You are on page 1of 17

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN MELAKA,

KAMPUS JASIN
FACULTY OF PLANTATION AND AGROTECHNOLOGY
BACHELOR OF SCIENCE AGRIBUSINESS (HONS)
SEMESTER 3
CTU555: SEJARAH MALAYSIA
TAJUK: PENGGUNAAN TULISAN JAWI DI MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIK
MUHAMMAD DANIAL FITRI BIN ADNAN 2019336093
MUHAMMAD HAFIZ BIN KHAIRUL ANWAR 2019527671
KARUNANITHI
LUQMAN BIN MOHD YASIN 2019317091
NURIEN SYAKILLA BINTI FAIZAL 2019361625
FATIN NURFARIESSA BINTI JAMAL 2019336517
NUR SHAFIQA BINTI SABERAH 2019338659
NURUL SAFIQAH BINTI SULAIMAN 2019554717
KUMPULAN: M3AT2233A (KUMPULAN 3)
DISEMAK OLEH:
USTAZAH NORIZAH BINTI MOHAMED @ HAJI DAUD
KATEGORI PENILAIAN MARKAH
Pengenalan
Isi Dan Huraian
Cadangan Dan Kesimpulan
Rujukan
Etika Dan Moral Professional
Jumlah
KANDUNGAN
PENGHARGAAN ................................................................................................................................. 2
1.0 PENGENALAN......................................................................................................................... 3
2.0 OBJEKTIF KAJIAN ................................................................................................................ 4
3.0 DAPATAN KAJIAN ................................................................................................................. 5
3.1 SEJARAH KEMUNCULAN TULISAN JAWI ....................................................................... 5
3.2 KESAN TERHADAP JAWI-PHOBIA DALAM SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA ... 7
3.3 CARA DAN USAHA MEMARTABATKAN TULISAN JAWI DI MALAYSIA........... 10
4.0 KESIMPULAN ....................................................................................................................... 13
5.0 RUJUKAN ............................................................................................................................... 15

1
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahiim.

Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana
dengan limpah kurniaNya kami dapat menyiapkan kertas kerja CTU555 dengan sempurna
dalam jangka masa yang ditetapkan.

Dengan kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
pihak yang telah banyak menolong kami dalam pengumpulan maklumat sehingga kami dapat
menyiapkan kerja kursus ini. Ucapan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa kami yang
sentiasa mengingati dan memberi dorongan kepada kami untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada ustazah Norizah Binti Mohamed @ Haji Daud


selaku pensyarah kami yang telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta berkongsi
maklumat sepanjang kami menyiapkan kerja kursus ini. Kami juga ingin megucapkan jutaan
terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan kami atas kerjasama yang diberikan sepanjang kami
menyiapkan kerja kursus ini
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan- rakan sekelas
kerana sudi memberi tunjuk ajar, dorongan serta berkongsi maklumat dan pandangan mereka
tentang kerja kursus ini. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu kami menyiapkan kerja
kursus ini.

2
1.0 PENGENALAN
Sistem pendidikan di Malaysia berubah-ubah setiap tahun malah berubah mengikut
abad. Kebanyakkan sistem di negara Malaysia dipengaruhi daripada penjajahan di Tanah
Melayu oleh pihak British. Kebanyakkan pengajaran dan pembelajaran diikuti dan diterapkan
daripada zaman pemerintahan pihak British lagi terutama penggunaan penulisan jawi sebagai
tulisan pengantaraan dikalangan orang melayu pada ketika itu. Sejak abad ke-17, tulisan jawi
ini telahpun menjadi bahasa pengantaraan antara setiap rakyat malah digunakan di dalam
urusan seharian seperti urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Pada zaman
sekarang, penggunaan penulisan jawi tidak lagi diterapkan oleh orang melayu malah rakyat
Malaysia sendiri kerana pada mereka tulisan jawi ini tidak boleh menjadi sebagai bahasa
pengantaraan pada ketika zaman pemodenan ini. Mereka menjadikan tulisan rumi sebagai
tulisan rasmi di negara Malaysia atas sebab perpaduan yang akan tercapai dan sekaligus
melenyapkan penggunaan tulisan jawi pada hari ini. Oleh itu, mereka melupakan dan
sekaligus ingin menghapuskan penggunaan tulisan jawi ini.
Negara Malaysia pada ketika ini mempunyai lebih daripada tiga kaum atau etnik iaitu
Melayu, Cina, India, Kadazandusun dan pelbagai lagi etnik yang terdapat di setiap negeri dan
tempat. Setiap kaum atau etnik mempunyai perbezaan pendapat dan pandangan terhadap
sesuatu perkara seperti tulisan jawi kerana pada pemikiran mereka tulisan jawi ini hanya
digunakan oleh orang melayu sahaja dan tidak digunakan oleh pelbagai kaum. Hal ini kerana,
pada pandangan mereka, jikalau menggunakan tulisan jawi dalam sesuatu perbuatan atau
perkara, keadaan atau situasi tersebut tidak melambangkan sebagai negara Malaysia yang
menerapkan nilai perpaduan diantara satu sama lain. Oleh itu, mereka tidak lagi
menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan atau bahasa pengantaraan.
Kedudukan dan keistimewaan orang melayu dalam Perlembagaan Persekutuan tidak
pernah sunyi dengan pelbagai kritikan dan persoalan yang timbul dan ditimbulkan antaranya
ialah penggunaan tulisan jawi di dalam sistem pembelajaran pada masa kini kerana pada
pendapat mereka, tulisan rumi sahaja yang boleh digunakan dalam pembelajaran dan
pengajaran di negara Malaysia. Kedudukan tulisan jawi di negara Malaysia sangat tinggi dan
berkait rapat dengan identiti dan jati diri negara. Kerajaan Malaysia mempunyai
tanggungjawab untuk menyelamatkan dan membawa pihak yang memberikan pelbagai
pandangan dan hujahan berbeza ke meja rundingan untuk berunding menggunakan bahasa
dan penggunaan tulisan jawi di dalam sistem pembelajaran dan pengajaran di dalam negara
Malaysia.

3
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengkaji dan menganalisis maklumat sejarah kemunculan tulisan jawi di Malaysia.
2. Menghuraikan kesan jawi-phobia terhadap system pendidikan di Malaysia.
3. Menentukan cara dan usaha untuk memartabatkan tulisan jawi di Malaysia.

4
3.0 DAPATAN KAJIAN
3.1 SEJARAH KEMUNCULAN TULISAN JAWI
Tulisan Melayu huruf Arab atau lebih dikenali sebagai 'Tulisan Jawi' telah lama
wujud dan digunakan sebagai tulisan rasmi Melayu, iaitu sejak abad ke 14 Masihi atau
sebelumnya bahkan dapat dikatakan Sejarah Melayu bermula dengan tulisan Jawi, iaitu
serentak dengan kelahiran kerajaan-kerajaan Islam yang silam. Makam-makam Diraja
Melayu Islam yang terdapat di Pasai, Acheh, Daya dan Geresik (Jaya) yang diperbuat
daripada batu pualam yang bertulisan huruf-huruf Arab, jelas membuktikan hakikat ini.
(Kang Kyoung Seok, 1986)

Batu bersurat yang bertarikh tahun 702H/1303M yang menggunakan tulisan Jawi
sepenuhnya itu menunjukkan bahawa tulisan Jawi berusia hampir 700 tahun lamanya. Selama
kira-kira 200 tahun ia berkembang selaras dengan perkembangan agama Islam. Sejak
berdirinya Kerajaan Perlak (225H/840M), pendidikan Islam mendapat perhatian yang penting
dalam pembangunan mental dan fizikal negara, sehingga pada zaman Kerajaan Acheh (1511-
1650M), agama Islam menguasai masyarakat Acheh dan menjadi jiwa bagi semua bidang
kehidupan rakyat, sama ada ekonomi, sosial dan seni budaya. Pada masa itu, semua rakyat
Acheh telah dapat membaca al-Qur'an, kitab-kitab dan hikayat-hikayat yang ditulis dalam
bahasa Melayu, bahasa Acheh dan Bahasa Arab, semuanya adalah dalam skrip Jawi. (Mohd.
Alwee bin Yusoff, 2005)

Bagaimanapun, selepas kedatangan orang-orang Eropah ke Tanah Melayu pada


dekad-dekad berikutnya, tulisan Jawi mulai digunakan seiring dengan tulisan Rumi. Jawi
adalah satu tulisan untuk bahasa Melayu. Dalam perlembagaan Perkara 152 menyebut bahasa
Melayu ialah bahasa kebangsaan negara ini. Bahasa kebangsaan bermaksud bahasa Melayu
sebagai bahasa utama dan rasmi yang perlu digunakan dalam urusan kerajaan serta kenyataan
umum. Terdapat dua tulisan dalam bahasa Melayu iaitu Jawi dan Rumi. Kedua-dua tulisan ini
digunakan secara bersama. Jika melihat sejarah negara kita, sebahagian besar perjanjian
dibuat di antara kerajaan kesultanan di Tanah Melayu ini dan pihak British adalah dengan
menggunakan tulisan Jawi. Malah, dokumen pengisytiharan kemerdekaan turut ditulis dalam
tulisan Jawi. Ini bermakna tulisan Jawi mempunyai asas lebih kukuh daripada sudut sejarah
berbanding tulisan Rumi. (Dr.Mohammad Fathi Yusof, 2020)

Kemudian, ada usaha gigih dibuat oleh ahli-ahli bahasa untuk mengetepikan tulisan Jawi dan
sekaligus menjadikan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi negara.Sejak itu, tulisan Jawi mulai

5
tergugat kedudukannya sebagai tulisan utama bagi seluruh Kepulauan Melayu amnya dan
Tanah Melayu pada masa itu khasnya, lebih-lebih lagi setelah pengisytiharan 'Akta Bahasa
Kebangsaan' pada tahun 1963. Sungguhpun akta tersebut tidak melarang secara langsung
penggunaan tulisan Jawi, tetapi kesannya amat besar terhadap penggunaan tulisan Jawi dan
perkembangannya, di mana dari segi praktis orang-orang Melayu mulai meninggalkan tulisan
Jawi, dan akibatnya mereka kian hari kian kurang memberi perhatian terhadap tulisan Jawi
sehinggalah tahun 1984. (Mohd. Alwee bin Yusoff, 2005)

Sejarah jelas menunjukkan bahawa tulisan Jawi yang diperkenalkan semenjak


kurun ke-14 itu telah bertapak kukuh di Tanah Melayu. Pengaruhnya juga begitu meluas
dalam perkembangan Bahasa Melayu. Tetapi sejak sistem Ejaan Rumi diperkenalkan untuk
menulis bahasa Melayu pada awal kurun ke 20, dan digunakan dalam sistem
pendidikan di Tanah Melayu, kedudukan tulisan Jawi mula mendapat persaingan. (Prof.
Dr. Abd Jalil bin Borham, 2012)

Namun, pada tahun 1985 Kementerian Pelajaran Malaysia pada ketika itu telah
menyedari kepentingan warisan 'Dunia Melayu' yang paling berharga itu, lalu pihak
berkenaan mula mewajibkan pelajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah rendah agama. Selepas
itu, tulisan Jawi mulai diberi perhatian semula oleh masyarakat Melayu, terutamanya oleh
badan-badan bahasa dan persuratan Melayu. Seminar demi seminar telah diadakan, malah
rencana demi rencana di akhbar muncul sebagai usaha untuk menghidupkan semula tulisan
Jawi dan meletakkannya pada kedudukannya yang sebenar. (Mohd. Alwee bin Yusoff, 2005)

Kedudukan tulisan Jawi sangat tinggi dan berkait rapat dengan identiti dan jati diri
negara. Sebab itu, jika melihat dalam konteks lebih luas, negara mempunyai jati diri yang
terangkum melalui beberapa peruntukan perlembagaan. Antaranya ialah kedudukan bahasa
Melayu, hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama Persekutuan di bawah Perkara tiga
dan kedudukan Raja-raja Melayu. Apabila semua ini dirangkumkan, kita dapat melihat
kedudukan Jawi sebagai satu tulisan berada pada kedudukan yang tinggi. Semoga dengan
usaha yang berterusan dari pelbagai pihak dalam agenda memartabatkan tulisan Jawi
akan memberi kesan positif bagi mengangkat tulisan Jawi ke persada dunia dan kekal
dihayati di rantau Asia Tenggara.

6
3.2 KESAN TERHADAP JAWI-PHOBIA DALAM SISTEM
PENDIDIKAN MALAYSIA
Untuk rekod, tulisan Jawi merupakan antara tulisan terawal yang pernah ditemui di
Nusantara. Tulisan ini berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai, kemudian disebarkan
ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan
tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat di Terengganu yang
bertarikh 702H atau 1303M. Tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun
ke-19. Menteri Pendidikan Malaysia telah bercadang untuk menerapkan pengunaan tulisan
jawi ini. Dr Maszlee memaklumkan beliau sudah membentangkan perkara itu pada Kabinet
Pakatan Harapan dan seperti yang telah diputuskan oleh Kabinet, tulisan jawi yang
diperkenalkan itu tidak ada kaitan dengan agama dan hanya melibatkan tiga muka surat.
Katanya, murid hanya akan belajar cara menulis perkataan „Malaysia‟, „Ringgit Malaysia‟,
„Bank Negara Malaysia‟ dan „Bersekutu Bertambah Mutu‟ sahaja dalam tulisan jawi serta
tidak membabitkan peperiksaan. Namun sifat phobia terhadap tulisan jawi dan agenda
tersendiri, tulisan jawi ini telah ditentang oleh beberapa pihak.
Perkara ini dapat dilihat di negara ini apabila Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah
Cina Malaysia (Dong Zong) menyerahkan memorandum penolakan pembelajaran tulisan
Jawi di sekolah vernakular kepada Kementerian Pendidikan. Sebuah memorandum telah
diserahkan oleh Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim bersama dua pertubuhan Tamil disertai
Pengarah CHILD information, Learning & Development Centre, K Arumugam dan Presiden
Tamil Foundation, M Thiraviam.Tai Kim berkata, pihaknya tidak membantah pembelajaran
tulisan jawi tetapi biarlah dipersetujui secara sukarela oleh Persatuan Ibubapa dan Guru
(PIBG), serta murid berikutan perkara itu dilihat secara paksaan hingga menimbulkan
kebimbangan masyarakat Cina dan India.
Menurut beliau, pada pertemuan itu pihaknya menyerahkan empat usul yang
diluluskan dengan pendirian mempertahankan hak dan kuasa Lembaga Pengelola Sekolah
supaya mempunyai kuasa penentuan terhadap segala dasar Kementerian Pendidikan Malaysia
yang dilaksanakan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).Katanya, mereka juga mencadangkan
supaya kerajaan prihatin terhadap pandangan masyarakat Cina dan India, supaya pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran tulisan Jawi dibatalkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu
tahun 4 di SJK.“Kami juga mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan Malaysia
mengadakan dialog bersama Pertubuhan-Pertubuhan Pendidikan Cina bagi membincangkan
masalah ini sebelum ia dilaksanakan,”katanya kepada media selepas menyerahkan

7
memorandum bantahan di sini hari ini.
Menerusi kempen dan kajian yang dijalankan Dong Zong terhadap SJKC di negara ini
lebih 900 sekolah didakwa menolak pembelajaran tulisan jawi dan menyifatkannya bukan
dalam konteks kepelbagaian. Penolakan pembelajaran tulisan jawi itu turut menerima
sokongan daripada 17 pertubuhan Cina termasuk Badan Bukan Kerajaan.Tai Kim berkata,
masalah itu menyebabkan pihaknya hilang keyakinan terhadap kredibiliti Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk menangani isu tulisan Jawi secara professional, malah ia turut
menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat. Menurut beliau, pihaknya berpendapat
pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi itu perlu berdasarkan prinsip
menghormati kepelbagaian bahasa dan budaya.
Masih ada yang menganggap tulisan Jawi itu tulisan agama, walhal Jawi hanya alat
komunikasi sejak zaman dulu sehingga awal tahun1970-an. Apabila tulisan rumi menjadi
tulisan komunikasi secara meluas, tulisan Jawi semakin pupus, bahkan wang kertas negara
China mempunyai tulisan Jawi. Pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular dikatakan
menimbulkan kekhuatiran Islamisasi. Kekhuatiran ini semamngnya tidak masuk akal.
Mustahil seseorang boleh dipujuk untuk mendekati Islam dengan hanya belajar 3 muka surat
pengenalan bertulisan tulisan Jawi.
Isu ini juga dibangkitkan oleh Dong Zong menerusi buku digital berbahasa Melayu
yang menjelaskan secara terperinci sebab-sebab bantahan terhadap pembelajaran jawi di
sekolah vernakular. Dalam buku itu menyebut, “Bantahan diteruskan kerana Jemaah menteri
dan Kementerian Pendidikan masih mengabaikan hak dan kuasa LPS dan tidak menjadikan
LPS sebagai pihak yang membuat keputusan sama ada setuju atau tidak setuju dalam
pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi.”
Menurut Dong Zong, cubaan berhubung dengan Kementerian Pendidikan tentang isu
penglibatan LPS dalam proses membuat keputusan juga gagal mendapat respons. Katanya,
Garis Panduan Pelaksanaan Pengenalan Tulisan Jawi yang diumumkan Kementerian
Pendidikan (KPM) mengetepikan hak-hak murid dan ibu bapa untuk memilih tidak menyertai
pelaksanaan tersebut di Tahun 5 dan 6 sekaligus tidak menghormati hak dan kuasa LPS.
“Garis panduan tersebut juga membawa perpecahan, ketidakharmonian dan
perselisihan di antara LPS, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan ibu bapa murid yang
berbilang etnik.” “Ini seumpama bom jangka yang merosakkan keharmonian dan
pembangunan sekolah. Ia juga meminggirkan hak dan kuasa kedua-dua LPS dan PIBG. Lenih
serius lagi, sekiranya perkara ini dibiarkan berlaku, maka LPS hak dan kuasanya,”
katanya.Buku 16 halaman itu bertajuk „Isu Tulisan Jawi: Mempertahankan Hak Lembaga

8
Pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan‟ turut menjelaskan tentang Akta Pendidikan 1996 yang
memperuntukkan peranan lembaga pengelola sekolah dalam menentukan dasar di sekolah
vernakular yang menurutinya kini dicabuli. “LPS Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) selaku
organisasi yang mengurus SJKC, juga memikul peranan besar untuk mempertahankan SJKC,
ini termasuk mempartahankan ciri-ciri SJKC seperti hak dan kuasa LPS,” katanya.
Turut diperincikan dalam buku tersebut ialah perbezaan antara seni khat dan tulisan
jawi dan sama ada bantahan yang dibangkitkan adalah tentang pembelajaran bahasa Melayu
atau tulisan jawi.Di sini dapat dilihat bahawa Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) bimbang
akan kehilangan hak dan kuasanya sekiranya pembelajaran pengenalan tulisan jawi di
sekolah vernakular diteruskan.
Masih ada pihak yang menentang kerana tulisan jawi sememangnya sebahagian
daripada Bahasa Melayu. Ia juga hanya melibatkan tiga muka surat dalam buku teks dan
tidak melibatkan apa-apa ujian atau peperiksaan pun. Tambahan pula, kemahiran membaca
dan menulis jawi akan menjadi nilai tambah murid berkenaan. Semua pihak yang menentang
pengajaran tulisan jawi di sekolah seharusnya melihat langkah memperkenalkan tulisan jawi
di sekolah seharusnya melihat langkah memperkenalkan tulisan jawi sebagai satu asimilasi
kerana ia usaha memperkenalkan warisan dan identiti negara. Semoga tulisan jawi terus
diperkasakan.

9
3.3 CARA DAN USAHA MEMARTABATKAN TULISAN JAWI DI
MALAYSIA
Kepelbagaian budaya dan kaum di Malaysia adalah salah satu keunikan yang boleh
menjerumus kepada salah satu keistimewaan yang terdapat di negara kita. Perkongsian
kebudayaan, makanan tradisi dan juga bahasa menujukkan Malaysia adalah satu negara yang
mengamalkan toleransi pelbagai benda dalam kehidupan seharian. Di Malaysia, terdapat
pelbagai kaum yang hidup harmoni dalam masyarakat setempat yang terdiri dari kaum
melayu, cina, india, baba nyonya serta pelbagai kaum lagi terutamanya di Sabah dan Sarawak
yang mempunyai kaum iban dan kadazandusun antara kaum yang majoritinya berasal dari
sana . Oleh yang demikian, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menjaga kelestarian
biodiversiti yang telah wujud sekian lama ini.

Salah satu keistimewaan rakyat Malaysia adalah pelbagai bahasa pertuturan dan juga
penulisan dalam kehidupan seharian, formal dan tidak formal. Malaysia menggunakan
Bahasa Malaysia (Melayu) sebagai bahasa rasmi kebangsaan sebagai bahasa formal
terutamanya dalam bidang pendidikan. Walaubagaimanapun, perkara ini tidak menghalang
rakyat Malaysia bertutur atau menulis dalam bahasa lain seperti di sekolah vernakular
Sekolah Jenis Kebangsaan (t) tamil atau (c) Cina menggunakan bahasa „kedua‟ sebagai
bahasa pengantaraan di sekolah- sekolah . Oleh kerana kepelbagaian bahasa dan pertuturan di
negara kita, terdapat satu penulisan tradisi atau warisan yang kian dilupakan iaitu bahasa dan
penulisan jawi. Di zaman pra kemerdekaan lagi, tulisan dan bahasa ini telah diguna pakai
sejak kedatangan islam di asia tenggara khususnya di Malaysia atau dikenali sebagai Tanah
Melayu, di mana penggunaanya amat meluas diguna untuk majalah majalah dan surat khabar.
Akan tetapi selepas kedatangan Eropah dan pencampuran tangan dalam pentadbiran negara
termasuklah dalam sistem pendidikan yang lebih mengutamakan bahasa dan tulisan rumi
telah menyebabkan bahasa dan penulisan jawi dipinggirkan dalam penggunaan formal
mayarakat. Jadi amat wajar lah, jika Bahasa Jawi ini menjadi satu isu bahasa yang perlu
diangkat balik agar rakyat Malaysia masih celik dengan tulisan jawi khususnya kaum Melayu
agar tidak melupakan asal usul mereka.

Salah satu usaha awal yang dilakukan oleh pemimpin terdahulu selepas kemerdekaan
di mana mereka sedar akan kepentingan „warisan‟ Dunia Melayu jawi dengan
memperkenalkan dalam pendidikan di sekolah rendah agama di Malaysia dan selepas itulah
orang orang melayu mula memberi perhatian dalam hal ini terutamanya oleh badan badan

10
bahasa dan persuratan melayu sekiranya negara maju masih mengekalkan tulisannya sendiri
seperti Russia, China, Jepun dan Korea Selatan, kenapa Malaysia tidak boleh menghidupkan
semula jawi sebagai tulisan utama dalam pembangunan negara. Perkara ini telah membuka
mata ramai orang Melayu khususnya untuk menjaga warisan ini dengan melakukan usaha
tulisan jawi perlu diterapkan dalam sistem pendidikan masa kini. Dalam dunia yang serba
moden kini, hal yang dianggap membosankan seperti ini perlulah disemai minatnya sejak dari
kecil lagi, bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, oleh hal yang demikian
wajarlah tulisan jawi ini diajar, dilatih, dipupuk minatnya sejak bermulanya pendidikan
seseorang itu. Melalui sistem pendidikan, kemahiran membaca, menulis, mengingat konsep
bagi tulisan jawi boleh diserap dan menjadi subjek utama terutama dalam subjek Pendidikan
Islam di setiap sekolah. Teknik pembelajaran tulisan jawi ini boleh dipelbagaikan sama
seperti tulisan lain misalnya tulisan cina yang dipelajari dalam subjek mandarin, dimana
tulisannya merupakan aksara yang mempunyai pelbagai cara untuk dipelajari seperti
menghafal, menyanyi dan mempraktikkannya dalam seni penulisan. Begitu juga dengan
tulisan jawi yang lazimnya kita dapat lihat di dalam Bahasa Arab serta Al-quran yang
menjadi bahasa syurga.

Seterusnya, tulisan jawi boleh diserap masuk ke dalam sistem pendidikan Bahasa
Melayu yang dipelajari di sekolah dimana hal ini akan dapat menghapuskan pemikiran kolot
manusia yang beranggapan bahawa tulisan jawi merupakan tulisan agama Islam bagi bangsa
melayu sahaja. Hal ini di sangkal kerana tulisan jawi bukan sahaja menjadi warisan bangsa
melayu, namun tulisan jawi ini merupakan jabatan ilmu sejak zaman dahulu lagi yang
menjadi bahasa pengantar pada zaman Kesultanan Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka juga
harus memainkan peranan dari segi penerbitan, seminar dan pameran tentang tulisan jawi
juga boleh memperkasakan tulisan jawi. Contohnya mengadakan semula kovensyen yang
pernah diadakan suatu ketika dahulu, iaitu konvensyen Tulisan Jawi pada tahun 1980-an yang
telah memperkenalkan sistem ejaan jawi yang disempurnakan. Disamping memperbanyakkan
edaran dan terbitan buku tentang kegunaan kepentingan tulisan jawi.

Melaksanakan tulisan Jawi sebagai antara tulisan yang dipaparkan di papan-papan


tanda di bahu jalan, penunjuk-penunjuk arah atau banting-banting pengiklanan produk
mahupun program selain daripada bahasa-bahasa yang lazim kita lihat iaitu bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris. Seperti masyarakat di Malaysia atau dalam istilah lainnya ialah
pengguna-pengguna jalan raya di Malaysia sedia maklum, papan tanda atau penunjuk arah
merupakan antara rujukan utama mereka untuk menuju ke destinasi-destinasi tertentu yang

11
ingin dituju. Walaupun teknologi pada zaman sekarang memberi pilihan yang lebih meluas
kepada pengguna seperti melalui akiviti memuat turun aplikasi-aplikasi penunjuk arah secara
atas talian seperti Waze dan Google Maps, papan tanda tetap menjadi antara pilihan utama
kepada pemandu sebagai panduan. Selain itu, banting-banting iklan atau penganjuran apa jua
program juga sering menjadi perhatian orang ramai. Dari sinilah seharusnya bermula langkah
utama dalam memartabatkan bahasa Jawi dengan mempraktikkan tulisan Jawi sebagai salah
satu bahasa yang sering digunapakai. Melalui cara ini, penggalakkan minat untuk
mempelajari bahasa dan tulisan Jawi akan dapat disemai di dalam diri pelbagai lapisan
masyarakat sama ada generasi muda atau tua mahupun pelbagai jenis bangsa di Malaysia.

Tambahan pula, kem yang memfokuskan kepada kemahiran khusus mengusai juga
membantu usaha untuk memartabatkan Bahasa jawi seperti Kem Klinik Jawi di Institut
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang dikendalikan Pakar Rujuk Tulisan Jawi Hamdan
Abdullah dan Pembimbing Rancangan Klinik Jawi di Radio IKIM.fm Prof Madya Dr Adi
Yasran Abdul Aziz yang telah dilaksanakan pada tahun 2011 sehingga kini juga
menunjukkan hasil yang positif. Pada penganjuran tahun 2017, kira-kira 200 peserta
menyertai program ini yang diadakan sebagai platform menyemarakkan budaya pengajaran
dan pembelajaran tulisan Jawi serta mendidik rakyat masyarakat mencintai tulisan Jawi.
Selain itu, kem ini juga dapat mendedahkan peserta dengan kaedah ejaan Jawi terkini oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka , bukan itu saja kem terbabit turut dilihat dapat melahirkan
masyarakat celik Jawi dan al-Quran kerana menggalakkan mereka mendekati tulisan Jawi
sebagai satu skrip penulisan indah, mudah dan perlu dikuasai semua sebagai legasi budaya
dan warisan masyarakat negara ini.

Sehubungan dengan itu, penekanan dalam pelaksanaan usaha dan cara untuk
memartabatkan Bahasa jawi perlu lah diambil berat agar identiti dan warisan negara ini tidak
ditelan mengikut arus pemodenan zaman dan warisan ini dapat diteruskan oleh generasi
generasi akan datang seterusnya menjadi salah satu asbab keunikan dalam sistem pendidikan
di Malaysia khususnya yang menguasai pelbagai jenis bahasa dan tulisan yang menjadi
lambang kebanggaan rakyat Malaysia di mata dunia .

12
4.0 KESIMPULAN
Berdasarkan penerangan dalam kertas kerja ini kita dapat simpulkan bahawa warisan
asli negara bangsa Malaysia ialah bahasa Melayu serta tulisan Jawi yang berusia hampir
1,000 tahun. Oleh itu sebagai bangsa Malaysia, jika kita berasa bangga dengan khazanah
warisan ini dan mahu membina jati diri Malaysia yang tersendiri supaya dapat membentuk
citra asli negara bangsa Malaysia tersendiri demi mencapai perpaduan yang utuh dalam
kalangan masyarakat. Sejarah membuktikan bahawa tulisan jawi memainkan peranan yang
penting dalam urusan harian. Sebagai contoh Pada zaman penjajah dahulu, pegawai penjajah
dan pembesar mengunakan bahasa melayu serta tulisan jawi jika hendak berhubung dengan
Raja – raja. Bukan itu sahaja, bahkan seorang ketua Paderi Kristian Werndly telah
menterjemahkan Kitab Injil ke dalam bahasa Melayu dengan tulisan Jawi. Terdapat juga
paderi paderi yang menguasai bahasa melayu dan tulisan jawi.

Kenyataan yang mengatakan bahawa mempelajari bahasa jawi menyebabkan para


pelajar terpaksa memeluk agama islam adalah tidak berasas dan penuh dengan prasangka
buruk. Kenyataan seperti ini boleh mengundang pergaduhan diantara kaum. Setiap pelajar
yang menguasai tulisan jawi tidak akan mendapat kerugian malah pelajar tersebut perlu
berasa bangga kerana dapat menguasai secara langsung khazanah warian ilmu. Di samping
itu, mempelajari tulisan jawi juga dapat menyemai jati diri yang utuh dalam kalangan
masyarakat

Jika tidak ada usaha-usaha dilakukan untuk memulihkan tulisan jawi, kira-kira 20 atau
30 tahun akan datang, tulisan itu akan hilang dengan sendirinya. Hal ini kerana tiada minat
dalam kalangan masyarakat untuk memepelajari tulisan jawi. Oleh itu usaha untuk
memperkasakan bahasa jawi dan mengekalkan warisan ini dilakukan dari peringkat awal
seperti sekolah. Di peringkat sekolah kementerian pelajaran perlu menjadikan bahasa jawi
mata pelajaran wajib lulus sama seperti bahasa melayu. Penguasaan tulisan jawi di peringkat
awal seperti di sekolah adalah penting bagi memupuk minat untuk mempertahankan warisan
ini.

Seterusnya, dalam memupuk minat untuk mempelajari tulisan jawi ialah sistem
pelaksaan yang berkesan. Kaedah pengajaran Jawi perlu dikuasai oleh setiap guru. Guru
perlulah memiliki kemahiran dalam menentukan kaedah pembelajaran yang sesuai dan
berkesan agar bersesuaian dengan kemampuan pelajar. Pemilihan kaedah pengajaran amat
penting kerana iamenyumbang kepada keberkesanan pengajaran yang disampaikan malah ia

13
juga dapat menarik minat pelajar kepada sesuatu mata pelajaran sehingga mampu mendorong
mereka meraih pencapaian terbaik.

Tulisan Jawi merupakan warisan Melayu yang perlu dijaga serta dipelihara dari
satu generasi ke satu generasi. Kegemilangan warisan ini dilihat amat wajar diteruskan oleh
generasi muda agar ia terus terpelihara. Oleh itu pengunaan tulisan jawi dalam sistem
pendidikan Malaysia juga merupakan salah satu usaha pihak kerajaan yang membantu dalam
mengekalkan warisan Malaysia ini.

14
5.0 RUJUKAN
1. Musa, H. H. (2005). Peranan tulisan Jawi dalam perkembangan Islam di Malaysia.
Jurnal Pengajian Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya, jilid, 16.
2. Naquiah Nahar & Jimain Safar (2016). Amalan Pengajaran Jawi dalam
Pendidikan Masa Kini: Suatu Tinjauan. Tinta Artikulasi Membina Ummah 2(2),
2016 70-85, e-ISSN: 2289-960X Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi
Malaysia
3. Amin, N. M., Rahman, N. A. A., Razali, W. N., & Wahab, M. F. A. (2018).
Pemeliharaan Tulisan Jawi dan Penggunaan Tulisan Jawi di Media: Kajian Persepsi
Pelajar Melayu di UNITEN. Jurnal Sains Insani, 3(2), 1-7.
4. Nor „Asyikin Mat Hayi. (5 Januari 2020). Tulisan Jawi adalah identiti negara.
MyMetro
5. Mohd. Alwee bin Yusoff. (2005). Perkembangan Tulisan Jawi dan aplikasinya dalam
masyarakat Islam di Malaysia. Jurnal Usuluddin
6. Prof. Dr. Abd Jalil bin Borham. (18 Oktober 2012). Tulisan Jawi: Tulisan Serantau.
Universiti Malaysia Pahang
7. Musa, H. H. (2005). Peranan tulisan Jawi dalam perkembangan Islam di Malaysia.
Jurnal Pengajian Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya, jilid, 16.
8. Naquiah Nahar & Jimain Safar (2016). Amalan Pengajaran Jawi dalam
Pendidikan Masa Kini: Suatu Tinjauan. Tinta Artikulasi Membina Ummah 2(2),
2016 70-85, e-ISSN: 2289-960X Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi
Malaysia
9. Amin, N. M., Rahman, N. A. A., Razali, W. N., & Wahab, M. F. A. (2018).
Pemeliharaan Tulisan Jawi dan Penggunaan Tulisan Jawi di Media: Kajian Persepsi
Pelajar Melayu di UNITEN. Jurnal Sains Insani, 3(2), 1-7.
10. Nurhidayah Hairom (2019). Bimbang hilang hak, kuasa punca Dong Zong bantah
jawi. Malaysia: Sinar Harian.
11. Zabir Sulaiman (2020). Dr Maszlee perjelas isu tulisan jawi.Malaysia: Sinar Harian.
12. Timmy Say (2020). Malaysia „dibakar‟ isu tulisan Jawi, hiasan tanglung.Malaysia:
Free Malaysia Today.

15
16

You might also like