You are on page 1of 2

Muhamad Zahir Bin Zainal Abidin

AIL170013

Operasi Matador merupakan usaha British menghalang serangan Jepun. Bincangkan.

Operasi Matador ialah usaha British bersama-sama Gerakan Tanah Melayu atau

Malaya Command untuk menggerakkan pasukan Tentera British ke wilayah Thai dan Tanah

Melayu. Hal ini dilihat usaha yang sangat penting dalam menjamin pentadbiran British di

Tanah Melayu. Pada permulaannya, operasi matador dikenali sebagai etonian dan ditukar pada

12 Ogos 1941.

Pada permulaanya, British menyedari kepentingan Segenting Kra kepada pertahanan

Tanah Melayu. Sejak tahun 1925, Panglima Gerakan Tanah Melayu mahu menggunakan

Segenting Kra dalam strategi yang dikenali sebagai "Benteng Kedah" tetapi kurang sambutan.

Apabila keadaan di Pasifik begitu serius, British merancang Operasi Matador. Menurut

rancangan ini tentera British akan menawan selatan Thai apabila Jepun mula menyerang, Selain

itu British juga cuba memperkuatkan pertahanan utara Tanah Melayu. Walaupun usaha dibuat

untuk mengukuhkan pertahanan di bahagian utara tetapi tumpuan British sebenarnya ialah

mempertahankan Singapura.

Awal Disember 1941, meletakkan seramai 24 operatives di sepanjang Segenting Kra

bagi melancarkan Operasi Matador. Pasukan khas bagi menjalankan operasi ini iaitu 1st

Malaya Independent Company diwujudkan pada bulan April 1941 pasukan ini merupakan

pasukan komando yang biasa dengan aktiviti peperangan di hutan serta bergerak secara sulit di

kawasan musuh. Hal ini bagi menjaga daripada Jepun terus masuk ke Tanah Melayu melalui

Segenting Kra

Tambahan pula, peta-peta Segenting Kra di cetak, wang Thailand turut disimpan untuk

kegunaan sewaktu operasi dijalankan dan pelbagai maklumat yang dicetak dalam bentuk

pamphlet yang akan disebarkan melalui udara apabila waktu operasi tiba. Hal ini bagi
Muhamad Zahir Bin Zainal Abidin
AIL170013

memudahkan operasi ini dilakukan dengan melakukan perisikan dan persediaan b di kawasan

tersebut.

Markas Gerakan Tanah Melayu bertanggungjawab untuk perancangan terperinci Ops

Matador, dan pada 6 Disember 1941 (2 hari sebelum serangan Jepun di Kota Bharu) Markas

Gerakan Tanah Melayu telah membuat perancangan semula dan telah mengenal pasti pasukan-

pasukan tentera yang perlu dikerah serta merta untuk perlaksanaan Ops Matador.

Jeneral Arthur Percival sendiri mahukan pelancaran Ops Matador kerana percaya

bahawa pertahanan Tanah Melayu dan Singapura perlu dibuat di Thailand untuk membolehkan

perolehan masa bagi pasukan-pasukan bantuan sampai ke Malaya. Jeneral Arthur Percival

dalam perjumpaan pada 6 Disember 1941 dengan Gabenor Sir Shenton Thomas dan panglima

tertinggi Markas Timur Jauh Ketua Marsyal Udara Robert Brooke-Popham meminta Ops

Matador dilancarkan, tetapi Brooke-Popham berpendirian bahawa masih terlalu awal untuk

melancarkan serangan sangkal ke atas Thailand. Pengkaji sejarah pasti merumuskan kesilapan

besar Brooke-Popham untuk tidak melancarkan Ops Matador, yang secara langsung

mendorong kepada kejayaan Jepun menakluk Tanah Melayu dan Singapura.

Kegagalan operasi Matador ini merupakan salah satu sebab Jepun berjaya menguasai

Tanah Melayu. Walaupun gagal dapat dilihat terdapat usaha-usaha British dalam menjaga

pentadbirannya di Tanah Melayu terutamanya di sebelah utara Tanah Melayu.

You might also like