You are on page 1of 16

KUASAI A+ ESEI SEJARAH TINGK.

4 BAB 2: KEBANGKITAN NASIONALISME @SEJTINGKATAN4KSSM 1

     

  MODUL SEJARAH
 

  BAB 2: KEBANGKITAN NASIONALISME


 

  NAMA:______________________________________________________________
 

  HAK CIPTA TERPELIHARA


   Tidak dibenarkan memetik, menjual dan screenshot (tangkap layar)
  mana-mana bahagian atau keseluruhan isi modul ini untuk kegunaan luar
 
tanpa kebenaran pemilik modul ini.
 Modul ini menyediakan cadangan jawapan untuk menjawab soalan esei.
 
 Semoga bermanfaat.
  CETAKAN PERTAMA (NOVEMBER 2020)
 
 Disediakan oleh; Disemak oleh; Disemak oleh;
 
(@Qiza08) (@ril) (@siti98459)
 

  DISEDIAKAN OLEH:
GROUP BAHAN SEJARAH TINGKATAN 4 KSSM
 

      
KUASAI A+ ESEI SEJARAH TINGK. 4 BAB 2: KEBANGKITAN NASIONALISME @SEJTINGKATAN4KSSM 2

  2.2 : Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat

SOALAN 1: Terangkan peristiwa perjuangan idea nasionalisme dalam Revolusi Keagungan.


AYAT 1:
Revolusi Keagungan berlaku disebabkan untuk menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat.
AYAT 2:
Revolusi tercetus apabila Raja James II membelakangkan parlimen semasa menggubal undang-undang.
AYAT 3:
Mary II dan suaminya bangkit menentang pemerintahan raja berkuasa mutlak.
AYAT 4:
Peristiwa ini dinamakan sebagai Revolusi Keagungan kerana peralihan kuasa berlaku secara aman tanpa
pertumpahan darah.
AYAT 5:
Konsep kedaulatan parlimen & sistem raja berperlembagaan dimantapkan semasa pemerintahan Mary II.
AYAT 6:
Bill of Right digubal untuk menggubal undang-undang dan hak mengutip cukai

SOALAN 2: Terangkan peristiwa perjuangan idea nasionalisme dalam Revolusi Amerika.


AYAT 1:
Revolusi Amerika adalah tindakan rakyat menentang penjajahan British.
AYAT 2:
Penentangan ini disebabkan British tidak melindungi hak penduduk Amerika yang merupakan
sebahagian daripada empayar British.
AYAT 3:
Terdapat 13 buah tanah jajahan British di Amerika. .
AYAT 4:
Rakyat Amerika menentang akta yang diperkenalkan seperti Akta Pelayaran,Setem,Gula dan Teh dan
menggunakan slogan “tiada cukai tanpa perwakilan”.
AYAT 5:
Pemimpin di Amerika menubuhkan kongres diketuai oleh Washington dan isytiharkan perang terhadap
British .
AYAT 6:
Revolusi tamat dan British memberi kemerdekaan kepada Amerika dan 13 buah tanah
jajahan digabungkan yang dinamakan Amerika Syarikat.

SOALAN 3: Terangkan peristiwa perjuangan idea nasionalisme dalam Revolusi Perancis.


AYAT 1:
Revolusi Perancis berlaku daripada idea nasionalisme yang memperjuangkan kebebasan,persamaan dan
persaudaraan oleh golongan pemikir.
AYAT 2:
Rousseau mengemukakan suara rakyat bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.
AYAT 3:
Suara rakyat digelar “hasrat umum” dan suara rakyat lebih penting daripada institusi raja.
AYAT 4:
Sasaran golongan revolusi adalah terhadap pemerintahan Raja Louis XVI dan golongan bangsawan.
AYAT 5:
Golongan revolusi menggempur penjara & bebaskan tahanan politik dan menjatuhkan Raja Louis XVI.
AYAT 6:
Revolusi berakhir dengan kemunculan Republik Perancis dan mengakhiri
sistem pemerintahan beraja.
KUASAI A+ ESEI SEJARAH TINGK. 4 BAB 2: KEBANGKITAN NASIONALISME @SEJTINGKATAN4KSSM 3

  2.3 : Perkembangan Nasionalisme di Asia

SOALAN 1: Terangkan kebangkitan nasionalisme yang berlaku di India.


AYAT 1:
Nasionalisme merupakan reaksi penduduk terhadap dasar imperialisme British.
AYAT 2:
Idea nasionalisme berlaku apabila kebangkitan rakyat dalam Dahagi India 1857 .
AYAT 3:
Perjuangan pada awalnya bercorak gerakan terhadap isu sosioagama dan Brahmo Samaj & Arya Samaj
ditubuhkan.
AYAT 4:
Kemudian, golongan intelektual menyusun gerakan nasionalisme secara lebih tersusun.
AYAT 5:
Kongres Kebangsaan India ditubuhkan pada tahun 1885 dan Liga Muslim ditubuhkan pada tahun 1906 .
AYAT 6:
Pertubuhan ini merangka rancangan pembahagian India iaitu Negara India dan Pakistan
selepas Perang Dunia Kedua.

SOALAN 2: Terangkan kebangkitan nasionalisme yang berlaku di China. 

AYAT 1:
Nasionalisme berlaku untuk mengukuhkan peradaban dalam kalangan orang Cina daripada ancaman
kuasa asing.
AYAT 2:
Nasionalisme berlaku disebabkan kelemahan pemerintahan Dinasti Manchu.
AYAT 3:
Hal ini berpunca kerana dianggap orang luar,kehilangan mandat dan gagal menghalang kemasukan
pengaruh Barat.
AYAT 4:
Kesannya, gerakan anti-Barat ditubuhkan diketuai oleh Dr. Sun Yat Sen.
AYAT 5:
Beliau kemukakan Tiga Prinsip Rakyat sebagai ideologi perjuangan iaitu nasionalisme,demokrasi &
kebajikan sosial .
AYAT 6:
Prinsip ini menjadi asas kepada Revolusi China dan berjaya menumbangkan Dinasti Manchu.

SOALAN 3: Terangkan kebangkitan nasionalisme yang berlaku di Jepun.


AYAT 1:
Nasionalisme berlaku untuk mencapai kemajuan yang digerakkan oleh pemerintah Jepun.
AYAT 2:
Maharaja Mikado Meiji melancarkan gerakan pemulihan Jepun (Pemulihan Meiji).
AYAT 3:
Pemerintah Jepun menekankan pemodenan mengikut model Barat supaya Jepun dihormati oleh kuasa
Barat.
AYAT 4:
Semangat bushido dijadikan asas membina nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintah.
AYAT 5:
Kesannya, Jepun muncul sebagai negara perindustrian dan kuasa tentera yang kuat di Asia.
AYAT 6:
Kesannya, Jepun juga menjadi kuasa imperialisme di Asia akibat desakan ekonomi
oleh golongan tentera.
KUASAI A+ ESEI SEJARAH TINGK. 4 BAB 2: KEBANGKITAN NASIONALISME @SEJTINGKATAN4KSSM 4

  2.3 : Perkembangan Nasionalisme di Asia

SOALAN 4: Terangkan kebangkitan nasionalisme yang berlaku di Empayar Uthmaniyah dan Mesir.

GERAKAN ISLAH
AYAT 1:
Gerakan Islah adalah gerakan pemulihan Islam.
AYAT 2:
Gerakan ini diketuai oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh .
AYAT 3:
Imperialisme Barat di Mesir menyebabkan pertembungan budaya antara Eropah-Amerika dengan budaya
tempatan dan mengubah budaya masyarakat tempatan.
AYAT 4:
Gerakan ini menyeru umat Islam berpegang teguh pada ajaran Islam yang sebenar berpandukan al-Quran
dan Hadis.
AYAT 5:
Gerakan ini juga menyeru umat Islah memperbaik kehidupan dan melepaskan diri daripada penjajahan .
 

GERAKAN PAN-ISLAMISME
AYAT 1:
Sayyid Jamal al- Din menubuhkan kumpulan yang bernama al-Urwah al-Wuthqa (Ikatan yang Kuat).
AYAT 2:
Gerakan ini ditubuhkan untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa umat Islam kepada
kemajuan.
AYAT 3:
Gerakan ini juga menerbitkan akhbar al-Urwah al-Wurthqa untuk sebarkan idea Pan-Islamisme.
AYAT 4:
Pada tahun 1914, empayar Uthmaniyah mengeluarkan fatwa menyeru umat Islam yang ditindas penjajah
untuk bangkit berjuang bersama-sama.
AYAT 5:
Gerakan ini juga mendapat sokongan umat Islam termasuklah di Tanah Melayu seperti perjuangan Tok
Janggut menentang British.
 
KUASAI A+ ESEI SEJARAH TINGK. 4 BAB 2: KEBANGKITAN NASIONALISME @SEJTINGKATAN4KSSM 5

2.4 : Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara


 

SOALAN 1: Terangkan kebangkitan nasionalisme yang berlaku di Filipina.

AYAT 1:
Nasionalisme di Filipina berlaku untuk menghapuskan penjajahan asing.
AYAT 2:
Tokoh nasionalis yang terlibat seperti Jose Rizal,Bonifacio dan Aguinaldo .
AYAT 3:
Pertama, Jose Rizal menubuhkan Gerakan Propaganda untuk menuntut Filipina dijadikan sebahagian daripada
wilayah Sepanyol.
AYAT 4:
Kemudian, Bonifacio menubuhkan Katipunan untuk memperoleh kemerdekaan Filipina melalui revolusi yang
menggunakan akhbar Kalayan untuk menyebarkan idea revolusi.
AYAT 5:
Setelah itu, Aguinaldo bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya mengusir Sepanyol dari Filipina.
AYAT 6:
Namun, perisytiharan kemerdekaan tidak diiktiraf oleh Amerika Syarikat dan Filipina diletakkan
di bawah penguasaan Amerika dan golongan nasionalis berusaha menuntut kemerdekaan.

SOALAN 2: Terangkan kebangkitan nasionalisme yang berlaku di Myanmar. 

AYAT 1:
Nasionalisme di Burma berlaku untuk menentang imperialisme British oleh golongan kelas menengah, sami
Buddha, Thakin dan petani.
AYAT 2:
Nasionalisme digerakkan oleh golongan kelas pertengahan berpendidikan Barat kerana British mengancam
kedudukan agama Buddha.
AYAT 3:
Golongan ini menubuhkan Persatuan Belia Buddha dan menggunakan isu kasut untuk membangkitkan
nasionalisme.
AYAT 4:
Kemudian, Revolusi Pelajar menuntut penubuhan universiti untuk mereka manakala golongan sami Buddha
mencetuskan Pemberontakan Saya San.
AYAT 5:
Kemudian, Perlembagaan Burma 1935 diperkenal untuk memisahkan Burma dengan India untuk berkerajaan
sendiri.
AYAT 6:
Selain itu, golongan Thakin menubuhkan Parti Kami Orang Burma untuk menuntut kemerdekaan
yang diketuai oleh Aung San.

SOALAN 3: Terangkan kebangkitan nasionalisme yang berlaku di Vietnam.

AYAT 1:
Nasionalisme di Vietnam berlaku akibat perubahan sosiopolitik dan sosioekonomi selepas kedatangan Perancis.
AYAT 2:
Gerakan nasionalisme Vietnam diketuai oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin
untuk perjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja.
AYAT 3:
Kemudian, golongan intelektual meningkatkan kesedaran politik dan gerakan anti-Perancis.
AYAT 4:
Gerakan nasionalisme ini bercorak revolusi yang terdiri oleh dua aliran, iaitu nasionalisme dan komunisme.
AYAT 5:
Parti utama aliran nasionalisme ialah Parti Nasionalis Vietnam pimpinan Nguyen Thai Hoc manakala aliran
komunisme pula ialah Parti Komunis Vietnam pimpinan Ho Chi Minh.
AYAT 6:
Kesannya, PKV berjaya isytiharkan kemerdekaan Republik Demokratik Vietnam di Hanoi.
KUASAI A+ ESEI SEJARAH TINGK. 4 BAB 2: KEBANGKITAN NASIONALISME @SEJTINGKATAN4KSSM 6

2.4 : Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara


 

SOALAN 1: Terangkan kebangkitan nasionalisme yang berlaku di Indonesia.

AYAT 1:
Nasionalisme di Indonesia pada awalnya berkaitan isu pendidikan untuk mengubah nasib rakyat akibat penjajahan
Belanda.
AYAT 2:
Tokoh nasionalis ialah Raden Adjeng Kartini yang memperjuangkan pendidikan kaum wanita dan menerbitkan
karya iaitu Hilang Gelap Terbitlah Terang.
AYAT 3:
Karya ini mendedahkan dasar diskriminasi Belanda yang menindas bangsa Indonesia.
AYAT 4:
Kemudian,muncul pertubuhan seperti Muhammadiyah untuk pertahankan agama Islam daripada ancaman Barat.
AYAT 5:
Partai Nasionalis Indonesia menjadi sebuah parti yang terpengaruh untuk memperjuangkan kemerdekaan selain
Sarekat Islam dan Parti Komunis Indonesia
AYAT 6:
Akhirnya, Kongres Pemuda Indonesia mewujudkan ikrar “Sumpah Pemuda” yang mengandungi
3 asas utama.

SOALAN 2: Terangkan kebangkitan nasionalisme yang berlaku di Thailand. 

AYAT 1:
Nasionalisme di Thailand untuk mempertahankan kedaulatan negara dan menuntut penglibatan rakyat dalam
pentadbiran.
AYAT 2:
Nasionalisme digerakkan oleh Raja Mongkut yang telah membina hubungan baik dengan Barat dan melaksanakan
birokrasi Barat.
AYAT 3:
Birokrasi Barat ini untuk melatih pegawai tempatan dalam pentadbiran kawangan,pelabuhan,kenteteraan dan polis.
AYAT 4:
Kemudian, Raja Chulalongkorn pula menjadikan Thailand negara bebas daripada penjajahan Barat.
AYAT 5:
Nasionalisme berlaku berpunca daripada kelemahan pemerintahan Raja Vajiravudh dan dilancarkan Revolusi Thai
untuk menamatkan pemerintahan raja berkuasa mutlak.
AYAT 6:
Selain itu, disebabkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap penguasaan ekonomi oleh orang Barat dan orang Cina.
AYAT 7:
Maka, Perdana Menteri menyekat penguasaan ini dan menggalakkan rakyat terlibat dalam kegiatan ekonomi.
KUASAI A+ ESEI SEJARAH TINGK. 4 BAB 2: KEBANGKITAN NASIONALISME @SEJTINGKATAN4KSSM 7

2.4 : Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita

SOALAN 1: Jelaskan kesedaran nasionalisme zaman Kesultanan Melayu Melaka.

AYAT 1:
Kesedaran nasionalisme telah bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka untuk menghadapi ancaman luar.
AYAT 2:
Contohnya, pemimpin Kesultanan Melayu Melaka yang terlibat ialah Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mahmud
Shah.
AYAT 3:
Buktinya, Sultan Mahmud Shah telah berusaha untuk mendapatkan Melaka kembali setelah berundur dari Melaka.
AYAT 4:
Baginda telah melakukan tiga kali serangan terhadap Portugis,namun menemui kegagalan.

SOALAN 2 : Jelaskan kesedaran nasionalisme Sultan Abdullah Mukarram Shah.

AYAT 1:
Kesedaran nasionalisme juga dilihat oleh perjuangan Sultan Kedah, iaitu Sultan Abdullah Mukarram Shah
menentang ancaman luar.
AYAT 2:
Perjuangan ini adalah perjuangan terawal menentang British di Kedah.
AYAT 3:
Buktinya, baginda telah menentang Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)
AYAT 4:
Baginda berusaha untuk mendapatkan Pulau Pinang kembali yang merupakan sebahagian
daripada wilayah Kedah.

SOALAN 3 : Jelaskan kesungguhan pemimpin tempatan pada zaman dahulu untuk menentang penjajah.

AYAT 1:
Pemimpin tempatan yang terlibat dalan usaha menentang penjajah ialah seperti Penghulu Dol Said, Dato’
Bahaman, Rentap, Mat Salleh dan Tok Janggut.
AYAT 2:
Perjuangan mereka bersifat setempat dan berjuang menuntut kebebasan daripada ancaman luar serta mendaulatkan
wilayah masing-masing
AYAT 3:
Namun, tindakan ini mendapat reaksi dan tindak balas yang keras daripada penjajah.
AYAT 4:
Kesannya, mereka terpaksa bergerak secara sederhana untuk meneruskan perjuangan utama mereka.

SOALAN 4 : Jelaskan perkembangan kesedaran nasionalisme di Negara kita pada awal abad ke- 20.

AYAT 1:
Pertama, kesedaran bermula dengan perjuangan tokoh agama yang digerakkan oleh Gerakan Islah.
AYAT 2:
Gerakan ini dipelopori oleh Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin,Haji Abbas Mohd Taha dan Syed Sheikh al-Hadi
AYAT 3:
Kedua, perjuangan melalui penulisan kreatif dan akhbar yang ditulis oleh beberapa orang individu.
AYAT 4:
Contohnya, Zaba’, Muhammad Rakawi Yusuf, Abdul Rahim Kajai , Ibu Zain dan Fatimah Yaakub telah
menyemarakkan kesedaran nasionalisme.
AYAT 5:
Ketiga, perjuangan melalui pertubuhan sosioekonomi oleh golongan berpendidikan Inggeris dan Melayu.
AYAT 6 :
Contohnya, Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam dan Burhanuddin al- Helmi.
KUASAI A+ ESEI SEJARAH TINGK. 4 BAB 2: KEBANGKITAN NASIONALISME @SEJTINGKATAN4KSSM 8

2.6 : Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme

SOALAN 1: Huraikan faktor peranan agama mempengaruhi kemunculan gerakan nasionalisme.

AYAT 1:
Pertama, nasionalisme muncul disebabkan oleh peranan agama.
AYAT 2:
Buktinya, disebabkan oleh para pelajar yang melanjutkan pelajaran di Mesir terdedah dengan falsafah perjuangan
Gerakan Islah .
AYAT 3:
Gerakan Islah dipimpin oleh Sayyid Jamal al-Din,Sheikh Muhammad Abduh dan Rashid Rida.
AYAT 4:
Gerakan ini menyeru umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dengan berpandukan al-Quran dan
Hadis
AYAT 5:
Selain itu, gerakan ini muncul untuk menentang imprealisme Barat di negara Islam.

SOALAN 2 : Huraikan faktor penulisan kreatif mempengaruhi kemunculan gerakan nasionalisme.

AYAT 1:
Kedua, nasionalisme muncul disebabkan oleh penulisan kreatif.
AYAT 2:
Penulisan kreatif digunakan sebagai wadah untuk menceritakan keperitan hidup bangsa yang dijajah dan
penderitaan rakyat.
AYAT 3:
Contohnya, novel,cerpen dan puisi.
AYAT 4:
Contoh karya seperti novel Melor Kuala Lumpur dan cerpen Cerita Awang Putat.
AYAT 5:
Selain itu, karya Pak Sako pula menyindir penjajah dan mengingatkan anak bangsa akan
kepentingan menikmati kebebasan.

SOALAN 3 : Huraikan faktor media cetak mempengaruhi kemunculan gerakan nasionalisme.

AYAT 1:
Ketiga, nasionalisme muncul disebabkan oleh media cetak.
AYAT 2:
Media cetak digunakan untuk penyalur maklumat dan penyebar berita.
AYAT 3:
Contohnya, media cetak seperti akhbar dan majalah.
AYAT 4:
Contoh akhbar seperti Jawi Peranakan yang menegur campur tangan British dalam soal agama Islam di Singapura
dan isu bahasa Melayu.
AYAT 5:
Selain itu, akhbar Sekola Melayu digunakan untuk bahan bacaan di sekolah Melayu.
AYAT 6:
Kemudian, Akhbar Fajar Sarawak digunakan untuk mengkritik pemerintahan Brooke yang mengabaikan hak
bumiputera Sarawak.
KUASAI A+ ESEI SEJARAH TINGK. 4 BAB 2: KEBANGKITAN NASIONALISME @SEJTINGKATAN4KSSM 9

2.6 : Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme

SOALAN 4: Huraikan faktor sistem pendidikan mempengaruhi kemunculan gerakan nasionalisme.

AYAT 1:
Keempat, nasionalisme muncul disebabkan oleh sistem pendidikan.
AYAT 2:
Buktinya, disebabkan oleh pendidikan moden Islam melalui penubuhan madrasah pada awal abad ke-20 .
AYAT 3:
Contoh madrasah seperti Madrasah al-Attas di Johor Bahru dan Madrasah al-Idrisiyah di Kuala Lumpur.
AYAT 4:
Madrasah ini menerima idea nasionalisme melalui kunjungan para ulama Kaum Muda yang menyebarkan idea
kemajuan kepada masyarakat
AYAT 5:
Sistem pendidikan juga melahirkan golongan yang menuntut hak untuk mendapatkan pendidikan dan mendesak
British melakukan pembaharuan.
AYAT 6:
Contohnya, SITC menjadi tempat untuk berbincang dan menghasilkan karya nasionalisme bagi menyedarkan
masyarakat

SOALAN 5 : Huraikan faktor kemunculan golongan intelektual mempengaruhi kemunculan gerakan


nasionalisme.

AYAT 1:
Kelima, nasionalisme muncul disebabkan oleh kemunculan golongan intelektual
AYAT 2:
Golongan intelektual muncul daripada perkembangan sistem pendidikan untuk menyedarkan rakyat tentang
nasionalisme
AYAT 3:
Contohnya,golongan intelektual lepasan Timur Tengah seperti Syed Sheikh al-Hadi
AYAT 4:
Selain itu,golongan intelektual lepasan pendidikan Inggeris dan Melayu
AYAT 5:
Contohnya, Abdul Kadir Adabi, Mohammad Eunos Abdullah, Abu Bakar al-Baqir dan Ibrahim Haji Yaakob.

SOALAN 6 : Huraikan faktor pengaruh luar dan serantau mempengaruhi kemunculan gerakan nasionalisme.

AYAT 1:
Keenam, nasionalisme muncul disebabkan oleh pengaruh luar dan serantau
AYAT 2:
Bukti pertama adalah kebangkitan Pan-Islamisme di empayar Uthmaniyah yang menyedarkan umat Islam bersatu
padu menentang ancaman luar.
AYAT 3:
Bukti kedua adalah pengaruh Gerakan Islah di Mesir yang menggesa umat Islam melakukan pembaharuan.
AYAT 4:
Bukti ketiga adalah kemunculan Jepun sebagai kuasa besar dunia yang membuka mata penduduk untuk
memperjuangkan nasib mereka.
AYAT 5:
Bukti keempat adalah gerakan Revolusi China yang menyedarkan rakyat untuk menentang penjajah
AYAT 6:
Bukti kelima adalah perjuangan Mahatma Gandhi di India yang menentang British tanpa kekerasan.
KUASAI A+ ESEI SEJARAH TINGK. 4 BAB 2: KEBANGKITAN NASIONALISME @SEJTINGKATAN4KSSM 10

2.7 : Perkembangan Nasionalisme

SOALAN 1: Jelaskan peranan golongan intelektual berpendidikan agama dalam pergerakan nasionalisme

AYAT 1:
Intelektual berpendidikan agama yang digelar Kaum Muda menyalurkan idea melalui Gerakan Islah
AYAT 2:
Mereka menjadikan agama Islam sebagai asas kemajuan untuk dunia dan akhirat
AYAT 3:
Tokohnya seperti Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin,Syed Sheikh al-Hadi dan Haji Abbas Mohd Taha.
AYAT 4:
Kemudian, mereka menubuhkan madrasah untuk menyebarkan fahaman Islah yang mementingkan soal
pendidikan
AYAT 5:
Contoh madarasah seperti Madrasah al-Attas di Johor Bharu,Madrasah al-Khairiah al-Islamiyah di Kedah
AYAT 6 :
Kesannya, pelajarnya membawa kemajuan dan pemodenan dari aspek sikap serta pentafsiran terhadap Islam
AYAT 7:
Antara akhbar yang membangkitkan kesedaran nasionalisme seperti akhbar Al-Imam,Al-Ikhwan,Neracha dan
Tunas Melayu
SOALAN 2 : Jelaskan peranan golongan intelektual berpendidikan Inggeris dalam pergerakan nasionalisme

AYAT 1:
Maktab Melayu Kuala Kangsar yang ditubuhkan telah melahirkan intelektual berpendidikan Inggeris untuk
perkembangan nasionalisme.
AYAT 2:
Lepasan maktab ini menggunakan kedudukan mereka untuk menyuarakan hak mendapat pendidikan bagi orang
Melayu.
AYAT 3:
Contoh lepasan maktab ini seperti Raja Chulan Raja Abdullah,Mahmud Mat dan Mohammad Eunos Abdullah
AYAT 4:
Individu lepasan maktab ini bertugas sebagai pegawai kerajaan menuntut British memperbaik taraf hidup orang
Melayu dan membuka peluang pekerjaan dalam jabatan kerajaan.
AYAT 5:
Mereka menyalurkan idea dengan cara berbaik-baik dengan British dan menggunakan akhbar seperti Warta
Malaya,Lembaga Malaya dan Utusan Melayu.

SOALAN 3 : Jelaskan peranan golongan intelektual berpendidikan Melayu dalam pergerakan nasionalisme

AYAT 1:
Maktab Perguruan Sultan Idris ditubuhkan telah melahirkan intelektual berpendidikan Melayu untuk
perkembangan nasionalisme.
AYAT 2:
Peranan guru seperti O.T. Dussek dan Harun Aminurrashid berjaya melahirkan tokoh nasionalis.
AYAT 3:
Kemudian, Za’ba juga mewujudkan Pejabat Karang Mengarang untuk hasilkan buku berkualiti bagi
membangkitkan semangat nasionalisme.
AYAT 4:
Maktab ini menjadi taman ilmu apabila kemasukan bahan bacaan dari Timur Tengah yang mendedahkan
pembaharuan dari negara luar.
AYAT 5:
Maktab ini mementingkan mata pelajaran Sejarah dan pendedahan keagungan empayar Melayu di Alam Melayu.
AYAT 6:
Mata pelajaran Anyaman,Kesihatan dan Sukan juga penting dalam kurikulum di maktab ini.
AYAT 7:
Kesannya, tertubuhlah Pertubuhan Ikatan Pemuda Pelajar & Ikatan Semenanjung Borneo yang melahirkan
Kesatuan Melayu Muda
KUASAI A+ ESEI SEJARAH TINGK. 4 BAB 2: KEBANGKITAN NASIONALISME @SEJTINGKATAN4KSSM 11

2.7 : Perkembangan Nasionalisme

SOALAN 4: Jelaskan peranan akhbar dan majalah dalam pergerakan nasionalisme

AYAT 1:
Akhbar dan majalah berperanan untuk mengetengahkan isu hak dan masa depan bangsa, polemik Kaum Muda
dengan Kaum Tua serta isu pendidikan,ekonomi dan sosial.
AYAT 2:
Penerbitan akhbar dipergiat oleh Syarikat Jelutong Press.
AYAT 3:
Intelektual berpendidikan Melayu dan Inggeris memajukan peranan persuratkhabaran Melayu pada abad ke-20
AYAT 4:
Contoh akhbar seperti Utusan Melayu,Lembaga Melayu,Warta Malaya, Warta Jenaka,Fajar Sarawak,Majlis dan
Majalah Guru.
AYAT 5:
Terdapat akhbar berbahasa Inggeris seperti The Malaya Mail dan The Malaya Tribune yang memuatkan
perkembangan ekonomi negara.
AYAT 6 :
Akhbar Fajar Sarawak yang ditulis antaranya oleh Muhammad Rakawi Yusuf telah menggesa masyarakat bangkit
menuju kemajuan
SOALAN 5 : Jelaskan peranan akhbar masyarakat Cina dan India dalam pergerakan nasionalisme

AYAT 1:
Akhbar masyarakat Cina pula ditulis untuk mengekalkan identiti,memperjuangkan nasib wanita dan menyemai
perasaan cinta akan negara China.
AYAT 2:
Akhbar masyarakat Cina ini merangsang pemikiran masyarakat kaum Cina seberang laut.
AYAT 3:
Contoh akhbar seperti Lat Pau,Modern Daily News, Nanyang Tsung Hui Pao dan Chong Shin Yit Pao.
AYAT 4:
Seterusnya, penulisan akhbar ini bersifat antiimprealisme dan mula memperjuangkan soal kesatuan sekerja dan
keadilan sosioekonomi
AYAT 5:
Akhbar masyarakat India ditulis untuk memperjuangkan kepentingan politik dan sosial masyarakat India di negara
ini.
AYAT 6: Contoh akhbar seperti Tamil Nesan, Tamil Murasu,The Indian dan Indian Pioneer.
AYAT 7:
Akhbar Tamil Nesan melaporkan perkembangan di India dan kepentingan sosiopolitik masyarakatnya

SOALAN 6 : Jelaskan peranan karya kreatif dalam pergerakan nasionalisme

AYAT 1:
Karya kreatif seperti novel ditulis bertemakan semangat cinta akan negara dan memperjuang nasib bangsa
AYAT 2:
Contoh pertama, novel Mari Kita Berjuang oleh Abdullah Sidek mengajak masyarakat memerdekakan diri dari
aspek ekonomi.
AYAT 3:
Contoh kedua, puisi seperti “Angan-angan dengan Gurindam”, “Sedarlah”, “Semenanjung” dan “Serunai
Pujangga”
AYAT 4:
Contoh ketiga, cerpen seperti “Rumah Besar Tiang Sebatang”, “Cerita Awang Putat” dan “Di Sini Kita Bukannya
Orang Dagang”.
KUASAI A+ ESEI SEJARAH TINGK. 4 BAB 2: KEBANGKITAN NASIONALISME @SEJTINGKATAN4KSSM 12

2.7 : Perkembangan Nasionalisme

SOALAN 7 : Huraikan perjuangan Kesatuan Melayu Singapura dalam pergerakan nasionalisme

AYAT 1:
Kesatuan Melayu Singapura (KMS) ditubuhkan oleh Mohammad Eunos Abdullah pada tahun 1926
AYAT 2:
KMS ditubuhkan untuk menggalakkan ahli bergerak aktif dalam pentadbiran,memperjuangkan kepentingan orang
Melayu dalam politik dan mementingkan pengajian tinggi.
AYAT 3:
Kesan penubuhan KMS mendorong penubuhan persatuan negeri lain.
AYAT 4:
Contohnya, Persatuan Melayu Pahang, Persatuan Melayu Selangor dan Persatuan Melayu Negeri Sembilan.
AYAT 5:
Penubuhan ini meminta British supaya lebih banyak peluang diberikan kepada orang Melayu dalam pentadbiran.

SOALAN 8 : Huraikan perjuangan Persaudaraan Sahabat Pena dalam pergerakan nasionalisme

AYAT 1:
Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM) ditubuhkan untuk menggalakkan ahlinya bertukar-tukar pendapat.
AYAT 2:
PASPAM telah bermula di Pulau Pinang pada tahun 1934 dan berkembang serta mengadakan perhimpunan di
Tanah Melayu
AYAT 3:
Langkah ini berjaya menyatukan pergerakan orang Melayu melalui kongres untuk mengutarakan isu kebangsaan.
AYAT 4:
Pengasas PASPAM di Sarawak ditubuhkan oleh Muhammad Rakawi Yusuf dan mempunyai hubungan baik
dengan KMS.
AYAT 5:
PASPAM di Sabah pula ditubuhkan untuk meningkatkan kesedaran sosial dalam ahlinya.
AYAT 6:
Antara ahli PASPAM di Sabah seperti Zakarian Gunn dan Mohammad Yaakob.

SOALAN 9 : Huraikan perjuangan Kesatuan Melayu Muda dalam pergerakan nasionalisme

AYAT 1:
Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan hasil daripada gagasan Ibrahim Yaakob pada tahun 1937
AYAT 2:
KMM berjuang melalui akhbar Majlis dan berhasrat untuk menentang British dengan wujudkan gagasan Melayu
Raya dengan menggabungkan Tanah Melayu dan Indonesia
AYAT 3:
KMM menyeru orang Melayu untuk “bangun sebagai satu bangsa yang mempunyai tamadun dan kesopanan di
tanah airnya”.
AYAT 4:
KMM dianggap radikal oleh British kerana berani menentangkan kerajaan kolonial
AYAT 5:
KMM membangkit perasaaan anti-British melalaui penulisan dalam akhbar dan majalah
KUASAI A+ ESEI SEJARAH TINGK. 4 BAB 2: KEBANGKITAN NASIONALISME @SEJTINGKATAN4KSSM 13

2.7 : Perkembangan Nasionalisme

SOALAN 10 : Huraikan perjuangan Persatuan Masyarakat Cina dalam pergerakan nasionalisme

AYAT 1:
Pemimpin revolusi China seperti Dr. Sun Yat Sen berusaha menjalinkan hubungan dengan pemimpin Cina di
negara ini.
AYAT 2:
Beliau melawat Negeri-negeri Melayu Bersekutu sebanyak empat kali untuk mendapatkan sokongan menentang
kerajaan Manchuria.
AYAT 3:
Terdapat juga masyarakat Cina yang memberikan perhatian kepada kebajikan dan perkembangan politik tempatan
di negara ini
AYAT 4:
Contohnya, masyarakat Cina yang dilahirkan di Negeri-negeri Selat atau Cina Peranakan.
AYAT 5:
Selain itu, terdapat juga golongan yang berpendidikan Inggeris seperti Tan Jiak Kim.
AYAT 6:
Mereka menubuhkan Persatuan Orang Cina Peranakan British di Negeri-negeri Selat
AYAT 7:
Persatuan ini menggalakkan pelajaran tinggi dalam kalangan masyarakat Cina

SOALAN 11 : Huraikan perjuangan Persatuan Masyarakat India dalam pergerakan nasionalisme

AYAT 1:
Masyarakat India menubuhkan persatuan bagi menjaga kepentingan masyarakat India di Tanah Melayu.
AYAT 2:
Antaranya Persatuan India Taiping dan Persatuan India Pulau Pinang
AYAT 3:
Kemudian, pada tahun 1927, Persidangan India Se-Malaya diadakan di Kuala Lumpur.
AYAT 4:
Persidangan ini untuk membincangkan isu berkaitan dengan masyarakat India.
AYAT 5:
Selain itu, Malayan India Association ditubuhkan oleh G.V. Thaver khusus bagi golongan India yang dilahirkan di
Tanah Melayu.
AYAT 6:
Seterusnya, Central India Association of Malaya ditubuhkan yang menggabungkan 12 persatuan India dan 4
dewan perniagaan.
AYAT 7:
Persatuan ini berjaya mengembangkan idea nasionalisme dan menjaga kebajikan orang India

SOALAN 12 : Huraikan perjuangan Persatuan Masyarakat Sikh dalam pergerakan nasionalisme

AYAT 1:
Masyarakat Sikh terlibat sebagai pasukan keselamatan yang menjadikan kuarters kerajaan dan qurdwara sebagai
tempat aktiviti keagamaan.
AYAT 2:
Qurdwara menjadi tempat penting untuk mengembangkan kesedaran politik anti-British.
AYAT 3:
Kesannya, Khalsa Diwan Malaya ditubuhkan di Taiping,Perak yang menjaga kepentingan masyarakat Sikh.
AYAT 4:
Selain itu, masyarakat India Muslim melibatkan diri dalam kegiatan perniagaan dan pentadbiran.
AYAT 5:
Contohnya, Sir Hussein Hasanal Abdoolcader merupakan ahli dalam Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat
(SSLC) 
KUASAI A+ ESEI SEJARAH TINGK. 4 BAB 2: KEBANGKITAN NASIONALISME @SEJTINGKATAN4KSSM 14

2.8 : Kesan Perkembangan Nasionalisme

SOALAN 1 : Terangkan kesan-kesan perkembangan nasionalisme dari aspek politik

FAKTA 1:
Isi : Golongan intelektual berpendidikan Inggeris dan KMS berjaya menggesa kerajaan
meningkatkan peluang pekerjaan dalam pentadbiran British
Contoh : Bilangan orang Melayu dalam Malayan Civil Service bertambah
Huraian : Pada tahun 1930,seramai 7 orang dan pada tahun 1937,seramai 20 orang anggota MCS
FAKTA 2:
Isi : Orang Melayu lebih peka tentang masa depan mereka.
Huraian i : Disebabkan British memperkenalkan dasar desentralisasi
Huraian ii : Dasar desentralisasi cuba mengembalikan kuasa sultan,residen dan Majlis Mesyuarat Negeri
akibat pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Kesan : orang Melayu mula menyuarakan kepentingan berpersatuan bagi membincangkan soal politik
FAKTA 3:

Isi : Mendorong golongan revolusi memberikan perhatian terhadap pendidikan masyarakat Cina
Huraian (kesan) : Kelab bacaan dan pasukan drama ditubuhkan
Huraian (sebab) : Supaya masyarakat Cina di negara ini dapat membaca berita dari China
FAKTA 4:

Isi : Banyak sekolah Cina didirikan di Tanah Melayu


Huraian (contoh) : Sekolah yang didirikan menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar
Huraian (tujuan) : Menggantikan dialek lain seperti perkembangan yang berlaku di China
FAKTA 5:  
                                                                                                                                                                                                        
Isi : Muncul masyarakat India yang dilahirkan di Tanah Melayu sekitar tahun 1930-an hingga 1950-an
Huraian : Mereka lebih dikenali sebagai "the Strait born people"
Huraian (kesan): Mereka berusaha membentuk identiti tersendiri, mementingkan perpaduan dan mula melihat
perkembangan politik di Tanah Melayu
FAKTA 6:
 
Isi : British berhati-hati dan bertindak mengadakan beberapa sekatan
Huraian: Menangkap dan mempenjarakan beberapa orang tokoh nasionalis apabila gerakan nasionalisme dikesan
Contoh : Tokoh seperti Ibrahim Haji Yaakob dan Ahmad Boestaman ditangkap dan dipenjarakan di Singapura
KUASAI A+ ESEI SEJARAH TINGK. 4 BAB 2: KEBANGKITAN NASIONALISME @SEJTINGKATAN4KSSM 15

2.8 : Kesan Perkembangan Nasionalisme

SOALAN 2 : Terangkan kesan-kesan perkembangan nasionalisme dari aspek ekonomi

FAKTA 1:
Isi : Membangkitkan semangat berniaga dalam kalangan masyarakat Melayu
Huraian i : Apabila Kaum Muda menggesa agar memajukan diri dalam pendidikan dan ekonomi
Kesan : Persatuan kebajikan bernama al-Jamiah al-Khairiah di Singapura ditubuhkan
Huraian ii : Persatuan ini berjaya membangkitkan semangat berniaga dan menulis rencana berinformasi
tentang kemajuan
FAKTA 2:
Isi : British menekankan pendidikan pada peringkat rendah kepada penduduk tempatan
Huraian : Tindakan British ini menyukarkan usaha untuk meningkatkan taraf hidup
Kesan i : Za'ba kerap membangkitkan isu ini semasa mengajar di SITC
Kesan ii : Za'ba menyedarkan guru pelatih akan pentingnya pendidikan tinggi & kurikulum bahasa Inggeris
FAKTA 3:
Isi : Akhbar berbahasa Inggeris berusaha untuk mengasaskan dana bagi membantu orang Melayu
melanjutkan pelajaran di luar negara
Contoh i : Akhbar The Malay Mail dan The Malaya Tribune
Huraian : Tindakan ini disokong oleh Persekutuan Guru-guru Melayu Selangor dan persatuan negeri
Contoh ii : Terdapat orang Melayu yang melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti Tuanku Abdul
Rahman,Tunku Yaacob dan Mohd Zain Ariffin
KUASAI A+ ESEI SEJARAH TINGK. 4 BAB 2: KEBANGKITAN NASIONALISME @SEJTINGKATAN4KSSM 16

2.8 : Kesan Perkembangan Nasionalisme

SOALAN 3 : Terangkan kesan-kesan perkembangan nasionalisme dari aspek sosial

FAKTA 1:
Isi : Mewujudkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat untuk belajar di madrasah dan
sekolah Melayu
Huraian i : Berpunca daripada akhbar,majalah dan persatuan yang menggesa untuk mendapatkan peluang
pendidikan
Huraian ii : Masyarakat juga didorong menulis dan menerajui majalah sendiri
FAKTA 2:
Isi : Meningkatkan lepasan SITC
Huraian : Pada bulan Mac 1924 seramai 58 orang dan 141 orang pada bulan September 1940
Kesan i : Lepasan ini berkhidmat sebagai guru untuk membantu meningkatkan taraf pendidikan
masyarakat
Kesan ii : Muncul lebih ramai guru wanita
FAKTA 3:
Isi : Guru wanita di Johor Bahru menerbitkan majalah Bulan Melayu untuk memuatkan berita
kemajuan dan pendidikan wanita dan tersebar di Tanah Melayu dan Indonesia
Huraian : Ibu Zain,iaitu penggerak utama Bulan Melayu kerap mengingatkan wanita
Contoh : Berkaitan dengan kepentingan ilmu pengetahuan untuk mengangkat martabat wanita
FAKTA 4:
Isi : Masyarakat India dan Ceylon menubuhkan persatuan untuk menjaga kebajikan mereka
Contoh : Contohnya, E.E.C Thuraisingham selaku presiden Malayan Rubber Estate Owner Association
berjaya membantu meningkatkan perusahaan getah
Huraian : pada zaman kemelesetan ekonomi pada tahun 1920-an dan tahun 1930-an
FAKTA 5:
Isi : Masyarakat Cina mula meminta kerajaan British menimbangkan penglibatan mereka dalam
jawatankuasa kerajaan.
Huraian : Perkara ini berlaku apabila golongan intelektual menyedari perubahan politik semakin bertambah
menjelang Perang Dunia Kedua.
FAKTA 6:
Isi : Tan Cheng Lock yang menganggotai Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat (SSLC) menuntut British
Huraian: supaya menjaga kebajikan dan menyediakan dana untuk belajar dalam kalangan masyarakat Cina

You might also like