Professional Documents
Culture Documents
0 PENGENALAN
Esei ini akan membincangkan berkaitan Revolusi Amerika (1775 - 1783) dan
Revolusi Perancis (1787 - 1799) dalam konteks melihat perbandingan diantara dua
revolusi ini. Esei ini juga akan melihat beberapa perkembangan yang berlaku diantara
kedua Revolusi. Ideologi adalah sebagai idea utama yang digunakan untuk
menyatupadukan rakyat disamping membantu mereka mengatur perjuangan untuk
mencapai revolusi. Ini dapat dilihat secara jelas melalui pengaruh peristiwa-peristiwa
perubahan sosial di Eropah dan di Amerika Utara sehingga mengakibatkan
penjelmaan ideologi-ideologi yang berpengaruh.
Pada lazimnya peperangan dengan pihak luar dilihat boleh mencetuskan kontroversi
dan perpecahan di dalam sesebuah negara. Bagi negara Amerika Syarikat (AS),
peperangan telah memberikan satu impak positif kepada negara tersebut sama ada
secara langsung atau tidak langsung. Di AS, peperangan telah menukar sesebuah
bangsa menjadi sebuah negara.1 Melalui Revolusi Amerika, ia sebenarnya telah
menghasilkan bangsa Amerika.
1
Henrich Von Treitschke
2
Samuel P.Huntington. Bab 6 Kebangkitan, Kemenangan & Kehakisan, ‘Cabaran Kepada Identiti
Nasional Amerika’
zalim, sistem pemerintahan beraja, bangsawan dan penindasan terhadap kebebasan
dan hak individu adalah sebagai musuh rakyat Amerika.
Grenville juga telah meluluskan Stamp Act of 1765 pada tahun yang sama
bertujuan untuk mengenakan cukai setem ke atas pergerakan (kiriman) semua surat-
surat atau dokumen-dokumen dan lesen pembelian arak, suratkhabar, sijil pelajaran
dan lain-lain lagi. Undang-undang mahkamah ketenteraan juga dikenakan ke atas
pesalahnya. Walau bagaimanapun, pihak koloni-koloni tidak bersetuju dengan akta
ini, malah memulaukan penjualan setem tersebut. Pihak koloni di Amerika telah
melancarkan protest mereka terhadap pengenalan akta setem tersebut. Pada bulan
Oktober 1765, semasa diadakan kongres (Stamp Act Congress) oleh 9 koloni di New
York telah meluluskan satu Declaration Of Rights And Grievances terhadap dasar
kerajaan kolonial. Dalam deklarasi tersebut, antara keputusan yang diluluskan ialah
menuntut pihak kerajaan kolonial menghapuskan pengadilan mahkamah ketenteraan
laut, akta gula dan akta cukai dengan alasan bahawa pihak kerajaan kolonial di
London tidak mempunyai hak untuk mengenakan sebarang peraturan ke atas koloni-
koloni di Amerika memandangkan ketiadaan perwakilan di Parlimen.
Semasa kongres Akta Setem sedang berjalan di New York, rakyat di koloni-
koloni mula merancang beberapa tindakan penentangan terhadap dasar pemerintahan
kerajaan kolonial British. Kaum wanita mula memulau keperluan teh, pakaian dan
lain-lain yang diimport daripada Great Britain. Manakala kaum lelaki bersiap sedia
untuk melancarkan sebarang bentuk penentangan secara fizikal demi memperjuangkan
hak kebebasan masyarakat koloni Amerika. Beberapa peristiwa buruk berlaku ekoran
tunjuk perasaan rakyat koloni Amerika, misalnya penahanan gabenor di Boston dan
beliau dipaksa membaca sendiri surat perletakkan jawatannya di khalayak umum,
membakar rekod-rekod kes di Mahkamah Tentera Laut dan sebagainya. Pada bulan
Mac 1766 kerajaan Kolonial British telah menghapuskan Akta Setem. Sebaliknya
telah meluluskan Akta Deklaratori (Declaratory Act) yang memberi hak penuh kepada
pihak kerajaan kolonial British untuk membuat undang-undang ke atas koloni-koloni
di Amerika. Penghapusan Akta Setem telah disambut dengan meriah oleh masyarakat
koloni, malah mereka segera membina tugu raja George III (1760-1820) di New York.
Pada awal tahun 1773, Lord North telah memperkenalkan satu akta bagi
memberi kuasa monopoli perdagangan teh di koloni-koloni Amerika kepada Syarikat
India Timur Inggeris yang menghadapi masalah kewangan ketika itu. Ini telah
menyebabkan kebangkitan penduduk koloni Amerika untuk menentang peraturan baru
tersebut. Mereka bukan sahaja memaksa ejen-ejen syarikat meletak jawatan malah
sama ada merampas teh untuk disimpan ataupun merampas kapal-kapal dagang teh.
Pada 16 Disember 1773 di Boston, sekumpulan penduduk koloni Amerika yang
menyamar sebagai bangsa pribumi Indian keluar ke pelabuhan dan menenggelamkan
3 buah kapal dagang teh dan menyebabkan 15 ribu paun nilai bekalan teh telah
dibuang ke dalam laut. Peristiwa ini dikenali sebagai The Boston Tea Party.
Pada bulan Mei 1775, mesyuarat kedua yang dijanjikan telah berlangsung di
Philadelphia. Mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh 4 tokoh veteran dan terpenting,
iaitu George Washington (perang) dari Virginia, Benjamin Franklin (politik) dari
Philadelphia, John Adams (peguam terkenal) dari Massachusetts, dan Thomas
Jefferson (peguam) dari Virginia. Memandangkan belum wujudnya pasukan tentera
Amerika yang rasmi atau formal, maka kongres ini mengisytiharkan kaum petani dan
pedagang yang sedang mengepung bandar Boston sebagai pasukan tentera gabungan
kolonial-Amerika (Army of the United Colonies).
3
Chapter 1, The Pattern Of American Politics. ‘Parties and Politics In America’
pelbagai cara termasuk melalui agama Kristian, nilai dan prinsip moral Protestan,
etika kerja, bahasa Inggeris, tradisi, undang-undang, keadilan dan batasan kuasa
kerajaan, warisan kesenian, kesusasteraan dan falsafah.
Revolusi Perancis yang berlaku pada tahun 1789 sehingga 1799 menandakan bahawa
kedatangan masyarakat kapitalis kelas pertengahan moden atau juga disebut sebagai
golongan bourgeois dalam membuat perubahan ke atas corak pemerintahan dan politik
perancis (Soboul 1975). Selain itu, revolusi ini juga dilihat sebagai satu kejayaan
penubuhan perpaduan dalam kalangan rakyat di sesebuah negara apabila berjaya
menamatkan sistem pemerintahan regim beraja kepada sistem pemerintahan yang baru
dimana rakyat mula berkuasa. Menurut Alexis de Tocqueville (1805-1859), revolusi
adalah menifestasi daripada golongan kelas pertengahan untuk menghapuskan sisa-
sisa terakhir zaman pertengahan apabila sedar akan kepentingan sosialnya. Kemuncak
dalam kewujudan demokrasi liberal dan corak pemerintahan Republik selepas
revolusi, menambahkan satu dimensi yang penting dalam sejarah dunia yang harus
dilihat sebagai model klasik dalam revolusi bourgeois (Lucas 1973).
Rusuhan mula dilakukan oleh rakyat di merata tempat akibat dari kelemahan
Raja Louis XVI mengurus tadbir negara ketika itu (Lucas 1973). Raja Louis XVI telah
melantik Jacques Neckar sebagai menteri kewangan. Raja juga merestui persidangan
dewan perundangan (Estate General) yang tidak bersidang selama 175 tahun. Jacques
Necker pula telah menjanjikan kebebasan kepada rakyat dan memberi peluang untuk
rakyat memberi pendapat mereka. Walaubagaimanapun, Necker telah meletakkan
jawatannya sebagai menteri kewangan pada tahun 1781 dan tindakan ini memberi
kesan yang bertambah buruk terhadap krisis kewangan Perancis (Soboul 1975).
Golongan cerdik pandai yang terdiri daripada individu-individu yang terpengaruh
dengan karya-karya pemikir seperti Rousseau, Voltaire dan Montesquie telah
mendesak supaya rakyat memiliki kuasa pemerintahan (kedaulatan). Golongan ini
telah menggunakan kesempatan dengan menerbitkan ratusan risalah mengenai
kelemahan sistem sosial dan politik pada masa tersebut. Dalam karya tersbut, mereka
telah membidas corak pemerintahan beraja dan pengaruh golongan bangsawan serta
badan agama. Mereka telah menegaskan bahawa golongan ini kurang prihatin tentang
masalah yang dihadapi rakyat. Mereka juga telah menyebarkan risalah-risalah
mengenai hak asasi dan kebebasan. Tambahan pula golongan radikal telah
mengedarkan risalah-risalah yang mencadangkan sistem raja diamsuhkan dan
digantikan dengan sistem republik (Thomson 1978).
Selain itu, Raja Louis XVI turut disifatkan oleh rakyat sebagai seorang lelaki
yang mulia dan mempunyai niat yang baik, namun sikapnya yang terlalu berhati-hati,
lemah dan teragak-agak dalam membuat keputusan membuatkan Raja Louis hampir
berputus asa sehingga gagal menggunakan kuasa yang dimilikinya dengan baik
sehingga rakyat merusuh akibat kelemahan sistem sosial dan politik pada masa
tersebut. Akhirnya Raja Louis XVI telah dikutuk dan dituduh mengadakan konspirasi
terhadap kebebasan awam dan kesejahteraan umum oleh perwakilan yang hadir
semasa konvensyen. Sebanyak 361 undian bersetuju untuk menjatuhkan hukuman
keatas Raja Louis XVI, 288 undi tidak bersetuju dan 72 perwakilan mengundi untuk
menangguhkan hukuman tersebut dari dijalankan. Akhirnya Raja Louis XVI telah
dibicarakan dan dijatuhi hukuman mati pada Januari 1793 melalui hukuman gilotin4.
Masyarakat Perancis terbahagi kepada tiga kelompok yang dikenali sebagai ‘Estate’.
Pertama ialah badan agama Katolik (Clergy-1st Estate) yang memiliki kebanyakan
tanah (tanah wakaf) di negara tersebut. Kumpulan kedua, ialah golongan bangsawan
(Nobility-2nd Estate) yang juga mempunyai banyak tanah dan mereka hanya
membayar sedikit cukai sahaja. Kumpulan ketiga pula terdiri daripada peniaga-
peniaga yang kaya, pekerja mahir dan petani (3rd Estate) dan dikenakan cukai yang
tinggi berbanding dengan dua kelompok yang lain dan juga merupakan kumpulan
paling ramai dalam negara dengan jumlah yang melebihi 24 juta orang diakhir
pemerintahan Regime Ancien (Soboul 1975).
Menurut Schwartz dan O’Connor (2007) 97% daripada kumpulan ketiga yang
terdiri daripada pekerja mahir dan petani ini menguasai 65% tanah pada ketika itu.
Kumpulan pertama dan kedua (Clergy and Nobility) telah lama wujud dan menguasai
10% - 25% tanah sebelum ini namun kumpulan ketiga dilihat semakin berkembang
dan wujud dengan pesat hasil daripada peranan yang dimainkan oleh ahli-ahli mereka
dalam kehidupan bernegara.
4
Gilotin menjadi alat untuk memperlaksanakan hukuman mati terhadap seseorang individu tanpa
mengambil kira pangkat dan kedudukan pesalah serta jenis kesalahan yang dilakukan. Hukuman
dijalankan adalah melalui mekanisme memenggal kepada menggunakan alat yang direka daripada
bingkai tinggi tegak dengan sebilah mata pisau besar dan bersudut digantung padanya. Alat ini terkenal
sebagai cara utama bagi pelaksanaan hukuman bunuh di negera Perancis khususnya pada zaman
Revolusi Perancis dan ia menjadi sebahagian daripada budaya popular serta disanjung sebagai
pembalas dendam oleh rakyat dan penyokong Revolusi sebagai tanda mengutuk pemerintahan yang
zalim.
1.3 PILIHAN RAYA (Estates General 1789)
Raja Louis XVI telah bersetuju dengan permintaan golongan liberal supaya pilihan
raya diadakan dengan syarat yang agak terbuka. Pilihan raya telah diadakan pada pada
Januari sehingga April 1789 untuk memilih perwakilan yang akan ke Estate General.
Pilihan raya ini diadakan selepas 175 tahun Estate General tidak bersidang.
Bagaimanapun, piliha raya ini telah berlangsung dalam suasana ekonomi yang tenat
serta kelumpuhan pemerintahan dalam menangani masalah rakyat. Dalam masa yang
sama rakyat telah mengharapkan pemulihan dan penguasaan Estate General akan
digunakan dengan baik untuk mengatur tindakan bagi memulihkan hal sosioekonomi
negara. Seterusnya, pilihan raya yang diadakan pada 1789 ini juga telah menyaksikan
kemenangan rakyat yang telah memperoleh 600 buah kerusi berbanding 291 kerusi
daripada kumpulan bangsawan dan 300 buah badan agama. Selepas selesai pilihan
raya, Raja Louis XVI telah berharap ketiga-tiga kelompok (Estates) akan bersidang
secara bersaingan dan delegat-delegat pula akan meluluskan bantuan kewangan
kepada raja. Pada 5 Mei 1789, dewan perundangan (Estate General) telah secara
rasminya bersidang.
Keputusan pilihan raya yang memberi kelebihan kepada gologan rakyat ini
didokong oleh pemimpin mereka yang berfahaman liberal (Brown 2007). Mereka
telah menyuarakan agar semua kumpulan dianggap berkuasa dan begitu juga dalam
hal meluluskan dasar. Mereka mengesyorkan supaya wakil-wakil dewan perundangan
atau delegat tidak lagi mengundi secara kumpulan tetapi secara individu bagi
mewakili diri sendiri. Mereka juga mendesak supaya semua ahli dewan perwakilan
bersidang dalam satu dewan sahaja dan bukan seperti dulu, iaitu bersidang secara
berasingan. Mereka juga mendesak supaya negara perlu diperintah berdasarkan
prinsip demokrasi yang rasional dan bukan oleh golongan yang mempunyai
keistimewaan. Walaubagaimanapun, desakan daripada kumpulan rakyat biasa ini
nyata tidak mendapat persetujuan daripada kumpulan lain dan raja pula telah berpihak
kepada kumpulan konservatif.
Seterusnya, sebaik sahaja dewan bersidang, ahli-ahli dewan perundangan telah
berpecah belah atas isu prosedur cara pengundian atas usul yang bakal diperkenalkan.
Menurut amalan parlimen pada ketika itu, kumpulan (Estate) mengundi atas usul
sebagai satu kumpulan, tiap-tiap satu kumpulan mempunyai satu undi. Nyata sekali
golongan bangsawan dan badan agama yang sealiran pendapat dengan mudah
mematahkan atau membatalkan usaha wakil rakyat biasa (3rd Estate). Keadaan ini
telah mendorong rakyat untuk bersatu padu mendesak agar amalan cara mengundi
secara kumpulan (Estate) diberhentikan. Mereka juga menghendaki tiap-tiap ahli
dewan perundangan diberi hak undi yang sama. Nyata hal ini membuatkan golongan
perwakilan rakyat telah menunjukkan bahawa mereka menerima idea beberapa ramai
pemikir yang mencadangkan penguasaan rakyat jelata (Cobb 1998). Mereka telah
bersuara secara lantang bahawa rakyat yang berdaulat perlu diberi hak yang sama rata.
Walaubagaimanapun, desakan rakyat kelihatan hanya sia-sia, hal ini kerana gabungan
kumpulan konservatif enggan bersidang bersama rakyat tamabah lagi, mereka dengan
mudah mematahkan usul yang dimajukan oleh rakyat kerana majoriti yang dimiliki di
dalam dewan dengan undi dua per tiga.
Dalam kebuntuan ini, wakil-wakil rakyat telah menunjukkan azam yang kuat
dan tidak mempedulikan tindakan kedua-dua estate yang lain. Wakil-wakil rakyat
telah memulakan persidangan mereka tanpa penyertaan kedua-dua kumpulan (First
Estate dan Second Estate) yang lain. Raja pula tidak selesa dengan peristiwa ini dan
mengarahkan dewan perundangan ditutup kerana ia perlu diabaikpulih. Wakil-wakil
rakyat bagaimanapun tidak mempeduli akan arahan penutupan ini dan telah bersidang
di lapangan tenis yang berhampiran pada Jun 1789 (Cobb 1998). Persidangan ini
kemudiannya meluluskan usul bahawa persidangan tersebut mewakili semua rakyat
dan oleh yang demikian persidangan tersebut dikenali sebagai Majlis Kebangsaan
(National Assembly).
Revolusi Perancis pada tahun 1789 merupakan satu petanda yang penting
dalam sejarah penjelmaan ideologi (Sutherland 1989). Misalnya aliran konservatif
yang muncul sebagai kepercayaan politik dalam era Revolusi Perancis. Ini dibuktikan
apabila Edmund Burke (1729-1797) yang merupakan ahli Parlimen Britain telah
banyak mengkritik Revolusi Perancis dengan mengutarakan tema yang mendominasi
pemikiran aliran konservatif (Takiyuddin 2011). Sebelum Revolusi Perancis, negara-
negara Eropah dikuasai oleh golongan tuan tanah, badan agama, iaitu gereja dan raja
yang berfungsi sebagai penaung mereka. kebanyakan petani tidak memiliki tanah
sendiri dan mereka bergantung kepada penaung mereka iaitu tuan tanah. Semua
perusahaan terikat dengan sistem feudal yang menguntungkan golongan tuan tanah,
badan gereja dan raja. Rakyat ketika itu tidak mempunyai sebarang suara atau daya
untuk menukar pengaruh atau genggaman dari golongan tersebut.
Perubahan sosial akibat daripada Revolusi Industri5 abad ke-17 dan abad ke-18
telah mengakibatkan penghijrahan minda golongan yang dahulunya terikat dengan
sistem feudal, kini mula mempersoalkan penguasaan golongan bangsawan dan raja ke
atas penguasaan negara akibat daripada tekanan yang dialami oleh mereka. Golongan
pencabar yang berpegang kepada fahaman liberalisme telah mendapat sokongan
daripada rakyat sehingga menggalakkan mereka untuk menyuarakan tuntutan agar
perubahan diperkenalkan. Antara perkara yang dituntut mereka adalah agar rakyat
biasa diberi peluang mengemukakan kepentingan mereka melalui badan perwakilan.
Namun demikian, tuntutan golongan ini tidak mudah diterima oleh kuasa tradisional,
iaitu raja dan golongan bangsawan serta tuan tanah, iaitu golongan yang beraliran
konservatif yang menguasai dewan perundangan.
5
Revolusi industri telah mengakibatkan penciptaan baharau dan telah mendatangkan kemajuan yang
pesat dalam proses penghasilan barangan. Proses perindustrian ini telah mengurangkan penggunaan
tenaga manusia di kawasan desa kerana penggunaan jentera telah memudahkan kerja-kerja yang
dahulunya diusahakan oleh ratusan pekerja. Ini bererti ramai pekerja telah kehilangan pekerjaan dan
mereka sanggup behijrah ke kawasan yang mempunyai banyak peluang pekerjaan sehingga berlaku
perpindahan pekerja dari desa ke kawasan bandar dimana kilang-kilang baharu dibina untuk
mengeluarkan barang keperluan secara besar-besaran.
Demikian peranan ideologi dalam mencorakkan penerimaan sekumpulan nilai
dan menyingkirkan sekumpulan nilai yang lain. Kemunculan ideologi politik muncul
sebagai kepercayaan yang dapat meyakinkan manusia untuk memperkenalkan
pembaharuan dan menyingkirkan amalan dan kepercayaan lama.
Perbandingan akan dilakukan dengan melihat beberapa sudut aspek, iaitu faktor
tercetusnya revolusi, kelahiran ideologi, perubahan sosial dan politik, hak mengundi
dan kelahiran deklarasi.
Pada tahun 1763, pihak British telah menguatkan kuasa mereka di Amerika Utara
ekoran kekalahan pasukan tentera Perancis serta puak orang asli (Native Indians).
Seterusnya, kerajaan British telah menempatkan sebuah pasukan tentera secara
berkekalan di Amerika Utara dan meminta panduduk di sana membiayai pasukan
tersebut. Seiring dengan tindakan ini, kerjaan British tanpa merujuk kepada rakyat nya
di Amerika Utara telah mula menguatkuasakan beberapa akta yang diluluskan di
Parlimen England.
Rakyat Amerika pada waktu ini telah dikenakan pelbagai cukai baharu sebagai
tindakan untuk menampung perbelanjaan peperangan yang berlaku antara Britain
dengan Perancis (Thomson 1978). Peraturan-peraturan baharu yang diperkenalkan
semuanya bersifat berat sebelah kepada peniaga dan pengusaha dari negara asal
Britain dan rakyat tempatan telah merasakan mereka dipinggirkan. Tambahan pula
pihak British telah menguatkuasakan sekumpulan dasar yang mengenakan pelbagai
cukai ke atas barangan yang datang dari Britain. Lama kelamaan rakyat Amerika mula
marah ekoran tindakan ini dan mereka mula menyatakan bantahan dan enggan
membayar cukai kerana mereka tidak diberi perwakilan di Parlimen Britain.
Ekoran peristiwa ini, kerajaan British mula mengambil langkah tegas dan
berpendirian untuk menangkap mereka yang bersifat melawan. Rakyat tanah jajahan
pula telah menyiapkan diri mereka untuk menghadapi sebarang cabaran. Pada Jun
1775, Revolusi Amerika tercetus apabila tentera British diserang di beberapa tempat
oleh pasukan pejuang kemerdekaan.
Pengalaman yang berbeza bagi Revolusi Perancis iaitu penyebaran idea baharu
merupakan suatu faktor yang amat utama dalam perbincangan nya. Seperti yang telah
dihuraikan di peringkat awal esei, kelemahan sistem pentadbiran beraja menjadi punca
utama pemberontakan rakyat. Namun penyebaran idea revolusi sebenarnya dipelopori
oleh idea baharu yang dikenali sebagai Enlightenment atau Kesedaran. Pergerakan ini
pernah disifatkan sebagai revolusi intelektual dan dikaitkan dengan ahli fikir seperti
Rene Desacartes (1596-1650), Charles de Secondat Montesquieu (1689-1755),
Voltaire dan Rousseau di Pernacis dan beberapa lagi. Namun demikian, wujud
perdebatan yang menyangsikan adanya kaitan pemikiran Kesedaran dengan faktor
pencetus Revolusi Perancis. Cobban (1968) menekankan bahawa Revolusi Perancis
sebenatnya dimulakan oleh golongan bangsawan yang tidak bersimpati terhadap idea
Kesedaran. Unsur dikatator dan ganas yang kemudiannya lahir pada masa Revolusi
Perancis juga bercanggah dengan semangat Kesedaran.
Nyata sekali, Revolusi Amerika telah mendatangkan beberapa perubahan sosial dan
politik. Antara yang penting ialah kuasa pemerintahan berada di tangan rakyat jelata
dan bukan lagi dikuasai sepenuhnya oleh golongan aristokrasi. Kedua, semua rakyat
mempunyai kuasa yang sama dan pernyataan ini telah menyamaratakan semua rakyat,
dan seterusnya menghauskan sistem perhambaan dan pemberian hak yang adil kepada
wanita. Sistem perhambaan di Amerika ketika itu akhirnya dihapuskan pada tahun
1863. Wanita dan semua lapisan rakyat diberi hak yang adil secara berperingkat.
Deklarasi Kemerdekaan juga telah menandakan permulaan pelantikan perwakilan
berdasarkan sistem pengundian yang terbuka.
Menurut cara ini, semua rakyat berhak memilih wakil rakyat mereka untuk
bersidang di dalam dewan perwakilan bagi membuat undang-undang untuk semua
lapisan masyarakat. Revolusi Amerika juga telah mempengaruhi banyak tanah jajahan
menuntut kemerdekaan. Ia juga mengilhmkan rakyat menuntut kebebasan daripada
penguasaan golongan raja dan bangsawan terutamnaya di Eropah.
Selain itu, sistem cukai yang baru juga diperkenalkan. Cukai telah dikutip
secara terus dan kadarnya dikira agar ia berpadanan dengan harta milik seseorang itu.
Sistem kehakiman juga disusun semula. Segala gelaran dan darjat feudal dihapuskan.
Semua rakyat membahasakan diri mereka sebagai citoyen (Thompson 1978). Dalam
bidang ekonomi, sistem ekonomi bebeas diperkenalkan. Perniagaan secara kecil-
kecilan diberikan galakan yang khusus oleh pemerintah. Segala ini merupakan
lambang order baru. Namun begitu, perlu diingat bahawa perubahan sosial yang
berlaku seperti penghapusan hak keistimewaan feudal dan sistem pembayaran cukai
ini bukanlah merupakan idea Majlis Kebangsaan yang asli, tetapi ia lebih kepada
desakan rakyat dan tindakan sendiri oleh para petani (Qassim 2003)
Revolusi Amerika tercetus apabila tentera British diserang di beberapa tempat oleh
pasukan pejuang kemerdekaan. Revolusi ini telah memberi kesan kepada Amerika
dalam pelbgai perkara. Pada tahun 1776, wakil-wakil badan perwakilan tanah-tanah
jajahan bersidang dalam Majlis Perwakilan dan deklarasi kemerdekaan telah
diluluskan. Majlis tersebut telah mengisytiharkan bahawa tiga belas tanah jajahan
British kini bebas dan merdeka. Majlis ini juga telah melantik George Washington
sebagai ketua pasukan tentera. Dibawah kepimpinan beliau, pasukan tentera revolusi
telah mencapai kemenangan selepas berperang selama enam tahun (Palmer 1959).
Pada September, 1782, Britain telah mengakui iltizam dan kekuatan rakyat
Amerika dan memberi mereka kemerdekaan. Perjanjian Paris yang termetrai antara
Britain dengan pihak revolusioner seterusnya telah mewujudkan Amerika Syarikat6.
Seterusnya Deklarasi Kemerdekaan (Declaration of Independence) diperkenalkan dan
ia telah memandu pemerintahan negara Amerika. Antara pernyataan yang penting
deklarasi ini adalah, “semua rakyat memunyai hak yang sama” dan mempunyai hak
terhadap “nyawa (mereka), kebebasan dan peluang mendapatkan kebahagiaan”.
6
Sebagai syarat perjanjian, Amerika Utara pula dibahagikan kepada dua, kawasan utara tasik besar
menjadi tanah jajahan British (British North American Territories) dan semua kawasan di selatan
(hingga ke Florida) dan semua kawasan di tebing timur Sungai Missisipi telah menjadi tanah naungan
Amerika Syarikat (Jensen 1968).
tindakan raja ini dan kejadian tersebut telah memaksa raja untuk menerima hakikat
bahawa beliau tidak lagi berkuasa seperti dahulu. Usul tersebut telah dikuatkuasakan
dan telah memberi kesan kepada golongan elit dan bangsawan apabila segala
keistimewaan yang dinikmati oleh mereka dihapuskan. Tanah kepunyaan badan
agama katolik telah dihakmilikkan oleh negara dan kemudian diagihkan kepada
sesiapa sahaja yang berupaya membelinya.
4.0 KESIMPULAN
Rumusannya, kedua-dua revolusi ini telah memberi kesan yang besar dalam sejarah
kehidupan berpolitik disampung mencorak ideologi-ideologi tertentu. Ideologi
revolusi digunakan bukan sahaja untuk membenarkan segala tindakan pemerintahan,
tetapi juga untuk mencorakkan tabiat rakyat sesebuah negara. Revolusi nyata sekali
berkisarkan persoalan asas kehidupan manusia, disamping mematuhi arahan
bernegara. Pada umumnya, Revolusi Perancis dilihat sebagai titik sejarah yang
penting dalam perkembangan masyarakat Barat. Tidak keterlaluan juga Revolusi
Perancis dikatakan lebih penting daripada Revolusi Amerika (1775) dan Revolusi
Inggeris (1688). Ia dianggap sebagai garis pemisah diantara peraturan lama dengan
peraturan baru. Kerana dengan berlakunya Revolusi Perancis, feudalisme telah diganti
dengan sistem masyarakat terbuka. Selain itu, ia juga dikatakan sebagai permulaan
peringkat kemerosotan pengaruh dan kedudukan agama dalam sistem pemerintahan
dan pemikiran. Sebaliknya, pengaruh pemikiran dan falsafah yang menegaskan atau
menyanjungi sepenuhnya keupayaan akal manusia, mula bertapak dan membiak.
Revolusi Perancis dan Revolusi Amerika juga dilihat telah dicetuskan atas prinsip
menuntut keadilan dan mencari kesempurnaan hidup manusia. Kepercayaan agama
yang dianggap karut dan pemerintahan raja yang dianggap zalim dilihat oleh para
penentang status quo sebagai penghalang untuk mencapai matlamat kesejahteraan
kehidupan manusia.
RUJUKAN
Thompson, J.M. 1965. Louis Napoleon and The Second Empire. Oxford: Basil
Blackwell.
_______. Thomson, David. 1978. Eropah Sejak Napoleon. Terj. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
C.Wright Mills. 1967. The Power Of Elite. New York : Oxford University Press Muhd
Nur Iman Ramli, 2012. Fail Sulit Presiden Amerika. Batu Caves: PTS Millenia Sdn
Bhd
Samuel P.Huntington. 2008. Siapa Kita? Cabaran Kepada Identiti Nasional Amerika.
Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
Clinton Rossiter. 1971. Parties and Politics In America. London : Cornell University
Press.
Lucas. “Nobles, Bourgeois and the Origins of the French Revolution.” Past & Present
no. 60 (1973): 84
Palmer, R.R.. The age of democratic revolution: A political history of Europe and
America 1760-1800. 1959. Princeton University Press
Qasim Ahmad. 2003. Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan. Dewan
Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur