You are on page 1of 13

PENGENALAN

Tuhfat al-Nafis ini adalah diertikan sebagai “Hadiah yang Berharga”. Teks ini dianggap sebagai

dokumen politik kerana ia menceritakan tentang sejarah Raja-raja Melayu serta Bugis daripada

keturunan raja Melayu iaitu Marhum Abdul Jalil yang mangkat di Kuala Pahang dan Raja Kecik

dari negeri Siak.1 Definisi bagi dokumen politik ialah surat atau keterangan bertulis yang

digunakan sebagai maklumat politik.

Teks ini bertujuan khusus untuk generasi akan datang agar mereka sedar akan latar

belakang dan memahami asal usul. Tarikh untuk menentukan teks ini dikarang adalah sukar

ditentukan namun ia dikatakan ada sekitar abad ke-19. Salinan atau naskhah teks ini terdiri

daripada enam salinan termasuk naskhah yang ditemui di Terengganu dalam tulisan Jawi. Antara

tersebut adalah naskhah yang dimiliki oleh W. Maxwell yang telah disalin pada tahun 1890.

Tuhfat al-Nafis tidaklah sepopular teks-teks yang sejenis dengannya seperti Sejarah

Melayu, Hikayat Raja-raja Pasai atau Hikayat Merong Mahawangsa. Kali pertama teks ini

diketahui diterbitkan ialah pada tahun 1932 iaitu dalam huruf dan tercap jawi.2 Pada tahun 1965,

teks ini ditranskripsikan oleh Munir bin Ali lalu diterbitkan di Singapura. 3 Pada tahun 1973, teks

ini mula dipandang serius apabila Virginia Matheson seorang peniliti dari Australia memilih untuk

mengkaji teks ini bagi kajian Ijazah Doktor Falsafah, Tuhfat al-Nafis (The Precious Gift): A

Nineteenth Century Malay History, Critically Examined.4 Hasil daripada penyelidikan beliau ini

1
Matheson, Virginia. “Tuhfat al Nafis: Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji” Kuala Lumpur; Penerbit Fajar
Bakti,1982. Hlm, xix
2
Muhammad Yosuff Hashim, “Tuhfat al-Nafis dan Tradisi Pensejerahan Melayu”, dalam Pensejarahan Melayu
Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1992. Hlm. 449
3
Ibid
4
Ibid.

1
telah dikeluarkan dalam bentuk dua versi iaitu versi Melayu dan Inggeris iaitu pada tahun 1982.

Teks ini dianggap menarik kerana ia merupakan antara karya terbaru tentang pensejarahan Melayu.

Dalam catatan milik Sir William Maxwell menyatakan Raja Haji Ahmad memulakan

penulisan Tuhfat ini kemudian diteruskan oleh anaknya iaitu Raja Ali Haji.5 Dalam menyediakan

edisi Tuhfat al-Nafis dalam Bahasa Melayu sebanyak lima buah teks telah dikaji. Tuhfat al-Nafis

ini mempunyai dua bentuk iaitu sebuah versi panjang dan sebuah versi pendek. Satu sistem tanda

kurung telah digunakan bagi membezakan kedua-dua versi ini iaitu versi pendek tidak mempunyai

tanda kurungan manakala keseluruhan teks sama ada dikurungkan atau tidak dikurungkan adalah

mewakili versi panjang.

5
Matheson, Virginia. “Tuhfat al Nafis: Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji” Kuala Lumpur; Penerbit Fajar
Bakti,1982. Hlm, xx. Op.cit

2
LATAR BELAKANG

Raja Ali Haji merupakan anak kepada Raja Ahmad yang dikaitkan dalam teks ini. Raja Ahmad

atau Engku Haji dilahirkan pada tahun 1778 dan mangkat pada 1878, sementara Raja Ali Haji

dilahirkan pada tahun 1804 dan mangkat lebih awal daripada ayahnya, iaitu pada tahun 1872. Raja

Ahmad merupakan anak kepada Raja Haji (Marhum mangkat di Ketapang, Melaka) yang

merupakan Yang Dipertua Muda Keempat Johor-Riau. Manakala, Raja Haji pula merupakan anak

kepada Daeng Celak bin Daeng Relaka (Yang Dipertua Muda Kedua Johor Riau) daripada

keluarga Bugis di Sulawesi, iaitu tempat asal Opu Bugis Lima Bersaudara.

Salah satu karya besar Raja Ali Haji dalam bidang sejarah ialah Tuhfat al-Nafis. Dalam

karya ini, beliau lebih cenderung dengan suku kaum Bugis. Hal ini bertepatan dengan apa yang

dikatakan oleh Arba’iyah Mohamad Nor, iaitu beliau mengatakan tema Tuhfat al-Nafis dikatakan

lebih tertumpu kepada cerita raja-raja dan rakyat Bugis atau boleh dianggap sebagai Bugis

sentrik. Beliau juga sedaya upaya menjadikan Tuhfat al-Nafis sebagai alat untuk mempertahankan

kedudukan suku Bugis dalam kesultanan Melayu terutama Johor.

Raja Ali Haji seorang intelektual terkenal di penghujung abad ke-19. Selain daripada faktor

keturunan yang mempengaruhi Raja Ali Haji lebih pro Bugis, faktor latar belakang hidupnya juga

banyak mempengaruhi beliau. Beliau telah dibesarkan di istana Riau, pernah menjawat beberapa

jawatan penting kerajaan seperti penasihat raja-raja Riau, menjadi pakar undang-undang, guru

agama dan hakim di Riau.6 Justeru itu, jelaslah beliau mempunyai hubungan atau pertalian darah

yang amat kuat dengan Opu Bugis Lima Bersaudara dan dikaitkan dengan keturunan Raja Bugis

di Sulawesi.

6
Virgina Matheson Hooker, Tuhfat al-Nafis, Kuala Lumpur, Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka,
1998. Hlm xxiii.

3
TUHFAT VERSI TERENGGANU

Dalam tahun 1986, naskhah Tuhfat al-Nafis versi Terengganu telah dikenal pasti. Naskhah ini

disalin dengan khat yang cantik berbanding manuskrip-manuskrip Tuhfat yang lain. Penulisan

naskhah ini dibuat dengan teliti. Setiap halaman mempunyai nombor yang ditulis mengikut urutan

nombor Arab. Bab tertentu dipisahkan dengan tajuk-tajuk kecil bagi memudahkan pembacaan. Di

akhir teks dilampirkan 18 folio yang terdiri daripada huraian sejarah keturunan raja Bugis di negeri

Luwuk berserta gambar rajah pokok salasilah raja Melayu dari keturunan raja Melaka. Dua

halaman terakhir yang dilampirkan adalah ‘Adat Istiadat bagi Pengantin Raja -Raja Yang Besar’

di abad ke-18. Tuhfat versi Terengganu ini, biarpun disalin untuk simpanan istana Terengganu,

penyalinnya tidak mengubah jalan cerita, semata-mata untuk bersikap ‘tumpuan istana’ atau

mengagung-agungkan raja Terengganu. Sebagaimana manuskrip-manuskrip lain, manuskrip

Tuhfat versi Terengganu ini tetap bersifat condong kepada keluarga diraja Bugis. Kisahnya

bermula daripada asal-usul raja-raja Bugis di Negeri Luwuk sehinggalah pada kehebatan dan

pengguasaan mereka di alam Melayu. Bukan sahaja terhadap politik dan ekonomi Kerajaan Johor-

Riau-Lingga-Pahang, malahan juga ke atas negeri-negeri Melayu sekitarnya. Ini kerana tidak ada

perbezaan yang ketara antara Tuhfat versi Terengganu dengan manuskrip Tuhfat yang lain.

PENULISAN BERCIRIKAN HISTOGRAFI MODEN

Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahyudin Haji Yahya membuat kesimpulan bahawa sumber-sumber

yang digunakan oleh Raja Ali Haji dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu sumber utama,

4
sumber kedua dan sumber lisan.7 Sumber utama ini terdiri daripada surat-surat asal, dokumen-

dokumen dan catatan-catatan yang diperolehinya dari istana atau pusat pemerintahan Kerajaan

Johor. Penggunaan dokumen-dokumen penting di dalam teks ini jelas dapat dilihat melalui

beberapa huraian beliau. Misalnya :

“semasa berlaku perselisihan antara suku Melayu yang diketuai oleh Tun Dalam dan Raja Ismail

(cucu Raja Kecil Siak) dengan suku Bugis di Riau ,kaum wanita suku Melayu telah menghantar

surat kepada Raja Ismail yang waktu itu berada di Singapura”

(Tuhfat al-Nafis,halaman 156)

Selain daripada penggunaan sumber, satu lagi ciri historiografi yang dikagumi di dalam

teks ini adalah penggunaan tarikh oleh Raja Ali Haji. Tarikh-tarikh yang ditulis di dalam Tuhfat

adalah dalam tahun Hijrah. Ia ditulis bagi menunjukkan tarikh berlakunya kelahiran, kematian,

pertabalan, peperangan, perkahwinan dan hubungan diplomatik. Menurut Muhammad Yusoff

Hashim, penggunaan tarikh oleh Raja Ali Haji ini telah dilakukan semenjak seratus sembilan puluh

enam tahun sebelum Tuhfat dikarang. Tarikh pertama yang tercatat di dalam Tuhfat,

“adapun tahun mangkatnya Marhum Muda Pahang itu iaitu pada hijrah seribu delapan puluh

tujuh ,1087 sanat”

(Tuhfat al-Nafis,halaman 8)

Ciri ini membolehkan Tuhfat benar-benar diterima sebagai sebuah karya sejarah. Susunan

peristiwa yang mengikut kronologi disusuli dengan tarikh-tarikh yang lengkap, memudahkan

pembaca mahupun pengkaji melihat sesuatu peristiwa itu dengan jelas dan tidak mengelirukan.

7
Hooker, Virginia Matheson. Tuhfat al Nafis: Sejarah Melayu Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka,1991. Hlm. 76

5
Keprihatinan Raja Ali Haji ini ketara apabila beliau memberikan tahun dan haribulan malahan ada

peristiwa tertentu yang disertakan dengan hari dan waktunya. Misalnya peristiwa kemangkatan

Sultan Mahmud Shah II disebut,

“Adalah mangkat baginda itu pada hijrah seribu seratus tahun, 1111 sanat pada bulan Safar, hari

Jumaat dan menggantikan kerajaannya Bendahara ibni Bendahara Tun Habib pada delapan

haribulan Rabiul Awal hari Khamis waktu dhuha dan Raja Sulaiman zahir keduniapun.”

(Tuhfat Al-Nafis,halaman 28)

Penggunaan tarikh ini begitu meluas dalam naskhah Tuhfat dan mengikut susunan yang

tertib. Ini menyebabkan sesuatu peristiwa itu terputus atau diselang-selikan dengan peristiwa lain

yang berlaku di antaranya. Misalnya sepanjang peristiwa peperangan di antara Kerajaan Johor

dengan Raja Kecik Siak dan anak-anaknya yang berlanjutan selama setengah abad, diselitkan juga

dengan peristiwa penglibatan Bugis di Mempawah, Perak, Selangor dan Kedah. Namun,

barangkali Raja Ali Haji sedar akan kemungkinan timbulnya menyediakan satu senarai

peperangan-peperangan yang tercetus antara kedua pihak di tengah-tengah naskhah ini.

PENULISAN BERCORAK BUGIS SENTRIK

Virginia Matheson sendiri mengakui bahawa Raja Ali Haji menjadikan naskhah Tuhfat sebagai

alat untuk mempertahankan kedudukan suku Bugis dalam Kesultanan Melayu.8 Justeru itu tokoh-

tokoh Bugis telah digambarkan sebagai pelindung dan penyokong kepada keselamatan

pemerintah-pemerintah Melayu. Kehebatan pahlawan Bugis terutamanya Raja Haji digambarkan

8
Hooker, Virginia Matheson. Tuhfat al Nafis: Sejarah Melayu Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka,1991. Hlm,80 . op.cit.

6
dengan terlalu dramatik sehinggakan hampir tiada kegagalan dalam setiap peperangan yang

disertainya kecuali dua kali peperangan dengan Belanda di mana dalam peperangan yang terakhir

ini telah menyebabkan kematian beliau. Demikian juga memerihalkan konflik yang tercetus di

antara orang Melayu dan Bugis di Riau, segala kesalahan diletakkan ke atas bahu orang Melayu

dan hanya orang Melayu yang dianggap cuba mengingkari persetiaan yang termeterai antara

kedua-dua pihak ini.

Kredibiliti Tuhfat sering juga dipertikaikan lantaran Raja Ali Haji turut memasukkan

unsur-unsur magis di dalam karyanya. Noorduyn (1965:138) berpendapat apabila penyusunan

catatan Bugis dan Makassar terpaksa memasukkan cerita-cerita yang bersifat fantasi, mereka

memisahkan dirinya daripada cerita sebegitu dengan mengulang-ulang frasa “dikatakan” atau

“menurut cerita itu”.9 Raja Ali Haji mengatakan orang Bugis yang mengembara ke Tanah Melayu

itu daripada keturunan Puteri Balqis anak raja jin di negeri Yaman. Peristiwa-peristiwa magis ini

sukar diterima oleh ahli-ahli sejarah. Namun, menurut Muhammd Yusoff Hashim, mereka tidak

boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana mengembangkan karya dengan teknik sebegini. Menurut

beliau, ia dilakukan adalah kerana desakan zaman penulis yang masih belum wujud penulisan

sejarah bersifat ilmiah.

CAMPURTANGAN BUGIS DI NEGERI-NEGERI MELAYU

Tuhfat al-Nafis turut menceritakan peristiwa Opu-Opu Bugis lima bersaudara keluar dari negeri

mereka di Luwuk untuk berhijrah ke barat iaitu ke wilayah-wilayah seperti Makasar, Boneh, Jawa,

Bentan, Johor, Melaka, Kemboja dan akhirnya kembali ke Johor. Penguasaan Sultan Abdul Jalil

9
Ibid, hlm.81

7
tidak lama, Raja Kecik dari Siak yang mendakwa dirinya putera Sultan Mahmud Syah II lalu

merampas takhta Kerajaan Johor. Bugis pada waktu itu telah tiba dan menetap di Langat, Selangor.

Raja Sulaiman dan Tengku Tengah, anak Sultan Abdul Jalil telah bertindak meminta bantuan

Bugis di Langat untuk menghalau Raja Kecik keluar dari Riau dan Bugis telah bersetuju. Pada 4

Oktober 1722, selepas berjaya menghalau orang Siak, orang Bugis diketuai oleh Daeng Merewah

dan orang Melayu diketuai oleh Sultan Sulaiman membuat sumpah setia bersaksikan Al-Quran

untuk mengakui bersaudara dan tolong-menolong antara kedua belah pihak.10

Pada masa yang sama, penglibatan Bugis di dalam negeri-negeri Melayu yang lain telah

bermula. Manakal, Sultan Abdul Jalil yang di Johor waktu itu telah melarikan diri ke Terengganu

dan kemudian ke Pahang. Baginda telah dibunuh di Kuala Pahang atas arahan Raja Kecik. Setelah

peristiwa inilah Bugis telah menyerang Riau lalu berjaya mengusir Raja Kecik keluar. Daripada

sini, berlanjutanlah siri-siri peperangan antara Bugis membantu Raja Sulaiman yang berkonflik

dengan Raja Kecik di dalam dan luar Kerajaan Johor. Selepas Raja Kecik dihalau, Bugis telah

menabalkan Raja Sulaiman sebagai Sultan Johor. Dalam masa yang sama, salah seorang daripada

Bugis lima bersaudara iaitu Daeng Marewah (Kelana Jaya Putera) telah dilantik sebagai YDPM.11

Penglibatan Bugis di negeri-negeri lain terus berlaku. Daeng Parani misalnya telah membantu

putera Raja Kedah yang tua naik ke atas takhta kerana bersaing dengan adiknya. Sultan Sulaiman

dan YDPM juga bertanggungjawab bagi penabalan Tun Zainal Abidin ke atas takhta Negeri

Terengganu.

10
Buyong bin Adil, “Sejarah Johor”. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur,
1980. Hlm 114.
11
Hooker, Virginia Matheson. Tuhfat al Nafis: Sejarah Melayu Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka,1991., hlm. 78. Op.cit

8
PERKAHWINAN POLITIK

Dalam Tuhfat al-Nafis, ternyata perkahwinan adalah sebahagian daripada politik. Pendamaian

antara dua pihak yang bermusuhan mesti diikuti oleh beberapa perkahwinan antara kedua pihak

tersebut. Selain itu, perkahwinan juga digunakan untuk mengeratkan lagi ikatan sebuah

persahabatan yang tidak begitu teguh. Ikatan perkahwinan dan penglibatan serta kedudukan dalam

politik khususnya telah membawa kepada proses sosialisasi dan asimilasi yang berterusan antara

Melayu-Bugis sehingga kini.

Perkahwinan antara Bugis dan Melayu telah memberi kelebihan kepada suku Bugis. Satu

jawatan telah diwujudkan iaitu jawatan Yang Di Pertuan Muda (YDPM) melalui perkahwinan

antara kedua suku ini. Ia sebagai membalas jasa suku Bugis yang telah membantu mengembalikan

kuasa pemerintahan Johor-Riau. Jawatan ini hanya disandang oleh suku Bugis dan keturunannya.
12
Menurut Andaya, jawatan Yang Dipertuan Muda menyamai jawatan dalam kerajaan Bone di

Sulawesi Selatan. Ia diistilahkan sebagai To'arilaleng. Dalam kerajaan Bone, To'arilaleng tidak

pernah menjadi pewaris takhta kerajaan, tetapi berkuasa untuk menangani seluruh urusan rasmi

dan urusan penting. Malah dalam kerajaan ia sangat dekat dengan penguasa yakni raja. To'arilaleng

Lolo dan To'arilaleng Toa merupakan penasihat atau menteri yang mempunyai hubungan akrab

dengan raja. Model jawatan inilah yang dijadikan paksi kepada jawatan Yang Dipertuan Muda dan

Raja Tua yang menjadi dambaan Opu Bugis Lima Bersaudara dalam kerajaan Melayu.

Muhammad Yosuff Hashim, “Tuhfat al-Nafis dan Tradisi Pensejerahan Melayu”, dalam Pensejarahan Melayu
12

Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1992. Hlm. 457.
Op.cit

9
PEPERANGAN POLITIK

Apabila YDPM Kelana Jaya Putera meninggal dunia, Daeng Celak diangkat sebagai YDPM

kedua. Daeng Celak juga terlibat di dalam politik negeri-negeri Melayu lain. Opu Bugis Lima

Bersaudara juga turut terlibat dalam politik di Kedah. Penglibatan dan peranan yang dimainkan di

Kedah juga menyamai senario politik yang berlaku di Johor iaitu perebutan takhta. Pada tahun

1723, Sultan Muhammad Jiwa telah digulingkan oleh adindanya iaitu Raja Nambang. Lantaran

itu, Sultan Muhammad Jiwa meminta bantuan Opu-opu Bugis yang dipimpin oleh Daeng Parani

untuk merampas kembali takhta tersebut. Maka Daeng Parani bermesyuarat dengan Penghulu

Bugis di Kedah serta Orang Makassar dan Mandar sekalian untuk melantik semula Sultan

Muhammad Jiwa sebagai Sultan Kedah. Perlantikan Sultan Muhammad Jiwa menyebabkan Raja

Nambang tidak berpuas hati lalu meminta bantuan dari Raja Kecil. Maka perang tercetus kembali

tetapi sekali lagi pakatan Bugis Lima Bersaudara berjaya mencapai kemenangan dan Sultan

Muhammad Jiwa kekal memerintah Kedah.

Di Matan pula, berlaku konfik dalaman apabila berlaku perang saudara antara Pangeran

Agung dengan Sultan Muhammad Zainuddin. Pangeran Agung yang dibantu oleh Daeng Matekko

dan Haji Hafiz pada mulanya berjaya mengalahkan Sultan Muhammad Zainuddin. Baginda yang

terkepung di masjid segera meminta bantuan dari Opu-opu Bugis. Kedatangan Opu Bugis ini

berjaya membebaskan Sultan Muhammad Zainuddin dan baginda kembali bertakhta sebagai

pemerintah di Matan.13

13
Matheson, Virginia. “Tuhfat al Nafis: Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji” Kuala Lumpur; Penerbit Fajar
Bakti,1982. hlm. 63 . op.cit

10
PERUBAHAN POLITIK JOHOR-RIAU

Keadaan politik di Johor-Riau diwarnakan oleh perubahan sejarah yang terjadi di luar negeri. Hal

ini dapat dilihat dengan campurtangan kuasa Belanda di Empayar Melayu. Pada awal abad ke-18,

pola hubungan dagangan dan politik Melayu-Belanda ini berubah selepas kedatangan Bugis ke

Johor. Sikap permusuhan dan semangat anti-Belanda yang wujud dalam diri orang Bugis ini

diteruskan di Johor. Pada tahun 1784, terjadi perang sengit Bugis-Belanda di Teluk Ketapang,

Melaka.14

Pada tahun 1784, Bugis telah kalah kepada Belanda. Hal ini telah memberi kesan kepada

pola dan perkembangan pensejarahan alam Melayu. Seorang residen Belanda telah diletakkan di

Tanjung Pinang, Riau.15 Secara tidak langsung dapat dilihat tentang corak, taraf dan kuasa politik

Bugis dan Melayu Riau-Johor telah berubah daripada sebelumnya. 16

Keadaan politik ini semakin malap apabila tercetus Perjanjian Inggeris-Belanda tahun 1824

yang telah memisahkan kawasan geografi dan fizikal serta memisahkan silaturrahim dalam

rumpun bangsa Melayu. Walaubagaimanapun, aktiviti perdagangan Riau-Lingga masih berjalan.

Namun pelabuhan ini menghadapi saingan daripada pelabuhan jiran iaitu Singapura. Oleh itu,

kegemilangan pelabuhan Penyengat dan Riau-Lingga semakin jatuh setiap tahun. Kerugian politik

dan ekonomi terpaksa ditanggung oleh kerajaan Riau-Lingga sehingga membuatkan para

pemimpin politik dan pembesar Melayu Riau bingung. Selepas kemangkatan Raja Haji di Melaka,

aktiviti politik dan peperangan secara besar-besaran yang dilakukan oleh keluarga Bugis kepada

golongan antagonis mula berubah corak.

14
Ibid, Hlm. 458
15
ibid, hlm. 459
16
Ibid

11
Pembesar Riau-Lingga telah mencari jalan keluar daripada permasalahan ini. Mereka telah

mengetepikan keperluan dan kepentingan politik lalu meneroka dalam bidang kebudayaan dan

kesusateraan Melayu.17 Usaha ini adalah salah satu kempen bagi mengenang kembali zaman

keagungan Melayu Johor-Riau-Lingga yang telah lepas. Pembesar-pembesar Riau juga telah

menjadi penulis yang besar dan amat prolifik.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, Tuhfat al-Nafis ini seolah-olah menjadi lambang kepada penulis-penulis

lain dalam penulisan pensejarahan Melayu apabila penulis teks ini menuliskan tentang situasi

politik masyarakat semasa beliau hidup. Teks ini bukan saja memberikan pengetahuan tentang

sejarah raja-raja Melayu, Johor-Riau, Bugis dan Sumatera, malah lebih dari itu, merangkumi

bidang pengetahuan, kaedah dan pensejarahan Melayu sebelum tahun 1900. Oleh itu, dengan corak

penulisan yang sebegini, bagi pendapat penulis, wajarlah Raja Ahmad dan Raja Ali Haji

menganggap teks yang mereka karang ini sebagai satu “hadiah” atau “pemberian” yang bernilai

untuk anak cucunya, sesuai dengan judulnya Tuhfat al-Nafis untuk dijadikan sebagai dokumen

politik penting bagi Kesultanan Melayu.

17
Ibid, hlm 461

12
13

You might also like