You are on page 1of 24

HSI ASIA BARAT

1.0 EMPAYAR TURKI UTHMANIYAH TELAH RUNTUH AKIBAT DARIPADA


AMALAN NEPOTISME DAN KELEMAHAN SISTEM KHALIFAH YANG
AUTOKRATIK

-ERTI NEPOTISME DAN AUTOKRATIK

ERTI NEPOTISME

- Memberikan seseorang layanan yang lebih daripada orang lain dalam


sesuatu organisasi kerana berat sebelah.

- Perbuatan melebihkan saudara disebut sebagai “nepotisme”.

- Sehingga abad ke-16 Masihi, amalan nepotisme tidak kelihatan dalam


Empayar Uthmaniyah.

ERTI AUTOKRATIK

- Pemerintahan yang berbentuk kuasa mutlak.

Faktor nepotisme dan autokratik

a. Institusi Pentadbiran

-Sultan Sulaiman the Magnificient (1520-1566) melantik mereka yang memegang jawatan rendah
menjadi Perdana Menteri (Grand Vizier)

-Bukan sahaja mengabaikan sistem kenaikan pangkat bergred, malah membenarkan orang yang
digemarinya mendapat harta yang banyak melalui jualan tempat-tempat dan kelebihan

-Amalan ini diteruskan oleh generasi pemimpin selepas Sultan Sulaiman

-Hal ini mendorong kepada gejala rasuah dalam kalangan pemimpin

-Pada Jun 1656, dalam Perang Venice, laksamana yang tidak cekap dilantik hanya kerana hubungan
kekeluargaan mereka iaitu posisinya sebagai abang atau adik ipar kepada Sultan.

-Pemilihan berdasarkan hubungan kekeluargaan ini menyebabkan kejatuhan Dardanelles.

-Venice menyekat hubungan perdagangan mereka, meninggalkan Istanbul dalam keadaan panik
kerana peningkatan harga makanan

-Kematian Ahmed Koprulu membawa Mehmed IV memilih Kara Mustafa sebagai Perdana Menteri
kerana hubungannya dengan Mehmed IV melalui perkahwinan dalam keluarga Koprulu.

-Kara Mustafa melancarkan serangan ke atas Vienna pada pertengahan bulan Julai 1683.

-Namun disebabkan ketamakan beliau untuk membolot semua kemewahan di Vienna, beliau tidak
meneruskan serangan beliau.
-Akibatnya Raja Poland, King John Sobieski yang membawa kepada 76,000 orang tentera dapat
mengalahkan tentera Kara Mustafa

b. AUTOKRATIK

-Sifat autokratik boleh dilihat dalam pemerintahan Murad IV (1623-1640).

-Ketika pemerintahan beliau, tabung kewangan Negara kosong dan tentera Istanbul menjadi sangat
kurang ajar dan anarki berleluasa.

-Murad IV turut berjaya mendapatkan Baghdad pada 1638 daripada kerajaan Safavid. Namun pada
tahun yang sama Yaman kalah di bawah pimpinan beliau kepada angakatan imam Zaid Shiite.

-Murad IV membunuh dan memancung sendiri kepala-kepala pesalah yang dianggapnya sebagai
bersalah walaupun pesalah berkenaan hanya melintas jalan di hadapannya

FAKTOR-FAKTOR LAIN

a. Kelemahan kesultanan dan pentadiran

-Seperti contoh yang jelas ialah Sultan Murad III (1574-1595) yang dikawal oleh bondanya dan juga
harem kegemarannya iaitu Safiye. Safiye juga telah menggunakan anaknya iaitu Mehmed III(1595-
1603) untuk meraih pengaruh dan kuasa.

Pada abad ke-16 hingga 17 Masihi ialah zaman yang turut digelar Kalindar Saltanati kerana
pemegang kuasa yang utama ialah wanita-wanita istana.

Mustafa I (1622-1623) pula merupakan tidak waras.

Ibrahim I (1640-1648) pula merupakan seorang yang tidak mempunyai kepimpinan.

Suleiman II (1687-1691) tidak mempunyai pengalaman langsung dalam bidang politik dan
ketenteraan kerana dikurung dalam istana

Pada zaman Mehmed IV walaubagaimanapun, Mehmed Koprulu dan Ahmed Koprulu yang dilantik
menjadi wazir.

Mehmed Koprulu berjaya menumpaskan penentangan governor-governor Anatolia yang wujud sejak
1620.

Ahmed Koprulu pula berjaya akhirnya menawan Crete dan memenangi peperangan yang lama
dengan Vienna.

Pada tahun 1826 pula, autokrasi yang diamalkan oleh Mahmud II mampu untuk memusnahkan
golongan Janissaries yang membantutkan pemodenan.

b. Anti-intelektualisme

-Dipelopori golongan ulamak yang bersikap konseratif.

Menolak inovasi yang ingin diaplikasikan dalam bidang sains intelektual dan juga theology.
Kecaman oleh golongan ulamak dari Istanbul dengan alasan ingin melemahkan kepercayaan Islam.

Penentangan telah dilancarkan oleh golongan anti-intelektualisme dan berjaya dihancurkan oleh
Wazir Mehmed Koprulu .

Contoh : Pada 1579, sebuah observatory yang telah dibina oleh Murad III telah ditentang oleh
golongan agama dan sebuah petisyen telah dilakukan oleh Shaikh Al-Islam untuk merobohkan
kompleks astronomi tersebut hanya kerana Istanbul dilanda wabak penyakit selepas pembinaannya.
Alasan mereka ialah manusia tidak boleh mengetahui rahsia alam semesta.

Observatory tersebut telah dihancurkan oleh Jannisaries.

c. Kelemahan ketenteraan

-Kara Mustafa hampir menawan Vienna pada 1683, kecuaian dan ketamakan beliau telah
menyebabkan kehilangan separuh daripada 150,000 tentera di tangan Raja Poland.

Empayar Uthmaniyah juga mempunyai tentera yang cekap untuk maju semula meskipun kalah
dalam perang namun pada akhir abad ke-17 M kebolehan itu terhakis.

Ketenteraan mula lemah selepas keengganan sipahi untuk menyertai kempen ketenteraan dan
hanya duduk di tanah-tanah estet mereka. Keperluan mereka juga semakin kurang kerana
kekurangan kemahiran dalam ilmu perang yang semakin moden.

Nepotisme berleluasa dalam ketenteraan dan golongan yang tidak layak menjadi pegawai tertinggi.

Pemodenan ketenteraan khususnya golongan Janissaries ditentang oleh Janissaries itu sendiri.
Golongan ini juga semakin tidak disiplin dan mempunyai komitmen lain seperti terlibat dalam
perdagangan dan perniagaan.

d. tanzimat

-Mengatur, menyusun dan memperbaiki.

Sultan Selim III telah dilantik sebagai sultan pada tahun 1789 sejurus sebelum Revolusi Perancis.

Baginda ingin memulihkan kuasa kesultanan ke atas institusi lain dan juga wilayah-wilayah atau
vilaye.

Perkembangan imperialisme telah membantutkan usaha Selim III untuk reformasi seperti perang
dengan Austria dan Russia.

Telah menyusun semula struktur Divan dan juga institusi lain.

Disambung oleh Mahmud II. Menghapuskan Janissaries serta membubarkan sistem sipahi.

Polisi Selim III telah meningkatkan tanggungan hutang Uthmaniyah kepada negara-negara Eropah.

Serangan ekonomi (turquoise book )


Kepimpinan Abdul Hamid

 Semasa diambang kejatuhan Uthmaniyah, Abdul Hamid II cuba sedaya upaya


mempertahankan negaranya.

 Baginda telah menempuhi pelbagai tentangan iaitu dari Midhat Pasya, orang Yahudi serta
kumpulan Turki Muda.

Tentangan daripada Midhat Pasya

 Midhat Pasya merupakan seorang ketua Majlis Menteri semasa pemerintahan Abdul Hamid.

 Midhat Pasya bijak menjalankan tugasnya namun beliau terlalu bertindak mengikut
pandangan beliau sendiri sahaja.

 Midhat berjaya meluluskan resolusi untuk berperang dengan Rusia.

 Pada ketika ini, Sultan Abdul Hamid tidak dapat berbuat apa-apa kerana baginda mungkin
akan dijatuhkan sekiranya cuba bertindak.

 Kekalahan dalam perang tersebut telah dipertanggungjawabkan kepada Sultan Abdul Hamid.

 Oleh itu, baginda telah berjaya menggunakan isu perselisihan faham ini untuk membuang
Midhat Pasya ke Eropah.

Tentangan daripada orang Yahudi

 Pada tahun 1901, seorang pemilik Bank Yahudi, Mizray Qraow dan dua lagi pemimpin datang
melawat Abdul Hamid dengan tawaran membayar semua hutang kerajaan Uthamaniyah ,
membina Angkatan Tentera Laut Kerajaan Islam Uthmaniyah serta 35 juta lira emas.

 Sebagai pertukarannya, Sultan Abdul Hamid perlu membenarkan pihak Yahudi melawat
Palestin pada bila-bila masa.

 Kedua, baginda perlu membenarkan Yahudi membina penempatan di tempat mereka tinggal
di Palestin dan mereka mahukan tempat yang hampir dengan Baitul Maqdis.

 Sultan Abdul Hamid enggan berjumpa dengan golongan Yahudi dan tidak mahu menerima
tawaran tersebut.

 Baginda telah mengutuskan jawapan melalui Tahsin Pasya tentang penolakan tersebut.

 Yahudi tidak berputus asa.

 Pada tahun yang sama, 1901, pengasas gerakan Zionis iaitu Theodor Hertzl melawat Istanbul
dan cuba bertemu dengan Sultan untuk meminta izin mendirikan perniagaan di al Quds dan
sultan tetap menolak permintaan tersebut.

 Pada kali ketiga, mereka melakukan Konferensi Basel di Switzerland dalam rangka
merumuskan strategi menjatuhkan Uthmaniyah.

 Pada tahun 1902, Hertzl sekali lagi datang menghadap Sultan untuk melakukan penyogokan.
 Antara sogokan Hertzl:

 150 juta poundstreling Inggeris khusus untuk sultan.

 Membayar semua hutang pemerintah Uthmaniyah yang mencecah 33 juta


poundstreling

 Membangunkan kapal induk untuk pemerintah dengan biayaan 120 juta Frank.

 Beri pinjaman 5 juta poundstreling tanpa bunga

 Bangunkan sebuah universiti Uthmaniyah di Palestin.

 Namun, semuanya ditolak oleh Sultan Abdul Hamid.

 Kegagalan perundingan ini telah menyebabkan Yahudi meminta bantuan daripada pihak
British untuk mencapai hasrat mereka.

Turki Muda

 Pergerakan ini muncul disebabkan oleh timbulnya semangat nasionalisme teruatamanya


dalam golongan muda yang terpelajar.

 Golongan ini telah terpengaruh dengan idea-idea liberalisme yang dibawa dalam Revolusi
Perancis.

 Tokohnya ialah Kamal Pasya, Midhat Pasya, Rashid Pasya dan Ali Pasya.

 Gerakan ini juga dinamakan Committee of Union and Progress (CUP).

 Tujuan Penubuhan Turki Muda

 Selamatkan Turki dari keruntuhan yang menyeluruh.

 Tanam semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat.

 Adakan pembaharuan dalam organasasi pemerintahan.

 Adakan penambaikan dalam bidang sosial, ekonomi dan budaya.

 Ketika Perang Dunia I, Turki telah berpihak kepada Jerman yang menentang serangan Rusia,
Inggeris dan Perancis (pihak bersekutu).

 Pihak Berikat telah menyerang Dardanella, tetapi dapat dikalahkn oleh Kamal Pasya dalam
perang di Gallipoli.

 Sejak dari kemenangan tersebut, beliau telah dianggap sebagai Pahlawan Gallipoli.

 Perang Dunia I berahir dengan kekalahan di pihak Jerman sehingga termeterailah Perjanjian
Sevres (20 Ogos 1920).

 Pemimpin Turki Muda tidak mahu menyerah begitu sahaja.


 Kamal Pasya yang menentang pihak bersekutu tidak mahu mengakui Perjanjian Serves yang
dibuat dengan Sultan.

 Kamal Pasya telah memimpin gerakan revolusi dan berhasil menggulingkan Sultan
Muhammad V dari takhtanya.

 Selepas itu, Kamal Pasya telah memperbaharui Perjanjian Serves dengan perjanjian
Laussanne yang isinya tidak begitu merugikan Turki.

 Oleh itu,pada 29 Oktober 1923, secara rasminya telah diumumkan Turki sebagai sebuah
negara Republik yang merdeka.

 Sejak itu,kerajaan Turki Uthmaniyah yang telah berdiri gagah sejak berabad lamanya
akhirnya dapat dihapuskan.

 Ankara telah dijadikan sebagai pusat pemerintahan dan Presiden pertamanya ialah Kamal
Pasya atau dikenali sebagai Mustafa Kamal Ataturk ( Bapa bangsa Turki) dan Ismet Pasya
atau Ismet Inonu sebagai pembantunya.

2.0 “ Sekularisasi dan Modenisasi Mustafa Kemal Ataturk sering dikriktik sedangkan beliau
sekadar “ mengawal dan menyelamatkan” institusi agama yang telah lama diperalatkan serta
menghapuskan kediktatoran institusi Khalifah dan Feudalism yang telah menghancurkan Turki/
Nilaikan.

Latar belakang sekularisasi dan Modenisasi di Turki

• Bermula semasa era Tanzimat iaitu zaman perubahan atau zaman pemodenan dan
pembaratan

• Gulhane menjanjikan kesamarataan bagi semua kaum tanpa mengira agama, syariat islam
mula diketepikan dan undang2x syara’ dipinggirkan, Jizyah dan dihapuskan. Gulhane
disahkan melalui pengisytiharan Hat-I Humayyun (1856)

• Juga tekankan soal kebebasan beragama dan Hak asasi “ no one shall be compelled to
change their religion, smua agama bebas utk didirikan.

• Isu kesamarataan ini dieksploitasi oleh kuasa2x besar dunia bagi menekan Uthmaniyah dgn
tuduhan bahawa Non- Muslim dianaktirikan. Pada tahun (1830) misalnya Britain tlh
mendesak utk diiktiraf sbg pelindung ( protector) kepada yahudi Uthmaniyah, sbagimana
Perancis lindungi (katolik) dan Russia ( Ortodoks).

• Selepas perang crimea (1854), uthmaniyah semakin terdesak utk melakukan reformasi
akibat tekanan daripada Britain dan eropah yg kononnya mahu selamatkan turki drpada
Rusia berkaitan isu kesamarataan dan modenisasi kemudian berlaku perjanjian antara Turki
dan Rusia pada tahun (1856)

• Intelektual turki Ahmad Cevdet Pasha meyatakan bhwa pada hari pengisytiharan tersebut,
“telah kehilngan maruah dan kesucian yang dibina oleh nenek moyang kami dengan darah
dan ia adalah hari kesedihan dan kecelakaan bagi semua umat Islam”
Pendidikan

• 1846 suruhanjaya pndidikan ditubuhkan bgi mewujudkan aliran pndidikan secular. Buku teks
secular diperkenalkan 1868

• Ketika pemerintahan sultan Abdul Aziz (1861-1876) terbina maktab diraja Uthmaniyah
ditubuhkan di Galatasaray.

• Gunakan Bahasa Perancis dan kurikulum barat disamping budaya Turki (1860-1875) sekolah
professional awam spt Mulkiye (kolej latihan perkhidmatan awam dan Harbiye Kolej latihan
tentera

• 1846 kolej perubatan sains maritim dan pentadbiran disatukan bagi menubuhkan university
Istanbul.

Pentadbiran

• Mewujudkan sistem pentadbiran ala barat iaitu penubuhan kementerian spt kementerian
Kerja raya (1839), Pelajaran (1857), Polis (1870) Majlis Tanzimat (1854- 1861)

• Kuasa gabenor2x diperkecilkan, cth tidak boleh laksanakan hukuman bunuh.

• Menggunakan undang2x Perancis dan penubuhan mahkamah secular cth 1847, mixed Court
diwujudkan dan digabungkan pula dengan mahkamah perdagangan (1860).

• Hakim pula dilantik dalam kalangan mereka yang berpendidikan barat.

• Undang2x jenayah 1840, undang2x perdagangan digubal bagi menggantikan undang2x


syariah. Peranan ulama diketepikan dan syariah dipinggirkan.

Ketenteraan

• Reformasi sejak Selim III pemodenan mengikut model barat khususnya dari Perancis.

• Selain Penghapusan Janisari/ Yeniceri ketika pemerintahan Sultan Mahmud III, lebih 40 000
tentera baru diwujudkan dengan mendapat kepakaran militer dari Prussia,

• Pegawai tentera juga dihantar ke England untuk kursus ketenteraan

• Tokoh spt Nelvet Risda Pasha dilantik menganggotai Tanzimat.

Komunikasi/ Perhubungan

• Munculnya Akhbar berorentasi Barat, antara tokohnya ialah Ibrahim Shinasi, Namik kamal
dan Ziya Pasha ( Yeni Osmaniar)

• Sistem perhubungan dan pengangkutan juga dibaiki: Cth 1832 system Pos diwujudkan
manakala pada tahun 1855 perkhidmatan Telegraf dilancarkan

• Perkhidmatan keretapi dibina pada tahun 1866 yang menghubungkan Uthmaniyah dari
Istanbul Ke Vienna
Ekonomi

• Tanzimat telan kos yang tinggi menyebabkan kerajaan Uthmaniyah terpaksa berhutang
khususnya daripada Perancis. misalnya pada tahun 1851 pinjam 55 juta Francs.

• Berhutang dengan England

• Kemudian Eropah menekan Istanbul bagi mendapatkan pulangan Ekonomi dan politik.
Hasilnya mereka telah buat satu perjanjian antara Uthmaniyah dan Britain 1836
(penghapusan segala sekatan terhadap Import Eropah)

Sekularisasi Rejim Kemalist

a. Persoalan Agama

• Sekularisme kemalist tidak boleh dihasilkan sbgi Polisi pemisahan, ttp adakah ianya suatu
polisi penyingkiran/ penghapusan?adakah kemalist melancarkan suatu program yg mampu
hapuskan islam dripada kehidupan org2x turki?

• Sekularisme kemalist terjumpa dalam artikel (2) yg mengatakan bahawa agama islam itu
adalah agama rasmi turki, namun pada tahun 1937 kemalist telah mula kukuhkan
sekularisme dan hal ini telah diperkenalkan dalam perlembagaan bahawa sekular ini adalah
salah satu prinsip.

Pendekatan Rasional Terhadap Agama

• Berdasarkan pemikiran yg dikongsi oleh org barat dan orang islam itu sendiri ada suatu
kepercayaan yang mengatakan bahawa agama islam itu secara lahiriahnya adalah bersifat
semula jadi dan ia adalah agama yang munasabah.

Penyatuan dan pemisahan

• Para2x islamik dgn kuatnya menentang pemisahan mereka menyatakan bahawa


pengasingan akan menyebabkan turki diambang kekalahan. Mereka juga menyatakan
bahawa kuasa politik agama tidak sesuai dgn sekularisme, kerana sekularisme pentingkan
ketidakcampuran-tangan hal2x agama dalam politik.

• Sekularisme si Kemal bukan suatu sekularisme yang asli ttp ianya adalah sebuah pengesahan
yang licik utk hapuskan islam itu dengan senyap.

• Kemalist juga menyatakan bahawa sebuah negara secular yang moden tidak patut
membiarkan hal2x negara bercampur dengan agama

• Ia menyatakan bahawa kemalist sekularisme ini memainkan peranan penting dalam


pendidikan, ekonomi dan politik dan sekiranya terdapat kekangan agama dalam isu ini maka
ianya dianggap sebagai penghalang utk tertubuhnya sebuah negara sekular yang moden

MODENISASI YANG DILAKSANAKAN OLEH MUSTAFA KEMAL ATATURK

Pakaian Barat sebagai Lambang Ketamadunan


• Mustafa Kemal Ataturk melakukan pembaharuan di Turki dengan mengeluarkan peraturan
yang mengharamkan pemakaian tarbus sebaliknya mewajibkan pemakaian topi ala barat
bagi golongan lelaki

• Golongan ulama dan guru agama juga dipaksa memakai topi

• Golongan lelaki Turki yang masih memakai tarbus akan diseksa manakala golongan wanita
yang memakai penutup muka ketika berjalan di tempat awam pula akan ditangkap

• Untuk menggalakkan pemakaian topi di Turki, Menteri Perdagangan Turki telah


meningkatkan lagi bekalan topi dengan memperbanyakkan fabrik kain untuk membuat topi

• Pasukan tentera Turki juga turut dibekalkan pakaian seragam baru berserta topi ala Barat

• Pembaharuan yang dibuat oleh Mustafa Kemal adalah sebenarnya bertentangan dengan
ajaran Islam

• Menurut pandangan Mufti Masjid al-Haram, Sheikh Muhammad Ali al-Maliki Ibnu Sheikh
Husin menyatakan bahawa sesiapa yang memakai topi kerana berniat untuk mengagungkan
dan menghormati budaya Barat selain bertujuan untuk membesarkan syiar agama mereka,
maka pemakaian boleh dianggap sebagai kafir. Sekiranya sesiapa memakai topi tersebut
dengan tidak mempunyai apa maksud iaitu sekadar menirunya sahaja, maka hukumnya
adalah haram

Pentafsiran dan Penterjemahan al-Quran kepada Bahasa Turki

• Mustafa Kemal Artaturk telah mengarahkan supaya al-Quran dialihkan bahasa ke dalam
bahasa Turki manakala pentafsirannya juga dibuat dalam bahasa Turki

• Kerajaan Turki telah mewujudkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada golongan
ulama

• Mana-mana bahagian yang telah siap akan dibawa kepada jawatankuasa tersebut yang akan
memeriksa dan menyemak bagi memastikan setiap isi kandungan sama dengan maksud asal
dalam bahasa Arab

• Walaubagaimanapun, sebuah akhbar berjudul Bahtra mula mempertikaikan kesungguhan


dan keikhlasan kerajaan Turki untuk membudayakan al-Quran dalam kehidupan rakyat Turki

• Bahtra telah menyiarkan sebuah berita berkenaan tindakan Majlis Agama Turki yang telah
mengeluarkan undang-undang melarang rakyat Turki membaca al-Quran di jalanan, di pintu-
pintu masjid dan di tempat-tempat yang kurang sopan

• Majlis tersebut menjelaskan bahawa al-Quran diturunkan kepada manusia bukan untuk
dilagu-lagukan tetapi untuk dijadikan panduan, peringatan, nasihat, petunjuk dan
pengetahuan
Pemansuhan Ajaran Islam yang Dianggap Lapuk

• Salah satu pembaharuan yang dijalankan oleh Kemal ialah pengenalan undang-undang
perkahwinan sivil pada 4 Oktober 1926

• Mana-mana pasangan yang mahu berkahwin hanya perlu datang sendiri ke Pejabat
Pendaftaran dengan membawa dua orang saksi sahaja

• Akad nikah yang merupakan salah satu syarat nikah juga tidak diwajibkan dan pasangan
yang hendak membuat akad nikah boleh dijalankan di rumah mereka

• Menurut ajaran Islam, wanita yang telah bercerai perlu menjalani idah sebanyak tiga kali
haid dan wanita yang kematian suami pula perlu menjalani idah selama empat bulan
sepuluh hari

• Namun, jika menggunakan peraturan baru, seorang wanita yang bercerai atau kematian
suami boleh berkahwin semula selepas 300 hari

• Ajaran Islam juga mengharamkan seorang wanita berkahwin dengan lelaki bukan Islam
tetapi peraturan baru menyatakan wanita boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki
meskipun berlainan agama

• Kerajaan Turki juga telah menghalang lelaki berpoligami meskipun ajaran Islam
membenarkannya

• Kuasa talak juga tidak lagi khusus kepada lelaki sahaja kerana gologan wanita juga boleh
memohon talak daripada hakim

• Mustafa Kemal juga mengambil keputusan menghapuskan peranan dan kedudukan khalifah
menerusi proses pengundian.

• Pada 3 Mac 1924, satu undang-undang telah diluluskan oleh Majlis Perhimpunan untuk
menghapuskan jawatan khalifah

• Lanjutan daripada pengenalan undang-undang tersebut, Sultan Abdul Majid II dan kaum
kerabatnya telah dihalau dari Turki

• Tindakan Kemal menyingkirkan Sultan Abdul Majid II telah membawa kepada penghapusan
sistem khalifah secara mutlak di Turki yang berusia hampir 640 tahun

• Kerajaan Turki juga bertindak agresif dengan membatalkan Islam sebagai agama rasmi
Turki dan telah menggugurkan nama Allah dalam upacara sumpah

• Peraturan baru kerajaan Turki yang menggugurkan lafaz “Demi Allah” dalam upacara
sumpah, sebaliknya ditukar kepada “ Demi Kebangsaan dan Kemuliaan Turki”

• Segala bab dan bahagian dalam buku undang-undang Turki berkenaan Islam juga telah
dipadamkan
• Pada tahun 1928, kerajaan Turki di bawah pimpinan Kemal juga telah mencadangkan
penubuhkan sebuah jawatankuasa bagi mengkaji semula peraturan untuk menunaikan solat
fardhu

• Mahu mengubah cara menunaikan solat fardhu mengikut amalan penganut Kristian

• menurut ajaran Kristian, upacara sembahyang yang dilaksanakan di gereja akan disertai
dengan alunan pelbagai alunan muzik

• Tindakan Kemal mendapat tentangan yang hebat daripada rakyat Turki dan ini
memperlihatkan tindakan halus Kemal untuk mensekularkan Turki

• Tindakan kerajaan Turki yang telah menguatkuasakan peraturan yang mewajibkan khatib
membaca khutbah Jumaat dalam bahasa Turki

• Kebencian Kerajaan Turki terhadap institusi khalifah juga dapat dilihat dalam kes seorang
khatib di Turki yang pernah ditangkap dan disoal siasat kerana mendoakan kesejahteraan
khalifah dalam khutbahnya

Hak Golongan Wanita Turki

• Kemal juga telah memperjuangkan isu hak golongan wanita dengan cukup lantang

• Kerajaan Turki di bawah pimpinan Kemal misalnya sudah merancang untuk memberi hak
yang sama kepada golongan wanita dalam pilihan raya dan pemerintahan Turki

• Rancangan hak wanita Turki sering digambarkan menikmati kebebasan hidup yang lebih baik

• Kerajaan Turki juga menganjurkan pertandingan nyanyian untuk golongan wanita yang
disertai oleh wanita daripada seluruh Turki termasuk daripada golongan bangsawan dan
golongan ternama

• Pemodenan yang dibuat oleh Mustafa Kemal, kebebasan wanita Turki semakin jelas.

• Seorang wanita Turki yang begitu lantang memperjuangkan hak wanita ialah Halide Edib
Hanim yang merupakan seorang pegawai tentera Turki yang kemudiannya dilantik Menteri
Pelajaran Turki (1920-1922)

• Ketika Perang Dunia Pertama, beliau telah bertugas sebagai pegawai tentera

• Beliau juga telah menyampaikan pidato bukan sahaja di Turki tetapi merantau ke seluruh
dunia seperti Perancis, Britain dan Amerika untuk menyampaikan kesungguhan kerajaan
Turki untuk memajukan golongan wanita Turki

• Meskipun Halide digambarkan sebagai wanita yang telah menikmati kebebasan dan
mencapai kejayaan, namun beliau tidak bersetuju dengan dasar kerajaan Turki yang
mewajibkan pemakaian topi ke atas rakyat Turki
Penggunaan Tulisan Latin Menggantikan Tulisan Arab

• Pembaharuan Mustafa Kemal juga dapat dilihat apabila beliau telah meluluskan undang-
undang menukar penggunaan Tulisan Arab kepada Tulisan Rumi bagi bahasa Turki

• Pada tahun 1928, semua akhbar dan buku telah dicetak dalam tulisan rumi.

• Bermula pada bulan Januari 1929 pula, semua surat menyurat dan buku di pejabat kerajaan
dan sekolah mestilah menggunakan tulisan Rumi dan tulisan Rumi juga diguna pakai di
seluruh Turki mulai bulan Jun 1929

• Kemal juga telah menetapkan bahawa setiap rakyat Turki harus mampu menulis dalam
tulisan Rumi dalam tempoh dua tahun kerana pada ketika itu, hanya 20 peratus sahaja
rakyat Turki yang boleh membaca dan menulis bahasa Turki dalam tulisan Rumi.

• Kerajaan Turki juga telah menyediakan 12 000 orang guru untuk mengajar rakyat Turki
berumur 46 tahun ke atas supaya mereka dapat menulis dan membaca bahasa Turki dan
menggunakan tulisan Rumi

3.0 GALURKAN PERKEMBANGAN DAN PEMIKIRAN NASIONALISME ARAB PADA ABAD KE 19 SERTA
KESANNYA TERHADAP RANTAU ASIA BARAT

Susur galur Nasionalisme Arab

 Sebelum Perang Dunia Pertama

 Kelahiran Akhbar

- Kelahiran akhbar Al-Jinan- Butrus Bustani- melaung-laungkan perpaduan, keadilan dan semangat
cintakan tanah air. Namun begitu, mesej yang disampaikan adalah berbentuk secular kerana
ketaatan kepada tanah air lebih tinggi dan bukan lagi agama

- Di mesir melalui akhbar al-muqatlam dan al-ahram mengecam pemerintahan autokrasi


Sultan Abdul Hamid 2 dan hanya menyuarakan kepentingan golongan minority Kristian. Namun
begitu, tindakan ini tidak berjaya kerana kegiatan mereka dibawah pemerhatian pemerintahan.

 Perkembangan pada awal abad ke 20 hingga Perang dunia Pertama

- Muncul golongan anti-turki iaitu Abdul Rahman al-Kawakibi

- Al-kawabiki ini melalui bukunya umm al-qurra yang disiarkan secara bersiri dalam al-manar
telah mengeluarkan idea bahawa jawatan khalifah adalah hak arab dan ia seharusnya dikembalikan
kepada bangsa arab dengan pusatnya terletak di Mekah, tempat bermulanya seruan islam pada
abad ke 7 dahulu.

- al-Kawabiki ini mendapat pengaruh daripada siapa ? Menurut A.Hourani beliau


terpengaruh dengan idea yang dibawa oleh W.S Blunt dan menurut Prof Madya Fadhlullah Jamil pula
al-Kawakibi adalah agen kepada khediwi (gabenor) mesir, Abbas Hilmi yang berminat dengan
jawatan khalifah
Penyokong kepada al-kawakibi ini adalah Najib Azzuri (azoury) melalui bukunya iaitu Le Reveil de la
nation Arabe ( Kebangkitan Bangsa Arab) dengan mengatakan bahawa permisahan antara kuasa-
kuasa awam dengan hal-ehwal agama adalah perlu demi kebaikan kedua-duanya iaitu islam dan
negara arab.

a. Turki Muda

 Sebelum perang dunia pertama

Muncul golongan liberal othamani yang menyoal corak pemerintahan yang wujud pada
ketika itu , mendesak supaya Perlembagaan 1876 dipulihkan dan parlimen othmani dibuka semula .

kelahiran Pertubuhan-pertubuhan politik seperti Ittihad ve Terekki yang diasaskan oleh


sekumpulan pelajar yang akhirnya mereka dikenali sebagai turki muda

 Perkembangan pada awal abad ke 20 hingga ke Perang Dunia Pertama

Gerakan turki muda melancarkan pemberontakan tentera dan pada Julai 1908, cawangan turki
muda di Salonika, Macedonia dan kesannya telah membawa kepada kelemahan pemerintahan
sultan abdul hamid 2 apabila pelbagai tuntutan yang dibuat

Tuntutan yang dipengaruhi oleh turki muda ini telah mengambil kesempatan dengan
melakukan pengisytiharaan persamaan hak bagi semua rakyat Othmani tanpa mengira agama dan
keturunan.

Hal ini telah menyebabkan orang-orang arab juga menuntut dalam perkara seperti otonomi
dengan memberikan kuasa kepada orang arab untuk mengendalikan hal mereka di peringkat wilayah
dan pengakuan terhadap Bahasa arab selain daripada Bahasa turki sebagai Bahasa pentadbiran dan
Pendidikan.

Penolakan terhadap Othmanisme

Turki muda telah menolak prinsip othamanisme yang dianggap gagal dalam menyatukan
rakyat. Ketidakupayaan idea ini telah membawa kepada bibit terbaru dalam pemisahan orang arab

Mengwujudkan Idea Turkisme

namun idea ini juga mengalakkan permisahan orang turki dan orang arab kerana ideologi ini
lebih mementingkan kepentingan-kepentingan bangsa turki. Iaitu dengan menturkikan rakyat
uthmaniyyah.

Kesan Perang dunia Pertama

Penglibatan Turki dalam perang dunia Pertama telah membawa kepada kekalahan mereka
kerana berkerjasama dengan Jerman di samping membawa kepada kehancuran kepada empayar
dan politik turki muda mula jatuh
Kesan daripada ini, Pihak Arab nekad membebaskan diri mereka dalam situasi yang lemah
ini. Hal ini membawa kepada pemberontakan terhadap Turki dilancarkan oleh Syarif Makkah ,
Hussain Bin Ali pada jun 1916 dengan bantuan tentera asing. Hasilnya daripada kelancaran program
ini adalah 1) pegawai arab dari tentera turki menyertai Syarif

Pemikiran Nasionalisme Arab

 Era Tanzimat telah melahirkan ramai golongan pemikir dan nasionalis Arab seperti Nasif al-
Yaziji, Butros al-Bustani dan Faris al-Shidyaq, Jurji zaidan, Jamaluddin Al-Afghani Muhammad
Abduh dan Abdul Rahman al-Kawakibi.

 Pergerakan nasionalisme Arab yang wujud pada abad ke-19 ini juga sebenarnya bukanlah
satu bentuk penentangan terhadap kerajaan Uthmaniyah semata-mata tetapi ianya juga
merupakan penentangan terhadap campur tangan kuasa asing.

 Cth ; kebangkitan Urabi menentang pemerintah Muhammad Ali akhirnya berkembang


menjadi penentangan terhadap kuasa penjajah dan demikian juga di Palestin yang mana
nasionalisme Arab ini merupakan penentangan terhadap penjajah British dan Zionis.

Nasionalisme Arab yang dipelopori oleh Arab Kristian

 dipelopori oleh tokoh-tokoh pemikir Arab yang beragama kristian dan berasal dari Lubnan,
antaranya adalah Nasif al-Yaziji, Butros al-Bustani dan Faris al-Shidayq.

 Menekankan kepada keagungan dan kebangkitan bangsa Arab di bawah pemerintahan


kerajaan Turki Uthmaniyyah.

 Memberi sumbangan kepada dunia intelektual Arab seperti menulis buku-buku untuk
kegunaan di sekolah, menubuhkan institusi pendidikan dan telah menyuburkan budaya Arab
melalui penggunaan bahasa Arab.

Nasif Yaziji (1800-1871)

 Beliau mempunyai minat yang tinggi terhadap kajian kesusasteraan Arab klasik dan
kajiannya terhadap hal tersebut telah melahirkan semangat nasionalisme Arab dalam
dirinya.

 Penulisannya tentang kajian-kajian dalam bahasa Arab dan kesusasateraan Arab moden
menjadi faktor perkembangan bahasa Arab kerana buku-buku penulisannya tentang
pengajian bahasa Arab ini menjadi rujukan orang-orang Arab pada ketika itu sekali gus
menjadi pencetus nasionalisme Arab

Butrus al-Bustani (1819-1883)

 Memegang jawatan sebagai penterjemah di Kedutaan Amerika

 Beliau kemudiannya menjadi pelopor kepada penerbitan akhbar pertama pada tahun 1870
iaitu al-Jinan.[ Al-Jinan memaparkan pemikiran dan kajian Al-Bustani tentang politik dan
sastera yang dikeluarkan setiap dua minggu dan disertakan dengan moto “ Patriotism is an
article of faith ” pada tiap -tiap tajuk keluaran].
 Ianya juga memuatkan penulisan dari penulis-penulis negara Arab yang lain seperti Syria dan
hal memperluaskan perkembangan idea nasionalisem Arab. Idea utama dalam akhbar ini
adalah tentang perpaduan bangsa Arab demi kesejahteraan negara, keadilan serta slogan
cintakan tanah air. Ianya juga bersifat sekular yang mana taat setia ditumpukan kepada
tanah air bukannya kepada agama.

 Penulisan tokoh-tokoh pemikir Arab ini banyak diterbitkan dalam bahasa Arab oleh negara-
negara Barat - sekali gus memberi pengaruh kepada kelahiran nasionalisme Arab.

 Perkembangan nasionalisme Arab melalui penulisan kemudian berkembang kepada


penubuhan persatuan yang berorganisasi iaitu Oriental Society yang diasaskan oleh al-
Bustani dan Nasif al-Yaziji pada tahun 1850.

 Nasionalisme Arab yang muncul pada abad ke-19 yang dipelopori oleh tokoh pemikir Arab
Kristian lebih kepada mencetuskan semangat nasionalisme Arab dalam diri bangsa Arab &
pergerakan nasionalisme pada peringkat ini lebih kepada penentangan pemerintahan Turki
Uthmaniyah yang gagal melaksanakan pembaharuan yang telah diwar-warkan secara telus
berikutan amalan rasuah yang berleluasa.

Nasionalisme Arab yang dipelopori oleh Arab Islam

 Perkembangan ilmu pengetahuan pada era Tanzimat menyebabkan peralihan daripada


nasionalisme Arab yang dipelopori oleh Arab Kristian kepada Arab Islam.

 Tiga golongan pemikir dalam masyarakat Arab Islam :

i. Gol. sekular - pemikiran yg menyatakan bahawa sekiranya umat Islam ingin maju, maka ia
harus meniru Barat (westernisasi) dalam segala hal ; pendidikan, politik, ekonomi, dan tradisi
masyarakatnya.

ii. Gol. tradisionalis - terdiri daripada para ulama ortodoks & kalangan penduduk yang menolak
segala sesuatu yang bercorak Barat, hal ini kerana ia sebagai ancaman kea cara hidup
mereka.

iii. Gol. reformis - kelompok ini merasakan bahwa, setelah melakukan interpretasi secara
mendalam, Islam merupakan penyelesaian bagi masalah-masalah umat Islam. Kemerosotan
dunia Muslim dikatakan berpunca daripada kegagalan umat Islam dalam menjalankan nilai-
nilai Islam yang benar dan menekankan pada pemikiran-pemikiran hukum yang asal.

Jamaluddin Al-Afghani :

 Ia merupakan seorang guru dan aktivis politik yang telah mengunjungi banyak negara Islam
sejak dari India, Mesir, sampai ke Turki untuk mengajak umat Islam memperbaharui cara
hidup mereka dan mengembalikan kejayaan Islam seperti masa lalu.

 Beliau juga menganjurkan konsep anti-kolonial dengan membentuk Pan-Islam dan berjaya
mendapat perhatian besar bangsa Arab.
 Fokus utama Jamaluddin al-Afghani adalah pada Islam sebagai sebuah peradaban(ummah).
Peradaban ini telah hilang dan cara untuk mengembalikannya adalah melalui ilmu
pengetahuan dari Eropah, untuk mencapai kembali kesatuan ummah.

 Afghani percaya bahwa perpaduan ummah hanya dapat dicapai apabila umat Islam kembali
kepada ajaran Islam yang sebenar dan melaksanakannya dalam kehidupan mereka.

Muhammad Abduh

 Beliau telah membantu Afghani dalam menyampaikan pemikiran pembaharuan & sikap anti-
kolonialnya melalui penerbitan majalah dari Paris. Selepas kembali dari Mesir, Abduh
memberi perhatian kepada pembaharuan dalam bidang intelektual dan sosial

 Beliau cuba merekostruksi Islam era moden dengan menjadi perantara kepada gol sekularis
dan gol tradisionalis dengan memberikan interpretasi baru terhadap Islam yang sesuai
dengan konteks moden.

 Ia meyakini Islam merupakan jalan yang sebenar dan sesuai dengan akal dan ilmu
pengetahuan moden, dan apabila ditafsirkan secara benar, akan menjadi penyelesaian bagi
persoalan-persoalan yang terjadi pada era moden.

Rashid Rida (1865-1935)

 Beliau bersama gurunya, iaitu Muhammad Abduh berusaha untuk mengembalikan sistem
khilafah dengan menerbitkan majalah al-Manar. Tujuan majalah tersebut diterbitkan adalah
untuk menyebarkan Islam kepada masyarakat dan menyeru mereka supaya bersatu
menentang kuasa Barat

 Rashid Ridha menyangkal pandangan gurunya akan mengerakkan gerakan-gerakan


perkauman dan nasionalisme dalam menuntut pemisahan daripada kesultanan Turki
Uthmaniyah menyebabkan peleraian ikatan kewarganegaraan.

 Beliau mengadakan kempen menyeru penyatuan antara Arab dan Turki dalam usaha
mengukuhkan daulah Turki Uthmaniyah. Pada tahun 1909, Rashid Rida kembali di Istanbul
untuk menubuhkan madrasah al-Da’wah wa al-Irshad dan mengukuhkan ikatan
persaudaraan antara Arab dengan Turki yang ketika itu mengalami perpecahan.

Abd al-Rahman al-Kawakibi


(1849-1903)

 merupakan salah seorang golongan intelektual yang banyak melontarkan semangat


nasionalisme Arab dan semangat patriotik di Syria.

 Kawakibi juga menyerukan perpindahan kekhalifan kepada orang Arab dari suku Quraisy
kerana pemerintahan Uthmaniyah dianggap gagal dalam mengenyahkan Eropa dari daerah-
daerah Arab

 Serua-seruannya terdapat dalalm makalah-makalah yang telah diterbitkan dalam akhbar-


akhbar tempatan seperti al-Muqattam, al-Mu’ayyid dan al-Shahba’.
 Idea yang ditekankan dalam penulisan beliau ialah mengkritik Daulah Turki Uthmaniyah dan
sultannya iaitu Sultan Abdul Hamid. Hal ini kerana Al-Kawakibiyy lebih cenderung memilih
sistem demokrasi yang diamalkan di Eropah ketika itu, bahkan menyeru kepada pemerintah
negara-negara Timur menuruti jalan demokrasi yang telah didahului oleh Barat

Kesan Nasionalisme Arab di


rantau Asia Barat

Kejatuhan Khilafah Uthmaniyah

 Gerakan nasionalisme telah memecahbelahkan penduduk Turki Uthmaniyah

 Hal ini telah membawa kepada pemerintahan Khilafah yang semakin lemah pada
ketika itu.

 Pengenalan dasar Pan-Islamisme iaitu satu fahaman yang menekankan perpaduan


dan kerjasama umat Islam sejagat di bawah pimpinan seorang khalifah yang
berperanan untuk membela umat Islam oleh Sultan Abdul Hamid II.

 Dasar ini kemudianya di tentang oleh C.U.P ketika mereka merampas kuasa
pemerintahan Sultan Abdul Hamid II dan mengamalkan dasar Pan-Turkisme.

Era penjajahan kuasa-kuasa Eropah

 Tindakan C.U.P / Parti al-Ittihad wa al-Taraqqi yang memihak kepada Jerman


menjadi punca kejatuhan pemerintahan khilafah

 Hal ini kerana mereka telah memohon bantuan daripada negara-negara Eropah dan
majlis-majlis Freemason serta Yahudi antarabangsa untuk menjatuhkan
pemerintahan khilafah.

 Negara – negara Eropah menaggap pemerintahan khilafah adalah sebagai satu


perhimpunan ummat Islam untuk menentang negara-negara penjajah.

 Akibat daripada tindakan dan dasar Pan-Turkismeyang diamalkan ianya telah


mencetuskan kemarahan oleh orang Arab. Hal ini telah mendapat perhatian Inggeris
sebagai peluang mereka untuk campur tangan dalam urusan Arab untuk menentang
Turki.

 Pihak Inggeris telah menjanjikan kemerdekaan buat negara Arab

 “ Sharif Husayn menyifatkan janji-janji Britain dengan berkata :

Bagiku segala janji-janji Inggeris adalah seumpama emas kuning. Setiap kali aku menggilapnya,ia
akan tambah berkilat.
4.0 ali pasha

5.0 PERANG ARAB-ISRAEL 1956, 1967 DAN 1973 TERCETUS AKIBAT DARIPADA KRISIS POLITIK
ARAB-ZIONIS SEMATA-MATA DAN TIDAK ADA KAITAN LANGSUNG DENGAN PERSOALAN AGAMA.
BERSETUJUKAH ANDA?

KONFLIK ARAB-ISRAEL 1956: PERANG SUEZ

 Pada tahun 1952, pemerintahan Mesir bertukar corak apabila Gamal Abdul Naseer
menggulingkan Raja Farouk kerana tidak berpuas hati kepimpinan Raja Farouk yang tidak
mengambil berat terhadap negara.

 Kekalahan Arab dalam perang pertama dengan Israel telah menimbulkan rasa tidak puas hati
tentera-tentera terutamanya di Mesir. Mereka menyedari bahawa kekalahan tersebut
kerana masalah pemimpin dan kelengkapan yang terkebelakang berbanding Israel.

 Projek Empangan Aswan yang dicadangkan oleh Gamal Abdul Naseer menjadi konflik antara
Amerika dan Britain yang pada mulanya membantu dalam perlaksanaan projek ini namun
bertindak membatalkan bantuan apabila soviet juga mahu turut serta selain Mesir yang
membeli senjata dari Czechoslovakia.

 Kesan daripada pembatalan itu, Gamal Abdul Naseer telah mengumumkan akan memiliki
terusan Suez dan wang hasil cukai dari terusan ini di gunakan untuk membangunkan
empangan tersebut

 British dan Perancis telah menghubungi Israel dan meminta Israel menyerang Mesir
 Pada 29 Oktober 1956, berlakulah serangan Israel terhadap Mesir di Sinai. Israel telah
menyerang dan memusnahkan pangkalan-pangkalan gerila Arab Fadayeen iaitu pejuang
pembebasan di Sinai. Perang kedua di rantau Asia Barat ini berakhir pada 2 November 1956
dengan kemenangan kepada Israel dan beberapa wilayah telah ditawan seperti Sinai dan
Selat Tiran.

PERANG ENAM HARI ARAB-ISRAEL 1967

• Perang enam hari ini bermula dari 5 Jun hingga 11 Jun 1967 melibatkan Israel yang ditentang
oleh negara Arab yang lain seperti Mesir (Republik Arab Bersatu, UAR), Syria, Jordan dan
turut dibantu oleh Iraq, Kuwait, Algeria, Arab Saudi dan juga Sudan.

• Ia tercetus akibat kesinambungan ketidakpuasan hati orang Arab terhadap kekalahan dalam
perang arab-Israel yang berlaku pada 1948 dan 1956 yang akhirnya mengubah bentuk
landskap geo-politik wilayah Arab pada hari ini.

• Pada 5 jun Israel melancarkan serangan terhadap pengkalan udara Mesir dan hanya dalam
masa 3 jam sahaja Mesir berjaya ditewaskan. Angkatan tentera Syria dan Jordan menerima
nasib yang sama ditewaskan akibat serangan mengejut yg dilakukan oleh Israel pada pagi
tersebut.

• Israel berjaya menguasai semenanjung Gaza, Sinai serta mendapatkan Bukit Golan dari Syria

• 7 Jun – Jordan melepaskan kawasan Arab Jerusalem, Nablus, Jericho, selebihnya Tebing
Barat

• 8 Jun - Israel menguasai dari kawasan Gaza hingga ke terusan Suez dan Sharm el-Sheikh

• Hasil peperangan menyaksikan pasukan negara Arab mengalami kekalahan yang teruk

• Israel berjaya mendapatkan kawasan Jerusalem Timur, semenanjung Gaza, Semenanjung


Sinai, Tebing Barat serta dataran Golan.

• Israel kehilangan 1000 tentera dan Arab pula 10 000 tentera.

• Sekitar 330 000 penduduk Palestin telah diusir daripada tanah air mereka sendiri.

• Perancangan perang yang hampir 10 tahun musnah begitu sahaja semasa perang ini berlaku.

PERANG YOM KIPPUR 1973.

 Perang Yom Kippur juga dikenali sebagai ‘Perang Ramadhan’ atau ‘Perang Oktober’ yang
bermula pada 6 hingga 26 Oktober 1973. Perang ini berlaku antara pasukan Israel dengan
negara-negara Arab yang dipimpin oleh Mesir dan Syria.

 Syria dan Mesir mahu kebuntuan dalam perundingan ini diselesaikan. Tujuannya adalah
untuk mendapatkan kembali bahagian wilayah yang telah dirampas dalam perang tahun
1967.
 Pada 16 Oktober 1973, pada hari Yom Kippur iaitu hari perayaan Yahudi yang paling penting,
ketika orang-orang Yahudi sedang meraikannya, yang juga bertetapan dengan bulan
Ramadhan bagi umat Islam sehingga dinamakan ‘Perang Ramadhan 1973’ . Syria dan Mesir
telah menyerang Israel secara tiba-tiba.

 Mesir telah mengambil pengajaran daripada Perang Enam Hari 1967 tentang kelemahannya
dalam pertahanan udara dan teknologi yang tidak setanding dengan Israel. Serangan
mengejut ini telah membolehkan tentera Syria dan Mesir mencapai kejayaan awal dalam
peperangan.

 Namun mereka tidak menjangka bahawa mereka boleh menyeberangi terusan dengan
begitu mudah dan tidak ada rancangan yang benar-benar konkrit tentang apa yang patut
dibuat selepas itu. Sikap tertangguh-tangguh ini memberi kesempatan kepada tentera Israel
untuk melancarkan serangan balas.

 Dalam situasi berbahaya ini, Soviet Union telah menyokong mesir dan Syria. Manakala
Amerika Syarikat memberikan bantuan kepada Israel. Peperangan ini berterusan sehingga
dewan keamanan PBB mengumumkan resolusi 339 (gencatan senjata) yang menyeru kepada
pengunduran semua tentera.

 Pada 25 Oktober, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Henry Kissinger meletakkan angkatan
tentera nuklearnya di seluruh dunia dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi sebab-
sebab yang sehingga kini yang masih belum didedahkan.

 Secara kesimpulannya, 2886 tentera telah tewas dan lebih kurang 7000 orang cedera, 314
tentera Israel telah dijadikan sebagai tawanan perang dan puluhan tentera Israel telah
hilang. Manakala, bagi Mesir dan Syria, 35 000 tentera tewas dan lebih daripada 15 000
tercedera dan 8300 tentera telah ditawan.

FAKTOR AGAMA DAN SOSIAL

PEREBUTAN JURUSALEM

 Isu perebutan Jurusalem bukanlah semata-mata disebabkan oleh politik Arab-Israel, tetapi
ianya menjadi tumpuan masyarakat Antarabangsa kerana ia berkaitan dengan soal
keagamaan yang melibatkan tiga agama iaitu Islam, Yahudi dan Kristian.

 Islam: kawasan Juruselam ini dikaitkan dengan sejarah hidup Nabi Muhammad S.A.W.
kawasan ini juga berkait rapat dengan peristiwa Israq Mi’raj yang berlaku khususnya di
kawasan Haram el-Shariff dan ia juga merupakan kiblat pertama umat islam

 Yahudi: menganggap kawasan yang suci ini ialah kawasan tembok yang dipanggil “The
Walling Wall”, kawasan perkuburan di Mount Olives dan beberapa kawasan perkuburan lain
seperti Tomb of David, Tomb of Simon the just, Tomb of Zachariah dan beberapa kawasan
perkuburan khususnya di Vallry of Kingdom.

 Di bawah Majid Al-aqsa yahudi mempercayai bahawa terdapatnya “Temple of Solomon”


iaitu Kuil Sulaiman.
 Kristian: kawasan Juresalem ini merupakan tempat suci bagi agama Kristian. Mereka
meyakini bahawa Juruselam merupakan sebuah kawasan yang menyimpan khazanah
peninggalan Jesus (Nabi Isa) terutamanya di kawasan The Walled City, Betlehem dan Valley
of Kidron.

 Jadi, jelaslah bahawa masalah pertikaian terhadap wilayah ini bukan sahaja berkaitan
dengan sebab politik semata-mata tetapi juga disebabkan sentimen agama yang kuat
terhadap wilayah ini kerana wilayah ini merupakan tempat suci bagi ketiga-tiga agama
tersebut.

ISU PELARIAN PALESTIN

 Dispora Palestin atau dikenali sebagai pengusiran beramai-ramai penduduk Arab-Palestin


dari tanah air mereka telah menjadi punca kepada berlakunya konflik antara Israel-Palestin
dan Israel-Arab sejak 1948. Lebih daripada 85% orang Arab Palestin yang menetap di 82%
daripada wilayah yang membentuk negara Israel telah diusir dari rumah mereka oleh tentera
Zionis.

 Kewujudan ramai pelarian iaitu rakyat Palestine juga merupakan antara faktor yang
membawa kepada ketidakstabilan politik di Asia Barat akibat penubuhan negara Israel pada
tahun 1948. Pelarian Palestin mula memasuki kawasan Lubnan sejak tahun 1948 apabila
mereka menghadapi tekanan rentetan daripada kemrdekaan Israel setelah sistem mandat
British di Palestin berakhir.

 Hal ini dapat dilihat apabila terdapat lebih 300,000 pelarian Palestin telah memasuki
kawasan Lubnan terutama di kawasan selatan. Pelarian ini telah membentuk entiti sosial dan
politik yang kuat di Lubnan untuk berhadapan dengan Israel.

 Kesan kepada negara yang mempunyai pelarian Palestin ialah mendapat serangan yang
berterusan oleh negara Israel. Jadi, Lubnan merupakan negara yang mempunyai pelarian
Palestin ini sering diserang oleh tentera Israel.

 Hal ini menunjukkan bahawa isu pelarian Palestin ini telah menyemarakan lagi konflik yang
berlaku di Asia Barat.

KRISIS AIR

 Kedudukan Sumber air di wilayah Arab-Syiria menjadi penyebab utama Israel melancarkan
gerakan provokasi bagi mencari alasan yang boleh mewajarkan pengisytiharan perang ke
atas Syiria

 Kedudukan Israel yang tidak strategik menyebabkan mereka terdesak untuk mendapatkan
bekalan sumber air yang mencukupi dan berterusan bagi memenuhi keperluan
penduduknya yang semakin meningkat terutama dengan pertambahan imigran haram
Yahudi

 Hal ini telah menjadi penyebab rejim Zionis melancarkan penaklukan ke atas wilayah Syiria
di Bukit Golan pada tahun 1967
 Israel amat memerlukan air untuk program pembangunan pertaniannya di Negev. Namun,
bagi mendapatkan bekalan air daripada negara Arab, Israel perlu mematuhi beberapa syarat
yang telah ditetapkan mereka dalam Pelan Johnston. Namun, Pelan Johnston gagal
menyelesaikan konflik air. Israel tidka bersetuju dengan pelan tersebut kerana prinsip pelan
itu menyatakan bahawa Israel hanya layak menerima air setelah negara-negara Arab
(Jordan, Syiria dan Lubnan) sudah memenuhi keperluan air mereka terlebih dahulu.

 Jadi, Israel telah menjalankan program pembangunan pengairannya sendiri yang diberi
nama Pengangkut Air Kebangsaan Israel. Melalui projek ini, Israel berharap supaya arah air
sungai Jordan akan dapat disalurkan ke kawasan tengah dan selatan Israel melalui paip dari
Tasik Tiberia ke kawasan pertanian Beit Shean.

FAKTOR POLITIK

CAMPURTANGAN KUASA BARAT

• Campurtangan dapat dilihat apabila sewaktu permulaaan negara Israel ini terjadi. Presiden
Amerika Syarikat, Henry Truman telah memberikan pengiktirafan terhadap penubuhan ini
sehingga negara Israel terbentuk pada 14 Mei 1948. Malah pengiktirafan rasmi adalah pada
31 Januari 1949.

• Negara-negara Arab yang lain tidak mengiktiraf penubuhan negara Israel ini.

• Sikap PBB yang tidak memainkan peranan dan tidak berlaku adil bertindak memberikan 55%
wilayah Palestin ini kepada Yahudi dan selebihnya 45% kepada negara Arab.

• Akibatnya, ia menyebabkan ketidakpuasanhati penduduk Palestin dan negara Arab


sekitarnya yang membawa kepada penentangan terhadap PBB dan penubuhan negara Israel
ini.

• Campurtangan ini juga dapat dilihat melalui hubungan diplomatiK antara Gamal Abdul
Naseer (Mesir) dgn AS yang menyebabkan tercetus Perang Suez

• Hubungan diplomatik ini telah memberi kebimbangan terhadap Israel. Lantaran itu, Israel-
Perancis-Britain telah melakukan satu serangan ke atas Mesir akibat daripada keputusan
Mesir pada 26 Julai 1956 yang memiliknegarakan terusan Suez selepas penarikan balik
tawaran oleh Britain dan Perancis bagi membiayai pembinaan empangan Aswan.

• Perang ini membawa campurtangan AS sehingga membawa Israel berundur dari


semenanjung Sinai. AS telah membuka Teluk Aqaba kepada perkapalan Israel sebagai
pertukaran ini.

• Jun 1957, Israel sepenuhnya mengundurkan tenteranya dan dalam peperangan ini dan kuasa
perikatan Israel-Britain-Perancis berjaya memenangi peperangan tersebut.

• Sebenarnya, peperangan ini hanayalah untuk kepentingan Eropah dari aspek ekonomi dan
perdagangan di terusan Suez

SIKAP PEMIMPIN ARAB


• Sikap pemimpin Arab yang tidak berkaliber, tidak cerdik dan tidak bertanggungjawab ini juga
telah menkucar-kacirkan kestabilan politik di rantau Arab ini.

• Kesilapan dalam strategi perang dalam perang 1948- pemimpin Arab ketika itu melengah-
lengahkan serangan ke bahagian utara yang menempatkan pertahanan kuat tentera Israel
(Kibbutznik Yahudi)di Yad Mordechai selama 5 hari telah memerangkap tentera UAR.

• Sikap pemimpin Arab yang mempunyai agenda lain. Hal ini dapat dilihat pemerintahan Raja
Abdullah (Transjordan/Jordan) dan Raja Farouk (Mesir). Penglibatan Raja Abdullah
mendapatkan wilayah tambahan Palestin adalah untuk memasukkannya ke dalam wilayah
Transjordan yang meliputi Tebing Barat dan juga kawasan mandat British. Cita-citanya
adalah mewujudkan “greater Syria”. Raja Farouk inginkan wilayah Selatan Palestin untuk
dimasukkan ke dalam Mesir.

• Perasaan curiga sesama sendiri telah membawa perpecahan dalam rantau Arab. Contohnya,
AS bercadang membekalkan senjata kepada Iraq bagi menentang Kesatuan Soviet namun,
Mesir telah mensalahtafsirkan perjanjian tersebut yang menganggap ia adalah untuk
memperkuatkan pihak Iraq dalam politik rantau Arab dan mengurangkan pengaruh Mesir
dalam dunia Arab. Pertelingkahan ini membawa perpecahan yang menwujudkan dua
pakatan negara Arab.

• Perkara ini dapat dilihat apabila dikalangan pemimpin Arab yang tidak berani bersuara
dalam mengkritik tindakan kejam Israel terhadap Palestin dan wilayah Arab yang lain.

• Sikap pemimpin yang tidak berani bersuara dalam mengkritik kekejaman Israel terhadap
wilayah Arab. Raja Abdullah II hanya berdiam diri apabila Israel bertindak ganas.

• Sesetengah pemimpin Arab yang gemar menghabiskan wang negara dengan berfoya-foya
dan berkahwin ramai. Perbuatan Raja Abdul Aziz al-Saud yang suka membuang masa degan
aktiviti yang tidak berfaedah sehingga mengabaikan pentadbiran Arab Saudi.

FAKTOR EKONOMI

KEPENTINGAN TERUSAN SUEZ.

• Menjadi rebutan di antara Asia Barat dan kuasa Barat seperti Amerika dan Perancis.

• Terusan Suez terkenal sebagai sebuah terusan buatan manusia yang terbesar dan terletak
antara Mesir dan Semenanjung Sinai (panjang 163 kilometer @ 101 batu dan lebar 120-200
meter).

• Berfungsi antara Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dan Terusan Suez di Laut Merah.
Terusan ini membenarkan laluan air secara dua hala.

• Pemiliknegaraan Terusan Suez oleh Mesir melalui Gamal Abdul Naseer (pemerintah Mesir)
telah menyebabkan ketidakpuasan hati beberapa pihak yang mempunyai kepentingan
terhadap terusan ini.
• Akibat daripada tindakan itu, Israel telah melancarkan serangan ke atas Mesir yang
menyebabkan konflik antara dua negara ini semakin sengit malah turut memberi
kesempatan kepada negara lain.

• Hal ini disebabkan Israel mempunyai kepentingan ekonomi terhadap Terusan Suez yang
berperanan sebagai laluan untuk mengangkut senjata perang yang diimport dari Perancis

• Keadaan ini telah menyebabkan, Israel bertekad untuk menyekat kuasa Mesir di kawasan
tersebut- menjadikan persengketaan semakin rumit.

KEPENTINGAN EKONOMI.

• Menyebabkan campur tangan kuasa Barat iaitu Amerika Syarikat dalam hal ehwal negara-
negara di Asia Barat.

• Kekayaan hasil minyak telah menyebabkan kuasa Barat ini menggunakan Israel sebagai
orang Tengah.

• Kedudukan geografi Israel yang terletak di antara Laut Merah dan Laut Mediterranean
membolehkan minyak dari Teluk Parsi dihantar terus melalui Paip ke Pelabuhan Israel dan
juga Eropah.

• Israel telah bertindak membantu Amerika Syarikat dengan menghalang pencerobohan


Soviet Union ke atas Asia Barat bimbang penguasaan ekonomi oleh Soviet Union.

6.0 revolusi iraq

7.0 konflik lubnan

You might also like