You are on page 1of 2

Idea penubuhan persekutuan dikemukakan oleh

Frank Swettenham pada tahun 1892 kepada Gabenor


Negeri-Negeri Selat, Cecil Smith.
Pada tahun 1893, Cecil Smith menghantar laporan
kepada Pejabat Tanah Jajahan untuk mencadangkan
penubuhan persekutuan yang terdiri daripada negerinegeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Dalam laporan itu, beliau menegaskan bahawa
penubuhan persekutuan akan menguntungkan
British dan negeri-negeri tersebut dari segi politik,
ekonomi dan sosial.
Frank Swettenham mengambil inisiatif serta
berusaha untuk mendapatkan persetujuan Sultan
Perak, Sultan Selangor, Sultan Pahang dan Yang
Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap
penubuhan persekutuan.
Pada 1 Julai 1895, Sultan-Sultan tersebut
menandatangani perjanjian persekutuan.
Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu
ditubuhkan secara rasmi.
Persekutuan bermaksud satu sistem pemerintahan
yang menggabungkan beberapa buah negeri bebas
menjadi satu unit politik yang baru di bawah
pentadbiran kerajaan pusat.

Menurut Perjanjian Persekutuan negeri-negeri Perak,


Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan disatukan
menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB).
Pusat pentadbiran Persekutuan terletak diKuala
Lumpur. Pentadbiran kerajaan Persekutuan
dibahagikan kepada dua iaitu Kerajaan Pusat dan
Kerajaan Negeri. Residen Jeneral pertama ialah Frank
Swettenham.
Tidak dinafikan bahawa Sistem Residen telah
membawa kemajuan politik, ekonomi, dan sosial di
Negeri-Negeri Melayu.
Namun kemajuan yang dicapai tidak menyeluruh
kerana corak pentadbiran negeri yang berbeza.
Dengan penubuhan Persekutuan, diharapkan agar
masalah ini dapat diatasi.
Hakikatnya, penubuhan Persekutuan 1895
merupakan helah British untuk mengurangkan kuasa
Raja-Raja Melayu dan mengukuhkan kedudukan
British ke atas Negeri-Negeri Melayu.
Terdapat beberapa faktor utama yang mendorong
British untuk menubuhkan Persekutuan 1896 dan
penubuhan ini turut mengakibatkan beberapa kesan.

You might also like