You are on page 1of 2

Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui.

Tulisan ini telah berkembang


sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor
dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan
terjumpanya Batu Bersurat Terengganuyang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan
Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi
telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi.
Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat
istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah,Kelantan, Perlis, dan Terengganu.
Batu Bersurat Terengganu, tulisan tahun 1303M, merupakan artifak bertulisan Jawi yang
tertua pernah dijumpai. Ia bercatatkan undang-undang setempat yang dipengaruh oleh
Syariah, maka merupakan bukti terawal pengaruh Islam di Malaysia. Pada zaman dahulu,
tulisan jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara
penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya
digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di Raja Melayu dengan
pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris.
Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga
tertulis dalam abjad Jawi. Abjad Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah
Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Dokumen Pemasyhuran
Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu yang ditulis Jawi dan
bahasa Inggeris. Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang
ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Tulisan Jawi ini telah wujud sejak sekitar tahun
1300 M di Kepulauan Melayu. Perkembangannya berhubung kait dengan ketibaan Islam,
khususnya daripada orang Parsi. Abjad Arab yang diperkenalkan ini diubah suai agar sesuai
dengan bahasa Melayu klasik lisan. Tulisan Jawi ditulis dari kanan ke kiri, dan ditokok dengan
6 huruf yang tiada dalam bahasa Arab, iaitu ca pa, ga nga va dan nya.
Tulisan Jawi berpunca daripada kesusasteraan Arab yang diperkenalkan oleh orang
Parsi kepada Kerajaan Melayu Jambi yang terletak di utara Palembang, Sumatera, Indonesia,
dan bertutur dalam bahasa Melayu klasik. Barangkalinya, mereka yang memeluk agama
Islam memilih untuk menulis dalam abjad Jawi kerana ia berhubungkait rapat dengan
kebudayaan Islam, daripada menggunakan tulisan Jawa yang diterbitkan daripada sistem-
sistem tulisan yang digunakan di kawasan-kawasan beragama Hindu atau Buddha di Asia
Selatan. Nama "Jawi" membayangkan akar umbinya di Jawa, bak hujah sesetengah ilmuwan.
Bagaimanapun, oleh sebab tidak banyak ditemui meskipun memang pernah digunakan di
Jawa, kemungkinan besar perkataan Jawi ini merupakan gelaran am bagi kawasan di bawah
penguasaan atau pengaruh Jawa. Selain itu, nama Jawi itu mungkin berpunca daripada
kerajaan Javaka kuno yang merupakan pendahulu kerajaan-kerajaan Majapahit dan Srivijaya
yang pernah menjalin hubungan dengan saudagar dan mubaligh Arab. Tinggalan tulisan Jawi
purba yang terawal ditemui pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 M (702 H)
dan juga Syair Bidasari tulisan sekitar 1300–1399 M yang ditemui di Sumatera, sementara
penggunaan terawal abjad Rumi untuk bahasa Melayu datang dari akhir abad ke-
19. Kawasan Terengganu berada dalam lingkungan pengaruh Srivijaya selewat abad ke-13,
sementara Kesultanan Terengganu hanya diasaskan seawal abad ke-18. Ini menguatkan
hujah bahawa tulisan Jawi berasal dari Jambi oleh kerajaan abdi Pasai di bawah Srivijaya.

You might also like