You are on page 1of 3

PEMISAHAN SINGAPURA

Sejak Singapura menyertai Malaysia, banyak perselisihan yang timbul antara kerajaan
Singapura dengan kerajaan Persekutuan di Kuala Lumpur. Perselisihan ini menjadi semakin
rumit dan mustahillah untuk Singapura terus kekal dalam Malaysia tanpa suasana tegang
yang boleh mencetuskan keganasan. Para pemimpin Malaysia, terutamanya Tunku Abdul
Rahman berpendapat lebih wajar Singapura berpisah daripada Malaysia sebagai jalan
keluar terbaik untuk mengatasi pelbagai krisis yang timbul, demi kepentingan perpaduan
kaum, kestabilan ekonomi dan menghindarkan konflik politik yang berterusan.

FAKTOR YANG MENYEBABKAN PEMISAHAN SINGAPURA DARI MALAYSIA

Perlembagaan
Mengikut perjanjian Malaysia, Singapura di beri kuasa untuk memungut cukai . Hasil
yang dikutip akan dibahagikan berasaskan kadar 60% untuk Singapura dan 40% untuk
kerajaan persekutuan. Disebabkan beban cukai Singapura yang paling ringan dan
bertambahnya perbelanjaan pertahanan, akibat konfrontasi, kerajaan Persekutuan
bercadang mengkaji semula agihan hasil dan Singapura perlu menyerahkan 60%
daripada jumlah hasilnya dan bukanya 40% seperti yang dipersetujui sebelumnya.
Cadangan ini dibantah oleh Singapura kerana mengikut perjanjian Malaysia, terdapat
satu persetujuan bahawa sehingga bu lan Disember 1968, kerajaan Persekutuan perlu
mendapat kebenaran kerajaan Singapura sebelum mengenakan cukai import yang
baharu. Kebenaran itu boleh ditangguhkan, jika sesuatu jenis cukai itu boleh
menjejaskan perdagangan bebas Singapura.

Apabila kerajaan Persekutuan membentangkan belanjawan bagi tahun 1965, terdapat


pelbagai cukai baharu yang dikenakan. Kerajaan Singapura membantah pengenalan
cukai-cukai baharu. Pada akhir bulan Februari 1965 , Tan Siew Sin sebagai Menteri
Kewangan mengarahkan para pengusaha di Singapura berunding dahulu dengan
kerajaan Persekutuan tentang perlindungan tarif, sebelum membuka kilang. Arahan
ini menimbulkan kemarahan para pengusaha di Singapura sehingga mendapat liputan
media yang meluas.

Persaingan politik antara PAP dan MCA


Pada 9 September 1963, Lee Kuan Yew telah menyatakan bahawa kegiatan politik PAP
hanya terbatas di Singapura dan PAP tidak bercadang untuk mengambil bahagian
dalam pilihanraya di Tanah Melayu dalam tempoh lima tahun selepas penyatuan.
Kemudianya, PAP memungkiri janji dan bergiat aktifdi Tanah Melayu lalu bertanding
dalam pilihanraya umum 1964. Tunku Abdul Rahman menegaskan bahawa PAP tidak
diperlukan di Tanah Melayu kerana penglibatannya yang terlalu awal akan
menjejaskan perpaduan kaum di Tanah Melayu dan hubungan antara UMNO dan MCA.
Oleh itu, PAP berminat untuk mengantikan MCA bagi mewakili kaum Cina dalam
Kerajaan Perikatan.
Masalah Perkauman
Masalah ini dapat dilihat pada hubungan antara UMNO dengan PAP yang semakin
renggang selepas dua tahun Singapura dalam Malaysia akibat peristiwa yang berlaku
di Singapura dan banyak perselisihan faham telah berlaku . Setelah menyertai
Malaysia, orang Melayu di negeri itu merasakan diri mereka diabaikan dan kerajaan
Singapura tidak mengambil tindakan untuk m embaiki kedudukan mereka dan
timbulnyua rasa kurang senang dalam kalangan orang Melayu di Singapura . Oleh itu,
beberapa buah pertubuhan yang mewakili orang Melayu menemui Tunku Abdul
Rahman untuk melaporkan perkara itu. Keadaan menjadi semakin serius selepas
Setiausaha Agong UMNO, Syed Jaafar Albar menuduh pemimpin PAP yang cuba
memecahkan perpaduan masyarakat Melay u di Singapura.

Kedudukan negeri-negeri di Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak dalam


Persekutuan Malaysia juga ditimbulkan oleh para pemimpin Singapura. Mereka
menggalakkan negeri-negeri itu menimbulkan soal perbezaan taraf ekonomi dan prinsip -
prinsip perlembagaan yang telah dipersetujui sehingga sesetengah pemimpin di
Sarawak, Sabah dan negeri-negeri lain bertindak balas. Sebahagian besar pihak
pembangkang terdiri daripada bukan Melayu, keadaan ini telah mencerminkan
penentangan mereka terhadap orang Melayu yang menguasai kerajaan. Keadaan yang
berlaku bukan lagi berbentuk pertikaian antara PAP dengan UMNO, tetapi lebih menjurus
rebutan kuasa politik antara kaum Melayu dengan bukan Melayu

Konsep Malaysian Malaysia


Sikap para pemimpin Singapura yang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia
tidak disenangi oleh pemimpin UMNO. Konsep ini menafikan institusi Kesultanan
Melayu serta mencabar hak istimewa orang Melayu dan bumiputera. Pada Mei 1965,
Lee Kuan Yew menubuhkan Malaysian Solidarity Convention dengan slogan ‘A
democratic Malaysian Malaysia’ sebagai satu pakatan dalam kalagan parti
pembangkang untuk menandingi Parti Perikatan. Beliau ingin mewujudkan satu
‘persamaan hak bagi semua” melalui satu ideologi politik, sosial dan ekonomi yang
sama untuk semua kaum.

Perbezaan Pendekatan Parti Perikatan dan PAP


Harapan PAP untuk mewujudkan masyarakat ‘bukan perkauman’ dan berpendapat konflik timbul
akibat wujudnya dua bentuk masyarakat yang berlainan. PAP berminat untuk berdebat secara
terbuka dalam hampir semua isu politik dan melaksanakan dasar-dasar baharu dengan segera.
UMNO daripada Parti Perikatan merupakan parti yang dibentuk dengan struktur perkauman
berdasarkan masyarakat majmuk yang sedia wujud di Malaysia. Parti Perikatan berpendapat
bahawa perbincangan secara terbuka tentang perbezaan kaum akan mencetuskan ketegangan dan
kekacauan. Perbezaan pendekatan dalam menghadapi isu-isu perkauman ini mencetuskan
pergeseran antara Parti Perikatan dengan PAP.
Kesimpulan
Akhirnya pada 9 Ogos 1965 , Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan perpisahan Singapura
daripada Malaysia. Singapura menjadi republik merdeka berasingan dalam Negara-negara
Komanwel. Hubungan yang tegang antara Singapura dengan Kerajaan Persekutuan akhirnya tiba
dikemuncaknya menjelang Mei 1965 sehingga menimbulkan kebimbangan Tunku Abdul Rahman
yang berpendapat Singapura perlu disingkirkan dari Malaysia. Akhirnya pada 9 Ogos 1965 , Tunku
Abdul Rahman telah mengisytiharkan perpisahan Singapura daripada Malaysia yang terdiri
daripada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dengan membentangkan rang undang-undang
pemishan Singapura. Singapura menjadi republik merdeka berasingan dalam Negara-negara
Komanwel. Pemisahan ini menamatkan pertikaian politik yang berlarutan antara kerajaan
Persekutuan dengan kerajaan Singapura. Pertikaian itu jika dibiarkan berterusan akan
memburukkan lagi keadaan sehingga mencetuskan rusuhan kaum dan pertumpahan darah. Setelah
pemisahanSingapura, Malaysia hanya terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah
dan Sarawak.

Cadangan

Isu penyingkiran Singapura dari Malaysia telah memberikan iktibar kepada kita. Sebagai
contohnya, kita haruslah bijak dalam menangani masalah yang dihadapi dan berusaha
untuk mengelakkan perkara yang buruk berlaku seperti tindakan dan kebijaksanaan Tunku
Abdul Rahman yang memisahkan Singapura daripada Malaysia. Seterusnya, kita
hendaklah berpegang teguh kepada pendirian diri dan tidak mudah terpengaruh oleh
orang lain.

Rujukan

1. Buku
 Nordin, M & Hussiin, H (2014). Pengajian Malaysia Edisi Kelima : Oxford Fajar.
2. Internet
 http://pembentukanmalaysia97.blogspot.com/2015/10/pemisahan-
singapura-semenjak-singapura_10.html

You might also like