You are on page 1of 13

PENGENALAN

Johor merupakan negeri terakhir yang menerima penasihat British walaupun terdapat

sumber yang mengatakan bahawa Terengganu merupakan negeri yang terakhir menerima

penasihat dari British. Frederick Weld telah dilantik menjadi Gabenor Negeri-Negeri Selat pada

tahun 1880 dan ketika beliau memegang jawatan tersebut, Frederick Weld telah berusaha untuk

meluaskan dan menguatkan lagi dasar penjajahan Inggeris di Negeri-Negeri Melayu dan

tumpuannya adalah di Negeri Johor. Seterusnya, pada tahun 1884, beliau telah mencadangkan

kepada kerajaan British agar memperbaharui dasar mereka ke atas negeri Johor yang merdeka

dan menjalankan pemerintahan sendiri serta Frederick turut mencadangkan supaya dilantik

seorang Residen Inggeris untuk mentadbir negeri itu. Seterusnya, Maharaja Abu Bakar telah

membuat keputusannya dan berangkat ke England untuk menemui Setiausaha jajahan British di

London di mana ketika itu beliau telah dibantu oleh setiausaha Baginda, Datuk Seri Amar Diraja

Abdul Rahman. Rundingan telah berlangsung begitu lama sehingga 6 bulan yang

memperlihatkan pada tahun 1885 telah termeterainya perjanjian persahabatan. Perjanjian

Inggeris-Johor 1885 telah membawa kebaikan kepada negeri Johor. Dalam perjanjian ini, British

turut mengiktiraf Maharaja Abu Bakar sebagai Sultan Abu Bakar iaitu sultan Johor dan hanya

keturunannya sahaja yang boleh dilantik sebagai sultan Serta Johor diiktiraf negeri bebas dan

berdaulat. Tambahan lagi, perjanjian British-Johor 1885 telah membawa kepada persetujuan

Johor yang bersedia untuk berlindung di bawah naungan British sekaligus menerima pelantikan

pegawai British Johor yang bertaraf konsul. Perjanjian ini turut menyekat pengaruh British

dengan hanya menerima seorang sahaja pegawai British sebagai konsul. Hal ini dilihat sebagai

langkah bijak yang dimainkan oleh Sultan Abu Bakar. Namun, pengaruh British semakin meluas

apabila berlakunya kemangkatan Sultan Abu Bakar yang membawa kepada peluang pihak

1
British untuk menguasai Johor secara menyeluruh. Sejak perjanjian persahabatan 1885, British

telah menyusun strategi untuk menguasai British sehingga terjadinya pindaan artikel 3 dalam

perjanjian terdahulu yang membawa kepada perjanjian British-Johor pada tahun 1914 yang telah

memperlihatkan campur tangan British untuk menguasai Johor secara mutlak.

PERJANJIAN BRITISH JOHOR 1914

Perjanjian British Johor telah dimeterai pada tahun 1914 di mana perkara III perjanjian

pada 11 Disember 1885 yang dilakukan Frederick Arthur Stanley dengan Maharaja Johor telah

dimansuhkan dan digantikan serta telah dipersetujui oleh Sir Arthur Henderson Young iaitu

Gabenor Tanah Jajahan Negeri-Negeri Selat.

Antara perkara yang telah disebutkan di dalam perkara III ialah, Sultan Negeri dan

wilayah Johor akan menerima dan menyediakan kediaman yang sesuai untuk seorang pegawai

British yang dinamakan sebagai ketua penasihat yang akan ditauliahkan di Istana Baginda dan

akan menetap di Johor. Seterusnya, Sultan harus menerima nasihat dan tindakan yang dilakukan

oleh pegawai British tersebut yakni perkara yang meliputi pentadbiran am negeri kecuali soal

agama dan adat istiadat Orang Melayu. Di dalam perkara III turut menyebut bahawasanya,

Pembiayaan untuk ketua penasihat dan jawatannya akan ditentukan oleh kerajaan Negeri-Negeri

Selat dan ditanggung daripada hasil Negeri Johor. Pungutan dan kawalan segala hasil negeri

hendaklah dikawal dan diselia di bawah nasihat ketua penasihat British.

Perjanjian British-Johor 1914 telah dipersetujui dan ditandatangani oleh Sir Arthur

Henderson Young dan Sultan Ibrahim pada 12 Mei 1914 dan disaksikan oleh Omar Bin Ahmad,

2
Ahmad Bin Muhammad Khalid, Jaafar Bin Haji Muhammad dan Muhammad Bin Mahbub, dan

R.J Wilkinson.1

Perjanjian yang dimeterai ini juga sebenarnya disebabkan hubungan yang renggang

diantara British dan Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim. Hal ini demikian kerana baginda

tidak mengekalkan hubungan baik dengan Pejabat Tanah Jajahan sebaliknya baginda menentang

kuasa pihak British. Malah Baginda turut memerintah secara bebas dan sering mengabaikan

nasihat British. Perbuatan baginda turut mengecewakan British lantas menyebabkan Gabenor

Anderson menggunakan alasan pentadbiran untuk memaksa baginda agar menerima Penasihat

British.

MEMPERBESARKAN-BESARKAN KELEMAHAN SULTAN IBRAHIM

Antara salah satu cara yang dimainkan oleh British agar Johor jatuh ke tangan British

ialah dengan memperbesarkan-besarkan kelemahan Sultan Ibrahim. Sikap sultan Ibrahim

terhadap Tanah Jajahan dan kehidupan peribadinya telah memberikan alasan kepada orang yang

menyokong supaya Inggeris campur tangan dalam pentadbiran Johor.2 Di samping itu, cara

hidupnya yang mewah telah membebankan keadaan kewangan negeri yang sememangnya sudah

dalam keadaan tidak stabil kerana disebabkan sebelum ini Almarhum Sultan Abu Bakar sering

berangkat ke luar negeri.3 Seterusnya, pihak British iaitu Swettenham turut mengkritik Sultan

Ibrahim sebagai kekurangan.. Good Malay qualities. Hal ini demikian kerana, Swettenhsm

mengandaikan hal ini disebabkan darah campuran yang mengalir dalam diri sultan itu.4

1
Institut Terjemahan Negara Malaysia, Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia 1791-1965, Kuala Lumpur,
Penerbit: Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2009, hlm 61
2
Rahimah Abdul Aziz, Pembaratan Pemerintahan Johor (1800-1945): Suatu Analisis Sosiologi Sejarah, Kuala
Lumpur, Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm. 81.
3
Ibid.
4
Ibid.

3
SIKAP SULTAN IBRAHIM

Ketika Johor di bawah pentadbiran Sultan Abu Bakar, sistem pentadbiran Johor telah

dimodenkan dan pengaruh politik Johor turut dikembangkan di dalam mahupun di luar negara.

Bukan itu sahaja, ketika pemerintahan Sultan Abu Bakar, penasihat British tidak diletakan di

Johor kerana menghormati Sultan Abu Bakar dan perjanjian yang telah dilakukan. Namun ianya

telah berubah apabila Sultan Abu Bakar telah mangkat dan Sultan Ibrahim mengambil alih

pemerintahan. British telah mencuba menguasai Johor kerana sikap Sultan Ibrahim.

Sikap sultan Ibrahim jelas dapat dilihat apabila ianya berkait dengan isu pembinaan

keretapi kerana sikapnya yang tidak menyenangkan pihak British. Pada November 1899,

pembinaan jalan keretapi sedang dijalankan oleh kerajaan Negeri-Negeri Bersekutu di mana

pembinaan ini telah diarahkan oleh Frank Swettenham iaitu Residen Jenderal Negeri-Negeri

Melayu. Pembinaan jalan keretapi akan bermula di Buttterworth sehingga sempadan Negeri

Sembilan dengan negeri Johor iaitu di Gemas dan dari Singapura ke tepi Selat tebrau yang

bertentangan dengan bandar Johor Bharu. Frank Swettenham telah meminta kebenaran Sultan

Ibrahim untuk membina jalan keretapi dari sempadan Negeri Sembilan menerusi negeri Johor

hingga ke Johor Bharu dan beliau berharap pembinaan ini dapat dimulakan pada tahun 1902.

Tambahan beliau lagi, beliau berpendapat jalan keretapi di Singapura itu tidak akan ada gunanya

jika ianya tidak bersambung dengan negeri-negeri Melayu Bersekutu di Semenanjung Tanah

Melayu.5 Tambahnya lagi, jika Sultan Ibrahim bersetuju dengan pembinaan tersebut, NNMB

akan meminjamkan wang kepada kerajaan Johor dengan syarat-syaratnya dan pegawai-pegawai

daripada Kerajaan NNMB menjalankan kerja itu atas nama Johor. Sultan Ibrahim yang dibantu

oleh Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman Bin Andak telah merasa ‘sangat syak’ kepada

5
Hj. Buyong Adil, Sejarah Johor, Kuala Lumpur, Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971, hlm. 269

4
cadangan-cadangan yang dikemukankan oleh Frank Swettenham kerana mereka takut apabila

menerima bantuan pinjaman wang dan bantuan-bantuan lain daripada kerajaan NNMB, ianya

boleh membahayakan kemerdekaan Johor.6 Oleh itu, Sultan Ibrahim dan setiausaha sulitnya telah

merujuk hal tersebut kepada Lembaga Penasihat Johor di London di mana ia telah di

pengerusikan oleh Sir Robert Herbert dan penolongnya Sir Cecil Clementi Smith. Sir Robert

Hebert telah bersetuju dengan cadangan Swettenham itu pada dasarnya, tetapi butir-butir

selanjutnya mengenai cadangan itu, kata Sir Robert, mestilah sultan Johor dinasihati dalam

perkara-perkara yang boleh memberi faedah kepada negeri baginda walaupun bertentangan

degan faedah-faedah yang akan didapati oleh Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.7 Rundingan

demi rundingan yang telah di buat diantara Frank Swettenham dan Sultan Ibrahim namun ianya

masih tidak dipersetujui oleh Baginda. Hal ini demikian kerana pembinaan jalan keretapi di

Johor akan menyebabkan British bertapak di Johor secara berperingkat. Sultan Ibrahim dan

setiausahanya telah menyatakan hasrat mereka untuk menyerahkan kerja membuat jalan keretapi

di Johor kepada syarikat jurutera yang berada di London namun ianya ditentang keras oleh

British kerana mereka tidak bersetuju dengan rancangan tersebut.

Penentangan dan sikap yang ditunjukkan oleh Sultan Ibrahim itu, pihak British telah

mengancam Sultan Johor dengan mengatakan British akan melantik seorang wakil British di

Johor.8 Setiausaha Tanah Jajahan di London turut mengancam baginda dengan mengatakan

untuk melantik wakil seperti yang telah diluluskan dalam perjanjian 1885. Hal ini telah

menyebabkan Sultan terpaksa akur dan pada 11 Julai 1904, Sultan telah menandatangani sebuah

perjanjian persetujuan berkenaan pembinaan jalan keretapi di Johor walaupun pada hakikatnya

Sultan terpaksa dan enggan menyetujuinya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sikap Sultan dan
6
Hj. Buyonng Adil, Sejarah Johor, hlm 270
7
Hj. Buyonng Adil, Sejarah Johor, hlm 270
8
Ibid.

5
kes pembinaan jalan keretapi telah menyebabkan British mula menapak di Johor dan seterusnya

pada tahun 1914 telah berlakunya perjanjian British-Johor yang membawa kepada penguasaan

penuh British di Johor.

PEMECATAN DATUK SERI AMAR DIRAJA ABDUL RAHMAN ANDAK

Datu Seri Amar Diraja merupakan seseorang yang memainkan peranan yang begitu besar

ketika berkhidmat dengan dua orang Sultan iaitu Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim. Nama

sebenar beliau ialah Abdul Rahman Bin Andak dan beliau adalah seorang penasihat peribadi

ataupun setiausaha kepada kedua-dua Sultan iaitu Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim. 9 Datuk

Seri Amar Diraja telah berjasa besar dalam pentadbiran di Negeri Johor. Hal ini demikian

kerana, beliau telah berperanan dalam menghalang keinginan penjajah untuk menjadikan Johor

sebagai jajahan takluknya.10 Kehadiran dan kewujudan Datuk Seri Amar sememangnya telah

menyukarkan dan melambatkan British untuk menguasai Johor. Datuk Amar telah dianggap

sebagai ‘a clever little fellow but an absolute nobody among the Malay Aristocrats, malah ia

disifatkan sebagai ‘corrupt’ dan juga “a mischievous little dog”.11 Bagi pihak British, Sultan

Ibrahim dilihat mudah dikawal tanpa kehadiran Datuk Seri Amar Diraja di sisi baginda. 12 Oleh

itu, British telah melakukan muslihatnya agar British memperoleh dan melakukan campur

tangannya di Johor apabila berjaya memaksa persaraan Datuk Seri Amar Diraja dari

perkhidmatan awam Johor.13

9
Fawzi Basri & Hasrom Haron, Sejarah Johor Moden 1855-1940: Satu Perbincangan Dari Pelbagai Aspek, Kuala
Lumpur, Penerbit: Jabatan Muzium, 1978, hlm. 59
10
Ahmad Fawzi Basri, Datuk Seri Amar Diraja: Penghalang Cita-cita Inggeris Menakluk Negeri Johor, Selangor:
Universiti Kebangsaan Malaysia, 1972, hlm. 14.
11
Ibid. hlm 15
12
Ahmad Fawzi Basri, Johor 1815-1917 Pentadbiran dan Perkembangannya, Selangor, Penerbit: Fajar Bakti Sdn.
Bhd, 1998, hlm. 97.
13
Rahimah Abdul Aziz, Pembaratan Pemerintahan Johor (1800-1945): Suatu Analisis Sosiologi Sejarah, Kuala
Lumpur, Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm. 80

6
Perancangan yang dilakukan oleh British adalah disebabkan British tidak senang dengan

pegawai-pegawai khususnya Abdul Rahman Andak. Abdul Rahman Andak bahkan turut

didakwa menghasut Sultan tentang kedudukan baginda sebagai pemerintah yang mutlak dan

sentiasa menasihati baginda tentang mendaulatkan kemerdekaan Johor.14 Malah, British turut

merasakan bahawa Abdul Rahman Andak adalah orang yang bertanggungjawab terhadap

kebanyakan masalah yang dihadapi oleh British dalam mengawal Johor.

British telah mempengaruhi Sultan Ibrahim dengan menuduh Datuk Seri Amar Diraja

atau nama sebenarnya Abdul Rahman telah bekerjasama dengan ahli kewangan Jerman dan

Belanda dan telah menjual rahsia kerajaan kepada golongan Cina. 15 Hal ini telah menyebabkan

beliau dipecat atau dibersarakan dan dibuang negeri ke London bersama-sama isterinya dengan

pencen $1000 setahun. Hal ini jelas menunjukkan bahawa British mula menguasai Johor apabila

Abdul Rahman tidak lagi menjadi setiausaha kepada Sultan Ibrahim dan ianya turut membawa

kepada perjanjian 1914 yang membawa kepada kekuasaan secara total di Johor.

PEMANSUHAN LEMBAGA PENASIHAT JOHOR ( JOHORE ADVISORY BOARD)

Langkah-langkah lain yang diambil oleh pihak British dalam cubaannya menguasai

British juga adalah dengan memansuhkan Lembaga Penasihat Johor di London di mana ianya

14
Ibid.
15
Ibid. hlm 81

7
telah ditubuhkan oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1886 sebagai salah satu cara kerajaan Johor

mendapatkan nasihat mengenai perkara-perkara sepertimana peranan Gabenor Negeri-Negeri

Selat. Pada awal penubuhannya, Lembaga ini telah dipengerusikan oleh Leftenan Jenderal

William Fielding malah kesemua ahli lembaga yang telah dilantik oleh Sultan terdiri daripada

bekas pegawai yang sangat berpengaruh.16 Ketika tahun 1905, Sultan Ibrahim mendapati bahawa

pengerusi dan ahli-ahli dalam Lembaga Penasihat Johor di London tidak jujur terhadapnya dan

telah melakukan pakatan sulit dengan Pejabat Tanah Jajahan mengenai rundingan jalan keretapi

dan pelbagai perkara lagi. Baginda murka lalu telah memotong wang perbelanjaan lembaga

tersebut. Akhirnya, pada tahun 1905, ahli lembaga ini telah meletakkan jawatan secara beramai-

ramai. Oleh itu, Sultan Ibrahim telah melantik ahli-ahli baru. Lembaga Penasihat Johor di

London yang baharu ini tidak diperakui oleh British dan telah menyebabkan Lembaga Penasihat

Johor telah dibubarkan secara rasmi pada tahun 1907.

MENERIMA PENASIHAT AM (GENERAL ADVISER)

Pada bulan Oktober tahun 1909, Sultan Ibrahim telah menghantar permintaan dengan

rasmi kepada Gabenor John Anderson di Singapura supaya beliau memberikan seorang pegawai

16
Ahmad Fawzi Basri, Johor 1855-1917 Pentadbiran dan Perkembangannya, hlm. 124.

8
British untuk menasihati baginda dalam mengatasi krisis kewangan Johor.17 Setelah berlakunya

rundingan demi rundingan, dengan keinginan Gabenor John Anderson, pegawai yang akan

bekerja dengan Baginda itu akan digelar General Adviser atau Penasihat Am. Malah Gabenor

tersebut juga telah mencadangkan Doughlas G. Campbell yang menjadi Residen British di

Negeri Sembilan ketika itu yang akan datang menjadi Penasihat Am di Johor.18

Pada awal bulan Januari tahun 1910, Douglas G. Campbell yang telah berhenti daripada

jawatan Residen British di Negeri Sembilan telah sampai ke Johor dan mula memegang jawatan

Penasihat Am.19 Pelantikan Douglas sebagai Penasihat Am ini telah menjadi penanda kepada

bermulanya dalam sejarah Negeri Johor memasuki lingkungan pentadbiran dan pengawalan

kerajaan Inggeris. Campbell bertugas untuk menasihati baginda, namun baginda tidak

semestinya harus mengikut nasihat Douglas itu. Di samping itu, Campbell juga

bertanggungjawab menjadi ketua yang menjaga jabatan perbendaharaan, pejabat tanah, menjadi

hakim di mahkamah bagi membicarakan kes-kes orang Eropah dan menghadiri Majlis Mesyuarat

Negeri bagi negeri Johor.20 Hal ini jelas menunjukkan bahawa penerimaan Penasihat Am dalam

pentadbiran Johor telah membuka ruang yang lebih besar kepada British untuk mendapatkan

Johor seterusnya menguasai Johor seperti negeri-negeri lain. Penerimaan Penasihat ini

seterusnya membawa kepada pindaan perjanjian 1885 pada tahun 1914.

STRATEGI ARTHUR HENDERSON YOUNG

Pada tahun 1911, Sir Arthur Henderson Young telah tiba di Singapura dan telah

menggantikan Sir John Anderson sebagai Gabenor di Negeri-Negeri Selat. 21 Setelah beliau

17
Nesamalar Nadarajah, Johore and The Origins of British Control, 1895-1914, Kuala Lumpur, Penerbit:
Arenabuku Sdn. Bhd., 2000, hlm. 139.
18
Haji Buyong Adil, Sejarah Johor, hlm. 290
19
Ibid, hlm. 291-292
20
Ibid.
21
Haji Buyong Adil, Sejarah Johor, hlm. 294

9
menjadi Gabenor di Singapura, Sultan Ibrahim telah menunjukkan sikapnya dan tidak mahu

mendengar nasihat-nasihat Sir Arthur Henderson Young. Tindakan yang dilakukan oleh Sultan

Ibrahim berkemungkinan kerana baginda tidak mahu mendengar amaran British kepada baginda

ketika tahun 1906 iaitu berkenaan pentadbiran Johor yang harus ditadbir mengikut kehendak

British.22

Gabenor Young telah memberitahu kepada Sultan Ibrahim iaitu Januari tahun 1912,

semua surat-surat rasmi daripada kerajaan Johor yang ingin dikirimkan kepadanya perlu

dialamatkan kepada Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu sebagaimana surat-surat daripada

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan bukannya di alamatkan kepada Gabenor Negeri-Negeri

Selat. Namun, Sultan Ibrahim telah menolak arahan tersebut kerana bagi Baginda, perubahan itu

seperti meletakkan kedudukan Johor setaraf dengan negeri-negeri lain yang telah berada di

bawah kawalan British. Tambahan pula, Baginda mengetahui bahawa tindakan Sir Arthur Young

adalah cubaannya untuk memasukkan Johor ke dalam Persekutuan Negeri-Negeri Melayu.23

Pada tahun 1913, ketegangan diantara Sultan Ibrahim, Penasihat Am, Arthur Young

semakin ketara. Hal ini juga disebabkan sikap Baginda yang tidak mempedulikan dan tidak

meminta langsung nasihat daripada Campbell. Lantas, hal ini telah menyebabkan Campbell

mengumpul surat-surat pengaduan yang begitu banyak membantah perbuatan Sultan Ibrahim

Yang dianggap tidak baik mengenai perkara-perkara yang berhubung mengenai pelajaran,

kehakiman, rumah-rumah penjara, kerja raya, dan kewangan negeri Johor.24 Selain itu, Orang-

orang yang sedang menjalankan hukuman dalam penjara di Johor Baharu telah diberi layanan

yang buruk oleh pengawal penjara dan memaksa orang-orang salah itu bekerja di ladang-ladang

22
Ibid. hlm 295
23
Ibid.
24
Haji Buyong Adil, Sejarah Johor, hlm. 298

10
atau kawasan kepunyaan Sultan sendiri.25 Hal ini telah menyebabkan pegawai-pegawai British di

Johor dan Gabenor Arthur Young telah mengambil keputusan agar Penasihat Am di Johor

mempunyai kedudukan yang diiktiraf, berhak campur tangan secara mendalam di dalam

pentadbiran Johor dan sebagainya agar beliau dapat meneruskan tugasnya untuk memajukan

negeri Johor dan menyusun pentadbiran tanpa diganggu oleh Sultan Johor. Apa yang telah

dilakukan oleh Gabenor Arthur Young ialah, beliau telah memaksa Sultan menerima

Suruhanjaya Penyiasat yang ditugaskan menyiasat penjara di Johor Baharu dan suruhanjaya

tersebut akan memberikan laporannya kepada British.

Dalam laporan tersebut, Suruhanjaya Penyiasat telah menyatakan beberapa perkara yang

menunjukkan keburukan dan kejahatan yang telah dilakukan di Penjara Johor. Suruhanjya

tersebut telah mendesak British agar perkara itu ditangani dan mencadangkan supaya kuasa-

kuasa Penasihat Am diperluaskan dan diperbesarkan di Johor.26 Bagi meyakinkan lagi Pejabat

Tanah Jajahan, Gabenor Young telah menghantar dua memorandum kepada Pejabat Tanah

Jajahan iaitu sebuah memorandum daripada M.H. Whitley, Penasihat Undang-undang mengenai

pentadbiran dalam jabatan kehakiman di Negeri Johor dan sebuah lagi memorandum

Suruhanjaya Penyiasat yang ditulis oleh Campbell. 27 Dalam memorandum tersebut juga telah

mengandungi perkara-perkara yang membesarkan-besarkan kesalahan dan kelemahan

kepimpinan Sultan Ibrahim serta mereka mencadangkan satu perubahan status quo di Johor.

Pada 28 April 1914, Setiausaha Tanah Jajahan telah memberi kuasa kepada Gabenor di

Singapura iaitu Gabenor Young untuk membuat perjanjian dengan Sultan Ibrahim supaya boleh

meletakkan seorang Penasihat Am di Johor dengan “mempunyai kuasa yang sama” seperti

25
Ibid.
26
Ibid. hlm 299
27
Ibid.

11
Residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.28 perjanjian ini telah ditandatangani oleh Sultan

Ibrahim dan Gabenor Sir Arthur Young yang mewakili pihak kerajaan Inggeris. Dengan

perjanjian yang ditandatangani ini, maka jelaslah bahawa Johor telah menerima Penasihat yang

mempunyai kuasa yang sama dengan Residen British.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, pindaan perjanjian British-Johor 1885 pada tahun 1914 telah

membawa kepada campur tangan British khususnya di Johor. British dilihat telah melakukan

pelbagai cara atau strategi untuk mendapatkan Johor sejak dari zaman pemerintahan Sultan Abu

Bakar namun ianya menemui jalan buntu. Hal ini demikian kerana hubungan baik yang telah

dijalinkan Sultan Abu Bakar dengan Pihak British dan kebijaksanaan Seri Amar Diraja pada

ketika itu yang menghalang British dari menguasai Johor. Namun, kemangkatan Sultan Abu

Bakar telah membuka ruang kepada mereka untuk menguasai Johor dan sikap serta kelemahan

Sultan Ibrahim telah menyebabkan British berjaya meletakkan seorang Penasihat Am sehingga

berlakunya pindaan perkara III yang membawa kepada penguasaan British terhadap Johor secara

menyeluruh pada tahun 1914. Penguasaan British terhadap Johor telah mengukuhkan lagi kuasa

British dalam mentadbir Negeri-Negeri Melayu di Tanah Melayu.

BIBILIOGRAFI

Ahmad Fawzi Basri, Datuk Seri Amar Diraja: Penghalang Cita-cita Inggeris Menakluk Negeri

Johor, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1972

28
Ibid, hlm 303

12
Ahmad Fawzi Basri, Johor 1815-1917 Pentadbiran dan Perkembangannya, Selangor, Penerbit:

Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1998

Fawzi Basri & Hasrom Haron, Sejarah Johor Moden 1855-1940: Satu Perbincangan Dari

Pelbagai Aspek, Kuala Lumpur, Penerbit: Jabatan Muzium, 1978

Hj. Buyong Adil, Sejarah Johor, Kuala Lumpur, Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971

Institut Terjemahan Negara Malaysia, Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia 1791-1965, Kuala

Lumpur, Penerbit: Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2009

Nesamalar Nadarajah, Johore and The Origins of British Control, 1895-1914, Kuala Lumpur,

Penerbit: Arenabuku Sdn. Bhd., 2000

Rahimah Abdul Aziz, Pembaratan Pemerintahan Johor (1800-1945): Suatu Analisis Sosiologi Sejarah,

Kuala Lumpur, Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000

13

You might also like