You are on page 1of 15

SEJARAH📜

Tingkatan 4 Bab 2

MAKSUD NASIONALISME

🦩Perasaan cinta terhadap bangsa & negara.

🦩Semangat perjuangan menentang penjajah.

🦩Pembelaan terhadap bangsa & negara.

🦩Gerakan untuk mencapai kebebasan politik,ekonomi & sosial (drpd kuasa asing).

NASIONALISME DI BARAT

🍄ENGLAND

- Revolusi Keagungan

- Rakyat VS. Raja

- Raja James II membelakangkan parlimen semasa menggubal undang-undang & mengabaikan hak asasi
rakyat.

- Ahli parlimen (rakyat) menentang pemerintahan raja berkuasa mutlak

- Mereka disokong oleh Mary II & suami

- Raja James II lari ke Perancis apabila menyedari sokongan berkurang (tacowd larh tu🤪)

- KESAN: Parlimen dimantapkan

: Mengamalkan sistem raja berpelembagaan

: Bill of Rights digubal untuk memberikan keutamaan kpd parlimen bagi menggubal undang-undang &

hak mengutip cukai

- Dikenali sbg Revolusi Keagungan kerana tidak berlaku sebarang pertumpahan darah.

🍄PERANCIS

- Revolusi Perancis 1789

- Rakyat Vs. Pemimpin (raja & bangsawan)

- Raja & bangsawan memonopoli segala keistimewaan

- Rakyat pula terbeban dengan pelbagai cukai yang tinggi

- Revolusi tercetus drpd idea nasionalisme yang memperjuangkan kebebasan,persamaan & persaudaraan
- Rousseau telah menulis 'The Social Contract'

- Suara rakyat digelar sebagai 'hasrat umum'

- Rakyat menggempur penjara Bastille dan membebaskan tahanan politik (yang menentang pemerintah)

- Menggulingkan Raja Louis XVI

- KESAN: Sistem pemerintahan beraja tamat & muncul Republik Perancis

🍄AMERIKA SYARIKAT

- USA Vs. British

- British tidak melindungi hak rakyat USA

- Mereka dikenakan pelbagai cukai/akta

- CONTOH: Akta Pelayaran,Akta Teh,Akta Gula & Akta Stem

- Tiada wakil dari rakyat USA dalam parlimen British

- Menggunakan slogan "tiada cukai tanpa perwakilan".

- Mengadakan kongres bagi memperjuangkan kemerdekaan USA

- Kongres diketuai oleh George Washington & kemudian isytihar perang terhadap British

- Kongres meluluskan pengisytiharan kemerdekaan USA

- Mengamalkan demokrasi dalam pentadbiran

🐸KESIMPULAN

= Di England & France,nasionalisme wujud kerana berlaku penentangan terhadap pemerintahan beraja yang
menggugat hak dan kebebasan rakyat.

= Di Amerika Syarikat,nasionalisme dikaitkan dengan perjuangan bagi memperoleh kemerdekaan daripada


kuasa asing iaitu British.
NASIONALISME DI ASIA

🍍INDIA

(i) Rakyat vs. British

(ii) Dahagi India

- Dilancarkan oleh askar upahan British

- Berlaku kerana British mengancam adat,budaya & agama

(iii) Isu sosioagama

- Digiatkan oleh pertubuhan Brahmo Samaj & Arya Samaj

- Menekankan rasa cinta kepada budaya tempatan (agar tak terpengaruh dengan pengaruh barat)

(iv) INC [Indian National Congress] & Liga Muslim

- Perkembangan pendidikan barat melahirkan ramai golongan intelektual

_ Menubuhkan parti politik bagi menyuarakan pandangan/pendapat

(v) Bal Gangadhar & Bipin Chandra Pal

- Merupakan nasionalis radikal

- Semangat menentang British

- Bersifat keras & dilakukan secara militan

(vi) Mahatma Gandhi

- Satyagraha (dasar tidak bekerjasama dengan British)

(vii) Pembahgian India

- Selepas WW2

- INC & Liga Muslim membentuk satu jawatankuasa bagi merangka perancangan pembahagian India &
Pakistan

- Pada 1947,merdeka sebagai India & Pakistan


🍍CHINA

- Rakyat vs. Raja (Manchu)

- Tak pernah dijajah

- Bertujuan mengukuhkan peradaban China

- Bebas daripada penguasaan politik & ekonomi kuasa asing

(i) Dinasti Manchu

- Ditentang oleh rakyat China

- Dianggap sebagai orang luar & kehilangan mandat

- Gagal menghalang kemasukan orang luar

- Gerakan bercorak anti-barat

(ii) Sun Yat Sen

- Ideologi komunis

- Mengemukakan 3 prinsip: nasionalisme,demokrasi & kebajikan sosial.

- Menjadi asas kepada Revolusi China 1911

- Revolusi tersebut berjaya menumbangkan Dinasti Manchu

- Muncul pemerintahan republik

🍍JEPUN

- Tak pernah dijajah

- Kesedaran untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialisme barat

(i) Pemulihan Meiji

- Dilancarkan oleh Maharaja Mikado Meiji

- Menekankan pemodenan mengikut model barat agar dihormati oleh kuasa barat

(ii) Semangat bushido

- Sikap sanggup menanggung risiko,sedia berkorban demi melaksanakan tanggungjawab terhadap ketua &
negara

- Asas membina nasionalisme rakyat (semasa pemulihan meiji)


- negara pertanian > negara perindustrian

- Desakan ekonomi > Menjadi kuasa imperialis (penjajah) di Asia

🍍EMPAYAR UTHMANIYAH & MESIR (ISLAM)

(i) Gerakan Islah

- Gerakan pemulihan Islam (reform,improve)

- Disebabkan pertembungan budaya Eropah-Amerika dengan budaya tempatan/Islam

- Menyeru umat Islam berpegang ajaran Islam sebenar (berpandukan Al-Quran & hadis)

- Dipelopori oleh: Sayyid Jamal al-Din al-Afghan

: Sheikh MUhammmad Abduh

(ii) Pan-Islamisme

- Memperkuat rasa persaudaraan & umat yang maju

- Menyeru agar umat Islam bangkit menentang perluasan/penjajahan kuasa barat

- Sayyid Jamal al-Din al-Afghani menubuhkan kumpulan al-Urwah al-Wutqha

- Menerbitkan akhbar al-Urwah al-Wutqha

- Yang mempengaruhi perjuangan Tok Janggut

NASIONALISME DI ASIA TENGGARA


🛺FILIPINA

- Ingin menghapuskan penjajahan asing: Sepanyol & Amerika

(i) Gerakan Propaganda

- Dipimpin oleh Jose Rizal

- Meminta supaya Filipina dijadikan sebagai wilayah Sepanyol & mendapat hak yang sama seperti rakyat
Sepanyol (kiranya time ni tak lah nk halau penjajah,tapi just nak hak/layanan yang lebih baik,dapat
kelebihan sbg rakyat)

- Menubuhkan LIga Filipina

- Mendesak agar Sepanyol melakukan perubahan politik,ekonomi,sosial

-GAGAL.

(ii) Katipunan

- Dipimpin oleh Aguinaldo & Bonificio

- Ingin memperoleh kemerdekaan melalui revolusi

- Menggunakan akhbar Kalayan

- Mereka juga melancarkan Revolusi Filipina (kalini mmg nk halau penjajah)

- GAGAL.

(iii) Bekerjasama dengan Amerika (untuk menghalau Sepanyol)

- Aguinaldo bekerjasama dengan USA

- Berjaya usir Sepanyol

- Pengisytiharan kemerdekaan tidak diiktiraf oleh Amerika sebaliknya di bawah Amerika (kene jajah ngan
USA pulakkk; konon nk tlg humph hampeh!)

- Duduk di bawah penjajahan USA

(iv) Melalui Diplomasi

- Melalui parti politik

- Sergio Osmena (Parti Nasionalis) dilantik sebagai anggota Dewan Perhimpunan Filipina 1907

- Gerakan diteruskan sehingga WWII

🛺 BURMA/MYANMAR
- Melibatkan golongan kelas menengah,sami Buddha (pongyi),siswazah universiti (thakin) & petani.

(i) Golongan kelas pertengahan; berpendidikan barat⚡️

- Nasionalisme wujud kerana pengaruh British mengancam kedudukan agam Buddha

- Persatuan Belia Buddha 1906

- Untuk mengekalkan tradisi Buddha,pendidikan & kebuayaan Burma

- Guna isu kasut untuk sebarkan nasionalisme (British masuk rumah ibadat Buddha tanpa membuka kasut;
fianggap mencemar kesucian agama Buddha)

- Majlis Persatuan Am Kesatuan Burma

- Memperjuangkan bangsa Burma

- Revolusi pelajar

- Menuntut pertubuhan universiti

(iii) Sami Buddha⚡️

- Majlis Am Sangha Samagyi

- Mencetuskan pemberontakan Saya San

- Mendapat sokongan daripada petani kerana terbeban dengan cukai

(iv) Perlembagaan Burma 1935⚡️

- Pisahkan Burma & India

(v) Siswazah universiti/pelajar⚡️

- Parti Do Bama Asiayone

- Memperjuang kemerdekaan Burma

- Menggelarkan diri sebagai thakin (tuan)

- Menegaskan org Burma bertuankan org Burma (nk memerintah sendiri gituu)

- Dr. Ba Maw menang pilihan raya 1937 & jadi PM pertama

🛺 VIETNAM
- Melibatkan golongan bangsawan & pegawai dari golongan mandarin (pembesar)

- Menentang Perancis (1918) kemudian Amerika Syarikat

- Memperjuangkan pemulihan sistem beraja

- Golongan intelektual meningkatkan nasionalisme dari segi kesedaran politik & gerakan anti-Perancis

- Idea disalurkan melalui akhbar Tribune Indige & Cloche Felee

- Terdapat 2 aliran idealogi (pemahaman) iaitu nasionalisme & komunisme

(i) Nasionalisme

- Berteraskan demokrasi, nasionalime & sosialisme

- Parti utama ialah Vietnam Quac Dang Dang (VNQDD) @ Parti Nasionalis Vietnam

- Dipimpin oleh Nguyen Thai Hoc

- Melancarkan pemberontakan 1930 untuk usir Perancis

- Tubuhkan republik Vietnam (nak isytihar negara merdeka gitew)

- Nguyen Thai Hoc ditangkap & dihukum akibat perjuangannya

(ii) Komunisme

- Parti Komunis Vietnam (PKV)

- Diketuai oleh Ho Chi Minh

- Dapat latihan/bantuan dari China (kan sama2 pegang ideologi komunis)

- Berjaya isytihar kemerdekaan Republik Demokratik Vietnam di Hanoi (1945)

- Ho Chi Minh menjadi presiden pertama

- Vietnam Selatan berada di bawah Perancis & USA

- Gerakan menentang barat diteruskan

- Republik Vietnam terbentuk pada 1976

*Republik: Negara yg sistem pemerintahannya berdasarkan kuasa rakyat melalui wakil yg mereka pilih dan
diketuai oleh seorang presiden. Contohnya, Amerika Syarikat & Indonesia.

🛺 INDONESIA
- Dijajah oleh Belanda

(i) Isu pendidikan

- Raden Adjeng Kartini

- Perjuangkan pendidikan wanita

- Menulis buku 'Hilang Gelap Terbitlah Terang'

- Mendedahkan diskriminasi Belanda yang menindas

(ii) Muhammadiyah

- Mempertahankan agama Islam dari sekularisme barat (konsep kerajaan & agama harus diasingkan)

(iii) Sarekat Islam (SI)

- Lebih radikal

- Memperjuangkan kemerdekaan

(iv) Partai Komunis Indonesia (PKI)

(v) Partai Nasionalis indonesia (PNI)

- Dipimpin oleh Soekarno

- Pelajar Indonesia di Belanda menubuhkan Perhimpunan Indonesia

- Kongres pemuda Indonesia melahirkan ikrar sumpah pemuda (satu tanah air, satu bangsa dan satu bahasa.)

- Menyatukan rakyat melalui gabungan parti politik

- Memartabatkan bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi

- Secara radikal

- Tidak bekerjasama dengan Belanda

- Sebar idea melalui akhbar Banteng Priangan di Bandung & Persatuan Indonesia di Jakarta

🛺 SIAM (THAILAND)
- Tidak dijajah

- Bertujuan mempertahankan kedaulatan/kemerdekaan negara

- Menuntut penglibatan rakyat dalam pemerintahan (menentang pemerintahan raja berkuasa mutlak)

- Diplomasi & pemodenan oleh raja Thailand

- "If you can't beat them, join them"

(i) Raja Mongkut

- Membina hubungan baik/bersahabat dengan negara-negara barat seperti British,Amerika Syarikat &
Perancis.

- Melaksanakan birokrasi barat.

- Penasihat barat dibawa masuk untuk melatih pegawai tempatan dalam bidang kewangan, pelabuhan, kastam,
ketenteraan & polis.

- Guru barat dari British melaksanakan pendidikan barat.

(ii) Raja Chulalongkorn

- Putera (anak) Raja Mongkut

- Meneruskan sahaja dasar Mongkut

(iii) Raja Vajiravudh

- Mempunyai banyak kelemahan

- Rakyat risau kerana politik dikuasai oleh kerabat diraja

- Nai Pridi Phanamyong & Field Marshal Phibulsongkram menubuhkan Parti Rakyat serta melancarkan
Revolusi Thai.

- Menamatkan pemerintahan raja berkuasa mutlak

- Mengamalkan raja berpelembagaan iaitu raja berada di kedudukan tertinggi & tidak campur tangan dalam
urusan pentadbiran yang diuruskan oleh Perdana Menteri (sama cam kat Malaysia)

(iv) Penguasaan ekonomi oleh Kapitalis Barat & orang Cina

- Orang tempatan/Siam tak puas hati (susah nak cari makan)

- Perdana Menteri Phibul Songkram meluluskan undang-undang menyekat penguasaan ekonomi Cina.

- Menggalakkan peribumi melibatkan diri dalam ekonomi.

(v) Bekerjasama dengan Jepun

- Beri laluan kepada Jepun untuk menjajah Tanah Melayu


- Kesannya, Thailand tak dijajah

- Malah, memperoleh semula hak wilayah di Indochina & negeri utara Tanah Melayu

KESEDARAN NASIONALISME DI NEGARA KITA


🫀KESULTANAN MELAYU MELAKA

- Perjuangan bangsa menghadapi ancaman luar.

- Sultan Mahmud berusaha mendapatkan Melaka kembali.

- Melakukan 3 kali serangan terhadap Portugis tetapi gagal

🫀PERJUANGAN SULTAN KEDAH

- Sultan Abdullah Mukarram Shah

- Baginda menentang Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)

- Berusaha mendapatkan kembali Pulau Pinang

(revise lah balik f3 dulu)

🫀PERJUANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

- Dol Said, Dato' Maharajalela, Dato' Bahaman, Rentap, Mat Salleh, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman
Limbong dll

- Bersifat setempat

- Menuntut kebebasan

- Menentang ancaman dari luar

- Ingin mendaulatkan wilayahnya

- Mendapat reaksi & tindak balas yang keras dari penjajah

🫀GERAKAN ISLAH

- Islam

- Dipelopori oleh Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Mohd Taha & Syed Sheikh al-Had

- Melalui penulisan kreatif & akhbar

- Negara kita: Digerakkan oleh Zainal Abidin Ahmad (Za'ba), Muhammad Rakawi Yusuf, Hajah Zainon
Munshi Sulaiman (Ibu Zain) dll

🫀PERTUBUHAN SOSIOEKONOMI
- Golongan berpendidikan Inggeris & Melayu

- Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam & Burhanuddin al-Helmi

FAKTOR KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALISME (DI TANAH MELAYU)


🎞 AGAMA

- Agama Islam

- Pelajar yang belajar di Mesir terdedah dengan gerakan Islah

🎞 PENULISAN KREATIF

- Novel, cerpen & puisi

- Menceritakan penderitaan dijajah

- Menaikkan semangat & menyedarkan masyarakat apabila ia dibaca

- Mengingatkan akan nikmat kebebasan

- CONTOH: Melur Kuala Lumpur, Cerita Awang Putat & Anak Mat Lela Gila

🎞 MEDIA CETAK

- Akhbar & majalah

- CONTOH: Jawi Peranakan, Sekolah Melayu, Al-Imam, Neracha & Fajar Sarawak

🎞 PENDIDIKAN

- Pendidikan moden Islam; madrasah

- Terima idea nasionalisme daripada ulama' Kaum Muda dari Sumatera Barat & pelajar dari Mesir

- CONTOH: Madrasah Al-Attas Johor Bahru

- MCKK, Raffles Institution & SITC melahirkan gol. yang memimpin rakyat untuk menuntut hak pendidikan
(sbb mula2 pendidikan utk kerabat2/bangsawan je; bila ada maktab2 tu lahir kesedaran & diorang nak
spreadkan + lahir guru/gol. pendidik)

- SITC (Maktab Perguruan Sultan Idris) sebagai medan ilmu untuk berbincang & hasilkan karya nasionalisme
untuk sedarkan masyarakat

- Mendesak British agar lakukan perubahan

🎞 GOLONGAN INTELEKTUAL (BIJAK PANDAI)


- Lepasan Timur Tengah (negara arab lah; related to Islam)

- CONTOH: Syed Syeikh al-Hadi

- Lepasan pendidikan Inggeris (MCKK, Raffles Inst. & luar negara)

- Guna akhbar & persatuan

- CONTOH: Mohammad Eunos Abdullah & Ibrahim Haji Yaakob

🎞 PENGARUH LUAR & SERANTAU

- Pan-Islamisme

- Gerakan Islah

- Revolusi China

- Mahatma Gandhi di India

- Jose Rizal di Filipina

- dan lain2 yang sebelum ni pernah belajar

You might also like