You are on page 1of 3

930/1 Syariah P1 MODUL P1 Set 2

STPM

SYARIAH

PENGGAL 1
(PENGAJIAN FIQH)
(Dua Jam)
930/1 Syariah P1 MODUL P1 Set 2

Soalan 1
(a) Berikan pengertian Wasiat dan kemukan dalil mengenainya. [4]

(b) berikan maksud wasiat hutang, dan jelaskan dua jenis wasiat hutang berserta contohnya.
[10]

(c) Berikan hukum dan jelaskan alaan bagi kes yang berikut:
i. Seorang telah membuka akaun simpanan salah sebuah bank yang telah
menetapkan bahawa kadar keuntungan ialah sebanyak 6 peratus setiap
tahun. [3]

ii. B telah menyimpan sebanyak RM1500,00 di sbuah bank tanpa menetapkan


sebarang keuntungan. Namun begitu, setelah genap setahun B mendapati
bahawa simpanannya telah bertambah sebanyak RM1600,00. [3]

SOALAN 2:

(a) Terangkan tiga keadaan yang memerlukan wali hakim. [6]

(b) Jelaskan empat syarat yang membolehkan seseorang bapa memaksa anaknya berkahwin
[8]
(c) Berikan hukum dan jelaskan alasan bagi perkahwinan tanpa kebenaran untuk kes yang
berikut:
i. Seorang pelajar perempuan tahun akhir berkahwin dengan lelaki pilihannya
di Mesir
ii. B yang merajuk dengan penolakan pinangan bapanya, telah berkahwin di
Naratiwat dengan teman lelakinya

SOALAN 3:
(a) Berikan pengertian `iddah dan dua hikmah pensyariatannya. [6]

(b) Jelaskan Empat hak yang diberi kepada seorang isteri yyang diceraikan degan talak tiga:

(c) Dengan memberikan alasan, huraikan hukum bagi kes yang berikut:

i. D yang baru setengah jam bergelar isteri telah diceraikan oleh suaminya dengan
talak satu sebaik sahaja diberitahu bahawa isterinya pernah bersekedudukan
dengan lelaki lain sebelum perkahwinan mereka.

ii. E meninggal dunia di majlis perkahwinannya dengan isteri kedua dan disaksikan
oleh isterinya yang pertama.
930/1 Syariah P1 MODUL P1 Set 2

SOALAN 4.
(a) Dengan memberikan contoh, terangkan jenis al-hajb. [6]
(b) Jelaskan tiga perbezaan antara al-hajb dengan halangan pewarisan
(al-man’u) [6]
(c) Huraikan pembahagian harta pusaka bagi kes yang berikut:
i. Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri, bapa, dan dua orang anak
perempuan [4]
ii. Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami, ibu kepada ibu (nenek
sebelah ibu), dan tiga orang saudara lelaki seibu sebapa [4]

SOALAN 5

(a) Dengan memberikan dalil, terangkan kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman
qisas [8]

(b) Qisas merupakan suatu hak yang boleh diwarisi. Bincangkan pendapat ulama mengenai
pelaksanaan hukuman qisas. [4]

(d) “F telah menumbuk G kerana mencuri kasutnya. Tiba-tiba G rebah dan


disahkan meninggal dunia.”
Huraikan kesalahan jenayah dan jenis diyat bagi kes di atas
SOALAN 6

(a) Terangkan syarat pelaksanaan hukuman terhadap jenayah riddah. [9]

(b) “H meminta J menjaga kad ATMnya ketika dia menyertai satu ekspedisi ke Gunung
Kinabalu. J mengetahui nombor pin kad tersebut kerana dia yang pernah dibeitahu oleh
H. J telah mengambil sejumlah wang daripada akauan H tanpa pengetahuannya dengan
niat untuk mencuri.”

Jelaskan hukum dan alasan bagi kes di atas. [5]

(c) Huraikan perkaitan antara matlamat pensyariatan hudud dengan daruriyyat al-
khamsah. [6]

MODUL SET 2 TAMAT

You might also like