You are on page 1of 21

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (FSSK)

AJ31603 BENUA EROPAH SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

SEMESTER 2, 2020/2021

SOALAN 3 : PERANG DINGIN

PENSYARAH : EN. AMMRULLAH MARANING

NAMA NO MATRIKS
ABDUL LATIF BIN ABD TAAT YA2017-1313
ISI KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN

1.0 PENGENALAN 1-3

2.0 FAKTOR TERCETUSNYA PERANG DINGIN 4-10

3.0 KESAN PERANG DINGIN 11-16

4.0 KESIMPULAN 17-18

RUJUKAN
1.0 PENGENALAN

Perang Dingin bermula pada tahun 1946 iaitu sebaik sahaja selepas berakhirnya
Perang Dunia Kedua.1 Berdasarkan pemahaman saya, dapat saya jelaskan bahawa
konflik ini berkisarkan tentang dua blok kuasa besar yang terlibat. Blok tersebut ialah
Amerika Syarikat (AS) dan Soviet Union (SU) telah mewujudkan situasi pertentangan
terutamanya dari aspek ideologi. Pada pandangan saya, kedua-dua buah kuasa besar
tersebut mempunyai pertentangan yang amat ketara terutamanya dari sudut ideologi
atau fahaman. Amerika Syarikat mewakili blok Barat manakala Soviet Union pula
mewakili blok Timur. Saya berpendapat bahawa kedua-dua blok ini telah berusaha
untuk mempertingkatkan kuasa dan pengaruh masing- masing bagi mewujudkan
perseimbangan kuasa.

Umum mengetahui bahawa Perang Dingin tidak melibatkan peperangan


walaupun ia masih wujud istilah ‘perang’ dalam Perang Dingin. Hal ini demikian
kerana saya melihat peristiwa ini tidak melibatkan pertempuran secara fizikal. Saya
berpendapat bahawa Perang Dingin yang tercetus pada tahun 1946 adalah seolah-
olah seperti angin yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun dapat dirasai
kerana ia tidak melibatkan peperangan secara lahiriah, namun sangat meninggalkan
kesan yang mendalam. Hal ini disebabkan oleh saya masih merasakan bahawa
Perang Dingin merupakan satu peristiwa yang telah meninggalkan impak yang besar
kepada dunia walaupun ia hanya melibatkan peperangan secara psikologi. Menurut
Muhd Azizuddin Mohd Sani dalam bukunya iaitu Amerika Syarikat dan Keseimbangan
Kuasa Global pada Era Pasca-Perang Dingin, 1989-200 ada menyatakan bahawa:

1
Mohd Azizuddin Mohd Sani, Amerika Syarikat dan Keseimbangan Kuasa Global pada Era Pasca- Perang Dingin,
1989-200 (Sintok: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2012), 1.

1
…kedua-dua buah negara tersebut merupakan dalang kepada kewujudan
peperangan serta konflik lain seperti Korea, Vietnam dan Afghanistan. Perang nuklear
juga hampir tercetus antara AS dengan SU berikutan krisis peluru berpandu Cuba
pada tahun 1962. Krisis timbul apabila SU membina pelantar peluru berpandu dan
menghalakannya ke AS. John F. Kennedy iaitu presiden AS ketika itu, melakukan
ugutan yang keras telah berjaya menamatkan krisis ini dan pelantar dipindahkan. 2

Berdasarkan pada pernyataan Muhd Azizuddin Mohd Sani dalam buku beliau
di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa Perang Dingin pada tahun 1946 telah
menyebabkan kedua- dua buah negara iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union
menjadi dalang kepada kewujudan peperangan serta konflik lain di dunia seperti di
Korea, Vietnam dan Afghanistan. Konflik- konfik yang dicetuskan oleh dua kuasa
besar tersebut telah menyebabkan perang nuklear hampir tercetus. Revolusi
perlumbaan senjata telah berlaku dengan begitu drastik sehingga menghasilkan
teknologi senjata pemusnah yang canggih. 3 Pada pandangan saya, revolusi senjata
bertujuan untuk memastikan pengaruh dan kuasa dua buah negara besar tersebut
tidak tergugat dan terjamin.

Perang Dingin ialah persaingan terbuka tetapi terhad yang bermula selepas
Perang Dunia II antara Amerika Syarikat dan sekutunya dengan Kesatuan Soviet dan
sekutunya. Pergeseran ini dikenali sebagai Perang Dingin kerana ia tidak
membabitkan pertempuran bersenjata secara langsung antara kuasa besar (perang
"panas") secara besar-besaran. Perang Dingin dijalankan melalui tekanan ekonomi,
bantuan terpilih, pergerakan diplomatik, propaganda, pembunuhan, operasi
ketenteraan tahap rendah dan perang proksi sepenuhnya antara 1947 sehingga
kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991. Istilah ini dipopularkan oleh pembiaya dan
penasihat politik AS Bernard Baruch pada April 1947 semasa perdebatan mengenai
Doktrin Truman.

Perang Dingin dianggap berlaku sekitar akhir perikatan antara AS dan


Kesatuan Soviet semasa Perang Dunia II sehingga pemecahan Kesatuan Soviet pada
tahun 1991. Perang Korea, Krisis Peluru Berpandu Cuba, Perang Vietnam, Perang
Afghanistan dan rampasan kuasa ketenteraan dibantu Agensi Perisikan Pusat (CIA)
terhadap kerajaan dipilih condong ke kiri di Iran (1953), Guatemala (1954), dan Chile
2
Ibid.

3
Ibid.

2
(1973) merupakan beberapa kejadian di mana ketegangan berkait dengan Perang
Dingin mengambil bentuk pertelingkahan senjata. Dalam pertelagahan itu, kuasa
besar, terutamanya Amerika Syarikat, beroperasi sebahagian besarnya dengan,
membekalkan senjata dan wang kepada penentang, perkembangan yang
mengurangkan kesan langsung kepada populasi kuasa besar. Hubungan AS-Soviet
telah kembali renggang pada akhir 1970an dan awal 1980an. Kawasan yang paling
getir ialah Jerman, terutamanya di bandaraya Berlin. Tidak boleh dinafikan, simbol
Perang Dingin yang paling jelas ialah Tembok Berlin. Tembok ini telah memisahkan
Berlin Barat (sebahagian bandaraya yang dikawal Jerman Barat dan sekutunya) dari
Berlin Timur dan wilayah Jerman Timur, yang mengelilinginya. 4

Peta 1: Peta blok Barat dan blok Timur

4
Friedman, Norman (2000). The Fifty Year War: Conflict and Strategy in the Cold War. Percetakan Institut Tentera
Laut, Annapolis, MD. ISBN 1-55750-264-1.

3
2.0 FAKTOR TERCETUSNYA PERANG DINGIN

2.1 Era Sebelum Perang Dingin Berlaku

Kejatuhan Empayar Rusia pada Mac 1917, menandakan titik permulaan Kesatuan
Republik Sosialis Soviet. Revolusi ini dicetus oleh rakyat Petrograd (kini dipanggil
Leningrad) yang bangun menentang regim Tsar yang zalim dan meneruskan
tentangan mereka sehinggalah Tsar Nicholas II turun takhta. Apabila kerajaan beliau
tumbang, kuasanya telah diambil alih oleh perwakilan pilihan rakyat Duma, yang
membentuk sebuah kerajaan sementara. Namun demikian pada November 1917
kerajaan ini pula telah dijatuhkan oleh golongan Bolshevik , dibawah pimpinan
Vladimir I. Lenin . Golongan Bolshevik (yang memanggil diri mereka komunis pada
1918) telah berjaya menewaskan Bolshevik selepas perang saudara yang berlarutan
selama tiga tahun (1918-21). Mereka mengambil kuasa secara rasminya pada
Disember 1922 dan menubuhkan Kesatuan Republik Sosialis Soviet (Kesatuan
Soviet), yang merangkumi kesemua wilayah jajahan bekas Empayar Rusia. Kerajaan
yang baru ini telah mengharamkan semua organisasi politik dan melancarkan
pemerintahan satu parti one-party rule, di mana kerajaan pusat mengawal semua
aspek politik, ekonomi, sosial, dan budaya rakyatnya. Lenin, sebagai ketua parti
Komunis, telah ditabalkan sebagai pemerintah pertama negara ini. 5

Selepas kematian Lenin pada 1924, beliau digantikan oleh Joseph V. Stalin .
Stalin merupakan seorang yang jauh lebih kejam dari Lenin dan beliau telah
memaksa pengindustrian serta pertanian secara kolektif secara besar-besaran di
negara ini. Disamping itu, banyak syarikat swasta dan kawasan pertanian telah
dirampas oleh kerajaannnya. Ini telah mengakibatkan rakyatnya hidup dalam
penderitaan dan sengsara. Berjuta-juta rakyatnya telah dibunuh, ditahan atau
dibiarkan kebuluran. Selain itu beliau telah membunuh para pembangkang kerajaan.
Oleh itu era pemerintahan beliau dikenali sebagai the Great Terror. Namun demikian,
polisi Stalin telah berjaya dan wilayah-wilayah Soviet membangun dengan amat
pesatnya, walaupun pembangunan adalah lebih kepada industri berat dan

5
Brown, Archie, et al, eds.: The Cambridge Encyclopedia of Russia and the Soviet Union (Cambridge, UK:
Cambridge University Press, 1982).

4
ketenteraan dan bukannya berdasarkan kehendak pengguna. Stalin yakin
pembangunan ekonomi yang pesat adalah mustahak untuk survival Kesatuan Soviet.

Beliau begitu bimbang dengan peperangan dan serangan pihak Jerman. Oleh
itu satu perjanjian telah ditandatangani pada 1939 iaitu Nazi-Soviet Nonaggression
Pact, yang membolehkan kerajaanya mengambil bahagian timur Poland (Ukraine
barat), wilayah-wilayah Baltik, dan Bessarabia. Walaupun begitu, perjanjian ini telah
dicabuli oleh pihak Nazi yang menceroboh Kesatuan Soviet bermula pada Jun 1941.
Selepas kekalahan demi kekalahan di tangan tentera Jerman, Tentera Merah the
Red Army akhirnya berjaya membendung kemaraan Jerman pada 1943, dan pada
1945, menduduki sebahagian besar Eropah Timur termasuk sebahagian Jerman (iaitu
Jerman Timur ). Walaupun lebih 20 juta rakyat Soviet terkorban akibat Perang Dunia
II, penduduk di seluruh dunia gerun dengan kehebatan bala tentera Soviet. 6

Era pasca-perang menyaksikan Kesatuan Soviet mengubah pendudukan


militarinya di Eropah Timur kepada dominasi politik dan ekonomi, dimana regim-
regim pro-komunis di bawah pantauan Moscow telah diangkat sebagai pemerintah.
Selain itu, kerajaan komunis Soviet telah berusaha untuk mengembangkan sayapnya
ke negara-negara luar termasuk negara jirannya seperti Finland dan Afghanistan. Ini
telah menerima reaksi negatif dari negara-negara barat, lalu tercetuslah perang yang
dipanggil Perang Dingin. Dalam masa yang sama, Stalin terpaksa membina semula
ekonomi Soviet yang telah runtuh akibat perang, sambil meneruskan polisi lamanya
iaitu membangunkan industri berat dan ketenteraan, serta menindas para
pembangkang dan melanggar hak asasi manusia. 7

2.2 Era Semasa Perang Dingin

6
Ibid.

7
Gilbert, Martin: The Routledge Atlas of Russian History (London: Routledge, 2002).

5
Selepas kematian Stalin pada 1953, Nikita S. Khrushchev beransur-ansur menjadi
ketua Soviet yang dominan. Beliau cuba membawa kelainan dengan membidas cara
pemerintahan Stalin yang mengutamakan kezaliman dan penindasan. Walaupun
begitu, beliau meneruskan polisi luar bersifat konfrontasi terhadap negara Barat. Era
beliau dikenali dengan perlumbaan senjata nuklear dan penjelajahan angkasa lepas .
Walaupun begitu penglibatannya dalam krisis peluru berpandu Cuba, yang hampir-
hampir mencetuskan peperangan nuklear , telah menjadi punca kejatuhannya
sebagai ketua parti dan ketua negara pada 1964. Pengganti Kruschev ialah Leonid I.
Brezhnev yang meneruskan polisinya iaitu détente dengan negara Barat and
penumpuan kepada perindustrian berat dan ketenteraan. 8

Selepas kematian Brezhnev pada 1982, sistem politik, ekonomi dan budaya
negara telah dikawal oleh birokrasi yang konservatif, dan berusia. Pengganti beliau,
Iurii V. Andropov dan Konstantin U. Chernenko, memegang kuasa dalam waktu yang
sangat singkat dan tidak membawa banyak perubahan. Sewaktu Gorbachev dipilih
sebagai setiausaha agung CPSU dan ketua negara Soviet pada 1985, kemelut dalam
sistem sosialis Soviet telah menjadi semakin teruk. Akibatnya, Gorbachev terpaksa
mengumumkan perubahan secara mendadak untuk membangunkan semula negara,
dan beliau memulakan beberapa siri program pembaharuan yang dipanggil
perestroika , glasnost , dan demokratizatsiia.

Namun demikian, usaha beliau untuk mengadakan reformasi politik dan


ekonomi tidak mencapai matlamatnya. Malah, ia telah mencetuskan huru-hara dan
kemelut politik di peringkat nasional. Ditambah pula dengan masalah ekonomi yang
masih berlarutan. Disamping itu beberapa bangsa di dalam kesatuan ini telah
mendesak kerajaan untuk memberi wilayah mereka lebih autonomi politik dan
ekonomi; Bahkan ada jua yang mahukan kemerdekaan sepenuhnya dari Kesatuan
Soviet. Pergolakan antara wilayah yang telah dikawal oleh regim Soviet selama ini
telah meletus dan ramai orang telah terkorban. Sistem sosialis autoritarian menjadi
semakin goyah dan agak lambat bertindak untuk mengatasi krisis sosial tersebut.
Pada 1990an, dasar perestroika Gorbachev telah gagal membawa pemulihan
ekonomi kepada rakyat, manakala glasnost' dan demokratizatsiia hanya
melonggarkan kawalan regim terhadap rakyatnya. 9
8
Ibid.

9
Goldman, Minton: The Soviet Union and Eastern Europe (Connecticut: Global Studies, Dushkin Publishing Group,
Inc., 1986).

6
2.3 Krisis Peluru Berpandu Cuba

Krisis Peluru Berpandu Cuba adalah merupakan satu konfrontasi di antara Amerika
Syarikat, Kesatuan Soviet, dan Cuba semasa Perang Dingin. Di Rusia, ia dikenali
sebagai "Krisis Caribbean," (bahasa Rusia: Карибский кризис, Karibskiy krizis)
sementara di Cuba pula ia dipanggil "Krisis Oktober". Krisis ini setaraf dengan krisis
Pengepungan Berlin sebagai salah satu konfrontasi besar semasa Perang Dingin, dan
dianggap hampir-hampir mencetus perang nuklear.

Di Havana , terdapatan kegusaran akan campur tangan tentera oleh Amerika


Syarikat ke atas Cuba. Pada April 1961, ancaman serangan menjadi kenyataan
apabila tentera pemberontak dalam buangan yang dilatih oleh CIA mendarat di Teluk
Babi . Serangan ini berjaya ditumpaskan oleh angkatan bersenjata Cuba. Castro
diyakinkan bahawa Amerika Syarikat akan menceroboh Cuba. Tidak lama setelah
serangan di Teluk Babi, Castro telah mengisytiharkan Cuba sebagai sebuah negara
republik sosialis, dan mewujudkan ikatan rasmi dengan Kesatuan Soviet, dan mula
memodenkan angkatan tentera Cuba.

Amerika Syarikat pula gusar terhadap penerimaan fahaman komunis atau


sosialis oleh mana-mana negara, dan persahabatan secara terbuka negara-negara
Amerika Latin dengan Kesatuan Soviet tidak dapat diterima oleh A.S, didorong oleh
permusuhan Rusia-Amerika Syarikat sejak tamat Perang Dunia II pada tahun 1945.
Pada akhir tahun 1961, Kennedy telah melancarkan Operasi Mongoose, suatu siri
operasi-operasi rahsia menentang kerajaan Castro yang mana telah menemui
kegagalan. Secara terang-terangan, pada Februari 1962, A.S. melancarkan sekatan
ekonomi ke atas Cuba.

Amerika Syarikat juga mempertimbangkan untuk melancarkan serangan


ketenteraan. Jeneral Tentera Udara Curtis LeMay telah mengemukakan rancangan
pengemboman sebelum serangan kepada Presiden Kennedy pada September. Cuba
pula secara berterusan membuat aduan diplomatik kepada kerajaan A.S. ekoran

7
penerbangan pengintipan dan gangguan kecil aktiviti ketenteraan daripada
Pangkalan Tentera Laut Guantanamo Amerika Syarikat. 10

Sehingga September 1962, pemerhati Cuba melihat tanda-tanda peningkatan


kemungkinan konfrontasi dengan A.S, termasuk resolusi bersama Kongres A.S yang
memberi kebenaran penggunaan kuasa ketenteraan ke atas Cuba sekiranya
kepentingan A.S. diancam, dan pengumuman latihan ketenteraan iaitu Operasi
Ortsac di Caribbean telah dirancang pada bulan berikutnya. Krisis mencapai
kemuncaknya pada 8 Oktober, 1962. Kemudian pada 14 Oktober 1962, foto-foto
pengawasan Amerika Syarikat yang diambil oleh pesawat pengintip A.S, U-2 telah
mendedahkan pangkalan-pangkalan peluru berpandu sedang dibina di Cuba. Krisis ini
berakhir dua minggu kemudian iaitu pada 28 Oktober, 1962, apabila Presiden John F.
Kennedy dan Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa Bersatu U Thant telah mencapai
persetujuan dengan Soviet untuk menarik kembali peluru berpandu di Cuba sebagai
pertukaran dengan perjanjian tiada serangan ke atas Cuba serta pemindahan rahsia
peluru berpandu Jupiter dan Thor daripada Turki.11

2.4 Perlumbaan Senjata Antara Kesatuan Soviet dan NATO

Satu ciri utama Perang Dingin adalah perlumbaan senjata antara Kesatuan Soviet
dan NATO , terutamanya Amerika Syarikat tetapi termasuk juga United Kingdom,
Perancis, Jerman Barat, dan beberapa kuasa Eropah. Perlumbaan ini yang berlaku
dalam pelbagai bidang teknologi dan ketenteraan menghasilkan banyak penemuan
saintifik. Kemajuan revolusioner terutamanya adalah dalam bidang roket yang
mendorong perlumbaan angkasa. (Kebanyakan atau kesemua roket yang digunakan
untuk melancarkan manusia dan satelit ke angkasa lepas dan untuk sampai ke bulan
berasal daripada reka bentuk ketenteraan.)

Semua bidang dalam perlumbaan senjata ini memerlukan pelaburan teknologi


dan pengilangan yang tinggi. Dalam banyak bidang, orang Barat telah mencipta
senjata-senjata dengan keberkesanan yang unggul, terutamanya kerana pencapaian
10
Franklin, Jane, [dipetik daripada Krisis Peluru Berpandu Cuba-Suatu kronologi mendalam],
http://andromeda.rutgers.edu/~hbf/missile.html.

11

8
mereka dalam bidang komputer digital serta keberatan mereka untuk
mengembangkan sistem-sistem dengan keunggulan keganasan. Sebaliknya, blok
Timur mencipta bilangan reka bentuk yang lebih besar dalam setiap bidang, dan
membina lebih banyak jenis senjata pada jumlah yang lebih besar.

Salah satu ciri perlumbaan senjata nukear yang ketara, disokong khususnya
oleh penggunaan ICBM nuklear, ialah konsep pencegahan melalui kebinasaan pasti
bersama atau "MAD". Gagasan bahawa blok Barat tidak akan menyerang blok Timur
dan sebaliknya disebabkan oleh kedua-dua pihak memiliki cukup banyak senjata
nuklear untuk menghapuskan sama sekali satu sama lain dan mengakibatkan seluruh
bumi tidak dapat dihuni. Justera itu, menyerang satu sama lain merupakan suatu
perbuatan pembunuhan diri yang kedua-dua pihak tidak ingin mencuba.

Selepas perpecahan Kesatuan Soviet, banyak teknologi yang amat tinggi kini
boleh didapati di pasaran terbuka. Jet pejuang, misail anti pesawat, senjata kecil,
serta juga senjata nuklear, biologi, dan bahan kimia dikatakan telah bertukar tangan.
Dalam sesetengah kes, negara-negara bekas blok Soviet merampas harta-harta
seperti kapal tentera laut yang dilabuhkan di pelabuhan-pelabuhan yang kini dimiliki
oleh mereka. Dalam banyak kes, kerajaan-kerajaan tersebut tidak berupaya
mengendalikan atau memeliharakan harta-harta itu, dengan sebilangannya dilelong. 12

2.5 Kekaisaran Kesatuan Soviet

Walaupun sebenarnya Kesatuan Soviet bukanlah sebuah kekaisaran yang diperintah


oleh seorang Kaisar dan menyatakan dirinya anti imperialis, tetapi beberapa pengkaji
sejarah memberikan kecenderungan Kesatuan Soviet yang mengarah ke sejarah
kekaisaran seperti kekaisaran besar negara lain. Ada 3 kategori pembagian jenis
kekuasaannya:

• Perluasan wilayah kekuasaan melalui serangan ataupun subversi (contoh:


Polandia, Finlandia, negara Balkan, Afganistan)

12
Resolusi Cuba, Undang-undang Awam A.S. 87-733, S.J. Res. 230.

9
• Pemerintahan pusat yang kuat yang menguasai wilayah pemerintahan cabang
dan wilayah satelit

• Daerah sekutu yang dipaksa mengamalkan sistem politik dalam negerinya


oleh Kesatuan Soviet (termasuk juga yang melalui penempatan tentera soviet)

Kerana alasan ini, maka Kesatuan Soviet kadangkala dianggap oleh beberapa
sejarahwan tertentu menjadi sebuah kekaisaran utama dari sejarah kekaisaran dunia,
sebanding dengan kekaisaran terkenal lainnya seperti kekaisaran Inggeris dan
kekaisaran Romawi. Tambahan pula Kesatuan Soviet menggunakan beberapa
kebijaksanaan politik luar negerinya dari kekaisaran Tsar Rusia terdahulu. Tetapi,
beberapa pendukung Kesatuan Soviet pada saat itu menolak kesimpulan itu dan
mengemukakan bahawa hubungan antara Kesatuan Soviet dan negara-negara yang
berada di sekitar wilayah "kekaisaran" adalah kerjasama sukarela. 13

3.0 KESAN PERANG DINGIN

3.1 Dunia terbahagi kepada Blok Kapitalis dan Blok Komunis

13
Kennedy, John F. (October 22 1962), Speech on the Cuban Missile Crisis,
http://edition.cnn.com/SPECIALS/cold.war/episodes/10/documents/kennedy.speech.

10
Blok Kapitalis atau '''negara dunia pertama''' merujuk kepada negara-negara yang
mengamalkan sistem kapitalis, turut dikenali sebagai Blok Barat. Dua kuasa besar
yang berpihak pada Blok Barat ialah Amerika Syarikat dan Great Britain.Akibat
Perang Dingin yang paling ketara adalah, terbahaginya dunia kepada dua blok yang
berbeza iaitu Blok Kapitalis dana Blok Komunis. Dapat dilihat bahawa, Jerman telah
berpecah kepada dua iaitu Jerman Timur dan Jerman Barat dimana ini
melambangkan bagaimana blok-blok ini wujud . Jerman Barat diduduki oleh Tentera
Berikat manakala tentera Rusia berpihak di Jerman Timur. Sistem demokrasi
diamalkan oleh Jerman Barat dan Jerman Timur pula mengamalkan sistem komunis.
Tembok Berlin telah dibina bagi memisahkan dua negara Jerman, dimana Ibu kota
lama Jerman dibahagikan dua kepada Kuasa Berikat dan Tentera Rusia .

Dunia Kedua (Bahasa Inggeris: Second World) meliputi negara-negara sosialis


maju (secara rasminya: Blok Timur) yang sebahagian besarnya berada di bawah
pengaruh Kesatuan Soviet. Terdapat 19 buah negara komunis berikutan Perang
Dunia Kedua, di mana hanya lima buah negara sosialis sahaja yang tinggal selepas
kejatuhan Kesatuan Soviet: China, Korea Utara, Cuba, Laos, dan Vietnam. Istilah ini
digunakan bersama-sama dengan "Dunia Pertama" dan "Dunia Ketiga" untuk
membahagikan negara-negara Bumi kepada tiga kategori yang luas.

Konsep "Dunia Kedua" ini diwujudkan sewaktu Perang Dingin dan masih digunakan
sebahagian besarnya untuk menggambarkan negara-negara bekas komunis yang
berada antara kemiskinan dan kemakmuran, banyak daripadanya sekarang
merupakan negara kapitalis. Maksud sebenar istilah "Dunia Pertama", "Dunia Kedua"
dan "Dunia Ketiga" secara beransurnya berubah pentakrifannya dari berdasarkan
ideologi politik kepada keadaan ekonomi.[1] Teori tiga dunia ini telah dikritik kerana
bersifat mentah dan agak ketinggalan zaman kerana konsep turutan nominalnya (1;
2; 3), maka pakar sosiologi kini telah menggunakan kata-kata "maju", "membangun",
dan "mundur" sebagai istilah yang lebih sesuai menggambarkan susun lapis dunia—
walau bagaimanapun, teori ini masih popular digunakan dalam kesusasteraan dan
media kontemporari. Hal ini mungkin juga menyebabkan kepelbagaian semantik
istilah antara penggambaran entiti politik sesebuah kawasan dengan para
penduduknya.14

14
https://ms.wikipedia.org/wiki/Dunia_Kedua

11
3.2 TEMBOK BERLIN

Tembok Berlin (bahasa Jerman: Die Berliner Mauer) merupakan tembok di tengah-
tengah bandar Berlin.Tembok Berlin menjadi ikon atau simbol kepada Perang
Dingin , mula dibina 13 Ogos 1961 dan diruntuhkan kemudian pada 9 November
1989. Ia menjadi tirai besi dan menjadi garisan sempadan antara Jerman Barat dan
Jerman Timur selama 28 tahun. Tembok Berlin diarahkan pembinaannya oleh
pemimpin Jerman Timur iaitu Walter Ulbricht dan diluluskan oleh pemimpin Rusia
ketika itu Nikita Khrushchev.

Selepas tamat Perang Dunia II di Eropah dan Jerman telah tewas, Jerman
telah terbahagi kepada 4 zon. Bandar Berlin diduduki oleh pihak Bersekutu dan
terpecah pula kepada beberapa zon penjajah lagi. Zon yang dikuasai oleh Perancis,
British dan Amerika telah membentuk Republik Persekutuan Jerman ( Jerman Barat)
pada 1949. Sementara zon yang dikuasai oleh Kesatuan Soviet membentuk Republik
Demokratik Jerman ( Jerman Timur ) pada tahun yang sama 1949.

Sejak 1948, Jerman Barat dibangunkan kedalam negara negara kapitalis


Barat yang berasaskan ekonomi pasaran bebas.Kerajaan demokrasi berparlimen
dibentuk. Pertumbuhan ekonomi sejak 1950-an menunjukkan peningkatan yang
mendadak berbanding dengan Jerman Timur yang mengamalkan sistem komunis,
kerajaan autokratik dan berkhiblatkan komunis di Soviet Rusia. Ketika Jerman Barat
semakin kaya hingga melebihi kebanyakan negara Eropah yang lain. Sedangkan
warga Jerman Timur masih memperjuangkan kebebasan berpolitik dan pertumbuhan
ekonomi.

Penghijrahan golongan profesional dari 1949 - 1961 setiap hari dinamakan


"Grenzgeger". Golongan profesional ini membantu pembinaan semula Eropah Barat
sebagaimana Plan Marshall. Ramai penduduk Eropah Barat melancong dan membeli
belah di Jerman Timur kerana harga yang murah dan menarik. Kebanyakan barang
mendapat subsidi daripada kerajaan . Ekonomi Jerman Timur banyak dibantu oleh
Kesatuan Soviet. Tembok ini sepanjang 45 km dibina pada hari ahad, 13 Ogos 1961
di sebelah bandar Berlin Timur. Pagi itu, pasukan tentera Jerman Timur dan pekerja
awam mula membinanya. Pada mulanya tidak melibatkan pihak Soviet Rusia. Tentera

12
NVA dan KDA akan menembak sesiapa yang menyeberangi sempadan bandar Berlin
itu.

Ramai keluarga yang terpisah akibat Tembok Berlin ini . Ada ibu bapa yang
tinggal di Jerman Barat sementara anak-anak tinggal di Jerman Timur. Ini
menyebabkan beban emosi kepada kedua-dua pihak yang berpisah. Penduduk
Jerman Barat seperti Datuk Bandar Willt Brandt mengkritik Amerika Syarikat yang
mendiamkan diri melihat Tembok Berlin ini. Kebanjiran pelarian dari Jerman Timur ke
Jerman Barat dan ke negara-0negara Eropah lain dapat disekat dengan adanya
Tembok Berlin. Presiden John F. Kennedy melawat Tembok Berlin pada 26 Jun 1963.
Perjanjian selepas Perang Dunia Kedua iaitu di antara 4 adikuasa iaitu Perancis,
United Kingdom dan Amerika Syarikat menerima hakikat keperluan pembinaan
Tembok Berlin. Kerajaan Jerman Barat mendakwa Tembok Berlin sebagai 'sempadan
melindungi anti fasist'. Hakikatnya berjuta-juta keluarga terpisah.

Pada 1987 Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan berucap di Brandenburg Gate ,
mencabar Mikhail Gorbachev untuk meruntuhkan tembok tersebut. Pada Jun 1962
Jerman Timur hanya membina pagar sepanjang 81 meter. Tetapi pada 1989 menjadi
sepanjang 155 km dengan tembok batu . Mana-mana rumah di atas Tembok Berlin
telah dipindahkan. Ramai yang telah membina terowong agar dapat menyeberang ke
Jerman Barat. Tetapi tentera Jerman Timur memasang jerangkap samar dan bom-
bom. Ramai yang terbunuh dan dibunuh ketika cuba memanjat dan melintasi
Tembok Berlin.15

3.3 Penubuhan Pakatan NATO dan WARSAW

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), pakatan ketenteraan yang ditubuhkan


oleh Perjanjian Atlantik Utara (juga disebut Perjanjian Washington) pada 4 April
1949, yang berusaha mewujudkan timbal balik kepada tentera Soviet yang
ditempatkan di Eropah tengah dan timur selepas Perang Dunia II. Anggota asalnya
adalah Belgium, Canada, Denmark, France, Iceland, Italy, Luxembourg, Netherlands,
Norway, Portugal, United Kingdom, dan Amerika Syarikat. Menyertai penandatangan

15
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tembok_Berlin

13
asal adalah Yunani dan Turki (1952); Jerman Barat (1955; dari tahun 1990 sebagai
Jerman); Sepanyol (1982); Republik Czech, Hungary, dan Poland (1999); Bulgaria,
Estonia, Latvia, Lithuania, Romania, Slovakia, dan Slovenia (2004); Albania dan
Croatia (2009); dan Montenegro (2017). Perancis menarik diri dari komando tentera
NATO yang bersepadu pada tahun 1966 tetapi tetap menjadi anggota organisasi
tersebut ia meneruskan kedudukannya dalam komando ketenteraan NATO pada
tahun 2009.

Pakatan Warsaw atau Pertubuhan Perjanjian Warsaw, rasminya bernama


Perjanjian Persahabatan, Kerjasama dan Bantuan, merupakan perikatan ketenteraan
untuk negara komunis Eropah Tengah dan Eropah Timur. Perikatan ini ditubuhkan
pada 14 Mei 1955 di Warsaw, Poland, demi menentang ancaman berkemungkinan
oleh NATO dan juga sebagai tindak balas terhadap integrasi Jerman Barat yang
"ditenterakan kembali" ke dalam NATO pada 9 Mei 1955 akibat ratifikasi Perjanjian
Damai Paris. Pakatan ini berkekal sepanjang Perang Dingin sehingga beberapa
negara-negara ahli bermula menarik diri pada tahun 1989, diikuti oleh keruntuhan
Blok Timur dan perubahan politik di Kesatuan Soviet. Perjanjian ini ditandatangani
pada 14 Mei 1955, dan salinan rasmi dibuat dalam Bahasa Rusia, Bahasa Poland,
Bahasa Czech dan Bahasa Jerman. Semua negara komunis di Eropah Tengah dan
Timur merupakan penandatangan kecuali Yugoslavia. Para anggota Pakatan Warsaw
berjanji untuk saling melindungi sekiranya mana-mana ahli diserang. Perjanjian ini
juga menyatakan bahawa hubungan di antara penandatangan adalah berasaskan
tidak campur tangan dalam hal dalaman dan rasa hormat pada kedaulatan dan
kemerdekaan setiap negara.16

3.4 Penubuhan Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) DAN


KEMUNCULAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI ( NAM).

Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO; bahasa Inggeris: Southeast Asia


Treaty Organization) ialah organisasi antarabangsa untuk pertahanan kolektif di Asia
Tenggara yang dicipta oleh Perjanjian Pertahanan Kolektif Asia Tenggara atau Manila
Pact yang ditandatangani pada September 1954 di Manila, Filipina. Institusi formal
16
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pakatan_Warsaw

14
SEATO didirikan pada 19 Februari 1955 pada pertemuan para mitra perjanjian di
Bangkok, Thailand. Ibu pejabat organisasi juga berada di Bangkok. Lapan ahli
menyertai organisasi. Terutamanya untuk menghalang keuntungan komunis yang
lebih besar di Asia Tenggara, SEATO umumnya dianggap kegagalan kerana konflik
dan pertikaian dalaman menghalang penggunaan umum tentera SEATO; Walau
bagaimanapun, program-program kebudayaan dan pendidikan yang dibiayai SEATO
menyebabkan kesan jangka panjang di Asia Tenggara. SEATO dibubarkan pada 30
Jun 1977 setelah banyak ahli kehilangan minat dan menarik diri. 17

Perang Dingin menyebabkan Pakatan Tentera Antikomunis yang dikenali sebagai


SEATO ditubuhkan. Pakatan ini ditubuhkan untuk membendung kemaraan pengaruh
komunis ke kawasan Pasifik Barat dan Asia Tenggara.

South-East Asia Treaty Organisation (SEATO) yang disertai oleh AS, Australia, Britain,
New Zealand, Perancis, Filipina, Pakistan dan Thailand ditubuhkan bagi menghalang
komunis ataupun kerajaan Rusia dan China berpengaruh di Asia.

Pertubuhan/Pergerakan Negara-negara Berkecuali atau NAM ialah sebuah


organisasi antarabangsa yang disertai 120 negara yang berkecuali dan tidak
memihak kepada mana mana blok kuasa. NAM ditubuhkan pada tahun 1961 atas
inisiatif Presiden Yugoslavia, Josip Broz Tito yang mengumpul negara negara yang
tidak memihak kepada mana mana kuasa Perang Dingin. Ketika penubuhan NAM,
hanya ada empat negara yang menyertainya iaitu India, Mesir, Indonesia dan Ghana.
Walaupun penubuhan NAM diharap dapat merapatkan negara anggota sebagai satu
pakatan seperti NATO atau Pakatan Warsaw, ia tidak pernah bersatu dan negara
anggota sering kali ditarik atau tertarik untuk menyertai kuasa besar seperti NATO
dan Pakatan Warsaw.

Mesyuarat pertama NAM diadakan di Belgrade pada September 1961 dan


menyaksikan penyertaan 25 ahli dengan sebelas ahli datang dari Asia dan Afrika,
bersama sama Yugoslavia, Cuba dan Cyprus. Kumpulan ini berhasrat untuk
menentang kolonisme, imperialisme dan neo-kolonialisme. Mesyuarat berikutnya
diadakan di Kaherah pada 1964. Perhimpunan ini disertai oleh 46 negara dengan
kebanyakan ahli baru datang dari negara negara Afrika yang baru merdeka.
17
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Perjanjian_Asia_Tenggara

15
Mesyuarat ketika itu lebih banyak membincangkan konflik Arab-Israel dan Perang
India-Pakistan. Mesyuarat ketiga diadakan di Lusaka ialah antara perhimpunan yang
paling penting dalam sejarah NAM kerana pada tahun ini pergerakan ini menubuhkan
organisasi untuk membantu hubungan ekonomi dan politik. Kenneth Kaunda,
18
presiden Zambia memainkan peranan yang penting dalam perhimpunan ini.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, Perubahan lingkungan mempengaruhi hubungan antarabangsa. Jika


pada masa Perang Dingin isu-isu ideologi dan ketenteraan sangat dominan. Hampir
semua hubungan antarabangsa diterjemahkan ke dalam konteks perang ideologi.
Pada era pasca Perang Dingin, tema-tema ideologi menyusut. Sebagai gantinya
timbul isu-isu seperti hak asasi manusia, politik-ekonomi dan demokratisasi sebagai
salah satu indikator yang menentukan hubungan internasional.

Semenjak kewujudan semua kehidupan, terutamanya manusia, persaingan


selalu berlaku. Apabila berlaku persaingan yang terlalu sengit, niat untuk
18
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pergerakan_Negara-Negara_Berkecuali

16
melenyapkan kehadiran pesaing lain akan mula bermain di pemikiran manusia secara
automatik. Dengan itu, konflik dan pembunuhan berlaku melibatkan dua pihak
dengan tujuan menghapuskan lawan. Senario itu mungkin terkawal sekiranya
keadaan tersebut hanya melibatkan dua orang sahaja. Apa pula yang akan berlaku
sekiranya keadaan itu melibatkan sekumpulan orang ramai, yang siap siaga dengan
peralatan canggih untuk membunuh musuh masing-masing? Sebenarnya, yang
disebutkan di atas itu merupakan definisi jelas bagi “peperangan” atau dalam
bahasa Inggerisnya, “war”.

Peperangan bukan lagi sesuatu yang asing bagi kita. Setiap masa,
peperangan berlaku di mana-mana sahaja, tanpa mengira tempat, waktu, keadaan
dan cuaca. Antara contoh peperangan yang disenaraikan oleh para pengkaji sejarah
ialah Perang Dunia Pertama dan Kedua, Perang Vietnam, Perang Teluk dan yang
terkini pencerobohan Iraq oleh tentera Amerika Syarikat. Peperangan sudah menjadi
kebiasaan dalam tamadun kita kerana ini adalah sebahagian daripada sejarah kita.
Namun, apa yang kita peroleh semasa dan selepas peperangan hanyalah suatu jenis
kemusnahan berskala besar.

Peperangan turut memusnahkan harta benda, sama ada harta benda awam
mahupun harta benda persendirian. Banyak harta benda seperti bangunan, jalan,
landasan kereta api, lapangan terbang, pelabuhan, jambatan dan sebagainya lenyap
begitu sahaja ekoran kemaraan tentera penceroboh. Selain itu, harta benda seperti
ternakan, tanaman, alat pengangkutan, hutan juga musnah akibat peperangan yang
tidak munasabah. Harta benda ini merupakan kemudahan dan nadi kehidupan
masyarakat di sesuatu tempat. Tidak hairan salah satu kesan sampingan peperangan
ialah kebuluran dan kadar inflasi yang meningkat. Masyarakat setempat tidak mampu
untuk membeli barang keperluan. Ramai yang terpaksa menjadi perompak, pencuri,
pelacur dandan terlibat dalam pelbagai kebobrokan sosial semata-mata untuk
mencari rezeki hidup.

Selain itu, peperangan juga mengundang kepada kemusnahan tamadun.


Tamadun-tamadun seperti tamadun Mesopotamia , Mesir, Indus, dan Inca yang
pernah menjadi tersohor dan agung pada suatu ketika dahulu, termusnah pada akhir
zaman mereka akibat peperangan. Segala baik dan buruk yang terbina semasa
tamadun tersebut hilang bersekali dengan kemusnahan tamadun tersebut. Banyak
ilmu, teknologi dan ajaran yang baik dicipta oleh mereka yang arif dalam tamadun

17
tersebut dianggap anasir-anasir buruk oleh pihak yang menceroboh lalu dihapuskan
tanpa mengira nilainya menyebabkan manusia hari ini kehilangan banyak khazanah
yang agung, seterusnya membawa kepupusan sesuatu bangsa. Peperangan harus
dielakkan kerana jalan penyelesaian boleh tercapai melalui jalan perundingan.

RUJUKAN

Brown, Archie, et al, eds.: The Cambridge Encyclopedia of Russia and the Soviet

Union (Cambridge, UK: Cambridge University Press, 1982).

Gilbert, Martin: The Routledge Atlas of Russian History (London: Routledge, 2002).

Goldman, Minton: The Soviet Union and Eastern Europe (Connecticut: Global Studies,
Dushkin Publishing Group, Inc., 1986).

18
Franklin, Jane, [dipetik daripada Krisis Peluru Berpandu Cuba-Suatu kronologi
mendalam], http://andromeda.rutgers.edu/~hbf/missile.html.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Dunia_Kedua . Tarikh capaian 10 julai 2021.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Pakatan_Warsaw. Tarikh capaian 10 julai 2021.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Perjanjian_Asia_Tenggara. Tarikh capaian


10 julai 2021.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Pergerakan_Negara-Negara_Berkecuali. Tarikh capaian


10 julai 2021.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Tembok_Berlin. Tarikh capaian 10 julai 2021.

Resolusi Cuba, Undang-undang Awam A.S. 87-733, S.J. Res. 230.

Kennedy, John F. (October 22 1962), Speech on the Cuban Missile Crisis,


http://edition.cnn.com/SPECIALS/cold.war/episodes/10/documents/kennedy.speech.

Friedman, Norman (2000). The Fifty Year War: Conflict and Strategy in the Cold War.
Percetakan Institut Tentera Laut, Annapolis, MD. ISBN 1-55750-264-1.

Mas’oed Mohtar, Ilmu Hubungan Internasional: Disiplin dan Metodologi. Jakarta,


LP3ES, 1990

19

You might also like