You are on page 1of 10

AJ32103 SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA

SEMESTER I SESI 2020/2021

NAMA PENSYARAH: PROF ABDUL RAHMAN TANG

SOALAN 6:
BERIKAN HURAIAN BERKENAAN RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN
IMPLIKASINYA KEPADA KRISIS PERLEMBAGAAN TAHUN 1983 DAN 1993.

DISEDIAKAN OLEH:
BIL NAMA PELAJAR NO. MATRIK
.
1. MOHD ROS HASIF BIN ROSLEY BA18110264
2. ZAHARI BIN NURHAK BA18110849
PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia


Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan yang mempunyai
keluasan 329,847 kilometer persegi bersamaan dengan 127,350 batu. Malaysia juga merupakan
sebuah negara yang terbahagi kepada dua Kawasan iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo
Malaysia. Malaysia telah berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei dan
juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina. Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia,
dan Puterajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Malaysia pula diduduki 28 juta orang
pada tahun 2009. Manakala, Malaysia juga berakar umbikan kerajaan Melayu yang telah wujud
di wilayahnya dan menjadi sebuah Kawasan taklukan empayar British sejak abad ke-18. Negeri-
negeri selat merupakan wilayah British yang pertama yang mana pada Ketika itu juga
semenanjung Malaysia yang lebih dikenali sebagai Malaya atau Tanah Melayu. Pada tahun
1946, kesemuanya disatukan dalam negara Komanwel sebelum menjadi persekutuan Tanah
Melayu pada 1948. Seterusnya Tanah Melayu pula Bersatu dengan Sabah, Sarawak dan
Singapura pada tahun 1963. Disamping itu, Singapura Telah keluar dari persekutuan pada
tahun 1965 dengan bertujuan untuk membina negara kota yang bebas. Semenjak itu, negara
Malaysia telahpun menikmati ekonomi yang terbaik di Asia. Hal ini kerana, purata pertumbuhan
keluaran dalam negara kasarnya sebanyak 6.5% selama 50 tahun kemerdekaan pertamanya.
Ekonomi negara kini telah pun berkembang dengan maju dalam sektor-sektor sains,
perdagangan, perubatan dan pelancongan yang mana dulu dijana oleh sumber alamnya. 1

KONSEP RAJA BERPERLEMBAGAAN

Raja Berpelembagaan adalah sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan


Perlembagaan Malaysia. Kuasa raja pula diwakilkan kepada kabinet yang diketuai oleh Perdana
Menteri. Pemerintahan beraja ini telah lama wujud dalam sistem sosial di negeri-negeri Melayu.
Raja mempunyai kuasa yang mutlak dalam semua pentadbiran dan pemerintahan negeri
dengan bantuan para pembesar-pembesar yang telah dilantik yang lebih khusus kepada
sebelum pemerintahan Inggeris lagi. Raja dikehendaki menerima dan bertindak mengikut
nasihat kabinet dan menjalankan tugas secara simbolik. Sebelum terjadinya perang dunia
kedua, sultan-sultan adalah pemerintah yang sangat berdaulat dan memiliki kuasa penuh dalam
1
Norizan Yusoff, 2009, Sejarah Malaysia, Selangor:Marshall Cavendish (Malaysia) Sdn. Bhd, hlm 2.
negeri masing-masing. Namun begitu, pada masa yang sama, sultan juga perlu turut menerima
nasihat daripada pegawai British yang dilantik sebagai Residen atau penasihat British kecuali
perkara yang berkaitan atau menyentuh tentang agama Islam. Raja berperlembagaan adalah
sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja
sebagai ketua negara. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias
politica, atau politik tiga serangkai. Raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan
perwakilan demokrasi. Sesetengah Raja berperlembagaan adalah berlandaskan Sistem
Perwarisan atau mewarisi takhta Manakala yang lain, adalah melalui sistem demokratik seperti
di Malaysia di mana Yang di-Pertuan Agong adalah dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima
tahun.2

KRISIS PERLEMBAGAAN 1983

Pada kali pertama Mahathir telah melakukannya pada tahun 1983 memegang tampuk
pemerintahan Malaysia sebagai Perdana Menteri, dimana beliau telah mencadangkan untuk
membuat pindaan tentang beberapa perkara dalam Perlembagaan Persekutuan seperti pindaan
sebahagian besar rang undang-undang 38(4), 66(1), (5), dan 150 (1).3 Namun demikian
perkara yang telah menimbulkan krisis perlembagaan iaitu berkaitan Perkara 66 dan 150
Perlembagaan Persekutuan dimana ia berkait dengan kedudukan YDPA.

Perkara 66 dan 150 Perlembagan Persekutuan, adalah berkaitan dengan rang undang-


undang iaitu tentang pengisytiharan darurat dan perkara mengenai perkenan oleh YDPA dan
Yang di-Pertuan Negeri ke atas undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan
Negara bagi Perlembagaan Persekutuan serta Dewan Undangan Negeri bagi Pelembagaan
Negeri.

Hal ini adalah PP v Tengku Mahmood Iskandar (1973) 1 MLJ 128 dan PP v Tengku
Mahmood Iskandar (1977) 2 MLJ 123. Ianya berpunca dari kes iaitu responden didapati
bersalah kerana menyebabkan kematian seorang kedi golf kerana beliau bermain gold di
Cameron Highlands. Oleh kerana dia adalah anak kepada Sultan Johor, hukuman telah
dikurangkan. Tetapi keputusan itu terikat ke atas dan hukuman berat diberikan. Kes ini adalah

2
Nor Aslina Mamat, Faudziah Bedu, Zarina Zamri, Aima Mohammad, 2013, Sejarah Malaysia STPM, Selangor:PNI
Neuron (M) Sdn. Bhd, hlm 3.
3
Chamil Wariya, 1992, Politik dan Raja, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd, hlm. 29.
berkaitan dengan isu kesamarataan yang termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan
Persekutuan.

Sebelum krisis perlembagaan 1983, segala rang undang-undang yang telah dilulskan oleh
Parlimen akan dipersembahkan untuk mendapat perkenan daripada YDPA, jika YDPA tidak
memberi perkenan maka undang-undang tersebut dinyatakan tidak sah. Dalam pindaan ini Tun
Dr Mahathir menyatakan bahawa satu rang undang-undang yang tidak diperkenan oleh Yang
Dipertuan Agong dalam tempoh 15 hari setelah dipersembahkan akan terus menjadi undang-
undang. ("If for any reason whatsoever a bill is not assented by the king within 15
days of its presentation the bill shall become law".) 4

Apabila majlis Raja-Raja tidak bersetuju untuk menandatangai pindaan ini, Majlis tertinggi
UMNO telah menghantar wakil untuk menemui Majlis Raja-Raja untuk menjelaskan kenapa
perlembagaan ini ingin diubah pada 20 November 1983 di Kota Kinabalu 5. Antara wakil UMNO
yang di hantar seperti Abdul Ghafar Baba, Dato Harun Idris, Marina Yusof, Kamaruddin Mat Isa
dan Dato Mustafa Jabar. Namun pertemuan ini tidak menghasilkan apa-apa keputusan, YDPA
tetap tidak setuju tentang pindaan perlembagaan ini. Hal ini menyebabkan Tun Dr Mahathir
tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja dan tetap ingin
melakukan pindaan rang undang-undang tersebut. Tun Dr Mahathir telah meraih sokongan
rakyat dengan mengadahkan sesi penerangan rapat umum secara berterusan yang dilihat
sebagai usaha mewujudkan rasa benci di kalangan rakyat ke atas institusi Raja-Raja. 6 Ini semua
adalah salah satu strategi Tun Dr Mahathir untuk melakukan pindaan perlembagaan tersebut.
Apabila hal ini berlaku, menyebabkan majlis raja-raja mengubah keputusan mereka.

Pada 15 Disember 1983, Majlis Raja-raja dengan persetujuan Timbalan Yang di-Pertuan
Agong bersetuju agar Tun Dr Mahathir membawa balik cadangan tersebut ke Parlimen supaya

4
Jejak 7, Mahathir Lucutkan Kuasa Raja 1983 Dan “MUNGKIN” Akan Berlaku Lagi -Rakyat MESTI Bangkit
Pertahankan Raja, Dipetik dari https://jejakmelangkah7.wordpress.com/2018/06/07/kerana-gila-kuasa-mahathir-
lucutkan-kuasa-raja-dalam-krisis-perlembagaan-1983-dan-mungkin-akan-berlaku-lag i/ pada 25 Disember 2020.

5
Sivamurugan Pandian, 2005, Legasi Mahathir, Malaysia: Utusan Publication, hlm.305.

6
HF Rawlings, The Malaysian Constitutional Crisis of 1983, The International and Comparative Law Quarterly, Vol
35 (2) 237-254, 1986, hlm. 238.
di masukan ke dalam Rang Undang-Undang.7 Tempoh yang dipersetujui oleh baginda memberi
perkenan pada rang undang-undang di tambah 30 campur 30 hari dan bukanlah 15 hari yang
dibentangkan oleh Tun Dr Mahathir. 8 Dimana sesudah satu rang undang-undang diluluskan oleh
Parlimen kemudian akan dikemukakan kepada YDPA, 30 hari yang pertama baginda akan
memberi perkenan atau untuk mengembalikannya semula kepada Parlimen bagi pindaan
selanjutnya, apabila parlimen tetap meluluskan maka 30 hari yang seterusnya tempoh YDPA
untuk memberi pekenan atau tidak sekali lagi. Selepas itu, undang-undang tersebut secara
automatik akan menjadi undang-undang tidak kira sama ada ia mendapat perkenan baginda
atau tidak. Manakala tentang perkara 150 mengenai pengisytiharan Darurat, parlimen.
Kesannya pindaan ini mendapat tentangan oleh majlis raja-raja kerana menurut perkara 38(4)
2 yang menyebut bahawa sebarang pindaan mengenai kedudukan Raja-Raja mestilah
mendapatkan persetujuan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu. Hal ini disebabkan kedua-dua
pindaan tersebut berkait dengan kedudukan raja-raja. Tun Dr Mahathir menginginkan kuasa
terhadap dua perkara ini diberikan kepada Perdana Menteri kerana beliau mula meragui
kredibiliti raja-raja akibat masalah-masalah dalaman yang dihadapi oleh keturunan sultan
tersebut. Beliau membuat sedemikian bukanlah untuk menjatuhkan atau bersetuju untuk
mengekalkan kuasa mengisytiharkan darurat kepada YDPA seperti yang terkandung dalam
perlembagaan 1957 namun atas nasihat kabinet.

KRISIS PERLEMBAGAAN 1993.

Krisis perlembagaan 1993 ini bermula apabila tindakan kerajaan pada masa itu yang
ingin memansuhkan kekebalan raja-raja melayu di dalam pewartaan undang-undang negara.
Pada tahun 1993, Pindaan Perlembagaan Malaysia telah diluluskan oleh parlimen Malaysia
untuk tujuan menghilangkan undang-undang terhadap royalty tersebut. Perubahan tersebut
telah membuatkan pindaan Artikel 32, 38 ,42, 63, 72 dan 181 dalam Perlembagaan Malaysia
yang telah dilaksanakan pada bulan mac 1993. Sebelum pindaan tersebut dibuat, pihak
perlembagaan telah memberi hak kepada para penguasa yang telah melanggar undang-undang
agar tidak boleh didakwa oleh mahkamah jenayah melainkan jika dia sendiri seara sukarela
ingin menyerahkan kekebalan hukumnya. Pada masa monarki Malaysia, pindaan telah dibuat
yang menyaksikan hubungan yang merosot dengan kerajaan Malaysia. Pada akhir 1980-an dan

7
Maidin, Zainuddin, 1994, The Other Side of Mahathir, Kuala Lumpur: Penerbitan & Penyedaran Utusan, hlm. 99.
8
Ibid, hlm.30.
awal 1990-an, serangkaian insiden kontroversi yang melibatkan penguasa muncul, banyak yang
berlaku dalam konflik kepentingan dengan beberapa ahli politik. Setelah dua insiden
penyerangan berasingan oleh Sultan Johor dan putera bongsunya yang terjadi pada tahun
1992, pemerintah telahpun diarahkan agar mengambil inisiatif untuk meminta penghapusan
kekebalan undnag-undang. Ramai para penguasa tidak berpuas hati dengan tuntutan
pemerintah yang menghapus kekebalan hukum yang pada awalnya mereka tidak setuju dengan
pemerintah. Pemeritah telah menggunakan cara paksaan dan serampang dua mata untuk
mendapatkan persetujuan pemeritah untuk penguasa mereka. Para penguasa memberikan
persetujuan mereka untuk cadangan pemerintah dalam menghapus kekebalan hukum yang
dilaksanakan pada bulan mac 1993. 9 Dengan beberapa tafsiran, peristiwa-peristiwa inilah yang
telah membawa kepada pindaan perlembagaan yang dianggap sebagai krisis perlembagaan.

Insiden Gomez telah mendatangkan kemarahan masyarakat Malaysia. Pada 10 disember


1992, satu sesi parlimen khas telah dilangsugkan yang mana menyaksikan seramai 96 ahli
anggota Dewan Rakyat hadir dalam meluluskan revolusi sebulat suara untuk menangani kuasa
raja. Pada 27 disember, siding parlimen seterusnya telah diadakan yang mana menyaksikan
perbincangan dalam menghapuskan imuniti undang-undangyang mengganggu Sultan Iskandar
dalam membuat suatu perhimpunan untuk menentang kerajaan yang kuat. Anggota
pembangkang dari semangat 46 mempunyai sikap yang pasif kepada cadangan kerajaan. Pada
16 Januari 1993, sebuah sesi penguasa telah diadakan yang mana mereka telah meminta
kerajaan untuk menambah masa dalam pertimbangan keputusan pemerintahan. Setelah
rundingan yang meluas telah berlaku, beberapa orang raja telahpun memilih agar menolak
dalam mengesahkan perubahan yang telah dicadangkan kepada Perlembagaan Persekutuan,
walaupun setelah tawaran mahkamah khas untuk mendakwah penguasa yang telah
dicadangkan, mereka mendakwah bahawa pelaksanaan khas tersebut akan membawa kepada
berlakunya kesulitan dalam bidang teknikal.10

Pindaan yang dicadangkan pula telah mendatangkan satu peraturan yang mana orang
biasa dibenarkan mengkritik sultan. Pindaan ini telah mengakibatkan berlakunya krisis pada
tahun 1993 yang mana orang awam boleh mengkritik mahupun tidak bersetuju atau
membangkang dengan Tindakan atau apapun dilakukan oleh sultan. Seterusnya, pindaan yang

9
Harold Crouch, 1996, Government And Society In Malaysia, Cornell University Press: ITHACA AND LONDON, hlm
146.
10
Abdul Aziz Bari, 2008, Perlembagaan Malaysia: Teori dan Praktis, Arah Pendidikan Sdn Bhd, hlm 116.
dicadangkan untuk menghadkan kuasa pemerintahan dalam memaafkan anggota keluarga.
Pindaan kepada Akta Hasutan juga telah membenarkan kritikan awam kepada para penguasa.
Hal ini telah menjadikan mengkritik sultan itu bukanlah menjadi satu kesalahan kepada orang
awam dan membenarkan mengkritik royalti kecuali keatas Kawasan yang berkaitan dengan
kewujudan yang sah. Disamping itu, sesi parlimen seterusnya memperlihatkan Dewan Rakyat
telah memajukan pindaan yang dicadangkan walaupun adanya bantahan sultan, yang mana
mereka telah mengatakan bahawa mereka tidak perlu mendapatkan persetujuan diraja untuk
melaksanakan undang-undang. Oleh hal demikian, ketiga pemerintah telah menahan
persetujuan mereka keatas pindaan yang mana kerajaan telah mengancam untuk menarik balik
keistimewaan dan serangan berterusan melalui media nasional. 11 Kerajaan turut
mempersoalkan gaya hidup mereka yang mewah dan penyalahgunaan kuasa moral untuk
mendapatkan konsesi yang didakwa. Menurut pandangan daripada pemimpin-pemimpin agama
Islam juga mendapat publisiti yang mengkritik keterlaluan diraja dan juga pergi setakat yang
meletakkan kerabat diraja sebagai ahli yang sama dengan rakyat biasa di mata Allah.

PRI PENTINGNYA RAJA BERPERLEMBAGAAN DI MALAYSIA

Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia mengamalkan sebuah sistem unik iaitu konsep raja
perlembagaan yang bermaksud kuasa raja yang dibatasi oleh perlembagaan. Raja
Berpelembagaan juga bermaksud kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan
yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara.Raja berperlembagaan merupakan tonggak
keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka sehingga kini. Perlembagaan Persekutuan Malaysia
mengandungi 183 Perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia.12 Yang di-pertuan Agong
merupakan ketua utama negara. Namun, apakah kepentingan raja berperlembagaan di Malaysia
lebih-lebih dalam sebuah Negara demokrasi?

Perlembagaan Persekutuan meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua utama


negara yang secara undang-undangnya menganggotai tiga badan kerajaan, iaitu badan
Perundangan (Legislatif), Badan Pemerintah (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari).
Perkara 44 meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai satu daripada tiga unsur Parlimen. 13

11
Zulkifli Sulong, Political Parties in Terengganu state of Malaysia,Selangor: Penerbitan Pemuda, 1994, hlm 84.
12
Noraini Zulkifli, Perlembagaan Persekutuan: Rukun Pembentuk Masyarakat Harmoni, Dipetik dari sumber
https://www.researchgate.net/publication/326987913_Perlembagaan_Persekutuanpdf. Diakses pada 25 Disember
2020.
13
Tun Mohd Salleh Abas, 1997, Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan di Malaysia, Selanggor: Dewan Bahasa dan
pustaka, hlm. 12.
Baginda mempunyai kuasa memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen serta
meletakkan cop mohor kepada Rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Badan
Perundangan dalam proses penggubalan undang-undang. Baginda merupakan Pemerintah
Tertinggi Angkatan Tentera. Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengampunkan dan
menangguhkan sesuatu hukuman. Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara
kedudukan dan hak istimewa orang Melayu serta kepentingan bangsa lain. 14 Melalui kuasa budi
bicara, menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan
keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu, Yang di-Pertuan
Agong merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka,
Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, sememangnya raja berperlembagaan amat penting bagi sebuah negara yang
mengamalkan sistem demokrasi seperti negara kita ini. Institusi Raja telah diterima sebagai
simbol perpaduan. Menerusi Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 153 menjaga
kedudukan orang-orang Melayu tanpa mengabaikan kedudukan dan kepentingan bangsa lain. 15
Ini bermaksud, Raja bukan hanya Raja kepada sesuatu bangsa atau golongan tertentu
sahaja. Raja adalah payung kedaulatan negara untuk memberi naungan saksama kepada setiap
warga tanpa mengira kaum, agama dan politik. Raja yang bersemayam di puncak struktur
pemerintahan merupakan lambang kuasa dan simbol perpaduan. Sehingga ke hari ini, Malaysia
masih mengamalkan sistem pemerintah demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
Semua rakyat tidak kira bangsa dan agama hidup aman dan menikmati kekayaan seluas-
luasnya di atas bumi bertuah ini. Malah, negara-negara di Eropah juga masih  mengekalkan
sistem monarki dan menyanjung tinggi Raja-Raja mereka.

14
Tunku Sofia Jewa, Salleh Buang & Yaacob Hussain Merican, 2007, An Introduction to the Constitution of Malaysia,
Selangor: Pacifica Publications, hlm. 8.
15
Ruslan Zainuddin (Ed), Mohd Mahadee Ismail & Zaini Othman, 2005, Kenegaraan Malaysia, Shah Alam: Fajar
Bakti, hlm. 23.
RUJUKAN

Abdul Aziz Bari. 2008. Perlembagaan Malaysia: Teori dan Praktis . Arah Pendidikan Sdn Bhd.

Chamil Wariya. 1992. Politik dan Raja. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Harold Crouch. 1996. Government And Society In Malaysia. Cornell University Press: ITHACA
AND LONDON.

HF Rawlings. 1986. The Malaysian Constitutional Crisis of 1983, The International and
Comparative Law Quarterly. Vol 35 (2) 237-254.
Jejak 7, Mahathir Lucutkan Kuasa Raja 1983 Dan “MUNGKIN” Akan Berlaku Lagi -Rakyat MESTI
Bangkit Pertahankan  Raja, Dipetik dari
https://jejakmelangkah7.wordpress.com/2018/06/07/kerana-gila-kuasa-mahathir-lucutkan-
kuasa-raja-dalam-krisis-perlembagaan-1983-dan-mungkin-akan-berlaku-lag i/ pada 25 Disember
2020.
Maidin, Zainuddin. 1994. The Other Side of Mahathir. Kuala Lumpur: Penerbitan & Penyedaran
Utusan.
Nor Aslina Mamat, Faudziah Bedu, Zarina Zamri, Aima Mohammad. 2012. Sejarah Malaysia
STPM. Selangor: PNI Neuron (M) Sdn Bhd.

Norizan Yusoff. 2009. Sejarah Malaysia. Selangor:Marshall Cavendish (Malaysia) Sdn. Bhd.

Noraini Zulkifli. Perlembagaan Persekutuan: Rukun Pembentuk Masyarakat Harmoni , Dipetik


dari sumber
https://www.researchgate.net/publication/326987913_Perlembagaan_Persekutuanpdf. Diakses
pada 25 Disember 2020.

Ruslan Zainuddin (Ed), Mohd Mahadee Ismail & Zaini Othman. 2005. Kenegaraan Malaysia.
Shah Alam: Fajar Bakti.
Sivamurugan Pandian. 2005. Legasi Mahathir. Malaysia: Utusan Publication.
Tun Mohd Salleh Abas. 1997. Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan di Malaysia. Selangor:
Dewan Bahasa dan pustaka.

Tunku Sofia Jewa, Salleh Buang & Yaacob Hussain Merican. 2007. An Introduction to the
Constitution of Malaysia. Selangor: Pacifica Publications.

Zulkifli Sulong. 1994. Political Parties in Terengganu state of Malaysia. Penerbitan Pemuda.

You might also like