You are on page 1of 134

SEJARAH KEMASYARAKATAN

MALAYSIA
ME 3223
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN
KEMANUSIAAN

Prof. Madya Dr. Khazin Mohd. Tamrin


Prof. Madya Dr. Nordin b. Hussin

Pusat Pengajian Jarak Jauh, UKM


Bangi. 2003

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

Cetakan Pertama, 2003


Hak Cipta Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh


diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam
sebarang bentuk atau dengan sebarang alat pun, sama ada dengan cara
elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran
bertulis daripada UKM terlebih dahulu.

Diterbit di Malaysia oleh


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 UKM Bangi, Selangor

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

KANDUNGAN
Halaman

MATLAMAT MODUL

BAB 1

Pendahuluan

BAB 2

Masyarakat Semenanjung Tanah Melayu Sejak Tahun 1800

17

BAB 3

Masyarakat Melayu Maritim.

25

BAB 4

Kemunculan dan Perkembangan Bandar-Pelabuhan

39

BAB 5

Masyarakat Bandar-Pelabuhan

49

BAB 6

Penempatan Masyarakat Sejak Abad Ke-19

59

BAB 7

Masyarakat Pribumi dan Perubahan

81

BAB 8

Masyarakat Imigran: Pola dan Ciri Kehidupan

95

BAB 9

Keresahan Sosial Sejak Zaman Kolonial

107

BAB 10

Kesimpulan

125

BIBLIOGRAFI

130

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

MATLAMAT MODUL

Matlamat modul ini ialah untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada pelajar
sejarah tentang sejarah perkembangan masyarakat Malaysia yang sewajarnya
disebut dari perspektif masyarakat Malaysia yang berpandukan kepada hakikat
sejarah.

SKOP MODUL
Modul ini akan menumpukan aspek kemasyarakatan dalam Sejarah Malaysia
dengan menekankan tentang:

Sejarah kegemilangan masyarakat Melayu di bidang perdagangan maritim


pada zaman pra-kolonial.

Evolusi masyarakat Malaysia dengan memahami hakikat masyarakat


pribumi sebagai nuklias kepada masyarakat Malaysia.

Faktor kolonial sebagai salah satu faktor yang pernah menjadi penghalang
kepada progres solidariti sosial.

Kesan penjajahan terhadap sikap, mentaliti dan patriotisme masyarakat


Malaysia.

OBJEKTIF MODUL
Modul ini dengan diharapkan agar dapat menimbulkan:

Kefahaman

pelajar

terhadap

realiti

sejarah

perkembangan

dan

pembentukan masyarakat Malaysia.

Kesedaran tentang kepentingan sejarah sebagai terus pembentukan


patriotisme.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

Keperluan mempelajari dari fenomena sejarah agar memperkuatkan


semangat cintakan tanah air dan kemampuan membina keperibadian
bangsa Malaysia.

Keinsafan dalam jiwa dan sanubari pelajar agar menghargai jasa dan
pengorbanan tokoh dan pemimpin masyarakat dan negara yang telah
berjasa dan berbakti pada nusa.

PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL


Modul ini adalah untuk membawa pelajar memahami sejarah perkembangan dan
pembentukan masyarakat dan negeri di Malaysia melalui aspek kemasyarakatan
dan kemanusian. Para pelajar dibawa dari zaman kegemilangan masyarakat pribumi
Melayu abad 15 hingga zaman kolonial pada dekad kelima abad kedua puluh.
Pembentukan masyarakat dan pertembungan budaya antara lokal dan asing
menjadi suatu hakikat dalam sejarah Malaysia yang perlu disedari oleh pelajar dan
masyarakat umum. Untuk mendalami pengetahuan dalam aspek tertentu para
pelajar perlu menangani soalan-soalan penilaian dan bahan-bahan rujukan
tambahan yang disenaraikan.

CARA PENILAIAN
Para pelajar adalah dinilai akan kefahaman mereka dari modul ini melalui soalansoalan yang disenaraikan untuk menganalisis isu-isu persoalan yang diutarakan.
Para pelajar akan dinilai melalui kerja tugasan yang diberi dalam bentuk esei dan
skrip jawapan mengikut skema pemarkahan berikut:

Kerja kursus dan Tugasan :

40%

Peperiksaan akhir

60%

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

BAB 1
PENDAHULUAN

Objektif

Memupuk minat dan kesedaran pelajar terhadap kepentingan, kegunaan dan


aplikasi sejarah dalam kehidupan.

Memberi kefahaman yang bererti tentang Sejarah Kemasyarakatan Malaysia.

Memahami hakikat tentang pembentukan petempatan, negeri, masyarakat


dan bangsa Malaysia dari perspektif sejarah.

Memberi kesedaran tentang kepentingan pembinaan perpaduan masyarakat


Malaysia yang perlu berasaskan dari fakta dan hakikat sejarah.

Memaparkan kepada pelajar tentang perlunya belajar dari sejarah dalam


membentuk patriotisme di kalangan warga Malaysia.

Menonjolkan dan mendedahkan niat dan agenda buruk penjajah Barat


lazimnya terhadap tamadun dan tradisi masyarakat Malaysia.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

BAB 1
PENDAHULUAN

Sebuah ungkapan keramat dari warisan falsafah hidup Melayu ada menyebutkan
tentang fungsi sejarah dalam kehidupan manusia. Ungkapan tersebut menyatakan
Sejarah mengajar kita dewasa yang mencerminkan peri pentingnya sejarah
sebagai ilmu, displin dan warisan yang berperanan membentuk dan membina
keperibadian manusia dan masyarakat. Malahan peradaban sesuatu rumpun dan
bangsa juga terbina dan dipertahankan atas peranan sejarah yang sentiasa
menonjolkan motivasi untuk mencerakan ciri dan pola kehidupan masyarakat.
Berasaskan kepada ungkapan ini juga dapat dipaparkan dalam sejarah evolusi
masyarakat Malaysia yang dapat diperlihatkan tentang perkembangan dan
perubahan yang telah, sedang dan terus berlaku. Pelbagai faktor memang turut
mempengaruhi perkembangan dan perubahan masyarakat Malaysia. Peringkat
perubahan inilah yang perlu difahami melalui perspektif yang berasaskan kepada
kebenaran dalil sejarah. Ini bermakna dalam konteks ungkapan di atas bahawa
sejarah mengajar kita dewasa adalah suatu kenyataan yang bersifat tegas agar
setiap anggota masyarakat sentiasa mempelajari, mencontohi dan merenungi dari
seberang perkara yang telah berlaku. Apa yang penting ialah sebarang fenomena
sejarah yang baik perlu dijadikan pegangan untuk memberi motivasi yang tinggi.
Manakala segala kejadian yang buruk harus dijadikan sempadan. Oleh itu bermakna
bahawa ungkapan ini adalah menggalakkan anggota masyarakat Melayu agar
sentiasa berfikiran waras dan positif. Sentiasa sensitif terhadap segala faktor dan
kejadian yang berlaku dalam keluarga dan masyarakatnya. Faktor-faktor yang
muncul termasuklah sama ada cetusan dari dalaman maupun yang datang dari luar.
Kursus Sejarah Kemasyarakatan Malaysia adalah sebuah kursus yang
bertujuan untuk memberi kefahaman kepada para pelajar khasnya dan masyarakat
Malaysia umumnya mengenai evolusi perkembangan masyarakat Malaysia. Sejarah
Kemasyarakatan Malaysia akan dipaparkan dari perspektif sejarah masyarakat
Malaysia yang menekankan tentang peranan masyarakat tempatan. Ini bermakna
fokas utama perbincangan adalah untuk memberi perhatian terhadap kegiatan
kehidupan masyarakat yang terbentuk hingga kini. Namun demikian perbincangan
ini adalah perlu untuk menyorot perhubungan dan perubahan yang telah terjadi
mengikut zaman yang meliputi sebelum kedatangan berat, zaman kolonial dan
zaman pembangunan awal hingga tahun 1950an.
Oleh kerana tumpuan perbincangan adalah tentang masyarakat dalam
konteks perkembangan dan perubahan, maka beberapa aspek yang mempengaruhi
perhubungan kehidupan dan perubahan masyarakat adalah perlu diberi perhatian.
Antara lain termasuklah dengan memberi penjelasan tentang keadaan dan

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

perkembangan masyarakat mengikut zaman-zaman tertentu. Pelbagai situasi


sejarah yang mempengaruhi perubahan dalam kehidupan ekonomi, sosial dan politik
masyarakat Malaysia dibicarakan agar pemahaman yang benar-benar berasas
dapat diterima dengan rasa insaf.
Adalah menjadi salah satu objektif kursus ini untuk memberi kefahaman yang
mendalam dan bermakna kepada para pelajar dan masyarakat amnya. Malahan apa
yang lebih penting lagi ialah untuk menimbulkan rasa kesedaran dan keinsafan
kepada rakyat Malaysia yang cintakan tanah airnya agar menjadi warganegara yang
taat dan patriotik. Ilmu sejarah adalah sangat penting untuk menyalurkan rasa insaf
dan patriotik terhadap warga Malaysia yang telah dan terus dicabar dengan pelbagai
dugaan. Salah satu dari gejala negatif yang membahayakan warga dan masyarakat
Malaysia ialah akibat fahaman materialistik yang telah disalurkan kepada
masyarakat Malaysia pada zaman kolonial. Nilai-nilai Barat yang sangat berkesan
yang ditanamkan melalui sistem pendidikan Barat telah menyebabkan munculnya
apa yang disebut sebagai pemikiran kolonial. Begitu juga dengan pemikiran yang
mengiktiraf produk barat sehingga kini masih terus menguasai jiwa dan mentaliti
masyarakat Malaysia. Agenda pemodenan Barat yang dibicara dan diperkenalkan
pada zaman kolonial telah benar-benar berkesan dalam kehidupan masyarakat
tempatan. Cara pemikiran sebegitulah yang boleh membahayakan pembinaan
keperibadian Malaysia yang tulin. Sistem dan falsafah kehidupan masyarakat
peribumi yang definitif semakin tercemar oleh arus kehidupan moden yang berpaksi
ke Barat. Walaupun Islam turut membawa perubahan dalam kehidupan masyarakat
rumpun Melayu namun cabaran dari nilai hidup Barat terus melanda dengan kuat. Ini
menyebabkan berlakunya keadaan yang keliru, pertentangan, kejadian-kejadian
yang dianggap radikal hingga menimbulkan elemen terrorisme dalam masyarakat. Di
sinilah peri pentingnya untuk memahami asal usul kejadian yang melibatkan
pertentangan peradaban Barat, Timur dan Islam. Kesan dari pertentangan antara
orang Barat dan Islam memang memberi dampak yang cukup mendalam kepada
masyarakat pribumi Melayu khasnya dan masyarakat bukan Melayu amnya. Ini
bermakna bahawa pemahaman terhadap persoalan yang melibatkan konsep moden
dalam sejarah Malaysia juga perlu diberi penjelasan.
Penjelasan terhadap apa yang dikatakan sebagai tradisi dan tradisional,
pemodenan dan pembaratan dan juga tentang perubahan dan kemajuan juga
adalah perlu diberi perhatian. Persoalan ini sememangnya sentiasa membelenggu
pemikiran masyarakat. Selama ini pengertian moden sentiasa dikaitkan dengan
peranan orang Barat, khususnya Inggeris sebagai bangsa penjajah yang dianggap
pelopor perubahan kepada masyarakat Malaysia. Abad ke-19 pernah disifatkan
sebagai zaman titik tolak bermulanya pemodenan dalam masyarakat Malaysia.
Pemikiran ini semacam sudah diterima oleh sebahagian besar dalam masyarakat
Malaysia. Hinggakan kehidupan yang berpandukan kepada nilai Barat diiktiraf
sebagai cara yang rasional dan bermutu. Keadaan ini ternyata sehingga
menyebabkan perubahan sikap yang agak drastik kerana sikap patriotik terhadap
warisan budaya semakin luntur. Ancaman dan cabaran nilai kehidupan barat
sehingga kini ternyata berterusan apatah lagi dengan kehadiran faktor globalisasi
menyebabkan banyak lagi faktor kehidupan turut terancam, termasuklah kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa nasional. Ini menunjukkan bagaimana dampak
kehidupan dan pemikiran kolonial Barat sangat kuat dalam mempengaruhi minda,
nilai, sikap dan tindakan para individu warga Malaysia sehingga kiini. Sejarah

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

10

Kemasyarakatan Malaysia ini adalah salah satu usaha untuk mengembalikan


semula patriotisme masyarakat terhadap warisan kehidupan bangsa yang memiliki
tradisi, adat dan bangsa [bahasa] aslinya.
Perbincangan dan kesedaran masyarakat Malaysia tentang kedudukan
bentuk masyarakat Malaysia memang telah diketahui adalah jelas [telah ada].
Tetapi perbincangan yang mendalam dari sudut sejarah tentang fenomena
kemunculan masyarakat bentuk baru ini dan kaitannya dengan kedudukan
masyarakat pribumi sebagai bangsa yang definitif di Malaysia masih kurang
dipaparkan secara jelas. Ini termasuklah pemahaman terhadap sifat dipaparkan
secara jelas. Ini termasuklah pemahaman terhadap sifat heterogen yang ada pada
masyarakat dalam rumpun Melayu yang sentiasa menimbulkan prasangka dari
kehidupan warga bukan pribumi[warga bukan pribumi] Begitu juga dengan
pemahaman tentang konsep bumiputera dan pribumi, orang asli, Melayu Indonesia
dan sebagainya yang masih menjadi kekeliruan di kalangan rakyat bukan Melayu.
Sebahagiannya turut mempolitikkan isu yang dianggap samar-samar
pemahamannya [maksudnya]. Sekiranya persoalan ini tidak dipecahkan melalui
displin dan ilmu sejarah untuk menonjolkan perkara yang benar, perpaduan
masyarakat akan terus tergugat dalam [dan] sentiasa menimbulkan masalah. Oleh
itu [pemahaman yang tepat berkenaan] latar belakang tentang sejarah masyarakat
Malaysia memang sangat perlu. Pendidikan sejarah adalah salah satu cara paling
berkesan yang dapat mengubati penyakit tiada kesedaran sejarah, apatah lagi
apabila merebak kepada lupa dan [,] memandang rendah dan buta sejarah.
Matlamat utama kursus ini sekarang kiranya adalah untuk memberi beberapa
maklumat dan pendekatan yang disifatkan bermakna kepada generasi baru warga
Malaysia. Antara lain termasuklah agar setiap warga Malaysia saling memahami
tentang budaya, tradisi dan adat masyarakat yang ada. Namun demikian yang paling
utama ialah bahawa hakikat sejarah adalah suatu perkara yang sangat penting
untuk difahami dan dihayati oleh rakyat Malaysia. Begitu juga dengan [keperluan]
pembinaan keperibadian warga dan bangsa Malaysia adalah perlu [yang]
berpandukan kepada [[kefahaman segala]] selok belok perkembangan sejarah
Malaysia. Yang paling jelas ialah bagaimana rakyat Malaysia perlu mempertahankan
keharmonian dan keamanan masyarakatnya. Tentunya faktor sejarah perlu
disedarkan kepada warganya agar dapat menginsafi dan belajar dari sejarah. Dunia
hanya akan aman sekiranya semua umat berpandukan hidupnya kepada hakikat
sejarah. Tindakan negatif manusia yang didorong oleh nafsu dan syaitan juga dapat
dihindarkan dengan melalui nasihat, tindakan dan pengajaran dari bukti-bukti dan
dalil sejarah.
Walaupun tajuk kursus ini adalah tentang sejarah kemasyarakatan Malaysia,
namun perbincangan akan meliputi semua aspek kehidupan untuk memperkatakan
kehidupan masyarakat hanya pada satu sudut sahaja. Ketiga-tiga aspek ini memang
saling berkaitan. Walau bagaimanapun tumpuan utama adalah pada bahagian yang
melibatkan faktor-faktor perubahan, ciri-ciri dan pola-pola yang memperlihat proses
perhubungan masyarakat. Ini bermakna bahawa dari segi kronologi, perkembangan
dan perubahan masyarakat pribumi perlu difahami. Masyarakat Melayu adalah
masyarakat yang dianggap sebagai nuklias dalam konteks masyarakat Malaysia
kerana ia adalah pribumi yang definitif.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

11

Perkembangan kegiatan ekonomi turut diberikan untuk melihat bagaimana


dan sejauhmana pencapaian rumpun Melayu di bidang perdagangan dan
perniagaan. Begitu juga dengan faktor-faktor yang turut meruntuhkan kedudukan
mereka sebagai golongan pedagang dan peniaga akan dibicarakan dalam bab-bab
tertentu. Faktor akibat pengurusan kolonial yang mengeksploitasi ekonomi negerinegeri Melayu memang sudah menjadi kenyataan umum, tetapi bagaimana
mengikut pribumi tersisih [[dari]] arus ekonomi moden dan terperangkap dalam
ekonomi tradisional yang sara dan sengsara diri masih perlu dipaparkan dari
hakikat sejarah. Begitu juga dengan peranan kaum imigran yang turut mengambil
kesempatan atas adanya peluang keemasan akibat pengenalan dasar dan program
pembangunan ekonomi kolonial yang cukup banyak memberi peluang kepada
mereka yang merupakan pendidik [penduduk] majoriti kawasan bandar.
Kemunculan dan perubahan kawasan petempatan juga perlu didedahkan
kepada pelajar dan masyarakat. Aspek in perlu dibicarakan dengan menyorot
kepada jenis, bentuk dan ciri-ciri petempatan pada zaman tradisional dan kolonial.
Begitu juga dengan perbezaan dasar pembangunan zaman tradisional dan kolonial
perlu difahami kerana adanya ciri, keadaan dan suasana yang berbeza dalam
konteks keperluan. Berbagai faktor yang ada ini tentunya urut [turut] mempengaruhi
kegiatan dan gaya hidup masyarakat di kawasan petempatan tertentu. Petempatan
yang dikenali sebagai kawasan bandar, pekan dan kampung, proses pembendaran
[perbandaran] dan perkembangan dan bagaimana kawasan-kawasan ini terbentuk
juga adalah perlu dibicarakan dengan jelas. Semua jenis petempatan-petempatan ini
didapati kekal hingga hari ini.
Perkembangan yang berupa keresahan sosial hingga mempengaruhi
kegiatan politik akan turut dibincangkan dengan memberi penekanan kepada faktorfaktor yang mempengaruhi gerakan dan kegiatan yang bersifat politik. Ini
termasuklah gerakan pembaharuan dan islah yang melibatkan pelbagai masyarakat.
Ekpansi [Ekspansi] Inggeris di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
memunculkan British dan syarikat-syarikat berpiagamnya sebagai pemegang
monopoli dan hegamoni politik di kedua kawasan ini menyebabkan kemunculan
penentang di beberapa kawasan [tempat] tertentu. Dari kegiatan anti-kolonial
hinggalah gerakan yang bersifat nasional memperlihatkan dampak hingga wujudnya
proses komersialisasi, industrialisasi pertanian dan birokratisasi. Pendek kata
modernisasi ala barat telah berlaku pada pelbagai bidang seperti komunikasi,
transportasi, pendidikan, kesihatan dan perumahan dan sebagainya. Namun
kegiatan ini telah mengakibatkan keadaan sehingga tumbuhnya mobilisasi sosial
yang cukup tinggi termasuklah kemunculan golongan inteligensia. Mendirikan
sekolah dan maktab perguruan adalah umpama membuka kotak ajaib apabila
pelbagai kekuatan sosial turut dinikmati oleh sebahagian masyarakat lokal hingga
tidak dapat dikawal rapi. Keadaan ini kemudian umpama rupa [situasi] yang disebut
oleh Kenedy [Kennedy] bahawa pendidikan merupakan dinamit pada sistem
kolonial. Oleh itu pemahaman terhadap proses pemodenan, bagaimana
keberkenaan idea moden dalam sistem feudal tradisional di samping pembinaan
struktur sistem sosial baru yang sesuai dengan struktur sosial masyarakat yang
semi-industrial. Ini bermakna dalam proses ini ada elemen adaptasi. Dalam proses
ini berlakulah penyerapan nilai berat dalam bidang ekonomi, sosial, budaya dan
politik adalah semakin ketara. Bentuk reaksi moden adalah berbeza dengan reaksi
pada peringkat awal yang strateginya bersifat tradisional dan biasanya melibatkan

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

12

penempatan bersenjata. Namun pada peringkat terkemudian memperlihatkan


perubahan dari segi strategi gerakan yang lebih berorganisasi dan tersusun yang
bergaya moden. [yang bergaya moden dari aspek organisasi dan strategi].
Oleh itu perkembangan yang melibatkan zaman juga adalah mustahak untuk
diberi perhatian. Pada setiap zaman adalah memperlihatkan keadaan yang berbeza
sama ada dari segi kegiatan maupun perkembangan ekonomi, sosial dan juga
politik. Faktor-faktor yang berbeza adalah mempengaruhi kegiatan kehidupan
masyarakat. Isu-isu yang berkaitan dengan kesedaran sosial dapat dicerminkan
melalui kegiatan wartawan dan kaum guru yang mewakili kumpulan inteligensia
lokal. Maka [Mereka] bergerak secara organisasi yang memanifestasikan kesedaran
sosial [yang] muncul akibat kompleks sosial yang mempengaruhi kumpulan
inteligensia. Mereka mulai sedar tentang adanya gejala-gejala diskriminasi mengikut
garis warna kulit, sistem ekonomi dualisme, eksploitasi, tekanan, pencemaran
martabat dan maruah bangsa dan lain-lain. Semua ini menimbulkan stigma dan citra
negatif pada masyarakat pribumi. Pada zaman-zaman tertentu memperlihatkan juga
tentang bagaimana berlakunya perubahan dalam masyarakat. Pada zaman kolonial
misalnya berlaku proses adaptasi dan penyusunan [masyarakat?] akibat kemasukan
nilai barat yang semakin memperkenalkan sistem kelas di samping kemunculan
kelas-kelas yang baru. Keadaan ini perlu diteliti dan difahami kerana masyarakat
pada hari ini adalah mewarisi sebahagian dari sistem nilai yang dibawa dan
diperkecilkan oleh orang-orang Barat. Peranan inteligensia sebagai golongan elit
baru adalah penting diketengahkan kerana merekalah yang mampu memahami
keadaan dan isu-isu seperti ketidakadilan, konflik dan ketidaksamaan di samping
mengawal dan mengatasi situasi tersebut. Merekalah juga yang mampu
menentukan identiti mereka.
Berdasarkan kepada perkembangan urutan zaman juga memperlihatkan
bagaimana perubahan yang balik [berlaku] terhadap kegiatan berorganisasi serta
proses integrasi yang menuju ke arah kegiatan kolektif. Sementelahan pula
masyarakat bangsa Melayu yang heterogen amat perlu untuk digembeling bersama
agar punya kekuatan sebagai suatu kumpulan pendesak yang berwibawa. Yang
perlu ditonjolkan juga ialah tentang bagaimana mereka membentuk jaringan
hubungan sosial dan komunikasi antara organisasi dan interaksi, antara pimpinan
dan pengikut, antara pelbagai kelompok dan golongan sosial. Kesannya menuju ke
arah pembentukan kesatuan berorganisasi yang bekuasa. Namun ciri organisasi
gerakan nasionalisme di Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah agak berbeza
dengan di Indonesia. Walaupun pengaruh Indonesia adalah sangat kuat di
Semenanjung, namun peranan pemimpin elit tradisional masih mendapat sokongan
kuat dari masyarakat kerana kebijaksanaan kolonial `memelihara golongan elit
bangsawan tradisonal sebagai `pembantu pentadbirnya yang merangkap sebagai
pemimpin masyarakat. Hubungan sosial dan politik ini memberi dampak yang cukup
selamat kepada British dalam memelihara status arus sebagai penjajah dan untuk
menjaga keselamatan dan keamanan masyarakat. Faktor ini juga sangat penting
dalam membicarakan gerakan sosial dan politik dalam masyarakat Melayu di
Semenanjung khasnya.
Dalam membicarakan kesedaran politik, [perjuangan] anti-kolonial dan
gerakan kebangsaan di Malaysia, antara hakikat yang perlu ditonjolkan di sini ialah
tentang kedudukan masyarakat imigran bukan Melayu. Kepentingan falsafah dan

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

13

keperhatian terhadap perasaan penghormatan terhadap tradisi dan budaya


tempatan ternyata memang tidak dipedulikan. Kepedulian terhadap [erti ungkapan]
pribahasa `Dinama bumi dipijak di situ langit dijunjung dan `masuk kandang
kambing mengembik dan masuk kandang kerbau menguak tidak terlaksana di
kalangan majoriti masyarakat imigran Cina dan India totok yang bermastautin di
kawasan bandar dan estet. Terdapat sejumlah kecil kaum Cina dan India permukaan
di Negeri-negeri Selat dan kawasan Melayu di Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu yang mengamalkan cara hidup seperti masyarakat pribumi. Namun sejak
abad kesembilan belas dengan kehadiran imigran Cina dan India yang bermastautin
di petempatan terasing dengan orang Melayu, maka kegiatan kehidupan mereka
telah mempengaruhi gerakan sosial dan politik yang tersendiri. Penyebaran ideologi
komunis sangat membimbangkan British yang terpaksa menangani dengan pelbagai
strategi dan dasar untuk menukar sikap orang Cina agar tidak anti-British.
Perkembangan tahun-tahun 1950an adalah banyak memberi pengajaran kepada
kehidupan generasi baru hari ini apabila konsep toleransi dipraktikkan dalam
kehidupan masyarakat Malaysia. Sebenarnya konsep hidup [?] ialah yang sentiasa
diamalkan oleh masyarakat pribumi Melayu dalam menangani kehidupan mereka
demi mengekalkan keharmonian bermasyarakat. Faktor ini pernah disebut oleh
Mahathir Mohamed dalam Dilema Melayu yang merupakan [sebagai] sumbangan
orang Melayu terhadap British yang tidak pernah dihargai, sebaliknya kejayaan
pembangunan kolonial adalah [didakwa sebagai berpunca dari] kerana peranan
masyarakat imigran. Isu seperti ini yang dirasakan sangat penting dalam sejarah
pembangunan dan pembentukan bangsa Malaysia. Sebenarnya perlu diperihatinkan
kerana secara relatif kepentingannya adalah sangat jelas, khususnya dalam konteks
integrasi dan interaksi masyarakat. Satu bentuk sikap yang perlu dicontohi dan
ditangani. [???]
Pengalaman sejarah adalah faktor yang terbaik untuk mendidik manusia
dalam meneruskan kehidupan mereka sebagai rakyat dan warga sesebuah negara.
Sementelahan pula negara-negara yang pernah dijajah seperti Malaysia,
pengalaman yang pahit dan getir perlu diperhitungkan dengan saksama agar
pembinaan dan penyusunan semula masyarakat dapat berjalan dengan lancar.
Begitu juga dengan proses pembangunan untuk membina sebuah bangsa Malaysia
yang baru, patriotisme adalah keperluan asas kepada rakyat Malaysia yang
sayangkan nusa dan bangsanya. Tambahan pula pada zaman globalisasi ini
kedudukan patriotisme sesebuah masyarakat terhadap negaranya turut tercabar.
Oleh itu kekuatan sesebuah bangsa dan negara perlu ada asas-asas sejarah yang
mantap agar kesedaran dan keinsafan dalam jiwa dan sanubari warganya sentiasa
subur. Rakyat Malaysia wajib mempertahankan nusa dan bangsanya seperti yang
telah diperibahasakan `hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik negeri sendiri. Prinsip hidup seperti inilah yang perlu ditanamkan dalam
jiwa akan [dan] minda generasi kini dan akan datang. Mereka perlu megah dengan
keadaan, gaya hidup dan suasana keharmonian yang dinikmati oleh generasi yang
terdahulu hingga kini. Walaupun kadang-kadang berlaku krisis, tetapi setiap krisis
yang berlaku perlu ditangani dengan berhati-hati dan lazimnya pengalaman
sejarahlah yang boleh menjadi guru atau penasihat kepada rakyat agar sentiasa
peka dan prihatin.
Modul sejarah Kemasyarakatan Malaysia ini menggunakan pendekatan yang
berasaskan kepada perspektif masyarakat tempatan. Ini bermakna kepentingan

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

14

kegiatan, peranan dan sumbangan masyarakat tempatan adalah perlu diberi


perhatian utama. Manakala faktor-faktor baru yang dibawa dari luar, misalnya
pemodenan melalui orang Barat adalah dianggap sebagai yang menjadi ejen
perubahan. Tegasnya dalam soal perubahan masyarakat, tidak semestinya hanya
orang Barat sahaja yang berperanan. Sebaliknya banyak lagi faktor lain yang turut
membawa perubahan dalam kehidupan masyarakat Malaysia, khususnya pribumi.
Oleh itu dalam perbincangan dan perbahasan tentang sejarah kemasyarakatan
Malaysia ini, tumpuan [akan diberikan terlebih dahulu] kepada pelbagai aspek dalam
kehidupan masyarakat pribumi dahulu sebagai masyarakat yang definitif. Manakala
masyarakat yang lain adalah sebagai ejen yang membawa perubahan sama ada
dari segi bentuk masyarakat, maupun dari sudut kemajuan ekonomi dan politik.
Modul ini dibahagikan kepada beberapa bab yang membicarakan tentang
keadaan dan perkembangan masyarakat pada zaman sebelum kedatangan Barat
dan selepas kedatangan Barat khususnya mulai abad 15 hingga 18 dan
perkembangan masyarakat serta penubuhan [perubahan] yang berlaku sejak abad
19 dan 20. Bab pertama adalah membicarakan tentang kepentingan ilmu sejarah
terhadap kehidupan manusia dan masyarakat, objektif, matlamat dan pendekatan
penulisan yang berdasarkan kepada perspektif terkini. Dari bab kedua hingga bab
kelima, perbincangan ditumpukan kepada ciri-ciri, pola, keadaan dan perkembangan
masyarakat rumpun Melayu di Nusantara amnya dan pribumi Semenanjung,
khasnya. Tumpuan perbincangan juga adalah menyentuh tentang perkembangan
kehidupan masyarakat Melayu sebagai petani, nelayan dan pedagang. Begitu juga
dengan kemunculan dan perkembangan kehidupan ekonomi dan sosial kawasan
bandar dan pelabuhan tradisional dan kolonial. Mulai bab keenam hingga bab
kesembilan, perbincangan ditumpukan kepada perkembangan pada abad 19 dan 20
yang melibatkan proses dan perkembangan petempatan, masyarakat, tradisi dan
perubahan, kegiatan dan gerakan dari sudut kemasyarakatan dan politik dalam
konteks memahami bentuk nasionalisme di Malaysia.
Kursus ini diharapkan dapat memberi pemahaman yang lebih holistik kepada
pelajar dan masyarakat umum yang ingin memahami sejarah masyarakat Malaysia
yang berasaskan kepada kaedah penelitian ilmu sejarah. Apa yang penulis cuba
sampaikan di sini ialah tentang hakikat sejarah yang telah berlaku. Salah satu dari
objektif amalan ilmu sejarah ialah untuk menimbulkan kebenaran seperti kata
pepatah Melayu `Berani kerana benar, takut kerana salah. Manusia dimana sahaja
harus berani menghadapi kenyataan sejarah. Ciri sejarah masyarakat Malaysia
adalah unik. Contoh dan tauladan sejarah boleh mengelakkan kegiatan dan
fenomena ekstremis dalam masyarakat. Kenyataan sejarah mencapai kemerdekaan
Malaysia ternyata adalah atas faktor toleransi dan pengorbanan pribumi dan bukan
pribumi yang begitu tinggi. Pemahaman terhadap fenomena inilah yang perlu
diperhatikan oleh semua kaum di Malaysia. Pandangan dunia dan nilai hidup
masyarakat pribumi khasnya orang Melayu masih lagi dipengaruhi oleh budaya,
tradisi dan adat. Oleh itu faktor-faktor ini perlu diberi perhatian dan seharusnya
difahami serta tidak dipandang ringan dan remeh. Salah satu masalah utama yang
sentiasa timbul dalam proses perpaduan masyarakat Malaysia hingga kini ialah
tentang perkara yang berkaitan dengan ketulusan dan keikhlasan dalam berinteraksi
antara masyarakat dan kaum. Pertimbangan yang berasaskan kepada kenyataan,
hanya hakikat kesedaran dan keinsafan yang cukup mendalam dari perspektif
sejarah sahaja yang dapat memelihara keharmonian masyarakat yang berbilang

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

15

kaum seperti di Malaysia [perlu diambilkira dengan kesedaran dan kemahuan


sesungguhnya].
Bacaan Asas

Andaya, B.W. dan Andaya, L.Y. 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan.
Khoo Kay Kim. 1984. Negeri-Negeri Melayu Pantai Barat, 1850-1873. Petaling Jaya:
Fajar Bakti.
Shellabear, W.G. 1991. Sejarah Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Ismail Hamid. 1988. Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Syed Mohd. Naguib Al-Attas. 1969. Preliminary Statement on a General Theory of
the Islamization of the Malay Indonesian Archipelago. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

16

Soalan Penilaian

1. Bincangkan kepentingan ilmu dan disiplin sejarah dalam kehidupan manusia


kepada masyarakat, bangsa dan negara.
2. Sejauhmanakah sejarah berperanan untuk memertabatkan kembali identiti,
budaya, tradisi dan tamadun bangsa Malaysia yang telah tercemar akibat
penguasaan penjajah barat?
3. Bincangkan secara kritis tentang kepentingan kajian dan pemahaman
terhadap Sejarah Kemasyarakatan Malaysia. [sejarah kemasyarakatan
Malaysia]

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

17

BAB 2
MASYARAKAT SEMENANJUNG TANAH MELAYU
SEJAK TAHUN 1800

Objektif
-

Membincangkan tentang sumber-sumber mengenai masyarakat Melayu pra


kolonial.

[Mengkaji] Asas pembentukan sebuah masyarakat Melayu yang sempurna di


Melaka.

[Menghuraikan sebab] Melaka merupakan sumber asas kepada rujukan


pembentukan sebuah kerajaan serta peradaban Melayu.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

18

BAB 2
MASYARAKAT SEMENANJUNG TANAH MELAYU
SEJAK TAHUN 1800

Sumber dan Penulisan Tentang Masyarakat Melayu Pra kolonial


Cara utama untuk mengenali sejarah perkembangan dan pembentukan masyarakat
Melayu adalah melalui dokumen sejarah. Tanpa dokumen amatlah sukar untuk
mengkaji mengenainya. Sumber sejarah mengenai masyarakat Melayu pra kolonial
dapat di bagikan kepada dua kategori. Pertamanya sumber pribumi dan yang
keduanya sumber daripada luar. Sumber pribumi ini adalah daripada tulisan serta
dokumen yang di dapati daripada orang Melayu seperti hikayat, sejarah, syair,
salasilah, riwayat, yang mengesahkan tentang kerajaan serta orang Melayu. Sumber
luar pula adalah daripada tulisan-tulisan para pedagang serta pelawat yang telah
datang ke timur serta telah membuat catatan mengenai kehidupan serta keadaan
masyarakat Melayu yang mereka telah temui. Tulisan ini boleh didapati daripada
sumber Barat iaitu seperti Portugis dan Belanda dan dari Timur seperti dari Arab dan
China. Hasil daripada tingalan dokumen ini maka ahli sejarah telah dapat membina
semula gambaran tentang keadaan masyarakat Melayu zaman pra kolonial tersebut.
Antara sumber-sumber yang utama yang datang dari pribumi adalah seperti
Sejarah Melayu, Sulalatus Salatin, Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut
Melaka, Hikayat Siak, Thufat al-Nafis, Syair Sultan Maulana, Syair Muko-Muko,
Hikayat Patani, Hikayat Negeri Johor, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Aceh,
Hikayat Hang Tuah, Salasilah Melayu dan Bugis dan sekalian Raja-rajanya.
Kebanyakan daripada naskah-naskah bersejarah Melayu ini telah pun diusahakan
serta di selengarakan oleh para sarjana dari dalam dan luar negara. Walaupun gaya
serta tulisan sumber-sumber ini tidaklah seperti gaya tulisan sejarah pada masa kini
tetapi isi serta fakta yang tercatat didalamnya merupakan sumber pribumi yang amat
berharga nilainya kepada penulisan sejarah. Telah ramai cendikawan serta
sejarawah Barat yang menulis sejarah tempatan telah menggunakan sumber
pribumi untuk menghasilkan penulisan sejarah yang amat bernilai kepada
peradaban serta sejarah masyarakat Melayu. Sejarawan Barat separti Reinout Vos,
Barbara Andaya, Leonard Andaya, Anthony Reid, Heather Sutherland, Roolvink,
Kratz, Skinner, Matheson, Ras, Teeuw, Wyatt, Meilink-Roelofsz dan ramai lagi telah
menghasilkan kajian mereka bersumberkan dari sumber tempatan.
Begitu juga dengan sumber dari luar seperti tulisan serta laporan dari pelawat
serta pedagang Eropahh, Arab dan China telah dapat mewarnai gaya serta mutu
tulisan sejarah pribumi. Tulisan pelawat seperti Tome Pires, Eredia, Francois

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

19

Valentyn, Alfonso de Albuquerque dan sebagainya telah memberikan penafsiran


yang pelbagai mengenai sejarah masyarakat Melayu pra kolonial dan zaman
kolonial. Bahan sejarah dari sumber China seperti catatan Ma Huan, Chao Ju-kua
serta Arab seperti catatan Shihab al-Din Ahmad ibn Majid telah menjadi sumber
yang bererti kepada penulisan sejarah tempatan. Begitu juga dengan rekod-rekod
yang terdapat dari Portugal serta Belanda juga telah dapat membantu penghasilan
karya sejarah masyarakat Melayu yang bermutu nilainya.
Masyarakat Melayu Pra kolonial
Bila membincangkan masyarakat Melayu zaman pra kolonial Kebanyakan para
sejarawan tertumpu kepada perkembangan sejarah yang bermula di Melaka serta
kerajaan-kerajaan Melayu lama seperti di Aceh, Brunei, Kedah, dan Srivijaya. Ini
adalah disebabkan kerajaan-kerajaan lama ini merupakan pusat tumpuan orangorang Melayu serta pusat pemerintahan kerajaan Melayu. Tambahan pula
Kebanyakan sumber sejarah bertumpu kepada pusat-puast kerajaan tersebut.
Walaupun Kebanyakan fakta sejarah yang tertulis dalam sumber tempatan hanya
berkisar kepada kerajaan serta orang atasan tetapi ini tidak bermakna ianya tidak
menjelaskan kedudukan masyarakat bawahan.
Kebanyakan tulisan mengenai masyarakat Melayu zaman pra kolonial
banyak memberikan gambaran bahawa Kebanyakan mereka yang tinggal di bandar
pelabuhan adalah terdiri daripada golongan pedagang. Di samping itu juga terdapat
pula sebahagian besar orang Melayu yang dikenali sebagai orang laut yang
mendiami di kawasan persisir pantai Selat Melaka. Di kawasan pendalaman pula
terdapat orang Melayu yang mengerjakan pertanian serta mengusahakan
perlombongan bijih serta emas. Namun demikian Kebanyakan daripada tulisan
mengenai kegiatan mereka Kebanyakannya tertumpu di kota dan pelabuhan seperti
Melaka, Aceh, Sirivijaya dan sebagainya.
Golongan Pedagang
Sebagaimana yang diketahui seorang pedagang memerlukan modal seperti
kewangan, kapal dan juga para pekerja yang ramai. Para pekerja ini bukan saja
menjalankan kerja seperti juragan, nakhoda dan juga kelasi tambahan pula aktiviti
perdagangan juga memerlukan para pekerja yang menjalankan perniagaan serta
jual beli di pelabuhan dan di daratan. Oleh itu perdagangan telah menjadi tumpuan
kegiatan yang memerlukan tenaga pekerja yang ramai. Tidak hairanlah mengapa
terdapat ramai orang yang bertumpu di bandar pelabuhan untuk mendapatkan
pekerjaan serta bergantung hidup kepadanya.
Disebabkan tumpuan Kebanyakan tenaga pekerja di pelabuhan, dengan itu
hanya orang yang mempunyai modal yang besar serta mempunyai kuasa yang
utama di dalam kerajaan adalah golongan yang penting. Dengan itu tidak hairanlah
jika para bangsawan serta keluarga diraja serta mereka yang rapat dengan
golongan pemerintah merupakan golongan pedagang yang utama di kalangan
masyarakat Melayu. Contohnya Sultan Muzaffar Shah memiliki kapal-kapal
dagangan yang dinakhodakan oleh para pedagang Melayu yang berdagang

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

20

diKebanyakan bandar pelabuhan di gugusan kepulauan Melayu. Begitu juga dengan


Sultan Alaudin yang membina kekayaannya hasil daripada perdagangan serta
baginda juga mnemiliki kapal-kapal dagangan yang melayari perairan Nusantara.
Nilai harta yang dimiliki oleh Sultan Alaudian telah mencecah kepada 140 quintals
dalam timbangan emas dan Sultan Mansor Shah pula memiliki harta yang diperolehi
daripada hasil perdagangan bernilai 120 quintals emas. Kekayaan raja-raja Melayu
juga tampak kepada Sultan Mahmud sepertimana raja-raja yang terdahulu dan
kekayaannya dapat dilihat semasa Portugis menawan sebuah kapal dagangannya
yang penuh berisi kain yang bermutu tinggi. Nilai kesemua barangan dagangan yang
dibawa oleh kapal itu mencecah 15 ribu cruzados. Kekayaan raja-raja Melayu itu
memang terserlah disebabkan baginda menerajui kerajaan Melayu Melaka yang
menjadi pusat perdagangan yang utama di dunia.
Kegiatan perdagangan bukan saja dilakukan oleh para bangsawan tetapi juga
dilakukan oleh pembesar kerajaan seperti Bendahara. Bendahara Tun Mutahir juga
terlibat dengan perdagangan, malah kemajuan pelabuhan serta perdagangan
Melaka juga berkait rapat dengan kepimpinan Bendahara.
Selain daripada kegiatan perdagangan yang diusahakan oleh pembesar serta
raja-raja kesultanan Melayu Melaka, raja-raja Melayu serta pembesar dari pelbagai
kerajaan Melayu yang terdapat disepanjang persisir Selat Melaka serta di kepulauan
Melayu lain juga telah bergiat cergas dalam perdagangan. Raja-raja Melayu dari
Kampar, Pahang, Indragiri, Brunei, Siak, juga telah terlibat dalam perdagangan. Ini
adalah disebabkan kerajaan yang mereka tadbirkan berteraskan kepada
perdagangan. Kapal pedagang para pembesar serta raja Melayu ini yang belayar di
sekitar Nusantara serta wilayah di lautan Hindia serta Laut China Selatan adalah
diterajui oleh nahkoda yang terdiri daripada orang Melayu serta Kelings. Kejayaan
mereka ini jelas terlihat bagaimana mereka telah berjaya berdagang bukan saja di
wilayah gugusan kepulauan Melayu tetapi telah dapat membuat pelayaran serta
berdagang dengan Pegu, Pulikat, dan pelabuhan di China seperti Amoy.
Selain itu juga terdapat golongan para saudagar yang kaya raya dan mereka
ini merupakan kelas pedagang yang memiliki beberapa buah kapal dagang. Kelas
saudagar kaya raya ini terdiri daripada orang Keling, Melayu dan Jawa. Kelas
pedagang ini selain daripada memiliki kekayaan mereka juga memiliki kuasa dan
berpengaruh di dalam pentadbiran kerajaan.
Selain tumpuan kelautan dan perkapalan masyarakat di bandar juga
menjalankan perniagaan di pasar dan bazaar. Menurut Muhammad Yusoof Hashim
kelas pedagang Melayu terbagi kepada dua iaitu pertama yang berdagang secara
besar-besaran dan yang kedua secara kecilan. Menurutnya, ini dapat dibuktikan
menerusi pola penempatan pedagang di Melaka. Pertama pedagang yang bertumpu
di kawasan Sabak iaitu di sepanjang sungai Melaka. Keduanya kelas pedagang
yang terdiri dari pemerintah dan pribumi Melaka yang membuat petempatan
dikawasan elit di kawasan bukit. Mereka ini terdiri daripada orang Melayu yang
datang dari Nusantara seperti Jawa, Tuban, Japara, Gerisik, Palembang, Kampar,
Pahang, Brunei dan Indragiri.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

21

Hierarki dan Status


Setelah Parameswara bertapak di Melaka, sistem kerajaan bermula dan beliau telah
memulakan tradisi kerajaan di Melaka. Raja menduduki tempat teratas juga raja
berdaulat dan konsep daulat telah dipraktikkan sepenuhnya. Secara peribadi orang
yang langgar daulat dianggap derhaka dan akan ditimpa satu kuasa lain yang
disebut tulah. Dalam masyarakat Melayu penderhaka akan mendapat bala ditimpa
bisa kawi dan ini ditakuti oleh orang-orang Melayu. Dan kuasa Raja terletak kuasa
spiritual kepada raja dan kata-katanya merupakan undang-undang kepada kerajaan.
Baginda dilindungi oleh kaum kerabat yang menjadi tiang untuk memperkukuhkan
kedudukannya iaitu para pembesar yang terbahagi dua: - mengendalikan soal-soal
awam dan mengendalikan soal-soal ketenteraan.
Antara Pembesar yang penting ialah Bendahara, Penghulu Bendahari,
Syahbandar dan Laksamana yang menjaga ketenteraman. Jawatan Bendahara
amat penting untuk menjaga kewibawaan raja. Jika raja punya kuasa spiritual
Bendahara pula punya kuasa fizikal untuk pertahankan negara. Tidak terdapat satu
pemisah yang jelas antara tugas ketenteraan dan awam kerana dalam kontek
kekuasaan Bendahara, pada teorinya beliau adalah ketua pentadbir tetapi dari segi
praktikal Bendahara sering menjadi ketua tentera iaitu untuk mempertahankan
kerajaan dari diserang ataupun dalam proses penaklukan tanah jajahan. Tokoh yang
memaparkan kedua peranan ini ialah bendahara Tun Perak. Oleh itu tugasnya
menjaga ketenteraman awam dan ketenteraan. Seterusnya jawatan Penghulu
Bendahari yang merupakan ketua kepada Bendahari merangkumi kuasa ke atas
Syah Bandar dan ketua kepada hamba-hamba raja. Dalam tradisi Melayu yang
selalu memegang jawatan ini ialah peranakan mamak/keling seperti Tun Ali.
Kemudian diikuti oleh jawatan Temenggong iaitu ketua semua perajaan [pekerjaan]
istana dan menjaga keamanan dalam negeri. Jawatan Syah Bandar terdapat
sebanyak 4 orang dan ianya tidak semestinya terdiri daripada orang Melayu.
Terdapat juga orang asing yang datang daripada Gujerat, Jawa, Cina dan
sebagainya. Ini adalah disebabkan Melaka merupakan pusat pelabuhan dan
perdagangan yang penting. Seterusnya ialah jawatan Laksamana iaitu sebagai
Ketua Angkatan Laut dan juga memainkan peranan dalam pentadbiran negeri serta
menjadi ketua utusan ke negeri-negeri lain.
Selain itu jawatan nakhoda juga adalah amat pending kepada sebuah
kerajaan yang berteraskan kepada perdagangan dan kelautan. Walaupun nakhoda
tidak terlibat secara langsung dalam organisasi pentadbiran kerajaan tetapi
kedudukannya jelas dalam Undang-undang Laut Melaka. Disebabkan Melaka
adalah sebuah kerajaan kelautan dan bergantung sepenuhnya kepada perdagangan
maka fungsi nakhoda kapal dalam organisasi perdagangan menjadi penting.
Tambahan pula jawatan Syahbandar melengkapi sebuah organisasi kerajaan
kelautan. Syahbandar mewakili kebajikan para saudagar, nakhoda dan pedagang
yang di bawah kawalannya. Kepentingan jawatan ini jelas terlihat dalam Hukum
Kanun Melaka yang menyatakan fungsi Syahbandar dan telah menempatkannya
dalam lingkungan kuasa Pembesar Empat, iaitu pembesar keempat selepas
Penghulu Bendahari, Temenggung dan Bendahara.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

22

Bacaan Asas
Liaw Yock Fang. (ed.). 1976. Undang-undang Melaka. The Hague.
Winstedt, R.O. and de Jong, P.E. de Josselin. (eds.). 1956. The Maritime Laws of
Malacca. JMBRAS. Vol. 29.
Meilink-Roelofsz, M.A.P. 1962. Asian Trade and European Influence in the
Indonesian Archipelago between 1500 and About 1630. The Hague.
Shellabear, W.G. 1961. (ed.) Sejarah Melayu.
House.

Singapore: Malayan Publishing

Winstedt, R.O. (ed.). 1938. The Malay Annals or Sejarah Melayu. JMBRAS. Vol.
16.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

23

Soalan Penilaian
1.

Bincangkan isi kandungan buku Sejarah Melayu yang dihasilkan oleh Tun
Sri Lanang mengenai keadaan Masyarakat Melayu pra kolonial.

2.

Bincangkan bagaimana kejayaan pembesar dan raja-raja Melayu


menjalankan perniagaan dan pentadbiran kerajaan yang berteraskan kepada
perdagangan.

3.

Bincangkan sistem undang-undang dosial dan ekonomi yang


dikuatkuasakan oleh Negeri-Negeri Melayu Semenanjung Tanah Melayu pada
zaman pra-kolonial.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

24

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

25

BAB 3
MASYARAKAT MELAYU MARITIM

Objektif

Mengetahui serta meneliti tentang kedudukan gugusan kepulauan Melayu.

Mengetahui tentang kelas pedagang Melayu.

Mengkaji tentang perkapalan serta perjalanan para pedagang.

Meneliti jenis-jenis barang keperluan dan kepentingan barangan tersebut.

Kepentingan Melaka serta Riau sebagai pusat pedagangan yang utama.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

26

BAB 3
MASYARAKAT MELAYU MARITIM

Gugusan kepulauan Melayu-Indonesia merupakan sebuah wilayah daratan


[kawasan perairan} dan kepulauan yang amat luas. Ia merangkumi wilayah-wilayah
yang terbentang luas di antara pulau Sumatra di sebelah barat sehingga ke
kepulauan rempah dan kepulauan Flores di sebelah timur. Begitu juga ia
merangkumi wilayah kepulauan dan daratan dari pulau Jawa di selatan sehingga ke
Semenanjung Tanah Melayu di utara. Kawasan ini juga merupakan sebuah wilayah
yang terdapat banyak pulau-pulau serta mempunyai pantai yang panjang serta
terbuka kepada perhubungan luar disebabkan wujudnya beberapa pusat pelabuhan
yang penting. Di samping
itu gugusan kepulauan Melayu-Indonesia juga
mempunyai sungai-sungai yang luas yang mudah untuk dimudik oleh kapal-kapal
untuk sampai kekawasan pendalaman.
Disebabkan oleh kekayaan hasil bumi serta tanah yang subur maka gugusan
kepulauan Melayu-Indonesia ini telah dapat menampung ramai jumlah penduduk. Di
antara kawasan yang penting serta terdapat ramai penduduknya serta mempunyai
banyak pusat-pusat bandar serta pelabuhan adalah di Selat Melaka yang
merangkumi wilayah-wilayah seperti Semenanjung Tanah Melayu dan pulau
Sumatra. Di samping itu kepadatan penduduk juga terdapat di pulau Jawa dan
pulau-pulau lain seperti Sulawesi dan kepulauan rempah. Penduduk-penduduk yang
mendiami Melaka semasa zaman keagungnya telah dianggarkan berjumlah 100,000
orang. Dikatakan bahawa di sekitar Selat Melaka saja kepadatan penduduk di
bandar-bandar pelabuhan amatlah tinggi. Jumlah kepadatan yang ramai terdapat di
pulau Jawa dan juga di pendalaman Sumatra.
Penduduk-penduduk yang mendiami wilayah ini adalah dari rumpun bangsa
Melayu yang terdiri dari pelbagai suku kaum seperti Melayu, Bugis, Jawa,
Minangkabau, Aceh, Madura, dan sebagainya. Disebabkan oleh amalan merantau
yang telah tersemat didalam kehidupan pelbagai suku kaum ini maka terdapat ramai
daripada mereka bertebaran di merata pelusuk wilayah di Asia Tenggara. Oleh itu
bangsa Melayu merangkumi keseluruhan suku kaum yang mendiami gugusan
kepulauan Melayu-Indonesia. [??}
Kawasan gugusan kepulauan Melayu-Indonesia ini juga amat kaya dengan
hasil bumi. Hasil-hasil pertanian seperti lada hitam, cengkeh, rempah serta buah
pala merupakan tanaman yang utama dan menjadi bahan eksport yang penting.
Selain daripada itu hasil hutan juga merupakan bahan eksport yang amat
menguntungkan. Di gugusan kepuluan Melayu-Indonesia ini juga terdapat banyak
hasil-hasil dari bahan galian yang menguntungkan untuk di eksport seperti bijih
timah dan emas. Hasil-hasil dari lautan juga merupakan sesuatu yang

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

27

menguntungkan serta menjadi punca rezeki kepada penduduk yang mendiami


persisir pantai dan menjadi bahan eksport yang penting.
Keunikan gugusan kepulauan Melayu-Indonesia ini antaranya adalah
disebabkan ianya terletak di antara jalan perdagangan yang sibuk iaitu di antara
benua kecil India di sebelah barat dan China di sebelah timur. Pedagang-pedagang
dari barat yang hendak ke timur terpaksa melalui wilayah ini sebelum mereka dapat
sampai ke tempat yang ditujuinya samada di barat atau di timur [?]
Di samping itu di gugusan kepulauan Melayu-Indonesia ini juga terdapat
banyak kerajaan-kerajaan Melayu yang tumbuh serta berkembang. Kebanyakan
kerajaan Melayu ini adalah berteraskan kepada perdagangan atau maritim. Selain
itu teradapat juga kerajaan Melayu yang berteraskan kepada agraria atau pertanian.
Bagi kerajaan-kerajaan yang berteraskan kepada perdagangan atau kerajaan
maritim kesemuanya berpusat di sepanjang pantai serta sungai-sungai yang luas.
Walaupun kebanyakan kerajaan yang muncul di persisir Selat Melaka dan
Laut Jawa berteraskan kepada maritim tetapi pusat-pusat kerajaan ini juga
dihubungkan dengan kerajaan-kerajaan yang berada di pendalaman yang
berteraskan kepada agraria. Sejak daripada abad ke tujuh lagi di persisir Selat
Melaka telahpun wujud sebuah kerajaan Melayu yang unggul yang bernama
Sirivijaya di Palembang. Keunggulan kerajaan Melayu Srivijaya adalah berteraskan
kepada perdagangan yang dapat mengawal perjalanan keluar masuk kapal
dagangan di Selat Melaka. Selain itu juga terdapat kerajaan tua Kedah dan Perak
yang juga berkembang menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting di Selat
Melaka. Setelah kejatuhan Srivijaya pada abad ke tigabelas ia kemudian telah
digantikan dengan kerajaan Melayu Melaka yang muncul sebagai pusat
perdagangan yang utama di Asia Tenggara. Penalukkan Melaka pada tahun 1511
oleh Portugis telah membawa kepada kenaikkan kerajaan Melayu Johor-Riau pada
abad ke tujuhbelas. Kerajaan Melayu Johor-Riau telah berkembang di Riau yang
telah berjaya mengembalikan zaman kegemilangan Melaka. Pelabuhan Riau telah
muncul sebagai pusat pelabuhan yang utama di Asia Tenggara dan bersaing dengan
Melaka yang diperintah oleh Belanda pada waktu itu.
Di samping itu terdapat juga kerajaan-kerajaan Melayu yang lain yang
mempunyai pusat-pusat pelabuhan yang utama seperti Aceh, Kedah, Perak, Siak,
Selangor, Deli, Assahan dan Batubara. Pada umumnya di sepanjang pantai sebelah
timur Sumatra dan sebelah barat Semenanjung Tanah Melayu terdapat banyak
pusat-pusat kerajaan maritim yang bergantung sepenuhnya kepada perdagangan.
Ini adalah disebabkan peranan Selat Melaka yang menjadi nadi jalan perdagangan
yang menghubungkan di antara barat dan timur. Selain itu terdapat juga pusat-pusat
pelabuhan yang lain di Laut Jawa iaitu seperti di Batavia, Semarang, Sumenep,
Demak Gerisik, Tegal, Rembang dan Juvana di pantai utara pulau Jawa. Lain-lain
pelabuhan yang penting adalah Makasar, Ambon, serta Timor di bahagian kepulauan
gugusan Melayu-Indonesia di bahagian timur. Begitu juga terdapat pusat-pusat
pelabuhan yang penting di pulau Borneo seperti di Brunei, Banjarmasin, serta
kepulauan Sulu di selatan Filipina.
Disebabkan kekayaan serta kedudukan geografi yang amat strategik ini maka
gugusan kepulauan Melayu ini amat terbuka kepada hubungan luar serta mudah

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

28

menerima pengaruh-pengaruh dari luar. Tidak hairanlah mengapa Selat Melaka


memainkan peranan yang besar kepada sejarah perkembangan perdagangan dunia
Melayu.
Jaringan Perdagangan and Peranan Selat Melaka
Semenjak dari tahun 250 Masihi lagi jalan perdagangan dari barat menuju ke timur
terpaksa melalui Selat Melaka dan gugusan kepulauan Melayu-Indonesia. Jalan
perdagangan ini boleh di bagi kepada beberapa jalinan. Pertama ialah jalan yang
digunakan oleh pedagang yang datang dari Lautan Hindia menuju ke Laut China
Selatan dengan menggunakan jalan daratan melalui Semenanjung Kra di utara
Semenanjung Tanah Melayu. Jalan ini digunakan sebelum Selat Melaka menjadi
jalan utama yang menghubungkan di antara barat dan timur dan digunakan pada
abad ke tiga dan kelima Masihi. Jalan seterusnya ialah yang melalui persisir Selat
Melaka dan kemudiannya ia terpecah kepada dua di penghujung Semenanjung
Tanah Melayu. Pertama jalinan ini menuju terus ke China melalui persisir pantai
timur Semenanjung Tanah Melayu menuju ke Teluk Siam, Indo-China dan terus
menuju ke China. Keduanya pedagang-pedagang yang menuju ke tenggara kearah
pantai utara pulau Jawa dan kemudiannya terus menuju ke kepulauan rempah di
bahagian timur gugusan kepulauan Melayu-Indonesia dan seterusnya menuju ke
Laut China Selatan. Jalan seterusnya ialah mereka yang menggunakan jalan dari
lautan Hindia terus menuju ke bahagian barat pantai Sumatra dan melalui Selat
Sunda kemudian ke Laut Jawa dan menuju ke pelabuhan-pelabuhan di gugusan
kepuluan Melayu Indonesia.
Pada umumnya terdapat lima pusat kawasan yang sering dilalui oleh para
pedagang. Pertama pedagang-pedagang yang singgah ke bahagian utara Teluk
Bengala iaitu di Burma dan selatan Thailand dan seterusnya menuju ke Selat
Melaka. Keduanya para pedagang yang singgah di Semenanjung Tanah Melayu
yang menuju ke pelabuhan-pelabuhan seperti Kedah, Perak, Selangor, Melaka dan
Johor-Riau. Ketiganya para pedagang yang menuju ke pelabuhan-pelabuhan di
sepanjang pantai timur Sumatra seperti di Aceh, Pedir, Pasai, Batubara dan Siak.
Keempatnya para pedagang yang singgah ke pelabuhan-pelabuhan di selatan
Sumatra, pelabuhan-pelabuhan yang terletak di utara pantai pulau Jawa, Makassar
dan kepulauan rempah. Akhirnya para pedagang yang singgah di pelabuhanpelabuhan di bahagian utara gugusan kepulauan Melayu-Indonesia iaitu di Borneo,
Manila dan di Brunei serta kepulauan Sulu.
Jalinan perdagangan di kawasan-kawasan ini tidaklah bermakna para
pedagang tersebut hanya menuju ke satu wilayah saja tetapi terdapat para
pedagang yang telah merentas wilayah merangkumi pelbagai wilayah. Contohnya
pedagang yang datang dari pantai Coromandel India akan belayar ke selatan Burma
serta selatan Thailand, kemudian mereka juga akan singgah ke utara Sumatra serta
pelabuhan-pelabuhan di Selat Melaka serta di Laut Jawa. Begitulah juga sebaliknya
iaitu pedagang-pedagang Melayu yang datang dari merata tempat di gugusan
kepulauan Melayu-Indonesia yang berdagang ke wilayah-wilayah di Teluk Bengala.
Dengan itu Asia Tenggara merupakan sebuah wilayah yang amat sibuk terutama di
sepanjang Selat Melaka yang merupakan nadi kepada jalan perdagangan.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

29

Sistem Angin
Kedudukan Selat Melaka bukan saja amat strategik di antara Lautan Hindia dan Laut
China Selatan tetapi angin yang bertiup ke wilayah ini juga memainkan peranan
yang amat besar serta istimewa kepada pelabuhan-pelabuhan yang muncul di Selat
Melaka. Disebabkan pada masa ini kapal dagangan amat bergantung sepenuhnya
kepada arah tiupan angin serta pertukaran musim maka peranan angin monson
yang bertiup di Selat Melaka amatlah penting. Dengan itu para perdagang yang
datang dari arah barat dan timur dan dari wilayah-wilayah di gugusan kepulauan
Melayu-Indonesia amat dipengaruhi serta ditentukan oleh sistem tiupan angin.
Selain menentukan musim dan arah tujuan kapal-kapal dagangan, tiupan angin ini
juga telah dapat menyatukan para perdagang yang datang dari pelbagai tempat.
Pedagang yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti dari gugusan kepulauan
Melayu-Indonesia, Asia Barat, Eropahh, India serta China dan Timur Jauh telah
dapat bertemu di pelabuhan-pelabuhan di Selat Melaka dan Laut Jawa.
Tiupan angin monson yang tepat pada masanya telah menentukan jadual
perjalanan pedagang yang belayar menuju ke pelabuhan yang ditujuinya. Dengan itu
kapal-kapal dari Arab, Turki, Gujerati, Malabar, Bengal, dan Eropahh yang hendak
menuju ke pusat pelabuhan di Aden dan ke bahagian barat India terpaksa
menunggu musim yang tertentu. Angin monson barat telah membawa pedagang ke
kepuluan rempah dan angin monson timur telah membawa mereka ke Sumatra dan
pelabuhan-pelabuhan di Selat Melaka. Walau bagaimanapun kebesaran serta
kebaikkan pelabuhan yang berada di Selat Melaka adalah ia dapat di singgahi
semua kapal pada kedua-dua musim monson ini.
Tiupan angin monson ini juga telah membawa kebaikan kepada para
pedagang kerana mereka telah dapat membeli pelbagai barangan dengan harga
yang murah. Contohnya para pedagang yang datang dari Pantai Coromandel India
akan meletakkan orang perantaraan mereka di pelabuhan-pelabuhan di Selat
Melaka seperti di Melaka, Aceh dan Riau. Peranan orang perantaraan ini amat
penting kerana mereka ditugaskan untuk membeli barang-barang yang datang dari
para pedagang yang datang dari Laut China Selatan yang hanya datang pada
musim tertentu dan tidak bertembung dengan kedatangan para pedagang dari
Pantai Coromandel India. Oleh itu orang perantaraan ini dapat membeli barang
dengan harga yang murah apabila musim kedatangan pedagang dari Laut China
Selatan di pelabuhan di Selat Melaka dan menjualkannya pada musim yang
berikutnya. Begitu juga dengan para pedagang dari Laut China Selatan mereka juga
mempunyai orang perantaraan yang menetap di pelabuhan-pelabuhan utama di
Selat Melaka seperti Riau, Melaka dan Aceh.
Golongan Pedagang Utama
Para pedagang yang datang ke Selat Melaka dan juga ke gugusan kepulauan
Melayu-Indonesia ini dapat di bagikan kepada tiga. Pertama ialah para pedagang
Eropahh yang terdiri dari Pedagang Syarikat berpiagam seperti Syarikat India Timur
Inggeris (EIC) dan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC). Di samping itu juga
terdapat para pedagang Eropahh yang lain seperti dari Perancis, Denmark,
Sepanyol dan Portugis. Selain itu juga terdapat pedagang-pedagang swasta Inggeris

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

30

yang menjalankan perniagaan mereka secara bersendirian. Syarikat dagang


berpiagam dari Eropahh dan juga para pedagang Eropahh yang lain kebanyakannya
merupakan syarikat yang memiliki modal serta memiliki kapal yang besar. Di
samping itu juga pedagang-pedagang Eropahh ini telah mendirikan factory-factory
mereka di bandar-bandar pelabuhan disekitar Lautan Hindia dan gugusan kepulauan
Melayu. Selain berdagang mereka ini juga memiliki serta membina banyak pusatpusat perdagangan yang ditadbir serta dikawal olehnya terutama di sepanjang
pantai Coromandel India.
Keduanya ialah para pedagang dari Asia Tenggara yang terdiri daripada
orang-orang Melayu, Bugis, Jawa, Aceh dan sebagainya. Kebanyakan mereka ini
datang dari pelbagai tempat dari sepanjang pantai Sumatra, Semenanjung Tanah
Melayu, pantai utara pulau Jawa, Makassar serta kepulauan rempah.
Ketiganya ialah para pedagang dari India yang terdiri daripada orang-orang
Chulia dan Hindu dari benua kecil India. Mereka ini juga memiliki modal serta kapalkapal yang belayar dari pelabuhan-pelabuhan di pantai Koromandal India ke Asia
Tenggara.
Keempatnya ialah para pedagang yang datang dari kawasan Timur Jauh iaitu
dari China, Indo-China serta dari Teluk Siam.
Kelima ialah para pedagang yang terdiri dari orang-orang asing yang telah
menetap di kepulauan Asia Tenggara seperti para pedagang Belanda atau lebih
dikenali sebagai Burghers, pedagang swasta Inggeris, pedagang Chulia dan Hindu
serta para pedagang China yang telah menetap di pelabuhan-pelabuhan di Asia
Tenggara.
Jenis-jenis Kapal Dagang
Terdapat pelbagai jenis kapal-kapal dagangan yang melayari Asia Tenggara pada
abad ke lapanbelas sehingga ke abad ke sembilanbelas. Jenis-jenis kapal ini boleh
dibagikan kepada tiga yang utama mengikut para pedagang. Pertama ialah kapalkapal dagangan Melayu dari Asia Tenggara, kedua kapal dagangan Eropahh, ketiga
kapal dagangan dari benua kecil India dan kapal dagangan dari Indo-China dan
China.
Antara kapal-kapal dagangan Melayu yang utama pada masa itu ialah seperti
balo, banting, panchalang, banting, kakap, pencacap, padowakang, pinisi dan
sebagainya. Kapal-kapal pedagang Melayu ini kebanyakannya belayar di sekitar
Selat Melaka, Laut Jawa, bahagian timur gugusan kepulauan Melayu-Indonesia dan
juga di kepulauan Sulu. Setengah-setengahnya pula yang bersaiz besar telah dapat
belayar sehingga ke pelabuhan-pelabuhan di bahagian utara Asia Tenggara. Kapalkapal dagang Melayu ini pada umumnya bersaiz antara 3.7 tan sehingga 150 tan.
Contohnya kapal dagang Melayu seperti jong, kichi dan pinis merupakan jenis yang
bersaiz besar antara 75 tan sehingga 150 tan. Kapal-kapal seperti banting dan
pencalang pula adalah antara 30 tan sehingga 37 tan. Kapal-kapal dagangan
Melayu ini juga dilengkapi dengan senjata api seperti meriam untuk

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

31

mempertahankan diri dari serangan lanun. Selain dari menganggkut barang kapal ini
juga berperanan membawa penumpang yang belayar di sekitar Asia Tenggara.
Kapal-kapal dagang Eropahh pula kebanyakknya bersaiz besar yang pada
kebiasaannya di bina di Eropahh atau di pantai Coromandal India dan bersaiz antara
50 hingga 900 tan. Kapal-kapal ini merupakan kapal yang belayar jauh iaitu antara
Eropahh, India, Asia Tenggara dan ke China. Kapal-kapal ini juga dilengkapi dengan
alat senjata sebagai mempertahankan dari serangan lanun dan dapat memuatkan
banyak barang-barang dagangan serta penumpang.
Kapal-kapal pedagang dari India dan China kebanyakannya berjenis
sederhana antara 70 hingga 200 tan dan belayar dari Teluk Bengala ke Selat Melaka
dan kapal-kapal dari China belayar dari Laut China Selatan ke Laut Jawa dan ke
Selat Melaka. Kapal-kapal ini juga dilengkapi senjata api sebagai mempertahankan
diri dari serangan lanun.
Oleh itu di pelabuhan-pelabuhan yang wujud di Selat Melaka pada abad ke
lapanbelas sehingga ke sembilanbelas terdapat pelbagai jenis kapal-kapal yang
telah berlabuh dengan membawa pelbagai muatan. Di samping membawa muatan
barangan kapal-kapal ini juga membawa penumpang iaitu mereka yang belayar dari
pelbagai pelusuk tempat untuk menuju ke destinasi masing-masing. Kesemua jenis
kapal ini juga dilengkapi dengan pelbagai senjata api dan meriam sebagai senjata
untuk melawan serangan lanun. Kebanyakan
kapal ini juga menempatkan
sekurang-kurannya enam orang kakitangan untuk kapal yang kecil dan sehingga
lebih dari 20 orang kakitangan anak kapal jika kapal tersebut bersaiz besar.
Pusat Pelabuhan Utama di Asia Tenggara
Terdapat banyak pusat bandar-pelabuhan yang wujud di Asia Tenggara. Di Selat
Melaka pada abad lapanbelas dan ke sembilan belas terdapat bandar-pelabuhan
seperti Aceh, Pasai, Batubara, Assahan, Kampar, Indragiri, Rokan dan Siak di
sebelah timur pantai Sumatra. Di sebelah barat pantai Semenanjung Tanah Melayu
pula terdapat bandar-pelabuhan seperti Kedah, Perak, Selangor, Melaka, dan Riau.
Manakala di pantai utara pulau Jawa pula terdapat bandar-pelabuhan seperti
Batavia, Juvana, Sumenap, Semarang, Geresik, Tegal Rembang, dan Madura.
Manalaka di bahagian timur gugusan kepulauan Melayu-Indonesia pula terdapat
bandar-pelabuhan seperti Makassar, Ambon, Timor, Mumpawa dan Banjarmasin.
Bandar-pelabuhan ini merupakan pusat perdagangan dan pemerintahan. Ia juga
berfungsi sebagai pusat pengumpulan barangan dagangan dan juga tempat
pertemuan para pedagang pada masa itu.
Walau bagaimanapun bandar pelabuhan yang utama adalah Riau yang
diperintah oleh kerajaan Johor-Riau. Melaka, Batavia dan Makassar pula diperintah
oleh Belanda. Walau bagaimanapun pusat emporim yang utama di Asia Tenggara
adalah berpusat di Riau yang menjadi nadi pertembungan serta persinggahan para
pedagang dari Eropahh dan Asia. Kejayaan Riau adalah disebabkan oleh lokasi
yang strategik serta daya usaha pemimpin-pemimpin yang mahu melihat zaman
kegemilangan Melayu di Melaka berkembang semula. Pemimpin seperti Laksamana
Paduka Raja, Daing Kemboja, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah serta Raja Haji

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

32

merupakan tokoh-tokoh yang telah membangunkan semula kejayaan perdagangan


Melayu setelah dimusnahkan oleh kuasa Barat.
Jaringan pedagang Melayu di Lautan Hindi dan China
Jaringan perdagangan di antara Lautan Hindia-Asia Tenggara-China merupakan
jaringan perdagangan yang amat luas dari segi kawasan serta kaya dengan
pelbagai barang dagangan. Ia merangkumi banyak daerah dan kawasan dan
kesemuanya amat kaya dengan sumber bumi serta mengeluarkan pelbagai jenis
barang buatan untuk di dagangkan. Di Lautan Hindia terdapat banyak pusat-pusat
pelabuhan yang penting. Antara yang menjadi tumpuan pedagang ialah di bandar
pelabuhan Mocha atau Aden di selatan Semenanjung Tanah Arab, Bandar Abbas di
Teluk Parsi, Surat, Bombay, dan Goa di pantai barat India. Di pantai Coromandel
India iaitu di sebelah timur India terdapat bandar pelabuhan seperti Madras,
Calcutta, Pulicat, Nagapatnam, Porto Novo dan di pulau Sri Lanka pula terdapat
Colombo, Tricomalee dan di selatan Burma pula terdapat Pegu dan Rangoon serta
di selatan Thailand terdapat bandar pelabuhan Junk Ceylon (Phuket).
Di Laut China Selatan pula terdapat bandar pelabuhan seperti Trengganu,
Pattani, Ayuthaya, Indo-China, Brunei, Manila, Amoy, Macao serta Taiwan dan
Jepun. Maka kesemua bandar pelabuhan ini mempunyai jaringan perdagangan yang
amat kompleks yang meliputi Asia Tenggara di tengah-tengah dan Lautan Hindia
serta Laut China Selatan di barat dan timur. Disebabkan Selat Melaka terletak
ditengah-tengah jalan di antara timur dan barat maka peranannya sebagai
penghubung antara dua wilayah yang utama ini amatlah besar sekali. Kesemua
bandar pelabuhan ini mempunyai jaringan yang amat rapat dengan bandar
pelabuhan di Selat Melaka dan juga di bandar pelabuhan di Laut Jawa.
Para pedagang dari benua kecil India bukan saja terdiri daripada orang India
tetapi juga terdiri dari syarikat berpiagam Inggeris dan Belanda serta syarikatsyarikat perniagaan dari Perancis, Portugis dan Denmark. Disebabkan perdagangan
amat menguntungkan dan sesuatu wilayah tersebut hanya mengeluarkan barangbarang tertentu saja maka untuk menjual sesuatu barangan memerlukan permintaan
serta penawaran. Maka barang-barang dari benua kecil Indisa serta dari Arab yang
kebanyakannya adalah barangan siap seperti kain, permaidani, peralatan harian,
senjata serta pelbagai jenis wangian telah didagangkan dengan hasil-hasil yang
dikeluarkan dari Asia Tenggara dan China.
Dengan itu bandar pelabuhan yang utama di Selat Melaka seperti Aceh,
Melaka dan Riau telah menjadi tumpuan para pedagang dari pelbagai tempat.
Pelabuhan Aceh, Melaka dan Riau terutamanya menjadi pusat pengumpulan
barangan dari Asia Tenggara yang telah dihantar dari bandar pelabuhan kecil yang
wujud disekitar Selat Melaka seperti Pedir, Langkat, Deli, Batubara, Assahan, Siak,
Indragiri, Selangor, Kedah, dan sebagainya. Dengan itu maka jaringan yang terdapat
di pelabuhan Riau amatlah besar kerana ia merupakan pusat persinggahan
pedagang yang utama yang datang dari Lautan Hindi serta Laut China Selatan.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

33

Jenis-jenis Komoditi
Jenis-jenis komoditi yang diperdagangkan di Asia Tenggara dapat dibagikan kepada
lima jenis, iaitu barang-barang siap, barang-barang untuk keperluan manusia, bijih
dan logam, barang dari hasil hutan dan hamba. Barang-barang siap adalah seperti
kain dan kapas dari India, sutera dari China, kain dari Asia Tenggara dan Eropahh,
porcelain, besi, paku, chinaware, candles, tiles, steel copperware, saltpeter, gunnies,
kertas china, sail mats, glass ware, kapak dan parang. Barang-barang keperluan
manusia pula ialah termasuklah beras, gandum, liquor, minyak masak, spices, lada
hitam, kopi, teh china dan pelbagai jenis gula. Selain itu terdapat juga barang-barang
dari hasil hutan seperti kayu balak, rotan, ubatan herba dan barang-barang dari hasil
lautan seperti tripang, gamat, sea slugs dan rumpai laut.
Kebanyakan barang-barang yang dikeluarkan dari Asia Tenggara adalah
barang-barang belum siap. Ini termasuklah barang-barang seperti makanan iaitu
beras, ikan, dan sagu. Keduanya ialah barang-barang yang dihasilkan dari hutan
iaitu seperti rotan, kayu balak, damar. Ketiganya ialah barang-barang logam iaitu
seperti emas dan bijih timah. Keempat ialah hasil laut seperti ikan, tripang, gamat.
Kelima ialah barang-barang ubatan seperti gadung China, gamat, tembakau dan
herba ubatan. Keenam ialah rempah ratus dan lada hitam. Di samping itu juga Asia
Tenggara juga mengeluarkan kain seperti kain dari Trengganu, Jawa, Bugis dan
Aceh.
Barang-barang ini kemudiannya diperdagangkan di pelabuhan yang utama
iaitu di pelabuhan-pelabuhan Melaka, Riau, Aceh dan Batavia. Barang-barang yang
datang dari Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatra seperti bijih timah dan hasil
hutan serta emas akan ditukarkan dengan barang-barang yanag datang dari benua
kecil India iaitu seperti kain dan kapas dari India, kain sutera dari China, peralatan
yang diperbuat dari besi dari China dan India, candu dari Bengal, pinggan mangkok
serta tempat menyimpan makanan dari China dan gula dari China dan India. Begitu
juga wilayah disebabkan kawasan di Selat Melaka ini tidak memiliki kawasan laut
terbuka bagi membuat garam maka garam yang merupakan sumber penting untuk
makanan serta membuat belacan di Melaka terpaksa di import dari Jawa serta
China.
Begitu juga tidak semua barang yang dikeluarkan dari Asia Tenggara ini di
eksport terus ke China dan India. Para pedagang dari China dan India mempunyai
pelbagai kehendak. Contohnya kebanyakan perdagang China memerlukan barangbarang dari laut serta dari hutan terutama barang-barang ubatan seperti gamat,
tripang, gadung China, benzuor stone yang amat dikehendaki oleh pedang China
tetapi tidak begitu diperlukan oleh pedagang dari India. Begitu juga pedagang India
amat memandang tinggi terhadap rempah ratus tetapi tidak pedagang dari China.
Tetapi lada hitam diperlukan oleh kedua-dua pedagang dari India dan China.
Mengapakah barang-barang seperti kain dari India, candu, serta sirih, buah
pinang dan tembakau amat di perlukan oleh masyarakat pada ketika itu? Kain
merupakan sesuatu yang amat berharga nilainya pada ketika ini. Walaupun Asia
Tenggara mengeluarkan kain seperti dari Jawa, Bugis, Trengganu dan Aceh, namun
permintaan kain dari India amat tinggi berbanding kain yang dikeluarkan dari Asia
Tengara mau pun dari China. Kain-kain yang dikeluarkan dari India amat bermutu

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

34

serta pelbagai corak serta warna. Contohnya nama-nama kain yang di keluarkan
dari India ialah seperti chintz, garraha, kembayar dan sebagainya. Permintaan yang
tinggi di kalangan penduduk di Semenanjung Tanah Melayu serta Sumatra amat
tinggi terhadap kain-kain ini. Kerana kain bukan saja dijadikan sebagai barang
pakaian tetapi ia juga lebih dari itu berfungsi sebagai adat persembahan,
perkahwinan, kelahiran, kematian, persembahan kepada raja serta hadiah kepada
pembesar dan sebagainya. Justeru itu peranannya amat luas di kalangan orang
Melayu. Oleh itu kain dari India sentiasa mendapat permintaan yang tinggi di
kalangan orang Melayu di Asia Tenggara.
Candu pula pada ketika ini merupakan sebagai satu bahan untuk ubat serta
racun kepada penagih. Disebabkan pihak pedagang Eropahh dan India tidak banyak
barang yang mereka boleh jual kepada pedagang di Asia Tenggara maka mereka
telah membawa candu yang merupakan racun dan ubat untuk dipasarkan kepada
pedagang di Asia Tenggara. Disebabkan terdapat permintaan yang tinggi di
kalangan pedagang serta penduduk di Asia Tenggara maka harga candu sentiasa
tinggi di pasaran. Namun demikian candu hanya membawa kecelakaan serta tidak
membawa apa erti kepada masyarakat di Asia Tenggara kerana ia di bawa hanya
untuk dijual kepada penagih dadah serta mendapatkan keuntungan semata-mata
oleh pedagang Eropahh. Yang rugi adalah orang Melayu pada ketika itu.
Pada masa ini kebanyakan
masyarakat di Asia Tenggara untuk
menghilangkan penat serta bersosial maka mereka telah menggunakan tembakau
serta memakan sirih. Oleh itu tembakau dan buah pinang merupakan sesuatu yang
dapat menjalin kemesraan di kalangan msayarakat. Dengan itu peranan tembakau
serta sirih dan pinang merupakan sesuatu kemestian. Kebanyakan tembakau yang
dipasarkan di Asia Tenggara datangnya dari Jawa dan China. Malakala buah pinang
iaitu bahan untuk makan sirih diperolehi dari Sumatra dan Pulau Pinang. Maka
pasaran kedua-dua bahan ini amatlah baik .
Di samping itu ubatan-ubatan seperti tripang dan gamat, gadung China dan
benzoar stone di percayai memiliki daya ubatan yang dapat menyembuhkan
penyakit serta kesihatan badan. Gamat dan tripang kebanyakannya di bawa dari
wilayah di timur gugusan kepulauan Melayu-Indonesia dan ini merupakan salah satu
sumber serta punca pendapatan utama kepada masyarakat yang mendiami wilayah
ini. Kebanyakannya dibawa ke Makassar serta Melaka dan Batavia untuk dipasarkan
ke China serta merata tempat di Asia Tengara. Begitu juga benzoar stone yang
dipercayai hanya dikeluarkan dari Sumatra dan memiliki kuasa untuk mengubati
pelbagai jenis penyakit serta amat sukar untuk di perolehi. Harganya boleh
mencapai nilai lebih tinggi dari harga emas. Oleh itu sumber hutan dan laut dari
keseluruhan wilayah di Asia Tenggara telah dapat di keluarkan dan dimanfaatkan
untuk manusia.
Kesimpulan
Kesimpulannya peranan utama yang dimainkan oleh pedagang Melayu dari Asia
Tenggara ialah memasarkan barangan yang datang dari India dan China ke
pelabuhan-pelabuhan di Asia Tenggara. Di samping
itu juga mereka juga
memainkan peranan yang penting untuk mengumpulkan barang-barang yang

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

35

dikeluarkan oleh Asia Tenggara untuk ditukar dengan barangan dari India dan China.
Peranan mereka ini telah dilakukan sejak kemunculan kerajaan Srivijaya dan
berlanjutan semasa zaman keagungan Melaka, Riau dan sehingga pembukaan
Pulau Pinang dan Singapura. Namun semenjak abad kedua puluh peranan mereka
ini telah dikuasai oleh pedagang China dan juga syarikat-syarikat perkapalan Barat
yang telah menguasai jaringan perdagangan yang berpusat di Singapura dan
Batavia. Faktor seperti kekurangan modal serta tiadanya penyatuan syarikat
perkapalan menyebabkan para pedagang Melayu telah tidak dapat menandingi
kepesatan serta kekuatan modal yang dimiliki oleh syarikat perkapalan China dan
Barat. Kelemahan kesatuan modal serta kurangnya pemilikan kapal-kapal yang
moden serta lebih besar yang dapat belayar dengan lebih laju tanpa bantuan angin
telah memalapkan zaman keagungan perkapalan Melayu yang satu masa telah
menguasai setiap pelusuk kepulauan Asia Tenggara.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

36

Bacaan Asas

Nordin Hussin, Melaka and Penang 1780-1830: A Study of Two Port Towns in the
Straits of Melaka, Thesis Ph. D, Vrije Universiteit Amsterdam, 2002.
An Exposition of the Political and Commercial Relations of the Government of Prince
of Wales Island with the States on the East Coast of Sumatra from Diamond
Point to Siack. 1824. Prince of Wales Island.
Wong Lin Ken, The Trade of Singapore 1819-69 JMBRAS, vol. 33, pt. 4, 1960, pp.
11-215.
Anderson, J., 1824. Political and Commercial Considerations Relative to the
Malayan Peninsula and the British Settlements in the Straits of Malacca.
Prince of Wales Island.
Anderson, J. 1840. Acheen and the Ports on the North and East Coast of Sumatra:
with Incidental Notices of the Trade in the Eastern Seas and the Aggressions
of the Dutch. London.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

37

Soalan Penilaian
1.

Jelaskan tentang kepentingan serta kedudukan gugusan kepulauan Melayu


sebagai jalan perdagangan yang utama di dunia.

2.

Bincangkan kepentingan Riau sebagai pusat perdagangan utama di dunia.

3.

Mengapakah pada pendapat anda kebanyakan hasil dagangan yang utama


dari gugusan kepulauan Melayu adalah berteraskan kepada hasil pertanian?.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

38

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

BAB 4
KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN
BANDAR-PELABUHAN

Objektif

1.

Mengkaji tentang konsep serta istilah bandar pelabuhan.

2.

Memahami faktor pertumbuhan bandar pelabuhan di Nusantara.

3.

Membincangkan kepentingan bandar pelabuhan.

4.

Meneliti kekuatan serta kependudukan bandar pelabuhan.

39

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

40

BAB 4
KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN
BANDAR-PELABUHAN
Melaka merupakan sebuah bandar pelabuhan yang didirikan oleh kerajaan Melayu
dan telah ditakluki oleh Portuguis pada tahun 1511 dan kemudian di tawan oleh
Belanda pada tahun 1641. Walaupun telah ditawan oleh kuasa Belanda namun
Melaka masih berfungsi sebagai sebuat pusat pelabuhan yang penting di Selat
Melaka dan juga di Asia Tenggara. Terdapat ramai pedagang dari Eropahh seperti
Belanda, Inggeris, Portugis serta Denmark yang telah menggunakan pelabuhan ini
untuk berdagang dengan China. Begitu juga terdapat ramai pedagang Melayu yang
terdiri dari Melayu, Bugis, Jawa serta dari Sumatra yang telah berniaga di Melaka.
Selain itu terdapat juga pedagang dari benua kecil India yang terdiri dari orang India
Muslim dan Hindu yang telah menggunakan Melaka sebagai pusat pelabuhan yang
penting di Selat Melaka. Disebabkan dasar Belanda yang tidak mahu melihat Melaka
berkambang bergitu pesat dan menyaingi Batavia maka kapal-kapal dagangan dari
China telah dipaksa untuk menuju ke Batavia dan tidak ke Melaka.
Walaupun pada umumnya Melaka berkembang pesat tetapi dasar monopoli
perdagangan Belanda telah menyempitkan masa depan Melaka. Pemerintah
Belanda di Melaka terpaksa akur terhadap dasar-dasar perdagangan serta
pemerintahan Belanda yang berpusat di Batavia agar Melaka tidak menyaingi
Batavia. Namun demikian sehingga penghujung abad ke lapanbelas Melaka tetap
menjadi sebuah pelabuhan yang penting kepada pedagang Melayu selain daripada
Riau. Pedagang-pedagang Melayu daripada serata tempat telah menuju ke Melaka
untuk menjual barang serta membeli barang-barang terutamanya dari India dan
China di Melaka.
Selain Melaka bandar pelabuhan yang penting dan utama adalah Aceh yang
terletak di utara pulau Sumatra. Pelabuhan Aceh juga sebuah pelabuhan yang sibuk
dengan para pedagang yang terdiri dari orang Melayu, pedagang-pedagang dari
Asia Tengara yang lain seperti Bugis, Minangkabau dan Jawa. Selain itu juga para
pedagang dari China, benua kecil India, Arab serta Eropahh juga telah singgah di
Aceh. Disebabkan oleh kedudukan geografinya yang terletak di utara pulau Sumatra
serta berhampiran dengan benua kecil India maka terdapat ramai para pedagang
dari Pantai Coromandal serta sekitar Teluk Bangala telah singgah di Aceh.
Walau bagaimanapun pelabuhan yang paling utama pada abad ke tujuhbelas
dan lapanbelas adalah Johor-Riau. Pelabuhan ini terletak di pulau Riau dan
menguasai kedudukan yang strategik di selatan Selat Melaka serta mengawal laluan
kapal dagangan yang belayar di antara timur dan barat. Pelabuhan Johor-Riau telah

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

41

menjadi maju sejak tahun 1640an serta berkembang pesat sehingga tahun 1699.
Kemudian ia telah berkembang pesat lagi setelah kemasukkan orang-orang Bugis
ke Johor-Riau pada tahun 1720an serta bertambah maju sehinggalah ia telah
dimusnahkan oleh Belanda pada tahun 1784.
Kepesatan pelabuhan Riau yang ditadbir oleh kerajaan Johor-Riau telah
menyebabkan perasaan irihati di kalangan orang Belanda terutama di Melaka. Ini
disebabkan Riau merupakan sebuah pelabuhan bebas yang tidak mengenakan
cukai yang tinggi sepertimana pelabuhan Melaka yang dikuasai Belanda. Barangbarang yang disekat oleh Belanda serta dikenakan cukai yang tinggi seperti bijih
timah, lada hitam, kain dari India serta candu amat mudah diperolehi di Riau.
Tambahan pula Riau merupakan tempat yang paling disukai oleh para pedagang
swasta Inggeris serta para pedagang Eropahh yang lain disebabkan mereka boleh
mendapat bahan-banah seperti bijih timah dengan harga yang murah untuk di bawa
ke China. Tambahan pula lada hitam juga amat mudah diperolehi di Riau dengan
harga yang murah dibandingkan dengan pasarannya di Melaka. Bahan-bahan
seperti lada hitam serta bijih timah merupakan bahan yang amat diperlukan oleh
para pedagang Eropahh disebabkan ianya diperlukan untuk perniagaan dengan
bahan teh dari china.
Di samping itu jalinan perdagangan Riau juga amat luas merangkumi
wilayah-wilayah di Asia Tenggara iaitu meliputi wilayah bahagian timur gugusan
kepulauan Melayu-Indonesia, wilayah-wilayah di Borneo, Jawa, Sumatra serta
dengan wilayah di Selat Melaka. Dengan jalinan yang begitu luas ia telah dapat
mengumpulkan hasil keluaran dari wilayah-wilayah ini seperti hasil hutan, hasil bumi
seperti emas dan bijih timah serta hasil pertanian seperti rempah ratus serta lada
hitam. Tambahan pula hasil laut yang kaya seperti ikan serta tripang yang diperlukan
oleh peniaga China amat mudah di perolehi di Riau. Tambahan pula barang-barang
keluaran daripada India serta China juga amat mudah didapati di Riau. Disebabkan
oleh jalinan perdagangan dengan wilayah di luar Asia Tenggara seperti India dan
China maka ramai para pedagang Eropahh yang berpusat di benua kecil India telah
datang membawa bersama mereka barang-barang seperti kain India yang bermutu
tinggi, kain sutera dari China, barang-barang siap seperti peralatan serta gula dan
garam yang amat diperlukan oleh para penduduk di bahagian ini disebabkan garam
sukar untuk di keluarkan.
Selain daripada Riau yang merupakan pusat bandar serta pelabuhan yang
utama terdapat juga bandar pelabuhan yang lain seperti Batubara di Sumatra.
Batubara merupakan pusat pelabuhan yang penting kepada para pedagang dari
bahagian utara Sumatra dan ianya juga menghubungkan para pedagang di tanah
daratan Sumatra. Pelabuhan ini penting terutamanya kepada para pedagang
tempatan untuk berhubung dengan bandar pelabuhan yang penting seperti Melaka
dan Riau dan seterusnya dengan Pulau Pinang dan kemudiannya dengan
Singapura. Di pelabuhan Batubara saja dilaporkan terdapat banyak kapal-kapal
pedagang Melayu yang belabuh dan mempunyai jaringan perdagangan dengan
bandar-bandar pelabuhan yang penting di Selat Melaka dan juga di gugusan
kepulauan Melayu.
Di samping itu di sepanjang pantai timur Sumatra terdapat banyak bandar
pelabuhan yang utama. Siak yang terletak di bahagian tengah pulau Sumatra

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

42

merupakan pusat bandar pelabuhan yang penting di Sumatra. Setelah kejatuhan


Riau pada tahun 1874 Siak telah muncul menggantikannya sebagai pusat
pelabuhan yang penting kepada Melaka. Para pedagang dari tanah daratan
Minangkabau yang kaya dengan hasil bumi serta pertanian telah menjadikan Siak
pusat pelabuhan yang penting sebagai pusat pengumpulan barang-barang serta
pusat penyebaran barangan tersebut kepada para pedagang yang datang dari
Melaka, Riau, dan kepulauan Melayu.
Selain itu bandar pelabuhan yang penting seterusnya ialah bandar pelabuhan
Langkat, Assahan, Bulu China, Indragiri dan Palembang. Bandar pelabuhan ini
merupakan pusat pelabuhan orang-orang Melayu untuk menjual barangan mereka
serta untuk mendapatkan barangan dari luar.
Namun demikian pusat-pusat pelabuhan ini tidaklah dapat menyamai
kepentingan Aceh yang terletak di utara pulau Sumatra. Aceh merupakan pusat
bandar pelabuhan yang utama dan panjang sejarahnya sepertimana Melaka. Aceh
telah menjadi bandar pelabuhan yang amat penting kepada para pedagang
antarabangsa seperti dari Eropahh, India dan China. Pelabuhannya merupakan
tempat tumpuan saudagar dari benua India serta dari dunia Melayu. Barang-barang
yang di jual serta didagangkan merupakan pelbagai dari Eropahh, India, China, dan
dari gugusan kepulauan Melayu.
Sementara itu bandar pelabuhan yang lain di Nusantara seperti Batavia,
Banten, Indramayu, Japara, Sumanep, Rembang, Perkalongan, Tegal, Ceribon,
Semarang dan Gerisik serta Joahana di pantai pulau Jawa merupakan pusat
pelabuhan yang penting yang menjalankan perdagangan di sekitar Laut Jawa
dengan Selat Melaka serta dengan China dan India.
Bandar pelabuhan yang penting di kepulauan rempah pula adalah seperti
bandar pelabuhan Makassar, Ambon, Flores dan Timor. Tetapi di antara mereka ini
Makassar merupakan pusat pelabuhan yang utama dan menjadi tumpuan para
saudagar serta pedagang dari Eropahh, China, India serta kepulauan Melayu.
Justeru ini terdapat banyak bandar pelabuhan yang muncul serta
berkembang di kawasan Nusantara ini dan adalah tidak lengkap jika bandar
pelabuhan Trengganu serta Brunei dan Sambas di pulau Borneo tidak disebut. Para
pedagang dari wilayah ini telah menjadikan pusat pelabuhan ini sebagai pusat
tumpuan mereka dan pusat pelabuhan ini juga menjadi tumpuan para saudagar
Barat dan Timur untuk memasarkan barang serta mendapatkan bekalan barangan
yang tidak ditemui di mana-mana bandar pelabuhan yang lain.
Kepentingan serta konsep bandar pelabuhan
Sebagaimana yang telah dibincangkan terdahulu masyarakat Melayu pada asasnya
bergantung sepenuhnya kepada aktiviti maritim. Dengan itu pusat pentadbiran serta
masyarakat terletak di bandar pelabuhan. Oleh itu terdapat banyak bandar
pelabuhan yang tumbuh serta berkembang di sepanjang persisir Selat Melaka
samada di bahagian timur Sumatra atau barat semenanjung Tanah Melayu. Begitu

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

43

juga terdapat banyak pusat pelabuhan yang wujud di sepanjang pantai Laut Jawa
serta kepulauan Melayu.
Bandar pelabuhan amat penting kepada perkembangan peradaban orang
Melayu. Ini disebabkan di bandar pelabuhan inilah tempat pertembungan pelbagai
budaya serta pusat perniagaan serta pertembungan masyarakat umum.
Kepentingan ini terserlah dengan kemunculan kerajaan Melayu lama seperti
Srivijaya, Melaka, Aceh, Riau dan sebagainya. Disinilah tempat berkembangnya
peradaban Melayu yang berteraskan kepada kegiatan perdagangan.
Bandar pelabuhan ini merupakan sebuah pelabuhan yang memiliki kota serta
bandar. Di bandar atau kota inilah tempat pentadbiran serta kediaman kebanyakan
daripada penghuninya. Di bandar atau kota ini jugalah tempat penjualan barangan
dagangan selain daripada pelabuhan tempat memungah serta pertukaran barangan
dari kapal-kapal yang berlabuh. Oleh itu pelabuhan serta bandar merupakan ikatan
yang rapat kerana bandar memerlukan pelabuhan untuk berkembang serta
bergantung hidup. Sepertimana bandar Melaka yang terdapat pusat bandar atau
kota dan juga pelabuhan dimana kapal-kapal berlabuh serta membawa barangan
untuk diperdagangkan.
Pelabuhan serta bandar pelabuhan ini juga ditadbirkan oleh orang Melayu
dan juga oleh orang Eropahh. Setengah bandar pelabuhan ini dibina serta ditadbir
urus oleh orang Eropahh dan orang Arab. Bandar pelabuhan yang ditadbirkan serta
dibina oleh orang Eropahh pada kebiasaannya di panggil bandar pelabuhan kolonial.
Tetapi konsep serta makna bandar kolonial ini juga masih kabur kerana banyak yang
terdapat di bandar pelabuhan tersebut yang juga meyerupai dengan bandar yang
dibina serta ditadbir urus oleh orang Melayu. Tetapi yang banyak membezakan di
antara bandar pelabuhan yang dibina oleh orang Melayu ialah ianya ditadbirkan
oleh orang Melayu dan berbeza dengan bandar pelabuhan yang dibina serta diurus
oleh orang Eropahh.
Kepentingan bandar pelabuhan
Kajian mengenai bandar pelabuhan sedang berkembang pada masa kini. Ini
disebabkan banyak fakta serta kehidupan masyarakat yang mendiami bandar
pelabuhan pada abad ke 17 dan 18 dapat memberikan gambaran bagaimana
masyarakat tersebut hidup dan berkembang. Tambahan pula kajian kajian lepas
hanya tertumpu kepada soal politik dan hubungan diantara kuasa serta peperangan.
Tetapi kini sejarawan merasakan kajian bandar pelabuhan merupakan sesuatu yang
amat diperlukan. Ini disebabkan di bandar pelabuhanlah tempat masayarakat
bertemu, pentadbiran, undang-undang serta segala macam bentuk kehidupan dapat
ditulis dan dirakamkan. Tambahan pula perkembangan bandar dari sudut morphologi
serta kependudukan amatlah penting kepada pembentukan warisan sejarah. Amat
jarang atau kurang penelitian mengenai perkembangan bandar dari sudut fizikalnya
serta perkembangan bandar seperti bangunan, jalan, pentadbiran bandar serta
bagaimana kehidupan bandar dirakamkan serta berkembang pada masa tersebut
perlu untuk di ketahui. Justeru itu kini kajian bandar pelabuhan merupakan sesuatu
yang unik serta mempunyai masa depan yang cerah kerana ia telah dapat
membongkar kehidupan manusia lampau. Di samping itu kajian bandar pelabuhan

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

44

juga dapat menjelaskan bagaimana bandar pelabuhan menjadi fungsi serta nadi
kepada kehidupan manusia pada masa tersebut. Perdagangan lautan serta
hubungan bandar pelabuhan dengan tanah daratan serta sistem perhubungan air
serta darat merupakan sesuatu yang perlu diketahui dalam pengajian sejarah
manusia. Aliran keluar masuk manusia seperti pendatang serta masyarakat peribumi
serta aktiviti-aktiviti ekonomi dan harian mereka merupakan sesuatu yang perlu
ketahui. Begitu juga dengan stratafikasi sosial masyarakat seperti siapakah
golongan yang kaya dan apakah pelaburan yang mereka lakukan serta
pergantungan ekonomi mereka serta hubungan di antara satu kaum dengan kaum
yang lain merupakan sesuatu yang unik serta amat bernilai. Budaya serta corak
kehidupan manusia bandar pelabuhan serta gaya kehidupan dan hubungan di
antara kaum yang berlaku serta interaksi dengan golongan pentadbir merupakan
sesuatu yang perlu diketengahkan serta di kaji dengan mendalam.
Oleh itu bandar pelabuhan merupakan satu cermin kepada bagaimana
kehidupan di urus dan berkembang serta berinteraksi di antara kelas pemerintah
dengan yang diperintah dan hubungan dengan kepelbagaian kaum serta
permasalahan yang berlaku dan bagaimana diselesaikan merupakan sesuatu yang
unik serta perlu diketahui.
Penduduk Bandar Pelabuhan
Bandar pelabuhan menjadi tumpuan kepada ramai penduduk. Disebabkan ianya
menjadi pusat tumpuan para pedagang serta pusat pentadbiran maka ramai
penempatan manusia tertumpu di sini.
Penduduk bandar pelabuhan ini dapat di bagikan kepada beberapa
kumpulan. Pertama jika bandar pelabuhan itu diperintah oleh kuasa Eropahh maka
kelas yang teratas sekali yang mentadbir serta mengurus serta mengawal bandar
pelabuhan tersebut ialah orang Eropahh. Orang Eropahh ini pula dapat dibagikan
kepada dua kumpulan. Pertama mereka yang bekerja dengan Syarikat Berpiagam
yang menguasai bandar pelabuhan tersebut dan keduanya orang Eropahh yang
menetap di bandar pelabuhan tersebut yang tidak berkerja dengan Syarikat
Berpiagam atau berkerja sebagai pentadbir bandar tersebut.
Seterusnya terdapat kelompok daripada orang Asia yang terdiri daripada
penduduk peribumi iaitu Melayu serta penduduk pribumi yang berhijrah ke bandar
pelabuhan tersebut seperti orang Jawa, Sumatra serta Bugis. Seterusnya ialah kelas
pendatang yang datang dari China dan India. Selain itu dibandar pelabuhan juga
terdapat sekelompok masyarakat campuran iaitu yang bercampur di antara
masyarakat tempatan dengan bangsa luar. Mereka ini dikenali sebagai orang-orang
Baba dan Jawi Pekan iaitu hasil percampuran masyarakat orang China dan India
Muslim dengan masyarakat tempatan. Selain itu terdapat juga masyarakat
campuran yang dikenali sepagai Portugis Eurasian iaitu campuran orang Portugis
dengan penduduk tempatan atau orang Asia (India).
Di samping itu terdapat pula golongan yang dikenali sebagai hamba.
Golongan hamba ini amatlah ramai bilangannya jika dibandingkan dengan penduduk
yang merdeka atau bebas. Golongan hamba ini datangnya dari pelbagai tempat

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

45

seperti dari Afrika, India, dan Nusantara. Hamba pada masa ini bukan saja bekerja
sebagai hamba abdi tetapi mereka adalah terdiri daripada orang yang ditugaskan
untuk berniaga, bekerja sebagai anak kapal yang belayar membawa dagangan ke
merata tempat dan dimiliki oleh orang kaya serta hartawan. Selain itu hamba juga
bekerja sebagai pembina rumah, pembuat batu bata di kilang-kilang, buruh ladang,
pembantu kerja rumah atau pelayan yang memberi hiburan serta kesenangan
kepada tuannya.
Kesimpulan
Kemunculan serta perkembangan bandar pelabuhan merupakan tunjang kepada
perubahan yang akan berlaku seterusnya bila mana bandar pelabuhan ini
kemudiannya menjadi pusat perkembangan ekonomi yang penting kepada
perkembangan sosio-ekonomi di kawasan pendalaman.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

46

Bacaan Asas
Nordin Hussin, Melaka and Penang 1780-1830: A Study of Two port towns in the
Straits of Melaka, PhD Thesis, Vrije Universiteit Amsterdam 2002.
Basu, Dilip (ed.), 1985. The Rise and Growth of the Colonial Port Cities in Asia,
Monograph Series no. 25 University California.
Blusse, L. 1996. Strange Company: Chinese Settlers Mestizo women and the Dutch
in Batavia, KITLV.
Chaudhuri, K.N., 1990. Asia before Europe: Economy and civilization of the Indian
Ocean from the rise of Islam to 1750, Cambridge.
Hall, Kenneth R., 1985. Maritime Trade and State Development in Early Southeast
Asia , Honolulu.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

47

Soalan Penilaian

1.

Apakah yang dikatakan sebagai bandar pelabuhan?

2.

Bincangkan kepentingan bandar-pelabuhan dalam sejarah


manusia dan masyarakat dari sudut ekonomi dan sosial.

3.

Dengan merujuk beberapa buah bandar pelabuhan di Nusantara bincangkan


bagaimana pentadbiran dan bentuk hubungan masyarakat yang berlaku pada
abad ke 17 dan 18.

kehidupan

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

48

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

49

BAB 5
MASYARAKAT BANDAR-PELABUHAN

Objektif

1.

Memahami kehidupan masyarakat di bandar pelabuhan.

2.

Mengkaji perubahan zaman dan kemasukkan abad China ke Asia Tenggara.

3.

Membincangkan bandar pelabuhan dan era imperialisma dan kolonialisma.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

50

BAB 5
MASYARAKAT BANDAR-PELABUHAN

Bandar pelabuhan yang menjadi fokus perbincangan di sini ialah bandar pelabuhan
yang ditadbirkan oleh kuasa Eropahh iaitu Melaka dan Pulau Pinang. Selain itu
dihuraikan juga bandar pelabuhan seperti Riau dan Aceh yang ditubuh dan ditadbir
oleh kuasa tempatan Melayu. Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam kuliah yang
awal tadi Melaka telah dibentuk dan di perintah oleh kesultanan Melayu
kemudiannya ditawan oleh Portuguis selama lebih seratus tahun dan disusuli pula
oleh pentadbiran Belanda selama seratus tahun sebelum diambil alih oleh kuasa
Inggeris. Pulau Pinang pula adalah sebuah bandar pelabuhan yang baru dibuka oleh
sebuah kuasa Eropahh di Selat Melaka dan ianya berkembang dan diperintah oleh
Inggeris. Manakala Riau pula merupakan sebuah bandar pelabuhan yang dibina dan
ditadbir oleh sebuah kerajaan Melayu iaitu kerajaan Johor-Riau dan telah dapat
menjadi sebuah pusat perniagaan yang terulung di Asia Tenggara. Begitu juga
dengan Aceh adalah sebuah pusat serta bandar pelabuhan yang didirikan serta di
perintah oleh sebuah kerajaan Melayu Aceh yang menguasai wilayah di utara pulau
Sumatra.
Oleh itu keempat-empat bandar pelabuhan ini mencerminkan bagaimana
wilayah di Selat Melaka ini telah dapat melahirkan bandar-bandar yang penting serta
dapat mengawal perdagangan serta perniagaan yang melalui Selat Melaka serta
menjadi pusat pelabuhan yang utama di dunia. Pada umumnya Riau dan Aceh
adalah pusat bandar pelabuhan yang dibina serta di uruskan oleh kerajaan Melayu
manakala Melaka pada awal sejarahnya merupakan pusat pemerintahan kerajaan
Melayu dan kemudiannya telah di perintah oleh kuasa-kuasa Eropahh. Manakala
Pulau Pinang pula adalah pusat bandar pelabuhan yang dibina dan diuruskan oleh
kuasa Eropahh.
Dengan melihat asas ini maka adakah terdapat apa-apa perbezaan di antara
keempat-empat bandar pelabuhan ini? Adakah masyarakat yang mendiami bandar
pelabuhan ini berbeza di antara satu sama lain atau terdapat ciri-ciri persamaan di
antara satu sama lain? Apakah yang unik yang wujud dalam keempat-empat bandar
pelabuhan tersebut?
Melihat kepada sejarah awal Melaka ianya merupakan sebuah pelabuhan
yang besar dan dikuasai oleh kerajaan Melayu. Terdapat ramai para pedagang yang
datang serta menetap di sana. Tetapi keadaan ini berbeza semasa pemerintahan
Portuguis kerana disebabkan dasar perdagangan monopolinya telah menyebabkan
ramai pedagang menghindarinya. Semasa pemerintahan Belanda pula keadaan ini
berterusan and akhirnya membawa kepada kemerosotannya.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

51

Walaupun Melaka di bawah pemerintahan Portugis dan Belanda tidak


mencapai sebuah pusat pelabuhan yang utama tetapi penduduknya tetap
berkembang secara perlahan dan menyaksikan pelbagai kaum mendudukinya. Pada
abad ketujuh belas iaitu semasa pemerintahan Belanda golongan yang paling utama
ialah terdiri dari pegawai VOC yang menjalankan pentadbiran serta mengawal
pelabuhan ini. Pegawai VOC ini juga mempunyai keluarga mereka dan tinggal
menetap. Selain itu golongan kedua yang terpenting ialah para Burghers iaitu terdiri
daripada orang Belanda yang tidak bekerja dengan VOC tetapi tinggal dan menetap
di Melaka. Mereka ini lebih ramai bilangannya dan memiliki keluarga serta tinggal
menetap di Melaka. Selain itu golongan orang Asia terdiri daripada orang Melayu
yang merupakan pribumi yang menetap di Melaka. Di samping terdapat juga orang
Jawa, Bugis serta Minangkabau yang telah tinggal serta menetap di Melaka.
Golongan kedua daripada orang Asia ialah orang China yang berhijrah ke Melaka
dan kumpulan ini juga telah tinggal serta menetap di Melaka. Selain itu terdapat
orang India yang terdiri dari Kelings dan juga India Islam yang telah menetap di
Melaka.
Sesuatu yang unik mengenai masyarakat yang terdapat di Melaka ini juga
ialah terdapatnya golongan campuran yang terdiri daripada Portugis Eurasians iaitu
campuran daripada orang Portugis dengan masyarakat tempatan yang Kebanyakan
nya daripada India. Di samping itu terdapat juga orang Jawi Pekan yang wujud hasil
daripada percampuran di antara orang Melayu dengan India. Walau pun golongan
ini tidak ramai tetapi kehadiran mereka telah mencorakkan lagi masyarakat yang
telah sedia ada di Melaka. Namun yang paling unik sekali ialah golongan Baba iaitu
campuran di antara orang China dengan Melayu yang telah menghasilkan satu
golongan yang unik di Melaka.
Selain daripada itu terdapat juga golongan hamba yang ramai bilangannya.
Pada awal abad ketujuhbelas semasa Belanda memerintah Melaka golongan hamba
ini adalah tinggi bilangannya dan merupakan penduduk majoriti di Melaka.
Kebanyakan mereka datang daripada Nusantara dan juga dari India serta Afrika.
Para pedagang yang kaya di Melaka memiliki jumlah hamba yang ramai.
Walaupun pentadbiran di bandar pelabuhan tidak membuat peraturan yang
khusus bagi penempatan penduduk-penduduknya tetapi kebanyakan penduduk di
bandar pelabuhan ini lebih gemar untuk membina penempatan serta rumah mereka
berkelompok di kalangan mereka. Oleh itu terdapat banyak penempatan yang
hanya didiami oleh sesuatu kumpulan kaum sahaja. Walau bagaimanapun terdapat
juga sebilangan di antara mereka yang telah mendiami di kawasan yang bercampur.
Tetapi pada amalannya tempat yang menjadi kawasan utama di bandar pelabuhan
ini adalah kawasan pentadbiran yang khusus didiami oleh para pentadbir serta para
elit iaitu terutamanya para pegawai yang bekerja di Syarikat Berpiagam.
Walaupun terdapat penempatan yang terpisah tetapi pusat pertemuan
masyarakat yang mendiami bandar pelabuhan adalah pusat bandar. Di pusat bandar
inilah menjadi tumpuan keseluruhan penduduk. Di pusat bandar inilah terdapatnya
pasar, kedai tempat jualan serta aktiviti perniagaan dijalankan. Oleh itu pusat bandar
merupakan tempat yang utama serta penting kepada kehidupan di bandar
pelabuhan.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

52

Di pusat bandar juga terdapat tempat amal ibadat seperti masjid, gereja serta
tokong. Tempat amal ibadat ini juga dibina oleh masyarakat yang menggunakannya.
Oleh itu di Melaka contohnya terdapat masjid yang dibina oleh orang Melayu dan di
Pulau Pinang juga terdapat masjid yang dibina oleh orang Melayu dan juga India
Muslim. Oleh itu tempat amal ibadat juga menjadi fokas tumpuan masyarakat
tersebut untuk menjalankan aktiviti mereka. Tetapi di Pulau Pinang gereja dibina
hanyalah setelah hampir lima dekad Inggeris bertapak di bandar tersebut. Walaupun
di Pulau Pinang terdapat ramai orang Eropahh serta penganut agama Kristian tetapi
mereka tidak mempunyai tempat amal ibat yang sempurna. Sepertimana rumah
ibadat menjadi nadi kepada kemasyarakatan pada masa tersebut seperti menjadi
tumpuan kepada aktiviti keagamaan, perkahwinan, kematian serta kemasyarakatan
oleh itu masyarakat Eropahh di Pulau Pinang telah mengalami masalah yang besar
disebabkan gereja Prostestant hanya dibina pada tahun 1818. Oleh itu hal
perkahwinan di kalangan masyarakat Eropahh telah dilakukan secara ringkas dan
tidak menerusi seorang padri. Walaupun terdapat gereja Katholik tetapi Kebanyakan
penganut gereja Katholik terdiri daripada orang Portugis Eurasian dan kebanyakan
mereka bukan orang Eropahh. Tetapi di Melaka disebabkan oleh Syarikat VOC
merupakan sebuah syarikat berpiagam yang menghormati serta mengambil berat
tentang kebajikan anak buah mereka maka gereja Protestant Belanda telah dibina
dan ia pula merupakan sebuah institusi agama yang lebih lengkap serta teratur.
Di samping itu juga para penduduk di bandar pelabuhan Melaka dan Pulau
Pinang juga telah ditadbirkan mengikut ketua kaum mereka. Ketua kaum ini
bertindak sebagai pentadbir yang juga menguruskan masalah serta kebajikan kaum
mereka. Oleh itu di Melaka dan Pulau Pinang terdapat ketua kaum Melayu, China,
dan Kelings. Ketua kaum ini juga kadang kala bertindak menyelesaikan masalah
perundangan yang berhubung kait dengan kaum mereka. Mereka juga diberikan
kuasa untuk menyelesaikan masalah-masalah kecil yang berlaku dalam masyarakat
mereka di dalam mahkamah mereka. Tetapi masalah-masalah yang besar hanya
diselesaikan dalam mahkamah Belanda atau Inggeris.
Walaupun aktiviti sosial antara kaum jarang berlaku tetapi kadang kala
terdapat aktiviti sosial yang dilakukan di antara kaum. Disebabkan kehidupan di
kalangan para pedagang yang berjauhan dengan keluarga maka terdapat pedagang
yang telah menetap dan mereka ini adalah lelaki. Disebabkan nisbah lelaki melebihi
wanita dan amat jarang kaum wanita yang berhijrah ke Melaka atau Pulau Pinang
maka ramai kaum lelaki ini telah berkahwin atau tinggal serumah dengan
perempuan simpanan atau hamba yang dijadikan sebagai teman bersosial. Oleh itu
maka terdapatlah kelahiran anak yang dijalinkan menerusi ikatan ini dan
kemudiannya telah membentuk sebuah masyarakat dan dapat menampung jumlah
nisbah lelaki dan wanita. Walaupun Kebanyakan penduduk Eropahh mempunyai
persepsi yang buruk terhadap orang tempatan tetapi terdapat juga di antara mereka
yang telah memilih kehidupan seperti orang Melayu. Antara mereka ialah seperti
James Scott yang telah dapat menerapkan cara serta budaya Melayu dalam
kehidupan hariannya. Tetapi tindakan beliau ini telah disalah tafsir oleh orang
Eropahh yang lain dan memandang serong terhadapnya. Begitu juga dengan ketua
Superintedent Inggeris di Melaka yang telah berkahwin dengan seorang wanita
Melayu dan mempunyai beberapa orang anak hasil daripada pengkongsian tersebut.
Walaupun terdapat ramai orang Eropahh terutama di Pulau Pinang yang telah hidup
bersama dengan wanita tempatan tetapi maruah serta darjah wanita tempatan yang

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

53

menjadi pasangannya tidaklah di letakkan setaraf dengan wanita Eropahh.


Pasangan hidup wantia tempatan masih ditaraf yang rendah dibandingkan dengan
anak hasil daripada kehidupan bersama tersebut. Wantia tempatan yang menjadi
pasangan mereka juga rendah tarafnya dibandingkan dengan rakan karib serta
sanak saudara mereka. Oleh itu jika terdapat kematian maka peninggalan harta
hanya sedikit saja diberikan kepada pasangan wantita tempatan jika dibandingkan
dengan anak hasil dari kehidupan bersama dengan wanita tempata yang diberikan
pendidikan yang sempurna serta dihantar ke Eropahh. Begitu juga harta
peninggalan sering dibagikan kepada rakan rapat serta sanak saudara dan
pasangan wanita tempatannya hanya diberikan jumlah yang minimum saja.
Kes seperti ini jarang berlaku di Melaka disebabkan di Melaka terdapat jumlah
penduduk wanita Eropahh yang ramai daripada kalangan Burghers dan juga
terdapat ramai jumlah Burghers yang terdapat di Batavia, Makassar, Colombo dan
sebagainya. Oleh itu tidak terdapat masalah mencari pasangan hidup di kalangan
lelaki Belanda. Walau bagaimanapun terdapat juga lelaki Belanda yang berkahwin
dengan wanita Portugis Eurasain dan jika ini terjadi status lelaki Belanda ini akan
menurun jika dibandingkan dengan mereka yang beristerikan wanita dari kalangan
burghers. Gabenor terakhir di Melaka juga telah mengalami masalah ini disebabkan
isterinya datang dari darah Portugis yang mana beliau dinafikan tinggal di dalam
Castle di Melaka. Tambahan pula jika orang lelaki Belanda berkahwin dengan isteri
yang bukan berkulit putih serta Eropahh mereka ini akan mendapat masalah besar
jika mereka membuat keputusan pulang ke Eropahh. Kepada pegawai yang didapati
telah berkahwin dengan wanita tempatan maka mereka tidak akan kembali ke
Eropahh disebabkan mereka akan mendapat permasalahan tentang perkahwinan
tersebut, anak yang lahir serta jawatan mereka. Oleh itu kebanyakan pegawai
menjauhkan diri daripada melakukannya tetapi disebabkan kesunyian yang terlalu
lama maka ramai di kalangan mereka yang telah membuah perhubungan ini dengan
sulit dan anak mereka adalah diketagorikan anak luar perkahwinan.
Bagi Melaka disebabkan kerana kehidupan serta sejarah lampau yang lama
maka telah terdapat hubungan kaum yang erat berlaku di antara kaum yang tinggal
dibandar pelabuhan tersebut. Pulau Pinang pula disebabkan sejarahnya yang
singkat maka kehidupan di sini masih ditahap jurang yang besar. Percampuran serta
hubungan yang erat masih terbatas di Pulau Pinang tetapi di Melaka mereka hidup
dengan harmoni serta baik.
Zaman Kemasukan Imigran China atau Abad China
Salah satu daripada kesan pertumbuhan bandar pelabuhan ialah kebanjiran imigran
China yang ramai ke Asia Tenggara pada dekad 1750an sehinggalah pada abad ke
sembilanbelas. Kedatangan imigran China yang ramai ini telah merubah banyak
sudud terutama dari struktur kependudukan, ekonomi serta sosial bandar pelabuhan
tersebut.
Sebelum berlakunya kedatangan orang China kebanyakan daripada tenaga
buruh di kebanyakan bandar pelabuhan adalah daripada para hamba. Hamba yang
dibawa dari Nusantara serta Afrika dan India telah memenuhi pasaran buruh di
bandar pelabuhan. Mereka ini dijual beli serta dijadikan barang berharga kepada

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

54

tuan punyanya. Mereka bekerja di pelbagai sektor pekerjaan seperti dirumah,


perladangan, perniagaan, perdagangan, sebagai penghibur serta tempat
melepaskan kelakian pada masa itu. Tetapi keadaan ini makin berubah pada abad
kesembilan belas dengan terdapat ramainya kedatangan imigran China telah
menyebabkan pasaran buruh dapat ditampung tambahan pula dengan undangundang yang ketat tentang hampa serta dasar pembebasan hamba yang ditekankan
oleh Inggeris dan Belanda maka hamba telah digantikan dengan tenaga buruh
China yang telah membanjiri Asia Tenggara. Tambahan pula diera abad ke
sembilanbelas telah terdapat banyak pelaburan dalam perlombongan serta
pertanian secara meluas maka permintaan tenaga buruh makin bertambah tinggi.
Oleh itu kebanjiran imigran China telah meemenuhi permintaan ini.
Kehadiran imigran China juga telah menimbulkan permasalahan besar dalam
kehidupan serta keselamatan. Disebabkan oleh sifat serta cara hidup berkelompok
mereka telah menubuhkan persatuan serta kongsi maing-masing yang telah
menjejaskan keselamatan serta persengketaan di antara
satu sama lain.
Pergaduhan serta perang saudara di antara
mereka sering berlaku serta
menjejaskan keselamatan serta kehidupan harian. Tambahan pula kebanyakan
yang datang adalah golongan lelaki yang mana nisbah di antara lelaki serta wanita
amatlah rendah telah menyebabkan permasalahan kependudukan.

Era Imperlisma dan Kolonialisma


Semasa zaman imperialisme Barat bermula dengan penguasaan banyak wilayahwilayah di timur maka bandar pelabuhan yang diperintah oleh kuasa Eropahh telah
memainkan peranan yang besar dalam usaha memenuhi kehendak serta aspirasi
mereka. Oleh itu Pulau Pinang dan Melaka telah menjadi batu loncatan kuasa Barat
untuk menguasai negeri-negeri Melayu. Pelbagai alasan telah digunakan oleh
Inggeris untuk campurtangan dalam hal ehwal negeri Melayu dan akhirnya negerinegeri ini telah jatuh satu persatu ketangan mereka.
Peranan Pulau Pinang terutamanya sebagai pusat perdagangan serta
pelaburan pertama Inggeris di Tanah Melayu serta menjadi tempat utama
persinggahan para imigran China untuk bekerja di lombong-lombong bijih yang kaya
di Perak serta Selangor telah memainkan peranan utama bagi Inggeris untuk
campurtangan dalam pentadbiran negeri Melayu. Bermula dengan para pelabur
China yang datang dari Pulau Pinang yang telah melabur dalam perusahaan
lombong bijih dan kemudian diikuti dengan permasalahan buruh serta kekacauan
yang mengakibatkan kerosakan serta kerugian yang besar serta peperangan
saudara yang berlaku telah menjadikan sebab bagi pihak Inggeris untuk
campurtangan dalam hal ehwal negeri Melayu.
Tambahan pula dengan adanya sumber buruh yang ramai serta murah dari
kedatangan imigran China yang dikendalikan oleh para pedagang serta pelabur dari
Pulau Pinang maka memudahkan bagi exploitasi perusahan bijih timah secara
berleluasa di negeri Melayu.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

55

Salah satu aspek yang paling besar yang berlaku pada era ini ialah kejatuhan
serta kelemahan para pedagang Melayu yang dulunya merupakan penguasa serta
menguasai perdagangan intra Asian di Selat Melaka serta Nusantara kian terpinggir.
Para pedagang Melayu telah tidak menjadi aktif serta tidak dapat untuk mengatasi
unsur-unsur baru yang muncul kini iaitu seperti pemusatan modal serta bersaing
dengan syarikat-syarikat yang besar. Keadaan ini bertambah buruk lagi dengan
wujudnya pemusatan modal yang besar dari kalangan pelabur serta pedagang
Eropahh dan China yang telah berjaya menguasai perdagangan serta pelaburan
besar-besaran dalam sektor perlombongan serta perladangan.
Dengan itu zaman imperialisma baru serta era kolonialisma Barat telah
membawa satu lembaran yang malap kepada perkembangan perdagangan Melayu
yang kini dimainkan oleh kuasa asing yang memiliki modal yang besar serta memiliki
kapal yang tidak lagi bergantung kuasa angin dan dapat belayar dimana lautan
tanpa mengikut musim.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

56

Bacaan Asas
Nordin Hussin, Melaka and Penang 1780-1830: A Study of Two port towns in the
Straits of Melaka, PhD Thesis, Vrije Universiteit Amsterdam 2002.
Basu, Dilip (ed.) 1985. The Rise and Growth of the Colonial Port Cities in Asia,
Monograph Series no. 25 University California.
Blusse, L., 1986. Strange Company: Chinese Settlers Mestizo women and the Dutch
in Batavia, KITLV.
Chaudhuri, K.N., 1985. Trade and civilization in the Indian Ocean An Economic
history from the rise of Islam to 1750, Cambridge.
Chaudhuri, K.N., 1967. The Trading world of Asia and the East India Company 16601740, Cambridge.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

57

Soalan Penilaian

1.

Bincangkan kehidupan masyarakat bandar pelabuhan pada penghujung abad


ke lapan belas.

2.

Mengapakah bandar pelabuhan yang diperintah oleh kuasa Barat membawa


kesan yang penting kepada dasar penjajahan wilayah pada abad ke
sembilanbelas?

3.

Bincangkan dasar pentadbiran Barat ke atas masyarakat imigran dan


pedagang di bandar dan pelabuhan di sekitar Selat Melaka.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

58

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

59

BAB 6

PENEMPATAN MASYARAKAT
SEJAK ABAD KE-19

Objektif

Untuk memahami secara kritis tentang perkembangan penduduk Malaysia


yang berasaskan kepada faktor merantau dan migrasi.

Memaparkan tentang kepentingan aspek merantau dan migrasi dalam


sejarah Malaysia.

Menonjolkan tentang hakikat masyarakat berbilang kaum Malaysia yang


bersifat heterogenous.

Mendedahkan tentang dasar pengasingan petempatan oleh kolonial atas


kepentingan ekonomi dan kapitalisnya.

Merungkai pemahaman kepada pelajar tentang asal usul masalah asas


perpaduan masyarakat.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

60

BAB 6

PENEMPATAN MASYARAKAT SEJAK ABAD KE-19

Masyarakat Malaysia hari ini adalah sebuah masyarakat yang berbilang kaum.
Sejarah pembentukan dan perkembangannya dapat dikesan sejak abad ke-19 dan
proses perkembangannya hingga semakin terserlah pada abad kedua puluh. Abad
ke-19 boleh disifatkan sebagai suatu zaman transisi dalam sejarah Malaysia yang
berkaitan dengan perubahan terhadap bentuk masyarakat Malaysia. Dalam bab ini
beberapa isu turut dibicarakan yang mempunyai kaitan dengan perkembangan,
perubahan dan pembentukan masyarakat dan petempatan yang ada pada hari ini.
Beberapa faktor dibincangkan untuk memberi kefahaman tentang mengapa dan
bagaimana fenomena dalam sejarah penempatan dan petempatan masyarakat
Malaysia telah berlaku sejak abad ke-19.
Selain dariapda meneliti tentang sejarah perkembangan masyarakat, satu
sorotan khas tentang kedudukan sejarah masyarakat pribumi tradisi, perubahan dan
perkembangannya adalah perlu dan wajar diberi perhatian. Ini termasuklah faktorfaktor yang mempengaruhi perkembangan dan penubuhan yang ada agar
masyarakat dapat memahami dengan lebih jelas. Apa yang ternyata adalah hakikat
sejarah yang menjadi warisan kepada masyarakat Malaysia hari ini. Begitu juga
dengan perkembangan petempatan yang mempunyai kaitan rapat dengan keperluan
kehidupan masyarakat untuk bermastautin dan membina keperibadian
masyarakatnya adalah perlu diberi perhatian khusus dalam memahami sejarah
kemasyarakatan ini.
Masyarakat Pribumi Melayu
Kajian dan tulisan mengenai perkembangan masyarakat Malaysia telah banyak
dihasilkan sama ada di kalangan sarjana termpatan ataupun Barat. Dari kajian lalu
terdapat beberapa fakta yang berkaitan dengan kedudukan bangsa atau rumpun
Melayu. Rumpun bangsa yang menduduki Dunia Nusantara atau Dunia Melayu ini
sentiasa menimbulkan kontroversi. Kadang-kadang menimbulkan kekeliruan kerana
adanya pertentangan pendapat. Sehingga tahun 1970an dan malahan hingga kini

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

61

ada kalangan para sarjana yang masih merujuk tentang asal usul Melayu dari
wilayah Yunan di Negeri China dan juga tentang isu yang membezakan antara
golongan orang asli dan Melayu baru yang datang dari luar tanah Semenanjung.
Ada juga teori-teori yang berasaskan kepda pendapat ahli geografi sejarah yang
cuba membahagikan peringkat perkembangan penduduk Malaysia kepada lima
peringkat. Teori yang dibicarakan ini tampaknya berkaitan dengan aspek
penghijrahan atau migrasi. Begitu juga dengan perkembangan zaman yang turut
memaparkan perkembangan masyarakat yang dikaitkan dengan kedatangan dan
perpindahan penduduk dari pelbagai wilayah, sama ada dari luar Nusantara ataupun
di sekitar Nusantara.
Pada hakikatnya rumpun Melayu adalah salah satu rumpun bangsa yang
terdapat di Benua Asia. Rumpun inilah yang menghuni di sekiar kawasan kepulauan
dan kurang sekitar Asia khasnya di sekitar pantai Selatan Burma, Thailand, IndoChina, Semenanjung Melayu dan gugusan Kepulauan Melayu yang sekarang ini
terdiri dari negeri-negeri seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, Brunei,
Papua dan Timur Timur. Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak adalah
antara wilayah yang kaya dengan hasil galian, pertanian dan hutan. Penduduknya
yang terdiri dari pelbagai suku adalah berasal dari satu rumpun iaitu rumpun Melayu.
Semua suku bangsa ini adalah berasal dari satu bangsa yang mendiami di kawasan
yang sama. Berpandukan kepada faktor rumpun dan bangsa, mereka adalah
berasal dari kumpulan yang sama yang merupakan pribumi kepada masyarakat
Malaysia. Oleh itu sepatutnya tiada pembahagian tentang orang asli dan bukan asli.
Konsep yang membahagikan kumpulan seperti ini adalah dipopularkan oleh orang
Barat, khususnya semasa zaman kolonial atas masyarakat tertentu.
Terdapatnya kumpulan masyarakat yang bermastautin di pantai dan di
kawasan pendalaman adalah kerana adanya pertentangan pendapat antara mereka
yang menyebabkan berlakunya perpecahan. Faktor seperti ini memang satu yang
lumrah dalam masyarakat kerana manusia pada hakikatnya adalah aktif, dinamik,
positif dan tidak statik. Oleh sebab itu berlaku kegiatan penghijrahan dan
perpindahan kumpulan penduduk dan individu kerana adanya pertentangan
pendapat di kalangan mereka. Begitu juga dalam masyarakat rumpun Melayu yang
turut mengalami perkara yang sama. Kumpulan yang berminat ke pantai kemudian
menjadi masyarakat yang aktif di bidang perdagangan dan pertanian. Manakala
kumpulan yang terus menetap di pendalaman terus bergantung kehidupan mereka
kepada hasil hutan. Namun kedua kumpulan ini adalah saling memerlukan dari
kepentingan kehidupan mereka sebagai pembekal, pembeli, pemasar dan penjual
hasil negeri sama ada yang berbentuk logam, tumbuhan atau haiwan. Sehingga kini
hubungan antara masyarakat kampung, bandar dan kawasan hutan masih rapat dan
mesra. Ini bermakna hubungan mereka tidak mengawal batasan zaman dan
teknologi. Apa yang jelas bahawa mereka ini adalah serumpun dan memahami
keperluan masing-masing.
Hasil daripada kajian ilmiah terkini di kalangan sarjana kaji purba dan
linguistik mendapati bahawa orang Melayu di Nusantara sebenarnya adalah berasal
dari Pulau Borneo. Dari pulau ini mereka berpecah menuju ke kepulauan yang lain
melalui kegiatan dan tradisi merantau. Dari tradisi yang penuh motivasi dan dinamik
inilah yang akhirnya memerlukan ribuan petempatan dan kemunculan beberapa
buah negeri dan kerajaan di sekitar dunia Melayu.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

62

Dalam memahami perkembangan masyarakat Melayu, suatu faktor yang


tidak harus diabaikan ialah tentang ciri khas yang ada dalam masyarakat itu yang
agak istimewa. Ciri yang berasaskan kepada variasi lokal adalah suatu ciri yang
benar-benar dapat memperlihatkan bagaimana masyarakat Melayu dapat
mempertahankan keharmonian kehidupan mereka. Konsep hidup yang berpandukan
kepada toleransi yang tinggi dan kepentingan adat adalah merupakan identiti
masyarakat Melayu. Walaupun kehidupan mereka banyak berpandukan kepada
alam sekitar, namun falsafah hidup mereka dapat menjamin keharmonian,
perpaduan dan integrasi sesama mereka.
Kedatangan unsur dan faktor baru dalam masyarakat Melayu tidak dianggap
sebagai menganggu keutuhan adat dan tradisi yang telah menjadi tonggak dalam
kehidupan mereka. Konsep local genius mereka telah mantap. Ini membolehkan
apa yang datang yang boleh membawa kebaikan dan keuntungan dapat diterima.
Misalnya pada zaman kedatangan Hindu, Islam dan Barat, orang Melayu cuba
menyesuaikan setiap elemen dan pengaruh yang ada agar dapat memberi kekayaan
kepada budaya mereka. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu adalah sangat
terbuka dan mudah berkonfromi. Malahan darjah toleransi mereka adalah terlalu
tinggi. Kedatangan faktor luar sama ada dalam bentuk budaya, bahasa, makanan,
pakaian dan manusia diterima dengan baik. Malahan masyarakat Melayu juga turut
terlibat dalam perkahwinan campur dengan masyarakat lain hingga memunculkan
warisan-warisan budaya dan masyarakat seperti peranakan Cina, India, Portugis,
Belanda, Inggeris dan Siam. Keterbukaan sikap inilah yang telah mencerminkan
kepelbagaian budaya dan sektor kehidupan hari ini.
Suatu pemerian yang bermakna mengenai cara rumpun Melayu berhubung di
rantau Nusantara adalah perlu diberi perhatian. Pada umumnya kehidupan orang
Melayu di Nusantara adalah bergantung kepada pertanian dan perdagangan.
Kedua-dua kehidupan ini adalah bergantung kepada kegiatan berjalan, berpindah,
berulang-alik, merantau, mengembara, berkelana, berdagang dan berhijrah. Oleh itu
dalam masyarakat pertanian Melayu terdapat kegiatan pertanian pindah randah.
Begitu juga dengan kegiatan berdagang dan merantau yang melibatkan kegiatan
berulang alik di antara pelbagai pulau dan kawasan. Sungai dan laut adalah
kawasan permainan kehidupan mereka dan menjadi tempat bergantung untuk
membina negeri dan peradapan mereka. Pembinaan petempatan dan negeri juga
melibatkan seseorang peneroka atau ketua kumpulan peneroka atau pembesar
untuk bergerak dan akhirnya bermastautin menetap di kawasan tertentu untuk
membina negeri dan masyarakat. Di sini konsep negeri tidak hanya merupakan
konsep politik sahaja tetapi juga mempunyai pengertian dari segi kepentingan sosial
dan ekonomi. Pengertian negeri di kalangan orang Melayu adalah berbeza dengan
pengertian orang Barat. Orang Melayu memberi maksud perkataan negeri untuk
menunjuk bukan sahaja sebagai kerajaan malahan sebagai darah, kampung dan
kebun. Pemahaman konsep ini juga membolehkan pemahaman terhadap identiti
Melayu di dunia Melayu. Sebelum zaman kolonial pengertian negeri memang tiada
batasannya. Mereka boleh tinggal dimana-mana di seberang tanah seberang di
Nusantara. Kesemua kerajaan Melayu mempunyai konsep negeri yang sama atau
hampir sama. Rakyat di setiap negeri digalakkan untuk datang dan bermastautin. Ini
tentunya menggalakkan kegiatan merantau yang boleh meramaikan negeri. Oleh itu

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

63

peringkat perhubungan penduduk Malaysia sejak peringkat awal adalah banyak


bergantung kepada faktor kegiatan merantau.
Pada zaman kolonial kegiatan merantau di kalangan rumpun Melayu
Nusantara antara pelbagai pulau dan wilayah, termasuk Semenanjung tetap
berterusan walaupun pihak kolonial mengamalkan berbagai dasar untuk
memonopoli kegiatan ekonomi dan perdagangan. Sementelahan pula faktor
kedatangan Islam memang menggalakkan umat Islam untuk merantau atas pelbagai
matlamat yang positif. Begitu juga akibat dasar pembangunan ekonomi kolonial yang
bersifat materialistik turut memberi faktor baru terhadap dunia perantauan Melayu.
Program pembangunan kolonial yang berpaksikan kepada sistem ekonomi bebas
telah mencetuskan faktor galakan kepada orang Melayu untuk keluar berhijrah ke
kawasan tanah seberang laut yang menawarkan peluang pekerjaan dan memiliki
tanah di samping bermastautin tetap di kawasan baru. Keperluan tenaga buruh yang
diperlukan oleh majikan Eropahh dan jabatan-jabatan kerajaan untuk mengendalikan
projek pembangunan kolonial tertentu juga telah menyebabkan berlakunya kegiatan
merantau dalam bentuk yang lebih moden. Merantau dalam zaman kolonial inilah
yang kemudiannya di kalangan penulis dan karyawan sejarah lebih tertarik untuk
menggunakan istilah migrasi dan golongan perantau sebagai migran. Namun dalam
kontek sejarah sosial dan ekonomi Malaysia, penggunaan istilah perantau dan
migran adalah perlu diberi sedikit perbezaan. Perantau adalah sesuai untuk
kumpulan pribumi dan migran untuk bukan pribumi.
Sejarah kemasyarakatan Malaysia memperlihatkan adanya kehadiran
gelombang hidup yang berbeza yang berlaku sejak abad ke-19. Perbezaan yang
nyata adalah kerana adanya beberapa perubahan baru yang diperkenalkan oleh
kolonial Inggeris. Walaupun gelombang hidup baru pernah terjadi pada zaman
kedatangan Hindu dan Islam dan kehadiran Portugis dan Belanda pada abad 16 dan
17, namun sehingga abad ke-18, didapati masyarakat lokal tidak mengalami
sebarang perubahan yang agak radikal. Kehidupan yang sederhana di peringkat
bawahan (rakyat) berterusan sehingga abad ke-19. Namun tanda-tanda munculnya
perubahan gaya hidup dapat dilihat mulai akhir abad ke-19, apabila kolonial Inggeris
bukan sahaja berusaha mengubah corak sistem pentadbiran tradisional Melayu,
malahan sistem ekonomi dan sebahagian dari sistem sosial lokal. Kehidupan yang
berasaskan kepada ekonomi moden yang berpandukan kepada modal, pasaran dan
buruh telah menyebabkan negeri-negeri Melayu khasnya di pantai barat didatangi
oleh migran dari negeri asing khasnya China dan India.
Abad ke-19 boleh dianggap sebagai suatu titik tolak zaman perubahan radikal
dalam sejarah Malaysia. Radikal di sini hanyalah bermaksud dari segi perubahan
yang agak menonjol yang kelihatan dan fenomena sejarah Malaysia. Perubahan
yang paling jelas ialah dari sudut kependudukan. Pertambahan bilangan penduduk,
walaupun tidak tetap, mulai berlaku dengan agak mendadak kerana faktor
kedatangan masyarakat imigran. Zaman ini boleh dianggap sebagai zaman migrasi
penduduk bukan pribumi dari negara asing. Banyak kajian ilmiah dan bukan ilmiah
yang menyentuh tentang sejarah kehidupan kumpulan imigran ini. Walau
bagaimanapun mereka tidak ditampilkan di kawasan yang sama, kerana dasar dan
perancangan pembangunan ekonomi kolonial adalah memerlukan kumpulankumpulan imigran tertentu untuk menduduki di kawasanyang telah ditentukan. Orang
Cina ditempatkan di kawasan perlombongan dan orang India di kawasan ladang.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

64

Kedua-dua kawasan ini kemudian berkembang menjadi kawasan bandar dan ladang
yang terus diduduki hingga kini oleh generasi dari kumpulan masyarakat yang sama.
Masyarakat Melayu pribumi adalah kekal bermastautin di kawasan kampung. Adalah
menjadi matlamat dasar pentadbiran dan ekonomi Inggeris untuk mengekalkan
kawasan pertempatan orang Melayu adalah di kampung dan luar bandar kerana
kepakaran dan kemampuan mereka dalam bidang pertanian bagi membolehkan
mereka terus menjadi pembekal bahan makanan kepada penduduk di kawasan
bandar dan ladang. Kemunculan petempatan yang berasingan inilah yang
menimbulkan pelbagai masalah di kalangan masyarakat Malaysia yang terus
mewarisi masalah solidariti dan perpaduan. Petempatan yang muncul pada zaman
koloniallah yang mengwujudkan tendensi penebalan prasangka antara kaum yang
berbeza di pelbagai kawasan di setiap negeri.
Abad ke-19 boleh dianggap sebagai zaman bermulanya kedatangan orang
asing ke Tanah Semenanjung, Sabah dan Sarawak dalam bilangan yang ramai.
Faktor pembangunan ekonomi kolonial adalah ternyata menjadi faktor penarik
kepada kumpulan imigran asing, khasnya dari China dan India. Namun demikian
dalam membicarakan kepentingan aspek ini dalam pembentukan masyarakat
berbilang kaum di Malaysia pada abad ke-19, terlebih dahulu perlu dibincangkan
tentang tradisi merantau di kalangan masyarakat pribumi Melayu. Prof. Emiritus
Khoo Kay Kim pernah menyatakan bahawa dalam membicarakan dan memahami
sejarah Malaysia, adalah suatu hakikat untuk memberi perhatian kepada
perkembangan masyarakat pribumi Melayu yang menjadi nuklias masyarakat
Malaysia. Begitu juga dengan kedudukannya sebagai masyarakat pribumi yang
definitif. Oleh itu dalam konteks ini salah satu dari amalan mereka iaitu tradisi
merantau yang telah membudaya dalam kehidupan mereka perlu difahami terlebih
dahulu.
Aspek Merantau
Pada peringkat awal sejarah kependudukan dan penempatan masyarakat di
Semenanjung, Sabah dan Sarawak, faktor merantau telah memainkan peranan yang
penting dalam kehidupan ekonomi dan sosial kumpulan manusia Melayu di
Nusantara. Mereka bergiat merantau bukan sahaja di kawasan darat untuk
meneroka hutan, tanah dan berniaga, bahkan belayar dan mengembara di laut untuk
kegiatan perikanan dan perdagangan. Malahan pembukaan petempatan, pembinaan
negeri, kerajaan dan masyarakat juga adalah banyak bergantung kepada tradisi
merantau. Oleh itu tradisi ini sebenarnya adalah suatu kegiatan yang sangat
dinamik.
Kegiatan merantau pribumi Melayu tidak mengenal batas sempadan geografi
dan zaman. Pada zaman tradisional sehingga kedatangan orang Barat rumpun
Melayu bebas untuk bergerak atas tujuan berpindah, berhijrah atau mengembara
sama ada secara sementara atau kekal. Semuanya adalah bergantung kepada
tujuan dan matlamat merantau. Pada dasarnya matlamat utama kegiatan merantau
adalah untuk membina dan mempertingkatkan status keperibadian keluarga,
masyarakat dan bangsa. Kepentingan ekonomi bukan matlamat terpenting. Tetapi
kepentingan untuk membina tamadun dan peradaban Melayu pada persada dunia
adalah suatu yang menjadi tunjang hidup mereka. Faktor menguasai ilmu adalah

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

65

menjadi antara wawasan utama dalam hidup mereka. Ini dapat dilihat dengan nyata
pada abad ke-19 apabila banyak muncul madarasah, sekolah pondok, pesantren
dan rangkan di sekitar Nusantara akibat dari peranan perantau Melayu yang pulang
dari Timur Tengah dan Asia Selatan selepas budaya menimba ilmu di negara asing.
Mereka kembali ke kampung halaman untuk membina masyarakatnya. Elemen
perubahan yang dibawa oleh Islam di Nusantara telah memberi motivasi dan
semangat yang tinggi untuk perantau perantau ini menemui ilmu di dunia luar dan
dunia Melayu kerana `jauh perjalanan luas pemandangan, dan `tuntutlah ilmu walau
sampai ke negeri China. Dua peribahasa klasik ini adalah antara panduan hidup
yang menjadi falsafah utama kehidupan untuk mengubah sikap, pandangan dan
wawasan. Sehingga abad ke-19, merantau terus kukuh menjadi salah satu dari
cermin hidup bagi membolehkan mereka mencapai gaya hidup yang baru untuk
diselaraskan dengan perkembangan dan cabaran baru dalam abad tersebut.
Dari sudut kehidupan ekonomi pula, abad ke-19 telah memperlihatkan
bagaimana di Nusantara, masyarakat rumpun Melayu telah dikuasai oleh tiga
penjajahan utama Barat, iaitu Malaysia oleh British, Indonesia oleh Belanda dan
Filipina oleh Sepanyol. Kekuasaan penjajah Barat yang menguasai ekonomi
perairan Melayu hingga memonopoli kegiatan perdagangan sejak abad 16 dan 17,
telah memusnahkan kemampuan dan kedudukan pedagang-pedagang Melayu yang
pernah aktif sebelum zaman tersebut. Kurang kemampuan untuk bersaing dengan
pedagang Barat dan kemudiannya ditambah pula dengan kedatangan dan peranan
kumpulan pedagang dan imigran dari China dan India dalam bidang yang sama
menyebabkan mereka tersingkir dari dunia tersebut. Dalam zaman kolonial, mereka
hanya menjadi masyarakat pinggiran sehinggalah pada menjelang zaman
kemerdekaan. Akibat dari keadaan inilah yang menyebakban ramai antara mereka
terpaksa merantau ke kawasan lain untuk memcari peluang kehidupan yang baru.
Kumpulan ini kemudian bergabung dengan golongan petani yang sama menghadapi
masalah akibat dasar tanah kolonial. Pentadbiran Belanda di Indonesia telah
memperlihatkan bagaimana rakyat pribumi yang terpaksa mengalami hidup
menderita kerana menghadapi masalah kehilangan tanah untuk pertanian akibat
peranan majikan ladang yang menguasai kawasan tanah yang lebih luas dan
direstui oleh kerajaan. Akibat proses pertambahan penduduk yang cepat
menambahkan kemiskinan lagi masalah di kalangan golongan petani, khususnya di
Pulau Jawa, Indonesia. Akibat masalah ini menyebabkan ramai antara mereka yang
terpaksa merantau ke kawasan lain untuk mencari dan membina kehidupan baru
yang lebih terjamin.
Pada umumnya berbagai etnik Melayu di Nusantara adalah sentiasa
berulang alik antara pelbagai pulau untuk tujuan mencari mata pencarian. Walaupun
mereka menyedari tentang negeri asal usulnya, tetapi menganggap negeri jiran yang
di seberang sungai atau laut adalah sebagai tanah seberang. Suatu konsep geografi
yang memberi konotasi tentang bentuk hubungan yang rapat, sama ada dari sudut
sosial ataupun ekonominya. Oleh sebab itu rujukan klasik seperti tanah seberang
adalah sesuatu yang lumrah di kalangan orang Melayu yang berasal dari Jawa,
Kalimantan, Sumatera, Sulawesi, Semenanjung dan Borneo terhadap kawasan
masing-masing. Hubungan yang mesra ini juga telah termaktub dalam bentuk puisi
seperti pantun, syair, pribahasa, perbilangan adat dan lain-lain yang menjadi
panduan hidup harian mereka. Hidup di perantauan adalah menjadi suatu amalan
yang biasa. Oleh sebab itu dalam kehidupan masyarakat Melayu ada istilah-istilah

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

66

yang disebut sebagai orang dagang, anak dagang, anak jati, perantau, pengembara
dan sebagainya yang mencerminkan tentang adanya kegiatan aktif merantau. Pada
umumnya merantau adalah memberi motivasi kepada setiap individu dan keluarga.
Ternyata bahawa melalui kegiatan ini setiap individu dapat melihat negeri lain dan di
samping itu mendapat ilham di kawasan lain untuk dibawa pulang kerana yang
penting adalah untuk mengubah status diri, keluarga dan masyarakat. Seperti
diumpamakan dalam peribahasa Melayu, `Lain lubuk lain ikannya, lain padang lain
belalang dan `hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri. Pengalaman
di kawasan baru adalah penting dan berguna untuk memperbaiki keadaan dan
membina kehidupan dalam keluarga dan masyarakatnya.
Berasaskan kepada faktor ini, perkembangan yang berlaku dalam abad ke-19
di beberapa buah negeri Melayu Semenanjung, Sabah dan Sarawak telah menarik
minat orang asing dan juga rumpun Melayu dari Nusantara. Dalam konteks ini dasar
pentadbiran British telah memperlihatkan dampak yang berbeza bagi mencapai
matlamat pembangunan ekonomi kolonialnya. Untuk golongan pribumi Melayu
kawasan petempatan dan pemakanannya telah ditetapkan di luar bandar, iaitu
kampung dan pinggir bandar. Pelbagai insentif dan inisiatif dari pihak kerajaan
kolonial untuk menggalakkan orang Melayu agar turut serta dalam program
pembangunan ini. Suatu perkara yang perlu diberi perhatian berkaitan dengan isu
pembangunan ini ialah tentang adanya tuduhan negatif yang mencerminkan kurang
respon dari masyarakat pribumi. Malah ada penulis yang masih merasa yakin
bahawa sikap malas ini kononnya ada kaitannya dengan ajaran Islam yang
menggalakkan umatnya agar tidak mengumpul harta dunia. Namun dari dokumen
dan rekod kolonial ternyata bahawa peranan masyarakat pribumi adalah sangat
besar. Masyarakat Melayu sama ada orang lokal ataupun yang berasal dari
kepulauan sangat komited terhadap usaha pembinaan petempatan di luar bandar.
Sebahagian dari mereka juga turut terlibat sebagai golongan buruh ladang yang
terus diperlukan sehingga penghujung Perang Dunia Kedua. Mulai dua dekad akhir
abad ke-19 dilaporkan oleh pelbagai dokumen pentadbiran Inggeris yang
menunjukkan kegiatan merantau orang Melayu dari tanah seberang ke
Semenanjung, Sabah dan Sarawak kelihatan bersemangat rancak, khususnya dari
Pulau Jawa dan Sumatera. Begitu juga dengan keadaan yang berlaku di
Semenanjung, bagaimana pergerakan penduduk antara beberapa buah negeri
Melayu juga turut berlaku. Selain dari itu catatan-catatan dari kalangan peladang
dan wartawan Barat juga turut membicarakan tentang kedatangan, peranan dan
sumbangan mereka dalam bidang ekonomi dan sosial di Semenanjung.
Peneroka awal pribumi Melayu ini adalah antara kumpulan perantau yang
membina petempatan kawasan kampung dan sawah padi. Mereka telah diberi
peluang untuk memiliki minima dua ekar kebun yang hanya dibenarkan menanam
padi, pinang, kelapa dan pokok buah-buahan. Masyarakat Jawa, Banjar dan Bugis di
Johor, Selangor dan Perak Selatan majoritinya adalah pekebun kecil utama Melayu
yang banyak mencapai kejayaan melalui pembinaan kampung-kampung baru.
Orang Jawa khasnya adalah antara peneroka, pembuka dan pemaju petempatan
awal di pelbagai negeri di Semenanjung. Malahan nama Kampung Jawa terdapat di
mana-mana di negeri Melayu dan Selat. Nama-nama ini masih terus kekal hingga
kini. Petempatan yang dibina oleh kumpulan peneroka ini sentiasa mendapat
perhatian oleh pihak pentadbir kolonial. Faktor dasar dan proses pembangunan

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

67

kolonial Inggerislah yang telah mencorakkan bentuk petempatan Melayu dan bukan
Melayu yang ada pada hari ini.
Pada umumnya corak kehidupan penduduk kampung Melayu masih
berdasarkan kepada sistem ekonomi tradisional yang berbentuk sara diri. Mereka
kurang terdedah kepada teknologi dan perkembangan ekonomi terkini yang terdapat
di kawasan bandar. British hanya setakat menyediakan insentif untuk membolehkan
mereka memiliki tanah untuk secukup hidup atau bekerja makan gaji sebagai buruh
tani, buruh atau kakitangan rendah di jabatan kerajaan bagi mereka yang layak.
British hanya memerlukan kawasan petempatan mereka yang sesuai dari segi
kepakaran di bidang pertanian dan boleh membekalkan makanan untuk penduduk
bandar dan ladang. Apa yang terpenting kepada British bahawa mereka ini dapat
meneruskan kehidupannya sebagai orang kampung, petani yang berdikari, puas hati
dengan kadar yang ada di samping menikmati kehidupan yang sederhana,
meneruskan tradisi dan adat yang `tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas
dan mengamalkan ajaran Islam yang difahami oleh mereka.
Aspek Migrasi
Pada abad 19 juga Malaysia turut didatangi sama oleh kumpulan migran asing, iaitu
Cina dan India. Kedua kumpulan ini kemudiannya telah mendominasi dua kawasan
yang telah ditentukan oleh British, iaitu kawasan bandar dan ladang. Sehingga tahun
1960an kedua-dua kawasan ini semakin berkembang dan menjadi tumpuan serta
ciri utama penduduknya adalah dari kumpulan yang sama. Faktor kehadiran Inggeris
di negeri-negeri Selat dan negeri-negeri Melayu pada menjelang abad 18 dan abad
19 mempunyai kaitan yang rapat dengan perhubungan kedatangan dan
pertumbuhan penduduk migran asing. Kegiatan ekonomi yang berasaskan kepada
pedagang antarabangsa telah menyebabkan majikan perladangan dan pertanian
memerlukan ramai tenaga buruh. Kepentingan bahan bijih timah kepada pengilangpengilang produk yang berasaskan timah di Eropah dan tanam-tanaman seperti lada
hitam, kopi, tebu dan getah di Eropahh dan Amerika Syarikat menyebabkan dasar
imigrasi kolonial semakin bertambah penting. Faktor inilah yang menggalakkan
kebanjiran buruh asing ke Malaysia, khasnya Semenanjung Tanah Melayu.
Hubungan orang Cina dengan Semenanjung dan kawasan lain di Nusantara
sudahpun bermula sebelum abad 15 lagi. Kedatangan sami-sami Budha dan
pedagang Cina ke perairan Melayu juga sudah lama berlaku. Sementelahan pula
sejak abad ke 15 apabila Melaka menjadi pusat perdagangan di Semenanjung dan
Kepulauan Melayu, hubungan diplomatik dan perdagangan antara kedua buah
negara adalah sangat rapat. Satu fakta sejarah yang menarik di sini ialah tentang
adanya warisan sejarah yang mengwujudkan masyarakat Cina peranakan Melaka,
iaitu suatu hakikat bagaimana masyarakat ini dapat membuktikan kebolehannya
untuk menghormati kehidupan orang Melayu tempatan yang berasaskan `di mana
bumi dipijak di situ langit dijunjung dan `masuk kandang kambing mengembik dan
masuk kandang kerbau menguak. Fenomena sejarah ini adalah satu hakikat
tentang kejayaan proses asimilasi dan interaksi antara orang asing ke dalam
masyarakat Melayu tempatan. Ini sebenarnya satu pola yang sejagat sama ada di
timur ataupun di barat. Perkembangan masyarakat ini berterusan hingga ke abad 19
dengan baik. Malahan pada abad 19 mereka sangat aktif dalam kegiatan sosial dan

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

68

kesenian, antaranya ialah dari sudut sastera, bahasa, musik dan lagu, makanan dan
pakaian yang berasaskan kepada budaya dan tradisi Melayu. Walau bagaimanapun
pada abad 19, menurut kajian sarjana lokal mendapati masyarakat peranakan Cina
telah mengalami dilema kerana semakin ramainya bilangan Cina totok di negerinegeri Selat. Ini bermakna abad ke-19 juga turut membawa faktor baru kepada
masyarakat peranakan Cina sama ada untuk memelihara tradisinya atau berbalik
semula kepada bentuk kehidupan asli Cina.
Kedatangan imigran Cina pada abad ke-19 adalah berbeza dengan bentuk
migrasi pada zaman yang lebih awal. Dari segi perangkaan menunjukkan abad ke19 sebagai titik tolak perubahan bilangan yang datang semakin bertambah walaupun
polanya masih dalam keadaan seperti yang disebut sebagai burung terbang mencari
makan. Kedatangan mereka masih bersifat sementara dan umumnya dimonopoli
oleh kaum lelaki. Walau bagaimanapun, kedatangan migran Cina pada abad ini ada
kaitan dengan beberapa faktor yang bukan hanya atas kuasa tarikan yang ada di
Semenanjung, Sabah dan Sarawak, malahan faktor yang menyebabkan mereka
terpaksa keluar dari tanahairnya. Faktor pendorong ini sebenarnya adalah bersifat
sejagat iaitu kerana kemiskinan, bencana alam dan keadaan politik yang tidak stabil.
Pemberontakan Taiping tahun 1857, Perang Candu 1860an dan pemerintahan
Wangsa Mancu adalah antara faktor politik yang menyebabkan ramai imigran dari
selatan Cina berhijrah ke pelbagai negeri di Asia Tenggara, termasuklah
Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Kawasan yang mengalami
masalah ekonomi, sosial dan politik umumnya adalah di sebelah selatan seperti
Kwangtung, Fukien dan Kwangsi. Dari sinilah ramai migran China yang tiba di
Nusantara.
Kedatangan orang Cina khususnya kumpulan buruh biasanya diuruskan oleh
ejen atau broker buruh yang terdapat di negeri Selat dan mempunyai hubungan
dengan orang tengah di beberapa pelabuhan di China seperti Amoy, Shanghai dan
Hongkong. Orang tengah ini lazimnya adalah dari kalangan yang memiliki kedai kopi
dan membuat perhubungan dengan orang tertentu di kawasan perkampungan.
Biasanya sistem yang paling ketara ialah yang dikenali sebagai sistem tiket kredit.
Pada peringkat awal urusan ini dilakukan, banyak elemen yang berlaku di luar peri
kemanusiaan. Malahan apabila kumpulan buruh Cina semakin banyak dikehendaki,
kumpulan kongsi gelap turut mengambil bahagian aktif sehingga berlaku kegiatan
pencolekan dan mengurung imigran di rumah atau depoh pelabuhan yang tidak
sesuai untuk manusia sehingga disifatkan oleh penyiasat British sebagai `kandang
babi. Hanya selepas keadaan yang tidak menyihatkan ini disedari oleh British
kerana memalukan pentadbiran British di Negeri Selat, baharulah mulai 1850an
diambil tindakan dengan membentuk Pejabat Pelindung Orang Cina. Pejabat ini
sekali gus juga menguruskan kemasukan kumpulan pekerja yang bukan dari Cina,
misalnya dari Indonesia. Berbanding dengan keadaan yang terdapat di Sabah,
peranan Syarikat Berpiagam Borneo Utara nampaknya lebih prihatin. Buruh Cina
yang kebanyakannya untuk kepentingan ekonomi perladangan biasanya diuruskan
oleh pihak cawangan syarikat keluarga di kalangan mubaligh. Gelombang
kedatangan imigran dewasa Cina secara keseluruhan di Negeri-negeri Melayu
Bersekutu pada menjelang abad 20 adalah kira-kira 100,000 orang. Pada awal abad
20, bilangan ini dikatakan sudah mula mengatasi bilangan penduduk Melayu lokal,
khususnya di negeri Selangor.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

69

Kumpulan kedua imigran asing yang mendominasi kawasan petempatan


perladangan di Semenanjung ialah dari negeri India. Faktor kemiskinan hidup adalah
merupakan faktor utama, khususnya mereka yang datang dari selatan India. Majoriti
mereka adalah dari suku Tamil yang menjadi kumpulan buruh di kawasan ladang
khususnya ubi kayu, kopi dan getah dan sebahagian estet kelapa. Mereka cukup
dieksploit oleh pihak majikan ladang yang majoritinya adalah orang Eropah. Kajian
tentang sejarah kedatangan, kehidupan sosial dan ekonomi serta pengeksploitasian
oleh majikan Eropah terhadap buruh Tamil telah banyak dilakukan oleh sarjana lokal
dan luar negara. Pada umumnya mereka adalah tulang belakang kegiatan ekonomi
pertanian eksport, khasnya getah. Fenomena kedatangan orang India dalam
bilangan yang ramai ke Semenanjung hanyalah berlaku pada abad ke-20, khasnya
pada dekad-dekad sebelum Perang Dunia Kedua. Namun sebilangan kecil buruh
India telah digunakan oleh majikan ladang Eropah di Negeri-negeri Selat untuk
bekerja di ladang ubi kayu pada awal abad kesembilan belas dan di ladang tebu dan
kopi di beberapa buah negeri Melayu tertentu pada pertengahan dan akhir abad 19.
Selangor, Perak dan Seberang Prai adalah menjadi tumpuan kawasan pekerjaan
mereka. Mulai dekad pertama hingga kedua abad kedua puluh memperlihatkan
pembangunan kolonial yang ketara terhadap permintaan buruh India di
Semenanjung. Pada zaman inilah berbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan dan
majikan ladang untuk membawa masuk lebih ramai orang India ke negeri-negeri
Melayu.
Sebelum membicarakan kedatangan mereka secara lebih lanjut, sayugia
diingatkan bahawa hubungan antara India dan Semenanjung Tanah Melayu
memang sudah lama berlaku. Pada zaman kedatangan pengaruh Hindu di alam
Melayu, Malaysia adalah antara kawasan yang turut menerima pengaruh budaya
dan agama tersebut. Pada peringkat ini pengembang dan mubaligh Hindu memang
biasa berulang alik antara dua negara tersebut. Kemudian diikuti pula oleh golongan
pedagang yang berasal dari pantai Coromandel dan Gujerat. Pada zaman
kegemilangan Melaka, kumpulan pedagang Hindu dan Islam memainkan peranan
penting dalam perkembangan ekonomi dan sosial Melaka. Malahan dari golongan
Hindu dan Islam ini turut memunculkan dua jenis warisan masyarakat, iaitu
masyarakat peranakan Hindu yang dikenali sebagai orang Chitty Melaka dan
masyarakat keturunan India Islam yang dikenali sebagai mamak. Orang Chitty
masih mengekalkan agama Hindunya tetapi mewarisi bahasa dan cara hidup
Melayu. Manakala masyarakat keturunan mamak pula majoritinya sudah
diasimilasikan oleh masyarakat Melayu. Namun demikian masyarakat Chitty Melaka
adalah agak unik, tetapi kini golongan ini semakin diancam kepupusan. Generasi
yang ada sudah menghadapi dilema dan ada tendensi yang kuat untuk kembali
semula kepada kemurnian darah India totok. Walau bagaimanapun, warisan
bersejarah dari keluarga Chitty ini patut dicontohi dari sudut pengorbanan dan
kemampuan mereka untuk berinteraksi dan berkompromi dengan orang Melayu
tempatan. Namun faktor petempatan orang India totok yang telah diatur kedatangan
dan penempatannya oleh British juga telah menjadi faktor penghalang dalam proses
integrasi nasional.
Perkembangan industri di Eropah dan Amerika pada abad kedua puluh telah
memberi kesan yang cukup besar kepada projek pertanian ladang getah secara
komersil di Semenanjung Tanah Melayu. Maka pihak British dan majikan ladang
Eropahh untuk membangunkan ekonomi pertanian ladang dengan skala yang besar

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

70

membolehkan pelbagai program untuk membawa masuk kuli dari India telah
dijalankan. Antaranya termasuklah menubuhkan Tabung Imigrasi Orang India dan
mengwujudkan komuniti Penghijrahan Orang-Orang India. Tabung khas ini adalah di
peruntukkan demi kepentingan buruh India bagi membiayai kedatangan mereka ke
Semenanjung. Dari rekod yang ada melaporkan bahawa bahawa sehingga
pertengahan dekad pertama abad ke-20 kira-kira 95,000 buruh India telah diimport
ke Negeri-negeri Melayu. Daripada jumlah ini lebih 40,000 orang telah dihantar ke
kawasan-kawasan ladang getah di negeri-negeri Melayu. Pada menjelang tahun
1910 kira-kira 55,000 orang kuli Tamil telah diambil bekerja di ladang-ladang getah
seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Selain bekerja sebagai buruh ladang, tenaga
buruh India juga diperlukan oleh beberapa jabatan kerajaan. Paling ramai mereka
dikesan bekerja di jabatan keretapi. Pada awal tahun 1920an kira-kira 8,000
kakitangan rendah jabatan ini adalah dari kalangan orang Tamil. Bilangan mereka
Sabah dan Sarawak adalah sangat sedikit. Sebahagian kecil orang India terdapat
bekerja di lombong emas Bau, Serawak.
Pengambilan buruh India biasanya adalah melalui dua sistem yang utama.
Pertama melalui sistem buruh kontrak yang melibatkan peranan broker dan ejennya
di India. Buruh jenis ini adalah terikat dengan kontrak antara tiga hingga lima tahun.
Sepanjang tempoh perkhidmatan ini, setiap buruh adalah tertakluk kepada peraturan
ketat yang dikenakan oleh pihak majikan. Kontrak ini memang banyak mempunyai
unsur-unsur penindasan dan memberi keuntungan yang lumayan pada pihak
majikan. Oleh kerana sistem ini menimbulkan banyak kontroversi dan kecaman, satu
sistem yang baru telah diperkenalkan pada tahun 1910. Dengan adanya sistem baru
yang dikenali sebagai sistem Kagani, maka sistem yang lama dengan sendirinya
telah dimansuhkan. Walaupun sistem ini dikatakan lebih liberal, kerana perekrut
adalah dari kalangan mandur (penyelia kuli) yang diamanahkan untuk mendapat
tenaga kuli dari kampung asalnya, namun penyalahgunaan kuasa juga turut berlaku
sehingga melibatkan penganiayaan. Sistem ini juga akhirnya dimansuhkan dan
diganti dengan sistem buruh bebas. Di Sabah Syarikat Berpiagam juga memainkan
peranan dengan melantik ejen-ejen tertentu untuk membawa buruh Tamil ke Sabah.
Namun bilangan mereka adalah sangat kecil berbanding dengan Semenanjung.
Sehingga Perang Dunia Kedua, akibat pelbagai masalah di kawasan ladang-ladang
seperti penyakit malaria, kolera, masalah sosial, Perang Dunia Pertama dan
kebajikan yang rendah menyebabkan kerajaan Inggeris di India mengambil berat
akan hal ini sehingga menimbulkan curiga dan kecaman. Faktor-faktor ini
menyebabkan penghantaran buruh India ke Semenanjung tidak lagi bersistem.
Keadaan ini menyebabkan majikan ladang terpaksa mencari buruh alternatif. Salah
satu dari penyelesaiannya ialah dengan bergantung pula kepada penggunaan buruh
Jawa yang diimport secara resmi. Secara keseluruhannya buruh India adalah dari
kalangan orang Tamil, namun ada juga dari kalangan orang Sinhalese yang berasal
dari Sri Lanka (Ceylon). Kebanyakan mereka bekerja di jabatan kerajaan. Ada juga
yang terpelajar dan bekerja sebagai kakitangan sokongan di pejabat kerajaan.
Malahan sebahagian kecil dari mereka memasuki dalam kumpulan ikhtisas, seperti
sebagai jurutera, doktor dan peguam. Namun kebanyakan kumpulan ini tidak
bercampur dengan golongan buruh Tamil di estet atas kesedaran kelas.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

71

Perkembangan Petempatan dan Kehidupan Masyarakat


Sejarah kemunculan dan perkembangan petempatan adalah antara aspek yang
sangat penting dalam membicarakan tentang perkembangan masyarakat. Pada
abad ke-19, bentuk petempatan penduduk Melayu masih lagi bertumpu di sekitar
sepanjang sungai, pantai dan pelabuhan. Kawasan pendalaman adalah diduduki
oleh kumpulan atau suku yang bergantung hidup mereka kepada kegiatan berburu,
mengutip hasil hutan dan mengerjakan pertanian padi huma. Manakala masyarakat
yang bermastautin di tebing sungai adalah bergantung kepada kegiatan pertanian
padi sawah dan membekalkan hasil hutan kepada pembesar. Di kawasan pantai dan
pelabuhan pula, majoriti kehidupan mereka adalah bergantung kepada kegiatan
perdagangan dan perikanan. Sehingga abad ke-18, kontak antara masyarakat lokal
dan luar, termasuk orang Eropah sudahpun bermula, namun rakyat masih
mengamalkan sistem sara diri. Namun kegiatan pembukaan petempatan adalah
sentiasa berlaku. Berpandukan kepada pengertian konsep negeri dan tradisi
merantau, kumpulan-kumpulan peneroka awal Melayu yang diketuai oleh seorang
ketua peneroka yang berwibawa biasanya mengetuai pembukaan sesebuah
kawasan tertentu yang dianggap sesuai dan serasi untuk dijadikan sebagai negeri
atau kampung. Nama-nama petempatan atau kampung tidak semestinya
berasaskan kepada nama ketua peneroka, kumpulan peneroka atau dari tempat
asal mereka datang. Kadang-kadang nama kampung yang baru itu dinamakan
berasaskan kepada peristiwa tertentu, nama pokok, haiwan dan lain-lain. Penamaan
petempatan ini adalah memperlihatkan bagaimana sejarah asal usul sesebuah
kampung itu dibuka, dibina dan dimajukan. Pada peringkat awal biasanya hanya
dimulakan dengan dua tiga buah keluarga dan rumah sahaja. Namun lama
kelamaan bilangan keluarga dan rumah semakin bertambah kerana adanya faktor
baru dan menarik di kawasan-kawasan tertentu.
Pada zaman kolonial, apabila kegiatan ekonomi perdagangan antarabangsa
semakin aktif dan hasil-hasil dalam negeri semakin diperlukan oleh pasaran
antarabangsa, potensi bertambahnya pembukaan petempatan adalah suatu hakikat
yang nyata. Malahan bentuk petempatan juga sudah mulai berubah. Pola-pola
petempatan sudah mulai memperlihatkan bentuk pandangan darat yang baru. Akibat
dasar pembangunan kolonial, muncul lebih banyak kawasan baru dibuka. Apa yang
jelas kelihatan ialah berlakunya tumpuan pembukaan petempatan di kawasan yang
berbeza dari zaman sebelumnya. Akibat perkembangan kegiatan perlombongan bijih
timah, negeri-negeri Melayu tertentu telah didatangi oleh kumpulan imigran Cina
khasnya untuk tujuan bekerja di kawasan perlombongan. Bilangan mereka semakin
hari semakin bertambah. Akhirnya muncul petempatan-petempatan sementara dan
baru yang diduduki dalam pelombong-pelombong Cina. Petempatan di kawasan
perlombongan pada abad ke-19 ini berjalan dengan lancar kerana adanya
perancangan pihak kolonial yang memerlukan tenaga buruh mereka.
Pada awal abad ke-20 pula, apabila ladang getah menjadi semakin
bertambah, keperluan tenaga buruh India pula telah melibatkan satu lagi jenis
petempatan baru yang bertumpu di kawasan ladang. Walaupun terdapat sebilangan
kecil rumpun India datang kawasan bandar sebagai pedagang, pekerja di jabatan
kerajaan dan dalam bidang iktisas, namun majoriti orang India adalah tinggal di
kawasan ladang. Walaupun kawasan ini bukan menumpukan kawasan

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

72

perkampungan, namun kebanyakan mereka adalah mengikat kontrak yang lama dan
tinggal di kawasan ladang atau berhampiran dengan ladang.
Pada zaman yang sama kedudukan petempatan Melayu adalah tidak
berubah. Malahan menjadi wawasan British untuk mengekalkan petempatan mereka
di luar bandar. British mengambil langkah ini adalah untuk diselaraskan dengan
kehendak Raja-Raja Melayu yang berkaitan dengan keperluan agama, adat istiadat
dan tradisi Melayu yang perlu dihormati dan dipertahankan. Berdasarkan kepada
faktor inilah yang menyebabkan British menggubal dasar untuk terus memelihara
dan mengekalkan petempatan Melayu di kampung. Dengan kemunculan kawasan
bandar yang majoriti diduduki oleh orang bukan Melayu, bermakna petempatan
kampung mulai dikenali sebagai petempatan luar bandar. Adanya dasar ini
memudahkan lagi kepada British untuk mengawal orang Melayu. Dasar ini
membolehkan tradisi, adat dan falsafah hidup tradisional mereka dapat dikekalkan.
Dasar ini juga mempunyai serampang dua mata, iaitu untuk keselamatan dan status
quo mereka agar lebih selamat di samping untuk menjaga kepentingan pelabur dan
pemodal Barat.
Pada zaman kolonial pertumbuhan dan perkembangan di ketiga-tiga buah
kawasan petempatan yang berasingan ini berjalan serentak. Kawasan bandar dan
pelabuhan didapati semakin berubah wajah dari segi fizikal dan lanskapnya yang
menonjolkan ciri-ciri Barat. Ini dapat dilihat bukan sahaja dari segi infrastrukturnya,
malahan dari sudut gaya hidup yang memperlihatkan bagaimana nilai-nilai hidup
Barat semakin diterima oleh penduduk bandar. Pelbagai kemudahan asas telah
diperkenalkan yang memperlihatkan perbezaan yang jelas dengan suasana dan
keadaan hidup yang terdapat di kawasan kampung dan ladang.
Sejak awal abad ke-19, negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang, Melaka dan
Singapura telah diperlihatkan kepesatan kemajuannya. Bandar dan pelabuhan Pulau
Pinang dan Singapura adalah antara kawasan petempatan bandar yang paling sibuk
kerana peranannya sebagai pelabuhan yang memasarkan barang dan hasil dari
negeri-negeri Melayu. Sejak tahun 1804 penduduk Pulau Pinang sudah melebihi
12,000 orang. Namun bilangan ini dengan cepat dapat ditandingi oleh Singapura
yang kemudiannya menjadi kawasan petempatan utama British di Semenanjung.
Pada masa Raffles tiba di Singapura, dilaporkan di kuala sungai Singapura terdapat
kurang dari seratus rumah dan pondok kecil dan kira-kira tiga puluh keluarga Orang
Laut yang tinggal dalam perahu berdekatan dengan Sungai Singapura. Namun
dalam masa sepuluh tahun selepas ia dimajukan penduduk Singapura berjumlah
lebih dari 18,000 orang. Kedudukan pelabuhan Melaka yang cetek pada bahagian
muaranya menyebabkan kapal-kapal tidak dapat berlabuh menyebabkan banyak
kapal dagang yang lebih berminat ke Pulau Pinang dan Singapura. Sehingga
menjelang campur tangan Inggeris di Negeri-negeri Melayu, tumpuan mereka
adalah di Negeri-negeri Selat. Jumlah penduduknya walaupun secara relatifnya
adalah kecil seperti yang dilaporkan oleh Newbold bahawa di seluruh Semenanjung
jumlah penduduknya ada kira-kira 450,000 orang yang terdiri dari pribumi Melayu,
Samsam, Siam, Cina, Culia dan Kling.
Sejarah perkembangan petempatan Melayu pada zaman kolonial juga
sebenarnya ada memperlihatkan kemajuan yang pesat. Kepesatan pembukaan
kampung-kampung baru oleh berbagai suku bangsa Melayu dari Kepulauan adalah

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

73

suatu fakta sejarah yang kurang diberi perhatian oleh penulis-penulis Barat sehingga
tahun 1960an. Mereka terlalu menekankan tentang peranan masyarakat imigran di
kawasan lombong dan ladang. Mereka memandangan ringan akan peranan dan
sumbangan peneroka Melayu yang banyak berjasa untuk membangunkan kampung
dan masyarakatnya. Namun apa yang nyata dari rekod British telah menunjukkan
tentang kegigihan dan kesungguhan mereka sama ada sebagai pekebun kecil,
pemaju perumahan kampung, peneroka hutan, pekerja ladang dan pembina
masyarakat. Dokumen pentadbiran British juga cukup jelas memaparkan tentang
keinginan dan kepakaran merkea di bidang pertanian. Kejayaan pembangunan luar
bandar sentiasa dilaporkan oleh pegawai daerah, majestrit dan pemungut hasil
British di peringkat daerah. Masyarakat Melayu keturunan Jawa umumnya sentiasa
diberi penghormatan oleh pegawai Inggeris akan kebolehan mereka dalam bidang
perparitan, penebang hutan dan membuka petempatan. Banyak petempatan baru
khususnya di Hilir Perak, Selangor dan Johor dilaporkan telah dibuka oleh penerokapeneroka Jawa. Kegigihan mereka juga telah menyebabkan ada di antara peladangpeladang Barat yang merasa kagum tentang kejayaan orang Jawa menguruskan
kawasan perkebunannya. Di Selangor diberitakan bagaimana pekebun kecil kopi
Jawa telah dapat menandingi estet kepunyaan orang Eropah. Mereka didapati
berjaya mengatasi masalah tanah yang dikatakan tidak punya potensi untuk
dimajukan oleh peladang Eropah, namun pekebun Jawa telah membuktikan
kemampuannya mengatasi masalah tersebut. Berdasarkan kepada peranan dan
sumbangan masyarakat pribumi dalam pembangunan kolonial ini jelas menunjukkan
bahawa penulis-penulis Barat dan penulis-penulis lokal yang setuju dengan
pandangan mereka didapati tidak dapat menilai kerja mereka dengan tepat dan adil.
Sikap yang bias inilah yang boleh menimbulkan masalah persepsi yang negatif
terhadap masyarakat pribumi. Berdasarkan kepada kenyataan sejarah bahawa
adalah lebih tepat sekiranya dikatakan bahawa setiap individu dan masyarakat pada
kolonial mempunyai peranan masing-masing. Tetapi bukan cuba zaman kolonial
memperkecilkan peranan yang ada.
Pada dasarnya terdapat dua tahap penting dalam membicarakan sejarah
perkembangan petempatan di Semenanjung Tanah Melayu sehingga abad kedua
puluh. Negeri-negeri Selat telah digunakan oleh Inggeris hanya sebagai pusat
kegiatan dan kepentingan Inggeris dalam strategi perkembangannya di kawasan
Asia Tenggara ini menyebabkan perkembangan petempatan di negeri-negeri selat
kurang menarik perhatian sarjana. Sehubungan selepas peringkat kedua, iaitu
apabila kepentingan perusuhan perlombongan bijih menjadi perhatian utama dan
apabila keamanan di negeir-negeri Melayu dapat dikekalkan maka kebanjiran
masyarakat imigran untuk bekerja sebagai buruh, yang diikuti pula dengan program
pembangunan pertanian komersil getah, telah benar-benar merubah pola
petempatan dan penempatan penduduk Malaysia di kawasan-kawasan yang telah
ditentukan oleh British. Malahan seorang ahli geografi Barat ada menyatakan
bahawa pembukaan kawasan petempatan adalah faktor kedua yang melibatkan
pertambahan kegiatan pertanian masyarakat pribumi, tetapi di kalangan orang asing
hanya berminat untuk menguasai kawasan pendalaman yang kaya dengan bijih
timah. Tiada sebarang perbalahan tentang tanah atau pekerjaan antara Melayu dan
imigran Cina. Penyebaran geografi dan fungsi ekonomi masing-masing juga adalah
berbeza.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

74

Kedudukan masyarakat Malaysia pada awal abad kedua puluh sudah


menunjukkan adanya ciri-ciri masyarakat berbilang kaum. Namun ciri ini sebenarnya
bukanlah suatu perkara yang baru di Malaysia. Pada zaman kegemilangan Kerajaan
Melayu Melaka pada abad 15, Kota dan Pelabuhan Melaka dilaporkan telah
didatangi kaum pedagang dari pelbagai rantau di dunia. Pedagang-pedagang ini
termasuklah dari Eropahh, Asia Barat, Timur dan Selatan. Malahan pedagang China,
India dan Jawa turut mempunyai perkampungan mereka sendiri. Hubungan antara
mereka sangat harmonis sehinggalah ke zaman kedatangan Portugis yang telah
memecahbelahkan
suasana tersebut. Ini bermakna bahawa dalam sejarah
Malaysia, soal kepelbagaian kaum dan masyarakat adalah suatu fenomena sejarah.
Pada abad ke-19 khususnya semasa pentadbiran kolonial, kedatangan kaum
imigran dari China dan India memang tidak memeranjatkan. Dalil sejarah juga ada
memperlihatkan bahawa kejayaan peranan masyarakat peranakan Cina dan India
di Melaka yang dapat meneruskan kehidupan mereka pada zaman pentadbiran
Inggeris di negeri-negeri Selat. Kesediaan dan kemampuan mereka berinteraksi dan
berasimilasi dengan orang tempatan berjalan lancar tanpa adanya sebarang dasar
yang berupa paksaan dari kerajaan. Kejayaan perpaduan ini adalah kerana
masyarakat peranakan tersebut sendiri yang peka dan prihatin dan rasa hormat
terhadap corak kehidupan dan budaya lokal. Tambahan pula bahasa Melayu
semasa itu adalah bahasa perantaraan di peringkat antarabangsa yang digunakan
secara tidak resmi di Nusantara.
Dengan kedatangan masyarakat imigran dan pembinaan petempatan baru
sejak abad 19 hinggalah dekad lima puluhan pada abad 20, benar-benar telah
mengubah susunan masyarakat dan rupa bangsa Malaysia. Ciri masyarakat
Malaysia sudah berubah menjadi masyarakat yang benar-benar heterogeneus.
Ianya terdiri dari berbagai kaum dan etnik. Penduduk Malaysia juga mengandungi
berbagai warna kulit, iaitu dari yang berkulit cerah hinggalah ke kulit gelap. Menurut
pemahaman masyarakat pribumi warna warna ini dapat dikenali dengan berasaskan
warna buah-buahan iaitu dari kuning langsat, sawo matang hinggalah ke hitam
setampuk manggis. Masyarakat yang ada juga adalah terdiri dari berbagai bahasa
dan dailek. Namun untuk berkomunikasi antara kaum yang berlainan mereka
terpaksa menggunakan bahasa Melayu, kecuali yang faham bahasa kolonial akan
menggunakan bahasa Inggeris. Begitu juga dengan budaya, adat resam, istiadat,
makanan, kesihatan, kesenian dan nilai hidup adalah berdasarkan kepada
kebiasaan kaum masing-masing.
Di kalangan orang Melayu pada umumnya adalah dikelompokkan ke dalam
suatu rumpun/bangsa iaitu Melayu. Kategori ini kadang-kadang kelihatan tidak
selaras, kerana ada kalanya timbul istilah Melayu lain seperti yang biasa timbul
dalam laporan banci. Keadaan ini boleh menimbulkan kekeliruan. Namun dari segi
keperluan Inggeris, untuk memudahkan pentadbirannya, ssemua etnik Melayu dari
kepulauan dan Semenanjung adalah dirangkumkan ke dalam satu bangsa iaitu
bangsa Melayu. Misalnya dalam undang-undang tanah simpanan Melayu jelas takrif
Melayu adalah merangkumi orang yang berasal dari kepulauan/alam Melayu.
Mereka ini bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adat dan budaya Melayu
dan majoriti beragama Islam.
Faktor variasi lokal memang sentiasa wujud pada setiap kaum. Kaum Melayu
mempunyai pelbagai dailek dan loghat lokal di peringkat negeri, daerah dan

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

75

kampung. Begitu juga dengan adatnya, sama ada di Semenanjung, Sabah, Sarawak
ataupun di pelbagai kepulauan, masing-masing mempunyai adat lokal yang
tersendiri. Namun hanya dua jenis adat sahaja yang diamalkan iaitu Temenggong
dan Perpatih. Adat perpatih hanya diamalkan oleh orang-orang Minangkabau dan
daerah yang berhampiran dengan negeri Minangkabau, Sumatera dan di Negeri
Sembilan, Malaysia.
Penduduk Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
adalah terdiri dari berbagai etnik. Antara yang terbesar ialah seperti etnik Jawa,
Banjar, Bugis, Bawean, Aceh, Minangkabau, Mendailing, Rawa, Kampar, Melayu,
Palembang dan Jambi, yang berasal dari kepulauan Melayu yang sekarang ini
dikenali sebagai Indonesia. Manakala di Semenanjung pula ada kumpulan-kumpulan
etnik lokal yang terdapat di Kedah, Perlis, Kelantan, Trengganu, Pahang, Pulau
Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Sementara itu dari Sabah
terdapat pula etnik-etnik seperti Kadazan/Dusun, Murut, Bajau, Brunei, Ilanun dan
Kadayan. Manakala di Sarawak, etniknya adalah terdiri dari Iban, Bidayuh, Kayan,
Kenyah, Kelabit, Kedayan, Bisaya dan Melanau. Pada umumnya setiap etnik ini
mempunyai kawasan perkampungan masing-masing. Pada peringkat awal mereka
lebih selesa tinggal bersama-sama dalam kelompok masing-masing. Tetapi selepas
zaman kolonial tendensi untuk keluar dari perkampungan masing-masing sudah
semakin nyata kerana adanya nilai pendidikan Barat yang bersifat lebih terbuka.
Begitu juga dengan bentuk perkampungan baru, walaupun pada tahap awal para
peneroka lebih minat untuk membentuk petempatan yang berasaskan kepada
kelompok etnik yang sama kaum, selepas generasi pertama tendensi untuk
bercampur dengan etnik lain adalah menjadi perkara biasa. Malahan dari laporan
rekod pentadbiran negeri di zaman kolonial, terdapat banyak kampung baru yang
dibuka diduduki oleh lebih dari satu kelompok/etnik. Misalnya nama Kampung Jawa
tidak semestinya penghuninya adalah majoriti dari kalangan orang Jawa. Malahan
kadang-kadang antara sebuah kampung dengan kampung yang lain terdapat
kumpulan etnik yang berlainan. Namun integrasi antara mereka tidak menimbulkan
masalah kerana ciri-ciri persamaan dari segi budaya, adat, bahasa, agama boleh
menjadi faktor penyatu dan kerjasama antara mereka. Atas dasar inilah yang
menyebabkan Inggeris sentiasa mengekalkan agar pembangunan kampung baru di
negeri-negeri Melayu hanya dikhaskan kepada orang Melayu. Ini termasuklah dalam
program pembangunan kawasan pertanian padi di seluruh Semenanjung. Atas
dasar persamaan identiti inilah yang kemudiannya mereka dapat bersatu untuk
memperjuangkan kepentingan kehidupan ekonomi, sosial dan politik terhadap
kolonial sejak tahun-tahun 1900 hingga 1950an.
Masyarakat Cina juga bukanlah satu bangsa yang homogeneous. Mereka adalah
berasal dari beberapa wilayah terutamanya Kwangtung, Fuchien dan Kwangsi.
Manakala tiap wilayah ini pula terbahagi kepada wilayah yang lebih kecil, iaitu tao,
fu, chow dan ting. Oleh itu kawasan asal ini adalah merupakan faktor yang
membahagikan mereka dari segi sosial. Perbezaan loghat antara mereka adalah
sangat ketara. Misalnya orang Kanton adalah berasal dari wilayah Kwangtung.
Mereka juga dikenali sebagai puntei (orang lokal). Kebanyakan dari meeka adalah
berasal dari daerah-daerah seperti Nam Hoi, Sam Sui, Sin Foo, San Wui dan Phuh
Yu. Orang Hakka juga adalah dari wilayah Kwangtung, tetapi dari sebelah utara.
Mereka ini terdiri dari beberapa golongan seperti Fui Chew, Kah Yeng Chew, Chau
Sang dan Tai Pu (dari Teochew Fu). Suku Hakka juga terdapat di wilayah Fuchien.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

76

Orang Teochew adalah dari daerah seperti Hai Ion, Teoh Ion, Theng Hai dan Tai Pu
(Hakka). Pertuturan mereka hampir sama dengan loghat Hokkien. Kumpulan
Hokkien pula yang merupakan golongan terbesar di Malaysia adalah berasal dari
beberapa fu. Antaranya ialah dari Chuan Chew, Eng Hwa, Eng Choon, Foochow,
Nam Aan, \tang Aun, Chin Kang, Liong Khe, Hai Teng, Chion Pho, Hui Aun dan Nam
Cheng. Dari Pulau Hainan adalah etnik yang dikenali sebagai Hailam. Kebanyakan
mereka datang dari daerah Lo Wei dan Bun Sio. Loghat mereka hampir sama
dengan orang Hokkien. Sementara itu satu kumpulan kecil orang Cina ialah yang
dikenali sebagai Kwangsi (Kongsai) yang kebanyakannya menetap di Lenggong,
Grik dan juga Bentong (Pahang).
Jenis pekerjaan setiap etnik Cina ini juga adalah berbeza antara satu sama
lain. Misalnya orang Hokkien adalah dari golongan pedagang dan peniaga. Oleh
sebab itu ramai antara mereka yang tinggal menetap di kawasan bandar dan
pelabuhan seperti Pulau Pinang, Singapura, Melaka dan Teluk Intan. Manakala
orang Hakka pula adalah majoriti menjadi pelombong. Tetapi setelah munculnya
kawasan bandar dipindahkan ke Semenanjung, khasnya di kawasan perlombongan,
maka ramai orang Hokkien mula membanjiri kawasan ini untuk melibatkan diri dalam
bidang ekonomi perdagangan. Dengan ini menyebabkan bilangan mereka telah
mengatasi bilangan golongan lain. Dalam jadual di bawah, laporan banci 1921, 1931
dan 1947 banci tentang perkembangan penduduk Cina Semenanjung.

JADUAL 1
Suku
Hokkien
Kanton
Hakka
Teochew
Hailam
Kwangsi

Pertumbuhan Penduduk Cina di Semenanjung Banci


Laporan Buruh (1921-1947)
1921
398,566
331,757
217,697
130,026
68,200
998

1931

1947

617,086
447,852
317,506
208,681
97,568
46,095

905,324
651,945
437,407
364,232
157,649
71,750

Walaupun pada umumnya


masyarakat Cina dianggap terlibat secara
langsung dalam bidang perniagaan, perdagangan dan perlombongan, namun
terdapat juga yang terlibat dalam bidang pertanian. Mereka ialah kumpulan Teochew
yang aktif dalam pertanian gambir, lada hitam dan tebu di negeri Johor dan
Seberang Perai pada abad ke-19. Mereka juga giat sebagai nelayan seperti yang
terdapat di Tanjung Piandang, Teluk Kurau, Port Weld dan Pantai Remis. Manakala
orang Hailam pula kebanyakan bekerja sebagai orang gaji di rumah orang Barat dan
juga buruh di ladang getah.
Masyarakat India juga mempunyai kedudukan yang sama dengan kaum lain.
Ciri heterogenous dan variasi lokal memang sedia ada dalam kehidupan kaum
tersebut. Namun dari segi bilangan antara kumpulan etnik didapati orang Tamil

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

77

merupakan majoriti berbanding dengan etnik lain di Semenanjung Tanah Melayu.


Berdasarkan kepada laporan banci tahun 1921 dan 1931 didapati orang Tamil
mewakili lebih kurang 90 peratus daripada penduduk India di Semenanjung.
JADUAL 2

Komposisi Penduduk India di Semenanjung Tanah Melayu

Etnik
Tamil
Malayali & Malbari
Thelugu
Punjabi & Lain-lain

1921
387,509
17,190
39,986
25,495

1931
514,778
34,898
32,536
39,635

Seperti masyarakat imigran Cina, orang India juga adalah berasal dari
berbagai tempat. Berdasarkan kepada kajian ilmiah yang berpandukan kepada
rekod British, terdapat beberapa tempat yang dijadikan sebagai pusat pengambilan
dan tempat mereka bertolak ke Semenanjung. Antaranya ialah seperti Chittoor,
Chinglepet, Coimbatore, Madura, Makasar, Arcot, Salem, Tanjore, Trichinapoly dan
Vizagapatnam. Dari berbagai kawasan ini juga turut membezakan loghat dan dialek
pertuturan mereka. Begitu juga dengan kesedaran kelas yang dalam budaya hindu
yang dikenali sebagai kasta. Perbezaan dan pengasingan antara mereka bukan
sahaja berasaskan kepada kawasan di mana mereka berasal, bahkan penubuhan
persatuan-persatuan juga adalah berasaskan kepda loghat dan kasta. Misalnya
Persatuan Natukottai Chetty adalah dari kasta pedagang yang paling berpengaruh
dan mula-mula sekali ditubuhkan. Persatuan ini adalah dari kasta yang berbahasa
Tamil. Sementara itu sebuah persatuan yang bernama Maruthuran Sangam telah
ditubuhkan oleh kasta yang mahir dalam hal ehwal penjagaan rambut dan ahli dalam
pengubatan tradisional India. Malahan di kalangan kasta bawahan juga turut
menubuhkan persatuan yang bernama Adhi Dravidar.
Berasaskan kepada perkembangan ekonomi dan dasar pentadbiran British
pada abad 19 telah mempetlihatkan bagaimana rupa bentuk petempatan yang telah
muncul. Keadaannya yang terasing antara satu sama lain dan seolah-olah dalam
bentuk yang berkotak. Setiap masyarakat dan kaum, hidup tersendiri dan ada yang
terasing. Beginilah realiti sejarah petempatan dan pembinaan masyarakat baru mulai
abad 19 yang dirancang oleh British demi kepentingan pembangunan ekonomi
kolonialnya. Corak petempatan dan masyarakat inilah yang diwarisi oleh generasi
Malaysia kini.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

78

Bacaan Asas

Andaya, L.Y. 2002. Orang Asli and Melayu Relations: A Cross-Border Perspective
dlm. Anthropologi Indonesia. Indonesian Journal of Social and Cultural
Anthropology. Th. XXVI. No. 67. Januari-April. Hlm. 46-68.
Mochtar Naim. 19.. Merantau: Pola Migrasi Orang Minangkabau. Yogyakarta:
Universiti Gadjah Mada.
Tugby, D. 19.. Cultural Change and Continuity: Mandailing Immigrants in West
Malaysia. Queensland: University of Queensland.
Arasaratnam, S. 1970. Indians in Malaysia and Singapore. Barby: Oxford University
Press.
Purcell, V. 1967. The Chinese in Malaya. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

79

Soalan Penilaian

1.

Bincangkan latar belakang sejarah petempatan dan perkembangan


masyarakat dan petempatan pribumi di Semenanjung, Sabah dan Sarawak
hingga tahun 1950an.

2.

Bincangkan sejarah imigrasi orang-orang Cina dan India ke Semenanjung


Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sejak awal abad ke-19 hingga menjelang
tahun 1950.

3.

Bincangkan langkah-langkah yang diperkenalkan oleh pentadbiran British di


Semenanjung Malaysia untuk menggalakkan kedatangan peneroka Melayu
dari Kepulauan Melayu dan imigran Cina dan India bagi membantu program
pembangunan kolonial.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

80

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

81

BAB 7
MASYARAKAT PRIBUMI DAN PERUBAHAN

Objektif

Memberi kefahaman kepada pelajar tentang definisi dan konsep perubahan


yang biasanya dikaitkan dengan konsep moden sejak zaman kolonial.

Mendedahkan kepada pelajar tentang respon pribumi terhadap faktor baru


yang sentiasa datang dalam kehidupan mereka.

Memaparkan dasar dan agenda ekonomi dan politik kolonial Inggeris untuk
memberatkan masyarakat Malaysia agar mereka terus bergantung kepada
Barat selamanya.

Meneliti kehidupan masyarakat pada zaman kolonial yang sengaja dikekalkan


sistem ekonomi dan sosialnya agar memudahkan proses pengagihan fizikal,
mental, ekonomi dan politik Inggeris di Malaysia.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

82

BAB 7
MASYARAKAT PRIBUMI DAN PERUBAHAN
Dalam bab ini beberapa perkara pokok yang dibicarakan ialah pertama, berkaitan
dengan makna, istilah dan konsep perubahan. Kedua ialah tentang perkara-perkara
yang berubah, jenis pembaharuan dan pembangunannya dan ketiga ialah mengenai
kesan perubahan kepada masyarakat. Isu perubahan ini juga mempunyai kaitan
yang rapat dengan alam sekitar, gaya hidup dan mentaliti masyarakat Malaysia
amnya dan pribumi khasnya. Dalam bab ini juga dua perkara utama yang diberi
perhatian ialah dari sudut ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun hal ehwal yang
berkaitan dengan politik cuba diberi perhatian tetapi hanya sekadar untuk
menghubung-kaitkan dengan perubahan ekonomi dan sosial. Dari segi sejarah
kemasyarakatan sebenarnya tidak boleh memisahkan aspek politik dengan sosial
dan ekonomi. Dari segi pendekatan bab ini apa yang penting adalah untuk
memaparkan bukan sahaja tentang respon masyarakat lokal terhadap perubahan
yang berlaku sejak abad 19, tetapi adalah untuk memberi kefahaman tentang
agenda terselindung yang lebih besar dan berkesan dari pihak kolonial kepada
masyarakat Malaysia. Perkembangan tentang perubahan di Malaysia juga akan
dosorot dengan memahami akan pengalaman masyarakat pribumi dan juga
bagaimana masyarakat imigran asing juga turut terperangkap dalam arus perubahan
khususnya sejak zaman kolonial abad 19.
Kajian dan tulisan tentang perubahan dalam masyarakat Malaysia telah
banyak dilakukan oleh sarjana dari berbagai bidang khususnya sains sosial dan
kemasyarakatan. Sarjana sains sosial umumnya melihat fenomena perubahan itu
kususnya yang bekaitan dengan kelas, konflik, keluarga dan sebagai dengan
berpandukan kepada teori-teori tertentu. Sedangkan sarjana kemanusiaan, khasnya
sejarah, adalah melihat secara menyeluruh dari segi evolusi dan perkembangan.
Permasalahan dan isu ini dapat difahami dengan lebih jelas apabila definisi dan
konsep perubahan dapat diberi perhatian khusus. Berpandukan kepada pengertian
umum perubahan adalah bermakna sesuatu fenomena yang berlaku dalam
kehidupan manusia, masyarakat dan alam. Berasaskan kepada pengertian ini juga
menunjukkan bahawa perubahan itu lazimnya akan menghasilkan suatu kedaan
yang berbeza dari keadaan lama kepada sesuatu yang baru. Antara yang asal
dengan yang baru itu adalah perbezaan dari ciri, bentuk, jenis, saiz, ruang, faktor
dan sebagainya. Oleh itu dalam kontek perubahan masyarakat bermakna adalah
berkait dengan kegiatan kehidupan manusia yang sentiasa aktif. Oleh itu perubahan
itu memperlihatkan sesuatu yang baru teentunya ia akan bertukar sifat walaupun

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

83

tidak semestinya radikal. Namun proses perubahan itu tidak semestinya berjalan
dengan cepat. Ada kalanya memakan masa beratus atau beribu tahun. Apatah lagi
yang berkaitan dengan perubahan dari budaya, tradisi dan adat sesuatu peradaban.
Dalam konteks masyarakat Melayu, mereka telah mengalami pelbagai perubahan
zaman dan pengaruh. Sejak zaman dan pengaruh Hindu, diikuti dengan Islam
hinggalah ke zaman penjajahan Barat. Pada setiap zaman yang dialami oleh mereka
didapati rumpun Melayu dapat menyesuaikannya dengan baik. Orang Melayu
adalah berpendirian dan berfalsafah secara terbuka. Malahan dari sudut menerima
perubahan yang datang juga disambut dengan baik dan berhati-hati. Menurut
falsafah hidup Melayu, `sekali air bah sekali pantai berubah. Sementelahan pada
faktor Islam yang datang secara aman dan mengiktiraf kedudukan budaya lokal
menyebabkan penerimaan masyarakat pribumi Melayu adalah dengan mudah dan
cepat. Kedatangan Barat yang bermula dengan memasukkan elemen paksaan
menyebabkan ada masalah dalam penerimaan sistem Barat. Namun dalam kajian
dan penulisan tentang perubahan dalam masyarakat Malaysia, isu perubahan
kebanyakan dikaitkan dengan istilah Inggeris yang dikenali sebagai moden. Ia
adalah berasal dari perkataan modern yang bermaksud baru. Ini bermakna bahawa
istilah tersebut mempunyai elemen perubahan. Oleh itu fenomena perubahan yang
berlaku dalam masyarakat Malaysia adalah disertai dengan proses pemodenan.
Tetapi dalam zaman kolonial proses ini juga diikuti dengan satu lagi proses yang
dinamakan pembaratan. Ini menyebabkan pada tanggapan dan pandangan orang
Barat seolah-olah hanya merekalah yang memperkenalkan perubahan kepada
masyarakat Malaysia. Tafsiran ini adalah dari tanggapan yang salah. Mereka tidak
dapat memahami sebenar maksud perubahan yang pernah berlaku dan
menganggap hanya zaman kolonial yang mengwujudkan fenomena tersebut. Dalam
konteks sejarah masyarakat Malaysia, ini adalah suatu tafsiran yang berkiblatkan
kepada kaca mata Barat, terlalu euro sentrik, bias, tidak ada keadilan dari segi
penerimaan hakikat.
Sejarah perubahan masyarakat di seluruh alam Melayu sudah pun berlaku
sebelum zaman penjajahan. Faktor kedatangan budaya dan agama Hindu/Buddha
dan Islam ke Nusantara telah mempengaruhi hampir keseluruhan aspek kehidupan
pribumi. Kedatangan Barat pada abad 16 hingga 20 hanyalah merupakan faktor
baru yang menyambung kedua perubahan yang telah berlaku. Semua elemen baru
yang masuk ke dalam negeri-negeri Melayu mempunyai keistimewaan yang
tersendiri dan ada antaranya yang mampu bertahan hingga kini. Namun di kalangan
orang Barat cuba meletakkan kedudukan mereka sebagai faktor baru yang paling
agung dan mengatasi elemen yang lain. Akibat dari tanggapan dan tafsiran Barat
inilah yang meninggalkan kesan dalam mentaliti masyarakat Malaysia tentang
kedudukan aspek moden dalam masyarakat yang dianggap sebagai berpunca dari
Barat. Akibatnya segala perubahan dalam masyarakat sama ada dari sosial,
ekonomi dan politik adalah seolah-olah idea dari Barat.
Menurut pandangan seorang sarjana lokal, isu perubahan masyarakat
seharusnya tidak terlalu ditumpukan pada hal ehwal yang berkaitan dengan
perubahan fizikal, sistem, struktur dan organisasi ekonomi dan sosial yang menitik
beratkan materialisma dan kapitalisma. Sebelum kedatangan Barat budaya
materialisma memang sudah wujud tetapi hanya di peringkat golongan tertentu.
Tetapi aspek hidup yang terpenting pada zaman tersebut ialah keupayaan
menguasai ilmu. Tradisi menguasai ilmu dan teknologi adalah suatu pegangan hidup

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

84

yang terpenting. Kerana ilmulah yang membuka pintu dalam meneroka kehidupan.
Faktor ini tentunya berkaitan dengan keperluan untuk maju dan membangun. Oleh
sebab itu dalam falsafah hidup Melayu ada pelbagai, ungkapan yang berupa kata
pujangga seperti `ilmu itu suluh kemajuan, `tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri
China, `tuntutlah ilmu walau sampai ke liang lahat dan sebagainya. Kesedaran dan
keperihatinan masyarakat Melayu terhadap ilmu adalah ternyata jelas. Sebab itu
apabila Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu ianya mendapat respon yang baik
di kalangan orang Melayu yang sedia peka tentang kepentingan ilmu dalam hidup
mereka. Pada zaman selepas kedatangan dan perkembangan Islamlah didapati
berlaku perubahan besar di Nusantara terhadap dampak keperluan ilmu.
Kemunculan tokoh-tokoh sasterawan, tasawuf, pemikir bahasa dan lain-lain adalah
berkaitan rapat dengan pengaruh Islam. Begitu juga dengan kemunculan bahasa
Melayu sebagai lingua franca di alam Melayu dan kemunculan pusat-pusat
pengajian Islam di seluruh Nusantara. Perkembangan ini adalah berterusan
sehingga abad 19 dan 20. Pandangan yang berasaskan kepada aspek minda ini
adalah wajar diberi perhatian secara ilmiah. Sekurang-kurangnya pandangan ini
dapat menangkis tanggapan mutlak dari Barat bahawa kononnya merekalah yang
bertanggungjawab untuk memodenkan masyarakat Malaysia. Sedangkan pada
realitinya istilah dan konsep ini adalah bersifat kontroversi. Perkembangan yang
berlaku pada zaman kolonial juga adalah suatu kenyataan khususnya perubahan
yang berlaku dari segi fizikal dan pengenalan sistem kehidupan ala Barat yang
diterima dalam kehidupan masyarakat dan negara. Hanya faktor darjah kecepatan
yang berbeza antara sebuah negeri dengan negeri yang lain.
Pada zaman
Semenanjung sistem
lama. Amalan hidup
berpandukan kepada
dua golongan utama,
iaitu yang diperintah.

British mula mentadbir beberapa buah negeri Melayu di


kehidupan masyarakat Melayu masih lagi dalam bentuk yang
mereka masih lagi berasaskan kepada warisan hidup yang
adat dan tradisi. Struktur masyarakat masih terbahagi kepada
iaitu golongan atasan iaitu pemerintah dan golongan bawahan

Istilah golongan ini boleh juga diertikan sebagai kelas yang diambil dari
perkataan Inggeris class. Menurut budaya Hindu, kelas juga difahami sebagai kasta
(caste). Golongan atasan biasanya adalah terdiri dari kumpulan yang dikenali
sebagai orang bangsawan. Mereka termasuklah sultan, anak raja dan kaum
kerabatnya, pembesar dan keluarga mereka dari peringkat pusat hinggalah ke
peringkat daerah dan kampung. Golongan ini lazimnya menguasai organisasi
pentadbiran pada setiap peringkat. Mereka mempunyai pelbagai keistimewaan sama
ada dari segi adat, pakaian, warna dan kuasa untuk mengerah dan mengarah rakyat
untuk membekal hasil tanaman dan hutan ataupun tenaga. Raja atau sultan adalah
puncak wibawa dan kuasa. Baginda juga menjadi lambang keutuhan negeri, identiti
bangsa, masyarakat, ketua agama, adat dan istiadat negeri. Golongan pemerintah
jugalah yang memonopoli kegiatan perdagangan dalam dan luar negeri. Manakala
rakyat adalah golongan pembekal kepada golongan pemerintah yang harga jualan
adalah ditentukan oleh pembesar atau wakilnya. Selain dari sistem kerah, beberapa
buah negeri Melayu di Semenanjung ada melaksanakan sistem ekonomi serah dan
banci. Sistem kerah adalah untuk mengerahkan rakyat bekerja dengan kerajaan
tanpa upah, sama ada sebagai tentera atau buruh tani di kebun kepunyaan raja atau
pembesar. Manakala sistem serah pula adalah bermaksud menyerahkan segala
hasil mahsul untuk kerajaan atau raja. Harga jualan ditentukan oleh raja. Manakala

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

85

banci pula ialah sistem kutipan wang yang dikenakan ke atas rakyat untuk tujuan
membuat bunga emas untuk dihantar kepada negeri lain. Misalnya seperti yang
berlaku kepada negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu terhadap Siam. Sistem
tradisional ini adalah menunjukkan golongan pemerintah terlibat secara langsung
dalam kegiatan perdagangan. Namun rakyat juga diberi peluang untuk berdagang
secara kecil kecilan. Konsep ini terpancar dalam ungkapan tradisi yang berbunyi
`kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek. Oleh kerana pembesar adalah bebas
menjalankan kegiatan perdagangan sendiri, faktor ini juga yang membolehkan
kerajaan pusat kurang menanggung beban seperti membayar gaji kepada
pembesarnya. Malahan pembesar yang mempunyai kawasan pemakanan yang
berpotensi tinggi seperti memiliki lombong bijih kadang-kadang pendapatan mereka
lebih tinggi dari Sultan. Misalnya pendapatan Menteri Larut, Ngah Ibrahim adalah
lebih tinggi dari Sultan Perak. Begitu juga dengan pendapatan Raja Jumaat, Lukut,
adalah lebih tinggi dari Sultan Selangor.
Golongan atasan ini turut dipelihara oleh British dan kedudukan mereka
dalam masyarakat dari segi prestij dan status sosial terus dikekalkan walaupun
tanpa kuasa. British masih memerlukan mereka untuk membolehkan penguasan
secara total ke atas masyarakat Melayu. Sebab itu kawasan petempatan Melayu di
kampung walaupun dikumpulkan di bawah sistem mukim tetapi perlu dikekalkan.
Golongan atasan dapat mengekalkan konsep setia dan derhaka kepada raja dan
pembesar. Jawatan sebagai pentadbir kelas dua dan tiga boleh diisi oleh anak-anak
bangsawan yang telah lulus dan ditempatkan di sekolah khas untuk mereka. Dengan
membuat hubungan yang baik dengan golongan ini juga akan memudahkan British
untuk menggubal dasar baru yang sentiasa menguntungkan kolonial. Dengan
memberi kesempatan kepada anak-anak golongan pembesar dalam bidang
pentadbiran kolonial juga bermakna sistem feudal dalam bentuk yang moden mulai
bertapak dalam masyarakat Malaysia. Faktor sejarah ini juga menyebabkan tendensi
hubungan dan kepentingan dalam masyarakat hari ini semakin bertambah kuat.
Kewujudan sistem kelas sejak zaman tradisional yang diperkukuhkan pada zaman
kolonial telah memperkenalkan daya sistem ini pada zaman pembangunan hari ini.
Hubungan yang berasaskan `enggang sama enggang dan pipit sama pipit telah
berterusan lantaran adanya ungkapan baru `atap genting dan atap rumbia. Dua
peribahasa yang muncul dalam zaman yang berbeza adalah mengambarkan
tentang bagaimana berlakunya perkembangan sistem kelas yang berterusan hingga
hari ini. Hanya yang berbeza ialah, satu mengutamakan kelas berdasarkan,
manakala satu lagi berdasarkan kebendaan Masyarakat Malaysia semakin
mempunyai kesedaran kelas dalam kehidupan harian mereka apabila berbagai
aspek pencapaian menjadi ukuran status hierarki masyarakat.
Golongan bawahan ialah golongan yang diperintah yang juga dikenali
sebagai rakyat. Pada lazimnya golongan ini sangat kurang diberi perhatian oleh
penulis. Kononnya golongan ini tidak begitu berperanan atau sangat sedikit dalam
negeri. Tentunya tanggapan itu adalah salah. Sedangkan golongan rakyat sejak
zaman sebelum kedatangan Barat terlalu banyak peranannya kepada negeri, raja
dan kerajaan. Kenyataannya dalam sesebuah negeri sekiranya ada raja, ada rakyat
dan ada negeri. Malahan kekuatan seorang raja dan kemakmuran sebuah negeri
juga adalah bergantung kepada ramainya rakyat. Oleh sebab itu dalam tradisi
merantau Melayu, setiap raja atau pembesar sentiasa menggalakkan kedatangan
rakyat luar atau anak dagang untuk datang merantau sama ada bertujuan

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

86

bermastautin (menetap) atau sementara sama ada sebagai peagang atau peneroka
hutan dan mengerjakan tanah. Tujuan dan matlamat raja dan pembesar adalah
untuk meramaikan penduduk yang boleh menjamin kemakmuran dan juga
persediaan dari segi keselamatan oleh negeri dari ancaman musuh dalam
pertahanan negeri. Oleh itu raja-raja Melayu tidak menentukan sempadan negeri
yang jelas untuk membolehkan pergerakan rakyat berbagai etnik agar dapat
berulang alik secara bebas. Untuk menggalakkan lagi kedatangan mereka secara
lebih berkesan, di beberapa buah negeri Melayu jawatan seperti Dato dagang telah
diwujudkan agar ketua kumpulan dari masyarakat luar dapat membawa masuk kaum
keluarga dan anak buahnya agar berkampung di kawasan yang telah diteroka. Cara
ini banyak berlaku di negeri-negeri Melayu Semenanjung, termasuk di Patani
Thailand. Pada zaman kolonial sistem ini juga turut dikekalkan oleh British bagi
membantu program pembangunan kolonial secara berkesan. Oleh itu ramai tokohtokoh peneroka yang berperanan sebagai orang yang meramaikan bilangan rakyat
di negeri-negeri tertentu.
Pada umumnya golongan rakyat adalah berkampung di sepanjang pantai,
sungai dan kawasan pendalaman. Sebelum pentadbiran British sistem ekonomi
rakyat adalah berasaskan kepada kehidupan sara diri. Sebagai golongan pembekal
kepada pedagang dari kalangan golongan bangsawan, mereka kurang mempunyai
prospek. Apa yang nyata ialah `rezeki secupak tak akan menjadi segantang , `kais
pagi makan pagi, kais petang makan petang dan `untung sabut timbul, untung batu
tenggelam. Semuanya dikatakan adalah bergantung kepada nasib. Sistem monopoli
ke atas tanah yang dikuasai golongan atasan telah menyebabkan dari segi saikologi
golongan ini dianggap sentiasa tertekan, kurang kepercayaan dan `bersikap acuh
tak acuh dan kurang semangat. Walaupun dari sudut peradaban dan tamadun
Melayu, sebenarnya masyarakat Melayu sebelum zaman Hindu sudah mempunyai
local genius, iaitu suatu bentuk kebolehan luar biasa yang dimiliki mereka dalam
menguruskan kehidupannya. Konsep hidup yang berpotensi, positif, berbudaya
maju, dinamik dan bermotivasi ditanamkan dalam minda mereka. Sebagai contoh
tradisi dan adat merantau yang terbukti nyata memberi perubahan sangat berkesan
kepada individu dan masyarakat. Akibat monopoli orang atasan menyebabkan
rakyat giat belayar, mengembara dan merantau. Ini ternyata merupakan kegiatan
yang paling aktif di kalangan golongan rakyat pada semua peringkat, sama ada
dewasa atau muda. Malahan dalam masyarakat Minangkabau, sejak peringkat
kanak-kanak lagi kaum lelaki sudah diasuh untuk membiasakan diri berpisah dengan
keluarga seperti tidur di surau agar suatu masa mereka dapat memperaktikkan
kegiatan merantau. Faktor tidak boleh memiliki tanah kerana tanah adalah hak raja
juga menyebabkan rakyat menjadi aktif dalam tradisi merantau untuk mencari
kawasan penempatan yang lebih sesuai, aman dan membahagiakan.
Sebagai petani umumnya adalah mengerjakan tanah padi atau padi huma.
Pekerjaan ini dikekalkan oleh kolonial Inggeris dengan memberikan lot mengikut
ukuran yang telah ditetapkan kepada petani. Apabila Inggeris melaksanakan projek
pembukaan sawah padi secara besar-besaran, petani Melayu telah diberi
kesempatan sekali lagi untuk terlibat secara langsung seperti yang terdapat khasnya
di Selangor, Perak, Kedah dan Johor. Sehingga menjelang kemerdekaan kedudukan
pesawah padi pribumi masih pada paras sara diri dan keluarga. Apa yang berubah
hanyalah keuntungan dari segi pemilikan tanah sawah bendang secara legal. Begitu
juga dengan golongan bawahan yang menjadi nelayan. Kumpulan ini dianggap yang

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

87

paling berdikari. Dari teknologi membuat perahu hinggalah membuat kapal dagang
dan perang, orang Melayu memang mepunyai kemahiran dan kepakaran. Ini
termasuklah kegiatan membuat alat kelengkapan menangkap ikan di laut dalam.
Namun kehidupan para nelayan bukanlah sepanjang tahun di laut kerana terpaksa
bergantung kepada musim angin dan hujan. Pada musim dingin dan laut bergelora,
biasanya mereka akan menjalankan kegiatan lain di darat yang dapat menampung
kehidupan ekonomi hariannya. Dari laporan Hugh Clifford dan Swettenham tentang
keadaan nelayan di pantai timur Semenanjung pada musim tengkujuh didapati
mereka giat menjalankan kerja yang berkaitan dengan kerjaan membatik, menenun
songket dan bertukang. Mereka juga dilaporkan menghasilkan tenunan yang
bermutu dan memasarkan hasilnya ke Singapura. Keadaan ini menunjukkan
bahawa, tanggapan dan tuduhan yang menyatakan orang Melayu malas adalah
suatu tanggapan stereo-taip dan melulu. Begitu juga dengan kegiatan belayar untuk
tujuan berdagang adalah suatu jenis pekerjaan dan kegiatan hidup yang biasa.
Malahan kegiatan berulang alik di antara berbagai pulau di Nusantara sehingga kini
pun bukan satu amalan baru. Ini adalah fenomena yang diwarisi melalui beberapa
generasi. Sementelahan pula dengan masyarakat di kawasan sempadan hari ini.
Mereka tidak biasa dengan peraturan dan undang-undang antarabangsa yang
berkaitan dengan sempadan negeri. Apa yang lebih penting adalah kegiatan
kehidupan zaman berzaman yang sudah membudaya melalui tradisi merantau dan
pelayaran. Perdagangan adalah antara kegiatan hidup yang turun temurun.
Sehingga zaman penjajahan Barat memang kegiatan ini dipegang oleh golongan
pembesar. Tetapi rakyat juga turut diberi peluang untuk terlibat sama. Setelah negeri
Melayu dikuasa penjajah, segelintir dari golongan rakyat yang terlibat dalam
kehidupan laut menguruskan kehidupan ini di kawasan lain. Misalnya ada antara
pedagang dari tanah Seberang Indonesia yang berhijrah ke Semenanjung kerana
anti-Belanda. Ada antara keturunan mereka yang meneruskan kehidupan berdagang
ini di Semenanjung. Sementara itu di kalangan rakyat Kelantan didapati kaum
wanitanya hampir majoriti sangat aktif dalam kegiatan perniagaan. Dalam lawatan
Abdullah Munsyi ke Kelantan beliau tekejut dengan keadaan tersebut. Perkara ini
sebenarnya sangat penting untuk menunjukkan variasi lokal di samping kerajinan
golongan rakyat dalam menghadapi cabaran hidup. Pekerjaan sebagai pesawah,
pekebun, nelayan, peniaga, petukang adalah kerja-kerja yang memerlukan
kemahiran, kesanggupan, kemampuan dan wawasan. Oleh itu golongan rakyat
sebenarnya adalah satu golongan yang sangat penting kepada raja dan pembesar.
Merekalah yang menjadi tulang belakang kemajuan dan kehidupan negeri,
pembekal hasil dan bahan mentah kepada golongan pedagang dan sebagai benteng
pertahanan dalam sistem kearah negeri.
Dalam golongan rakyat terdapat satu lagi kumpulan yang dikenali sebagai
hamba. Golongan ini mempunyai berbagai jenis seperti hamba berhutang, keturunan
hamba, hamba abdi, hamba tawanan perang dan hamba raja. Kedudukan mereka
dalam sistem kelas adalah di peringkat yang paling rendah. Pada zaman tradisional,
setiap pembesar, raja dan rakyat merdeheka sentiasa berpeluang memiliki hamba
kerana sistem sosial dan ekonomi Melayu adalah membenarkan masyarakat
berbuat demikian. Misalnya dengan cara membeli hamba yang dijual di pasar atau
memiliki hamba kerana tidak dapat membayar hutang dan sebagainya. Golongan
hamba adalah sukar untuk menukar status mereka, kecuali hamba berhutang. Pada
zaman kolonial hamba telah dihapuskan. Namun muncul pula dalam sistem ekonomi
moden yang menggunakan buruh yang dikenali sebagai buruh tebusan. Walaupun

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

88

dalam sistem ini ada kaedah pengendaliannya yang lebih berperi-kemanusiaan,


tetapi secara relatif ia masih lagi menyerupai sistem hamba. Apa yang ketara ialah
orang yang menjadi buruh tebusan sanggup dan rela dalam masa tertentu untuk
menghambakan diri kepada majikan tertentu. Antara awal abad ke-20 hingga
menjelang Perang Dunia Kedua buruh tebusan ataupun orang tebusan sangat
terkenal di kalangan masyarakat etnik Jawa di beberapa buah Negeri Melayu
Bersekutu dan Johor.
Golongan pemerintah dan rakyat atau kadang-kadang lebih dikenali sebagai
kelas atasan dan bawahan adalah antara aspek dalam sejarah kemasyarakatan
Melayu Malaysia yang berkekalan dalam zaman kolonial. Sistem kelas ini bertambah
kuat kerana sistem nilai Barat yang dibina oleh Inggeris turut mengukuhkan sistem
ini. Melalui dasar diskriminasi kolonial yang lazimnya berasaskan kepada kriteria
bangsa, warna kulit dan kegiatan ekonomi menyebabkan jurang perbezaan antara
golongan semakin meningkat. Oleh itu faktor kedatangan British ke negeri-negeri
Melayu sejak abad akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19 dengan menggiatkan
pelaksanaan dasar penjajahan pada abad ke-20, telah membolehkan Malaysia
mengalami satu lagi zaman perubahan. Abad ke-19 dan dekad-dekad awal abad 20
adalah zaman-zaman penting dalam sjearah perkembangan masyarakat, ekonomi,
sosial dan politik Malaysia yang dapat memperlihatkan era baru dalam sejarah
perubahan masyarakat. Oleh kerana abad ke-19 pernah dianggap sebagai zaman
yang memperlihatkan adanya bentuk perubahan yang agak berlainan sifatnya
berbanding dengan zaman sebelumnya. Ramai sarjana yang cuba melihat hakikat
dari sudut peranan pihak kolonial akan keberkesanan dasar dan program yang
dilaksanakannya. Walaupun faktor baru terus datang dan berlaku dalam masyarakat
Malaysia, pada abad ke-19, namun dalam konteks masyarakat Melayu, faktor ini
bukanlah benar-benar baru, tetapi hanya merupakan perkara yang diangap biasa
berlaku kerana pegangan hidup mereka yang berpegang kepada falsafah `setiap kali
air memukul pantai, setiap kali pantai berubah. Minda orang Melayu adalah sentiasa
terbuka dan bersedia kepada sebarang pembaharuan. Namun proses perubahan itu
tidak semestinya berjalan dengan cepat. Ini juga boleh dikaitkan dengan falsafah
Melayu untuk menunjukkan peri pentingnya berhati-hati dalam hidup, misalnya biar
lambat asal selamat dan `sedikit-sedikit lama lama jadi bukit. Sementelahan strategi
dan pendekatan dasar dan program pembangunan kolonial terlalu memihak kepada
kepentingan kolonial, hingga menyebabkan masyarakat Melayu kurang pendedahan
dan tertinggal berbanding dengan kaum lain. Dalam konteks inilah pihak kolonial
secara relatifnya merasakan perlu untuk menggubal dasar pembangunan kolonial
yang memberi jaminan kepada para pelabur dan pedagang untuk menimba faedah
yang maksima.
Peranan dan dasar kerajaan kolonial terhadap tanah, buruh, pendidikan dan
ekonomi adalah mempunyai kaitan dengan fahaman dan pemikiran yang stereo-taip
yang mendiskriminasikan antara kaum. Antara perkara yang boleh dikenalpasti
dalam dasar ini yang paling nyata ialah kemunculan jenis-jenis pekerjaan yang
terbahagi mengikut identiti kaum. Lim Teck Ghee pernah menimbulkan hal ini agar ia
lebih perlu dikaji dengan lebih mendalam.
Dalam sejarah masyarakat Melayu, fenomena kekacauan adalah suatu yang
biasa berlaku. Terjadinya fenomena ini lazimnya sama ada disebabkan oleh faktor
dalaman seperti peristiwa perebutan takhta dan kuasa antara anak-anak raja dan

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

89

pembesar-pembesar negeri ataupun kerana serangan dari negeri luar. Namun


pertelingkahan dan kekacauan ini biasanya tidak menyebabkan berlakunya
perubahan dari segi budaya Melayu. Beigtu juga dengan keruntuhan Kesultanan
Melaka. Akibat serangan dan penaklukan Portugis dan kemudian Belanda, ternyata
kesan perubahan kepada masyarakat tidak jelas. Apa yang nyata hanya
memperlihatkan bagaimana pihak Portugis dan Belanda yang hanya berminat
menjalankan perdagangan secara monopoli. Faktor ini jugalah yang menyebabkan
kegiatan baru pedagang Melayu di perairan Selat Melaka dan kawasan lain di
Nusantara terancam dan akhirnya menjadi musnah. Keruntuhan penguasaan
kegiatan perdagangan Melayu di wilayah mereka telah dimonopoli oleh Portugis,
Belanda dan akhirnya Inggeris. Kedudukan kemahiran mereka diisi oleh golongan
pedagang imigran dari Cina dan India yang mendapat kesempatan melalui
hubungan baik yang sistematik dengan pihak kolonial. Bekas-bekas pedagang dan
pengikutnya yang kemudian berjuang untuk mendapatkan kembali haknya dicop
sebagai lanun yang dikatakan menyerang kapal-kapal dagang Eropah.
Perubahan infrastruktur dalam kegiatan perdagangan antarabangsa adalah
memberi kesan secara tak langsung kepada kegiatan perdagangan di negeri-negeri
Melayu. Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 dianggap membuka tirai baru
dalam hubungan dan jalan perdagangan antara timur dan barat. Kedudukan negeri
Melayu memberi potensi yang besar untuk memasarkan hasil tersebut yang
diperlukan di Eropah. Akibat permintaan yang banyak membolehkan negeri-negeri
Melayu ini didatangi oleh pemodal-pemodal khususnya dari kalangan orang-orang
Eropah.
Faktor perkembangan perdagangan antarabangsa yang memberi kesan
kepada negeri-negeri Melayu sebenarnya tidak menyeluruh. Hanya negeri-negeri
Melayu yang mempunyai hasil yang diperlukan oleh pemodal Eropah untuk pasaran
antarabangsa sahaja mempunyai harapan cerah untuk maju. Kawasan-kawasan ini
jugalah yang banyak mengalami perubahan agak radikal berbanding negeri-negeri
lain yang masih bergantung kepada ekonomi pertanian. Namun realitinya kemajuan
yang berlaku di negeri-negeri Melayu seperti Perak, Selangor dan Negeri Sembilan
juga dan hanya di kawasan perlombongan yang berkembang menjadi pusat
kemajuan ekonomi masyarakat imigran dan segelintir golongan atasan Melayu.
Proses perkembangan perubahan ini adalah bermula pada abad ke-19. Di kalangan
kebanyakan ahli sejarah percaya bahawa abad ini dapat dianggap sebagai
bermulanya sejarah Malaysia Moden. Namun kemunculan istilah moden adalah
perlu diberi perhatian khusus kerana ia adalah istilah Barat yang diperkenalkan oleh
Inggeris. Oleh kerana kolonial Inggeris yang banyak memperkenalkan perubahan
pada abad ke-19, maka proses pemodenan di Malaysia telah disifatkan sebagai
bermula pada abad ini. Pada hakikatnya proses ini berlaku dengan kadar yang agak
cepat di kawasan tertentu sahaja, khasnya petempatan yang diduduki oleh golongan
pelombong, pedagang, kumpulan ikhtisas, pentadbir dan lain-lain yang mempunyai
kepentingan ekonomi dan pentadbiran.
Masyarakat Melayu di kawasan petempatan tradisionalnya, di kampung
masih memperlihatkan keadaan yang normal. Kehidupan mereka yang bergantung
kepada pertanian untuk sara diri adalah kekal. Malahan dengan bertambahnya
kedatangan peneroka Melayu dari Indonesia sejak dekad-dekad akhir abad ke-19,
kumpulan ini juga meneruskan sistem ekonomi yang sama. British membentuk dasar

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

90

yang memang mengekalkan pemilikan tanah untuk peneroka baru Melayu terus
bergantung kepada pertanian sara diri. Pada lazimnya peneroka baru tanah hanya
diberi bidang tanah kebun yang keluasannya antara dua hingga lima ekar untuk
menanam padi, buah-buahan, pinang, pisang, ubi keladi dan lain-lain.
Pada abad ke-19 juga pembesar-pembesar Melayu yang asalnya memiliki
dan menguasai lombong akhirnya kehilangan segala milik harta mereka kerana tidak
dapat bersaing dengan pemodal luar dari kalangan orang Barat dan Cina yang
terdapat di negeri-negeri Selat. Pada lazimnya pembesar Melayu seperti Raja
Jumaat (Lukut), Long Jaafar (Larut), Dato Kelana dan Dato Bandar (Sungai Ujong)
mendapat modal dari Negeri Selat. Oleh itu eksport bijih timah perlu dihantar
melalui Negeri Selat. Dalam masa yang sama, terdapat juga lombong persendirian
milik orang Cina, tetapi mereka terpaksa menjualkan hasilnya kepada pembesar
kerana pembesarlah yang menjadi pengeksport utama. Abad 19 memperlihatkan
bagaimana bentuk hubungan antara pemodal, pemilik dan pengusaha lombong
Melayu yang dikendalikan oleh pembesar dengan saudagar-saudagar Negeri Selat.
Mereka adalah terdiri dari orang Eropah dan Cina. Ini bermakna bahawa negeri
Selat merupakan punca modal dan pembekal barang-barang seperti candu dan alatalat perlombongan. Pembesar Melayu sebagai kaum pedagang dan pengusaha
perlombongan tidak ada secara rasmi mempunyai hubungan langsung dengan
negara-negara pengguna di Eropah dan tempat-tempat lain. Saudagar asing pula
hanya dapat bertindak sebagai pedagang perantaraan kepada pembesar. Keadaan
ini dapat bertahan sehingga pertengahan abad ke-19, apabila sistem ekonomi mula
berubah di setengah kawasan tertentu, kedudukan pembesar sebagai golongan
pengusaha dan pedagang juga turut berubah. Faktor perubahan pengurusan
pentadbiran yang dikendalikan oleh British telah turut meruntuhkan peranan
pembesar dalam bidang ekonomi negeri-negeri Melayu yang diambilalih oleh
golongan saudagar Eropah dan Cina.
Akibat dari perkembangan baru dalam bidang politik, pentadbiran dan
ekonomi yang berlaku sejak pertengahan abad ke-19, muncul dua perkara yang
membezakan antara kumpulan penduduk pribumi Melayu dan kaum imigran.
Pertama, adalah yang melibatkan pencapaian teknologi, iaitu teknik pelombong.
Orang Melayu masih menggunakan sistem tradisional yakni masih bergantung
kepada tenaga pengusaha sedangkan orang Cina sudah mulai menggunakan
jentera. Kedua, adalah yang berkaitan dengan sikap. Melombong masih dianggap
sebagai kerja sambilan kerana melampan bijih dianggap tidak mendatangkan
keuntungan. Sedangkan kepada orang Cina, melombong adalah tugas utama
mereka. Tambahan pula sejak pertengahan abad 19, permintaan bahan mentah bijih
timah semakin bertambah. Faktor ini sangat penting sehingga dapat memberi
sumbangan besar pada negeri-negeri Melayu.
Akibat dari kegiatan industri perlombongan yang semakin pesat dan aktiviti
perdagangan bertambah luas, pertambahan penduduk juga semakin meningkat.
Malahan jumlah kedatangan dan yang pulang di kalangan kaum imigran adalah
sentiasa silih berganti. Senario ini menyebabkan bilangan penduduk di kawasan
perlombongan tidak berkurangan malahan potensi untuk bertambah adalah jelas.
Keadaan imi bermakna potensi dari segi keperluan makanan adalah tinggi. Maka di
sinilah peranan orang Melayu yang dapat membekalkan makanan yang diperlukan
oleh orang Cina. Ramai orang Melayu mula aktif dalam membekalkan makanan

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

91

kepada pelombong Cina. Di daerah Kinta dilaporkan sehingga tahun 1880an


bilangan pedagang Melayu lebih ramai daripada bangsa lain. Peneroka dan petani
Melayu yang tinggal di kawasan luar bandar pada lazimnya adalah terdiri dari
pesawah padi dan pekebun sayur atau buah-buahan. Mereka mulai terdedah secara
terhad kepada ekonomi kewangan. Penggunaan mata wang mulai mendapat
perhatian di kalangan masyarakat tani Melayu. Namun pada lazimnya dalam sistem
ekonomi baru ini mereka tidak termasuk dalam golongan yang terlibat secara
langsung sebagai golongan pedagang utama, tetapi hanya sebagai masyarakat
pengguna. Keadaan ini berterusan hinggalah pada beberapa dekad dalam abad 20.
Tetapi malangnya pribumi Melayu telah ditanggapi sebagai golongan yang memiliki
sifat-sifat negatif dan stereo-taip seperti malas dan membazir waktu. Sifat-sifat ini
dibandingkan pula dengan masyarakat imigran yang rajin dan tekun dalam
pekerjaan mereka, khususnya sebagai kumpulan buruh. Dari persoalan ini muncul
berbagai persoalan lagi yang berkaitan.
Isu kedudukan pribumi Melayu yang dikatakan terkebelakang, mundur,
tertinggal dan terkandas pada zaman kolonial telah banyak dibicarakan secara
ilmiah. Malahan perkara ini turut diperkatakan dan diperdebatkan dalam akhbarakhbar Melayu dan Inggeris. Golongan ahli imperialis pula telah mengemukakan
teori yang kononnya masyarakat khatulistiwa yang beriklim lembab dan tanahnya
subur, seperti di Malaysia, menggalakkan mereka tidak perlu bekerja keras kerana
keadaan alam sekitarnya yang mesra tidak menggalakkan mereka untuk berjuang
kerana tiada unsur persaingan. Ini mengakibatkan keadaan puas dicapai dengan
mudah dan cepat hingga menimbulkan keinginan untuk berkesengganan (leisure).
Malahan kadar bayaran upah sebagai buruh tidak menarik minat kepada mereka. Di
kalangan masyarakat Melayu mereka adalah memiliki sawah bendang padi ataupun
kebun seperti kopi, kelapa dan buah-buahan. Pekerjaan sebagai buruh hanyalah
pada waktu atau musim tertentu sahaja. Pemburuhan bergaji ada kaitan dengan
motif keuntungan, suatu nilai yang tidak wujud dalam masyarakat Melayu.
Tambahan pada kerangka ekonomi moden kolonial memang membatasi orang
Melayu dalam sistem yang baru, sebaliknya mengekalkan kedudukan Melayu
sebagai golongan tani di kampung. Sementelahan pada sudut pandangan ideologi
imperialisme yang telah menimbulkan stereo-taip ras yang mempengaruhi
pengusaha-pengusaha menganggap orang Melayu malas dan tidak sesuai bekerja
di kilang atau lombong. Ini bermakna bahawa ungkapan negatif terhadap orang
Melayu yang dikatakan bangsa mundur boleh menimbulkan kontroversi. Sedangkan
perkataan yang lebih sesuai adalah tertinggal dalam persiangan untuk memajukan
diri pada zaman pembangunan kolonial. Tentunya terdapat faktor-faktor tertentu
yang menyebabkan mereka ketinggalan di belakang. Faktor yang paling menonjol
adalah berkaitan dengan dasar pembangunan Inggeris yang dilihat sebagai tidak
seimbang dan bersifat berat sebelah. Tujuan pembangunan adalah terlampau berat
di kawasan yang mempunyai hubungan langsung dengan para pengguna di Eropah
dan kawasan lain. Ini bermaksud kawasan bandar adalah petempatan utama yang
menemui pelbagai perubahan baru di samping kemudahan asas dan tambahan
yang dinikmati penduduknya. Antaranya termasuklah kemunculan sistem
pengangkutan darat dan laut yang moden, perhubungan telekomunikasi,
kemudahan kesihatan, pendidikan dan rangkaian peluang berdagang di kawasan
bandar. Segala kemudahan bentuk baru ini tidak terdapat di kampung dan juga
estet.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

92

Dari sudut dalaman ada juga tuduhan yang cuba mempersalahkan pemimpin
masyarakat, khususnya pembesar dan raja-raja Melayu yang dikatakan bersifat
menindas rakyat. Namun adalah perlu difahami bahawa dalam sistem tradisional
Melayu golongan atasan memang menguasai bidang perdagangan, tetapi golongan
bawahan adalah sebagai pembekal. Tetapi pada zaman kolonial, sekiranya pihak
kolonial yang kononnya datang untuk membawa perubahan dan pemodenan,
ternyata dalam kontek masyarakat Melayu, mereka hanya setakat berselogan.
Bahkan sebaliknya mengeksploit keadaan yang ada dalam masyarakat pribumi
untuk kepentingan kolonial. Antara yang paling jelas ialah memperalatkan budaya
merantau Melayu untuk melancarkan pembangunan ekonomi kolonial. Begitu juga
dengan matlamat sistem residen diperkenalkan adalah untuk memupuk ekonomi
negeri-negeri Melayu. Sistem ini merupakan satu kaedah untuk mencapai matlamat
tertentu. Dalil sejarah membuktikan tentang kesedaran Inggeris akan daya
pengeluaran negeri-negeri Melayu yang menghasilkan bijih timah. Peranan Long
Jaafar membawa masuk pelombong Cina bukan bermakna orang Melayu malas,
tetapi tindakan ini perlu dilihat dalam konteks kepentingan untuk mengatasi
permintaan bijih timah di pasaran luar negeri. Begitu jua dengan isu berkaitan
dengan masalah orang Melayu yang dikatakan kurang memahami ajaran agama
yang sebenar dan kaitannya dengan adat. Perkara ini juga perlu mendapat perhatian
dari sudut perspektif sejarah kedatangan dan penyebaran Islam serta kaedah dan
sistem pembelajaran tentang Islam dalam masyarakat. Persoalan ini tidak pernah
dikaji dengan sempurna. Kebanyakan para penulis lebih cenderung kepda
melemparkan semacam ada kesilapan dalam sistem dan struktur perkembangan
kehidupan mereka. Adalah tidak adil sekiranya ciri-ciri ketertinggalan orang Melayu
dalam bidang ekonomi ini dilemparkan secara total pada mereka. Kebijaksanaan
politik British dalam kerangka dasar perlindungan hingga ke penjajahan adalah
strategi untuk menjaga secara berhati-hati akan sensitiviti agama dan budaya
Melayu. Antaranya termasuklah mengekalkan nilai status dan kedudukan pembesar
sebagai pemimpin kepada orang Melayu. Dalam masa yang sama mereka walaupun
tidak berkuasa tetapi punyai tugas-tugas tertentu khasnya sebagai agen kepada
British. Perkara pokok yang diutamakan ialah taat setia rakyat terhadap raja dan
pembesar melalui konsep derhaka yang dapat menjamin keselamatan kuasa dan
wibawa British. Dasar British berjalan baik tetapi tidak begitu lama kerana dalam
dekad kedua abad kedua puluh tanda tanda tidak puas hati mulai muncul di
kalangan orang Melayu terhadap kolonial yang menyebabkan pertumbuhan
semangat kebangsaan.
Pada kesimpulannya masyarakat Melayu adalah kurang mengalami
perubahan radikal. Pengekalan kehidupan secara tradisi di petempatan luar bandar
menyebabkan mereka tiada berpeluang menikmati perubahan yang real di bandar.
Kedudukan politik berpindah ke tangan pegawai pentadbiran British yang menggubal
pelbagai peraturan dan undang-undang baru untuk menghalalkan tindakan mereka
bagi mengaut keuntungan yang maksima. Akibat pengenalan sistem pendidikan
sekular, muncul golongan kelas pertengahan Melayu, namun kelas ini tidak banyak
main peranan untuk mengubah keadaan kehidupan masyarakat kampung. Mereka
yang berkhidmat sebagai pentadbir sokongan adalah terikat dengan peraturan
perintah am dan wajib patuh pada kerajaan. Manakala golongan atasan dan
bangsawan terus dipelihara baik. Rakyat Melayu hanya menikmati serpihan
pembangunan yang sampai peringkat kampung secara ala kadar, yakni seperti

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

93

menurut Khoo Kay Kim yang disifatkan sebagai pembangunan yang tidak bererti.
Fungsi Sekolah Melayu hanya sekadar untuk memenuhi keperluan sosial sahaja.

Bacaan Asas

Syed Husin Al-Attas. 1991. Metos Pribumi Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Khoo Kay Kim, 1991. Masyarakat Melayu Abad Ke-19. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Gullick, J.M. 1987. Malay Society in the Late Nineteenth. Kuala Lumpur: Oxford
University Press.
Khoo Kay Kim. 1974. Malay Society 1904-1920s. Journal of Southeast Asian
Studies. Vol. 5. no. 2. March.
Andaya, B.W. & Andaya, L.Y. 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

94

Soalan Penilaian

1.

Bincangkan proses pemodenan dan perubahan di kalangan masyarakat


pribumi Semenanjung, Sabah dan Sarawak sejak abad ke-19 hingga tahun
1950an.

2.

Berdasarkan kepada ungkapan sekali air bah sekali pantai berubah,


sejauhmanakah masyarakat pribumi Melayu menangani pelbagai faktor baru
dari luar untuk disesuaikan dalam kehidupan budaya dan tradisi mereka?

3.

Malas adalah suatu teori yang direka oleh gagasan oreintalis dan imperialis
Eropah untuk menjustifikasikan penjajahan fizikal dan mental Barat ke atas
masyarakat Malaysia dan tanah jajahan lain di kawasan tropika. Bincangkan
kenyataan ini.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

95

BAB 8
MASYARAKAT IMIGRAN: POLA
DAN CIRI KEHIDUPAN

Objektif

Untuk memberi kefahaman kepada pelajar tentang asal-usul dan hakikat


sejarah akan pola kehidupan masyarakat imigran di Malaysia.

Untuk mengenali lebih mendalam tentang gaya hidup, tradisi, budaya dan
perubahan yang berlaku di kalangan masyarakat dan keturunan imigran di
Malaysia.

Memberi penjelasan kepada pelajar tentang kepelbagaian suku dan cara


berkomunikasi antara mereka di samping memperlihatkan tentang persamaan
dan perbezaan kehidupan mereka.

Memberi kesedaran kepada pelajar akan hakikat keplbagaian petempatan


berasingan dan kesedaran mengekalkan identiti kesukuan dan kawasan yang
menjadi faktor penghalang kepada realiti perpaduan masyarakat Malaysia.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

96

BAB 8
MASYARAKAT IMIGRAN: POLA
DAN CIRI KEHIDUPAN

Bab ini adalah bertujuan untuk membicarakan tentang kehidupan masyarakat


imigran Cina dan India pada zaman kolonial. Perbincangan juga termasuk untuk
memahami tentang sejauhmanakah adanya hubungan antara masyarakat imigran
dan pribumi. Ini termasuk juga pembicaraan tentang kesan pembentukan
petempatan yang berasingan antara kaum imigran dan pribumi yang menimbulkan
masalah hubungan dan perpaduan masyarakat berbagai kaum sehingga kini.
Sejarah masyarakat Cina di Malaysia pada abad 19 dapat ditampilkan melalui
pelbagai aspek, ciri dan pola. Dari perspektif sejarah sehingga abad 19, di beberapa
buah negeri Melayu dan Selat orang Cina sudah pun ada antaranya yang menetap.
Ramai yang sentiasa berulang alik kerana tidak datang bertujuan untuk menetap.
Masyarakat peranakan Cina negeri Selat dan negeri-negeri Melayu terus
bermastautin kekal kerana mereka sudah menganggap diri mereka sebagai orang
tempatan. Tambahan pada peringkat asimilasi dan sosialisasi keadaan masyarakat
lokal sudah dianggap selesai dan di tahap memuaskan pada persepsi orang Melayu.
Sehingga akhir abad ke-19 golongan peranakan Cina Negeri Selat telah
memperlihatkan aktiviti kehidupan yang sangat aktif. Walaupun memiliki identiti
budaya sendiri, iaitu budaya dan tradisi peranakan lokal, namun hampir keseluruhan
aspek kehidupan mereka adalah atas gabungan dengan budaya lokal pribumi
Melayu. Sementara itu oleh kerana sebahagian daripada mereka tinggal di bandar,
hubungan yang rapat dengan pihak kolonial menyebabkan taat kepada kerajaan
kolonial juga tidak berbelah bagi sehingga sanggup memutuskan hubungan dengan
keturunan mereka di China. Semangat cintakan negeri-negeri Selat dan Raja
Inggeris sangat nyata. Akhbar-akhbar yang diterbitkan oleh masyarakat ini yang
majoritinya dalam bahasa Melayu peranakan dan sebahagian kecil dalam bahasa
Inggeris cukup nyata mencerminkan sikap mereka sebagai rakyat British dan lokal.
Masyarakat Melayu lokal menerima suasana tersebut dengan mesra dan bersahaja
kerana sikap dan kesungguhan seperti inilah yang diharapkan oleh mereka.
Masyarakat rumpun Melayu dimana sahaja mereka pergi memang membawa
bersama adat menghormati budaya dan undang tempatan atas dasar falsafah `di
mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Kedatangan kumpulan Cina totok pada
abad ke-19 dikatakan menimbulkan rasa kurang senang kepada masyarakat Cina
peranakan kerana bimbang hubungan baik yang dijalin selama ini antara mereka
dan British akan terjejas. Mereka juga mula menghadapi dilema sama ada untuk
mempertahankan darah keperanakannya atau kembali semula ke darah totok.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

97

Hubungan dengan golongan Cina totok terus bermasalah kerana pihak totok tidak
lagi mengiktiraf mereka sebagai orang Cina akibat kehilangan budaya dan
tradisinya. Malahan sebahagian dari mreka juga mempunyai warna kulit yang agak
sawo matang dan ada unsur-unsur kemelayuan dan keindiaan. Mulai dekat lima
puluhan melalui peranan Inggeris proses menemukan semula Cina peranakan dan
totok telah dilakukan melalui proses politik. Selepas Malaysia merdeka hingga kini
walaupun masih ada garis sempadan antara kedua golongan ini tetapi agak kurang
ketara. Namun golongan peranakan tidak boleh lagi bersendirian kerana golongan
totoklah yang menguasai kegiatan ekonomi pelbagai peringkat, dari lokal, nasional
dan internasional.
Apabila membicarakan tentang masyarakat imigran, sama ada Cina atau
India, biasanya penulis akan terus mengaitkan peranan dan sumbangan mereka
dengan kegiatan pembangunan ekonomi kolonial Semenanjung, Sabah dan
Sarawak. Malahan menurut bekas pegawai British yang banyak mempunyai
maklumat dan rapat hubungannya dengan masyarakat imigran Cina beliau merasa
rasa terharu dan bangga akan peranan imigran ini dalam pembangunan kolonial.
Mereka dikatakan sebagai tulang belakang kemajuan Malaya. Begitu juga di Sabah
dan Sarawak orang Cina sentiasa mencari dan mendapatkan peluang untuk
memperbaiki kemajuan di samping cuba memonopoli kegiatan ekonomi. Masyarakat
pribumi di kedua wilayah ini terus berfungsi sebagai pembekal. Malahan sebagai
pembekal hasil-hasil pertanian dan hutan juga terpaksa berhadapan dengan
golongan orang tengah dari kalangan orang Cina. Kajian ilmiah pada peringkat awal
tentang orang Cina dan India di Malaysia memang banyak dilakukan. Namun pada
umumnya cuba memberi perhatian tentang peranan mereka sebagai tenaga pekerja
dan pedagang. Melalui dekad 1960an hingga kini baru muncul kajian-kajian yang
lebih bermakna. Apa yang penting dari perspektif sejarah sebenarnya ialah kaitan
kedatangan mereka terhadap perubahan yang timbul. Isu ini perlu diberi perhatian
kerana dalam sejarah Malaysia aspek perubahan memang sangat luas maknanya.
Ia perlu dibincangkan mengikut tema-tema tertentu.
Dalam modul ini aspek perubahan akibat kedatangan orang Cina ke
Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak perlu dilihat dari sudut seperti
pola kehidupan dan hubungan sosial dengan masyarakat tempatan. Perubahan
yang berlaku di sini adalah secara berperingkat di antara satu kawasan dengan yang
lain tidak semestinya sama.
Sebelum pertengahan abad ke-19, kedatangan orang Cina ke Semenanjung
belum lagi menunjukkan satu pola yang penting. Beberapa buah negeri Melayu
seperti Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor sudahpun pernah menerima
kedatangan mereka sebelum abad ke-19. Pola penempatan mereka adalah
bergantung kepada keadaan dan peluang. Sekiranya didapati di suatu tempat tidak
mempunyai prospek atau menguntungkan maka mereka akan berpindah ke tempat
lain. Kedatangan mereka ke Kelantan dapat di kesan pada abad ke-18 lagi, tetapi
bilangannya tidak bertambah. Mulai pertengahan abad ke-19 keadaan dan senario
imigrasi orang Cina mulai berubah. Apabila Selangor, Perak dan Negeri Sembilan
menjadi negeri-negeri Melayu yang berpotensi dalam menghasilkan bijih timah yang
diperlukan oleh pasaran Eropah, pola penempatan pelombong Cina telah mula
berubah. Walaupun imigrasi dan emigrasi sentiasa berlaku, tetapi bilangan mereka
adalah terus bertambah. Sementara itu tendensi untuk menetap di kalangan mereka

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

98

juga sudah semakin ketara kerana faktor galakan pihak kolonial Inggeris dan faktor
tolakan di Cina.
Pada hakikatnya masyarakat Cina bukanlah masyarakat yang homogeneous.
Mereka juga berbeza dari segi etnik, dailek dan kawasan asalnya. Kawasan
perlombongan bijih timah di negeri-negeri Melayu lazimnya adalah diduduki oleh
etnik Cina Hakka yang mempunyai perbezaan dailek dengan orang Kanton. Tetapi
kawasan asal mereka adalah dari daerah Kwangtung dan Hokkien. Kawasan
perlombongan juga umumnya terdapat dua kumpulan pelombong yang biasanya
tinggal berasingan walaupun jenis pekerjaan mereka adalah sama. Namun dari
sudut kehidupan di kawasan perlombongan juga memperlihatkan perbezaan yang
jelas. Pelombong-pelombong Cina yang bekerja di Selangor dan Negeri Sembilan
majoriti tidak membawa isteri kerana tidak mampu. Mereka tinggal secara beramairamai di rumah kongsi yang disediakan oleh pihak majikan. Kawasan tempat tinggal
ini juga turut disediakan keperluan hiburan termasuk untuk bermain judi. Pada
umumnya mereka adalah banyak bergantung keperluan dan harapan pada pihak
majikan. Oleh itu kebebasan mereka juga adalah terhad. Kumpulan pelombongpelombong ini biasanya dikenali sebagai Sin Kheh, yang bermaksud orang baru.
Keadaan yang terdapat di Larut berbeza sedikit. Sebilangan besar daripada
tenaga pekerja lombong di sini datang dari Negeri Selat, khususnya Pulau Pinang.
Kebanyakan dari mereka sudah berkeluarga dan dari kalangan golongan peranakan.
Mereka lazimnya digelar sebagai Lao Khek. Walaupun kehidupan mereka kurang
lumayan tetapi mereka sudah biasa dengan suasana alam keliling dan masyarakat
tempatan. Mereka lebih cepat menyesuaikan diri dan tahu membawa diri.
Hubungan antara orang Cina totok dan penduduk tempatan adalah
berasaskan kepada pola petempatan yang berasingan. Galakan memang ada tetapi
terhad kepada kegiatan perdagangan dan perniagaan. Pengaruh sosial secara
bebas tidak ada. Ini bermakna tidak ada suasana mesra dan harmonis. Masalah
pemencilan antara kedua bangsa, Melayu dan Cina, adalah atas faktor budaya,
pekerjaan, petempatan dan dasar ekonomi kolonial. Dari segi pentadbiran juga
didapati setiap kaum adalah tertakluk kepada ketua kaum masing-masing.
Sejak zaman tradisional unit politik dan pentadbiran di negeri-negeri Melayu
yang paling kecil di peringkat kampung adalah dikendalikan oleh penghulu. Faktor
hubungan yang jauh dengan kerajaan pusat menyebabkan raja dan pembesar
banyak bergantung kepada peranan Penghulu dan juga Tok Batin. Institusi penghulu
adalah sangat berkesan sebagai mewakili pihak atasan dalam semua urusan
pentadbiran peringkat bawah. Penghulu adalah bertanggungjawab dalam semua hal
dan urusan sama ada atas hal ehwal anak buahnya atau urusan dengan anak
dagang (rantau Melayu) dan orang-orang asing (imigran).
Kedatangan orang Cina pada pertengahan abad ke-19 walaupun ke kawasan
yang terasing dari perkampungan Melayu dan tetapi mereka tidak selamanya
bersendiri dalam segala urusan. Oleh kerana orang Cina juga turut membawa
bersama sistem kepimpinan dan sosialnya, maka urusan dalaman antara mereka
dapat diselenggarakan oleh ketua mereka yang dikenali sebagai Kapitan. Pada
setiap kawasan perlombongan seperti Larut, Sg. Ujung dan Kancing mempunyai
kapitannya masing-masing. Dari perspektif sejarah, sistem kapitan memang

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

99

digunakan di Negeri-negeri Selat di kalangan kaum peranakan. Fungsi utama


kapitan adalah untuk mengawal keamanan dan anak buahnya. Ini bermakna sistem
kapitan juga adalah sama tugas dan tanggungjawabnya seperti penghulu. Yang
dipertua negeri memang memberi tanggungjawab dan kebebasan kepada kapitan
untuk mengendalikan anak-anak buah mereka. Semua kapitan juga wajib patuh
segala arahan dan titah Yang di Pertuan. Walaupun mereka diberi kebebasan untuk
menggunakan institusi Cina yang ada, tetapi realitinya Kapitan Cina juga tidak
mampu untuk mengawal kegiatan dan institusi sosial yang diamalkan. Masalah
sentiasa timbul kerana institusi yang diamalkan ialah kongsi gelap. Institusi yang
semakin membudaya menyebabkan para kapitan tidak dapat mengawal secara
persendirian. Keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa bergantung juga kepada
pembesar-pembesar Melayu. Hubungan dengan pembesar Melayu walau dalam
keadaan yang terpaksa menjadikan pepatan Melayu `kenal-kenal Cina semakin
bertambah popular di kalangan orang Melayu yang bermakna bentuk hubungan
tidak mesra atau bentuk hubungan yang berasaskan `ada udang di sebalik batu
yang bermaksud berbuat baik kerana matlamat tertentu. Akibat adanya hubungan
secara tidak langsung dan kurang mesra ini juga membolehkan orang Melayu
mencipta beberapa peribahasa lain seperti `Si kembang Cina dan `Cina buta.
Pada lazimnya petempatan berasingan adalah terdapat di negeri-negeri
Melayu yang aktif dengan perusahaan perlombongan bijih timah. Tetapi di negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Johor, Kedah, Kelantan dan Trengganu juga
wujud petempatan yang sama. Perbezaan yang ada hanyalah dari segi dasar
pemerintahan Negeri Johor misalnya yang menggubal dasar adalah pembesar
Melayu, sedang di negeri-negeri Melayu Perak, Selangor dan Negeri Sembilan
adalah Kolonial Ingeris. Petempatan orang Cina di Johor yang berasaskan kepada
sistem Kangcu dan berdasarkan kepada surat Sungai perlu ditandatangani oleh
Sultan Johor. Melalui sistem ini pemegang surat sungai yang dipanggil Kangchu
diberi hak memonopoli dan untuk memasarkan gambir dan lada hitam, menjual arak,
mengadakan tempat berjudi, membuka kedai pajak gadai dan mendapat komisen
ekspot gambir, lada hitam dan impot beras. Kawasan petempatan mereka
dinamakan kangkar. Orang Johor mengenalinya sebagai Kangko. Surat Sungai ini
bukan bermakna memberi hak pemilikan tetapi hanya semata-mata kebenaran
sementara sahaja untuk satu kawasan tertentu, jenis tanaman tertentu dan jangka
masa tertentu. Seperti Kapitan, Kangchu juga adalah bertanggungjawab ke atas
kawasannya dan menyediakan pekerja hinggalah membekalkan candu. Kangchu di
Johor juga turut terlibat dengan sistem pajak sungai atau pajak kampung dan pajak
Bandar untuk mendapat kebenaran menyewa kawasan menanam gambir, lada
hitam dan ubi kayu. Kebanyakan kawasan perkebunan mereka juga eksklusif, yakni
hanya untuk kumpulan mereka sahaja. Walaupun aktiviti ekonomi berasaskan
kepada pertanian, namun hubungan dengan masyarakat Melayu lokal masih tetapi
sama seperti di negeri Melayu lain. Tetapi pendekatan kerajaan Johor dalam
pengendalian masyarakat Cina adalah lebih bijak dari negeri-negeri Melayu lain
yang bergantung kepada kegiatan perlombongan. Negeri Johor membenarkan
hanya satu sahaja kumpulan kongsi gelap berbanding dengan dua kumpulan seperti
yang terdapat di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Tujuan strategi Johor adalah
untuk mengelakkan persaingan yang memberi kesan kepada keharmonian dan
keamanan negeri yang boleh mengancam kestabilan negeri dan ekonomi. Pada
keseluruhannya menunjukkan bahawa sistem Kapitan dan Kangchu adalah sama
dengan fungsi Penghulu sebagai pengurus dan pengendali masyarakat di kawasan

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

100

pentadbirannya. Kedua institusi kepimpinan ini juga adalah bertanggungjawab


kepada pembesar dan raja. Kedua-dua institusi ini memainkan peranan dari segi
hubungan sosial dan ekonomi antara kedua masyarakat imigran dan pribumi. Pola
hubungan adalah bersifat formal dan masih berkesan hingga tahun 1950an. Akibat
pola petempatan yang didukung pula oleh faktor perbezaan ras, ugama, budaya,
bahasa dan kegiatan ekonomi. Namun faktor kolonial yang menjadi punca
segalanya kerana pembentukan pertempatan berasingan ini adalah akibat dasar dan
program pembangunan ekonomi kolonial yang dilaksanakan secara terancang.
Semua ini adalah menunjukkan antara perkembangan yang membawa perubahan
baru dalam masyarakat Melayu, khasnya kaum pribumi.
Dari sudut kehidupan umumnya masyarakat imigran Cina dianggap sebagai
golongan yang rajin, tekun dan bersungguh-sungguh. Ciri-ciri kehidupan yang positif
ini adalah ciri sejagat di kalangan masyarakat imigran dimana sahaja mereka
menetap. Kedatangan mereka ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak memang
beriltizam untuk memperbaiki taraf hidup. Dalam sejarah perkembangan orang Cina
di Malaysia ramai antaranya yang telah berjaya mencapai hidup yang lumayan. Ada
antaranya yang bermula dari golongan papa kedana akhirnya menjadi jutawan dan
ternama. Mereka datang bukan sahaja untuk membina diri tetapi juga keluarga dan
sukubangsa. Malahan dari kalangan orang peranakan juga ramai yang berjaya
membina status dan mempunyai prestij yang tinggi. Majoriti yang lain sekurangkurangnya berjaya mempertingkatkan kehidupan mereka dalam pelbagai bidang
yang dapat diwarisi sehingga sekarang. Antaranya termasuklah dalam bidang
pertukangan, perdagangan, perusahaan, pekedai kopi, ubat dan lain-lain. Ada di
antara jenis pekerjaan ini yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.
Oleh kerana hidup mereka bertumpu di kawasan petempatan khas, maka
tendensi untuk mengekalkan kehidupan tradisi dan budaya adalah sangat kuat.
Faktor ini memperkuatkan azam untuk mempertahankannya kerana tiadanya
elemen hidup yang menimbulkan tekanan atau ancaman. Penerusan amalan
budaya ini diwariskan secara langsung kepada generasi kemudian. Ini diperkuatkan
lagi oleh kemunculan sekolah-sekolah Cina yang dibiayai oleh saudagar-saudagar
kaya Cina yang peka dan prihatin terhadap budaya dan tradisi asli Cina. Tambahan
pula mereka sentiasa berulang alik ke negeri China.
Pada peringkat awal kedatangan mereka sebagai orang baru, sinkheh adalah
sangat bergantung kehidupan dan harapannya kepada majikan masing-masing.
Pada lazimnya, kehidupan mereka tertindas. Apabila British memperkenalkan
undang-undang dan enakmen buruh sejak awal abad ke-19 barulah perkara-perkara
yang berkaitan dengan perlindungan, kontrak perkhidmatan dan kebajikan mereka
mula mendapat perhatian. Adanya undang-undang ini membolehkan kehidupan
mereka lebih terjamin dan selamat dari sebarang penindasan dan ancaman. Faktor
ini juga membolehkan mereka memperkukuhkan kehidupannya yang berasaskan
kepada jenis pekerjaan, kekeluargaan dan kawasan tempat asal.
Salah satu dari ciri utama kehidupan orang Cina di mana sahaja mereka
berada, khususnya yang menetap lazimnya akan menubuhkan berbagai persatuan
yang berperanan untuk menjaga kepentingan golongan-golongan tertentu. Berbagai
jenis persatuan muncul, misalnya persatuan yang berasaskan kepda wilayah asal
mereka di Cina seperti Persatuan Kwangtung, Persatuan Hokkien dan lain-lain.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

101

Malahan persatuan yang berasaskan kepada daerah yang lebih kecil juga turut
muncul seperti Persatuan Fui Chew, Persatuan Kongchow, Persatuan Eng Choon,
Persatuan Eng Hwa, Persatuan Khoo Kongsi, Tan Kongsi dan Lim Kongsi.
Faktor penempatan berasingan juga adalah menyebabkan mudahnya
kegiatan berpersatuan tersebar, aktif, menjadi amalan dan diwarisi kepada generasi
yang terkemudian. Salah satu kegiatan berpersatuan yang sangat aktif ini dan
berterusan sehingga kini ialah kongsi gelap. Kegiatan kongsi gelap ini sudah
membudaya di kalangan orang Cina. Walaupun pada awalnya kegiatan ini adalah
bertujuan untuk menentang kuasa Wangsa Manchu di negeri China, tetapi kegiatan
ini juga turut dibawa ke kawasan luar China. Semenanjung Tanah Melayu adalah
salah satu kawasan tumpuan imigran Cina di Tenggara Asia yang turut menerima
gejala dan budaya negatif ini. Kumpulan Tien Ti Hoey adalah satu-satunya kumpulan
kongsi gelap yang terkenal. Abdullah Munshi telah merakamkan bagaimana upacara
untuk menjadi ahli kumpulan ini secara terperinci. Kumpulan ini akhirnya berpecah
kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil di berbagai tempat. Akibat perpecahan
ini nama Tien Ti Hoey terpaksa ditukar kepada nama baru iaitu Ghi Hin. Kumpulan
ini telah menubuhkan cawangannya di negeri-negeri Selat dan negeri-negeri
Melayu. Kumpulan ini dapat mempengaruhi suku-suku Cina seperti Hokkien,
Kanton, Teochew, Hakka dan Hainan. Di Singapura dan Pulau Pinang Ghi Hin
mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan suku-suku Cina yang terbesar.
Kumpulan-kumpulan kecil seperti Ghi Hock, Hai San, Ghi Law, Hin Beng, Tai Beng
dan Keng Teik turut muncul dan aktif di Singapura. Manakala di Pulau Pinang antara
kumpulan baru yang cergas selain dari Ghi Hin ialah Hai San, Toa Peh Kong, Chin
Chin, Ho Seng dan Ho Hup Seah. Di negeri-negeri Melayu Ghi dan Hai San
lazimnya adalah dua kumpula besar yang bertentangan antara satu dengan lain. Di
setengah negeri Melayu seperti Sungai Ujong terdapat satu lagi kumpulan lain yang
bernama Sung Pak Kun. Oleh kerana kegiatannya yang dianggap mencurigakan
dan mempunyai ciri-ciri kerahsiaan maka ia kemudiannya diisytiharkan sebagai
kumpulan yang salah di sisi undang-undang. Tambahan pula kongsi-kongsi gelap
sentiasa campurtangan dengan sebarang perselisihan di kalangan orang Cina yang
menyebabkan berlaku kekacauan. British terpaksa mengambil langkah tegas
dengan mengharamkan kumpulan kongsi gelap pada akhir abad ke-19. Namun
kegiatan persatuan sulit ini ternyata tidak mudah untuk dihapuskan. Malahan
kegiatan mereka mula mempengaruhi dan menular kepada masyarakat lain di
Semenanjung.
Salah satu dari kegiatan kongsi gelap yang cergas ialah sebagai broker dan
juga ejen pengambilan dan pembekalan buruh. Mereka biasanya mempunyai
hubungan yang rapat dengan tuan pemilik kedai makan di beberapa pelabuhan di
China, seperti Shanghai, Amoy dan Hongkong. Singapura dan Pulau Pinang adalah
pelabuhan negeri Selat yang banyak didapati rumah-rumah tumpangan dan depoh
yang berdaftar dan tidak berdaftar sebagai tempat tinggal sementara buruh yang
baru sampai sebelum dihantar ke tempat pekerjaan mereka. Kumpulan-kumpulan
samseng biasanya ditugaskan sebagai pengawal di rumah-rumah tersebut untuk
memastikan sinkheh agar tidak melarikan diri.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

102

Selain dari mengendalikan pengambilan dan pembekalan buruh, kongsi gelap


juga turut terlibat dalam kegiatan pelacuran. Kekurangan wanita Cina sebagai
tenaga pekerja telah memberi peluang kepada kongsi gelap untuk berperanan
sebagai pembekal pelacur secara sepenuh masa atau separuh masa. Fenomena ini
berjalan dengan baik kerana adanya permintaan dari kalangan kelas buruh dan juga
pedagang Cina yang majoritinya adalah datang secara bujang. Pada umumnya
orang Cina yang datang ke Malaysia adalah tidak membawa keluarga. Faktor yang
tidak seimbang antara kadar lelaki dan wanitalah yang mendorong berlakunya
fenomena pelacuran. Ada juga kalangan wanita yang turut terperangkap ke lembah
pelacuran atas tipu daya broker buruh. Penubuhan Jabatan Pelindung Orang Cina
dan penguatkuasaan Undang-Undang yang melindungi ke atas wanita dan gadis
dapat mengawal kegiatan ini daripada berleluasa. Namun sehingga Perang Dunia
Kedua kegiatan ini didapati masih berterusan.
Selain dari fenomena pelacuran, imigran Cina juga turut berhadapan dengan
ketagihan candu. Walaupun masalah ini bukan merupakan satu masalah besar,
namun ia telah dikenalpasti sebagai salah satu dari gejala sosial yang perlu
dibanteras. Kemasukan candu ke Semenanjung Tanah Melayu memang bukan
perkara baru. Di kalangan orang Cina umumnya candu diperlukan oleh kaum
pekerja terutama di kawasan pelabuhan dan perlombongan. Sebahagian dari
mereka juga adalah dari kalangan atasan seperti yang terdapat di negeri-negeri
Selat. Oleh kerana candu adalah barangan yang dilarang, maka kegiatan
penyeludupan candu sering berlaku. British terpaksa menggubal dan
menguatkuasakan undang-undang dan enakmen kawalan candu untuk menjamin
kesihatan penduduk negeri-negeri Melayu dan Selat.
Masyarakat India: Pola dan Ciri Kehidupan
Berbeza dengan kedudukan masyarakat Cina, orang-orang India di Malaysia,
khususnya yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu majoritinya adalah
bertumpu di kawasan ladang. Sebahagian kecil golongan orang India turut terlibat
dalam bidang perdagangan, ikhtisas dan pentadbiran. Mereka ini terdapat di
kawasan bandar. Oleh kerana majoriti masyarakat India adalah terdiri dari golongan
tenaga pekerja di ladang getah, tebu, kopi dan ubi maka kehidupan mereka juga
adalah agak terasing dari dunia luar. Oleh kerana kumpulan buruh India sentiasa
diberi perhatian oleh pihak pentadbiran British di kawasan keperluan dan
kepentingan mereka kepada golongan majikan ladang Eropah, maka segala
keperluan asas kehidupan mereka turut disediakan. Antaranya termasuklah dari segi
kebajikan, tempat tinggal, rawatan kesihatan dan pendidikan anak-anak pekerja
estet. Pendidikan Tamil adalah berdasarkan kepada sistem sekolah Tamil di India.
Guru dan buku teks untuk murid sekolah Tamil turut diimpot dari India. Namun
kemajuan pendidikannya adalah jauh berbeza dengan pendidikan di sekolah Cina
yang dibiayai oleh saudagar Cina dan di sekolah Melayu yang dibantu oleh British.
Manakala segelintir orang India yang tinggal di kawasan bandar yang aktif dalam
bidang perniagaan adalah lebih rapat dengan British. Mereka ini biasanya
mempunyai latar belakang pendidikan Inggeris atau sekurang-kurang mempunyai
pengetahuan asas bahasa Inggeris.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

103

Mereka yang aktif dalam bidang perniagaan dan perdagangan ada antaranya
yang menguasai perniagaan kedai runcit, kedai makan, kedai buku dan kain. Ada
juga yang menjadi peguam terutama yang berpendidikan Inggeris. Sementara itu
faktor agama juga merupakan unsur yang membahagiakan kaum India. Pada
umumnya mereka terbahagi kepada empat agama, iaitu Hindu, Sikh, Islam dan
Kristian. Pedagang Hindu dan Islam biasanya sentiasa berulang alik ke kampung
halaman mereka di India. Golongan inilah yang banyak membawa berita tentang
perkembangan terbaru di India. Golongan India Islam lebih mudah berinteraksi
dengan masyarakat Melayu tempatan. Sebahagian daripada mereka berkahwin
dengan wanita lokal. Keturunan ini lebih biasa dikenal sebagai Darah Keturunan
Keling (DKK) dan beberapa buah negeri Melayu tertentu seperti Selangor, Negeri
Sembilan dan Perak, kaum lelakinya yang sudah meningkat dewasa dikenali
sebagai `mamak. Sementara itu di kalangan yang beragama Hindu, interaksi antara
sesama kaum adalah kuat. Mereka aktif mempertahankan tradisi dan kebudayaan
Tamil. Kuil-kuil adalah antara ciri utama petempatan orang Tamil. Mereka juga
memuja dewa dewi terkenal seperti Kali, Mariamman, Aiyanar, Kairavar, Muniandy,
Mathurai dan Veeran. Perayaan menyambut tahun baru seperti Deepavali dan
Thaipusam diraikan terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan
Pulau Pinang dan juga perayaan Sithraparuvam di Teluk Intan.
Oleh kerana adanya faktor variasi lokal dalam masyarakat India, maka faktor
ini juga menimbulkan masalah dari segi hubungan antara mereka. Keadaan ini
berlaku misalnya antara kumpulan Tamil India dan Ceylon. Kedua-dua kumpulan ini
adalah berbeza dari segi jenis pekerjaan dan taraf pendidikan mereka. Faktor ini
juga cukup mempengaruhi hubungan antara kedua etnik. Orang Tamil India yang
lazimnya dari golongan buruh terpaksa mengharungi cara kehidupan yang sukar.
Nasib hidupnya bukan sahaja dikongkong oleh undang-undang dan enakmen buruh
yang ada, bahkan kawalan dari pengurusan ladang juga cukup banyak memberi
tekanan jiwa kepada mereka. Salah satu dari cara mereka untuk melupakan
masalah kehidupan mereka ialah dengan cara mengamalkan gaya hidup yang
bergantung kepada sesuatu yang mudah didapati. Misalnya dengan meminum todi
yang mudah didapati dan murah harganya. Tabiat ini telah dikesan oleh pihak
kerajaan kolonial hingga terpaksa menubuhkan badan tertentu untuk mengawal
keadaan tersebut dari berleluasa, memberi kesan kepada masyarakat dan
mensetabilkan ekonomi. Persatuan Peladang Malaya telah menggesa kerajaan
kolonial agar mengambil langkah-langkah yang positif untuk mencegah akibat tabiat
meminum todi yang bukan sahaja membahayakan kesihatan kerana keracunan,
malahan boleh menyebabkan kematian dan menyebabkan perubahan perlakuan
yang di luar kawalan secara mendadak. Selain dari masalah dan tabiat meminum
todi, masalah pelacuran juga merupakan salah satu dari kegiaan sosial negatif yang
melibatkan golongan buruh. Fenomena yang sama dengan buruh Cina dapat
dikesan lantaran kurangnya kadar wanita India berbanding dengan lelaki. Masalah
ini bukan sahaja hanya melibatkan buruh-buruh yang bujang mengunjungi tempat
pelacuran, malahan telah menimbulkan keruntuhan keluarga bila mana masalah
jantina yang tidak seimbang ini begitu menonjol khasnya sejak tahun 1920an. Pada
dekad 1930an, apabila kedua kumpulan jantina dapat diseimbangkan, didapati telah
dapat mengurangkan masalah ini.
Akibat dari kemunculan kawasan petempatan yang berasingan telah
menyebabkan corak hubungan antara kaum menjadi terbatas. Hubungan di

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

104

peringkat bawahan antara kaum adalah terhad kepada perkara tertentu sahaja.
Misalnya hubungan antara orang Melayu dengan Cina biasanya di kalangan antara
golongan pembeli dan penjual. Oleh kerana pekedai runcit biasanya orang Cina,
maka orang Melayu harus membeli barang keperluan harian di kedai Cina. Ini
adalah suatu pola dan situasi pertemuan yang berbentuk formal. Hubungan seperti
inilah yang disebut dalam pepatah orang Melayu sebagai kenal-kenal Cina yang
mencerminkan bentuk hubungan yang tidak mesra. Keadaan yang tidak mesra juga
turut berlaku dalam hubungan antara orang Melayu dan India, khususnya yang
beragama Hindu. Dalam pepatah Melayu ada disebutkan pelbagai pepatah yang
juga mencerminkan prasangka mereka terhadap orang India. Misalnya Keling
karam, pasang Keling dan sebagai. Pepatah-pepatah ini mencerminkan tentang
persepsi Melayu terhadap orang asing yang berbeza.
Namun di kawasan petempatan luar bandar yang majoriti penduduknya
adalah pribumi, proses integrasi dan assimilasi dapat berjalan dengan baik
terutamanya di negeri-negeri Melayu tidak bersekutu. Walaupun situasi yang ada
tidak benar-benar dapat mengasimilasikan sepenuhnya namun mereka dapat
menjalin dan mengekalkan hubungan yang harmoni dan suasana mesra. Sekurangkurangnya dapat mengwujudkan satu generasi baru dari kaum bukan pribumi yang
fasih berbahasa Melayu mengikut dailek lokal dan loghat Melayu dan memahami
nilai-nilai budaya tempatan. Keadaan ini khususnya berlaku kepada segelintir
penduduk bukan pribumi yang mendiami di kawasan berdekatan kampung Melayu
atau dalam kampung Melayu. fungsi Namun di kawasan yang benar-benar
berasingan, khususnya bandar dan ladang, bentuk hubungan masih kaku dan
berasaskan kepada keperluan tertentu sahaja. Fungsi institusi pendidikan dan
tempat pertemuan awam seperti pasar, kedai kopi, balai raya, jabatan kerajaan mula
berperanan sebagai tempat pertemuan masyarakat, tetapi hanya dalam bentuk yang
kekal. Dalam zaman kolonial pihak British memang tidak berniat untuk membentuk
program perpaduan secara rasmi. Hanya pada menjelang saat untuk memberi
kemerdekaan barulah ada beberapa usaha untuk menyatukan penduduk di
peringkat federal dalam bidang politik khasnya akibat bimbang terhadap pengaruh
komunis. Faktor ini juga menyebabkan bentuk hubungan kemasyarakat hari ini
walaupun pada tahap yang agak baik tetapi adalah bersifat politik. Keadaan ini juga
adalah mempunyai kaitan dengan strategi politik dan ekonomi yang dilaksanakan
oleh British pada zaman kolonial yang hanya mengutamakan kepentingan penjajah
dan para kapitalisnya.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

105

Bacaan Asas

Purcell, V. 1969. The Chinese in Malaya. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Blythe, W.L. 1953. Historical Sketch of Chinese Labour in Malaya. JMBRAS. Kuala
Lumpur.
Sandhu, K.S. 1969. Indians in Malaya. London: Cambridge University Press.
Lee Yong Leng. 1965. North Borneo (Sabah). Singapore: Eastern University Press.
Jackson, J.C. 1976. Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

106

Soalan Penilaian

1.

Bincangkan pola kehidupan kaum Cina di beberapa buah Negeri Melayu


sejak awal hingga akhir abad ke-19.

2.

Bincangkan liku-liku kehidupan masyarakat India di kawasan estet getah


sejak dekad pertama abad 20 hingga menjelang Perang Dunia Kedua.

3.

Sejauhmanakah adanya hubungan secara langsung antara masyarakat Cina


dan India di negeri-negeri Melayu Semenanjung dan Sabah dan Sarawak
sehingga tahun 1950an?

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

107

BAB 9
KERESAHAN SOSIAL SEJAK ZAMAN KOLONIAL

Objektif

Memahami faktor-faktor yang mencetuskan pelbagai kegiatan dna gerakan


sosial dan politik di Malaysia pada zaman kolonial.

Menonjolkan ciri dan pola gerakan sosial dan kebangsaan di Malaysia pada
zaman kolonial.

Memaparkan keberkesanan dasar pecah dan perintah kolonial Inggeris yang


memisahkan pelbagai kaum di Malaysia dari berpakat dan bersatu.

Memperlihatkan bagaimana kuatnya sentimen kepada negara leluhur Cina


dan India di kalangan masyarakat imigran dan bagaimana kolonial Inggeris
berjaya melambatkan gerakan kebangsaan anti-kolonial pribumi sahaja dekad
empat puluhan dan gerakan kemerdekaan dan memuncak pada dekad lima
puluhan.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

108

BAB 9
KERESAHAN SOSIAL SEJAK ZAMAN KOLONIAL

Antara episod Sejarah Malaysia dalam zaman kolonial yang penting ialah tentang
keresahan sosial yang mempunyai elemen politik. Keresahan sosial ini adalah
mempunyai latar belakang yang berkaitan dengan pelbagai faktor. Ekonomi dan
sosial lazimnya menjadi penggerak utama yang mempengaruhi keresahan
masyarakat, khususnya kumpulan pribumi sehingga membentuk gerakan dan
organisasi sama ada yang bersifat sederhana atau radikal. Dalam bab ini beberapa
perkara turut diberi pertimbangan. Antara lain termasuklah faktor tidak puas hati
masyarakat pribumi terhadap prestasi mereka di bidang ekonomi dan sosial yang
ditujukan bukan sahaja terhadap kolonial, malahan terhadap bangsa asing (imigran)
yang dipersepsikan sebagai membolot atau memonopoli bidang ekonomi. Bab ini
juga turut membicarakan tentang suasana politik pada zaman sebelum Perang
Dunia Kedua yang dicorakkan oleh perbezaan kaum, kepentingan dan petempatan
masing-masing. Setiap kaum mempunyai pengaruh luar yang tersendiri walaupun
yang menarik di sini ialah dari segi persamaan adanya rasa anti-kolonial dan antiimperialisme dari kalangan semua kaum. Hanya pendekatan masing-masing yang
berbeza kerana faktor yang memang berbeza. Sementara itu latar belakang faktor
pendidikan dan gaya hidup masyarakat juga perlu ditonjolkan seperti pengaruh
falsafah, nilai dan gaya hidup Barat yang ditanamkan oleh kolonial melalui sistem
pendidikan sekular Barat. Begitu juga dengan peranan media cetak yang menjadi
penyalur berita dan penyambung lidah untuk berkomunikasi di kalangan rakyat pada
setiap kaum. Semua perkembangan yang ada ini menggambarkan suasana
keresahan sosial pada zaman kolonial, khususnya sebelum Perang Dunia Kedua
yang berkembang aktif mengikut saluran perkauman. Setengah sarjana
menganggap gerakan nasionalisme pada zaman itu hanya sesuai untuk orang
pribumi sahaja yang benar-benar memperjuangkan ketinggalan mereka dalam
bidang ekonomi kerana kekurangan pendedahan dan peluang serta sengaja
diasingkan oleh kolonial dari perkembangan pemodenan yang hanya bertumpu di
kawasan bandar.
Pribumi: Tertinggal atau Mundur
Isu dan faktor yang melibatkan kedudukan masyarakat pribumi dalam bidang
ekonomi masih berterusan walaupun lebih empat puluh tahun Malaysia merdeka.
Jurang pencapaian dari sudut ekonomi seperti perniagaan dan perdagangan antara
masyarakat pribumi dan bukan pribumi masih belum stabil. Jaraknya masih lagi jauh
dan malah jurangnya semakin tinggi. Dari sudut perpaduan faktor perbezaan jurang
ini adalah perlu diperbaiki untuk dirapatkan. Di sinilah letaknya peranan sejarah yang
boleh mengajar manusia menjadi dewasa (berfikiran matang). Masyarakat Malaysia
perlu mencari satu formula yang ikhlas, telus dan konkrit. Kebahagiaan hidup hanya

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

109

tercapai apabila semua kaum sama merasai hikmat kehidupan yang benar-benar
bermakna.
Dari sudut sejarah, pribumi rumpun Melayu pernah memiliki peradaban yang
tinggi. Sebelum adanya pengaruh luar mereka sudah mempunyai cara hidup sendiri
yang berdasarkan kepada hubungan mereka dengan alam sekitar, tumbuhan,
haiwan dan iklim. Faktor inilah yang membolehkan mereka mencipta adat dan
falsafah kehidupan hingga dapat disusun dengan kemas dan padat. Falsafah
kehidupan ini dapat dilibat dalam sistem politik, ekonomi dan sosial yang diwarisi
hingga sekarang. Setiap faktor baru yang datang diterima, dicerakin, dipilih dan
dipastikan yang terbaik untuk disebatikan dengan adat lokal. Oleh sebab itu
kedatangan Hindu, Islam dan Barat sentiasa diberi pertimbangan kerana sikap
toleransi mereka yang tinggi di samping sikap keterbukaan mindanya. Berdasarkan
kepada
faktor
inilah
yang
mencerminkan
tentang
kemajuan
o
rang Melayu pada zaman lampau sebelum kolonial telahpun lama tercapai.
Kedatangan Barat yang bergantung kepada keadaan dan kepentingan mereka
menyebabkan penerimaan orang Melayu dan pribumi lain menimbulkan masalah.
Akibat dari dasar kolonial yang terlalu town-centric menyebabkan orang Melayu dan
pribumi lain terus tertinggal di petempatan masing-masing.
Faktor ketinggalan dari arus pembangunan dan teknologi yang sentiasa
terjadi di kawasan bandar dan pelabuhan di negeri-negeri Semenanjung, Sabah dan
Sarawak) memang mempunyai kaitan rapat dengan pembangunan ekonomi
kolonial. Proses pembandaran di negeri-negeri Melayu, khususnya yang bergantung
kepada kegiatan perlombongan telah menyebabkan penduduk Melayu menjadi pasif
kerana sistem ekonomi mereka sengaja tidak diubah. Mereka dibiarkan dengan
amalan sikap `kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan `rezeki secupak
tak akan jadi segantang. Sementara itu kepercayaan terhadap nasib yang sudah
ditakdirkan lantaran kurang faham dalam agama Islam tentang konsep qada dan
qadar melemahkan lagi semangat untuk membina diri, keluarga dan masyarakat
mengikut acuan zaman moden seperti yang dinikmati oleh golongan imigran di
kawasan bandar.
Proses perbandaran untuk membina bandar dari kawasan perlombongan
menjadi pusat pentadbiran dan perdagangan dengan pelbagai kemudahan
infrastruktur yang serba baru, lengkap, maju, selesa dan sihat sangat jauh bezanya
dengan suasana petempatan pribumi di kawasan perkampungan. Pada hal kawasan
kampung pada zaman kolonial banyak yang baru muncul kerana kawasan-kawasan
ini memang merupakan sebahagian dari rancangan pembangunan ekonomi kolonial.
Hanya bezanya kawasan perkampungan di Sabah dan Sarawak dibiarkan terus
dengan sistem rumah panjang tradisi mereka. Ini bermakna bahawa suasana
pembangunan dan kemajuan zaman kolonial adalah berciri diskriminasi, tetapi
tenaga mereka diperalatkan demi keperluan dan kepentingan masyarakat bandar
dan estet untuk mendapatkan bekalan makanan. Peranan orang Melayu dan pribumi
lain ternyata semata-mata dipergunakan oleh kolonial untuk menjadi pembekal
makanan kerana kemahiran mereka sebagai petani dan nelayan. Kawasan bandar
dipermodenkan dengan jalan tar dan jambatan moden sehingga menghancurkan
kegiatan ekonomi, pengangkutan sungai yang terpaksa bersaing dengan
pengangkutan darat seperti keretapi dan kenderaan bermotor yang lebih laju,
menjimatkan kos tambang perjalanan, masa dan selamat. Bekalan elektrik lebih

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

110

yang menerangi jalan berbeza dengan lorong-lorong di kampung yang gelap gelita di
waktu malam. Begitu juga dengan bekalan air bersih di bandar berbanding dengan
air perigi dan sungai yang tidak bertapis. Bentuk rumah dan bangunan di bandar
yang menggunakan batu bata, simen dan genting berbanding dengan nipah, rembia,
buluh dan nibong. Perbezaan kehidupan ini sehingga dipribahasakan seperti atap
genting dan atap rembia. Suatu percerminan hidup tentang perbezaan kelas, status
dan taraf antara orang bandar dan orang kampung. Begitu juga dengan kedudukan
sistem pendidikan yang ada antara kawasan bandar dan kampung. Peluang
penduduk bandar menikmati pendidikan Ingggeris adalah terbuka luas, sedangkan
orang Melayu dan pribumi lain digalakkan mengaji di kampung atau menghadiri
sekolah Melayu Kerajaan kerana matlamat British hanya untuk mendidik anak-anak
Melayu menjadi petani dan nelayan yang tak mengira, menulis dan membaca.
Faktor perbezaan dan pengasingan kawasan petempatan ini adalah salah
satu dari faktor yang meninggalkan orang Melayu dalam kegelapan dan prospek
kehidupan. Dalam
faktor ini perancangan kolonial Inggeris memang cukup
bijaksana dan dalam kadar yang cepat. British telah mengubah pandangan darat
negeri-negeri Melayu terutama pada zaman tradisional bandar-bandar umumnya
terletak di kawasan pelabuhan, tetapi pada zaman kolonial bandar baru muncul di
kawasan pendalaman dan berasal dari kawasan perlombongan. Ini satu fenomena
sejarah yang baru. Prosesnya juga turut melibatkan kedatangan dan pertumbuhan
penduduk baru dari kalangan masyarakat imigran khasnya Cina. Antara bandarbandar baru yang muncul ialah seperti Lukut, Klian Pauh, Klian Baru, Kuala Lumpur,
Klang, Telok Kertang, Durian Sebatang, Taiping, Seremban, Kuala Pilah, Sungai
Ujung dan Kinta, Ipoh. Ada juga bandar lain yang turut muncul seperti Matang, Port
Weld, Telok Anson, Parit Buntar. Pertumbuhan bandar-bandar ini telah menarik
minat penduduk asing untuk menetap dan menggunakan peluang yang terbuka.
Berbagai perkhidmatan turut diberi yang semuanya ini tidak terdapat di kawasan
kampung. Dari laporan pegawai tempatan British ada memperlihatkan tentang
suasana pembukaan dan kemajuan tiap-tiap bandar yang muncul. Di kawasan
bandar juga mereka diperkenalkan dengan sistem perbandaran di samping
penggunaan wang berbentuk kertas dan peluang pekerjaan sebagai pelombong.
Kawasan bandar juga menawarkan pelbagai pekerjaan baru kerana adanya
kedatangan pemodal dan pelabur baru.
Apa yang menarik di sini ialah sistem ekonomi bandar yang lebih kompleks
dari sistem kampung. Saudagar Cina mula bertumpu ke kawasan bandar. Sistem
ekonomi mereka adalah tertutup. Ia berasaskan kepada puak, dialek dan kinship.
Oleh itu sistem ekonominya adalah tertutup. Tetapi dengan orang Eropah hubungan
mereka adalah rapat kerana sama-sama berkepentingan. Saudagar Eropah menjadi
pembahagi (distributor) dan orang cina pula sebagai penerima. Oleh kerana
pembesar Melayu berkuasa dan tidak berperanan orang Cina tidak perlu untuk
berhubung kecuali untuk mendapatkan kemudahan. Setelah putusnya hubungan
negeri-negeri Melayu dan Inggeris di negeri-negeri Selat bermakna mereka hilang
peluang perniagaan secara besar-besaran. Orang Cina merasakan tidak perlu lagi
bekerjasama dengan orang Melayu. Keadaan ekonomi di kampung menjadi semakin
statik, berbanding kawasan bandar yang lebih radikal.
Akibat dari proses pembandaran juga telah mengakibatkan kemunculan
masyarakat berbilang kaum yang bersifat tidak majmuk. Garis pemisahan antara

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

111

kaum sangat jelas. Dari warna kulit hinggalah kepada bangsa, suku bangsa, bahasa,
loghat dan dailek, budaya, agama dan pelajaran. Sedangkan di kampung corak
kehidupan tidak berubah dan sederhana. Tiada perubahan dan kemajuan juga turut
berlaku di kalangan masyarakat India di estet. Tetapi kawasan bandar muncul
budaya baru yang berasaskan kepada nilai Barat. Kegiatan hiburan dan dan
keperluan semakin bertambah di kalangan masyarakat yang menduduki bandar.
Kesedaran kelas juga merupakan pola-pola kehidupan kawasan bandar. Ini
termasuklah kemunculan sistem klab yang menambahkan lagi jurang perbezaan
antara ras, kumpulan, warna kulit, pekerjaan. Orang Cina turut menerima nilai-nilai
baru yang bertentangan dengan nilai adat mereka.
Pada peringkat awal penjajahan Inggeris ia kurang mengambil berat tentang
pendidikan masyarakat kerana matlamat mereka hanya untuk mengaut ekonomi.
Walaupun ada masalah sosial tetapi tidak begitu genting. Sehingga awal abad 19,
kegiatan orang Cina dan India masih dapat dikawal dari segi politiknya. Manakala di
kalangan orang Melayu pula. British telah berjaya mengawal mereka melalui rajaraja Melayu dengan pembesarnya. Kedudukan adat istiadat dan agama Islam,
namun kawalan ini tidak dapat bertahan lama kerana mulai awal abad kedua puluh
muncul tokoh-tokoh gerakan Islah dari angkatan kaum muda. Gerakan Islam inilah
yang kemunculannya turut menimbulkan isu ketinggalan ekonomi, kesedaran sosial
di samping turut diresapi oleh elemen-elemen politik.
Gerakan Kesedaran Islah dan Kaum Muda
Kesedaran ketinggalan kemajuan bukan sahaja berpunca dari tumpuan
pembangunan sehala sahaja oleh kolonial di satu kawasan pembangunan sahaja,
bahkan terdapat faktor lain yang turut membawa keresahan sosial. Kaum muda,
yang mewakili golongan baru dalam masyarakat Melayu yang membawa ide,
strategi dan pendekatan baru untuk membangunkan Melayu telah dicap sebagai
Kaum Muda. Pendekatan mereka dikatakan terlalu baru dan bertentangan dengan
perdagangan dalam kegiatan Kaum Tua, yang diwakili oleh ulamak tradisional
dengan pembesar-pembesar istana yang menjadi boneka Inggeris. Kumpulan muda
ini telah menggariskan antara sebab ketinggalan Melayu dalam zaman moden.
Antara yang terpenting ialah faktor pendidikan. Orang Melayu perlu menguasai
pendidikan sama ada yang formal atau tidak formal. Kesedaran mereka tentang
perubahan bukan perkara baru. Setiap keluarga Melayu lazimnya mempunyai latar
belakang pendidikan agama sebagai asas membina diri untuk menjadi orang Melayu
yang beradat, sopan, tahu mengurus diri, keluarga dan berdikari.
Akibat dari kemajuan yang tidak seimbang kerana tidak sampai ke peringkat
kampung, namun pengenalan sistem pendidikan formal Inggeris telah menghasilkan
golongan yang kenal huruf. Pada awal abad ke-20, bilangan golongan ini masih
terlalu kecil, tetapi mereka sangat aktif kerana berpandukan peribahasa `hendak
seribu daya dan `berat sama dipikul untuk membina masyarakatnya yang dikatakan
`sedang tidur lena. Kumpulan peringkat awal yang menggunakan saluran akhbar
pada dekad 1870an-1890an kurang berjaya kerana bahan-bahan yang dimasukkan
dalam akhbar tidak begitu provokatib. Akhbar peringkat awal ini bukan sahaja terbit
di Negeri Selat seperti Singapura dan Pulau Pinang, seperti Jawi Peranakan dan
Tanjung Penegari. Taiping dan Batu Gajah, Perak juga turut aktif dengan

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

112

mengeluarkan akhbar-akhbar seperti Jajahan Melayu, Jambangan Warna dan Sri


Perak.
Pada tahun 1906 muncul pula kahbar Al-Imam yang diikuti oleh Utusan
Melayu pada tahun 1907. Para pendokong utama majalah Al-Imam ialah seperti
Syed Syeikh Al-Hadi, Syeikh Mohd. Tahir Jalaludin, Hj. Abas Mohd. Taha dan Syeikh
Mohamed Salim Al-Khalali (seorang pedagang Arab). Penerbit majalah al-Imam,
iaitu Syed Syeikh al-Hadi adalah salah seorang penuntut Syeikh Mohamad Abduh
(penganut gerakan Islam) di Mesir. Tujuan utama gerakan al-Imam adalah untuk
memberi kefahaman baru, basmi kepercayaan karut, tahyul, bidaah dan menerima
konsep moden. Begitu juga dengan pandangan beliau tentang memahami selok
belok ajaran Islam yang sebenar. Menerima ilmu teknik sebagai salah satu cabang
ilmu untuk dipraktiskan. Akhbar lain seperti Utusan Melayu melalui pandangan
Mohd. Yunus Abdullah yang sentiasa memberi kesedaran pada orang Melayu
tentang kedudukan adat yang boleh mengongkong kemajuan. Al-Imam dan Utusan
Melayu telah melahirkan fikiran yang objektif dan progresif. Mereka adalah lahir dari
kalangan masyarakat yang tidak lagi dikongkong oleh adat seperti di negeri-negeri
Melayu yang diketuai oleh raja-raja Melayu. Pada tahun 1908 tugas Al-Imam telah
diambilalih oleh Neraca pimpinan Hj. Abas Taha, Tunas Melayu dan Al-Ikhwan
muncul pada tahun 1913 dan 1926 yang dipimpin oleh Hj. Abas Taha dan Syed
Syeikh al-Hadi.
Perkembangan sosial yang berlaku sejak awal abad kedua puluh di kalangan
orang Melayu telah memperlihatkan tentang wujudnya konflik antara dua golongan
yang besar. Pertama ialah golongan baru yang dianggap sebagai golongan muda
walaupun tidak semestinya mereka ini dalam usia yang masih muda. Istilah muda di
sini adalah bermaksud sesuatu yang melambangkan sebagai bersifat baru,
bertenaga, cergas, kreatif, hebat, positif dan yakin dengan pegangan mereka itu
adalah satu hakikat. Oleh itu mereka ini cuba membawa ide baru terutama dalam
bidang pendidikan dan kehidupan berasaskan agama. Manakala satu golongan lagi
ialah golongan tua, yang mewakili kumpulan yang sudah established, berpengaruh,
memegang jawatan penting dalam pentadbiran seperti raja, pembesar dan ulamak
tetapi berfikiran konservatif, sempit dan kurang motivasi. Tetapi mereka ini amat
berpengaruh di kalangan masyarakat kerana kedudukan, status dan imejnya yang
cukup tinggi. Pertentangan pendapat antara kedua-dua golongan ini sebenarnya
telah mendatangkan perubahan yang praktikal. Misalnya peranan golongan muda
yang menggunakan akhbar sebagai saluran untuk menerangkan matlamat
perjuangan meeka di samping menjalankan kegiatan praktikal melalui pembinaan
sekolah dan madrasah persendirian untuk membina kembali masyarakatnya yang
tertinggal berbanding dengan pencapaian orang imigran.
Perjuangan Kaum Muda hingga menjelang tahun dua puluhan walaupun
dapat berjalan dengan baik tetapi kurang lancar. Kejayaan dapat dilihat pada
kawasan yang kurang dipengaruhi golongan tua, yakni di Negeri-negeri Selat yang
tiada sistem raja. Tetapi di negeri-negeri Melayu yang beraja, nilai-nilai budaya dan
minda lama masih lagi mengongkong pemikiran dan jiwa rakyat. Golongan ini turut
menubuhkan majalahnya sendiri misalnya pada tahun 1918 dan majalah ini adalah
menjadi lidah kerajaan.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

113

Perkembangan pendidikan di kalangan orang Melayu sejak awal abad kedua


puluh semakin bertambah baik. Walaupun kandungan pengajaran di sekolah
Melayu tidak begitu tinggi darjatnya, tetapi bilangan anak-anak ke sekolah adalah
bertambah jumlahnya. Tetapi tahun 1920an satu perkembangan yang agak
menakjubkan telah kelihatan dari aspek sosial. Kemunculan maktab-maktab
perguruan untuk menampung kelulusan sekolah Melayu dan melatih bakal-bakal
guru sekolah adalah menjadi pemangkin kepada kemunculan gerakan sosial
Melayu. Orang Melayu makin terdedah kepada kedatangan faktor dan pengaruh luar
khususnya Indonesia, Filipina dan Barat. Kedatangan faktor luar ini bukan sahaja
tentang berita-berita sensasi politik dan ekonomi, malahan yang terpenting ialah
kemasukan ide dan ilham baru sehingga mencetuskan semangat untuk
memperjuangkan kepentingan kehidupan rakyat Melayu yang tertindas dan
dinafikan peluang mereka untuk menikmati kehidupan di tanah air mereka. Istilah
`merampas kekayaaan dan memonopoli kegiatan ekonomi semakin menjadi
kebiasaan dalam akhbar dan majalah. Rencana khas dan umum dan yang
berbentuk puisi seperti pantun, syair dan sajak yang menyentuh tentang ketinggalan
dan kemunduran Melayu sentiasa menjadi topik utama. Begitu juga tentang
ancaman kehidupan ekonomi dan politik dari masyarakat imigran dan keturunannya
ke atas orang Melayu turut sama menjadi bahan perbincangan dalam akhbar dan
majalah Melayu. Tidak ketinggalan juga persoalan tentang dasar penjajahan dan
wawasannya di Semenanjung Tanah Melayu Sabah dan Sarawak turut
mengutarakan perasaan kekecewaan dan kekesalan rakyat pribumi terhadap British.
Sebelum British memperketatkan kawalan kemasukan penduduk asing ke
Tanah Melayu melalui pelabuhan pelabuhan utama, Semenanjung Melayu adalah
terbuka kepada orang aisng untuk datang dan keluar masuk atas pelbagai tujuan.
Tetapi selepas pihak intelijen British mendapati kedatangan orang-orang Cina dari
negeri China perlu dikawal ketat kerana perkembangan politik di peringkat lokal yang
membabitkan orang asing semakin membimbangkan mereka. Mulai tahun 1927 satu
undang-undang untuk menyekat kedatangan orang asing mulai digubal. Tujuan
Inggeris adalah untuk mengawal anasir-anasir dan elemen anti-kolonial dan gerakan
komunis yang anti British agar dapat dibendung. Akibat dari tindakan ini juga turut
memberi kesan ke atas kegiatan sosial yang berunsur politik di kalangan orang
Melayu kerana lazimnya rumpun Melayu memang sentiasa berulang alik antara
Semenanjung dan beberapa wilayah di kepulauan Melayu. Mereka mempunyai
ramai saudara mara, keluarga dan rakan-rakan di kampung asal mereka. Malahan
ramai juga anak-anak Melayu tempatan yang pergi mengaji dan menuntut ilmu di
beberapa sekolah pondok atau pesantren di Indonesia dan tempat lain. Sementara
itu sayugia dimaklumkan bahawa kedatangan kumpulan peneroka Melayu dan
keturunan mereka di Semenanjung tidak hanya setakat membina kampung,
membuka kebun dan mendirikan rumah dan mengerjakan sawah padi dan
menanam pokok buah-buahan. Mereka juga turut membina masyarakat. Ramai
antara ketua peneroka yang terdiri dari orang yang mempunyai latar belakang
sebagai ulamak atau keturunan ulamak. Mereka ini adalah tokoh yang diberi
kepercayaan oleh kumpulan peneroka untuk membina pusat kegiatan agama dan
masyarakat seperti surau, masjid dan madrasah. Banyak sekolah agama rakyat dan
Inggeris yang dibuka secara persendirian oleh kumpulan peneroka atau anak-anak
mereka. Hasil dari pesanan mereka juga turut mengembangkan kegiatan sosial yang
memberangsangkan. Walaupun sukatan pelajaran mereka sangat sederhana, tetapi
terdapat kegiatan ko-kurikulum yang menarik seperti kegiatan bersyarah, lawatan,

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

114

menerbitkan majalah. Ada pula antara sekolah yang ditubuhkan ini mengambil
tenaga pengajar dari kalangan tokoh-tokoh nasionalis dan islah. Sekolah Hj. Taib,
pernah mengambil tokoh-tokoh seperti ini sebagai tenaga pengajar seperti Syeikh
Tahir Jalaludin dan Ishak Hj. Mahmod (Pak Sako). Pada awal 1920an Sekolah Hj.
Taib ternyata sangat aktif bukan sahaja di bidang pengajaran bahkan penerbitan.
Majalah Masa terbitan sekolah ini pernah terkenal dengan idea baru untuk meniup
kesedaran orang Melayu tentang martabat mereka dari aspek sosial, ekonomi dan
politik.
Peranan golongan guru dan wartawan dalam tahun 1920an adalah sangat
terserlah dan mulai berkesan. Guru-guru kelulusan Maktab Sultan Idris, Tanjung
Malim begitu menonjol. Maktab ini benar-benar berperanan secara efektif yang
bermula dari pensyarahnya hinggalah kepada pelajarnya didapati sangat komited
terhadap perjuangan rakyat pribumi Melayu yang sedang dilanda kemiskinan dalam
semua bidang kehidupan. Golongan guru dan wartawan memainkan peranan
sebagai pejuang rakyat. Dalam medan sastera yang menjadi wadah perjuangan
kaum guru dan wartawan, pelbagai bentuk karya seperti cerpen, novel, sajak
pantun, kiasan, dan rencana khas sentiasa panas dengan berita, cerita dan masalah
penderitaan pribumi. Pada tahun 1925 buat pertama kali cerpen Melayu diterbitkan.
Begitu juga dengan novel Melayu bersifat saduran iaitu Hikayat Faridah Hanum juga
turut diterbitkan oleh Jelutong Press dan dijual dengan laris. Mulai tahun 1927,
pengarang lokal mulai menggunakan strategi dan pendekatan yang lebih real, iaitu
watak dan latar belakang tempatan. Tahun 1920an memperlihatkan banyaknya
karya akhbar dan majalah yang terbit sejak dekad awal 1920an hingga 1924.
Nama-nama majalah seperti Lidah Teruna, Al-Kitab, Panduan Guru, Cenderamata,
Masa dan Majalah Guru begitu diminati oleh para pembaca khasnya di kalangan
golongan yang terpelajar.
Tahun 1920an adalah merupakan zaman keresahan sosial masyarakat
Melayu mulai dibincangkan dan dipolimikan dengan hayat. Orang Melayu sudah
mula menganalisa diri tentang ketinggalan mereka dalam arus kemajuan kolonial
Semenanjung. Peranan dan sumbangan kaum guru dan sasterawan adalah sangat
jelas. Media cetak akhbar dan majalah adalah menjadi pengembang kepada lidah
masyarakat yang memanjangkan tentang ide baru untuk membina masyarakat.
Kesedaran tentang diri dan bangsanya merupakan topik yang tidak berkesudahan,
malahan hingga kini pun. Walau bagaimanapun, aspek pendidikan merupakan
aspek hidup yang ternyata tanpa batasan sempadan dan zaman akan
kepentingannya kepada manusia, masyarakat dan bangsa. Oleh sebab itu Islam
adalah sentiasa menekankan tentang kepentingan ilmu kepada manusia dan
masyarakat kerana kelevenannya dalam kehidupan adalah suatu yang rasional dan
praktikal. Oleh sebab itu golongan kaum muda sentiasa menekankan kepentingan
pendidikan kepada orang Melayu sekiranya mereka ingin menikmati kebahagiaan
hidup. Dekad dua puluhan memperlihatkan sambutan yang baik di kalangan orang
Melayu terhadap pendidikan. Bilangan sekolah Melayu turut bertambah, dari tidak
lebih 170 buah pada awal abad 20 menjadi 400 buah pada tahun 1920an. Bilangan
murid-murid sekolah juga turut bertambah dari enam ribu hingga kedua puluh ribu
orang. Pertumbuhan inilah yang telah menyebabkan memulakan tradisi dan kegiatan
penulisan untuk memperbaiki taraf hidup masyarakat Melayu.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

115

Tahun 1920an juga merupakan zaman titik tolak yang penting kepada orang
Melayu kerana pada zaman inilah mulai terbentuknya sebuah organisasi formal
untuk memperjuangkan hak dan kepentingan mereka melalui saluran yang legal.
Tahun dua puluhan telah memperlihatkan gerakan yang lebih tegas dan kemas.
Kalau pada dekad-dekad sebelumnya mereka hanya berjuang melalui akhbar, pada
zaman dua puluhan perjuangan mereka walaupun masih terus memperkatakan
tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan sosial, tetapi lebih kukuh dan
mantap. Pejuang Kaum Muda sejak zaman Al-Imam terus berkembang tanpa henti.
Malahan perjuangan mereka memang sentiasa dikurnia dengan elemen politik yang
tersirat di sebalik tulisan mereka. Perhatian Al-Imam memang baik hanya tertumpu
pada sesuatu yang sempit, bahkan lebih bersifat menyeluruh. Oleh itu sekiranya
perjuangan orang Melayu yang dikatakan mulai bersifat ekonomi, sosial dan agama
dalam dekad dua puluhan adalah tidak tepat. Sekiranya direnung dan diteliti,
perjuangan Al-Imam adalah merangkumi dari persoalan tentang ketinggalan mereka
dalam pembangunan kolonial, masalah kurang semangat espirit de Corp dan juga
faktor dominasi penjajah. Kaum Muda yang berjiwa dan berfikirkan positif dan
progresif sentiasa mendesak pihak pemimpin Melayu dan kalangan pembesarpembesar dan raja-raja agar lebih praktikal dan cekap dalam mengendalikan
rakyatnya. Kaum Muda sentiasa mendesak mereka agar menubuhkan persatuan
yang boleh menumpukan pendidikan dan pembangunan ekonomi. Dalam pada itu,
berita-berita luar negeri seperti perkembangan yang berlaku di Turki, Asia Barat dan
Jepun turut diberi perhatian agar dapat meniupkan semangat di kalangan rakyat
yang sedang dijajah oleh kuasa Barat. Ini menunjukkan bahawa gerakan dan
gagasan Kaum Muda adalah lebih luas, moden, kemas kini dan praktikal.
Pandangan mereka sangat jauh dan melewati zaman penjajahan. Walaupun
perjuangan mereka untuk emngubah minda masyarakat masih belum berjaya untuk
melepaskan masyarakat pribumi Melayu dari kepompong tradisi dan adat, namun di
luar negeri-negeri Melayu yang beraja, mereka berjaya mendirikan sekolah agama
dan sekolah pondok di samping menjadi guru. Perjuangan mereka telah disambung
oleh golongan guru dengan pendekatan yang sama iaitu masih melalui akhbar dan
majalah.
Perkembangan yang berlaku pada tahun 1920an memang memberi kesan
yang penting kepada orang Melayu. Misalnya penubuhan Kesatuan Melayu
Singapura pada tahun 1926 walaupun masih lagi memperjuangkan kepentingan
peluang pendidikan orang Melayu di peringkat tertinggi, namun matlamat ke arah
kepentingan politik sudah mulai ada tanda-tanda yang hampir jelas. Pengaruh
perkembangan nasionalisma dan politik Indonesia ternyata mulai mempengaruhi
para pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim. Malahan ada antara
pelajar maktab ini yang menjadi ahli Partai Nasional Indonesia. Perkembangan ini
sehingga menimbulkan gerakan sayap kiri yang anti British dan tradisi. Namun pada
dekad tiga puluhan para pemimpin Melayu tradisional yang masih bergantung
kepada golongan bangsawan dan istana, masih belum bertindak secara radikal.
Tokoh-tokoh anak raja seperti Tengku Musaidin, Raja Chulan dan Tengku Selat
Sulaiman masih memperjuangkan kedudukan orang Melayu dalam bidang
pendidikan, perlindungan orang Melayu dari ancaman bukan Melayu, peluangpeluang pekerjaan di pejabat kerajaan dan kedudukan ekonomi mereka.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

116

Apa yang menarik di sini ialah tentang kejayaan dasar pentadbiran dan
perlindungan Inggeris terhadap golongan atasan Melayu sehingga sangat berkesan
dari segi kemantapan kedudukan elit tradisional dalam pemerintahan. Taat setia
pihak rakyat terhadap kepimpinan yang mempertahankan nilai adat dan tradisi
adalah suatu kenyataan yang turut mencirikan masyarakat Melayu pada zaman
tersebut. Malahan masa hadapan mereka juga adalah memperlihatkan kepercayaan
penuh terhadap kepimpinan elit tradisional untuk memperjuangkan taraf hidup yang
lebih baik. Keadaan ini ternyata dapat diperlihatkan pada tahun tiga puluhan apabila
kemunculan persatuan negeri-negeri Melayu, para pemimpin utamanya adalah
terdiri dari kalangan anak-anak raja. Orang-orang yang menerajui kepimpinan
persatuan negeri-negeri Melayu dalam jawatan yang utama seperti Yang di Pertua
dan Naib Yang di Pertua adalah dari kalangan anak-anak raja. Misalnya Persatuan
Melayu Selangor yang ditubuhkan pada tahun 1935 adalah diterajui oleh Tengku
Ismail bin Tengku Mohd. Yasin sebagai Yang di Pertua dan Raja Bond bin Raja Isa
sebagai Naib Yang di Pertua. Begitu juga kedudukannya dengan penubuhan
Persatuan Melayu Perak, Pahang dan Negeri Sembilan.
Kegiatan Persatuan Melayu negeri-negeri boleh disifatkan sebagai suatu
gerakan yang hanya mampu untuk buat rayuan dan bekerjasama dengan pihak
kolonial. Oleh kerana pemimpin persatuan adalah dari kalangan anak-anak raja
yang menjadi pegawai kerajaan, maka kegiatannya adalah terhad pada membuat
rayuan dan bukan membidas atau mendesak. Oleh itu gerakan ini seperti yang
pernah dikatakan oleh salah seorang ahli jawatankuasanya, iaitu Mohd. Yunus
sebagai tidak berkesan. Kebanyakan para pemimpin persatuan cuba untuk
mengelakkan dari dicap sebagai Kaum Muda atau komunis.
Antara kegiatan dan perjuangan Persatuan Melayu Selangor yang cuba
menyarankan pihak penjajah dan merasakan kurang bersetuju terhadap isu tertentu
adalah tidak berjaya. Misalnya penentangan mereka terhadap isu tanah simpanan
Melayu yang dianggap sebagai memerangkap Orang Melayu hidup dalam keadaan
seperti sekawan kambing yang meragut rumput sedangkan orang asing seperti
binatang buas. Perkara kedua ialah tentang cadangan menubuhkan batalion askar
Melayu di samping mengwujudkan angkatan Udara dan Laut. Begitu juga dengan
isu kemasukan orang Cina yang perlu disekat dan sebaliknya menggalakkan
kemasukan orang dari Indonesia.
Begitu juga dengan laporan oleh Singapore Free Press pula 2 Februari 1938
yang memaparkan kegiatan persatuan Melayu lain yang masih cuba
memperjuangkan kedudukan mereka dalam segala lapangan hidup, menambah
wakil orang Melayu dalam majlis Mesyuarat Negeri, menggalakkan penuntut Melayu
dalam pendidikan tinggi, memelihara perpaduan sesama mereka dan menjaga tata
tertib, agama, masyarakat dan adat. Persatuan negeri-negeri Melayu yang bergerak
demi untuk memperjuangkan nasib orang Melayu terpaksa bergerak dengan berhatihati. Namun mereka dapat juga mencapai matlamat untuk membentuk perpaduan
Melayu. Buat pertama kali pada 6 Ogos 1939 atas daya usaha Persatuan Melayu
Selangor, sebuah Kongres Melayu Malaya telah diadakan. Setiap persatuan diminta
untuk menghantar wakil. Setiausaha Kehormat, kongres telah membuat persediaan
untuk mengadakan satu kongres lain. Kongres kali kedua diadakan pada Disember
1940 dan ketiga pad 1941 di Ipoh. Akibat serangan dan pendudukan Jepun, pada
tahun 1941 kongres ini terpaksa dibatalkan.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

117

Berasaskan kepada perkembangan yang ada pada tahun 1930an telah


memperlihatkan satu perubahan kepada orang Melayu. Yang paling penting ialah
kemampuan orang Melayu untuk berorganisasi secara lebih teratur. Walaupun
kegiatannya kurang mendapat kejayaan namun gerakan persatuan ini dapat
dijadikan sebagai platform untuk mengasaskan satu pertubuhan yang lebih kuat.
Seperti yang pernah disuarakan oleh Dato Onn bahawa, Melayu sebagai satu
bangsa, belum hilang. Dengan persatuan politik kita dapat merampas hak-hak kita.
Keadaan ini terbukti pada tahun 1940an apabila gerakan anti-Malaya Union
mendapat sokongan hebat. Namun ciri kepimpinan Melayu masih lagi bergantung
kepada peranan orang atasan. Walau bagaimanapun, kedudukan mereka masih
dapat berfungsi untuk menyatukan perpaduan masyarakat demi kemajuan
masyarakat pribumi Melayu dan lain-lain.
Walau bagaimanapun suasana tahun 1930an dalam sejarah keresahan sosial
di Malaysia di kalangan orang Melayu dan pribumi ia telah memperlihatkan berbagai
kegiatan yang bergantung kepada faktor dalam dan luar. Pertubuhan yang bercorak
kenegerian masih dikuasai oleh elit tradisional. Pertubuhan yang boleh disifatkan
sebagai bercorak nasional hanyalah yang berkecimpung dalam kegiatan sastera
melalui pertubuhan persatuan sahabat Pena. Persatuan ini adalah sebuah
persatuan yang melibatkan kepentingan penulis dan wartawan seluruh
Semenanjung. Cogan kata mereka ialah hidup bahasa, hidup bangsa. Sementara itu
sebuah pertubuhan yang dianggap sebagai radikal turut ditubuhkan, iaitu Kesatuan
Melayu Muda pada tahun 1937. Persatuan ini secara terang-terang menentang
penjajahan Inggeris dan mengkritik raja-raja Melayu secara terbuka kerana mereka
dianggap sebagai golongan yang takutkan kolonial. Persatuan ini juga turut
menggunakan akhbar, misalnya Warta Malaya sebagai saluran forum politiknya.

Keresahan sosial di kalangan masyarakat Cina


Perbincangan tentang keresahan sosial di kalangan masyarakat Cina di Malaysia
pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua adalah lebih mudah difahami. Pertama,
kegiatan mereka tidak bersifat lokal tetapi adalah tertumpu ke negara asal mereka
yakni tanah besar China. Kedua, identiti kecinaan sentiasa dipelihara melalui
kegiatan pendidikan Cina, budaya, bahasa dan gaya hidup Cina. Ketiga, mereka
hidup dalam lengkongan kawasan yang sama, yakni kawasan petempatan yang
telahpun ditetapkan dan terarah melalui wawasan pentadbiran dan dasar kolonial.
Keadaan yang sama juga turut berlaku di kalangan orang India. Fenomena sejarah
ini menyebabkan bentuk masyarakat yang ada adalah bersifat berbagai kaum
semakin menonjol. Hubungan antara kaum kurang menyerlah kerana pada setiap
petempatan seolah-olah seperti cukup untuk menampung keperluan masing-masing.
Keadaan ini menggalakkan kehidupan yang berteraskan kepada identiti asal.
Semakin lama suasana seperti ini semakin kukuh dan setiap kaum semakin selesa
dengan keadaan yang ada. Faktor inilah yang memberi ruang kepada penerusan
kegiatan hidup seharian sama ada yang bersifat ekonomi, sosial atau politik.
Masyarakat imigran dan keturunannya terus tidak faham dengan hasrat dan falsafah
pribumi lokal yang lazimnya berteraskan hidup mereka berpandukan kepada `di
mana bumi dipijak di situ langit dijunjung dan masuk kandang kambing mengembik

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

118

dan masuk kandang kerbau menguak. Suasana keresahan sosial dan politik pula
menjelang Perang Dunia Kedua mencerminkan bentuk masyarakat yang wujud.
Bentuk masyarakat inilah yang terus dibiarkan berkembang subur oleh kolonial. Ciriciri perbezaan dan kerenggangan antara kaum bertambah jelas dan lebar. Atas
dasar inilah menyebabkan pada era menjelang Perang Dunia Kedua, dikatakan
suatu bentuk nasionalisma Malaysia yang membabitkan semua kaum atas
kesedaran bangsa dan negara masih belum ada, kecuali pada perjuangan pribumi
lokal Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang mula anti-imperialis, kolonial dan
British. Tetapi di kalangan bangsa imigran masih menoleh dan memandang ke arah
negeri asal mereka di China dan India.
Gerakan orang Cina memang mempunyai pertalian rapat dengan keadaan
yang berlaku di negeri China. Sejak akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, gerakan
di negeri China sangat mempengaruhi orang Cina seberang laut, termasuklah yang
berada di Malaysia. Lawatan pemimpin China, khusus San Yat Sen ke Semenanjung
Tanah Melayu memberikan ilham baru sehingga memunculkan pertubuhan baru
yang merupakan cawangan dari pertubuhan besar di China. Misalnya pertubuhan
persatuan buku dan akhbar yang kononnya untuk membasmi buta huruf sedangkan
realitinya adalah untuk menggulingkan kerajaan Mancu di China. Peranan saudagar
Cina di Malaysia sangat besar dalam usaha ini khasnya melalui pakatan bantuan
kewangan. Revolusi 1911 yang mencapai kejayaan telah menyebabkan cawangan
Kuomintang ditubuhkan pada tahun 1912 di di Singapura dan beberapa buah
cawangannya di bandar-bandar besar Semenanjung. Akibat dari pembentukan
cawangan Kuomintang di peringkat lokal yang tanpa memperdulikan sensitiviti
perasaan masyarakat pribumi lokal menyebabkan semakin bertambah renggangnya
hubungan antara kaum lokal dan imigran China. Tambahan pula tujuan utama
cawangan Kuomintang didirikan adalah:
Pertama, untuk memupuk perasaan nasional pada orang Cina seberang laut
serta sikap terhadap negara asal China yang perlu diberi
keutamaan.
Kedua, menggalakkan sistem pendidikan Cina yang berasaskan kepada
sistem yang terdapat di negeri China.
Dari kegiatan Kuomintang di Semenanjung Tanah Melayu didapati pertubuhan ini
semakin mempengaruhi masyarakat migran Cina agar anti imperialis dan kolonial.
Sekiranya sebelum tahun 1911 sikap ini ditujukan kepada dinasti Manchu, tetapi
selepas kemenangan Revolusi 1911, sikap itu mula ditujukan pula pada orang Barat
sedangkan British adalah salah sebuah kuasa Barat yang mempunyai kepentingan
di negeri China dan juga salah sebuah kuasa kolonial yang menguasai sebahagian
kecil wilayah China. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya ramai orang Cina di Malaysia
mula berjumpaan rasa dendam dan bersikap anti British. Fenomena ini
menyebabkan hubungan antara anggota Kuomintang dan British semakin
bertambah buruk.
Hubungan yang buruk dengan pihak Inggeris ditambah pula dengan peranan
kongsi gelap. Pertalian yang rapat antara ahli Komintang dan pihak kongsi gelap
menang sudah lama. Sejak bermulanya gerakan menentang Wangsa Manchu pada
abad ke-19, Kongsi gelap adalah sangat aktif sebagai pertubuhan rahsia di China

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

119

yang ditubuhkan khas untuk menggulingkan Manchu. Ramai antara ahli-ahlinya


yang lari berhijrah ke beberapa negara di Asia Tenggara seperti Vietnam, Malaysia,
Indonesia dan Filipina. Kongsi gelap ini mempunyai banyak kumpulan. Antaranya
ialah seperti San Ho Hui (Persatuan tiga unsur bersatu iaitu syurga, bumi dan
manusia), San Tien Hui (Persatuan Tiga Titek); Tien Ti Hui (Persatuan Syurga dan
Bumi); Hung Men (Pintu Hung); Hung Chia (Keluarga Hung) dan Hung Pang
(Kumpulan Hung atau Angkatan Merah). Tiga nama yang akhir adalah persatuanpersatuan yang mempunyai pertalian dengan dinasti Ming. Ahli-ahlinya
menggelarkan diri mereka sebagai anak-anak lelaki Hung. Kedatangan mereka di
negeri-negeri lain di Asia Tenggara telah menimbulkan masalah kepada pihak
kolonial di negara-negara tersebut. Menurut kajian H.A. Giles dalam karyanya
Freemasonry in China (Amory, 1880), hlm. 27, menyatakan bahawa selepas
pemberontakan Taiping kemungkinan pusat kegiatan utama Kongsi Gelap Cina
adalah terletak di seberang laut. Kenyataan ini disokong pula oleh Maurice
Freedman yang menyatakan bahawa Singapura adalah tempat pertemuan dan buat
keputusan oleh kongsi gelap. Di Malaysia dan Singapura, Kumpulan Tien Ti Hoey
adalah kongsi gelap yang terbesar dengan jumlah ahli pada sekitar tahun 1840an
sudah mencapai kira-kira 10,000 orang ahli. Antara tahun 1909 hingga 1911
dilaporkan adanya kegiatan rompakan di Melaka yang hasil rompakan ini dihantar ke
China untuk membantu kegiatan revolusi. Ini menunjukkan bahawa kegiatan
revolusioner Cina adalah bekerjasama dan rapat dengan pihak kumpulan kongsi
gelap. Hakikat sejarah inilah yang menimbulkan masalah kepada pihak kolonial dan
masyarakat lokal.
Tahun 1920an dan 1930an merupakan zaman yang lebih bertambah
kompleks dalam kegiatan sosial dan politik Cina di Semenanjung. Kemunculan satu
lagi kumpulan baru iaitu komunis mulai bersaing dengan Kuomintang. Pihak
Kuomintang adalah kumpulan yang cuba mempertahankan tradisi dan kapitalis.
Manakala komunis pula dalam segala tindakan dan perjuangannya ternyata lebih
gigih dan radikal. Malahan mereka percaya bahawa golongan elit tradisional dan
konservatif harus dihapuskan dan diganti dengan pucuk pimpinan yang baru.
Kumpulan kongsi gelap didapati memihak kepada Kuomintang. Pemusuhan antara
komunis dan Kuomintang untuk menyebarkan pengaruh masing-masing terus
berlaku sehingga zaman perang China Jepun. Keadaan ini telah mengakibatkan
berlakunya kekecewaan yang melibatkan orang-orang komunis dan Kuomintang.
Secara umumnya orang-orang Cina di Malaysia pada zaman tersebut turut
dipengaruhi oleh pergolakan sosial dan politik yang berlaku di negeri China.
Walaupun mereka mempunyai kepentingan ekonomi di sini tetapi sentimen mereka
adalah tetap pada negeri China. Hubungan dengan orang Melayu dan pribumi lain
adalah tidak penting. Dari suasana inilah semakin berkembangnya pengertian
pribahasa Melayu `kenal-kenal Cina. Sementara itu di kalangan orang Cina
peranakan yang terdapat di negeri-negeri Selat, pihak British tidak perlu bimbang
kerana mereka memang menaruh taat setia yang tidak berbelah bagi kepada British.
Ini dapat dijelaskan dalam akhbar keluaran mereka tentang sokongan padu mereka
terhadap kolonial Inggeris. Malahan antara tujuan penubuhan Persatuan Peranakan
Cina negeri Selat adalah untuk menyatakan sokongan penuh terhadap
pemerintahan Inggeris. Sikap orang Cina totok terhadap British di Tanah Melayu
turut mencorakkan dasar kolonial terhadap mereka. Kemunculan golongan sayap kiri
yang dipelopori oleh gerakan komunis, khususnya suku Hainan, menyebabkan
Inggeris terpaksa menggubal undang-undang dan peraturan tertentu untuk

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

120

mengawal gerak geri dan kegiatan orang Cina, terutama anasir anasir komunis yang
ditolak oleh kebanyakan penduduk Semenanjung. Unsur pembahagian di kalangan
orang Cina ternyata menjadi faktor penting untuk menghalang perkembangan
komunisma di sini. Golongan saudagar dan peniaga tidak minat dan cenderung
terhadap ideologi baru ini. Golongan ini juga yang kemudiannya pada lewat empat
puluhan dan lima puluhan didekati oleh British untuk berkonfromi dengan British
untuk membentuk sebuah organisasi bersifat politik yang dapat meyakinkan
Inggeris untuk menjaga kepentingannya di sini.
Keresahan sosial Orang India
Masyarakat India juga tidak dapat lari dari pengaruh negara asal mereka. Segala
perkembangan yang berlaku di India adalah sentiasa mendapat perhatian orang
India di sini. Era sehingga menjelang Perang Dunia Kedua telah membuktikan realiti
yang memberi hakikat sejarah bagaimana setiap fenomena yang berlaku di India
mempunyai kesan dan pengaruh yang cukup kuat di Malaysia. Salah satu peristiwa
politik yang berlaku ialah pada tahun 1913. Sebelum Perang Dunia Pertama ada
sebuah gerakan yang berkursus gerakan Ghandi. Gerakan ini muncul adalah
dipelopori oleh orang Sikh yang pernah diasaskan di Washington, Amerika Syarikat.
Ramai orang Sikh yang tinggal di negeri Kedah dan Perlis turut terlibat.
Pada tahun 1915 pula satu lagi peristiwa berlaku yang melibatkan pada
orang-orang Islam India, khasnya di kalangan briged regimen infantri kelima yang
telah memberontak di Singapura. Dahagi di Singapura
dilaporkan sebagai
menyahut seruan Mohamad dan Shaukat Ali yang memimpin gerakan khalifah
selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniah Turki. Gerakan khalifah ini bukan sahaja
disokong oleh pedagang India Islam lokal bahkan di seluruh Nusantara. Sehingga
awal tahun 1920an gerakan ini masih aktif di kalangan pedagang Islam India
sehingga dapat mempengaruhi kegiatan nasionalisma India yang menggunakan
strategi pendekatan tidak bekerjasama dengan kolonial. Gerakan ini dianjurkan oleh
Gandhi. Pada tahun 1923 pula apabila berlaku perselisihan faham antara orang
Hindu dan Islam di sana maka hubungan di antara dua kumpulan ini di Malaysia
juga turut terjejas. Dalam masa yang sama juga di Semenanjung turut berlaku pula
gerakan Gandhi yang dianjurkan oleh orang Sikh.
Faktor hubungan sosial yang berdasarkan kepada kelas turut menjejaskan
banyak masalah di kalangan orang India. Malahan pada hakikatnya orang Tamil
Hindu agak lewat untuk respon terhadap beberapa gerakan politik. Keadaan yang
wujud di India, seperti peranan kaum Brahmin yang sukar untuk bercampur dengan
kasta yang lebih baik. Keadaan seperti inilah yang mengakibatkan gerakan islah
yang dikenali sebagai Adi Dravidar yang turut muncul di Malaysia.
Kehidupan sosial orang India yang sentiasa diselubungi masalah telah
memberi kesedaran di kalangan mereka untuk memperjuangkan taraf hidup. Namun
gerakan mereka masih di tahap yang kecil kerana tidak adanya sikap bekerjasama
antara mereka. Faktor pembahagi di kalangan orang India cukup banyak. Ia bermula
dengan faktor pembahagian suku, bahasa, agama, pendidikan dan hidup yang
terbiar. Walaupun ada golongan yang tidak berada dan kaya raya, tetapi antara
mereka tidak ada yang muncul untuk memperjuangkan taraf hidup. Walau

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

121

bagaimanapun mulai tahun 1920an bila kesedaran politik mula merebak di seluruh
India, maka timbul faktor baru yang boleh menyatukan orang India. Akhbar-akhbar
India ternyata turut berperanan untuk meniupkan semangat keindiaan. Sebelum
tahun 1932, terbitan akhbar Tamil hanya seminggu sekali sahaja tetapi cukup
berkesan untuk memberi kesedaran tentang keadaan dan perkembangan politik di
India. Apabila akhbar Tamil mula diterbitkan pada setiap hari, barulah ada tanda
perubahan. Misalnya ada wartawan dari India yang pernah menjadi ahli politik
datang ke Malaysia untuk mendekati dan membela nasib pekerja estet dan
kehidupan mereka yang sentiasa tertindas dan tidak terbela. Perkembangan ini
sangat berkesan pada orang India tempatan.
Dekad kedua pada abad ke-20 dalam Sejarah Malaysia boleh disifatkan
mempunyai berbagai perkembangan kejadian yang menarik. Sekiranya orang
Melayu pada dekad ini memperlihatkan tentang perkembangan yang menggalakkan
dari segi keresahan sosial dan orang Cina pula yang semakin membimbangkan
pihak kolonial kerana kegiatan anarki dan politiknya, manakala orang India pula
walaupun umumnya mempunyai sikap yang sama seperti migran Cina, namun
terdapat sebahagian dari kalangan orang India yang bersikap agak terbuka. Mereka
ini khususnya yang berpendidikan Inggeris dan menerima sebahagian besar nilainilai kehidupan Barat. Kesetiaan pada kolonial Inggeris adalah sangat mendalam.
Kebanyakan golongan ini adalah dari kalangan kakitangan kerajaan. Dari kalangan
mereka juga dilantik oleh Inggeris untuk menjadi wakil dalam majlis mesyuarat
negeri. Golongan yang merasakan dilayan dengan baik oleh pihak kolonial ini mula
membezakan diri mereka dengan imigran India. Mereka menyifatkan dirinya sebagai
orang India Semenanjung yang perlu dibezakan dengan orang Tamil dari India.
Walau bagaimanapun golongan ini tidak dapat menyekat kemasukan berita-berita
politik dari India.
Dari segi berorganisasi di kalangan masyarakat India memang masih
memperlihatkan belum ada tanda-tanda yang positif untuk menubuhkan satu
pertubuhan yang merangkumi semua golongan. Hingga menjelang tahun 1930
perpecahan di kalangan orang India masih nyata. Percubaan untuk mengadakan
suatu kongres pernah dilakukan pada tahun 1928 untuk membincangkan tentang
taraf hidup kaum buruh. Pada selepas pertengahan dekad ketiga, baharulah ada
sebuah pertubuhan yang agak konkrit yang menggunakan nama Central Indian
Association of Malaya (C.I.A.M). Persatuan yang ditubuhkan pada tahun 1936 ini
adalah dipimpin oleh golongan kelas pertengahan yang sangat jelas matlamatnya
hanya untuk memperjuangkan kehidupan sosial kaum buruh India. Namun oleh
kerana umumnya buruh India bekerja di ladang-ladang milik Syarikat Inggeris, sikap
C.I.A.M turut berubah dalam keadaan tertentu yang seolah-olah ada tanda-tanda
tendensi anti Imperialis dan anti British. Perubahan sikap ini kemungkinannya adalah
atas dasar simpati pada nasib masyarakat ladang dan juga kerana terpengaruh oleh
ucapan Nehru yang melawat kawasan estet pada tahun 1938. Nehru telah
membidas penduduk tempatan India yang dikatakan tidak memperdulikan
perkembangan dan situasi politik di India. Walau bagaimanapun dari kalangan
pemimpin yang berpendidikan Inggeris telah mengambil sikap yang neutral. Pada
tahun yang sama, Yang di Pertua C.I.A.M terus terang menyatakan bahawa politik di
Malaya dan India adalah berbeza dan C.I.A.M. tidak akan terlibat dengan situasi
politik di India. Pada masa itu keadaan di India memang sedang ghairah wabak
gerakan anti-British.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

122

Dari beberapa perkembangan yang berlaku sejak awal abad 20 hingga


menjelang Perang Dunia Kedua, keresahan sosial yang ada pada masyarakat
berbagai kaum di Semenanjung Tanah Melayu memang nyata wujud. Setiap kaum
mengalami perkembangan yang tersendiri. Oleh kerana bentuk masyarakat yang
terasing antara satu dengan lain maka ikatan perkauman telah menyebabkan tiada
saluran yang dapat digabungkan untuk membolehkan mereka bergerak sama.
Hanya gerakan dan kegiatan masyarakat bukan Melayu yang sentiasa menimbulkan
kebimbangan orang Melayu sebagai masyarakat pribumi yang dianggap sebagai
tertinggal dalam arus pembangunan kolonial. Kebimbangan orang Melayu semakin
bertambah kuat apabila ada kegiatan dari kalangan orang Cina yang mula berpolitik
dan bertambah kompleks sifatnya. Pada orang Cina, kedudukan Melayu memang
tidak langsung menimbulkan masalah kerana mereka bukan pesaing dalam bidang
ekonomi. Sementelahan pada soal kewarganegaraan masih belum kritis kerana
kesempatan untuk balik ke negeri China masih terbuka luas. Hubungan mereka
dengan orang Inggeris dalam bidang ekonomi memang baik. Begitu juga dengan
orang India. Kegiatan anti British memang tidak dapat diadakan kerana setiap kaum
memang merasai bagaimana jiwa dan minda mereka yang tertekan akibat dasar
dan politik penjajahan Eropah. Perselisihan antara kaum nampak semakin jelas
hanya di kalangan mereka yang berpendidikan, khasnya di kalangan yang
pendidikan Inggeris. Masyarakat peranakan Cina memang rapat dengan Inggeris.
Ramai saudagar peranakan yang berpeluang mendapat perhatian dari pemerintah.
Anak-anak mereka juga berpelajaran tinggi. Sama seperti orang India yang
berpendidikan Inggeris peluang untuk berkhidmat dalam jabatan kerajaan adalah
cukup cerah. Tetapi dasar pro-pribumi British pula menimbulkan rasa bimbang orang
migran. Pergeseran sentiasa hangat dan boleh menimbulkan keadaan yang tegang
kerana dipergunakan oleh akhbar seperti Straits Times, Malay Mail dan juga
akhbar-akhbar Melayu. Polimik atas isu ekonomi, pendidikan dan politik berterusan
hingga ke dekad 1940an dan 1950an. Keadaan ini mendatangkan kesan keatas
perpaduan masyarakat di peringkat nasional kerana kepada orang Melayu
fenomena ini memberi asas kepada tertubuhnya UMNO untuk melawan Malayan
Union pada tahun 1946. Dalam masa sepuluh tahun sehingga menjelang
kemerdekaan Tanah Melayu, kedudukan perpaduan masyarakat memperlihatkan
ada perubahan yang positif. Perubahan ini berlaku adalah kerana kehendak setiap
kaum yang turut dipantau oleh British untuk mendapat situasi menang dalam
keadaan berkompromi walau ada kaum yang terpaksa berkorban dan terkorban.
Suasana persefahaman yang termetri pada saat kemerdekaan lama kelamaan
merupakan realiti yang harus diterima oleh semua masyarakat. Antara lain
termasuklah mengiktiraf kedudukan pribumi yang merupakan satu realiti sejarah dan
kehidupan. Begitu juga dengan menerima kehadiran generasi imigran yang
dirancang oleh pihak kolonial juga sesuatu hakikat sejarah yang perlu diterima oleh
pribumi. Sehingga tahun 1960an masyarakat Malaysia terus dibina dan membina
untuk dimantapkan dengan mencari satu formula berkesan untuk membina bangsa
Malaysia. Suatu bangsa yang berasaskan kepada kehidupan berbagai kaum untuk
menjadi majmuk, aman, harmoni, berdaya maju, berbudaya dan memiliki tamadun
yang tinggi yang bertradisi Malaysia.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

123

Bacaan Asas

Ahmat

Adam. 1988. Akhbar dan Majalah di Malaysia:


Perkembangannya. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sejarah

dan

Ongkili, J. 1985. Nation Building in Malaysia, 1946-1974. Oxford University Press.


Roff, W.R. 1966. The Origins of Malay Nationalism. Kuala Lumpur: Oxford University
Press.
Oong Hak Ching. 2000. Chinese politics in Malaya 1942-1955: The Dynamics of
British Policy. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sandhu, K.S. 1969. Indians in Malaysia. London: Cambridge University Press.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

124

Soalan Penilaian

1.

Huraikan faktor-faktor kebangkitan masyarakat Melayu dalam gerakan sosial


dan politik di Semenanjung, Sabah dan Sarawak hingga awal tahun 1950an.

2.

Bincangkan perkembangan gerakan sayap kanan dan kiri di kalangan orang


Cina di Malaysia sejak abad ke-19 hingga menjelang kemerdekaan Malaysia
pada tahun 1957.

3.

Setujukah pada pendapat anda sekiranya dikatakan di kalangan kaum India


di Semenanjung Tanah Melayu pada zaman kolonial kurang berpolitik?

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

125

BAB 10

KESIMPULAN

Pada hakikatnya masyarakat Malaysia sejak abad ke-15 hingga ke abad ke-20 telah
melalui pelbagai perkembangan. Perkembangan ini adalah merangkumi berbagai
aspek dan bidang kehidupan, sama ada dari sudut sosial, ekonomi maupun politik.
Zaman sebelum kedatangan penjajah Barat yang kebanyakan para sarjana Sejarah
lazimnya menyebut sebagai zaman tradisional kedudukan masyarakat pribumi
memang sudah mantap dengan sistem, struktur dan organisasi masyarakatnya
sendiri. Mereka sudahpun mencapai tahap tamadun yang tinggi. Malah mereka
sebenarnya sudah menghasilkan teknologi yang disesuaikan dengan keadaan alam
sekitar, cuaca dan keperluan kehidupan harian mereka. Ini dapat dilihat dari
kemampuan mereka dalam bidang pertukangan dan ukiran, membina rumah, istana
dan kapal, mencipta dan menghasilkan ubat-ubatan untuk penyakit tertentu di
samping berbagai jenis kaedah menjaga kesihatan, membina sistem falsafah
kehidupan yang menjadi panduan hidup individu, keluarga dan masyarakat, khasnya
melalui sistem rasa untuk membina nilai normal yang tinggi dan halus. Secara
keseluruhannya menunjukkan bahawa niat dan matlamat kedatangan penjajah Barat
yang dikatakan untuk membawa perubahan baru dalam kehidupan mereka adalah
suatu alasan yang memang tidak munasabah. Niat mereka adalah buruk, iaitu untuk
menjajah negeri, ekonomi dan pemikiran masyarakat pribumi dan buruk pribumi
untuk semata-mata menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah tempat pasaran
barang buatan mereka dan agar penduduk Malaysia akan terus bergantung
hidupnya kepada mereka.
Percubaan Barat untuk menguasai Semenanjung Tanah Melayu telahpun
bermula sejak abad ke-16. Walaupun hanya bertumpu di Melaka dan Selat Melaka,
kehadiran mereka kemudian silih berganti dari satu kuasa Barat ke satu kuasa yang
lain. Kedudukan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak adalah
merupakan pintu gerbang ke Laut China. Kekayaan hasil bumi Malaysia memang
tidak dapat dinafikan. Namun kehadiran British sejak akhir abad ke-18 di Pulau
Pinang dan kemudian diikuti oleh Singapura pada awal abad 19 telah menukar
beberapa corak dan aspek kehidupan masyarakat Malaysia. Suatu perkara yang
perlu direnung dan dipelajari dari Sejarah Malaysia di sini ialah bagaimana akibat
kedatangan British telah menyebabkan alasan perpaduan masyarakat yang
diamalkan oleh masyarakat pribumi dihancurkan oleh pihak pentadbiran British.
Sejak zaman Melaka, pihak pemerintahnya memang mempunyai sistem dan cara
pentadbiran yang cemerlang. Dari sudut perpaduan dan hubungan kaum, konsep

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

126

kejiranan dan perkampungan telah diwujudkan di kawasan bandar. Walaupun di


bandar Pelabuhan Melaka mempunyai pelbagai bahasa, namun hubungan
antarabangsa adalah menggunakan bahasa Melayu iaitu bahasa yang digunakan di
seluruh Nusantara. Akibat dari cara penyusunan masyarakat pedagang melalui
sistem petempatan yang berbentuk kampung di kawasan kota, membolehkan
suasana kehidupan berjalan lancar. Dari maklumat Sejarah Melayu walaupun
terdapat persaingan antara golongan pedagang dalam kegiatan perniagaan mereka,
namun tidak pernah terjadi kejadian rusuhan yang melibatkan perkauman. Dalam
Kota Melaka dan sekitarnya pentadbiran negeri telah menganugerahkan kawasan
petempatan kepada pedagang tertentu yang aktif dalam membekalkan barang
dagangan di Melaka dan melalui Melaka. Antaranya yang cukup terkenal dan
sentiasa tercatat dalam sejarah ialah seperti Kampung Jawa, Kampung Cina dan
Kampung Keling. Beberapa buah kampung ini kemudian ada yang musnah selepas
kedatangan Portugis dan Belanda kerana dimusnahkan oleh Melaka. Kedatangan
Portugis adalah sebagai satu petanda kemusnahan era kegemilangan tamadun
Melayu di perairan Selat Melaka.
Kedatangan Inggerislah yang tambah merosakkan sistem perpaduan yang
pernah diamalkan oleh Raja-raja Melayu. British benar-benar telah mengeksploit
ketinggian darjah toleransi Melayu dengan memperkukuhkan dasar migrasi untuk
membawa masuk masyarakat imigran asing bagi kepentingan ekonomi kapitalis
Eropah. Dengan kehadiran maysarakat migran ini yang diasingkan dari petempatan
Melayu di samping mewujudkan kawasan petempatan mereka membolehkan
hubungan antara pihak British dan orang imigran asing menjadi rapat. Kehilangan
kuasa politik dan ekonomi Melayu telah turut dieksploit oleh masyarakat imigran
untuk membolehkan mereka terus bertambah rapat dengan pihak Barat. Keadaan ini
mengakibatkan pelbagai kesan, keadaan, situasi dan suasana sosial masyarakat
Malaysia dalam dekad-dekad sejak abad ke-19 hingga kini.
Walaupun sebelum kedatangan British hubungan orang Melayu dan bukan
Melayu hanya pada peringkat tertentu. Namun sistem kepimpinan bukan Melayu
masih membolehkan mereka bergantung kepada orang Melayu khususnya di
peringkat atasan. Golongan pemerintah di peringkat pembesar daerah dan penghulu
yang berkuasa dari segi pungutan cukai menyebabkan masyarakat imigran terpaksa
bersemuka dengan orang Melayu secara formal. Begitu juga hubungan pembesar
dan raja-raja Melayu dengan orang bukan Melayu di negeri-negeri yang lebih awal
dikuasai British iaitu negeri Selat yang kebanyakannya dari kalangan orang Cina.
Tetapi hubungan tersebut turut berubah selepas pentadbiran negeri Melayu berubah.
Salah satu halangan yang memberi kesan kepada hubungan masyarakat
ialah dari segi pembentukan petempatan baru di kawasan yang berasingan yang
kemudian berkembang dan bersaing mengikut acuan yang berbeza menjadi bandar
pentadbiran dan perdagangan. Pada setiap petempatan baru yang berasaskan
kawasan perlombongan dan pelabuhan tradisional telah didatangi, diduduki dan
dimonopoli oleh kumpulan imigran dari China dan India. Perubahan yang wujud dari
segi lanskap ini adalah suatu perubahan fizikal yang cukup jelas sejak kedatangan
Inggeris di beberapa buah negeri-negeri Melayu. Dalam masa yang sama juga
perkembangan penduduk bandar mulai memperlihatkan suatu yang asing kerana
penduduknya adalah terdiri dari bangsa asing yang mengenalkan sistem dan cara
kehidupan yang sangat asing berbeza dengan cara kehidupan orang tempatan. Ciri

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

127

dan pola bandar yang terbentuk dari kawasan perlombongan kemudian merebak
kepada bandar yang muncul di kawasan bukan berasaskan kawasan lombong.
Misalnya di Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu.
Oleh kerana British melaksanakan dasar pecah dan perintah, maka secara
tidak langsung konsep petempatan kampung di kalangan orang Melayu dengan
sistem ekonomi sara dirinya adalah dianggap sebagai satu faktor besar yang boleh
memberi keuntungan kepada status quo pemerintahan dan penjajahannya. Malahan
untuk merealisasikan keuntungan ini, British secara bijak telah mengeksploit
kemantapan budaya, minda dan toleransi
Melayu dengan memperkenalkan
pelbagai insentif untuk menggalakkan perubahan lanskap melalui penerokaan
kawasan kampung lebih banyak. Walaupun mereka diberi tanah kebun dan sedikit
bantuan namun konsep ekonomi mereka tidak diubah. Malah fungsi ekonomi
mereka juga berterusan sebagai golongan pembekal makanan kepada penduduk
bandar. Mereka tidak diberi dorongan untuk menukar sikap dan cara hidup
tradisional. Begitu juga dengan dasar menggalakkan peneroka dari kalangan
perantau Melayu dari Kepulauan Melayu yang matlamat utama Inggeris hanyalah
untuk membolehkan mereka berperanan membuka lebih banyak kawasan
perkampungan kerana kebolehan mereka sebagai petani yang rajin dan dapat
membekalkan buruh di kawasan ladang. Segelintir dari kumpulan ini berkesempatan
aktif dalam perniagaan kecil-kecilan tetapi majoritinya adalah dari terus golongan
petani atau pekebun kecil yang menetap di kampung dan bergantung kepada
pertanian sara diri. Walaupun umumnya mereka yang datang dari Indonesia terlepas
dari mulut buaya, tetapi apabila tiba di tanah tersebut Semenanjung atau tempat lain
mereka terperangkap pula dalam kandang yang baru. Persatuan Melayu Selangor
pernah menyifatkan tentang kedudukan orang Melayu ini umpama meragut rumput
di kandang kambing, sedang orang imigran menangguk keuntungan. Seorang
penulis Barat iaitu Graham Sauders menyatakan bahawa `British tidak mencipta
masyarakat majmuk tetapi telah mengekalkannya. Pandangan Saunders ada
benarnya dari segi penggunaan istilah majmuk. Memang belum pernah berlaku
suasana majmuk (bercampur gaul dengan bebas) antara masyarakat Melayu dan
imigran. Tetapi sekiranya istilah masyarakat berbagai kaum atau bangsa, keadaan
dan bentuk yang muncul pada zaman kolonial adalah satu kenyataan. Dasar British
terhadap orang Melayu juga adalah kerana semata-mata berkaitan dengan dasar
untuk mengimbangi cara mereka mengembangkan dasar perluasannya di
Semenanjung Tanah Melayu. Strategi yang digunakan Inggeris ialah untuk
menguasai dan menawan minda raja-raja Melayu yang perlu bermula dengan
mengiktiraf kedudukan adat istiadat Melayu dan agama Islam yang tidak boleh
disentuh British, kecuali raja-raja Melayu. Dengan cara ini budaya dan cara
pemikiran Melayu dapat dikekalkan. Sebagai bangsa yang sangat toleran, sensitif
terhadap tanah airnya, kawasan petempatan tradisional, corak dan gaya hidup
mereka juga perlu dipertahankan. Ini bermakna selagi mereka taat dan setia pada
raja selagi itulah British merasa selamat. Para pentadbir British merasakan
perlindungan terhadap orang Melayu perlu diberi bukan sahaja dari segi tanah dan
perkampungannya yang dilaksanakan melalui Undang-undang Tanah Simpanan
Melayu tahun 1913, malahan dari segi pendidikan dan jawatan pentadbiran awam di
peringkat pegawai pentadbir. Walaupun keutamaan dalam bidang ini yang diberi
keistimewaan adalah anak-anak golongan bangsawan yang dipupuk untuk menjadi
kakitangan dan tenaga kerajaan melalui sistem `Yang Menurut Perintah. Mereka

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

128

juga turut diberi peluang terlibat secara tidak langsung dalam kegiatan persatuanpersatuan negeri Melayu.
Kedudukan masyarakat pribumi dari segi kehidupan pada zaman kolonial di
Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak antara berbagai kaum dan etnik
memang sangat berbeza-beza. Penduduk bandar yang majoritinya kaum Cina
mendapat semua kemudahan asas infrastruktur sama ada dalam bidang
pengangkutan, komunikasi, pendidikan, teknologi baru dan berbagai corak bentuk
kehidupan baru dan moden yang berasal dari barat. Ini bermakna gaya hidup turut
berubah dengan mengikuti dan meniru sistem nilai Barat. Mereka menikmati banyak
peluang dan kemudahan. Dengan ini juga menyebabkan masyarakat ini lebih
bernasib baik dan beruntung dari masyarakat yang tinggal di kampung dan estet.
Kawasan perkampungan dan ladang memang kurang diberi pendedahan.
Penduduknya adalah dibiarkan meneruskan kehidupan sendiri dalam bidang
pertanian, menangkap ikan dan menjadi tenaga pekerja di ladang. Peluang untuk
merubah diri dan keluarga tidak pernah dirancang oleh Inggeris kecuali sedikit
bantuan di bidang pertanian, iaitu bentuk latihan untuk mengekalkan orang Melayu
sebagai golongan tani atau nelayan. Manakala orang India hampir tiada prospek di
ladang. Namun ada juga antara mereka yang berkesempatan bekerja di jabatan
kerajaan seperti di Jabatan Keretapi, Kesihatan dan pelabuhan. Segelintir dari suku
Chettiar yang menjadi peminjam wang memang menangguk di air keruh kerana
peranan golongan inilah yang menyebabkan ramai orang Melayu terjadi tanah
mereka akibat meminjam wang dari mereka. Begitu juga dari segi pendidikan orang
Melayu turut tercicir kerana matlamat British hanyalah untuk membolehkan mereka
menulis, mengira dan membaca dan untuk menjadi lebih baik sedikit dari taraf ibu
bapanya.
Keadaan masyarakat yang berasingan ini bertambah jelas pada tahun-tahun
1920an dan 1930an, malahan hingga tahun 1950an. Tetapi British merasakan
keadaan berbilang kaum dan berasingan ini semakin memudahkan mereka
menjalankan pentadbiran. Sementelahan pada British telah melantik wakil-wakil
mereka dalam majlis mesyuarat negeri untuk menyuarakan kepentingan masyarakat
masing-masing. Peningkatan dan kemajuan penduduk memang jelas perbezaan
yang dicapai antara ketiga-tiga masyarakat di bandar, kampung dan ladang. Faktor
pendidikan dan sekolah boleh mengurangkan rasa perkauman, tetapi prasangka
antara masyarakat dan kedudukan ugama Kristian menjadi faktor penghalang
kepada fungsi pendidikan sebagai penggalak perpaduan. Dilema sistem
kepercayaan dan agama berbeza, agama, berlainan bahasa, budaya dan adat
menyebabkan setiap kaum cuba mengekalkan sistem pendidikannya tersendiri.
Corak pendidikan ini terus berkembang sehingga kini. Tahun-tahun 1920an hingga
1950an memperlihatkan sejarah perkembangan sosial dan politik yang jelas
berdasarkan kepada perkauman. Setiap kaum adalah aktif dengan aspirasi kaum
masing-masing. Masyarakat imigran terus berikat dengan negeri asal mereka
terutamanya orang Cina dan India totok. Kecuali kaum Cina peranakan dan India
peranakan yang hilang sebahagian besar dari budaya tradisinya hanya orang
Melayu dan pribumi lain di Sabah dan Sarawak yang punya rasa patriotik terhadap
negara mereka sendiri. Mereka punya pengalaman dalam kegiatan anti-penjajah
sejak penjajah Barat cuba menjajah negeri masing-masing. Perasaan ini berterusan

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

129

kekal tersimpan dalam minda dan jiwa masing-masing sehingga pada dekad-dekad
lima puluhan pada abad ke-20.
Akibat Perang Dunia Kedua, dengan kedatangan Jepun sebagai penjajah
Asia sebenarnya turut memberi kesan ke atas fahaman dan kesedaran masyarakat
Malaysia untuk bersatu menentang imperialisme. Kekalahan British oleh Jepun
dapat memberi ilham dan kesedaran tentang kekuatan orang Asia. Pelajaran dan
pengalaman kaum asing pada zaman Jepun sekurang-kurangnya telah mengajar
mereka menjadi dewasa dari segi kepentingan bersama dan juga di samping faktor
syarat yang dicadangkan oleh Inggeris tentang kepentingan kerjasama dan
bertoleransi. Maka di sinilah sekali lagi orang Melayu sebagai pribumi terpaksa
berkorban melalui budaya toleransi mereka dengan menerima bangsa asing untuk
menetap
sebagai warganegara di Malaysia. Syarat yang diberi oleh Inggeris
memang berat, tetapi penerimaan orang Melayu sebagai pribumi memang perlu
dihormati kerana peristiwa yang berlaku ada kaitannya dengan peribahasa lokal
yang berbunyi ` jangan jadi seperti kacang lupakan kulit. Apatah lagi harapan `di
mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung adalah sesuatu yang sangat diharapkan
oleh masyarakat pribumi yang sudah terlalu banyak berkorban agar difahami oleh
masyarakat bukan pribumi. Semua fenomena ini adalah sebenarnya hakikat sejarah
yang sewajarnya disedari oleh setiap warganegara Malaysia generasi hari ini dan
akan datang. Apa yang penting ialah kesanggupan kaum di Malaysia untuk
berkorban mengikut keperluan yang sepatutnya berpandukan hakikat sejarah.
Mencapai kejayaan memang tidak mungkin tanpa pengorbanan. Contoh
pengorbanan masyarakat pribumi adalah suatu hakikat yang tidak dapat dikikis.
Perubahan masyarakat dan bangsa Malaysia yang baru memang memerlukan lebih
banyak lagi pengorbanan, khususnya dari masyarakat yang lebih berjaya, sama ada
dalam bidang ekonomi ataupun sosial demi Malaysia. Inilah yang diwajarkan
sebagai patriotik.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

130

BIBLIOGRAFI

Akashi, Y. 1970. `Japanese Policy Towards the Malayan Chinese, 1941-45. JSEAS.
1.
Allen, G.C. and Donnithorne. 1957. Western Enterprise in Indonesia and Malaya: A
Study in Economic Development. London.
Allen, J. de. V. 1968. The Elephant and the Mousedeer A New Version: AngloKedah Relations, 1905-1915. JMBRAS. 41(1).
Allen, J.de. V. 1967. The Malayan Union. New Haven.
Amin Sweeney (terj.). 1980. Reputations Live On: An Early Malay Autobiography.
Berkeley and Los Angeles.
Amin Sweeney dan Philips, Nigel. 1975. The Voyages of Mohammad Ibrahim
Munshi. Kuala Lumpur.
Andaya, L.Y. 1975. The Kingdom of Johore 1641-1728. Kuala Lumpur.
Anderson, J. 1824. Political and Commercial Considerations Relative to the Malayan
Peninsular etc. Penang. Diulang cetak (1962). JMBRAS. 35(4).
Arasaratnam, S. 1979. Indians in Malaysia and Singapore. Kuala Lumpur.
Armando A. Cortesao (ed.). 1944. The Suma Oriental of Tome Pires. London: The
Hakluyt Society.
Barlow, C. 1978. The Natural Rubber Industry, Its Development, Technology and
Economy in Malaysia. Kuala Lumpur.
Bastin, J. and Roolvink, R. (eds.). 1964. Malayan and Indonesian Studies. Oxford.
Bedlington, S. 1978. Malaysia and Singapore: The Building of New States. New
York: Ithaca.
Begbie, P.J. 1834. The Malayan Peninsula. Madras. (diulang cetak Kuala Lumpur.
1967).
Bennett, G. 1944. Why Singapore Fell. Sydney.
Birch, W.D.G. (ed.). 1880. The Commentaries of the Great Afonso DAlboquerque.
III, No. LXII. London: The Hakluyt Society.
Bird, I. 1883. The Golden Chersonese and the Way Thither. New York. Diulang
cetak Kuala Lumpur (1967).
Black, B. 1968. The Ending of Brunei Rule in Sabah. JMBRAS. 41(2).
Black, I. 1983. A Gambling Style of Government: the Establishment of Chartered
Company. Rule in Sabah, 1878-1915. Kuala Lumpur.
Brown, C.C. (ed.). 1970. Sejarah Melayu or Malay Annals. Kuala Lumpur: Oxford
Universiti Press.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

131

Burns, P.L. (ed.). 1976. The Journals of J.W.W. Birch. Kuala Lumpur.
Butcher, J. 1979. The British Malaya, 1880-1841: The Social History of a European
Community in Colonial Southeast Asia. Kuala Lumpur.
C.A. Gibson-Hill, The Orang Laut of the Singapore River and the Sampan Panjang,
in, JMBRAS. Vol. 25, 1952.
Chai Hon Chan. 1967. The Development of British Malaya 1896-1909. Kuala
Lumpur.
Chapman, Spencer, F. 1949. The Jungle is Neutral. London.
Chayachoke Chulasiriwangs. 1980. Thai-British Relations Concerning the Southern
Malay States, 1880-1899. Tesis PhD. Ohio University.
Chin Kee Onn. 1946. Malaya Upside Down. Singapore.
Clutterbuck, R. 1967. The Long War: The Emergency in Malaya 1948-1960. London.
Coope, A.E. 1967. The Voyages of Abdullah. Kuala Lumpur.
Courtenay, P.P. 1972. A Geography of Trade and Development in Malaya. London.
Cowan, C.D. 1961. Nineteenth Century Malaya: The Origins of British Political
Control. London.
Crisswell, Colin N. 1978. Raja Charles Brooke. Kuala Lumpur.
Drake, P.J. 1979. The Economic Development of British Malaya to 1914: An Essay
in Historiography with Some Questions for Historians. JSEAS. 10(2): 274.
Earl, G.W. 1837. The Eastern Seas. London. Diulang cetak (Kuala Lumpur, 1971).
Elsbree, W.H. 1953. Japans Role in Southeast Asian Nationalist Movements, 19401945. Mass: Cambridge.
Fr. M.J. Pintado, Translation on Portuguese documents. Kuala Lumpur: Arkib Negara
Malaysia.
Funston, J. 1980. Malay Politics in Malaysia: A Study of UMNO and PAS. Kuala
Lumpur and Singapore.
Graham, W.A. 1907. Kelantan: A State of the Malay Peninsula. Glasgow.
Gullick, J.M. 1985. Indigenous Political Systems of Western Malay States. London.
Hanharan, G.Z. 1954. The Communist Struggle in Malaya. New York.
Harrisson, T. 1959. The World Within. London.
Hervey, D.F.A. (ed.). 1884. Valentyns Account of Malacca in, JSBRAS. Vo. 14.
Hill, R.D. 1977. Rice in Malaya, A Study in Historical Geography. Kuala Lumpur.
Hsu Yun-Tsiao. 1967. Notes on the Relations to Admiral Cheng Hos Expedition, in
JMBRAS. Vol. 40,.
Hugh Low. 1962. Sarawak: Its Inhabitants and Productions. London.
Innes, E. 1885. The Golden Chersonese with the Gilding Off. 2 jilid. London.
Jackson, J.C. 1968. Planters and Speculators: Chinese and European Enterprise in
Malaya, 1786-1921. Kuala Lumpur.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

Jackson, J.C. and Rudner, M. (ed.).


Singapore.

132

1979. Issues in Malaysian Development.

Karl von Vorys. 1975. Democracy without Consensus: Communalism and Political
Stability in Malaysia. Princeton.
Kassim Ahmad (ed.). 1970. Kisah Pelayaran Abdullah (The Story of Abdullahs
Voyages). Kuala Lumpur.
Khoo Kay Kim. 1974. Malay Society, 1874-1920s. JSEAS. 5(2).
Klein, I. 1968. British Expansion in Malaya, 1897-1902. JSEAH. 9(1).
Lebra, J. (ed.). 1975. Japans Greater East Asia Co-Prosperity Sphere in World War
II: Selected Readings and Documents. Kuala Lumpur.
Leigh, M. 1974. The Rising Moon: Political Change in Sarawak. Sydney.
Lim Chong-Yah. 1967. Economic Development of Modern Malaya. Kuala Lumpur.
Lim Teck Ghee. 1977. Peasants and Their Agricultural Economy in Colonial Malayan
1874-1941. Kuala Lumpur.
Lim, David. 1973. Economic Growth and Development in West Malaysia, 19741970. Kuala Lumpur.
Lockard, C. 1973. The Southeast Asian Town in Historical Perspective: A Social
History o Kuching, Malaysia, 1820-1970. PhD tesis. Madison: University of
Wisconsin.
Ma.R. dan You Poh Seng. 1966. The Economy of Malaysia and Singapore.
Singapore.
Means, G.P. 1976. (2nd ed.). Malaysian Politics. London.
Mills, J.A. 1960. British Malaya, 1824-67. JMBRAS. 33(3).
Mills, J.V. (ed.). 1930. Eredias Description of Malacca, Meridional India and Cathay
in, JMBRAS, Vol. 8.
Milne, R.S. 1967. Government and Politics in Malaysia. Boston.
Milne, R.S. and Ratnam, K.J. 1974. Malaysia New States in a New Nation: Political
Development of Sarawak and Sabah in Malaysia. London.
Milner, A.C. 1982. Kerajaan: Malay Political Culture on the Eve of Colonial Rule.
Tucson: Arizona.
Mohamad Nordin Sopiee. 1974. From Malayan Union to Singapore Separation.
Kuala Lumpur.
Mokhzani, B.A.R. dan Khoo Siew Muh (ed.). 1977. Poverty in Malaysia. Kuala
Lumpur.
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Newbold, T.J. 1839. Political and Statistical Account of the British Settlements in the
Straits of Malacca. London. (diulang cetak Kuala Lumpur, 1971), jilid 2.
O.W. Wolters. 1970. The Fall of Sirijaya in Malay History. Kuala Lumpur.
Obalance, E. 1966. The Communist Insurgent War, 1948-1960. London.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

133

Ongkili, J.P. 1972. Modernization in East Malaysia 1960-1970. Kuala Lumpur.


Ooi Jin Bee. 1976. Peninsular Malayia. New York and London.
Osborne, M.E. 1964. Singapore and Malaysia. New York.
P.E. de Jooselin de Jong and H.L.A. van Wijk, The Malacca Sultanate, in, JSEAH,
vol. 1, 1960.
Parkinson, C.D. 1960. British Intervention in Malaya, 1866-77. Singapore.
Paul Wheatley, Impressions of the Malay Peninsular in Ancient Times, Singapore,
1964.
Percival, A.E. 1949. The War in Malaya. London.
Philip Loh, F.S. 1975. Seeds of Separatism: Educational Policy in Malaya 18741940. Kuala Lumpur.
Pringle, R. 1970. Rajahs and Rebels: The Ibans of Sarawak under Brooke Rule,
1841-1941. New York: Ithaca.
Pringle, R. 1970. Rajahs and Rebels: The Ibans of Sarawak under Brooke Rule,
1841-1941. New York: Ithaca.
Raja Haji Ali. 1982. Tuhfat al-Nafis. Diedit dan diterjemah bersama oleh Virginia
Matheson dan Barbara Watson Andaya. Kuala Lumpur.
Ratnam, K.J. 1965. Communalism and the Political Process in Malaya. Kuala
Lumpur.
Reece, R.H.W. 1982. The Name of Brooke. The End of White Rajah Rule in
Sarawak. Kuala Lumpur.
Roff, M.C. 1974. The Politics of Belonging: Political Change in Sabah and Sarawak.
Kuala Lumpur.
Roff, W.R. 1966. Stories by Sir Hugh Clifford. Kuala Lumpur dan Stories and
Sketches by Sir Frank Swettenham. Kuala Lumpur.
Runciman, S. 1960. The White Rajahs. Cambridge.
Sadka, E. 1968. The Protected Malay States, 1874-1895. Kuala Lumpur.
Sandin, B. 1967. The Sea Dayaks of Borneo before White Raja Rule. London.
Short, A. 1975. The Communist Insurrection in Malaya, 1948-1960. London.
Sinclair, K. 1967. The British Advance in Johor, 1885-1914. JMBRAS. 40(1): 100.
Snodgrass, Donald R. 1980. Inequality and Economic Development in Malaysia.
Kuala Lumpur.
Sophia, Lady Raffles. 1830. Memoir of the Life pand Public Service of Sir Thomas
Stamford Raffles. 2 jilid, menyampaikan erti impian Raffles hendak meluaskan
kuasa Inggeris di rantau ini.
Stenson, M.R. 1969. Repression and Revolt; The Origins of the 1948 Communist
Insurrection in Malaya and Singapore. Ohio.
Stevenson, R. 1975. Cultivatiors and Administrators: British Educational Policy
towards the Malays, 1875-1906. Kuala Lumpur.

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia

134

Stockwell, A.J. 1979. British Policy and Malay Politics During the Malayan Union
Experiment, 1942-1948. MBRAS Monograph, No. 8.
Sutherland, H. 1978. The Taming of the Trengganu Elite. Dalam Ruth McVey (ed.).
Southeast Asian Transitions: Approaches through Social History. New Haven
and London.
Swettenham, F. 1906. British Malaya. London.
Tarling, N. 1962. Anglo-Dutch Rivalry in the Malay World, 1780-1824. Brisbane.
Tarling, N. 1969. British Policy in the Malay Peninsula and Archipelago, 1824-71.
Kuala Lumpur.
Tarling, N. 1970.Britain and Sarawak in the 20 th Century. JMBRAS. 42(2).
Tarling, N. 1971. Britain, the Brookes and Brunei. Kuala Lumpur.
Tarling, N. 1978. Sulu and Sabah: A Study of British Policy towards the Philippines
and North Borneo from the Late 18th Century. Kuala Lumpur.
Tregonning, K.G. 1965. A History of Modern Sabah: North Borneo, 1881-1963.
Singapore.
Trocki, C. 1979. Prince of Pirates: The Temenggongs and the Development of Johor
and Singapore, 1784-1785. Singapore.
Thio, E. 1969. British Policy in the Malay Peninsula 1880-1910. Jilid I, The Southern
and Central States. Singapore. Hlm. XIX.
Turnbull, C.M. 1964. Origins of British Control in the Malay States before Colonial
Rule. Dalam Bastin and Roolvink,R. (eds.). Malayan and Indonesian Studies:
Essays presented to Sir Richard Winstedt on his85th Birthday. Oxford.
Turnbull, C.M. 1977. A History of Singapore 1819-1975. Kuala Lumpur. Hlm. 37.
Vasil, R.K. 1971. Politics in a Plural Society. Singapore.
Wake, C.H. 1975. Raffles and the Rajas. JMBRAS. 48(1).
Wang Gungwu, The First Three Rulers of Malacca, in, JMBRAS, vol. 41, 1968.
Warren, J. 1971. The North Borneo Chartered Companys Administration of the
Bajau, 1878-1909. Athen: Ohio.
Wilkinson, R.J. 1935. The Malacca Sultanate in JMBRAS. Vol. 13.
Willer, Thoma F.. 1975. `Religious Administrative Development in Colonial Malay
States, 1874-1941. Thesis PhD. University of Michigan.
Winstedt, R.O. 1935. A History of Malaya JMBRAS. Vol. 13.
Wong Lin Ken. 1960. The Trade of Singapore, 1819-69, JMBRAS 33(4).
Wong, Francis H.K. and Gwee Yee Hean. 1972. Perspectives: The Development of
Education in Malaysia and Singapore. Singapore.
Wright, L.R. 1970. The Origins of British Borneo. Hong Kong.
Yegar, M. 1979. Islam and Islamic Institutions in British Malaya: Policies and
Inplementation. Jerusalem.
Yip Yat Hoong. 1969. The Development of the Tin Industry of Malaya. Kuala
Lumpur/Singapore.

You might also like