You are on page 1of 13

KESUSASTERAAN MELAYU

SASTERA LISAN BUKAN


NARATIF
MOHAMAD AZIZUL BIN SAMAD

RANGKA PEMBENTANGAN
PENGENALAN
FUNGSI
JENIS SASTERA LISAN

PENGENALAN
Perkataan sastera berasal daripada bahasa
sanskrit sastra.
Kata dasar sas-bermaksud mengarahkan,
mengajar atau memberikan petunjuk.
tra merujuk kepada alat.
Sastra bererti alat untuk mengajar.
Awalan su- pula bererti baik atau indah.

PENGENALAN
Hashim Awang (1987)
ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin
dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan yang ditulis dikenali
sebagai sastera tulisan. Disamping itu, sastera pula memiliki
keindahan dalam aspek-aspek isi atau daya pengucapannya

Ali Ahmad (1994)


Sastera berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu castra yang
disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera memberi erti
seni sastera atau seni bahasa, dan secara umumnya
dimaksudkan persuratan. Tambahan ke di awal dan an di akhir
kata susastera menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu
kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah

FUNGSI SASTERA LISAN


Alat Mengajar dan Mendidik.
Alat Perhubungan atau
Komunikasi.
Alat Mengkritik.
Adat, Peraturan dan Pantang larang.

JENIS SASTERA LISAN


Sastera lisan terbahagi kepada dua jenis iaitu
naratif dan bukan naratif.
Sastera lisan naratif merujuk kepada sastera
rakyat yang menghuraikan suatu peristiwa.
Contohnya seperti mitos, lagenda dan cerita
rakyat.
Sastera lisan bukan naratif pula tidak sebaliknya.
Tiada peristiwa dalam penyampaiannya.
Contohnya peribahasa, teka-teki, syair, pantun,
gurindam, mantera, zikir, dan lain-lain.

SASTERA LISAN BUKAN NARATIF


A) PANTUN
Kamus Dewan mendefinisikannya sebagai puisi lama yang
terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap.

Pantun biasa digunakan oleh masyarakat Melayu dalam


upacara pelbagai seperti upacara peminangan dan majlis-majlis
keramaian.

Pantun terdapat dalam beberapa jenis iaitu pantun dua kerat,


empat kerat, enam kerat dan lapan kerat.

Setiap pantun mempunyai pembayang maksud dan maksud


pantun. Ia terbahagi kepada dua bahagian.

Ritma pantun biasanya a-b-a-b

Fungsinya sebagai alat untuk menghibur, memberi


nasihat dan sebagai medium meluahkan perasaan.

Pantun terdapat dalam beberapa jenis iaitu pantun


(nyanyian) kanak-kanak, pantun nasihat, pantun tekateki, pantun jenaka, pantun berkasih, pantun orang
kecewa, dan pantun berlawan.

Pantun-pantun seperti Pulau Pandan, Sorong Papan, dan


Pisang Emas merupakan antara beberapa pantun yang
menarik dan mempunyai susunan kata indah.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

B) SYAIR

Syair berasal dari negara Arab.

Menurut Zaba, syair adalah dari perkataan Arab Syir


yang bermaksud perasaan dan pengenalan dengan jalan
pancaindera.

Karangan syair akan membangkitkan berbagai-bagai


perasaan dan pengalaman yang terasa menerusi gambaran
yang indah.

Terdapat beberapa jenis syair iaitu syair romantik seperti


Syair Abdul Muluk, syair Sejarah seperti Syair Perang
Makasar, syair yang berunsur kiasan atau sindiran seperti
Syair Burung Pungguk dan syair yang bercorak keagamaan
seperti Syair Bayan Budiman.

Bentuk syair adalah lebih panjang daripada pantun.

Rangkap-rangkap yang ada pada syair adalah berkesinambungan.

Syair berfungsi sebagai cerita ataupun hikayat yang digubahkan


dalam bentuk rangkap-rangkap tertentu dengan mempunyai rima
a,a,a,a semuanya.

Syair Sultan Abdul Muluk


Setelah petang sudahlah hari
Mempelai diarak orang kembali
Langsung sekali ke balairung seri
Disambut raja-raja kanan dan kiri
Sampai kembali muda teruna
Diiringkan mansur wazir perdana
Disambut sultan dengan sempurna
Dibawanya masuk ke dalam istana.

C) NAZAM ATAU DIKIR

Nazam berasal dari istilah Arab nazm yang bererti


satu susunan puisi.

Nazam biasanya dibacakan di majlis-majlis


berbentuk keagamaan dengan tujuan berdakwah
dan menyampaikan pengajaran agama.

Nazam merupakan puisi yang mempunyai dua baris


serangkap dan setiap baris pula mengandungi lima
hingga enam perkataan dengan 10-12 suku kata.

Nazam biasanya digunakan untuk menyampaikan


ajaran mengenai agama Islam, berkenaan dengan
Nabi Muhammad, pelajaran feqah dan sebagainya.

Dikir adalah dari perkataan Bahasa Arab zikir.

Ia sejenis ucapan pujian kepada Rasul.

Di dalamnya terdapat unsur agama dan pengajaran


tentang Nabi Muhammad.

Dikir adalah berbeza dengan nazam melalui


genrenya.

Nazam lebih kepada genre tulisan manakala dikir


pula lebih dekat dengan genre lisan.

Antara karya nazam yang terkenal ialah Kanz


Ula, Jawahir al-Saniyyah dan banyak lagi.

al-

D) SELOKA
Seloka

berasal daripada kata Sanskrit yang bermaksud karangan bersajak yang


menyindir atau mengejek atau percakapan untuk bergurau senda.

Sindiran

yang terdapat dalam seloka terbahagi kepada tiga jenis iaitu satira
secara terus-terang (direct satire) atau seloka mengejek, satira secara
tidak terus (indirect satire), disebut sebagai seloka menyindir dan satira
secara bergurau senda yang disebut sebagai seloka mengusik.

Seloka

kadang-kala menjadi medan sebagai kritikan sosial sepertimana yang


dapat di dalam seloka Pak Kaduk
Adohai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuhkan
Nyaris mati tidak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk

You might also like