You are on page 1of 16

(I) Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Kedah

(II) Dol Said Pahlawan Naning

Joyce Ting Chin


Juliet Coji Siew
Teh Seah Ching

Pada tahun 1821, sebanyak 7000 tentera Siam telah


menyerang Kedah dengan mengepung Kuala Kedah.
Askar Siam bertindak kejam dengan merampas dan
merosakkan

harta

benda,

membakar

dan

memusnahkan rumah orang-orang kampung dan


menawan penduduk untuk dijadikan hamba di Siam.
Siam dibantu oleh British yang ada di Pulau Pinang.

Perang pembebasan Kedah dipimpin oleh:


- Sultan Ahmad Tajuddin
Dibantu oleh:
- Tunku Abdullah
- Tunku Kudin (Syed Zainal Abidin)
- Tunku Long
- Tunku Muhammad Saad
Perjuangan disokong oleh:
- Tok Mo Ris (Pemimpin rakyat)
- Syeikh Abdul Kadir (Pemimpin agama)

1823: Tunku Abdullah bersama 3000 tentera


menyerang Siam melalui Seberang Perai tetapi
gagal kerana Siam dibantu oleh British.
1831: Tunku Kudin berjaya menawan Kedah
melalui Melaka. British menghantar 5 buah
kapal perang untuk mengepung perairan Kedah.
Tindakan British menyebabkan Kedah terputus
bekalan makanan dan bantuan tentera dari luar.
Tunku Kudin akhirnya terkorban.

1836: Sultan Ahmad Tajuddin ditangkap selepas


British mengetahui baginda mahu menyerang
Siam melalui Beruas, Perak.

1838: Tunku Muhammad Saad dan tentera Kedah


berjaya tawan semula Selatan Kedah, Kota Kuala
Kedah dan Songkhla. Siam berjaya tawan Kedah
dengan bantuan British.
1842:

Semangat

menentang

rakyat

Kedah

menyebabkan Siam berdamai dengan Kedah. Sultan


Ahmad Tajuddin menghantar puteranya ke Bangkok
untuk berunding. Siam kembalikan takhta Kedah.
Kesan: wilayah Perlis, Setul dan Kubang Pasu
diasingkan dari Kedah.

Dol Said Pahlawan Naning


Naning
Kawasan : terletak antara Rembau dengan
Melaka
Penghulu : Dato' Naning Abdul Said ( Dol Said )
Pusat pentadbiran : Taboh
Hasil Keluaran : padi , buah-buahan , sirih dan
bijih timah

FAKTOR PENENTANGAN DOL SAID DI


NANING
`
1. Mempertahankan kemerdekaan Naning
Pada tahun 1824, British dan Belanda telah
menandatangani perjanjian Inggeris-Belanda.
Menurut perjanjian ini, Melaka diserahkan
kepada

British.

British

mendakwa

Naning

merupakan sebahagian daripada Melaka dan ini


menyebabkan

British

mengarahkan

mematuhi peraturan yang ditetapkan di

Naning

Melaka. Dakwaan ini tidak dapat diterima Dol


Said dan rakyat Naning.
2. Menentang bayaran cukai
Melalui undang-undang 1830, British memaksa
Naning membayar cukai 1/10 daripada hasil
pertanian setelah British mendapati hasil daerah
Naning berjumlah 4500 dolar sebulan.

3. Menentang perlaksanaan Undang-undang


British
British

juga

memperkenalkan

peraturan

penghulu yang menggugat kuasa Dol Said.


Peraturan ini melarang penghulu ( Dol Said )
untuk membicarakan kes jenayah. Pada tahun
1828, Dol Said diberi amaran oleh British kerana
menyelesaikan kes jenayah di Naning. Beliau
juga diugut akan dilucutkan jawatan jika tidak
mematuhi arahan British.

PERISTIWA PERANG 1831


British mengishtiharkan Dol Said sebagai
penderhaka. British menghantar 150 orang
sepoi yang diketuai oleh Kapten Wyllie untuk
menyerangnya tetapi angkatan British berjaya
ditewaskan.

Faktor kemenangan Dol Said :


Penggunaan taktik gerila
Bantuan daripada Seri Menanti , Sungai Ujong ,
Johol dan Muar
Pertolongan

daripada pasukan

bantuan yang

diketuai oleh menantu Yamtuan Raja Muda Ali dari


Rembau iaitu Syed Sha'aban.

British sedar bahawa Naning tidak mudah


dikalahkan. Oleh itu , British 'berunding' dengan
Yamtuan Raja Muda Ali dan beliau bersetuju
membantu British dengan menghantar 600
orang hulubalang untuk menyerang Naning .

PERISTIWA PERANG 1832


Kolonel Herbert mengetuai pasukan tentera
menyerang Naning. Pakatan British dengan
Rembau telah berjaya mengalahkan Naning.
Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya
menyerah diri kepada British.

Kesan perang :
Taboh telah ditawan.
Rumah penduduk Naning telah dibakar.
Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka.
Daerah Naning dan Melaka disatukan.
British mengalami kerugian sebanyak 100 000
paun sterling walaupun berjaya mengalahkan
Naning.

Walaupun orang Naning gagal dalam perang


tetapi berjaya menghidupkan semangat juang di
kalangan bangsa Melayu.

You might also like