You are on page 1of 7

Pada fakta awalnya, idea penubuhan MALAYSIA ini dicetuskan oleh Tunku Abdul Rahman

dalam satu majlis Jamuan Persatuan Wartawan-wartawan Luar negeri Asia tenggara di
Singapura pada 27 Mei 1961. Idea itu kemudiannya berjaya direalisasikan kemudiannya pada
16 september 1963. Penggabungan 11 negeri di Tanah Melayu dan dua buah negeri di Borneo
iaitu Sabah dan Sarawak. Ini turut menggabungkan pelbagai dokumen termasuk Rang Undang-
Undang Malaysia iaitu Akta Malaysia 1963 dan juga syarat-syarat penyertaan dan peraturan
perlembangaan terhadap Sabah, sarawak yang dikenali sebagai syarat 20 Perkara. Perjanjian
Malaysia juga tertakluk kepada kemahuan negeri-negeri ini bagi membentuk Malaysia yang
dianggap sebagai satu gabungan rakan-rakan kongsi yang bersatu padu untuk membentuk
sebuah negara baru dengan ciri-ciri masing-masing.
Namun begitu, sebelum pembentukan Malaysia, satu siri perbincangan dan penyiasatan
telah diadakan di antara bulan Mei 1961 dengan tarikh penubuhan Malaysia berhubung denagn
syarat-yarat yang sesuai untuk persekutuan bagi menjamin kepentingan negeri-negeri Melayu
termasuk Sabah, Sarawak yang pertama kali bergabung dengan Malaysia. Peringkat awal
perkara telah dibincangkan oleh para pemimin dari lima buah negeri iaitu Tanah Melayu,
Singapura, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei dalam Mesyuarat Persatuan Parlimen
Komanwel Serantau yang diadakan di Singapura pada bulan Julai 1961. Ekoran daripada
mesyuarat ini, pada bulan Febuari 1962, sebuah Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia
(MSCC) telah mengeluarkan sebuah memorandum yang menyokong Malaysia dan
memperlihatkan beberpa syarat am untuk Persekutuan.
Sebuah suruhanjaya penyiasatan juga telah dibentuk pada Januari 1962 iaitu
Suruhanjaya Cobbold berikutan lawatan Tunku Abd. Rahman ke London pada bulan Oktober
1961. Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh Lord Cobbld iaitu bekas Gebenor Bank England.
Sementara ahli-ahlinya terdiri daripada Dato' Wong Pow Nee dan Mohd Ghazali Shafie yang
dilantik oleh kerajaan Tanah Melayu dan Antony Abell serta Watherston bai mewakili kerajaan
British. Tujuan penubuhan suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pendapat penduduk Sabah
dan Sarawak tentang gagasan Malaysia dan menerima lebih 2200 memorandum dari pelbagai
pihak. Mengemukakan laporan pada bulan Jun 1962.
Hasil daripada tugas yang dijalankan ini didapati lebih kurang 80% penduduk Sabah dan
Sarawak menyokong penubuhan Malaysia iaitu kebanyakan terdiri daripada Bumiputera dan
20% menenteng. Laporan ini diperolehi setelah suruhanjaya ini telah menemui 4000 orang dan
menerima tidak kurang dari 2200 pucuk surat dan memorandum daripada parti-pati politik, ahli-
ahli mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin
kaum, lembaga bandaran, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesauan sekerja dan
sebilangan besar orang ramai. Majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menertai Malaysia,
menerimapakai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, menerima Islam dan bahasa
Melayu sebagai agama dan bahasa rasmi.
Suruhanjaya Cobbold telah mengsyorkan supaya Perlembagaan Tanh Melayu yang ada
dijadikan asa bagi membentuk perlembagaan Persekutuan Malaysia yang baru. Namun,
beberapa pindaan perlu digubal untuk disesuaikan dengan kemasukan negeri-negeri baru ke
dalam Persekutuan. Sehubungan itu, jaminan-jaminan mustahak perlu dibuat bagi memastikan
kepentingan khas negeri-negeri Borneo terjamin. Oleh itu, negeri Sabah dan Sarawak diminta
menyediakan laporan mereka untuk meyertai Malysia. Laporan ini dikaji oleh satu jawatankuasa
yang diwakili oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Britain, Sabah dan Sarawak. Maka
terbentuknya satu jawatankuasa yang dikenali sebagai jawatankuasa Antara-Kerajaan atau
Inter-Governmental Committee pada bulan Ogos yang diberi tugas untuk menyusun
perlembagaan Persekutuan yang baru dan perlindungan khas untuk Borneo Utara dan
Sarawak.
Jawatankuasa ini dipegerusikan oleh Lord Landsdowne dan timbalannya ialah Tun
Abdul Razak. Anggota lain terdiri daripada Donald Stephen, Abang Haji Mustaffa, Temenggung
Jugah, seorang wakil Britain dan seorang wakil Persekutuan Tanah Melayu. Sebanyak lima
buah jawatankuasa kecil berkenaan hal-hal perlembagaan, kewangan, undang-undang,
perkhidmatan awam, dan membentuk kerajaan Persekutuan Malaysia diwujudkan untuk
mempertimbangkan hal ini.
Sementara Sabah dan Sarawak mula mengkaji untuk membuat beberapa tuntutan yang
munasabah untuk menjaga kepentingan mereka sebagai Bumiputera sebelum memasuki
Malaysia. Tuntutan ini dikenali sebagi 20 Perkara Sabah dan ia merupakan syarat-syarat
Borneo Utara memesuki Malaysia. Kebanyakan syarat-syarat ini diterima oleh IGC dan telah
dimasukkan di dalam Perjanjian Malaysia.
Tuntutan 20 Perkara Sabah Dan Kepentingan Kepada Sabah Dan Sarawak
Tuntutan 20 Perkara Sabah merupakan memorandum MSCC yang diusulkan oleh USNO,
UNKO United Parti, Demokratik Parti dan United Pasok Momogun Organisation dan isinya
adalah soal perlindunagan dan syarat-syarat Borneo Utara dan Sarawak menyertai Malaysia
terutama dalam hal-hal kebebsan agama, bahasa-bahas lain (selain Melayu), migrasi dan
kepentingan-kepentingan Bumiputeranya.
Perkara satu - Agama
Di dalam tuntutan 20 perkara disebut:
" walau pun tidak ada banthan terhadap agama Islam menjadi agama rasmi Malaysia, tetapi
tidak ada agama rasmi di Sabah dan Sarawk. Oleh itu, hendaklah diadakan jaminan untuk
kebebsan agama."
Setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tiap-tiap kumpulan
agama adalah berhak menguruskan hal-hal agamanya sendiri, menubuh dan menyelenggara
yayasan bagi maksud-maksud agama dan memperolehi serta memegang dan mentadbir
mengikut undang-undang. Semua kebebasan di atas juga tidak membenarkan apa-apa
perbuatan yang berlarutan dengan undang-undang atau mengenai ketaatan awam, kesihatan
awam atau akhlak. Bagi menjamin kebebasan agama ini terdapat undang Persekutuan yang
memberi bantuan kewangan kepada Institusi Islam atau pekerjaan Islam, maka peruntukan
yang seimbang juga diberikan kepada tujuan-tujuan kebajikan masyarakat di wilayah-wilayah
Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.
Perkara Dua- Bahasa ( Perkara 152 Dalam Perlembagaan)
" bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahas Inggeris akan
terus digunakan untuk tempoh sepuluh tahun selepas hari Malaysia. Bahasa Inggeris
hendaklah menjadi bahsa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan baik pada peringkat negeri
mahupun Persekutuan had tempohnya. ( 20 perkara-16)
Berdasarkan perkara ini, Bahasa Melayu hendaknya menjadi Bahasa Kebangsaan bagi
Persekutuan dan Bahas Inggeris akan terus digunkan untuk temph sepuluh tahun selepas hari
Malaysia di Saah dan Sarawak. Sementara itu juga Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi bagi
Sabah dan Sarawak untuk semua tujuan baik di peringkat negeri mahu pun di peringkat
persekutuan. Syarat ini, telah diterima oleh semua IGC dan telah pun mendapat tempat dalam
perlembagaan dalam perkara 152. Syarat ini, dikemukakan kerana bahasa boleh digunakan
sebagai alat menyatupadukan rakyat pelbgai kaum dan pelbagai sukuan terutama di Sarawak
dan Sabah.
Perkata Tiga- Imigrasi
" kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawsan di Malaysia dari luar adalah terletak di
bawah kuasa kerajaan Pusa tetapi kemasukan ke Borneo Utara perlu mendapat kelulusan
kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak boleh mengahklang kemasukan orang ke Borneo
Utara untuk tujuan keraja Negeri kecuali atas sebab keselematan. Borneo Utara hendaklah
mempunyai kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan
kawasan lain di Malaysia ke dalam Borneo Utara , selain daripada yang bekerja dengan
kerajaan Persekutuan di Borneo Utara. (Hlm 30)
Imigrasi hendaklah tetap dalam senarai Persekutuan tetapi undang-undang hendaklah
digubal oleh Parlimen untuk menentukannya, kecuali perkara-perkara tertentu, seperti
permintaan masuk ke negeri-negeri Borneo ini mestilah diluluskan oleh negeri-negeri
berkenaan. Undang-undang ini tidak boleh dipindah atau dihapuskan Melainkan dengan
persetujuan negeri-negeri tersebut. Borneo Utara juga hendaklah mempunyai kuasa yang tidak
terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan-kawasan lain di Malaysia ke
dalam Borneo Utara, selain daripada yang bekerja dengan Persekutuan di Borneo Utara.
Perkara ini dikemukakan demi menjaga kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak
supaya peluang-peluang yang terdapat di kedua negeri ini tidak diperolehi oleh orang luar. Ini
memberi keuntungan kepada Sabah dan Sarawak kerana peraturan ini akan menyekat
kemasukan orang-orang luar dn sesiapa yang mahu memasuki negeri-negeri ini perlu
mendapat kebenaran kecuali yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan.
Perkara Empat - Pelajaran
" sistem pendidikanyang ada di Borneo Utara sejkarang hendaklah dikekalkan dan diletakkan di
bawah kuasa kerajaan Negeri."
Pelajaran sebenarnya hendaklah djadikan perkara Persekutuan, tetapi polisi dan sistem
pentadbiran pelajaran di Sabah dan Sarwak berdasarkan perkara ini dikekalkan seperti mana
kemahuan kerajaan negeri-negeri terebut sehinggalah kerajaan ini bersetuju mengubahnya.
Dalam hal ini, memberi peluang kepada kerajaan negeri mengkaji perkara tersebut sebelum
mengubahnya atau meminda sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak untuk kepentingan
rakyatnya sendiri.
Perkara Lima - Perkhidmatan Awam
" Pengambilan perkhidmatan Awam oleh rakyat Borneo hendaklah dilaksanakan dengan
secepat mungkin"(hlm 41)
Tuntutan 20 perkara menekankan supaya pengambilan pegawai-pegawai baru di
Borneo Utara hendaklah diberi keutamaan kepada penduduk di wilayah itu. Ini adalah bertujuan
membuka peluiang kepada Bumiputera dan mengelakkan bukan Bumiputera terutama kaum
Cina daripada menguasai perkhidmatan ini kerana kaum ini lebih maju dalam pemdidikan
berbanding penduduk tempatan .
Dalam perkara ini dinyatakan juga pelbagi hal yang menyentuh bidang perkhidmatan
awam persekutuan, perkhidmatan awam persekutuan dengan negeri-negeri, pinjaman-
pinjaman pegawai-pegawai, sekatan mengenai pembuangan kerja, penurunan pangkat
kakitangan awam dan suruhanjaya-suruhanjaya dalam perkhidmatan awam. Selain itu
suruhanjaya perkhidmatan awam berasingan hendaklah ditubuhkan di tiap-tiap negeri. Bagi
menjaga kepentingan perkhidmatan awam di negeri-negeri Borneo, pegawai-pegawai yang ada
termasuk pegawai-pegawai dagang dinaikkan pangkat untuk ditukarkan ke perkhidmatan
Persekutuan, tetapi tidak boleh ditukarkan keluar dari wilayah-wilayah Borneo tanpa
persetujuan mereka.
Perkara Enam Kerakyatan
"saranan-saranan dalam perenggan 148 (k) Laporan Suruhanjaya Cobbold hendaklah
merangkumi hak-hak kewarganegaraan rakyat Borneo Utara dalam Persekutuan tertakluk
kepada pindaan-pindaan berikut:
a) perenggan kecil (I) tidak harus mengandungi peruntukan menetapkan selama lima tahun.
b) Demi menyelaraskan kepada undang-undang kita, perenggan kecil (ii) (a) hendaklah
berbunyi "tujuh daripada sepuluh tahun" dan bukannya "lapan daripada dua belas tahun"
c) Perenggan kecil (iii) seharusnya tidak mengandungi sekatan berhubung dengan
kewarganegaraan ibu-bapa- seseorang yang lahir di Borneo Utara seleas Malaysia metilah
menjadi warganegara Persekutuan. hlm 52
Berdasarkan syarat kerakyatan yang dikemukan ini, tidaklah sewenang-wenangnya
untuk menjadi warganegara Sabah dan Sarawak. Syarat ini juga dapat menghad sesiapa yang
layak sahaja untuk menjadi warga negara kedua-dua negeri ini.


Perkara Tujuh- Dewan Undangan Persekutuan
" ini hendaklah mengambil kira bukan sahaja jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga saiz
dan pretasinya dan dalam apa keadaan tidak harus kurang daripada Singapura."
Dalam perkara pemilihan dewan Undangan Persekutuan pertimbngan bukan sahaja
diberikan ke atas bilangan penduduk, tetapi juga kepada potensi dan prestasi negeri tersebut.
Perlantikan juga tidak boleh kurang aripada Singapura, oleh itu tiap-tiap masjlis Undangan di
Borneo hendaklah memilih 2 orang ahli Dewan Undangan Negara. Sebagai tambahan, bilangan
Dewan Undangan yang dilantik hendaklah ditambah 6 orang lagi kerana kemasukan Sarawak
dan Sabah. Ahli-ahli baru yang dipilih dari Sabah ialah 16 orang dan Sarawak seramai 24
orang. (kerusi percantuman di antara Persekutuan dengan Singapura telah diperuntukan 15
kerusi untuk Sinagapuara)
Perkara Lapan- Perlembagaan Negeri-Negeri.
"ketua -ketua Menteri hendaklah dipilih oleh anggota Majlis Perundangan tidak rasmi. Sistem
Menteri yang sempurna hendaklah diwujudkan di Borneo Utara,"
Berdasarkan perkara ini Ketua-ketua negeri Borneo yang pertama hendaklah dilantik
oleh baginda Queen dan Paduka Baginda Dipertuan Agung sebelum hari Malaysia untuk
bertugas selam dua tahun. Sistem Menteri yang sempurna juga hendaklah dilaksanakan di
Borneo Utara. Di Sarawak, ketua negeri telah dikenali sebagai Gabenor Adab di Sabah sebagai
Yang Dipertuan Negeri. Sementara masalah mengenai Perlembagaan Negeri dan
Perlembagann Persekutuan akan ditentukan oleh Mahkamah. Perubahan-perubahan aliran
yang tertentu berkenan Perlembagaan Negeri Sabah sebagai Majlis tertinggi (Supereme
Council) dan Majlis Undangan sebagai Council Negeri.
Perkara Sembilan Kuasa Membuat Undang
Pembahagian kuasa persekutuan dan Negeri seperti tercatat dalam Jadual 9, perlembagaan
Malaysia:
Senari 1: di bawah Kuasa Persekutuan
Senarai 2: Di bawah Kuasa negeri.
Senarai 2A: Tambhan kepada senarai negeri bagi negeri-negeri di Borneo
Senarai 3: Di bawah kuasa bersama dan
Senarai 3A: Tambahan kepada senarai bersama bagi negeri-negeri Borneo.
Pembahagian kuasa membuat undang-undang dibahagikan kepada Majlis Undangan
Persekutuandan Negeri. Majlis Undangan Persekutuan menentukan hal-hal ehwal luar,
pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang sivil dan jenayah, peraturan dan
pentadbiran keadilan, kerakyatan , jentera kewangan kerajaan, perdagangan, perniagaan dan
perusahaan, perkapalan, perhubungan dan pengangkutan, kerja raya dan tenaga, ukur, buruh,
koperasi hari-hari kelepasan, surat khabar, dan penyiaran dan syarikat-syarikat kerjasama.
Sementra Majlis Undangan Negeri berperanan dalam perkar-perkara seperti undang-
undang Islam, dan adat istiadat orang-orang asli, tanh, pertanian, hutan, kerajaan negeri,
penyelidikan, ganti rugi dan sebagainya, bagi perkar-perkara yang termasuk dalam senarai
bersama ialah kebajikan masyarakat, biasiswa, perlindungan binatang liar, ternakan,
perncangan bandar dan luar bandar, pengemis-pengemis dan penjaja, kesatuan dan
kebersihan awam, parit, dan tali air dan pemulihan tanah-tanah lombong.
Perkara Sepuluh Hak Keistemewaan Bumiputera
Tertakluk kepada pindaan berikut, cadangan dalam Laporan Cobbold seharusnya menentukan
hak kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan: Perenggan kecil (I)
seharusnya tidak mengandungi syarat mengenai penetapan selama 5 tahun. Untuk
penyelarasan dengan undang-undang kita, perenggan kecil (II) (a) sepatutnya menyatakan
tujuh daripada sepuluh tahun dan bukan lapan daripada dua belas tahun. Perenggan kecil
(II) tidak sepatutnya mengandungi sekatan berkenaan dengan kewarganegaraan ibubapa
seseorang yang dilahirkan di Borneo Utara selepas Hari Malaysia semestinya menjadi
warganegara persekutuan.
Pada prinsipnya suku kaum Bumiputera di Borneo Utara hendalah menikmati hak-hak
istimewa seperti yang dinikmati oleh kaum Melayu ketika ini tidak semestinya boleh digunakan
untuk Borneo Utara. Hak kedudukan istimewa Bumiputera ini disediakan dalam Perkhidmatan
Awam termaktub dalam Artikel 161 A Perlembagaan Persekutuan. dalam Artikel ini memberi
kedudukan Bumiputera di Borneo Utatara dengan hak keistimewaan orang Melayu di bawah
perkara 153.
Perkara Sebelas- Peraturan Dalam Masa Peralihan
"tempoh peralihan hendaklah tujuh tahun, dan dlam tempoh itu kuasa perundangan hendaklah
diserahkan pada negeri Borneo Utara oleh Perlembagaan dan tidak sekadar diamanahkan
kepada kerajaan negeri oleh kerajaan Persekutuan." hlm 82
Perkara ini dimasukkan ke dalam Perjanjian Malaysia atau Perlembgaan Persekutuan.
tempoh peralihan diberi selama tujuh tahun dan kuasa perundangan adalah di bawah kuasa
kerajaan Negeri. Tujuan tempoh peralihan ini adalah untuk membolehkan peningkatan
kesedaran politik di kalangan rakyat negeri Sabah supaya mereka faham akan tangungjawab
mereka sebagai pemimpin kerana mereka belum lagi mempunyai pengalaman dalam mentadbir
negeri sendiri sebelum penubuhan Malaysia.
Perkara Dua Belas- Undang-Undang Kuasa Kini
"undang -undang mengenai perkara-perkara Persekutuan yang baru sahaja dikuatkusakan
dalam sesebuah Borneo sebelum hari Malysia, hendaklah dijalankan dan diteruskan walau pun
di dapati tidak sesuai dengn sebarang peruntukan dalam perlembagaan sehingga diubah atau
dibatalkan oleh kuasa tertentu."

Perkara ini membincangkan tentang undang-undang Persekutuan yang dikuatkuasa di Borneo
Utara sebelum hari Malaysia di negeri -negeri tersebut hendaklah dijalankan walupun diadapati
tidak sesuai sehinggalah Perlembgaan diubah atau dipinda oleh mana-mana kusa tertentu.

You might also like