal.
Semua data dan maklumat yang diperolehi dari soal selidik ini merupakan salah satu
data primer yang penting untuk kajian. Bahagian A soal selidik menggunakan soalan tertutup,
soalan terbuka dan gabungan soalan tertutup dan terbuka. Soalan tertutup digunakan untuk
memudahkan responden untuk memberi jawapan yang lebih lengkap dan lebih piawai supaya
jawapan yang diberikan dapat dibandingkan antara satu sama lain (Mohd Majid, 1990; Syed
Arabi, 1992). Menurut Syed Arabi Idid (1992), responden perlu menjawab secara memilih
jawapan-jawapan yang telah disediakan oleh pengkaji untuk soalan tertutup. Responden tidak
dibenarkan memberi jawapan yang lain. Selain itu, satu soalan terbuka digunakan berkaitan
umur responden. Soalan terbuka ini lebih memberi peluang kepada responden untuk
memberikan jawapan yang lebih tepat (Canedo, 1980; Bailey, 1984). Manakala gabungan
soalan tertutup dan terbuka digunakan untuk memberi peluang kepada responden membuat
penambahan jawapan yang lain daripada jawapan yang diberikan (Syed Arabi, 1992).
Selain itu, soalan berbentuk skala likert sesuai digunakan untuk mengukur sikap,
tahap kesedaran, dan penglibatan responden (Mohd Majid, 1990). Penggunaan skala likert
telah dicadangkan untuk meneliti tindak balas individu terhadap sesuatu aktiviti dengan
menggunakan senarai kenyataan berbentuk positif dan negatif (Ary et al., 1985). Untuk
kajian ini, soalan likert digunakan di dalam Bahagian B, Bahagian C, Bahagian D, dan
Bahagian E, untuk melihat tahap kesedaran responden terhadap penjagaan alam sekitar, tahap

kesedaran responden terhadap amalan pengasingan sisa pepejal, tahap pengetahuan


responden terhadap amalan pengasingan sisa pepjal, dan tindak balas responden terhadap
amalan pengasingan sisa pepejal.
Satu set soalan berkaitan gerak balas responden terhadap amalan pengasingan sisa
pepejal diberikan di dalam bentuk skala ordinal. Oleh itu, responden akan menentukan sama
ada Tidak Diamalkan (1), Jarang Diamalkan (2), Kadang-kala Diamalkan (3), Kerap
Diamalkan (4), dan Paling Kerap Diamalkan (5) terhadap kenyataan yang terdapat di dalam
soal selidik (Rujuk Lampiran 1). Selain itu, responden menentukan persetujuan sama ada
Sangat Tidak Setuju (1), Tidak Setuju (2), Setuju (3), dan Sangat Setuju (4) terhadap
kenyataan yang dibentuk untuk mengetahui tahap kesedaran responden terhadap penjagaan
alam sekitar, pengetahuan responden berkaitan amalan pengasingan sisa pepejal, dan tahap
penerimaan responden terhadap amalan pengasingan sisa pepejal. Markat individu untuk
tindak balas terhadap setiap kenyataan ditentukan dengan penambahan nilai-nilai yang
diperolehi daripada responden (Mohd Majid, 1990).

You might also like