JAWI
KEPENTINGAN
Tulisan jawi digunakan secara meluas dalam penulisan bangsa Melayu. Pada zaman
dahulu, tulisan jawi sudah dijadikan tulisan rasmi Tanah Melayu dan segelintir daripada
mereka menggelar diri orang Jawi yang berasal dari Tanah Jawi. Pada zaman teknologi ini,
maklumat yang semakin pesat ini berkaitan kepentingan tulisan jawi di latar belakang
dengan kewajipan mempelajari sebagai ilmu agama yang dituntut oleh setiap penganutnya.
Bukan itu sahaja, tulisan jawi juga telah menarik banyak pengikut dan penggemar dalam
kalangan yang bukan Islam. Walau bagaimanapun, penggunaan tulisan Jawi amat berbeza
apabila dibandingkan zaman sekarang dengan zaman tanah melayu dulu. Penggunaan
pada zaman sekarang mungkin berkurang tetapi tidak pernah dilupakan atau terhakis dalam
kalangan masyarakat tidak kira kanak-kanak mahupun orang tua. Terdapat beberapa
kepentingan belajar tulisan Jawi di Malaysia.
Kepentingan pertama ialah tulisan jawi merupakan medium asas dalam mempelajari
ilmu-ilmu. Tulisan jawi merupakan huruf arab yang telah diubah suai atau digunakan dalam
penulisan bahasa Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana, berubah mengikut sebutan
yang sesuai dengan bahasa Melayu. Disebabkan oleh huruf-huruf Arab mempunyai
kekurangan dari sudut lambang-lambang untuk sebutan Melayu, maka orang-orang Melayu
telah mengubah suai dengan meminjam beberapa huruf Arab yang telah di-Parsikan.
Dengan itu bertambahlah jumlah huruf Jawi. Antara perubahan huruf yang dilakukan ialah
ca " "چdan nya ""ڽ. Perubahan ini dapat memberi banyak kebaikan terutamanya berkaitan
ilmu agama seperti belajar bahasa Arab, Pendidikan Islam di sekolah dan dapat membaca
al-quran. Walaupun, pada tahun 1963, Tanah Melayu telah mengisytiharkan Akta Bahasa
Kebangsaan sungguh akta tersebut tidak melarang penggunaan Jawi. Tetapi selepas
pengistiharan akta itu, memberi kesan kepada perkembangannya. Selain itu, tulisan jawi
berkait rapat dengan tulisan khat yang merupakan seni dalam tulisan Arab dan disanjungi
daripada seni-seni Islam. Pihak sekolah telah menyediakan sekurang-kurangnya seorang
pakar dalam bidang seni khat supaya pelajar-pelajar dapat mempelajarinya dengan cara
formal dan sistematik. Belajar Jawi adalah untuk melengkapkan pelajar berkemahiran
menulis dan membaca Jawi serta membolehkan pelajar memahami bidang ilmu yang selain
daripada subjek yang dipelajari biasa. Pembelajaran ini harus dipupuk sejak kecil lagi
terutamanya dalam kalangan ibu bapa mengajar anak-anak seperti anak ibarat kain putih,
ibu bapa yang mencorakkannya. Kita sebagai umat Islam haruslah memartabatkan Jawi
sebagai suatu seni warisan budaya bangsa dan dipupuk semangat serta minat dalam diri.
Oleh itu, medium asas dalam mempelajari ilmu-ilmu agama Islam ialah tulisan jawi.
Seterusnya, tulisan jawi menjadi lambang kesenian dan identiti umat Islam. Kesenian
membawa maksud halus dan luas. Hal ini kerana, Islam itu sendiri sinonim dengan tulisan
Jawi kerana al-quran, kitab hadis dan kitab agama yang menjadi panduan hidup umat Islam
ditulis dalam tulisan Jawi. Secara tidak langsung, dengan menghayati tulisan Jawi sebagai
seorang Islam ingin mendekatkan diri kepada sumber ajaran Islam iaitu al-Quran dan al-
Sunnah. Sebenarnya, tulisan jawi mempunyai sistem tulisan dan ejaan yang mudah, ringkas
dan tepat. Sesungguhnya, tulisan jawi dapat dilentur sejak kecil lagi kerana kaligrafi dalam
tulisan jawi akan menjadi cantik, kemas dan penyampaian individu itu mengikut kreativiti
masing-masing serta tidak lupa ketelitian dan kecekapan individu itu sendiri. Hal ini dapat
memberi impak yang baik kepada individu dengan cara mempamerkan bahan kaligrafi
tersebut dan dijadikan rujukan atau inspirasi ramai orang serta keuntungan. Bahan kaligrafi
tersebut boleh dikatkan dengan tulisan khat iaitu tulisan tangan yang cantik dan dihasilkan
dengan menggunakan berus atau pen khas. Khat mempunya pelbagai jenis, antaranya Khat
Nasakh, Kufi, Farisi dan banyak lagi. Setiap jenis khat mempunyai ciri-ciri tersendiri dan
dapat dilihat dalam al-quran yang mempunyai pelbagai penghasilan penulisan yang dibuat.
Kaligrafi juga dapat dilihat melalui kubah masjid dan kain kiswah di kaabah. Selain itu, nilai
estetika yang menarik, unik dan klasik terdapat dalam tulisan jawi itu sendiri. Tulisan Jawi
mempunyai kaitan dengan soal literasi agama dan kehidupan beragama dalam masyarakat.
Diharapkan kesenian Jawi dapat dikekalkan sehingga bila-bila dan dapat merealisasikan
impian membawa tulisan jawi ini ke tahap kelas pertama negara mahupun dunia.
Di samping itu, tulisan jawi juga dapat menjalinkan silaturahim sesama sendiri.
Silaturahim ialah tali ikatan persaudaraan, kekeluargaan atau persahabtan. Hal ini dikatakan
demikian kerana, wacana pemikiran dan sastera, warisan intelektual, identiti budaya dan
bahasa estetik penting dalam membina kekuatan bahasa Melayu. Tulisan jawi menjadi
medium yang menjalin silaturahim ummah. Tulisan Jawi juga digunakan dalam pentadbiran
dan adat istiadat Raja-Raja Melayu dan sewaktu istana pada zaman dahulu juga
menggunakan tulisan Jawi sebagai alat untuk mencatat semua aktiviti yang berkaitan
dengan pentadbiran, undang-undang, bahasa, perdagangan antarabangsa dan hubungan
diplomatik. Maka, ini banyak berlaku kerana Raja-raja yang digunakan Kerajaan Melayu
mengirimkan surat kepada pemerintah asing seperti Inggeris, Portugal dan Perancis yang
menulis menggunakan tulisan Jawi. Pada zaman sekarang, orang yang bukan Islam dapat
mempelajari tulisan jawi sama ada di sekolah ataupun melalui teknologi yang canggih
seperti di media sosial, contohnya Facebook atau Telegram. Dengan cara ini, orang bukan
Islam yang ingin lebih tahu secara mendalam berkaitan tulisan jawi akan bertanya atau
mencari cikgu yang beragama Islam sebagai rujukan kebanyakkannya yang belajar seni
tulisan khat. Pihak kerajaan bercadang untuk memperkenalkan pembelajaran tulisan jawi di
sekolah vernakular tidak kira sekolah campur atau mengikut kaum. Hal ini disebabkan oleh
bertujuan untuk mengajar para pelajar tentang warisan negara. Sesetenagh orang yang
bukan Islam menganggap bahawa tulisan jawi ini kuno dibandingkan dengan tulisan rumi
atau latin yang masih dipelajari dan digunakan sehingga kini. Jelaslah bahawa apabila
perkara ini dapat diteruskan boleh memberi kesan yang baik kepada masyarakat. Tulisan
jawi dapat menjalinkan hubungan tidak kira agama, bangsa dan kaum. Mufti Perak, Tan Sri
Harussani Zakaria telah berkata bahawa tuduhan yang mengatakan bahawa dengan
mempelajari Jawi, pelajar akan diminta memeluk Islam itu adalah tidak benar. Konklusinya,
sudah terang lagi bersuluh bahawa ketika Tanah Melayu pembesar British berhubung
dengan Raja-Raja Melayu, mereka menggunakan tulisan Jawi dan Bahasa Melayu. Semoga
silaturahim bukan hanya disebabkan tulisan jawi sahaja tetapi carilah kaedah dan cara yang
lebih efektif. Jika perpaduan dapat dipupuk maka impian negara untuk mencapai
keharmonian masyarakat akan menjadi kenyataan tanpa ada perselisihan faham sama ada
antara agama, bangsa dan kaum.
Selain itu, tulisan jawi merupakan nadi bagi masyarakat Melayu yang sinonim
dengan agama Islam. Penemuan agama Islam dan tulisan jawi tidak dapat dipisahkan
seperti mana semua orang tahu berkaitan Batu Bersurat Terengganu yang diukir dengan
tulisan jawi serta membawa maksud tertentu berkaitan agama Islam. Perkembangan tulisan
jawi seiring dengan agama Islam. Sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, semua
pasti ingin mempertahankan jati diri dan identiti bangsa yang bermaruah serta mempunyai
prinsip dan keperibadian yang jelas. Hak agama Islam dan Melayu mempunyai hak dalam
Perlembagaan Persekutuan. Hal ini perlu dihormati dan tidak dijadikan bahan permainan
politik pihak berkepentingan. Dalam perlembagaan Perkara 152 menyebut bahasa Melayu
ialah bahasa kebangsaan negara Malaysia. Bahasa kebangsaan bermaksud bahasa Melayu
sebagai bahasa utama dan rasmi yang perlu digunakan dalam urusan kerajaan serta
kenyataan umum serta alat perhubungan dan juga menjadi kebanggaan negara. Sebagai
genre bahasa harus dilakukan dengan sangat luas dan penting bagi identiti dan unsur-unsur
Islam yang mendasari kekuatan dan kekukuhan identiti Melayu. Selama berabad-abad,
tulisan Jawi telah memainkan peranan yang sangat penting dalam menyokong perjuangan
Melayu dan Islam. Tulisan jawi bukan sahaja mempunyai kekuatan dari segi identiti
nasional, tetapi juga kekuatan simbolisme terhadap pengembangan budaya dan bahasae.
Merujuk Kamus Dewan Melayu-Inggeris, maksud simbolisme di situ ialah penggunaan
simbol atau lambang untuk melahirkan atau menyampaikan sesuatu.Tulisan Jawi, dari segi
survival dan perjuangan sejarah Melayu, telah memberikan sumbangan besar terhadap
perubahan dan kemajuan bangsa Melayu. Pendidikan Melayu dikembangkan dan
diserahkan kepada orang Melayu, terutama generasi tua yang lalu, melalui tulisan Jawi.
Kesimpulannya, memartabatkan tulisan jawi itu tidak mudah apatah lagi di zaman
yang canggih ini dengan pelbagai pengaruh dari luar. Malaysia kini terdiri daripada kaum
dan agama yang berbeza. Oleh itu, mempelajari sesuatu bahasa lain daripada bahasa yang
biasa digunakan pada diri amatlah digalakkan terutamanya tulisan jawi. Jadi, dengan cara
itu orang ramai dapat mudah berkomunikasi sesama manusia. Paling utama sekali, sebagai
umat Islam harus menjaga tulisan jawi ini kerana asalnya daripada penulisan al-quran dan
mempertahankan apabila disalahguna.
References
Amarudin, S. K. (2019, Ogos 06). Khat, tulisan Jawi sudah lama dipelajari pelbagai kaum. Retrieved
from BHOnline: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/593444/khat-
tulisan-jawi-sudah-lama-dipelajari-pelbagai-kaum-harussani
Amirah, S. (2019/2020). Kepentingan Tulisan JAWI Sebagai Identiti Melayu (I). Retrieved from
StuDocu: https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/bachelor-of-
engineering-hons-chemical/mandatory-assignments/kepentingan-tulisan-jawi-sebagai-
identiti-melayu-i/8502777/view
Hayin, N. ‘. (2020, January 05). Tulisan Jawi adalah identiti negara [METROTV]. Retrieved from
myMetro: https://www.hmetro.com.my/utama/2020/01/532116/tulisan-jawi-adalah-
identiti-negara-metrotv
Ismail, A. M. (2010, November 8-10). KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Retrieved from
http://file.upi.edu/Direktori/PROCEEDING/UPI-UPSI/2010/Book_2/KAEDAH_PENGAJARAN_
DAN_PEMBELAJARAN_GURU_PEMULIHAN_JAWI_DI_MALAYSIA.PDF
Pengenalan tulisan jawi di sekolah vernakular untuk ajar warisan negara kata Anwar. (n.d.).
Retrieved from MiloSuamMenyebarkanFakta:
https://www.milosuam.net/2020/01/pengenalan-tulisan-jawi-di-
sekolah.html#axzz6eH990Ysg
Pustaka, D. B. (2012). Kamus Dewan Melayu-Inggeris . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rasyidah Ibrahim, R. E. (2019, January). Pemerkasan Tulisan Jawi Dahulu dan Kini. Retrieved from
ResearchGate:
https://www.researchgate.net/publication/333967672_Pemerkasaan_Tulisan_Jawi_Dahulu
_dan_Kini
Rosli, S. (2014). memartabatkan tulisan jawi. Retrieved from Academia:
https://www.academia.edu/9591695/memartabatkan_tulisan_jawi
Shakila Ahmad, P. M. (2011, Oktober). TULISAN JAWI SEBAGAI WARISAN PERADABAN BANGSA:
ANALISA DARI ASPEK CABARAN SEMASA. Retrieved from ResearchGate:
https://www.researchgate.net/publication/280994935_Tulisan_Jawi_Sebagai_Warisan_Pera
daban_Bangsa_Analisa_Dari_Aspek_Cabaran_Semasa
Lampiran