You are on page 1of 5

MOHAMAD NOR LUKHMAN AL HAKIM BIN ISMAIL P78060

Sumbangan Pemikiran Ibnu Khaldun dalam politik

Ibnu Khaldun atau juga dikenali sebagai Wali Al-Din atau “Penjaga Agama” banyak memberi
jasa dalam bidang politik kerana beliau berkecimpung dalam bidang politik dan pemerintahan
selama 25 tahun di beberapa buah negara seperti di Tunisia, Magribi, dan Andalus sehingga
tahun 1382H (Fischel 1967)1. Sumbangan pemikiran Ibnu Khaldun dalam politik boleh dilihat
dalam tulisan kitabnya yang bertajuk Muqqadimmah yang banyak memberi pandangan beliau
mengenai Khalifah Abbasiyyah. Walaupun pemikiran Ibnu Khaldun adalah berdasarkan
pengalaman dan pengamatan beliau di zaman kalifah Islam Abbasiyyah. Namun begitu, idea
beliau masih boleh lagi relevan digunakan hingga ke hari ini, dalam kitabnya beliau
menerangkan kepentingan fungsi rakyat dengan pemerintah dalam membentuk kelestarian
politik dalam sesebuah negara yang juga dibincangkan dari sudut fizikal dan rohani.

Beliau berpendapat solidariti atau kesatuan rakyat perlulah kuat dalam mendokong sesebuah
negara. Dokongan rakyat terhadap pemerintah amatlah penting kerana tanpa dokongan rakyat
sesebuah kerajaan tidak dapat berdiri utuh. Oleh itu, jika dilihat dalam kontek dunia moden
pendekatan Ibnu Khaldun masih lagi diguna pakai apatah lagi bagi sesebuah negara yang
mengamalkan demokrasi di zaman moden ini. Hal ini kerana tanpa dokongan majoriti
masyarakat maka sesebuah kerajaan tidak akan berdiri dengan stabil. Sokongan juga bukan
sekadar dibuat ketika waktu sesebuah kerajaan yang dipilih tetapi sokongan rakyat juga perlu
untuk berterusan dalam mendokong aspirasi kerajaan bagi membagun sesebuah negara.
Contohnya di Malaysia di zaman Tun Dr Mahathir pembagunan negara telah mencapai tahap
yang gemilang pada ketika itu adalah disebabkan kekuatan parti yanng memerintah ketika itu
yang didokong oleh majoriti masyarakat di Malaysia. Kekuatan kerajaan pemerintah telah
melancarkan urusan urus tadbir kerajaan dalam pembangunan negara. Hal ini juga disebabkan
kebijakasanaan pemerintah mempertahan kuasa politik dan memastikan sokongan berterusan.
Walaubagaimanapun, dokongan rakyat juga bergantung pada tahap kejayaan sesebuah kerajaan

1
Antara sumbangan yang diberikan oleh Ibnu Khaldun ialah sebagai setiausaha kepada Sulyan Abu Inan di Fez,
Magribi (1355M), Setiausaha kepada Sultan Abu Salaim di Fez (1358M), mengetuai delegasi Sultan Muhammad V
Granada bagi memeterai perjanjian perdamaian dengan Pedro Du Cruel,pemerintah Islam di Seville, Sepanyol dan
Ketua Hakim di Mesir.(Idris Zakaria,2012).

1
MOHAMAD NOR LUKHMAN AL HAKIM BIN ISMAIL P78060

dalam memenuhi aspirasi rakyat kerana kehilangan sokongan rakyat oleh pemerintah adalah
disebabkan kegagalan pemerintah dalam memenuhi kehendak rakyat.

Selain itu, Ibnu Khaldun juga berpendapat kemerosotan politik juga terjadi apabila tiada
perpaduan dan patriotisme dalam kalangan masyarakat dalam sesebuah negara.Beliau juga telah
memberi contoh mengenai kejatuhan –kejatuhan empayar Islam di zamannya akibat tiada
semangat perpaduan dan patriotisme dalam kalangan rakyatnya. Contohnya di zaman Disnasti
Abbasiyyah ketika pada zaman Pemerintahan Khalifah Mu’tasim perpaduan dan patriotisme
dalam kalangan orang Arab telah menjadi lemah sehingga kerajaannya terpaksa meminta
perlindungan dari bangsa asing seperti bangsa Parsi, Turki, Saljuk dan lain-lain. Menyebabkan
politik khalifah ketika itu menjadi semakin lemah dan akhirnya kerajaan Abassiyah jatuh
dijatuhkan oleh bangsa Saljuk. Hal ini, menunjukkan bahawa betapa penting perpaduan rakyat
dalam mempertahankan sesbuah negara dan semangat cintakan negara bagi memastikan
kestabilan politik sesebuah negara dapat dikekalkan. Namun begitu terdapat sesetengah ahli
politik di negara ini sanggup mengadaikan maruah negara Malaysia semata-mata untuk
mencapai hasrat dan kepentingan diri ataupun kelompok tertentu sehingga sanggup
menggunakan Media Barat bagi memburukkan imej negara ada juga mengunakan dakyah-
dakyah yang berbentuk hasutan seperti mengadakan propaganda bagi mendapat sokongan rakyat
supaya Sabah dan Sarawak keluar dari peta negara Malaysia. Fenomena –fenomena ini, tidak
sepatunya tidak berlaku seandainya semua rakyat Malaysia mementingkan semangat perpaduan
dan mempunyai semangat patriotisme kerana hal ini akan menyebabkan perpecahan dalam
kalangan rakyat Malaysia sehingga semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia makin
luntur dan susana ini akan menyebabkan kerapuhan institusi politik di negara dan seterusnya
memberi peluang pihak kuasa asing mengambil jalan untuk menjajah Malaysia. Oleh itu
pengawalan kebebasan dengan menggunakan kaedah undang-undang seperti ISA amat penting
bagi mengekang segala anasir yang boleh mengikis perpaduan dan semangat patriotisme kepada
negara.

2
MOHAMAD NOR LUKHMAN AL HAKIM BIN ISMAIL P78060

Di samping itu, Ibnu Khlaldun turut menyatakan keutuhan sesebuah khalifah hanya berdiri
utuh hasil solidariti keluarga monarki tersebut. Gambaran yang diberikan oleh Ibnu Khladun
adalah berdasarkan pengamatan di zamanya yang mana sistem pemerintahan ketika itu adalah
bersifat monarki iaitu kuasa-kuasa politik dibahagikan mengikut keturunan dan kaum kerabat
semata-mata. Beliau juga menerangkan perpecahan antara keluarga monarki akibat perebutan
kuasa dan harta merupakan punca berlakunya kemerosotan politik sehingga membawa kepada
keruntuhan khalifah. Contohnya pergolakan kerajaan Bani Idris di Magribi dan Bani Ubaidi yang
mula menjauhkan diri dengan pemerintahan pusat Khalifah Abbasiyyah dan mula merancang
rampasan kuasa untuk memastikan kekuasaan politik didominasi oleh mereka. Walaupun, Ibnu
Khaldun menggunakan pengamatan berdasarkan pemerintahan monarki yang berlaku ketika itu,
namun pandangan ini masih boleh diadaptasi dalam dunia moden ini. Contohnya dalam kontek
masyarakat moden, “solidariti keluarga monarki” yang dicadangkan oleh Ibnu Khaldun boleh
dinisbahkan dengan kesepakan ahli politik dalam sesebuah pemerintahan kerana tanpa
kerjasama ahli politik dalam pemerintahan akan menyebabkan keadaan politik mengalami
keruntuhan. Sejarah pembinaan Malaysia juga membuktikan bahawa keutuhan politik negara ini
terhasil kerana kerjasama ahli politik yang terdiri dari pelbagai kaum menterai “kontrak sosial2”
dalam membentuk negara Malaysia. Termertarai kontrak sosial telah membuktikan bahawa
kemerdekaan Malaysia adalah hasil kerjasama ahli politik yang terdiri dari pelbagai kaum
membentuk sebuah pemerintahan yang merdeka.

Ibnu Khaldun juga berpandapat solidariti golongan agama juga penting dalam sebagai “cheak
and balance” dalam sesebuah negara untuk membentuk kelestarian politik dalam sesebuah
negara. Pandangan Ibnu Khaldun menekan peranan golongan umarak sebagai pemerintah dan
golongan ulamak sengai penasihat dalam sesebuah negara. Hal ini disebabkan pengaruh
golongan agama dalam membuat perubahan politik dalam sesebuah masyarakat. Golongan ini

2
Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin Melayu,
Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA dan MIC. Bagaimanapun, kontrak sosial
harus dianggap sebagai satu persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin
atau kumpulan elit tertentu. Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti
melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Rakyat perlu memahami fakta sejarah bahawa
kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah.

3
MOHAMAD NOR LUKHMAN AL HAKIM BIN ISMAIL P78060

hendaklah menjadi penegur kepada kerajaan seandainya berlakunya penyelewangan dan


kezaliman dalam pemerintahan. Contohnya Ibnu Khaldun menceritakan bagaimana seorang
ulamak sufi yang bernama Ibnu Qasie yang mengepalai pemberontakan pemeritahan yang zalim
di Sepanyol. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya peranan tokoh agama dalam membentuk
landskap politik ketika itu yang mengajak rakyat untuk taat kepada pemerintah semata-mata
tetapi juga mengerakkan rakyat menntang sebarang bentuk kezaliman dalam pemerintahan .
Begitulah dalam kontek Malaysia wujudnya pergerakan politik seperti PAS yang ditubuhkan
dalam kalangan ulamak bagi membawa kesedaran agama dalam pemerintahan Malaysia bagi
menegur sebarang bentuk penyalahagunaan kuasa dalam kalangan pemerintah yang betentangan
dengan ajaran Islam . Kewujudan golongan agama amatlah penting bagi memastikan politik
yang beretika dapat dilaksanakan.Walaubagaimanpun, peranan ulamak di Malaysia terutamanya
dalam kalangan parti PAS dilihat lebih bias dan cenderung untuk mengkritik parti pemerintah
semata-mata.Oleh itu, perlunya wujud organisasi agama seperti Jabatan Mufti yang bebas dari
bias kepentingan politik untuk menegur pemerintah dari pihak pembangkang ataupun pemerintah
itu sendiri. Kewujudan golongan agama amat penting dalam membentuk politik yang beretik.
Hal ini kerana etika politik yang lebih berakhlak dan bermoral amatlan penting dalam
memastikan kelestarian politik kekal dalam sesebuah pemerintahan.

Kesimpulanya pandangan Ibnu Khaldun dapat membezakan konsep kelestarian politik


menekankan hubungan rakyat dengan pemerintah. Namun begitu peranan agama dalam sistem
politik juga diambil kira . Pandangan Ibnu Khaldun membuktikan peranan agama amat penting
dalam membentuk keutuhan dan kelestarian politik dalam sesebuah negara. Oleh itu, politik dan
agama juga tidak boleh dipisahkan kerana kewujudan agama dalam politik dapat mewujudkan
etika politik yang berakhlak dan beramanah yang boleh dijadikan faktor kekuatan politik
sesebuah negara.

4
MOHAMAD NOR LUKHMAN AL HAKIM BIN ISMAIL P78060

Rujukan

Ahmedie Thoha. 1986. Muqqadimmah Ibn Khaldun (terjmh).Dlm. Disnasti, Kerajaan, Khalifah,
Pemerintahan.Jakarta. Julai 1986.

Idris Zakaria. 2012. Falsafah Politik Islam dan Kepentingan di Malaysia. Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2014(Cetakan ke 2).

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/1224-kontrak-sosial.html (Akses 29/11/2014)

You might also like