You are on page 1of 6

MELAYU

PENDAHULUAN
Kewujudan manusia boleh dibuktikan berdasarkan beberapa teori. Antara teori yang
popular dalam membuktikan asal usul manusia adalah Teori Evolusi Charles Darwin. Bagi
manusia yang beragama Islam, teori ini harus ditolak. Manusia yang pertama diciptakan
adalah Nabi Adam AS dan Hawa.
Teori evolusi dalam Sains Moden digambarkan sebagai teori yang menyatakan
bahawa manusia berasal daripada binatang ,khususnya dari binatang yang berupa mawas
manusia. Darwin dalam bukunya bertajuk "The Origin Of species"(Asal-Usul Jenis-Jenis
Haiwan ). Beliau mengutarakan satu teori bahawa semua makhluk yang hidup telah wujud
hasil daripada proses evolusi daripada satu atau beberapa nenek moyang. Teori beliau
menumpukan perhatian kepada bagaimana bentuk haiwan yang simpel berevolusi untuk
menjadi bentuk yang kompleks.
Bagi umat Islam, Nabi Adam A.S. merupakan nabi dan juga manusia pertama yang
bergelar khalifah Allah yang dimuliakan dan ditinggikan darjatnya menjadi nabi yang
pertama. Baginda diutuskan kepada anak cucunya agar menyembah Allah, Tuhan Yang Maha
Esa. Maka di antara mereka ada yang taat dan ada pula yang enggan. Nabi Adam A.S. pada
mulanya ditempatkan di syurga tetapi telah diturunkan ke bumi bersama isterinya, Hawa
kerana mengingkari perintah Allah.
Terdapat beberapa teori yang mengemukakan asal-usul Melayu di Nusantara. Asal
usul bangsa Melayu sukar ditentukan. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul
bangsa Melayu iaitu Bangsa Melayu berasal daripada Yunnan (Teori Yunnan) dan Bangsa
Melayu berasal daripada Nusantara (Teori Nusantara).

PENGERTIAN MELAYU
Bangsa Melayu merupakan bangsa termuda di antara bangsa-bangsa lain di dunia.
Asal usul perkataan Melayu wujud daripada beberapa sumber. Antaranya ialah:

Catatan dalam tulisan Cina (Tiongkok) dianggarkan ditulis sekitar tahun 644 Masihi
yang menyatakan bahawa ada utusan yang mempersembahkan hasil bumi kepada
pemerintah Tiongkok yang datangnya dari kerajaan Mo-lo-yeu. Nama bagi kerajaan
Mo-lo-yeu itu berasal dari nama sebuah sungai yang terletak di sekitar kawasan

tersebut, iaitu sungai Melayu.


Kerajaan Mo-lo-yeu ini dipercayai di daerah Jambi. I-Tsing seorang rahib Buddha
mencatatkan penggunaan kata Ma-lo-yu merujuk dua buah kerajaan yang dilawatinya
sekitar 675 tahun Masihi (Darwis Harahap,1992:13 ). Mereka menggunakan bahasa
tempatan, iaitu bahasa Melayu yang disebut oleh I-Tsing sebagai Kw'un Lun di

Sriwijaya sebagai bahasa perdagangan dan pemerintahan pada abad ke tujuh.


Mengikut Zuber Usman, perkataan Melayu berasal daripada perkataan Himalaya
yang telah disingkatkan kepada Malaya, dan kemudian menjadi Melayu. Perkataan
Himalaya berasal daripada perkataan Hima dan alaya. Hima bererti salji atau
salju, sedangkan alaya bererti tempat. Dengan itu himalaya bermaksud tempat sejuk,

seperti di puncak gunung yang tinggi.


Mengikut Slametmuljana, kata Melayu sebenarnya berasal daripada perkataan
Sanskrit. Perkataan tersebut berkembang di dua tempat yang berbeza. Di seberang
Utara Selat Melaka, perkataan tersebut mengekalkan sebutan aslinya, iaitu Malaya
manakala di seberang sebelah Selatan mengalami perubahan bunyi kepada Melayu.

Istilah Melayu boleh digunakan dalam pengertian yang luas dan juga sempit. Dalam
pengertian yang luas, istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang

terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan yang secara tradisional disebut sebagai
gugusan pulau-pulau Melayu. Kamus Dewan (2006: 1014) mendefinisikan Melayu merujuk
kepada nama suatu bangsa dan bahasa terutama di Semenanjung Malaysia.
Kajian UNESCO(1972) mencatatkan;

bangsa Melayu merupakan satu keluarga bangsa yang mempunyai satu keluarga

bahasa yang sama


bentuk fizikal tubuh badan yang hampir sama, berkulit sawo matang, rambut lurus,
mempunyai ketinggian sederhana penduduk asli di satu kawasan yang sangat besar,
iaitu dari Madagaskar di pantai timur benua Afrika di barat hingga ke Pulau Paskah
(Easter Islands) di Lautan Pasifik berhampiran dengan Republik Chile di timur,
kemudian dari kepulauan Hawaii dan Taiwan di utara hingga ke Pulau New Zealand
di selatan.
Di Malaysia orang Melayu itu mestilah beragama Islam dan mengamalkan adat

istiadat Melayu. Hal ini dinyatakan dengan tegas dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu dalam perkara 160(2) yang menakrifkan:

orang Melayu sebagai seorang yang beragama Islam


bertutur bahasa Melayu
mengamalkan adat istiadat Melayu

TEORI YUNAN

Ramai sarjana Barat dan sarjana tempatan yang mempercayai bangsa Melayu berasal
dari luar kepulauan Melayu, iaitu Yunan yang terletak di Tanah Besar Asia. Teori ini lebih
popular dan kadang kala dinamai Teori Affinities Gendang Dongsong yang dikemukakan
oleh H. Kern dan R.H Geldern. Berdasarkan teori ini, dikatakan orang Melayu datang ke
Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan
orang Melayu Negrito, Melayu Proto dan diikuti Melayu Deutro.
Penghijrahan dari Yunan ke selatan dikatakan berlaku kira-kira 2500 tahun SM.
Perpindahan Melayu Proto yang menjadi nenek moyang Orang Asli dan Melayu Deutro kirakira 1500 tahun SM yang menjadi nenek moyang orang Melayu.
Sebelum perpindahan orang Melayu, di Kepulauan Melayu (Nusantara) ini
sebenarnya telah ada penghuninya yang kemudian dinamai sebagai penduduk asli. Ahli
sejarah mengandaikan orang Melayu Negrito telah ada sejak 8000 tahun SM di Tanah
Semenanjung. Di Kedah sebagai contoh, pada 5000 tahun SM, iaitu pada Zaman Paleolit dan
Mesolit, telah didiami oleh orang Austronesia yang menjadi induk orang Negrito, Sakai, dan
Semai. Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu berdasarkan
data arkeologi yang ditemui di Gua Cha, Kelantan.
Robert Von Heine Geldern (Sarjana Austria) seorang ahli prasejarah yang
membuat kajian ke atas kapak-kapak tuan (beliung batu) di sekitar hulu Sungai Brahmaputra,
Sungai Irrawady, Sungai Salween, Sungai Yangtze dan Sungai Hwang telah dibawa oleh
orang-orang Asia Tengah ke pulauan Melayu ini. Beliau juga berpendapat bahawa orangorang zaman neolitik (orang darat Mon-Khmer) yang membawa kebudayaan beliung segi
panjang itu adalah pengembang bahasa Kepulauan Melayu (Ismail Hussein, 1984:2). Teori
ini lemah dan ditolak kerana kapak-kapak ini telah dijumpai di Amerika dan Eropah pada
zaman yang sama.

Asmah Hj Omar(1988) turut menyokong teori ini. Namun begitu, proses migrasi atau
perpindahan mereka tidaklah sekali gus dan juga tidak melalui satu jalan. Ada yang melalui
jalan darat (tanah Semenanjung), ada yang melalui jalan laut barat melalui Lautan Hindi dan
ada yang melalui arah timur, iaitu melalui Laut China Selatan.
Ismail Hussein (1966) dalam bukunya Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita
bersetuju bahawa bangsa Melayu berasal dari golongan Austronesia di Yunan yang
kemudiannya bergerak dalm dua puak yang besar, iaitu Melayu Proto (2500 SM) dan Melayu
Deutro (1500 SM). Faktor perhubungan dan geografi telah menyebabkan bahasa yang
asalnya satu berkembang di dalam lingkungan yang tersendiri. Bahasa awal inilah yang
dinamakan bahasa Melayu Proto atau Melayu Kuno.
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj Musa dan Abd Hamid Mahmood
(Sarjana Malaysia) dalam buku Tatabahasa Dewan edisi baharu (1997) menyokong teori
bahawa penutur-penutur bahasa Melayu datang dari daerah Yunan dan telah turun dalam
beberapa gelombang pergerakan manusia. Mula mendiami wilayah Asia Tenggara di antara
tahun 2500 S.M. hingga tahun 1500 S.M. Masyarakat Austronesia ini tersebar luas di seluruh
kepulauan Melayu dan lautan Pasifik.

RUMUSAN

RUJUKAN
Ahmad Jelani Halimi (2008). Sejarah dan tamadun bangsa Melayu. Utusan Publications,
Kuala Lumpur, Malaysia.

Collins, James T. (2000). Migrasi dan Ras Melayu : teori dan asal usul.

Slametmuljana (1975). Asal bangsa dan bahasa Nusantara. Jakarta: Balai Pustaka.

You might also like