You are on page 1of 22

FAKULTI SENIBINA PERANCANGAN DAN UKUR

SARJANA MUDA UKUR BAHAN (KEPUJIAN)

TAJUK:

SEJARAH TRAGEDI PERKAUMAN SATU PENGAJARAN


DAN TAPAK MEMBINA PENGUKUHAN KESEPADUAN
SOSIAL DAN PERADABAN MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH:
FATIN ADILAH BINTI ANUAR 2021483354
MUHAMMAD FITRI BIN ZULKIFLEE 2021483416
NORAZWA NABIHAH BINTI JUMARI 2021483112
NURSYAZATUL NAJIHAH BINTI NAZRI 2021813638
SYARIFAH NUR AQILAH HUDA BINTI SYED MAHDI 2021868432

Kertas Kerja ini dikemukakan


bagi memenuhi keperluan kursus
CTU554: Penghayatan Etika &Peradaban
Sesi Mac 2022 – Ogos 2022

PENSYARAH: CIK NURUL’AIN MOHD


AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS)
PENGHARGAAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurniaNya dapat juga kami menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya bagi subjek Penghayatan Etika dan Peradaban (CTU554) ini.
Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman
yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Pengalaman
yang kami perolehi sepanjang proses menyiapkan tugasan ini mungkin hanya akan datang
sekali sahaja dalam hidup kami.

Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan
lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.
Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu, Cik Nurul’ain Mohd kerana beliau telah banyak
memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang perjalanan dalam menyiapkan tugasan ini.
Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah
diamanahkan ini dengan baik dan kemas.

Oleh itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami
yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan
tugasan ini. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami
kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda
hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini
tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

i
ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN.....................................................................................................................i

ISI KANDUNGAN....................................................................................................................ii

1.0 PENGENALAN............................................................................................................1

2.0 SEJARAH TRAGEDI PERKAUMAN DI MALAYSIA..................................................2

2.1 Kronologi Perkauman Malaysia........................................................................2

2.2 Kes Tragedi Perkauman di Malaysia................................................................3

2.3 Pengajaran Tragedi Perkauman.......................................................................6

3.0 PENGUKUHAN KESEPADUAN SOSIAL DAN PERADABAN MALAYSIA..............7

3.1 Kesepaduan Sosial dan Peradaban.................................................................7

3.1.1 Cabaran Perlaksanaan Kesepaduan Sosial dan Peradaban...............9

3.1.2 Kesan Kesepaduan Sosial dan Peradaban........................................12

3.2 Dasar Perpaduan Negara...............................................................................13

3.2.1 Teras Perpaduan Negara...................................................................15

3.2.2 Cara Perlaksanaan Dasar..................................................................17

4.0 PENUTUP..................................................................................................................18

BIBLIOGRAFI/ RUJUKAN....................................................................................................19

ii
1.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang


terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya yang berbeza seperti Melayu, Cina dan India.
Malaysia juga merupakan satu satunya negara yang berjaya mengekalkan keamanan dan
perpaduan sehingga kini walaupun terdapat jurang perbezaan antara mereka dari segi agama
dan budaya.

Selain itu, Malaysia dikenali sebagai negara yang sedang pesat membangun bukan
sahaja dari segi pembangunan dan ekonomi tetapi kejayaan Malaysia dalam menangani
masalah dan isu-isu yang dialami masyarakat. Malaysia dikenali sebagai Negara Islam yang
unik kerana penduduknya terdapat berbilang bangsa dan agama. Perbezaan yang ada dalam
diri mereka tidak menghalang untuk mereka saling hormat-menghormati budaya dan agama
masing-masing. Justeru, perbezaan itulah yang menjadi keunikan rakyat Malaysia.

Isu-isu perkauman yang pernah berlaku di Tanah Melayu pada ketika dahulu berpunca
daripada penjajah-penjajah asing dan bukannya dari penduduk Tanah Melayu itu sendiri.
Perang ideologi yang berlaku hanya memecahbelahkan masayarakat pada ketika itu.
Perbezaan kedudukan serta layanan yang diterima menyebabkan permusuhan antara
masyarakat di Tanah Melayu. Akan tetapi masyarakat majmuk di Tanah Melayu inilah yang
berjaya memerdekakan Tanah Melayu dan pembentukan negara Malaysia yang dikecapi
sehingga kini. Ia nya merupakan hasil perjuangan dan kerjasama oleh semua dengan
berpegang kepada prinsip perpaduan, keharmonian, permuafakatan dan saling memahami
antara satu sama lain.

Sehingga hari ini masyarakat Malaysia hidup dalam sebuah negara yang berbilang
bangsa, agama, kaum dan budaya dan masih bergaul antara satu sama lain. Tanpa campur
tangan asing, masyarakat majmuk dapat hidup dalam keadaan harmoni dan saling
menghormati antara satu sama lain. Hal ini menunjukkan pengaruh orang luar mampu
menggoyahkan keamanan negara kita.

1
2.0 SEJARAH TRAGEDI PERKAUMAN DI MALAYSIA

2.1 Kronologi Perkauman Malaysia

Konflik perkauman yang berlaku di Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu terjadi
selepas jajahan Jepun di tanah melayu manakala pembentukan masyarakat majmuk berlaku
selepas jajahan British. Jajahan British dan jajahan Jepun di Tanah Melayu telah
mempengaruhi isu perkauman yang berpunca daripada prasangka yang tidak dapat
dibendung. Hasil kajian mendapati perjuangan menentang penjajah mencetuskan konflik etnik
sehingga menimbulkan kewujudan semangat nasionalisme. Semangat nasionalisme penting
bagi semua rakyat Malaysia untuk membina kehidupan kaum yang lebih harmoni.

Isu perkauman Melayu-Cina tercetus selepas pengunduran tentera Jepun dari Tanah
Melayu kerana orang Melayu percaya kepada propaganda komunis yang menjanjikan
peluang untuk mengetuai dan mentadbir Tanah Melayu selepas peperangan. Kesannya,
orang Melayu yang telah dizalimi komunis dan mula menaruh prasangka tehadap orang Cina.
Perang ideologi pada peringkat awal telah berlarutan menjadi konflik perkauman Melayu-
Cina.

Kesultanan Melayu Melaka telah menjadi contoh teladan kepada keharmonian


masyarakat di Malaysia kerana mereka bersikap liberal dan berfikiran terbuka sejak
pemerintahan Parameswara. Hal ini dapat dilihat apabila beliau menggalakkan pedagang dan
orang luar ke Pelabuhan Melaka sehingga masyarakat majmuk terbentuk di Melaka.
Kemakmuran dan keharmonian Melaka pada ketika itu dapat digambarkan apabila Tome
Pires mengatakan bahawa kebiasaannya terdapat lapan puluh empat bahasa yang digunakan
di Pelabuhan Melaka untuk berinteraksi.

Selepas itu, British telah menggalakkan penghijrahan masuk orang Cina dan India
selepas proses imperialisme. Hal ini bertujuan untuk sektor ekonomi dimana tenaga mereka
digunakan dalam sektor perladangan dan perlombongan. Penghijrahan masyarakat Cina
berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British. Penghijrahan semakin pesat sejajar
dengan aktiviti perlombongan yang semakin meluas. Masyarakat India hijrah ke Tanah
Melayu secara besar besaran pada tahun 1840-an dan bekerja sebagai peladang.

2
2.2 Kes Tragedi Perkauman di Malaysia

i. Rusuhan Pulau Pinang (1957)


Peristiwa ini berlaku pada tarikh 2 Januari 1957, satu hari selepas status Bandaraya
diberikan pada bandar George Town, Pulau Pinang oleh pihak British. Rusuhan ini telah
berlaku kerana terdapat banyak reaksi yang bercampur-aduk dari pelbagai pihak dan kaum.
Bermulanya rusuhan ini adalah apabila berlangsungnya sebuah perarakan bagi meraikan
George Town yang telah mendapat status bandaraya. Perarakan itu hampir keseluruhannya
melibatkan orang cina, dan pihak UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Satu telah
membuat keputusan untuk tidak mengambil bahagian atau menghadirkan diri pada perarakan
tersebut atas sebab-sebab tertentu.

Selepas itu, telah tersebarnya khabar angin bahawa akan berlakunya kekacauan
semasa perarakan tersebut diadakan. Apabila khabar angin tersebut telah sampai kepada
pihak polis, polis-polis yang mengetuai perarakan tersebut di barisan hadapan telah diarahkan
untuk menyiasat perkara tersebut. Jadi, mereka yang berada dihadpan itu telah membuat
pusingan-u ke arah belakang perarakan tersebut. Akibatnya apabila polis melakukan
pusingan-u tersebut, ianya telah disalah tafsirkan oleh kaum Cina kerana mereka berfikir yang
orang Melayu akan melakukan serangan dari arah belakang.

Jadi, kaum cina telah mempersiapkan diri mereka dengan senjata-senjata tangan
seperti parang, kapak, dan sebagainya yang telah diperolehi dari rumah-rumah yang
berhampiran semasa perarakan tersebut berlangsung. Apabila keadaan menjadi semakin
tegang, polis terpaksa menyuraikan perarakan itu. Sekumpulan orang Cina yang sedang
bersurai itu sempat mengejar beberapa orang Melayu yang berlari ke arah rumah
berhampiran. Bagi memberhentikan orang Cina tersebut, polis terpaksa melepaskan
beberapa das tembakan sehingga menyebabkan salah seorang dari kumpulan terbabit maut,
manakala seorang lagi cedera. Akibat peristiwa itu, telah berlaku kejadian serang-menyerang
antara kaum Cina dan Melayu yang berlarutan sehingga 8 Januari 1957. Rusuhan ini telah
meragut 4 nyawa, dan 48 orang cedera.

3
ii. Rusuhan Pangkor (1959)

Menurut laporan dari MAGERAN, konflik di antara kaum Melayu dan Cina di Pulau
Pangkor memang sudah lama ada di pulau tersebut. Terutama sekali konflik yang melibatkan
samseng-samseng Cina dan Melayu. Rusuhan ini bermula apabila tercetusnya pergaduhan
antara seorang Cina dan seorang pemuda Melayu di Sungai Pinang pada 1 Mei 1959.
Perbalahan tersebut telah merebak dan tular, menyebabkan tercetusnya dendam antara
Melayu dan Cina di sana. Tiga orang Melayu telah cedera manakala kebanyakan harta telah
musnah dalam satu pergaduhan dengan orang Cina. Kesan daripada ini, banyak Melayu telah
membalas dendam.

Kemudiannya, seramai 20 orang Melayu yang lengkap bersenjata telah datang untuk
menyerang 30 orang Cina yang juga lengkap bersenjata. Pergaduhan ini dapat dielakkan oleh
polis yang tiba dan menyuraikan pergaduhan dari kumpulan itu. Seterusnya, pada keesokan
hari iaitu pada 2 Mei 1959, sebuah rumah kongsi dan enam buah rumah orang Cina telah
dibakar oleh orang Melayu dalam satu pergaduhan yang berlaku akibat salah faham.
Mesyuarat yang dikendali oleh seorang Imam di sebuah masjid telah menyuarakan pendapat
untuk mengendalikan satu kawalan keselamatan, dan telah dianggap oleh orang Cina kerana
kawalan keselamatan tersebut mungkin akan mengancam mereka. Akibatnya terjadilah
pergaduhan antara orang Cina dan orang Melayu semula.

Setelah beberapa pertempuran berlaku, ianya telah mengakibatkan seorang terkorban


manakala 5 tercedera dari pihak kaum Melayu. Dari pihak Cina pula, seorang telah terbunuh
manakala 2 lagi tercedera. Peristiwa balas-membalas dendam telah menyebabkan huru-hara
di Pulau Pangkor tersebut dan kawasan-kawasan berhampirannya. Tegasnya pihak-pihak
berkuasa di Pulau Pangkor untuk menangani rusuhan itu telah berjaya untuk meredakan
keadaan di pulau tersebut. Seterusnya, sebuah perintah berkurung telah diisytiharkan pada 3
Mei 1959 dan beberapa orang yang disyaki sebagai ketua atau dalang dalam rusuhan ini telah
pun berjaya ditangkap. Sebuah jawatankuasa Muhibbah telah dibentuk di Pulau Pangkor dan
pihak polis telah mengetatkan kawalan di pulau tersebut, ekoran rusuhan yang berlaku itu.

4
iii. Peristiwa 13 Mei 1949

Peristiwa ini mula berlaku pada 10 mei 1969 berikutan pengumuman keputusan
Pilihanraya Umum. Dr. Tan Chee Khoon meminta kebenaran polis untuk berarak meraikan
kemenangan parti Gerakan yang telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Perarakan
menuju ke Kampung Baru telah menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Padahal di Kampung Baru, lebih 30,000 orang Melayu yang menetap di sana yang menjadi
kubu UMNO. Mereka berasa terancam dengan pihak pembangkang. Ekoran perarakan ini,
telah dikatakan kaum Cina yang berarak telah mengikat penyapu pada kenderaan mereka
sebagai lambang ‘menyapu bersih’ kerusi sambil melaungkan slogan parti mereka.

Kemudian, UMNO telah merancang untuk mengadakan perarakan balas pada pagi 13
Mei 1969. Inilah yang telah mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Menurut MAGERAN
(Majlis Gerakan Negara), pergaduhan tercetus apabila pada pukul 6 petang, sekumpulan
pemuda Cina menghalang beberapa orang Melayu daripada menyertai perarakan UMNO itu
dengan membaling botol kaca dan batu kepada mereka. Perkara ini telah tular ke orang
Melayu yang sedang berkumpul di Kampung Baru dan pada pukul 6.30 petang, orang Melayu
bergerak menyerang orang Cina dengan bersenjatakan parang dan keris. Mereka membakar
kedai dan rumah sekitar kawasan Kuala Lumpur dan orang Cina yang terserempak terus
dibunuh. Sekurang-kurangnya 8 orang cina telah terbunuh semasa rusuhan pertama berlaku.

Pemuda-pemuda Cina telah mengepung Panggung Odeon di Jalan Tuanku Abdul


Rahman, Kuala Lumpur. Mereka menyuruh untuk mengeluarkan iklan dalam bahasa Cina
yang disiarkan di skrin pawagam, untuk mengarah penonton dari kalangan Cina untuk keluar
dari panggung itu. Penonton bangsa Melayu tidak faham tulisan Cina itu. Oleh itu, pemuda-
pemuda Cina terus menyerbu masuk dan menetak penonton yang tinggal, serta bertindak
untuk membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton yang tinggal, mati dalam
keadaan ngeri. Angka rasmi telah menunjukkan bahawa 196 nyawa telah diragut, 439 cedera,
39 hilang, dan 9,143 ditaham. 211 kenderaan dilaporkan telah musnah, Manakala angka tidak
rasmi menunjukkan 86 orang Melayu maut, 342 Cina mati, dan lain-lain 3 orang.

5
2.3 Pengajaran Tragedi Perkauman

Tragedi perkauman yang berlaku bukanlah perkara yang kecil dan boleh diambil
ringan. Ia kerana kes tragedi yang telah berlaku ini telah meninggalkan banyak kesan dalam
kehidupan kita sehingga ke hari ini. Antara perkara yang harus diambil iktibar daripada
peristiwa-peristiwa tersebut adalah kesepaduan masyarakat yang berbilang kaum yang harus
dititikberatkan. Untuk mewujudkan suasana yang harmoni dan aman, masyarakat di Malaysia
haruslah bersatu padu untuk menjaga keharmonian negara. Dari apa yang dapat dilihat,
ketiga-tiga kes yang berlaku adalah disebabkan oleh salah faham yang berlaku antara kaum
sehingga tercetus pergaduhan dan berlakunya kehilangan banyak nyawa.

Seterusnya, nilai hormat menghormati dan bertolak ansur mesti diterapkan dalam
masyarakat Malaysia. Nilai seperti ini dapat membantu banyak perkara seperti tiada
masyarakat yang salah faham antara mereka sehingga berlakunya pergaduhan dan hasad
dengki terutamanya apabila melibatkan antara pelbagai kaum. Jika adanya tolak ansur antara
masyarakat, ia boleh mengelakkan sifat curiga diantara kaum kerana ia boleh mengeruhkan
situasi seperti sehingga berlaku perkara yang tidak diingini. Oleh sebab itu, amat penting
untuk masyarakat berfikir dahulu sebelum bertindak perkara yang boleh merugikan kaum.

Salah satu punca pergaduhan antara kaum juga berlaku adalah kerana sifat dendam
dan beberapa isu sensitif yang timbul antara kaum. Perkara sebegini amat merugikan negara
dan malah boleh menguntungkan lagi musuh-musuh negara yang sentiasa mencari peluang
untuk menjatuhkan negara kita. Masyarakat juga hendaklah sentiasa berfiki menyelesaikan
untuk menyelesaikan masalah dan mempunyai kata sepakat yang dipersetujui oleh semua
kaum bagi mengelakkan lagi sifat dendam di antara kaum.

Peranan Kerajaan juga sangat penting dalam menyelesaikan masalah yang timbul dalam
kalangan masyarakat. Dengan tercetusnya peristiwa 13 Mei, ia telah membuka mata kerajaan
untuk mengadakan dasar perpaduan untuk dijadikan rujukan oleh masyarakat yang berbilang
kaum untuk hidup dengan aman. Semua pihak hendaklah bertanggungjawab untuk menjaga
perpaduan di negara kita. Perkara dan tragedi perkauman mungkin akan berlaku lagi di
negara kita jika tiada perpaduan di antara kaum. Peristiwa sebegini tidak memberi apa-apa
faedah kepada masyarakat malah menggugat keselamatan masyarakat untuk hidup dalam
keadaan harmoni. Oleh itu, masyarakat di Malaysia haruslah hidup dalam keadaan bersatu
padu demi mengekalkan suasana harmoni dan aman.

6
3.0 PENGUKUHAN KESEPADUAN SOSIAL DAN PERADABAN DI MALAYSIA

3.1 Kesepaduan Sosial dan Peradaban

Kesepaduan Sosial
Sejak tragedi sosial 13 Mei berlaku di Malaysia, kesepaduan sosial menjadi tumpuan
pakar akademik di Malaysia untuk cuba menjelaskan pengalaman tersebut. Kesepaduan
sosial adalah perkara yang harus diambil berat kerana ia merupakan komponen penting untuk
memastikan masyarakat berada dalam keadaan aman dan harmoni. Sehingga ke hari ini,
masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa. Namun
begitu, Malaysia mampu untuk mengekalkan situasi yang aman dan harmoni kerana sejak
dahulu telah terbina kesepakatan sosial di kalangan masyarakat di Malaysia. Kesepaduan
sosial di Malaysia telah diusahakan oleh kerajaan Malaysia melalui beberapa dasar negara
seperti Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Sosial Negara, Dasar Kebudayaan
Kebangsaaan, Dasar Keselamatan Negara dan Dasar Komuniti Negara. Dengan adanya
dasar-dasar ini, ia memberi kesan positif kepada negara untuk wujukan keamanan dan
keharmonian.

Walau bagaimanapun, dalam kalangan masyarakat masih lagi wujud isu dan perkara-
perkara yang masi belum dicapai atau tiada jalan penyelesaian. Antara sebab yang menjadi
punca masih wujudnya isu adalah kerana ia melibatkan hubungan masyarakat yang terdiri
pelbagai latar belakang dan juga pendidikan. Selain itu, jantina, jurang antara generasi, dan
media massa juga menjadi isu dan perkara yang masih lagi tertangguh penyelesaiannya
ataupun disebut defisit sosial.

Kesepaduan sosial adalah perkara yang membawa ke perpaduan di Malaysia dan


haruslah diusahakan untuk dicapai. Dengan adanya kesepaduan sosial dari usaha oleh
pelbagai pihak, ia boleh menjadi perkara yang menyatu padukan masyarakat untuk negara
mencapai keharmonian dan keamanan.

Peradaban
Peradaban adalah perkara yang meluas dan menyentuh pelbagai aspek
perkembangan manusia dan juga perkara meliputi budaya. Peradaban telah melalui pelbagai
zaman seperti zaman kemunculan, peningkatan dan juga kemerosotan. Malah terdapat juga
peradaban yang telah pupus dalam kalangan masyarakat tetapi nilai-nilainya tetap diterapkan
didalam peradaban yang baru.

7
Di Tanah Melayu, selepas kemunculan zaman kolonial iaitu zaman penjajahan kuasa
Barat, Kolonial Barat telah membawa budaya dan adab mereka ke dalam masyarakat ketika
itu dan antaranya adalah dari segi percakapan mereka, cara mereka berpakaia dan juga
pentadbiran. Di Malaysia juga telah menggunakan dan ambil budaya dan adab mereka untuk
diikuti. Perkara yang dapat dilihat menjadi ikutan Barat sehingga kini adalah seperti berjabat
tangan dan memberi salam yang mengikut etika formal kolonial. Malah, berjabat dan memberi
salam telah menjadi satu amalan di kalangan masyarakat Malaysia. Tambahan pula, di dalam
Islam amat menggalakkan untuk memberi salam kerana akan diberi ganjaran oleh Allah.

Setelah zaman kolonial, zaman moden telah muncul dan Malaysia masih lagi
menerapkan amalan peradaban tradisional di dalam kehidupan masyarakat. Adab juga telah
mengalami zaman peningkatan dan kepelbagaian. Masyarakat telah mengalami
kepelbagaian adab dan ini adalah kesan dari peninggalan zaman kolonial dan zaman kini
yang semakin hari semakin canggih. Disebabkan zaman telah berubah, banyak adab yang
telah bercampur dan wujud dalam kehidupan masyarakat. Dan disebabkan ini, masyarakat
telah mengalami perubahan jati diri seperti pecakapan dan juga pemakaian yang berubah
mengikut keadaan.

Oleh itu, ia menjadi perkara yang penting untu masyarakat lebih memahami makna
adab dan peradaban dengan mendalam. Ia kerana untuk mengekalkan jati diri dari terus
hilang dan tetap ada walaupun mengalami perubahan zaman. Selain itu, dengan adanya
penghayatan perdaban dan adab dalam kalangan masyarakat boleh membantu untuk mereka
menilai perkara yang boleh diikuti atau sebaliknya. Dengan ini, kita mampu untuk melahirkan
generasi yang tidak mati adat dan lebih bertanggungjawab.

8
3.1.1 Cabaran Perlaksanaan Kesepaduan Sosial dan Peradaban

Terdapat isu dan cabaran yang sering berlarutan dalam masyarakat secara umum,
tetapi dikaitkan dengan isu perpaduan dalam konteks yang kurang tepat. Melalui beberapa
sesi perundingan yang komprehensif, rakyat Malaysia telah mengemukakan pelbagai isu dan
cabaran yang boleh dikategorikan kepada 10 perkara di bawah cabaran kesepaduan sosial
seperti berikut:

Etnisiti
Kepelbagaian etnik sering dilihat sebagai penghalang utama kepada kebersamaan.
Hakikatnya, dengan berhati-hati, perpaduan antara etnik dan intra etnik mesti dikawal dan
dibangunkan secara konsisten melalui mekanisme yang pelbagai seperti interaksi dan jalinan
hubungan sosial.

Agama
Perbezaan agama sering disalahtafsirkan sebagai penghalang kepada keharmonian
sosial kerana salah faham konteks. Kekurangan sensitiviti dan pemahaman agama memberi
kesan kepada hubungan dan interaksi sosial.

Kelas sosial
Kegagalan untuk mengiktiraf bahawa setiap sistem sosial dalam masyarakat
mempunyai kelas sosial berdasarkan bangsa, keturunan, pekerjaan, status, atau ekonomi,
dan ini tidak seharusnya menjadi penghalang kepada perpaduan kerana kelas sosial
masyarakat adalah saling melengkapi dari segi tugas dan tanggungjawab. . Mewujudkan

9
tapak integrasi yang memenuhi objektif dan matlamat masyarakat, termasuk perpaduan kelas
sosial, adalah salah satu cara untuk mencapainya.

Pendidikan
Kehadiran institusi pendidikan pelbagai aliran di negara ini (seperti sekolah vernakular,
sekolah agama, dan sekolah luar negara) kadangkala dilihat sebagai batu penghalang dalam
usaha membina perpaduan rakyat dalam persekitaran berasaskan pengasingan. Bermula
dengan pendidikan awal kanak-kanak dan maju melalui pendidikan tinggi, teknik dan strategi
yang menghormati kesatuan disatukan dalam setiap institusi dan sistem pendidikan di negara
ini.

Bahasa
Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Matlamatnya adalah untuk menjadi alat untuk hubungan dan komunikasi dengan penduduk
yang pelbagai di negara ini. Kesukaran dan cabaran sebenar dari segi penyatuan ialah
melaksanakan pengajaran bahasa kebangsaan di semua institusi dan peringkat pendidikan
agar semua rakyat tanpa mengira kaum dapat bercakap, menulis, dan memahami antara satu
sama lain dengan mentaliti dan jati diri yang sama sebagai rakyat Malaysia. Hasilnya, ia
mempunyai keupayaan untuk memujuk individu untuk menggunakan bahasa sebagai
instrumen penyatuan dalam semua bahagian kehidupan mereka.

Jurang Generasi
Generasi yang berbeza dalam masyarakat Malaysia kini disusun mengikut umur,
pendidikan, pekerjaan, ideologi, dan budaya, mengakibatkan pertikaian mengenai nilai,
budaya, identiti, dan toleransi. Jurang generasi ini semakin meningkat. Kebimbangan dan
cabaran perpaduan memang berbeza sepanjang generasi, dan strategi yang mencukupi
berdasarkan pengalaman hidup setiap generasi amat diperlukan.

Gender
Dalam perspektif perpaduan, masalah gender harus dianggap sebagai fungsi dan
skop lelaki dan wanita untuk mempromosikan agenda perpaduan di peringkat individu,
keluarga dan komuniti. Pekerjaan sepenuh masa membuat perubahan dan mempunyai kuasa
untuk menyatukan orang ramai dalam suasana yang pelbagai. Keupayaan untuk
mendedahkan peranan dan bakat jantina dalam konteks perpaduan tulen boleh memberi
kesan kepada evolusi masyarakat secara lebih dinamik.

10
Politik federalisme
Apabila isu nasional diperdebatkan dalam konteks hak masing-masing dalam
perlembagaan, politik federalisme muncul sebagai isu dan cabaran yang cuba mengheret
perpaduan. Akibatnya, politik federalisme mesti dinilai dan ditangani dalam konteks isu tulen.
Pemimpin di semua peringkat mempunyai peranan penting dalam memupuk kebersamaan
dikalangan masyarakat.

Ruang Bandar – desa


Sekatan fizikal dan infrastruktur yang telah membentuk aspek sosial masyarakat dan
aktiviti ekonomi sering memisahkan persekitaran bandar dan luar bandar. Kesukaran dan
cabaran sebenar merentasi sempadan ini dalam konteks perpaduan, dan rakyat, keluarga,
dan masyarakat mesti mempertimbangkan kesanggupan dan keupayaan mereka untuk
menggunakan ruang bandar-luar bandar untuk menggalakkan perpaduan, dengan
mengambil kira perbezaan permintaan dan halangan antara kawasan bandar dan luar bandar.

Media
Penyebaran maklumat yang pantas merupakan kesukaran utama yang dihadapi oleh
seluruh dunia. Penggunaan media massa dan digital secara melulu dan salah mendatangkan
bahaya kepada kestabilan dan perpaduan. Untuk mengatasi kesan negatif kepantasan
teknologi media, yang semakin menjejaskan ruang perpaduan hari ini, komunikasi dan
penguatkuasaan undang-undang yang lebih berkesan diperlukan.

Psikologi dan Pengembangan Karakter


Salah satu tantangannya adalah mengembangkan rasa identitas nasional Malaysia.
Tanpa identitas yang kuat dan kuat, suatu negara akan tertinggal jauh. Integritas identitas
adalah nilai-nilai internal yang kuat dan kuat seperti kerja keras, percaya diri, dan positif.
Selain itu, pertanyaan lain yang muncul adalah ketika sulit untuk meningkatkan semangat
solidaritas (budaya dan nilai bersama) dalam keragaman. Seperti yang kita ketahui bersama,
Malaysia memiliki suku dan negara yang berbeda-beda. Setiap orang memiliki adat dan
budayanya masing-masing, dan solidaritas antar manusia membutuhkan waktu dan strategi
yang digunakan.

11
3.1.2 Kesan Kesepaduan Sosial dan Peradaban

Menciptakan masyarakat yang mempraktikkan semangat perkongsian, saling


menghormati dan menanamkan toleransi di antara orang Malaysia.
Masyarakat akan lebih terbuka untuk mengetahui dan memahami berbagai agama
yang ada di negeri ini untuk lebih meningkatkan pemahaman dan agama di kalangan
masyarakat. Selain itu, perayaan berbagai perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina,
Deepavali, Krismas, Hari Gawai, Kaamatan dan lain-lain, dapat menjadi wadah bagi
masyarakat untuk saling mengenal budaya dan adat istiadat, sekaligus mempererat tali
persaudaraan.

Kerukunan dan keamanan nasional dapat diperkuat.


Misalnya, setiap perayaan memiliki rumah terbuka yang menumbuhkan kesepaduan
sosial dengan berziarah, gotong royong dan bertetangga, budaya kita sehari-hari. Dengan itu,
orang akan hidup dalam kehidupan yang lebih harmoni dan aman.

Ekonomi milik negara dapat diperkuat.


Kesepaduan sosial juga memperkuat perekonomian suatu negara dengan melibatkan
semua orang dalam kegiatan ekonomi. Sebagai contoh, Yayasan Ekonomi Baru yang
diluncurkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1970 bertujuan untuk mengoreksi ketimpangan
sosial ekonomi yang ada di negara ini. Pengaktifan basis ekonomi menjamin peningkatan
taraf hidup masyarakat untuk mencapai kemajuan pembangunan negara. Perbedaan fungsi
perekonomian nasional akan terhapus, lahirnya integrasi ekonomi nasional, dan sekaligus
meningkatkan tingkat pembangunan ekonomi negara.

12
3.2 Dasar Perpaduan Negara

Dasar Perpaduan Negara (DPN) adalah dasar yang luas yang mentakrifkan langkah -
langkah yang berterusan untuk mempromosikan, mengukuhkan, dan mengekalkan
perpaduan rakyat. Konsep perpaduan pluralistik digunakan untuk menjaga masyarakat
majmuk negara dengan selaras. Strategi ini menetapkan nada untuk perpaduan negara dan
berfungsi sebagai pemangkin untuk transformasi Malaysia menjadi negara bersatu, damai,
dan berjaya. Dasar Perpaduan Negara (DPN) adalah dasar negeri pertama yang bertujuan
untuk mempromosikan integrasi dan perpaduan negara.

Perlembagaan Persekutuan dan tiang negeri adalah nilai dan strategi utama DPN.
Semua bahagian masyarakat mesti menghargai dan mengamalkan sejarah dan semangat
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, yang menjadi asas bagi semua inisiatif
kerajaan. Pertumbuhan DPN juga selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030
(WKB) bertujuan mewujudkan negara bersatu, makmur, dan bermaruah.

DPN mesti mencapai tiga (3) objektif iaitu memperkukuh perpaduan dan integrasi
nasional selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, Membentuk identiti
nasional dengan semangat jati diri, patriotisme, prihatin, bertolak ansur, saling menghormati
dan bertanggungjawab dan yang ketiga adalah membangunkan rakyat Malaysia yang
menghargai dan mengamalkan perpaduan. DPN menentukan tiga (3) teras perpaduan dalam
membangun, mengukuhkan, dan mengekalkan perpaduan di kalangan rakyat, serta menjaga
keharmonian dalam masyarakat majmuk negara, untuk mencapai matlamat. Patriotisme dan
demokrasi, identiti nasional, dan ekosistem perpaduan adalah tiga (3) teras perpaduan.

Kementerian Perpaduan Negara telah mengadakan konsultasi dengan pelbagai pihak


berkepentingan, termasuk kementerian dan agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan
(NGO), ahli akademik, pakar perpaduan, dan jentera perpaduan akar umbi, seperti termasuk
wakil-wakil Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Sekretariat Rukun Negara (SRN), untuk
Memastikan pengembangan keseluruhan. Dasar ini harus menjadi panduan untuk semua
pihak berkepentingan, termasuk kementerian dan Lembaga kerajaan, sector swasta, LSM
dan masyarakat madani, dan masyarakat Malaysia secara keseluruhan. Setiap kumpulan
komuniti mempunyai peranan untuk bermain dalam pembentukan persatuan. Selaras dengan
keupayaan masyarakat.

13
Setiap rakyat Malaysia yang menyokong integrasi nasional harus aktif dalam masalah
asas ini untuk kepentingan pertumbuhan generasi masa depan. Dasar Perpaduan Nasional
adalah untuk kepentingan setiap rakyat Malaysia yang merupakan tugas bersama,
memerlukan dedikasi dan usaha semua pihak. Pada tahap individu, keluarga, dan komuniti,
setiap rakyat Malaysia harus menyumbang kepada agenda penyatuan. Strategi ini telah
diluluskan oleh Kabinet pada 20 Januari 2021, dan Perdana Menteri akan mengumumkannya
pada bulan Februari 2021, bersama dengan Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030.

14
3.2.1 Teras Perpaduan

Usaha untuk membangunkan perpaduan, penyatupaduan dan kesepaduan sosial


dalam kepelbagaian etnik dan agama, serta kerumitan budaya dan kebiasaan yang kita miliki,
mesti diselaraskan untuk mencapai tujuan membina sebuah negara yang makmur. Malaysia
mengembangkan dan membina semula identiti kebangsaan dengan cara yang unik, sambil
mengekalkan interaksi etnik. Peranan bahasa kebangsaan, seperti yang ditakrifkan dalam
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, akan dilindungi dan diiktiraf sebagai bahasa.
Mencerminkan identiti negara bahasa kebangsaan, sebagai pendidikan yang paling penting,
dapat membantu mempromosikan kesatuan negara multiracial. Perkara 3(1) mengisytiharkan
Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Sebaliknya, agama -agama lain dapat diamalkan
dengan damai dan kerjasama.

Kepelbagaian budaya dan adat harus dihargai dan bukannya digunakan sebagai
penghalang untuk memupuk perpaduan dan meningkatkan hubungan kaum. Adalah penting
untuk menawarkan setiap individu dengan pemahaman dan penerimaan budaya yang
berbeza. Pembinaan identiti negara menekankan pertumbuhan dan pengukuhan personaliti
dan personaliti yang tinggi. Kerana identiti kebangsaan yang anda mahu dilahirkan adalah
salah satu yang dapat menyatukan kepelbagaian sementara masih mempunyai keperibadian
yang kuat dan rasa bangga. Untuk mewujudkan, meningkatkan, dan mengekalkan perpaduan
di kalangan rakyat dan keamanan masyarakat yang pelbagai negara, identiti kebangsaan
mempunyai tiga (3) strategi.

Strategi pertama adalah untuk memperkukuh peranan bahasa sebagai alat integrasi
perpaduan Penguasaan bahasa Melayu harus bermula pada pendidikan awal kanak -kanak
dan diteruskan di semua peringkat pendidikan, termasuk sekolah rendah dan menengah,
serta sebagai subjek wajib di Universiti Komunikasi. Bercakap dalam bahasa yang difahami
secara meluas adalah tanda masyarakat yang menerima perpaduan dan cinta negara untuk
perpaduan. Untuk meningkatkan hubungan antara kumpulan etnik yang berbeza dan
mengukuhkan integrasi, usaha dan insentif mereka untuk mempelajari pelbagai bahasa etnik
tempatan mesti ditingkatkan.

Strategi kedua adalah meningkatkan kefahaman tentang agama, budaya dan adat
berbilang kaum. Usaha untuk meningkatkan pengetahuan awam tentang agama lain dapat
membantu membentuk dan membuka rangkaian hubungan yang lebih besar antara
masyarakat agama yang berbeza. Memahami dan mengagumi budaya dan kebiasaan

15
kumpulan etnik yang pelbagai mesti diperkenalkan dan ditanam pada peringkat awal bayi.
Institusi pendidikan boleh membantu dengan mewujudkan iklim yang menggalakkan
pencampuran serum dan meningkatkan pemahaman pelajar tentang pelbagai budaya dan
tradisional. Kepelbagaian budaya juga dipromosikan, dipromosikan, dan diterima oleh sektor
komersil dan organisasi bukan kerajaan (NGO).

Dan strategi terakhir adalah pembentukan masyarakat yang bersahsiah tinggi,


berintegriti dan berakhlak mulia. Membina negara yang kuat dan bertanggungjawab yang
menyokong kedaulatan negara tidak kira di mana mereka menuntut usaha berterusan untuk
memastikan pembinaan harga diri, integriti, dan masyarakat moral yang tinggi.

16
3.2.2 Cara Perlaksanaan Dasar

Meningkatkan kepentingan bahasa sebagai wadah perpaduan dan integrasi.


Penggunaan Bahasa Melayu perlu ditekankan bermula dalam pendidikan awal kanak-
kanak dan berterusan melalui semua peringkat pendidikan, termasuk sekolah rendah dan
menengah, malah sebagai topik wajib di IPT. Amalan bertutur dalam bahasa yang sama
menunjukkan masyarakat mementingkan kerjasama dan kasih sayang kepada negara
sebagai satu cara untuk mencapai perpaduan. Untuk merangsang hubungan antara
kumpulan etnik yang berbeza dan memperdalam integrasi di kalangan mereka, usaha dan
insentif untuk mempelajari bahasa kumpulan etnik tempatan yang pelbagai harus
ditingkatkan.

Meningkatkan pengetahuan tentang kepercayaan, tradisi dan adat resam pelbagai


kumpulan etnik.
Usaha untuk memupuk dan memperdalam kesedaran masyarakat tentang agama
yang berbeza boleh membantu mewujudkan dan menyediakan ruang untuk penglibatan yang
lebih berkuasa di kalangan komuniti agama. Pendedahan awal dan pembentukan
pemahaman dan penghormatan terhadap budaya dan amalan pelbagai etnik adalah penting.
Institusi pendidikan mempunyai peranan dalam mewujudkan persekitaran yang mesra,
memudahkan interaksi silang budaya, dan meningkatkan pengetahuan pelajar tentang
kepelbagaian budaya dan adat resam. Kepelbagaian budaya juga ditonjolkan, dipromosikan
dan diarusperdanakan oleh sektor komersial dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Membentuk masyarakat yang lurus, berakhlak mulia dan berakhlak mulia.


Membentuk masyarakat yang berakhlak mulia, berintegritas, dan berintegritas
memerlukan upaya terus menerus untuk menjamin terwujudnya negara-bangsa yang cakap,
bertanggung jawab, dan mampu mempertahankan kedaulatan negara di mana pun berada.
Malaysia boleh menjadi panutan bagi negara lain.

Kesepaduan sosial mempunyai kesan yang besar kepada negara. Tanpa keresahan
masyarakat di negara ini, nama baik Malaysia dapat dijaga dan sentiasa dihormati oleh negara
lain. Malah, beliau juga merupakan contoh yang baik kepada negara lain. Ini kerana, apabila
setiap negara bersatu, ia adalah kemenangan dalam ranking global.

17
4.0 KESIMPULAN

Isu perkauman dapat dibendung jika budaya hormat menghormati sesama bangsa
dan agama dipraktikkan terutama bagi rakyat Malaysia yang majmuk. Hal ini kerana setiap
bangsa dan agama mempunyai cara dan pemikiran yang tersendiri. Jika kita tidak saling
hormat-menghormati maka sikap merendahkan atau memperlekehkan bangsa dan agama
yang lain akan berlaku. Perbezaan agama dan budaya menunjukkan kepelbagaian dan
keunikan Malaysia dan ia perlu dimartabatkan oleh masyarakat Malaysia.

Tragedi yang lepas seperti peristiwa 13 Mei, rusuhan Pangkor dan rusuhan Pulau
Pinang perlu diambil iktibar oleh rakyat Malaysia supaya hal yang sama tidak berulang lagi di
masa akan datang. Setiap generasi perlu didedahkan dengan isu perkauman agar
keharmonian dapat dikekalkan dan suapaya setiap generasi lebih berfikiran terbuka.

Kesepaduan sosial perlulah dikecapi sesama masyarakat supaya hubungan antara


bangsa dan kaum dapat dieratkan dan dikekalkan selamanya. Apabila kesepaduan sosial
dapat dikecapi banyak kebaikan yang diperolehi bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi
mendatangkan kebaikan kepada masyarakat dan negara itu sendiri.

Dasar perpaduan negara perlulah diambil sebagai enzim yntuk mengukuhkan


perpaduan di kalangan masyarakat. Perlembagaan persekutuaan dan rukun negara perlulah
dihayati oleh setiap masyarakat di Malaysia untuk menghasilkan masyarakat yang bersikap
patriotik dan bersatu padu.

18
REFERENCES

Baharuddin, S. A. (2011). Kesepaduan dalam Kepelbagaian; Perpaduan di Malaysia sebagai


work-in-progress. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dasar Perpaduan Negara (DPN). (2022). Retrieved from
https://www.perpaduan.gov.my/index.php/bm/dasar-pelan/dasar-pelan-kementerian-
perpaduan-negara/dasar-perpaduan-negara-dpn
Dasar Perpaduan Negara. (2022). Retrieved from
https://www.perpaduan.gov.my/images/document/penerbitan/Dasar_Perpaduan_Neg
ara-1.pdf
Embong, Z. (2021). BAB 4: PEMANTAPAN KSEPADUAN NASIONAL MALAYSIA. In N. A.
Ateerah Abdul Razak, Penghayatan Etika & Peradaban. Universiti Malaysia Kelantan.
Haniffa, M. A. . (2017). KONFLIK KAUM SELEPAS PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH
MELAYU: KAJIAN AWAL BERASASKAN LISAN. Jurnal Peradaban, 10(1), 16-37.
Husin, W. N. (2012). Peradaban dan perkauman di Malaysia: hubungan etnik Melayu-Cina.
Universiti Malaysia.
Maharajalela, C. (2011). Tragedi Rusuhan Kaum Selain 13 Mei Wajib Anda Ketahui. Retrieved
from http://gerakanantidap.blogspot.com/2011/05/mesti-baca-tragedi-rusuhan-kaum-
selain.html
Mubarak, M. Z. (2021). Bab 2: Konsep Etika dan Peradaban. In N. A. Ateerah Abdul Razak,
Penghayatan Etika & Peradaban. Universiti Malaysia Kelantan.
Peristiwa 13 Mei - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. (n.d.). Retrieved from
Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
Peristiwa Rusuhan Kaum yang Pernah Berlaku di Malaysia. (2018, January 19). Retrieved
from http://myhumanityidea.blogspot.com/2018/01/4-peristiwa-rusuhan-kaum-yang-
pernah.html

19

You might also like