You are on page 1of 3

Pertama, demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem

pemerintahan negara. Dalam konteks Malaysia pula, meletakkan Raja-raja Melayu sebagai lambang
taat setia rakyat .

Kedua, selain itu demokrasi berparlimen memberi rakyat peluang membentuk kerajaan.
Rakyat juga bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya.

Ketiga, umumnya pula negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan
rakyat.

Keempat, terdapat dua corak pemerintahan Negara demokrasi iaitu sistem Raja
berpelembagaan dan Sistem Republik.

Kelima, sistem Raja Berperlembagaan pula bermaksud sistem pemerintahan


yang mengekalkan raja sebagai pemerintahan tertinggi negara dan negeri. Pemerintah dibantu
oleh Perdana Menteri.

Keenam, bagi Sistem Republik pula ialah bermaksud sistem yang menolak institusi beraja.
Kerajaan diketuai oleh presiden. Manakala Presiden dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.

Contoh seperti Negara Perancis, Korea Selatan, India dan Filipina. Presiden memegang dua
dua jawatan iaitu sebagai ketua kerajaan dan ketua negara.

Ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia ialah mempunyai perlembagaan.


Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan
sesebuah kerajaan. Perlembagaan menjadi panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara.
Perlembagaan mengandungi pelbagai peruntukan.

Ciri yang kedua ialah mempunyai institusi Raja Berperlembagaan. Raja Berperlembagaan
bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Yang di-
Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara. Baginda bertindak mengikut Perlembagaan Malaysia dan
nasihat Perdana Menteri.

Ciri yang ketiga ialah mempunyai Parlimen.Parlimen ialah badan perundangan yang menggubal
undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan
Dewan Rakyat.

Ciri yang keempat ialah mengamalkan pilihan raya. Pilihan raya ialah proses memilih wakil
rakyat untuk memerintah samada di peringkat negeri atau persekutuan. Pilihan raya diadakan dalam
dua bentuk iaitu pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. Pilihan raya dijalankan oleh Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR).

Ciri yang kelima ialah mempunyai badan yang menjalankan pemerintahan. Kuasa
pemerintahan dibahagikan kepada badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman.
Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.

Ciri yang keenam ialah mempunyai parti-parti politik. Ideologi politik dan sikap perkauman
menjadi asas pembentukan parti politik di negara kita. Parti-parti ditubuhkan dengan matlamat untuk
menyatukan dan menjaga kepentingan kaum masing-masing.

Ciri yang ketujuh ialah mengamalkan kebebasan asasi. Setiap warganegara mempunyai hak
asasi dan kebebasan berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Warganegara bebas memilih dan
menganggotai mana-mana parti politik. .
Ciri utama dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah mempunyai
perlembagaan.Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada
pembentukan sesebuah kerajaan.
Perlembagaan menjadi panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan
mentadbir negara. Parti politik / kerajaan yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran
negara.
Perlembagaaan ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui
peruntukan yang terkandung di dalamnya.
Perlembagaan berperanan menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan
rangka dan bentuk pentadbirannya. Perlembagaan membantu dan menjamin kecekapan, kejujuran,
keadilan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan.
Ciri sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen berikutnya ialah institusi Raja
Berpelembagaan. Di Malaysia, Raja Berpelembagaan ialah sistem pemerintahan beraja mengikut
peruntukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Sistem Raja Berpelembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysiasehingga
kini. Sistem ini membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita di samping
memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi oleh raja.
Ciri demokrasi berparlimen seterusnya ialah parlimen / badan perundangan. Parlimen
merupakan badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di Malaysia.
Komponen Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan dewan Rakyat.
Pilihanraya juga merupakan salah satu ciri demokrasi berparlimen di Malaysia.Pilihan raya
ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau
persekutuan. Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan
teratur.

Terdapat dua jenis pilihanraya di Malaysia iaitu pilihanraya umum dan pilihan raya kecil.
Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri
secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia.Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi
Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan.

Pilihan raya penting kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan demokrasi.
Setiap warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa.
Mereka harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin negara serta menentukan bentuk
kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya.
Dalam konteks Malaysia, demokrasi berparlimen mengamalkan konsep pengasingan
kuasa. Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang,iaitu Badan Perundangan,Badan
Pelaksana,dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan
untuk mengelakkan pembolotan kuasa.

Fungsi badan perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan
perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsi badan perundangan ialah
menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen merupakan
badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di Malaysia.Parlimen terdiri
daripada Yang di-Pertuan Agong,Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Penubuhan parti-parti politik juga merupakan salah satu ciri demokrasi berparlimen. Secara
umumnya parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik
untuk mencapaimatlamatbersama.Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa. Ahli-
ahlinya membayar yuran keahlian dan selalunya memberikan kesetiaan dan komitmen terhadap
perjuanganparti.
Akhir sekali ialah Kebebasan Asasi yang melibatkan kebebasan hak asasi dan kebebasan
berpersatuan, beragama dan memiliki harta.
Jelaskan perbezaan sistem demokrasi Yunani dengan sistem demokrasi Malaysia hari ini

i) Demokrasi Yunani
1. Dewan perhimpunan dan Majlis
2. Warganegara lelaki dewasa Athens diberi peluang menjadi anggota.
3. Ahli menjadi anggota antara 6 bulan sehingga setahun
4. Dewan Perhimpunan bersiadang selama 3 kali dalam sebulan
5. Keputusan dewan dikendalikan oleh Majlis.
6. Ahli majlis, majistret, dan juri dilantik oleh dewan.
7. Dewan berkuasa penuh terhadap ketiga-tiganya.
8. Wakil dipilih melalui pilihan raya
9. Demokrasi berbentuk penyertaan langsung

ii) Demokrasi di Malaysia


1. Berbentuk penyertaan tidak langsung
2. Demokrasi berpalimen
3. Semua rakyat yang berumur 21 tahun layak untuk memilih wakil dalam pilihanraya.
4. Pemilihan pemimpin dibuat melalui pilihanraya
5. Dijalankan 5 tahun sekali
6. Dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihanraya
7. Ahli dilantik oleh YPDA
8. Wakil yang dipilih menganggotai Dewan Rakyat

You might also like