You are on page 1of 18

1.

Menghuraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu

Pengenalan

Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat
dalam kalangan masyarakat Melayu. Ianya adalah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan
melalaui bahasa. Sastera juga dapat dikatakan sebagai seni bahasa. Ini kerana sastera ialah
ungkapan spontan daripada perasaan yang mendalam malah sastera juga merupakan ekspresi
fikiran melalui medium bahasa.

KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU


Menurut pandangan Sarjana Ismail Hussein (1998:23) kesusasteraan merangkumi
semua aspek yang menggunakan kata-kata atau bahasa yang bersifat kreatif. Manakala M.K
Danziger & W.S Jahnson (1983:2) berpendapat seni yang menggunakan kata-kata sama ada
lisan atau tulisan dan Abu Bakar Hamid (1997:13) kesusasteraan merupakan seni yang
bercorak intlektual. Gabungan kepuasan intelek dan kepuasan estetik.

Kesusasteraan ialah manifestasi daripada gerak jiwa manusia yang wujud dalam
pernyataan bahasa. Pada hakikatnya kesusasteraan atau seni sastera itu ialah bingkisan kata
yang dipersembahkan oleh sasterawan sebagai hadiah kepada masyarakat. (Sabaruddin
Ahmad, Punca Sastera Indonesia, 1963, hal.11) Kesusasteraan adalah cermin jiwa getar
sukma pengarang. Kesusasteraan harus tumbuh di tengah-tengah rakyat oleh rakyat untuk
rakyat yang menggambarkan suka duka, harap cipta dan kerja cipta rakyat. (B. Simorangkir-
Simanjuntak, Kesusasteraan Indonesia, 1971, hal. 8) Kesusasteraan ialah ciptaan seni yang
disampaikan melalui bahasa. Kesusasteraan terbentuk dari akar kata susastera (bahasa
Sanskrit) + ke – an (kesusasteraan). Su (indah, baik, lebih bermakna.) Sastera (huruf atau
buku) Susastera + ke – an (kesusasteraan): Kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan
baik isinya. (Prof. Dr. Hasyim Awang, Artikel Akademik, hal. 2)

Kesusasteraan Melayu dalam konteks pendidikan ialah karya asal yang tertulis dalam
bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk novel, cerpen,
drama, sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional bagi mengimbangi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani di samping memaparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat.

1
Sastera ialah karya seni kreatif hasil ciptaan manusia menggunakan bahasa yang indah,
halus dan menarik serta memberi kesan kepada pembaca/penonton. Ia merupakan hasil
pemikiran seni yang berkualiti yang diterjemahkan sama ada dalam bentuk lisan, penulisan,
prosa, puisi, naratif dan bukan naratif. Karya sastera berbeza dengan hasil-hasil penulisan
akademik atau bukan akademik lain kerana tidak mempunyai variasi bahasa serta kesan
langsung dan tidak langsung kepada pembaca/penonton.

Konsep Kesusasteraan Melayu

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz dalam Bahasa Melayu 1 Kesusasteraan Melayu

KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU


merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat
Melayu. Dalam masyarakat Melayu tradisional, sastera bersatu dan berintegrasi dalam
kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, seorang ibu yang menidurkan bayinya secara
sengaja atau tidak, akan menyanyikan balada-balada yang berirama dan merdu. Seorang
dukun yang membacakan mantera untuk menyembukan orang sakit secara sedar atau
tidak,akan melagukan puisi yang indah dan berirama. Dalam upacara perkahwinan pula,
ketika wakil keluarga pengantin perempuan berbicara dengan wakil keluarga pengantin
lelaki, hadirin sebenarnya menyaksikan satu adegan dramatik dengan bahasa yang menarik
dan indah. Ketika seorang pengambil dan pembuat gula enau hendak melakukan
pekerjaannya di atas pokok enau, dia membaca mantera-mantera dan secara tidak langsung
dia sebenarnya sedang berdeklamasi.

Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa.
Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang
bermaksud huruf atau buku indah. Sastera dari segi makna umum bermaksud bahasa (bukan
bahasa basahan) yang digunakan dalam kitab-kitab. Kesusasteraan pula, menurut makna
kamus ialah hasi seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-
ciri keistemewaan tertentu. Seni kesusasteraan pula ialah seni karang-mengarang bahan-
bahan sastera yang berbentuk puisi dan prosa.

Kesusasteraan dalam bahasa Melayu sama pengertiannya dengan literature dalam


Bahasa Inggeris. Perkataan literature berasal daripada perkataan litera yang bermaksud huruf
atau abjad. Dalam bentuk asalnya, perkataan literature digunakan untuk tatabahasa dan puisi.

2
Istilah kesusasteraan yang digunakan dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa sanskrit,
iaitu sastra. Kata dasar sas-bermaksud mengarahkan, mengajar atau memberikan petunjuk,
manakala –tra merujuk kepada alat. Sastra bererti alat untuk mengajar. Awalan su- pula
bererti baik atau indah. Imbuhan ke- dan –an membawa maksud yang menyeluru, iaitu segala
yang tetulis, yang bernilai seni dan estetik serta dengan maksud memberikan panduan,
petunjuk dan pengajaran.

Ada yang mengatakan bahawa sastera ialah seni bahasa. Sastera ialah ungkapan
spontan daripada perasaan yang mendalam. Sastera ialah ekspresi fikiran melalui medium
bahasa. Maksud fikiran itu pula ialah idea-idea, pandangan, perasaan, pemikiran dan semua

KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU


kegiatan mental manusia. Sastera ialah inspirasi kehidupan manusia yang diserlakan dalam
sebuah karya tulisan yang indah. Sastera juga ialah semua karya yang memuatkan perasaan
kemanusiaan yang mendalam dan kebenaran moral dengan sentuhan keikhlasan, keterbukaan
dan keluasan pandangan yang dinukilkan dalam bentuk yang mempersonakan.

Daripada pengertian diatas, dapatlah difahami bahawa dalam sastera terkandung


beberapa unsur yang saling berhubungan. Unsur-unsur tersebut dihuraikan seperti berikut:
a) Isi Kandungan sastera yang berupa fikiran, perasaan, pengalaman, idea,
semangat, keyakinan, kepercayaan dan lain-lain.

b) Eksperesi dan ungkapan-ekspresi ialah keupayaan mengeluarkan sesuatu dari


dalam diri manusia. Jika seseorang itu memiliki pengalaman yang hebat,
fikiran yang cemerlang, perasaan yang mendalam dan keyakinan yang kuat,
tetapi selagi dia tidak mampu mengekspresikannya keluar dari dalam dirinya,
maka tentu tidak akan diterima dan di ketahui oleh orang lain.

c) Bentuk-unsur isi dan diri manusia tadi dapat dizahirkan dalam berbagai-bagai
bentuk. Jika tiada bentuk dan pola yang tertentu, tidak mungkin kedua-dua
perkara tadi dapat disampaikan kepada orang lain. Bentuk pengungkapan
sastera ada bermacam-macam ragam, misalnya ada ungkapan dalam bentuk
suara yang disertai bunyi-bunyian. Dalam bentuk kesenian tadi menjelma pula
bentuk seni sastera, seni tari, seni rupa, seni bina, seni muzik dan sebagainya.
Bentuk dalam seni itu pula menggunakan istilah sebagai bentuk yang indah,
mempersonakan, mengasyikkan, menyenangkan dan menarik.

3
d) Bahasa-medium pengungkapan bentuk sastera itu tadi ialah bahasa.Bahasa
ialah bahan utama untuk mewujudkan ungkapan peribadi dalam suatu bentuk
sastera yang indah.

Secara umumnya, sastera dapat dianggap sebagai ungkapan peribadi manusia yang
berupa pengalaman, pemikiran, perasaan, idea,semangat dan keyakinan dalam suatu bentuk
gambaran konkrit yang membangkitkan keperibadian melalui pengantar bahasa. Deskripsi ini
mencakupi semua bentuk sastera, sama ada yang bermutu atau tidak bermutu.

Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu

KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU


Sejarah dan perkembangan kesusteraan pada prinsipnya melihat karya sastera dari
sudut daya kreatif manusia. Membincangkan sejarah dan perkembangan kesusasteraan
Melayu, mengikut Ismail dalam kata pengantar buku Perkembangan Kesusasteraan Melayu
Lama, perkembangannya mengikut kronologi zaman bermula dari zaman sebelum mengenal
huruf dan diikuti zaman Hindu dan Islam. Manakala mengikut Safian Hussain dan rakan-
rakan (1981: 3), kesusasteraan Melayu Moden pula bermula dengan kedatangan penjajah
barat ke Alam Melayu.

Ini bererti, sejarah dan perkembangan kesusasteraan Melayu bermula dalam bentuk
sastera lisan diikuti dengan sastera yang bercorak tulisan pada zaman Islam. Meskipun
terlihat empat peringkat perkembangan kesusasteraan, pada realitinya mengikut sejarah
perkembangan kesusasteraan Melayu, ia hanya melibatkan tiga peringkat perkembangan
kerana sastera dari pengaruh Hindu hanya ditulis pada zaman selepas kedatangan Islam ke
Alam Melayu.

Sebelum masyarakat Melayu mengenali huruf, sastera berbentuk lisan telah


berkembang dengan meluas dalam masyarakat Melayu purba. Oleh itu dalam memperkatakan
tahap-tahap perkembangan sastera Melayu, maka sastera rakyat yang berbentuk lisan
merupakan sastera Melayu yang tertua dalam masyarakat Melayu.

Sastera rakyat terbahagi kepada dua bentuk iaitu berbentuk cerita dan yang bukan
berbentuk cerita. Tujuan utama penghasilan sastera lisan pada masa ini bertujuan bukan
sahaja sebagai media hiburan pada zaman tersebut, malah ia juga berperanan sebagai institusi
pendidikan secara informal. Ini bermaksud, bahawa dalam masyarakat Melayu lama, sastera

4
lisan menjadi media penting untuk memberi nasihat dan pengajaran baik kepada anggota
masyarakatnya. Disamping itu ia juga digunakan sebagai media kritikan dan sindiran kepada
golongan tertentu dalam masyarakat.

Bentuk dan Genre Kesusasteraan Melayu

KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU


Rajah 1:Genre
Genre sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan
sesuatu gaya bentu atau kandungan tertentu. Kesusasteraan Melayu dibahagikan kepada dua
bentuk iaitu bentuk prosa dan bentuk puisi. Kedua-dua bentuk ini pula dikategorikan
mengikut era atau zaman kemunculannya iaitu kategori klasik atau tradisional dan jenis
moden atau kotemporari. Rujuk Rajah 1. Seperti yang dinyatakan sebelumnya, bentuk prosa
dapat dikategorikan mengikut era atau zaman iaitu:
i. Prosa klasik dan prosa moden
ii. Puisi klasik dan puisi moden

Prosa Melayu Tradisional terbahagi kepada dua cabang utama iaitu :

5
i. Naratif
ii. Bukan Naratif
Prosa Tradisional berbentuk naratid terbahagi pula kepa dua jenis iaitu :
i. Naratif Lisan
ii. Naratif Tulisan
Naratif Lisan di dalam Kesusasteraan Melayu terbahagi kepada tiga genre iaitu :
Mitos
i. Legenda
ii. Cerita Rakyat

Cerita Rakyat pula terbahagi kepada sub genre iaitu :

KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU


i. Cerita Jenaka
ii. Cerita Binatang
iii. Cerita dongeng

Cerita dongeng ialah :


i. Lupur lara
ii. Cerita Teladan

Prosa Melayu Tradisional (Naratif dan Bukan Naratif)

Prosa boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk karangan yang panjang. Prosa tidak
terbatas kepada cerita (naratif) sahaja tetapi termasuk juga karya-karya yang bukan cerita
(bukan naratif/non-naratif). Oleh itu, karya-karya kesusasteraan Melayu yang panjang sama
ada lisan atau tulisan dikelompokkan sebagai prosa. Prosa Melayu tradisional berbentuk lisan
dikenali juga sebagai sastera rakyat. Prosa tradisional dalam kesusasteraan Melayu boleh
dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

Rajah 2: Prosa Melayu Tradisional

6
Prosa tradisional berbentuk naratif itu boleh dibahagikan pula kepada dua pecahan lagi iaitu
naratif lisan dan naratif tulisan. Naratif lisan pula boleh dipecahkan lagi kepada tiga genre
yang utama iaitu:

KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU


Rajah 3: Naratif Lisan

Sementara itu naratif tulisan terbahagi kepada lima genre iaitu:

7
KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU
Rajah 4: Naratif Tulisan

Prosa tradisional bukan naratif terdiri daripada empat genre iaitu :

Rajah 5: Prosa Tradisional Bukan Naratif

Sastera Lisan dan Sastera Tulisan

Kesusasteraan Melayu tradisional merupakan satu bidang kajian yang sangat luas dan
sentiasa berkembang dan melahirkan penemuan-penemuan baru yang pelbagai sifatnya.
Menurut Profesor Ismail Hussein “Kesusasteraan Melayu tradisional adalah semua gejala
kesusasteraan yang berbentuk lisan atau bertulis tetapi tidak bercetak.”

8
Kesusasteraan lisan (tradisi lisan) lahir dalam kalangan masyarakat Melayu yang
lazimnya terdiri daripada kaum tani dan nelayan. Pada waktu tersebut sistem tulisan belum
lagi muncul dan masyarakat lazimnya buta huruf. Walaupun belum menguasai sistem tulisan,
daya kreativiti mereka dalam bidang kesusasteraan tidak pupus begitu sahaja. Sebaliknya
dikembangkan melalui pertuturan atau penceritaan secara lisan. Hasil-hasil keusasteraan yang
dicipta oleh kelompok ini disebut sebagai kesusasteraan lisan kerana penyampaian cerita
secara lisan. Kesusasteraan lisan dikenali juga sebagai kesusasteraan rakyat.

Kesusasteraan tulisan (tradisi tulisan) muncul apabila orang Melayu mula menerima
pengaruh luar. Pengaruh luar yang awal menyerap ke dalam kebudayaan Melayu adalah
pengaruh India. Melalui kemasukan pengaruh India, orang Melayu diperkenalkan dengan

KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU


sistem tulisan. Walau bagaimanapun, sistem tulisan ini tidak meluas dan akhirnya pupus.

Puisi Melayu Tradisional

Puisi merupakan kata pinjaman dari bahasa Indonesia yang digunakan secara meluas
di Malaysia. Puisi adalah satu bentuk karangan berangkap yang terikat dengan peraturan
sesuatu jenis puisi itu. Bahasa puisi adalah terhad dan padat tetapi makna yang cuba
disampaikan adalah mendalam. Puisi mengungkapkan sesuatu yang abstrak kepada yang
nyata.

Puisi Melayu tradisional juga boleh dibahagikan kepada dua pecahan iaitu:

a) Naratif
Puisi Melayu tradisional yang berbentuk naratif terdiri daripada genre Syair sahaja.
b) Bukan naratif
Manakala yang bukan naratif ialah Pantun, Gurindam, Endoi, Rejang, Dikir/Zikir,
Rubai, Nazam, Masnawi, Ghazal, Berzanji, Qit'ah, Seloka, Teromba, Talibun,
Peribahasa berangkap dan Mantera

Ciri Kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan Melayu Tradisional mempunyai ciri-ciri tersendiri yang terdiri daripada lima
aspek yang diperturunkan di bawah ini:

i. Lisan
Ciri utama kesusasteraan Melayu tradisional adalah Lisan. Lisan dalam bahasa Arab
maknanya lidah atau kata-kata. Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa kesusasteraan
Melayu tradisional itu disampaikan secara lisan ataupun mediumnya adalah kata-kata

9
ataupun pertuturan. Pada zaman tradisional pastilah wujud manusia-manusia yang
berbakat besar dalam bidang kesusasteraan, yang mampu menghasilkan karya-karya
prosa ataupun puisi.
ii. Tulisan
Apabila masyarakat Melayu mula menerima pengaruh Islam, mereka telah menerima
juga bersama-sama sistem tulisan. Maka berlakulah satu perubahan besar dalam
penghasilan karya kesusasteraan iaitu peralihan daripada lisan kepada tulisan. Satu
perkara yang harus difahami dengan mendalam ialah kebolehan menulis lebih
berpihak kepada golongan bangsawan yang berdekatan dengan pihak istana.
Sedangkan golongan rakyat biasa masih kekal dengan kaedah lisan. Dengan itu
lahirlah karya-karya kesusasteraan yang berpusatkan istana. Karya-karya

KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU


kesusasteraan ini ditulis menggunakan tulisan jawi dan penciptaannya lebih kepada
untuk memenuhi kehendak golongan istana.

iii. Kreatif
Pada dasarnya karya kesusasteraan kreatif itu bermaksud karya-karya prosa dan puisi
naratif dan non naratif. Oleh itu novel, cerpen, sajak, drama, prosa tradisional dan
puisi tradisional merupakan kesusasteraan kreatif.

iv. Bukan kreatif


Karya kesusasteraan bukan kreatif adalah karya-karya seperti esei, rencana dan
sebagainya

v. Estetik
Estetik merujuk kepada keindahan hasil-hasil kesusasteraan yang dicipta oleh
seseorang penulis.

10
Fungsi kesusasteraan Melayu

KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU

Rajah 6 : Fungsi Kesusasteraan Melayu


i. Alat Pendidikan
Antara fungsi kesusasteraan Melayu menurut Siti Hajar Abdul Aziz ialah sebagai alat
pendidikan. Pengalaman-pengalaman para pengarang ini diterjemahkan melalui kisah-
kisah yang ditulis oleh mereka yang terangkum didalamnya pelbagai bidang ilmu seperti
ekonomi, politik, sosiologi dan agama. Pengalaman mereka ini dijadikan prosa atau puisi
dan diadun dengan unsur-unsur pengajaran,moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi
nilainya yang mana akan dapat dikutip oleh para pembaca maka berlakulah pendidikan

11
secara tidak langsung. Jadi dapat dilihat dengan jelas bahawa kesusasteraan mampu
menjadi bahan untuk pendidikan buat masyarakat.
Di Negara kita Malaysia Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu telah diperkenalkan sejak
tahun 1957. Matlamatnya untuk membolehkan pelajar atau rakyat Malaysia khususnya
menjiwai unsur dan nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan,
kebudayaan, kewarganegaraan, menanam perasaan bangga dan cinta akan tanah air
dalam satu wawasan budaya kebangsaan yang dihasratkan tercapai. Dengan adanya
pendidikan Kesusasteraan Melayu dapat mencerminkan masyarakat kesenian yang
kreatif, mampu mengkaji keindahan karya sastera dan menguasai kemahiran berbahasa
bahasa Melayu.

KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU


Peranan sastera terutamanya sastera Melayu dapat membina insaniah dalam kehidupan
manusia. Hal ini amat bertepatan dengan konsep membina ‘modal insan’ yang diharap-
harapkan oleh pemimpin negara. Kita tidak mahu melahirkan satu bangsa seperti robot
yang tidak mempunyai nilai-nilai kemanusiaan ketika bertindak atau mengambil
keputusan. Apa yang kita boleh lihat sekarang, ramai bijak pandai dalam bidang sains
dan teknologi tetapi sayang mereka gagal dalam usaha melahirkan pemimpin yang
bermoral, berjati diri dan mempunyai nilai-nilai kemanusiaan. Pemimpin yang tidak
berjiwa seperti di atas, merupakan manusia yang hilang pertimbangan ketika bertindak.
Akibat daripada itu, masalah rasuah, keruntuhan moral sehingga membawa kepada
kemusnahan alam dan manyusahkan masyarakat. Justeru mengembalikan nilai sejagat
yang bersifat kemanusiaan sebenarnya terkandung dalam sastera.

Di peringkat sekolah Kesusasteran Melayu memainkan peranan sebagi satu cabang ilmu
dan senjata yang dapat meresapi dan berkembang dalam pelbagai disiplin ilmu sejajar
dengan konsep bahasa merentas kurikulum. Sementara itu di peringkat pengajian tinggi
pelajar didedahkan dengan teknik penulisan ilmiah, rencana dan penulisan kreatif dan
pelajar juga diberikan pengetahuan tentang dunia penerbitan dan penyiaran selaras
dengan matlamat pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan.

ii. Usaha Pengayaan Khazanh Ilmu Dan Persuratan Bahasa Melayu


Selain itu, sastera juga berperanan dalam usaha pengayaan khazanh ilmu dan persuratan
bahasa Melayu wajar dipertingkatkan kepada semua peringkat usia pembelajaran dan
pengajaran. Dengan cara ini, proses pembentukan jati diri dan cinta akan khazanah

12
negara dapat diatur, dilentur, dibentuk dengan sebaik-baik mungkin. Proses pengayaan
ini merupakan proses yang berterusan dan menjadi agenda utama dasar pentadbiran
negara.

Shahnon Ahmad (1997:25) menyatakan bahawa kesusasteraan berperanan sebagai satu


cabang kesenian yang berteraskan cinta. Cinta di sini maksudnya cinta kepada keindahan
dan cinta kepada kebenaran. Karya kesusasteraan dicipta oleh para sasterawan untuk
membangunkan peribadi manusia supaya cinta akan keindahan dan cinta akan
kebenaran. A. Samad Said (1997: 35) pula menyatakan bahawa peranan sastera sebagai
rakman dan renungan interaksi insan seni dengan masyarakat dan masalah mereka.
Setiap karya yang tercipta, sedikit sebanyak mendekatkan insan seni itu kepada

KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU


sebahagian kecil cakerawala Tuhan yang luas, di samping menggarapkannya dengan
sesam makhluk yang sama-sama mencari dan sama-sama menikmati dan sama-sama
terhukum oleh getir-getar kehidupan. Oleh latar dan pengaruh itu, sastera mestilah
berkhasiat untuk batiniah dan minda manusia. Manakala Usman Awang (1997:41)
menjelaskan bahawa peranan sastera meliputi semua aspek kehidupan manusia secara
luas. Tiada sesiapapun yang boleh mendakwa bahawa dia mempunyai monopoli terhadap
budaya Malaysia. Budaya bersama ini hanya akan lahir daripada penghidupan bersama
semua rakyat bukan contoh angkuh daripada sebilangan kecil golongan kaya dan
istimewa.

iii. Nilai Pendidikan


Aripin Said dalam Prosa Warisan (1996:25) menyatakan fungsi Kesusasteraan Melayu
yang penting dari aspek nilai pendidikan. Suasana kehidupan masyarakat dengan
kepetahan serta kebijaksanaan seorang penglipur lara telah lama berakhir. Suasana itu
bagaikan satu nostalgia. Apalagi apabila didapati sudah jarang atau sedikit benar
daripada kalangan anggota masyarakat masa kini yang sempat menyaksikan suasana
tersebut.
Jika kita menyorot ke belakang dalam aliran kehidupan masyarakat Melayu terutamanya
di kampung-kampung, cerita-cerita rakyat dipertuturkan masih boleh didapati sekitar
tahun 1950-an serta pada awal tahun 1960-an. Pada waktu itu, masih kedapatan seorang
nenek atau seorang ibu yang sering bercerita atau menyanyikan lagu-lagu rakyat sewaktu
hendak menidurkan cucu atau anaknya. Orang tua-tua masih mahu bercerita kepada anak
cucunya tentang Batu Belah Batu Bertangkup, Bawang Putin Bawang Merah, Puteri
Walinong Sari dan sebagainya.

13
Terdapat dua hal yang amat nyata dalam memperkatakan keistimewaan pencerita ini.
Pertama, terdapat tokoh-tokoh intelektual bangsa sebagai orang yang mahir dalam
bidang mereka. Tidak semua anggota masyarakat yang mendapat gelaran seorang
penglipur lara. Tidak semua anggota masyarakat yang mampu menghafal puluhan malah
ratusan puisi rakyat, dan kemudian dapat pula menyampaikan dengan cara yang menarik.
Mungkin dengan iringan sebuah rebab, sebuah rebana atau sebiji batil, dia mampu
memukau khalayaknya yang setia menunggu dari awal hingga akhir persembahan yang
diadakan. Mereka ialah cendekiawan bangsa yang lahir asuhan alam semesta.

Cerita-cerita yang dipersembahkan pula bukan sahaja dapat mengasyikkan khalayak

KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU


yang mendengar tetapi kepelbagaian cerita tersebut dengan watak-watak tertentu
menggambarkan perwatakan manusia dalam masyarakat setempat. Lagu-lagu yang
dinyanyikan merupakan puisi-puisi yang indah. Dalam puisi tergambar keindahan alam
dan kehalusan budi yang diungkap dengan gaya yang menakjubkan.

Bertolak daripada perkara-perkara itulah, nilai pendidikan yang murni dapat digarap
daripada cerita-cerita yang disebutkan itu. Dalam cerita Mat Jenin, misalnya, khalayak
diasuh supaya tidak menjadi seperti Mat Jenin yang hanya hidup berangan angan.
Falsafah yang tersembunyi di sebaliknya adalah untuk menjadi kaya-raya perlu berusaha,
bukan sekadar berangan angan. Jika terus berangan-angan, bencana pula akan menimpa.

Daripada cerita rakyat, banyak lagi unsur pendidikan lain yang dapat ditimba.
Contohnya, selitan lagu-lagu seperti:

Burung kenek-kenek,
Terbang ke dalam awan;
Pesan datuk nenek,
Pandai-pandai cari kawan.

Burung kenek-kenek,
Hinggap pelepah kelapa;
Pesan datuk nenek,
Patuh ibu dan bapa.

14
Pantun di atas jelas memberikan nasihat yang berguna kepada anak-anak.Pantun tersebut
disampaikan melalui kata-kata yang tersusun indah, ditambah dengan iramanya yang
merdu.

Daripada kajian yang telah dijalankan oleh Aripin Said dalam Prosa Warisan (1996:26)
beberapa jenis sastera rakyat telah dikenal pasti iaitu:
a. Cerita Penglipur Lara
b. Cerita Asal Usui
c. Cerita Legenda
d. Cerita Mitos
e. Cerita Jenaka
f. Cerita Binatang.

KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU


Cerita-cerita tersebut mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Cerita-cerita tersebut
telah banyak ditulis dan diterbitkan. Kemajuan zaman dengan segala media yang canggih
memudahkan pembuatan dokumentasi cerita-cerita tersebut.

iv. Instrument Perpaduan


Menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, sastera
dijadikan instrumen penting bagi mewujudkan semangat kekitaan atau `esprit de corp’ di
kalangan rakyat dalam usaha untuk membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu.
Sastera negara menitikberatkan nilai perpaduan dan penghargaan kepada satu bentuk
budaya kebangsaan untuk dikongsi bersama sebagai pemangkin bagi menyatupadukan
rakyat. Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan “Sastera kebangsaan yang menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dapat memartabat dan memperkasakan lagi
fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan”

v. Kepuasan Estetik
Seterusnya, kesusasteraan juga berfungsi untuk memberi kepuasan estetik. Penulis cerita
akan merasa tenteram dan damai apabila mampu menghasilkan sesuatu cerita yang dapat
menyentuh perasaannya. Bagi pembaca pula, dengan membaca karya yang
mempamerkan keindahan akan merasa satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan
dalam dirinya.

15
vi. Memberi Pengajaran
Selain itu, kesusasteraan Melayu turut berfungsi untuk memberi pengajaran. Para
sasterawan melalui karya mereka akan memberi pengajaran melalui hasil karya
kesusasteraan mereka yang mana banyak menyingkap tentang nilai-nilai murni dalam
kehidupan. Sebagai contoh Seloka Pak Pandir dan Pantun Nasihat. Karya-karya ini
banyak menjadi rujukan buat masyarakat dalam menjalani kehidupan harian.

vii. Alat Kawalan Sosial Dalam Kehidupan Seharian


Menurut Aripin Said dalam Prosa Warisan, Sastera secara umumnya dapat dikatakan
menjadi alat kawalan sosial dalam kehidupan seharian. Melalui cerita rakyat
umpamanya, anggota masyarakat diberitahu tentang perkara yang boleh dan tidak boleh
dilakukan. Misalnya, jika derhaka kepada ibu bapa, seseorang itu akan mendapat

KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU


malapetaka sebagaimana yang diterima oleh Si Tenggang. Jika berangan-angan tinggi
tanpa berusaha akan menjadi seperti Mat Jenin. Malah, anak-anak harus bijak
sebagaimana Sang Kancil dalam cerita-cerita binatang. Cerita rakyat juga dirujuk untuk
menyelesaikan masalah dalam kehidupan. Perlakuan yang baik seperti yang terdapat
dalam cerita rakyat dijadikan ikutan.

Dalam cerita-cerita legenda pula, terdapat tokoh yang menjadi sanjungan satu-satu
masyarakat. Tokoh-tokoh tersebut mungkin sahaja tokoh agama, pahlawan, peneroka
satu-satu tempat atau seumpamanya. Melalui gambaran keistimewaan, tokoh dipaparkan
mempunyai semangat perjuangan yang gigih, mempunyai kekuatan yang luar biasa,
berjasa dan sebagainya. Kesemua ini dapat menanam semangat tidak putus asa
dikalangan pendengar selain menanamkan semangat cinta akan tanah air yang tidak
berbelah bahagi. Segala sikap, cara berfikir, pengorbanan watak dalam cerita legenda itu
cepat meresap di hati para pendengarnya.

Cerita legenda dapat memberi sumbangan yang amat besar dalam kehidupan masyarakat
dalam membentuk anggota masyarakat menjadi manusia yang mempunyai wawasan
dalam hidupnya. Dalam hal ini juga, kita melihat setiap bangsa memang ada tokoh tokoh
tertentu yang mereka agungkan serta kagumi. Baik cerita mitos, cerita binatang, cerita
lipur lara, cerita legenda dan sebagainya itu kadangkala terlalu kental berbaur dengan
dongeng-dongeng tertentu. Namun yang harus diperhatikan, ada segala nasihat dan
teladan yang terdapat dalam cerita cerita tersebut. Tukang-tukang cerita, selain bertindak
untuk menyeronokkan hati khalayak yang mendengar, juga menekankan nasihat.
Ungkapan yang sering diulang atau dinyatakan oleh tukang-tukang cerita, seperti

16
"Jangan jadi seperti Si Tenggang" atau "Sang Kancil itu cerdik dan bijak" atau "Kalau-
rajin bekerja mesti hidup senang" dan sebagainya.

Demikian cerita rakyat dapat menentukan arah tindak tanduk masyarakat pada masa itu.
Kesan yang terlekat di hati mereka dengan mendengar cerita-cerita rakyat kekal dari
mereka masih kanak-kanak hingga kehidupan mereka pada hari tua. Kemudian cerita-
cerita tersebut bersambungan lagi kepada khalayak yang seterusnya.

Walaupun perkembangan masyarakat dipengaruhi oleh segala macam perubahan namun


nilai moral yang terdapat dalam cerita-cerita rakyat tetap sesuai dengan anggota
masyarakat itu baik dalam era mana sekalipun. Pengalaman individu dalam masyarakat
tersebut cepat sahaja diasosiasikan dengan gambaran yang terdapat dalam cerita-cerita

KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU


yang mereka dengar.

viii. Mengisi Masa Lapang


Malah, kesusasteraan Melayu juga berfungsi bagi memberi hiburan. Kesusasteraan
digunakan bagi mengisi masa lapang dan dijadikan hobi. Karya-karya sastera seperti
Seloka Pak Pandir bukan saja memberi pengajaran tetapi juga menyeronokkan untuk
dibaca. Malah jika pada zaman dahulu, cerita-cerita rakyat akan diceritakan pada waktu-
waktu lapang bagi menghilangkan kebosanan dan anggota masyarakat dapat berkumpul
pada malam hari setelah sibuk mencari nafkah pada siangnya. Pada waktu malam itulah,
mereka berkumpul untuk berhibur sambil belajar melalui cerita rakyat.

Kesimpulan

Kesusasteraan Melayu dalam masyarakat Melayu lama wujud bersama-sama bangsa


Melayu itu sendiri. Kewujudan sastera Melayu itu juga memperlihatkan segala-galanya itu
digambarkan dengan cukup menarik. Keindahan itu juga terlihat pada gaya bahasa. Melalui
cerita-cerita sedemikian, kita melihat kesinambungan budaya masa lalu dengan masa kini.
Perkembangan budaya tahap demi tahap dapat membentuk peradaban atau tamadun manusia
dari satu zaman ke satu zaman yang lainnya. Perkembangan budaya masa kini sebenarnya
diasaskan oleh budaya silam. Manusia sentiasa mencari kemajuan. Fungsi sastera Melayu
mewujudkan pemikiran yang bijaksana sentiasa memimpin manusia untuk mencapai
kemajuan yang sesuai untuk kesempurnaan hidup. Sehubungan ini, pemikiran dahulunya
dapat membentuk sosialisasi masyarakat dengan jelas. Pemikiran yang dimaksudkan itu
masih utuh dan murni walaupun diletakkan dalam mana mana zaman yang sentiasa berubah.

17
18
KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU

You might also like