You are on page 1of 30

BINCANGKAN TENTANG SEJARAH PERKEMBANGAN DASAR KOLONIALISASI BRITISH TANAHAN MELAYU BERMULA DARI PERJANJIAN INGGERIS BELANDA 1824

KOLONIALISASI DI TANAH MELAYU TAKRIF KOLONIALISASI Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, perkataan kolonialisme membawa maksud dasar atau amalan sesebuah negara ke atas sesebuah negara yang lain dan kolonialisasi adalah merujuk kepada proses ke arah menjayakan kolonialisme. Perkataan ini sebenarnya berasal daripada perkataan colonia dalam bahasa Latin yang ertinya tanah jajahan atau permukiman.

KOLONIALISASI DI TANAH MELAYU Kolonialisasi adalah suatu proses yang membawa kepada sebuah negara menguasai rakyat dan sumber kekayaan negara lain tetapi tetap berhubungan dengan negara asal.

Dalam konteks Tanah Melayu misalnya, proses kolonialisasi British ke atas Tanah Melayu menyebabkan kerajaan-kerajaan tempatan di Tanah Melayu menerima sistem pemerintahan dan birokrasi British dan hasil bumi negara telah dikaut dan diangkut keluar ke Eropah.

PENGLIBATAN BRITISH DI MELAKA Pada tahun 1795, Peranchis menakluki Belanda dan Raja Belanda William of Orange ke-V yang tidak mahu jajahan Belanda jauh ke tangan Peranchis melarikan diri ke England dan diberi perlindungan politik oleh British.

Kedua-dua negara, Belanda dan Britain bersahabat baik kerana masingmasing mahu mengelakkan perluasan kuasa Peranchis di Eropah.
Raja Belanda yang mendakwa dirinya sebagai pemerintah Belanda yang sah dan telah menubuhkan kerajaan buangan untuk menjalankan gerakan penentangan atas Perancis dari seberang laut.

PENGLIBATAN BRITISH DI MELAKA Selepas menakluki negara Belanda, Peranchis berhasrat untuk menguasai wilayah-wilayah Belanda di Asia Tenggara. Dua buah pusat perdagangan Belanda yang penting di Asia Tenggara ialah Bangkahulu dan Betawi. Jika hasrat Peranchis tercapai, kedudukan pihak Britain akan terancam. Bagi menghalang hasrat Peranchis , Raja Belanda yang mendakwa tanah jajahan Belanda di seberang laut masih menjadi milik kerajaannya telah mengeluarkan arahan yang dinamakan surat Kew kepada semua Gabenor yang mentadbir wilayah-wilayah Belanda seberang laut supaya menyerahkan pentadbiran wilayah tersebut kepada pihak British.

PENGLIBATAN BRITISH DI MELAKA Berdasarkan arahan surat-surat Kew, semua wilayah Belanda di seberang laut akan diserahkan kepada British semasa peperangan berlangsung.

Setelah perang tamat, semua wilayah berkenaan hendaklah diserah kembali kepada Belanda. Surat-surat Kew memberi harapan baru kepada British untuk meneruskan perluasan kuasa di Asia Tenggara yang sukar dihalangi oleh Peranchis. Selepas arahan itu diterima, kerajaan British bertindak pantas dengan mengambil alih kesemua wilayah Belanda di seberang laut, termasuk Melaka daripada Belanda pada bulan Ogos 1795.

PENGLIBATAN BRITISH DI MELAKA Penduduk British di Melaka hanya bersifat sementara. Setelah Perang Napoleon tamat pada tahun 1815, Melaka terpaksa diserahkan kembali kepada pihak Belanda. Walau bagaimanapun, British menyerahkan negeri tersebut sepenuhnya sebagai memenuhi syarat dalam perjanjian Inggeris- Belanda 1824.

PENGLIBATAN BRITISH DI PULAU PINANG Pada tahun 1711, Sultan Kedah telah menawarkan untuk mendirikan pusat perniagaan di persisiran pantai Kedah tetapi ditolak oleh Francis Light. Namun selepas dia berkhidmat di Syarikat Hindia Timur Inggeris, barulah dia menerima tawaran tersebut tetapi menukarkan kawasan persisiran pantai Kedah kepada Pulau Pinang ( pulau jajahan Kedah ) Syarat Sultan Kedah : British kena membayar sebanyak $ 30,000.00 ( sebagai ganti rugi ) Memberi perlindungan ketenteraan kepada Kedah ( Siam di utara dan Bugis di selatan )

PENGLIBATAN BRITISH DI PULAU PINANG Francis Light telah mendarat di Pulau Pinang secara rasminya pada 11 Ogos 1786 di atas nama pemerintahan British. Pulau Pinang telah menjadi sebuah pelabuhan bebas yang amat berjaya disamping menjadi pangkalan tentera dan pusat pembekalan makanan. Satu lagi perjanjian telah dibuat pada tahun 1800 untuk menyerahkan Province Wellesly kepada British oleh Sultan Kedah dengan bayaran sebanyak $4,000.00 satahun.

PENGLIBATAN BRITISH DI SINGAPURA Semasa 1819, Raffles bertemu dengan Temenggung Abdul Rahman untuk membuat perjanjian memperoleh kebenaran membuka loji di Singapura dengan bayaran sebanyak $3,000 setahun. Perjanjian awal ini dibuat tanpa mendapatkan keizinan Sultan Johor kerana Sultan Johor dibawah pengaruh Belanda dan pasti baginda tidak akan memberi keizinan. Pada awal abad ke-19, berlaku perebutan tahkta antara Tengku Hussein (putera sulung) dan Tengku Abdul Rahman (putera bongsu) setelah kemangkatan ayahanda mereka Sultan Mahmud. Namun begitu, Tengku Abdul Rahman pula yang diangkat menjadi Sultan Johor kerana pengaruh Bugis pada masa itu amat kuat iaitu akibat bondanya yang bersaudara dengan Yamtuan Muda ketua orang Bugis

PENGLIBATAN BRITISH DI SINGAPURA Raffles berusaha memujuk Temenggung Abdul Rahman supaya menawarkan jawatan Sultan Johor kepada Tengku Hussein dan akhirnya beliau bersetuju ekoran daripada kekecewaan nya tidak dilantik menjadi Sultan sebelum ini. Beliau diangkat menjadi Sultan Johor pada januari 1819 dan bergelar Sultan Hussein Muhammad Shah. Sebagai balasan, Sultan Hussein menerima $5,000 manakala Temenggung Abdul Rahman pula menerima $3,000 setahun sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini. Kedua-duanya bersetuju tidak akan membuat sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak tanpa persetujuan Raffles.

PENGLIBATAN BRITISH DI SINGAPURA Melalui perjanjian ini, Singapura secara rasminya telah diserahkan kepada Syarikat Hindia Timur British. Singapura berperanan sebagai pangkalan dan pelabuhan persinggahan di antara Selat Melaka dengan Laut China Selatan sehinggakan berjaya mengambil alih peranan Melaka pada abad ke-15. kedudukan Singapura sebagai sebuah pelabuhan bebas telah berjaya memecahkan monopoli perdagangan Belanda di Asia Tenggara.

PERJANJIAN INGGERIS BELANDA 1824

PERJANJIAN INGGERIS BELANDA 1824


Pertelingkahan mengenai perdagangan antara Inggeris dan Belanda
Inggeris dan Belanda bersaing antara satu sama lain untuk menguasai perdagangan di rantau Asia Tenggara dasar perdagangan yang berlainan pada tahun 1623, Belanda telah membunuh ramai saudagar Inggeris di Ambon dan memusnahkan loji-loji Inggeris.

Pertelingkahan mengenai Singapura


perkembangan Singapura memberi saingan kepada Betawi yang menjadi milik Belanda. Belanda telah merasa iri hati dengan perkembangan Singapura. Belanda mendakwa Singapura adalah sebahagian daripada Empayar JohorRiau-Lingga yang dibawah pemerintahan Sultan Abdul Rahman.

PERJANJIAN INGGERIS BELANDA 1824


Dasar persahabatan selepas Perang Napoleon perselisihan anatara Inggeris-Belanda mengenai Singapura telah
mencetuskan Peperangan Kertas dia antara kerajaan-kerajaan Calcutta, Betawi, London dan Hague. Inggeris mahu bersahabat dengan Belanda untuk tujuan pertahanan terutamanya untuk menghadapi Perancis. Belanda juga mahu hubungan dengan Inggeris dikekalkan kerana masalah hutang semasa Perang Napoleon dan hutang itu tidak dapat dijelaskan kerana ekonomi Belanda telah dirosakkan oleh Perancis.

Konvensyen London Beberapa rundingan telah diadakan untuk mengekalkan persahabatan baik
antara Inggeris-Belanda Akhirnya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 pun dimeterai.

PERSAINGAN PERDAGANGAN DI TIMUR

MASALAH KEWANGAN BELANDA

KEPERLUAN DIPLOMATIK DAN POLITIK

FAKTOR PERJANJIAN

PERSAINGAN SINGAPURA BETAWI

PERTIKAIAN WILAYAH PENGARUH

SYARAT KEWILAYAHAN

SYARAT PERJANJIAN

SYARAT PERDAGANGAN

Belanda menarik balik bantahannya terhadap pendudukan British di Singapura. British bersetuju tidak membuat sebarang pelabuhan di Pulau-pulau Karimon, Bantam, Bintang, Lingga atau di pulau-pulau yang terletak di selatan Selat Singapura. British juga bersetuju tidak akan membuat perjanjian dengan ketua di pulau-pulau tersebut. British menarik semula bantahannya terhadap pendudukan Belanda di Pulau Belitong dan kawasan-kawasan lain.

Bandar dan pelabuhan Melaka serta tanah jajahannya diserahkan kepada British. Belanda bersetuju tidak akan membuat sebarang perjanjian atau pelabuhan di kawasan tersebut.
Bangkahulu di sumatera diserahkan kepada Belanda. British bersetuju tidak akan membuat tempat persinggahan atau perjanjian dengan ketua-ketua di Sumatera.

Belanda menyerahkan semua lojinya di India serta hak istimewanya yang ada kepada British. Belanda juga akan membayar sebanyak 100 000 kepada British sebagai penyelesaian hutang-piutangnya.

Wilayah-wilayah tersebut tidak boleh diberikan kepada kuasa-kuasa lain. Jika salah satu kuasa itu meninggalkannya, wilayah itu mestilah diserahkan kepada kuasa yang satu lagi.
Semua penduduk di wilayah jajahan yang telah ditukarkan diberi tempoh selama 6 bulan untuk menguruskan harta mereka sekiranya mereka hendak berpindah ke negeri-negeri yang mereka pilih. Perpindahan hak-hak kedua belah pihak hendaklah mula dijalankan pada 1 Mac 1825

Kedua-dua pihak bersetuju membenarkan saudagar mereka menjalankan perniagaan di Kepulauan Timur, India dan Ceylon dengan hak masing-masing. Kedua-dua pihak hendaklah mengikuti peraturan-peraturan perdagangan di tiaptiap kawasan. Rakyat dari satu negeri mestilah membayar cukai tidak lebih daripada bayaran yang dikenakan kepada rakyat dari negeri yang mempunyai pelabuhan. Kedua-dua pihak mestilah mengarahkan rakyat, pihak berkuasa tentera dan awam supaya menghormati kebebasan perdagangan. Kedua-dua pihak mestilah menghapuskan lanun-lanun di laut sebelah timur dan jangan membenarkan lanun-lanun menjual barang-barang dagangan mereka dalam kawasan atau daerah kepunyaan mereka. Pelabuhan-pelabuhan yang baru tidak boleh ditubuhkan di Kepulauan Timur tanpa mendapat pengesahan terlebih dahulu dari kerajaan mereka di Eropah. British mengakui monopoli Belanda terhadap perdagangan rempah di Kepulauan Maluku.

PERHUBUNGAN INGGERIS BELANDA DI TIMUR


PERPECAHAN EMPAYAR JOHOR RIAU PERTELINGKAHAN MENGENAI BORNEO

PEMBAHAGIAN KEPULAUAN MELAYU KEPADA 2 LINGKUNGAN PENGARUH

KESAN PERJANJIAN

PERLANUNAN

Belanda telah menguasai kawasan-kawasan yang meliputi Pulau Jawa, Sulawesi, atau dengan kata-kata lain semua gugusan Kepulauan Melayu ke selatan Selat Singapura. Manakala British pula menguasai kawasan-kawasan yang meliputi Singapura, Melaka dan daerah-daerah lain di Tanah Melayu.

Pembahagian daripada dua kawasan pengaruh itu secara langsung telah membawa kepada keruntuhan Empayar Johor. Perjanjian ini telah menyelesaikan masalah perebutan takhta Johor kerana Sultan Hussein menjadi sultan yang sah di Tanah Besar Johor dan Sultan Abdul Rahman pula menjadi sultan di Kepulauan Riau-Lingga. Bendahara Ali di Pahang juga mengambil kesempatan untuk cuba membebaskan diri dari kekuasaan Johor. Pada tahun 1853, Bendahara Ali telah mengisytiharkan kemerdekaan Pahang dan Empayar Johor dikatakan mengalami keruntuhan sejak saat ini.

Walaupun Tanah Besar Johor diperintah oleh Sultan Hussein dan raja-raja keturunannya, kuasa sebenar terletak di tangan Temenggung.

Dalam tahun 1855, pemerintahan Temenggung ke atas Johor disahkan dalam satu perjanjian iaitu Sultan Ali menyerahkan takhta kerajaannya kepada Temenggung Ibrahim.
Sebagai balasannya, Sultan Ali diberi pencen dan sebidang tanah di antara Sungai Muar dan Sungai Kesang.

Perhubungan mereka masih tegang. Rasa benci orang Inggeris terhadap Belanda disuarakan dalam laporan pegawai Negeri-negeri Selat dan dalam akhbar-akhbar Singapura.

Persaingan perdagangan terus menjadi sengit.


British telah membuat tuduhan bahawa Belanda telah melanggar syarat-syarat perjanjian yang telah dipersetujui.

Perbalahan antara pihak British dan Belanda di Kepulauan Melayu juga tercetus akibat salah faham terhadap syarat-syarat kewilayahan yang terdapat dalam perjanjian tersebut. Perbalahan mengenai syarat sebarang pulau lain ke selatan Singapura tercetus apabila Sultan Brunei menyerahkan Labuan kepada pihak British pada tahun 1846. Belanda telah menganggap bahawa Labuan terletak di selatan Selat Singapura dan berada dalam lingkungan pengaruhnya. Walau bagaimanapun, masalah ini dapat diselesaikan apabila pihak British dapat membuktikan kedudukan geografi Labuan yang sebenarnya.

Pihak British dan Belanda tidak ada kesepakatan dalam usaha untuk menghapuskan aktiviti perlanunan di perairan Kepulauan Melayu. Belanda telah melanggar syarat perjanjian yang mana hanya mengambil tindakan terhadap kegiatan pelanunan di kawasan perairan di bawah pengaruhnya sahaja iaitu di Kepulauan Hindia Timur sahaja. British terpaksa mengambil langkah-langkah sendiri untuk menghapuskan kegiatan pelanunan yang melibatkan kepentingannya.

You might also like