You are on page 1of 8

SEJARAH ASIA TENGGARA:

PERMODENAN DAN PEMBANGUNAN


KOD KURSUS: AJ 30503
NAMA : JAMES PARAN
NO MATRIK : YA2017-1309
PENSYARAH : DR. MAUREEN DE SILVA
ISI KANDUNGAN

 PENGENALAN
OBJEKTIF
DAPATAN KAJIAN
KESIMPULAN
RUJUKAN
PENGENALAN
Dekolonisasi bererti proses membebaskan sesuatu wilayah
daripada kuasa penjajah (penjajahan). (Noor Hisham, 2020).
Dane Kennedy (2016), mentakfrifkan dekolonisasi bermaksud
pengunduran kuasa penjajah dari tanah jajahan dan pemerolehan
pembebasan dan kemerdekaan politik dan ekonomi oleh penduduk
di tanah jajahan.
Proses dekolonialasi telah berlaku secara kebetulan dengan
tercetusnya Perang Dingin selepas tamatnya Perang Dunia II.
Di Asia Tenggara selepas Perang Dunia II, misalnya, pihak
nasionalis di Indonesia telah mempermainkan anti-komunisme
dengan bijaksana demi memperoleh sokongan Amerika Syarikat
dalam perang kemerdekaan Indonesia menentang Belanda.
Dalam perang kemerdekaan Vietnam, Amerika Syarikat telah
menyokong penjajah Perancis untuk menentang pihak nasionalis
Vietnam kerana gerakan nasionalis Vietnam dikawal oleh
komunis.
OBJEKTIF
1) Peranan perang dingin dalam mencaturkan dekolonisasi di Vietnam
2) Peranan perang dingin dalam mencaturkan dekolonisasi di Indonesia
3) Impak perang dingin terhadap proses dekolonisasi di Vietnam dan Indonesia
Peranan Perang Dingin Dalam Mencaturkan Dekolonisasi Di
Vietnam

• Pada tahun 1954, Perang Dingin telah membawa kepada kemerdekaan tidak lengkap kepada Vietnam
• Menjadi medan persaingan antara blok anti Komunis yang dipimpin oleh Amerika Syarikat dan pro-
Komunis yang diketuai oleh Soviet Union.
• Merupakan pengerak kepada proses penyusupan daripada Vietnam Utara ke Vietnam Selatan.
• Proses penyusupan terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat persediaan, penghantaran dan
pengagihan .
• Empat faktor kejayaan penyusupan sehingga memberi kemenanganVietnam Utara dalam Perang
Vietnam iaitu:
i. Bentuk muka bumi semula jadi
ii. Penyamaran sebagai nelayan
iii. Menawan tempat-tempat strategik
iv. Mendapat alat senjata daripada Soviet Union dan Republik Rakyat China
 Vietnam Utara menyatukan semula Vietnam dengan dalam Penyerangan Easter 1972 dan Kempen
Ho Chi Minh pada tahun 1974-1975.
Peranan Perang Dingin Dalam Mencaturkan Dekolonisasi Di Indonesia

Perang Dingin memberikan perubahan besar kepada politik, keselamatan, pertahanan dan
ekonomi di Indonesia.
Mengamalkan dasar tidak menyebelahi mana-mana kuasa luar.
Pihak Soviet Union - memberi kelengkapan. Perang Dingin telah memberi kelebihan
kepada pihak Indonesia dalam mendapatkan kelengkapan pertahanan negara dengan begitu
mudah sekali
Keselamatan negara terjamin – ada kuasa Soviet Union.
Pihak Soviet Union telah memberikan pinjaman kepada Indonesia melalui presiden
Sokarno melebihi $1000 juta pada March 1961 – tambah peralatan perang membantu
menguatkan lagi sistem pertahanan Indonesia.
Menjadi pembekal barang makanan kepada negara Korea – Perang Korea.
Indonesia memerlukan Amerika Syarikat dan juga Eropah untuk hal pasaran barangan
mereka, untuk mendapatkan keperluan. teknikal dan juga bantuan ketenteraan.
KESIMPULAN
 Perang Dingin berbeza vs Perang Dunia
 Tidak melibatkan konfrontasi secara langsung
 Melibatkan tekanan ekonomi, bantuan terpilih, pergerakan diplomatik, propaganda,
pembunuhan, operasi ketenteraan tahap rendah dan perang proksi
Impak terhadap Vietnam
 Negaranya terbahagi kepada dua wilayah, iaitu Vietnam Utara dan Vietnam Selatan.
 Vietnam Utara dan Selatan dipengaruhi oleh ideologi yang berbeza.
 Mencetuskan Perang Vietnam
Impak terhadap Indonesia
 Memberikan kesedaran kepada pemiimpin untuk membuat hubungan luar dan mendapatkan
dana untuk membeli kelengkapan senjata untuk Indonesia.
 Membawa peningkatan dalam hala tuju ekonomi apabila menjadi diantara pembekal barang
makanan kepada negara lain.
RUJUKAN
 Cheng, Guan Ang. (2018). Southeast Asia’s Cold War: An Interpretive History. United States of
America: University of Hawaii Press
 Christopher E. Goscha & Christian F. Ostermann. (2009). Connecting Histories: Decolonization
and the Cold War in Southeast Asia, 1945-1962. Washington: Woodrow Wilson Center Press.
 Chua, Beng-Huat. (2001). Notes on the Cold War in Southeast Asia. Inter-Asia Cultural Studies,
2 (3): 481-485.
 Dane Keith Kennedy. (2016). Decolonization: a very short introduction. New York: Oxford
University Press
 Demas Nauvarian. (2019). Keterlibatan Amerika Serikat dalam Perang Vietnam: Faktor
Ideologi, Identitas, dan Idealisme. Jurnal Hubungan Internasional, 2: 265-282
 Noor Hisham Md Nawi. (2020). Modul Falsafah Dan Isu Semasa. Kelantan: UMK Press.
 Smith, Linda Tuhiwai. (2013). Decolonizing methodologies: Research and Indigenous Peoples.
London; New York: Zed Books Ltd

You might also like