You are on page 1of 7

4.

0 proses pembentukan persekutuan 1896 dan desentralisasi di NNMB

Amnya pembentukan persekutuan 1896 yang melibatkan empat negeri seperti Perak, Pahang,
Selangor dan Negeri Sembilan telah diilhamkan oleh sir Frederick Weld lebih awal daripada tarikh
pembentukannya. Akan tetapi idea beliau tidak mendapat tindak balas daripada tanah jajahan British.
Idea awal pembentukan persukutuan ini kemudiannya dikemukakan kembali oleh Frank Swattenham
iaitu semasa beliau menjadi residen di Perak, beliau telah menghantar surat cadangan pembentukan
persukutuan tersebut kepada C.P. Lucas di pejabat tanah jajahan pada tahun 1983, cadangan beliau
telah Berjaya dan diterima kerajaan British. Lazimnya, pembentukan persekutuan 1896 dikaitan
dengan desentralisasi sebagai alasan British untuk campur tangan dalam pendudukan mereka di
NNBS. Desentralisasi menurut kamus dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat adalah satu
“pembahagian kuasa yang lebih kepada kerajaan negeri yang bersekutu oleh kerajaan pusat”.
Awalya British pada 1890 telah menempatkan residensi-residensinya di negeri-negeri Melayu
bersekutu bertujuan untuk membantu raja-raja Melayu melicinan pentadbiran. Dalam pendudukan
disetiap residensi, residen telah ditetapkan satu garis panduan untuk menunaikan tugas mereka
sebagai penasihat raja dan bukannya pemerintah. Namun begitu, residen bertindak sebagai
pemerintah apabila kuasa diletakkan ditangan residen lebih berbanding raja Melayu. Tugas raja
hanya dapat dilihat melalui kuasa perkenan dalam menentukan hal dalam bidang legislatif dan
eksekutif.

Idea penubuhan dikemukakan oleh Frank Swattenham pada 1892 kepada gabenor negeri-
negeri selat, Cecil Smith. Rentetan itu, pada tahun 1893 Cecil Smith menghantar laporan kepada
pejabat tanah jajahan dan mula mengemukakan tentang pembentukan persukutuan yang melibatkan
negeri Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak. Dalam laporan itu juga, beliau
menegaskan penubuhan persekutuan akan menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi
politik, ekonomi dan sosial. Frank Swettenham mengambil inisiatif, dengan mendapatkan
persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang dipertuan Besar Negeri Sembilan
terhadap penubuhan persekutuan. Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani perjanjian
persekutuan. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles
Mitchell menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat. Dalam perkara 2 perjanjian itu, pembentukan
persekutuan ini juga dikenali sebagai Protected Malay States.1

5.0 faktor pembentukan persekutuan 1896

5.1 Untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran

Perlaksanaan sistem Residen sebenarnya dilakukan lebih awal iaitu sejak awal pendudukan British di
Negeri- negeri Melayu bersekutu lagi. Perkembangan ini telah menyebabkan Residen dilantik di Perak
pada November 1874, di Selangor pada Disember 1874, Pahang pada tahun 1888 dan Negeri
Sembilan pada tahun 1895. Tujuan utama pelantikan Residen yang dihantar di setiap negeri ini adalah
sebagai penasihat dalam pentadbiran khususnya menasihati Sultan dalam semua hal kecuali hal-hal
yang berkaitan dengan agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu. Walau bagaimanapun, Residen
tidak diberi garis panduan di dalam melaksanakan tugas di Negeri-negeri Melayu. Ini menyebabkan
mereka mentadbir setiap negeri mengikut kemahuan mereka sendiri. Kedudukan Sultan di Setiap
negeri hanyalah sebagai pemerintah boneka. Tambahan pula ketika itu kelemahan sistem
perhubungan menyebabkan Gabenor di singapura tidak dapat mengawal secara langsung setiap
tindakan residen. Hal ini menyebabkan mereka berani menguatkan kekuasaan mereka melebihi
pemerintah tempatan. Perlaksanaan sistem Residen bergantung kepada sepenuhnya di atas
kebijaksanaan Residen yang dilantik. Kejayaan dan kegagalan menjadi tanggungjawab Residen.
Akibatnya, berlaku ketidakseragaman dalam pentadbiran di negeri Perak, Selangor, Pahang dan
Negeri Sembilan. Perkembangan ini disebabkan setiap residen yang memerintah disetiap negeri
memerintah dengan cara yang berbeza-beza.

Sementelahan itu, ianya telah menyebabkan setiap negeri berbeza dalam pentadbiran
undang-undang tanah, keadilan dan juga cukai. Akibatnya kemajuan secara tidak seimbang berlaku
iaitu negeri seperti Perak dan Selangor menjadi negeri kaya manakala negeri pahang masih menjadi
negeri miskin. Kedua-dua negeri kaya tidak dapat membantu Pahang kerana awal pendudukan
residensi British mencatatkan politik yang beransingan bagi kesemua negeri. Bagi Frank Swattenham,
pembentukan persukutuan akan menyumbang kepada keseragaman dan kecekapan pentadbiran. Ini

1
Che Pa. 2013. Pengaruh Inggeris dan kesannya terhadap keanggotaan dalam badan perundangan di
Tanah Melayu. Universiti Malaya. Hlm 250
kerana persekutuan 1896 adalah satu sistem pemerintahan yang pentadbirannya dijalan mengikut
arahan kerajaan dan arahan pusat. Perbezaan ekonomi antara negeri negeri-seperti Perak, Selangor
dan pahang juga dapat diselaras dan disamaratakan, kerana pemerintahan berbentuk pemusatan
kuasa akan mengurangkan kos pemerintahan dibawa satu unit politik.2 Usaha lain juga dapat
dilakukan iaitu dengan perkongsian perbendaharaan untuk membantu negara seperti pahang serta
membina sistem perhubungan seperti jalan raya dan kereta api didalam persekutuan NNMB.

5.2 Menghadkan kuasa Residen

selepas termeterainya perjanjian Pangkor 1874, British telah meletakkan negeri-negeri Melayu
sebagai negeri yang dilindungi dan bukan sebagai tanah jajahannya. Pada tahun 1889, residen telah
ditempatkan di Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang bertujuan untuk membantu Sultan
dalam pentadbiran. Dasar British kepada residen adalah jelas iaitu : menginginkan residen-residen
mengikut garis panduan yang disediakan dan bukannya sebagai pemerintah.3 Para residen tidak
dibenarkan campur tangan dalam hal pentadiran negeri. Namun demikian, residen tidak dapat
dikawal dan menyebabkan mereka menjadi ketua tadbir disetiap negeri. Perkembangan ini
menunjukkan kuasa Sultan telah berpindah ke tangan residen secara tidak langsung. Kuasa dan daulat
Sultan Melayu hanya dapat dilihat melalui perkenannya dalam bidang eksekutif dan legislatif.
Rentetan itu, Majlis mesyuarat negeri telah ditubuhkan sebagai satu badan perundangan dan
eksekutif. Diantara MMN yang paling awal dibentuk adalah di negeri Perak dan Selangor iaitu pada
1877. Pada masa itu MMN adalah badan kecil yang ahlinya hanya dianggotai beberapa orang Melayu,
Cina dan orang British. Sir Hug Low di Perak telah membentuk satu pemerintahan yang berbentuk
mesyuarat. Tindakan beliau adalah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pemimpin Melayu
didalam MMN bahawa pelantkan residen hanya sebagai penasihat bukannya pemerintah.

Kuasa residen dalam pemerintahan jelas apabila kekuasaan Sultan Melayu dihadkan kecuali
dalam bidang dan hal-hal keagamaan. Walaupun Residen dilantik sebagai penasihat, mereka muncul
sebagai kuasa paling berkesan kerana segala urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Residen.

2
Ibid, hlm 252
3
Ahmad Kamal Ariffin Mohd. Rus M.A. 1999. Majlis mesyuarat persekutuan 1909-1927: Asas dan kesan
pembentukannya. Persatuan Sejarah Malaysia. Hlm 24-25
Sultan dan Majlis Negeri tidak dapat menyekat kuasa Residen. Malah Sultan dan pembesar Melayu
terpaksa merujuk kepada Residen dalam menjalankan pentadbiran negeri. Majlis Mesyuarat Negeri
kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran kerana Residen mempunyai kuasa mutlak. Semua
undang-undang yang diluluskan seperti Undang-undang Tanah mesti ditandantangani oleh Residen
sebelum berkuatkuasa. Gabenor Negeri-negeri Selat juga tidak dapat mengawal kuasa Residen
kerana beliau berada di Singapura dan sibuk dengan urusan-urusan Negeri-negeri Selat.
Terbentuknya persekutuan 1896 sedikit sebanyak mendatangkan kebaikan. Salah satu sebab Frank
Swattenham mengusulkan pembentukan persekutuan 1896 adalah untuk menghadkan kekuasaan
residen. Menurutnya, segala tindakan residen akan dapat dikawal dengan terbentuknya persekutuan
1896. Jika diteliti pembentukan persekutuan ianya tidak secara langsung memperuntukkan tetang
persekutuan semata-mata. Mengikut perkara 5 perjanjian persekutuan 1896, pembentukan ini
dlakukan tidak bertujuan untuk mengurangkan kuasa sultan.4

5.3 Masalah negeri dan bantuan kewangan

Modus operandi yang dijadikan alasan pembentukan persekutuan adalah masalah setiap negara
anggota khususnya berkaitan kewangan. Artikel 5 dan artikel 20 perjanjian persekutuan ada
menyataka :

The above-name rulers also agree to give to those States in federation which require it such assistance
in men, money, or other respect as the British goverment, through its duly appointed officers my
advice

Artikel 20 persekutuan mengadakan peruntukan bahawa Perak perlu memperuntukan 53% daripada
untuk pembelanjaan persekutuan, Selangor 42% , Negeri Sembilan 4% dan pahang 1%. Contohnya,
satu jabatan persekutuan 6,000 pound sterling setahun, maka Perak akan memperuntukkan 3,180
ound sterling, Selangor 2,520 pound sterling pound sterling, Negeri Sembilan 240 pound Sterling dan

4
Ibid., 23-24
Pahang sebanyak 60 pound sterling. Peruntukan tersebut adalah untuk membolehkan membiayai
penubuhan jabatan seperti, jabatan pertanian, hutan, polis, kerja raya, dan lain-lain jabatan.5

Sebagai contoh, masalah kewangan Pahang menyebabkan British menubuhkan Negeri-negeri


Melayu Bersekutu. British menduduki Pahang pada tahun 1886 di mana J.P. Rodgers menjadi Residen
pertama. British mengambil Pahang dengan harapan Pahang mempunyai prospek ekonomi
cemerlang. Apa yang sebenarnya ialah Pahang merupakan negeri miskin dengan jumlah penduduk
dan hasil bumi yang kurang. Pada tahun 1890-an, Pahang menghadapi masalah kewangan. Dalam
menjalankan pentadbiran, British mendapat bantuan kewangan dari Negeri-negeri Selat. Pada akhir
tahun 1891, hutang Pahang pada Negeri-negeri Selat ialah $600 ribu. Pada akhir tahun 1892, hutang
meningkat kepada $800 ribu.6 Masalah kewangan Pahang semakin runcing apabila berlaku
kebangkitan Pahang 1891-1895. Jadi beberapa cadangan dikemukakan oleh British untuk mengatasi
masalah ini.

Cadangan pertama ialah British berundur dari Pahang dan menyerahkan pentadbiran kepada
Sultan. Langkah ini tidak dapat dilaksanakan kerana ia menjatuhkan maruah British. Tindakan ini juga
membuka peluang kepada kuasa lain untuk bertapak di Pahang yang sudah tentu akan menjejaskan
kepentingan British. Cadangan kedua ialah British mendapatkan pinjaman dari Negeri-negeri Selat. Ia
tidak dapat dilaksanakan kerana pada tahun 1890-an, Negeri-negeri Selat juga menghadapi masalah
kewangan. Hutang yang berjumlah $800 ribu pada tahun 1892 masih belum diselesaikan. Cadangan
ketiga ialah British mendapat bantuan kewangan dari negeri yang kaya seperti Perak dan Selangor.
Cadangan ini tidak dapat dilaksanakan kerana Perak dan Selangor enggan membantu sebab ianya
satu unit politik berasingan. Diharapkan dengan penubuhan persekutuan, hasil negeri kaya seperti
Perak dan Selangor dapat digunakan untuk membantu negeri-negeri miskin seperti Pahang jika
negeri-negeri ini digabungkan sebagai satu unit politik.7 Frank Swettenham dan C.D. Cowan (Pegawai
Tanah Jajahan) menegaskan British tidak sepatutnya berundur dari Pahang sebaliknya memajukan
Pahang daripada hasil Perak dan Selangor apabila ia bergabung.

5
Sivachandralingham Sundara Raja. persekutuan 1896: Antara impian dan kenyataan. Sejarah Jurnal
jabatan sejarah Universiti Malaya. 2002. hlm 55-56
6
Wan Shamsudin bin Muhammad Yusof. Kursus ulang kaji tawarikh Tanah Melayu (1400-1963). Pustaka
Maha. 1967. Hlm 166
7
Ibid,. hlm 165
5.4 Keselamatan

A.C. Miller menegaskan faktor keselamatan menyebabkan penubuhan Negeri-negeri Melayu


Bersekutu pada tahun 1896. British bimbang kekacauan seperti Perang Perak pada 1875-an dan
Kebangkitan Pahang 1891-1895 akan berlaku lagi. Penubuhan persekutuan akan membolehkan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai kemampuan dan keupayaan dari segi ketenteraan,
khususnya dalam menjaga keamanan persekutuan tanpa mengharapkan bantuan luar. C.P. Lucas
dalam laporannya menegaskan penubuhan persekutuan perlu dilihat dari segi aspek keselamatan
negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat.
Rujukan

Ahmad Kamal Ariffin Mohd. Rus M.A. (1999). Majlis mesyuarat persekutuan 1909-1927: Asas dan
kesan

pembentukannya. Persatuan Sejarah Malaysia.

http://myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1542/1/MDSS_1999_Bil.27_3.pdf

Barbara Watson Andaya dan Leonard Y Andaya. (2017). A History of Malaysia. Palgrave Macmillan in

The US is a Division of St. Martin’s Press LLC, 175 Fitfth Avenue, New York.

Nik Hasnah Nik Mahmood. (1997). Orang-orang China di Tanah Melayu. Universiti Teknologi Malaysia

80990 Skudai, Johor Bahru, Malaysia.

Sivachandralingham Sundara Raja. (2002). persekutuan 1896: Antara impian dan kenyataan. Sejarah

Jurnal jabatan sejarah Universiti Malaya.

Wan Shamsudin bin Muhammad Yusof. (1967). Kursus ulang kaji tawarikh Tanah Melayu (1400-

1963). Pustaka Maha.

You might also like