You are on page 1of 5

CARTA GARIS MASA SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN SEHINGGA PENUBUHAN MALAYSIA

1945
Selepas Perang Dunia Kedua, Jepun menyerah kalah. British datang semula ke Tanah Melayu. Pada 10 Oktober 1945, Parlimen British telah meluluskan Malayan Union. Sir Harold Mac Michael dilantik sebagai wakil British untuk mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu.

1946
Januari 1946, demonstrasi penentangan terhadap Malayan Union diadakan. 1 April 1946, Malayan Union diisytiharkan walaupun mendapat tentangan orang Melayu. Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor Malayan Union yang pertama. 11 Mei 1946, Penubuhan UMNO iaitu pertubuhan yang dibentuk oleh orang Melayu untuk menentang gagasan Malayan Union dan menyatupadukan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu di bawah pimpinan Dato` Onn Jaafar. Julai 1946, penubuhan Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada 4 wakil raja-raja Melayu, 2 wakil UMNO dan 6 wakil British bagi merangka sebuah perlembagaan baru yang boleh diterima oleh orang Melayu. Ogos 1946, MIC ditubuhkan, diketuai oleh John A. Thivy Disember 1946, penubuhan Jawatankuasa Perundingan yang terdiri daripada orang Eropah, Cina dan India untuk mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

1948
1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan.

1949
Februari 1949, MCA ditubuhkan untuk melindungi hak dan kepentingan ekonomi, politik dan sosial kaum Cina di Tanah Melayu. Atas cadangan Dato` Onn Jaafar dan hasil perbincangan, Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ditubuhkan, terdiri daripada 15 orang tokoh-tokoh penting daripada kaum Melayu, Cina dan India. Tujuannya untuk memupuk persefahaman di antara pemimpinpeminpin kaum di Tanah Melayu dan menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul ketika itu.

1951
Sistem Ahli diperkenalkan oleh British. Penubuhan IMP (Parti Kemerdekaan Malaya) oleh Dato` Onn Jaafar setelah meletak jawatan sebagai pemimpin UMNO. 15 Mei 1951, Parti Buruh ditubuhkan. Pilihan raya pertama diadakan untuk memilih wakil-wakil dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

1952
Feb 1952, Pilihan raya kedua diadakan bagi pemilihan untuk Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. UMNO-MCA membuat pakatan secara tidak rasmi bergabung dan telah memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Pakatan ini diteruskan di Johor, Melaka dan terbukti kemenangan milik mereka.

1953
Perikatan UMNO-MCA mencadangkan kepada British supaya diadakan pilihan raya untuk seluruh Tanah Melayu. 3 Februari 1953 - Penubuhan Parti Perikatan UMNO-MCA

1955
27 Julai 1955, Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan bagi seluruh Tanah Melayu. MIC menyertai Parti Perikatan. Tiga parti terbesar yang mewakili kaum Melayu, Cina dan India iaitu UMNO, MCA dan MIC bersepakat untuk bergabung bagi membentuk sebuah parti iaitu Parti Perikatan. Parti Islam Semalaya (PAS) ditubuhkan. Parti Negara ditubuhkan oleh Dato` Onn Jaafar setelah IMP gagal. Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu dilantik. Rundingan Baling dan Rancangan Briggs diwujudkan sebagai usaha terakhir untuk meyakinkan pihak British bahawa rakyat tempatan layak memerintah dan bersedia untuk menuntut kemerdekaan.

1956
Januari 1956 Misi Kemerdekaan ke London, terdiri daripada 8 orang wakil diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Rundingan berlangsung pada 18 Januari hingga 6 Februari iaitu kira-kira 3 minggu. Persetujuan telah dicapai. Mac 1956, Suruhanjaya Reid dibentuk.untuk mengesyorkan satu perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen.

1957
1 Mei 1957, Jawatankuasa Suruhanjaya Reid siap menyemak rang perlembagaan dan membuat beberapa pindaan. Rundingan terakhir bersetuju dengan Rang Perlembagaan yang dibentuk sebagai Perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka. 5 Ogos 1957, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh raja-raja Melayu. Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan Ordinan Perlembagaan Persekutuan 1957. 31 Ogos 1957 Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan yang terdiri daripada negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang dan Melaka. 17 September 1957, Tanah Melayu diterima menjadi ahli PBB ke-82.

1961
27 Mei 1961 Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Pertama mengumumkan gagasan untuk menubuhkan Malaysia. Persekutuan Tanah Melayu yang sudah merdeka akan bergabung dengan Tanah Jajahan British iaitu Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak. Ini bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis yang boleh menggugat kestabilan politik serantau, mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak.

1962
April 1962 - Suruhanjaya Cobbold dibentuk. Tujuan suruhanjaya ini adalah untuk meninjau dan mengkaji pandangan rakyat Sabah dan Sarawak tentang cadangan pembentukan Malaysia serta membina dan merangka perlembagaan yang sesuai.

1963
9 Julai 1963 Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakilwakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura (Perjanjian Malaysia 1963). 26 Ogos 1963 Akta Malaysia telah diluluskan bagi meminda Perlembagaan Persekutuan.. 16 September 1963 Penubuhan Persekutuan Malaysia. Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.

1965
9 Ogos 1965 Singapura disingkir keluar daripada Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman dan sejak itu Malaysia terdiri daripada negerinegeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

You might also like