You are on page 1of 5

Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896

Pengenalan
Idea penubuhan persekutuan dikemukakan oleh Frank Swettenham pada
tahun 1892 kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun
1893, Cecil Smith menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan
mencadangkan penubuhan persekutuan yang terdiri daripada Perak,
Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Dalam laporan itu, beliau
menegaskan penubuhan persekutuan akan menguntungkan British dan
negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan sosial. Frank Swettenham
mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan Sultan Perak,
Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap
penubuhan persekutuan. Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut
menandatangani perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri
Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor
Negeri-negeri Selat.
Faktor-faktor penubuhan
1. Untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran
Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan Residen dilantik di Perak
pada November 1874, di Selangor pada Disember 1874, Pahang pada tahun
1888 dan Negeri Sembilan pada tahun 1895. Residen dihantar sebagai
penasihat untuk menasihati Sultan dalam semua hal kecuali hal-hal yang
berkaitan dengan agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu. Walau
bagaimanapun, Residen tidak diberi garis panduan di dalam melaksanakan
tugas di Negeri-negeri Melayu. Perlaksanaan sistem Residen bergantung
kepada sepenuhnya di atas kebijaksanaan Residen yang dilantik. Kejayaan
dan kegagalan menjadi tanggungjawab Residen. Akibatnya, berlaku
ketidakseragaman dalam pentadbiran di negeri Perak, Selangor, Pahang dan
Negeri Sembilan. Kemajuan di antara negeri ini juga tidak seimbang kerana
kebolehan dan cara pentadbiran Residen berbeza-beza.

Terdapat juga perbezaan-perbezaan dalam pentadbiran Undang-uhndang


Tanah, keadilan dan sistem cukai di antara negeri-negeri tersebut.
Kemajuan juga tidak seimbang di mana negeri yang kaya iaitu Perak dn
Selangor lebih maju dari negeri yang miskin seperti Pahang. Kerjasama
antara negeri sukar dijalankan sebab negeri ini mempunyai unit politik yang
berasingan. Frank Swettenham berpendapat penubuhan persekutuan akan
mewujudkan keamanan dan kecekapan pentadbiran kerana pentadbiran
akan dijalankan mengikut arahan pusat. Perkara yang berkaitan seperti
sistem pentadbiran, cukai, undang-undang tanah dan keadilan akan
disatukan dan diselaraskan. Hal ini akan menjimatkan kos pentadbiran.
Usaha memajukan sistem perhubungan juga dapat dilaksanakan dengan
menghubungkan jalan raya dan keretapi di negeri tersebut. Pada dasarnya,
penubuhan persekutuan akan mewujudkan kerjasama ekonomi, politik dan
sosial.
2. Menghadkan kuasa Residen
Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan perlantikan Residen di
Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Walaupun Residen dilantik
sebagai penasihat, mereka muncul sebagai kuasa paling berkesan kerana
segala urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Residen. Sultan dan
Majlis Negeri tidak dapat menyekat kuasa Residen. Malah Sultan dan
pembesar Melayu terpaksa merujuk kepada Residen dalam menjalankan
pentadbiran negeri. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai
institusi pentadbiran kerana Residen mempunyai kuasa mutlak.

Semua undang-undang yang diluluskan seperti Undang-undang Tanah mesti


ditandantangani oleh Residen sebelum berkuatkuasa. Gabenor Negeri-
negeri Selat juga tidak dapat mengawal kuasa Residen kerana beliau berada
di Singapura dan sibuk dengan urusan-urusan Negeri-negeri Selat.
Penubuhan persekutuan akan mengurangkan kuasa Residen kerana mereka
terpaksa tertakluk kepada arahan kerajaan pusat dan pentadbiran negeri.
3. Masalah kewangan Pahang
Ahli-ahli sejarah seperti Profesor Khoo Kay Kim dan K.G. Tregonning
berpendapat bahawa masalah kewangan Pahang menyebabkan British
menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. British menduduki Pahang
pada tahun 1886 di mana J.P. Rodgers menjadi Residen pertama. British
mengambil Pahang dengan harapan Pahang mempunyai prospek ekonomi
cemerlang. Apa yang sebenarnya ialah Pahang merupakan negeri miskin
dengan jumlah penduduk dan hasil bumi yang kurang.

Pada tahun 1890-an, Pahang menghadapi masalah kewangan. Dalam


menjalankan pentadbiran, British mendapat bantuan kewangan dari Negeri-
negeri Selat. Pada akhir tahun 1891, hutang Pahang pada Negeri-negeri
Selat ialah $600 ribu. Pada akhir tahun 1892, hutang meningkat kepada
$800 ribu. Masalah kewangan Pahang semakin runcing apabila berlaku
kebangkitan Pahang 1891-1895. Jadi beberapa cadangan dikemukakan oleh
British untuk mengatasi masalah ini.
Cadangan pertama ialah British berundur dari Pahang dan menyerahkan
pentadbiran kepada Sultan. Langkah ini tidak dapat dilaksanakan kerana ia
menjatuhkan maruah British. Tindakan ini juga membuka peluang kepada
kuasa lain untuk bertapak di Pahang yang sudah tentu akan menjejaskan
kepentingan British.
Cadangan kedua ialah British mendapatkan pinjaman dari Negeri-negeri
Selat. Ia tidak dapat dilaksanakan kerana pada tahun 1890-an, Negeri-negeri
Selat juga menghadapi masalah kewangan. Hutang yang berjumlah $800
ribu pada tahun 1892 masih belum diselesaikan.
Cadangan ketiga ialah British mendapat bantuan kewangan dari negeri yang
kaya seperti Perak dan Selangor. Cadangan ini tidak dapat dilaksanakan
kerana Perak dan Selangor enggan membantu sebab ianya satu unit politik
berasingan.
Diharapkan dengan penubuhan persekutuan, hasil negeri kaya seperti Perak
dan Selangor dapat digunakan untuk membantu negeri-negeri miskin
seperti Pahang jika negeri-negeri ini digabungkan sebagai satu unit politik.
Frank Swettenham dan C.D. Cowan (Pegawai Tanah Jajahan) menegaskan
British tidak sepatutnya berundur dari Pahang sebaliknya memajukan
Pahang daripada hasil Perak dan Selangor apabila ia bergabung.
4. Keselamatan
A.C. Miller menegaskan faktor keselamatan menyebabkan penubuhan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. British bimbang
kekacauan seperti Perang Perak pada 1875-an dan Kebangkitan Pahang
1891-1895 akan berlaku lagi. Penubuhan persekutuan akan membolehkan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai kemampuan dan keupayaan
dari segi ketenteraan, khususnya dalam menjaga keamanan persekutuan
tanpa mengharapkan bantuan luar. C.P. Lucan dalam laporannya
menegaskan penubuhan persekutuan perlu dilihat dari segi aspek
keselamatan negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat.
5. Dasar British
Memang menjadi dasar British pada akhir abad ke-19 untuk
menggabungkan negeri kecil di bawah satu pentadbiran yang dikenali
sebagai persekutuan. Penubuhan persekutuan akan memberi kebaikan
politik, ekonomi dan sosial kepada British dan Negeri Melayu. Negeri-negeri
Melayu Bersekutu ditubuhkan selepas kejayaan British dalam penubuhan
persekutuan di Amerika Utara, India, Afrika, Australia dan New Zealand.
Pendapat ini disokong oleh ahli sejarah seperti A.C. Miller dalam bukunya
“Federation Decision of 1895” dan Jagjit Singh dalam bukunya
“Administration of the Federation Malay States 1896-1920”.
Syarat-syarat perjanjian persekutuan
1. Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan digabungkan sebagai
persekutuan yang dikenali sebagai “Ngeri-negeri Melayu Bersekutu”.
Persekutuan menjadi negeri lindungan British di mana hal ehwalnya
dikuasai oleh British.
2. Perjanjian ini mengesahkan semua perjanjian yang ditandatangani di
antara keempat-empat negeri itu.
3. Kuasa Sultan hanya terhad ke atas negeri tersebut. Sultan tidak boleh
mengadakan hubungan dengan kuasa lain tanpa kebenaran British.
4. Persekutuan diketuai oleh Residen Jeneral.
5. Gabenor Negeri-negeri Selat dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi
Persekutuan.
6. Residen akan menjalankan pentadbiran mengikut arahan kerajaan pusat.
7. Beberapa jabatan persekutuan akan ditubuhkan.
8. Kuala Lumpur menjadi ibu negeri.
9. Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan menubuhkan pasukan tentera
untuk menjaga keamanan persekutuan dan Negeri-negeri Selat jika
diperlukan.
10. Kerjasama antara negeri akan dijalankan dalam politik, ekonomi dan
sosial.
11. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi
digubal oleh pegawai persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-
undang.
12. Majlis Mesyuarat Raja-raja akan ditubuhkan.
13. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang menjadi badan pentadbiran Negeri-
negeri Melayu Bersekutu akan ditubuhkan.
14. Tiada syarat dalam perjanjian ini yang bertujuan mengurangkan
kekuasaan dan kewibawaan Sultan.

http://cikgurazak.blogspot.com/2011/01/negeri-negeri-melayu-bersekutu-
1896.html

You might also like