You are on page 1of 10

4/15/24, 9:19 PM BAB 2 KEBANGKITAN NASIONALISME (Part 1) - SPM Agile

SPM Agile

BAB 2 KEBANGKITAN NASIONALISME (Part 1)


By SPM Agile / April 3, 2021

2.1 Maksud Nasionalisme

Maksud

Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara


Semangat kebangsaan untuk menentang penjajahan serta membela bangsa dan negara
Gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada kuasa asing

Pendapat Tokoh

Hans Kohn

Gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya

Profesor William R. Roff

Nasionalisme Melayu lebih kepada kesedaran dan ketegasan diri


Disebabkan oleh ancaman terhadap hak kepentingan orang Melayu dan faktor ekonomi

https://spmagile.com/sejarah-tingkatan-4-kssm/bab-2-kebangkitan-nasionalisme-part-1/ 1/10
4/15/24, 9:19 PM BAB 2 KEBANGKITAN NASIONALISME (Part 1) - SPM Agile

Kebimbangan terhadap sekularisme dan imperialisme Barat

Dato’ Onn Jaafar

Kita hendak menzahirkan bangsa yang lebih tegap dan kuat


Boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri
Mengambil tempat kita yang sebenar

Dr. Burhanuddin al-Helmi

Perjuangan menentang penjajahan hendaklah ada persatuan yang kuat, iaitu National Fronts
Usaha untuk mencapai kemerdekaan hendak berpegang pada tatatertib dan adab sopan bangsa Melayu dan
Islam

Dr. R. Suntharalingam

Hak setiap bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negara sendiri


Memindahkan kedaulatan kepada rakyat
Kesetiaan ulung individu kepada negara bangsa

Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid

Wujud sejak zaman Kesultanan Melaka


Kesetiaan kepada raja
Berpegang pada “Tanah Melayuan”

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim

https://spmagile.com/sejarah-tingkatan-4-kssm/bab-2-kebangkitan-nasionalisme-part-1/ 2/10
4/15/24, 9:19 PM BAB 2 KEBANGKITAN NASIONALISME (Part 1) - SPM Agile

Perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dan negara sendiri sebelum
merdeka

2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat

Revolusi Keagungan (1688) – England

Keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat


Tercetus kerana Raja James II membelakangkan parlimen
Ahli parlimen bangkit menentang dengan sokongan Mary II dan suaminya, Raja William of Orange dari
Belanda
Raja James II melarikan diri ke Perancis
Berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah
Konsep kedaulatan parlimen dan sistem raja berperlembagaan dimantapkan semasa pemerintahan Mary II
dan William of Orange
Bill of Rights digubal

Revolusi Amerika (1766)

Menentang penjajahan British


Disebabkan British tidak melindungi hak penduduk Amerika
Terdapat 13 buah tanah jajahan British di Amerika
Penduduk Amerika menentang Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem dan Akta Teh yang mengenakan cukai
di tanah jajahan tersebut
Menggunakan slogan “tiada cukai tanpa perwakilan” kerana tiada wakil Amerika dalam parlimen
Kongres yang diketuai George Washington mengisytiharkan perang terhadap British demi kemerdekaan
Kongres meluluskan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh Thomas Jefferson
Perisytiharan tersebut menegaskan sekiranya kerajaan tidak dapat menjamin hak kehidupan, kebebasan dan
kebahagiaan, penduduk berhak untuk membentuk kerajaan baharu
Amerika Syarikat yang mengamalkan demokrasi ditubuhkan

Revolusi Perancis (1789)

Tercetus daripada idea nasionalisme oleh golongan pemikir Perancis

https://spmagile.com/sejarah-tingkatan-4-kssm/bab-2-kebangkitan-nasionalisme-part-1/ 3/10
4/15/24, 9:19 PM BAB 2 KEBANGKITAN NASIONALISME (Part 1) - SPM Agile

Memperjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan


Jean Jacques Rousseau
Menulis The Social Contract
– Keunggulan suara rakyat menjamin kesejahteraan rakyat
– Suara rakyat digelar sebagai “hasrat umum”
– Kedaulatan suara rakyat lebih tinggi darapada institusi raja dan birokrasi
Golongan revolusi
Menentang pemerintahan autokratik Raja Louis XVI dan golongan bangsawan
Menggempur penjara Bastile untuk membebaskan tahanan politik
Menggulingkan Raja Louis XVI
Republik Perancis muncul dan pemerintahan beraja berakhir

2.3 Perkembangan Nasionalisme di Asia

Nasionalisme di India

Reaksi penduduk terhadap dasar imperialisme British


Titik tolak: Dahagi India 1857
Awal:
Bercorak gerakan yang mengutamakan isu sosioagama
Pertubuhan penting: Brahmo Samaj dan Arya Samaj
Menggiatkan rasa kecintaan kepada budaya tempatan
Penghujung abad ke-19:
Kemunculan golongan intelektual
Lebih tersusun
Pertubuhan politik: Kongres Kebangsaan India (INC) dan Liga Muslim
Awal abad ke-20:
Gerakan bersifat keras
Diketuai nasionalis radikal seperti Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal
Secara militan
Selepas Perang Dunia Pertama:
INC memperlihatkan dasar tidak bekerjasama dengan British
Diterajui Mahatma Gandhi yang memupuk pegangan satyagraha
Selepas Perang Dunia Kedua:
INC dan Liga Muslim merancang pembahagian India kepada negara India dan Pakistan
Pakistan diumumkan merdeka dengan Muhammad Ali Jinnah sebagai Gabenor Jeneral
India diumumkan merdeka dengan Jawaharlal Nehru sebagai Perdana Menteri

https://spmagile.com/sejarah-tingkatan-4-kssm/bab-2-kebangkitan-nasionalisme-part-1/ 4/10
4/15/24, 9:19 PM BAB 2 KEBANGKITAN NASIONALISME (Part 1) - SPM Agile

Nasionalisme di China

Bertujuan mengukuhkan peradaban China daripada penguasaan oleh kuasa asing


Bercorak anti-Barat
Bermula dengan penentangan terhadap kelemahan pemerintahan Dinasti Manchu
Kerajaan Manchuria dianggap sebagai orang luar dan kehilangan mandat
Gagal menghalang kemasukan pengaruh dan campur tangan Barat
Dr. Sun Yat Sen mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i)
Asas gerakan Revolusi China pada 1911 yang berjaya menumbangkan Dinasti Manchu dan kemunculan
pemerintahan republik di China

Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir

i) Gerakan Islah

Gerakan pemulihan Islam


Dipelopori oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh
Disebabkan oleh imperialisme Barat mengubah budaya dan tradisi kepercayaan masyarakat tempatan
Tujuan:
Memupuk ajaran Islam sebenar yang berpandukan al-Quran dan Hadis
Memperbaik kehidupan masyarakat supaya bebas daripada penjajahan

ii) Gerakan Pan-Islamisme

Kumpulan al-Urwah al-Wuthqa (Ikatan yang Kuat):


Ditubuhkan oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani
Untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa umat Islam kepada kemajuan
Menerbitkan akhbar al-Urwah al-Wuthqa untuk menyebarkan idea Pan-Islamisme
Empayar Uthmaniyah:
Khalifah Abdul Hamid II menggerakkan idea Pan-Islamisme
Mendapat sokongan umat Islam di seluruh dunia
Contoh: Kebangkitan Tok Janggut menentang British di Kelantan

Nasionalisme di Jepun

Disebabkan oleh kesedaran untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialisme Barat
Maharaja Mikado Meiji melancarkan pemulihan Jepun
Menekankan pemodenan mengikut model Barat supaya dihormati kuasa Barat

https://spmagile.com/sejarah-tingkatan-4-kssm/bab-2-kebangkitan-nasionalisme-part-1/ 5/10
4/15/24, 9:19 PM BAB 2 KEBANGKITAN NASIONALISME (Part 1) - SPM Agile

Semangat bushido menjadi asas nasionalisme Jepun


Pemulihan Meiji menjadikan Jepun negara perindustrian dan kuasa tentera yang kuat
Nasionalisme melampau oleh golongan tentera menjadikan Jepun sebagai kuasa inperialisme di Asia

2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

Nasionalisme di Filipina

Peringkat awal:
Gerakan Propaganda yang dipimpin oleh Jose Rizal
Menuntut Filipina dijadikan sebahagian daripada Sepanyol
Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina untuk mendesak kerajaan Sepanyol
Selepas kegagalan Gerakan Propaganda:
Lebih radikal
Andres Bonifacio menubuhkan Katipunan untuk memperoleh kemerdekaan Filipina
Katipunan menerbitkan akhbar Kalayan untuk menyebarkan idea revolusi kepada rakyat Filipina
Bonifacio melancarkan Revolusi Filipina bersama Emilio Aguinaldo
Selepas kegagalan Revolusi Filipina:
Anguinaldo berjaya mengusir Sepanyol dari Filipina dengan bekerjasama dengan Amerika Syarikat
Namun Perisyitiharan Kemerdekaan Filipina oleh Anguinaldo tidak diiktiraf oleh Amerika Syarikat
Amerika Syarikat sebaliknya meletakkan Filipina di bawah penjajahan
Golongan nasionalis bertukar menggunakan saluran diplomasi melalui parti politik sederhana
Sergio Osmena, pemimpin Parti Nasionalis berjaya dilantik menganggotai Dewan Perhimpunan Filipina
Gerakan menuntut kemerdekaan ini diteruskan sehingga Perang Dunia Kedua

Nasionalisme di Burma (Myanmar)

Menentang imperialisme dan pengaruh British mengancam agama Buddha


Persatuan Belia Buddha
Ditubuhkan ntuk mengekalkan tradisi Buddha, pendidikan dan kebudayaan Burma
Isu kasut digunakan
Diambil alih oleh U Ba Pe dan ditukar nama kepada Majlis Persatuan Am Kesatuan Burma
Isu bangsa Burma mula diperjuangkan
Revolusi Pelajar menuntut penubuhan universiti
Golongan sami Buddha menubuhkan Majlis Am Sangha Samagyi
Mencetuskan Pemberontakan Saya San (diketuai oleh Saya San)
Disokong golongan petani yang terbeban dengan cukai

https://spmagile.com/sejarah-tingkatan-4-kssm/bab-2-kebangkitan-nasionalisme-part-1/ 6/10
4/15/24, 9:19 PM BAB 2 KEBANGKITAN NASIONALISME (Part 1) - SPM Agile

Selepas pengenalan Perlembagaan Burma 1935:


Perlembagaan tersebut memisahkan Burma dengan India
Mulanya perjuangan berkerajaan sendiri
Golongan Thakin menubuhkan Parti Do Bama Asiayone (Kami Orang Burma
– Pemimpin menggelar diri sebagai “Thaikin” yang bermaksud tuan
– Menegaskan orang Burma mesti bertuankan orang Burma
– Pemimpin: Aung San, Kyaw Nein dan U Nu
Dr. Ba Maw memenangi pilihan raya dan dilantik sebagai Perdana Menteri pertama

Nasionalisme di Vietnam

Gerakan nasionalisme oleh golongan Mandarin:


Memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja
Kemunculan golongan intelektual:
Kesedaran politik dan gerakan anti-Perancis ditingkatkan
Akhbar Tribune Indige dan Cloche Felee diterbitkan
– Mengkritik penindasan Perancis dan menuntut hak rakyat Vietnam
Selepas Perang Dunia Kedua:
Bercorak revolusi dan mempunyai dua aliran iaitu nasionalisme dan komunisme
Parti nasionalisme: Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) pimpinan Nguyen Thai Hoc
Parti komunisme: Parti Komunis Vietnam (PKV) pimpinan Ho Chi Minh
VNQDD melancarkan pemberontakan untuk mengusir Perancis
– Perancis menangkap pemimpin VNQDD dan menghukum bunuh Nguyen Thai Hoc
Gerakan revolusi diteruskan oleh Ho Chi Minh
Ho Chi Minh berjaya mengisyitiharkan kemerdekaan Republik Demokratik Vietnam di Vietnam Utara
Vietnam Selatan berada di bawah pengaruh Perancis dan Amerika Syarikat
Gerakan nasionalisme diteruskan sehingga Republik Vietnam terbentuk

Nasionalisme di Indonesia

Awal:
Berkisarkan isu pendidikan untuk megubah nasib rakyat
Raden Adjeng Kartini
– Memperjuangkan pendidikan kaum wanita
– Karyanya Hilang Gelap Terbitlah Terang mendedahkan dasar diskriminasi Belanda yang
memundurkan bangsa Indonesia
Kemunculan pertubuhan yang lebih tersusun:

https://spmagile.com/sejarah-tingkatan-4-kssm/bab-2-kebangkitan-nasionalisme-part-1/ 7/10
4/15/24, 9:19 PM BAB 2 KEBANGKITAN NASIONALISME (Part 1) - SPM Agile

Muhammadiyah
– Mempertahankan Islam daripada ancaman sekularisme Barat
Sarekat Islam (SI), Partai Komunis Indonesia (PKI) dan Partai Nasionalis Indonesia (PNI)
– Memperjuangkan kemerdekaan
– PNI menjadi berpengaruh di bawah pimpinan Soekarno
Kongres Pemuda Indonesia
– Melahirkan ikrar “Sumpah Pemuda“
Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI)
– Dibentuk Soekarno
– Merupakan gabungan organisasi Indonesia yang memperjuangkan kemerdekaan

Nasionalisme di Thailand

Thailand tidak dijajah oleh negara Barat


Nasionalisme bertujuan mempertahankan kedaulatan negara dan menuntut penglibatan rakyat
Langkah pemodenan oleh Raja Mongkut:
Membina hubungan baik dengan kuasa Barat
Melaksanakan birokrasi Barat
Penasihat Barat dibawa masuk untuk melatih pegawai tempatan
Pemodenan diteruskan oleh Raja Chulalongkorn
Rakyat mementang Raja Vajiravudh:
Disebabkan oleh kelemahan pentadbiran Raja Vajiravudh dan penguasaan politik oleh kerabat raja
Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshall Phibulsongkram menubuhkan Parti Rakyat dan melancarkan
Revolusi Thai
Pemerintahan raja berperlembagaan diperkenalkan
Raja diletakkan pada kedudukan tertinggi tetapi tidak mencampuri pentadbiran kerajaan
Rakyat menentang penguasaan ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina :
Perdana Menteri, Phibulsongkram meluluskan undang-undang
– Menyekat penguasaan ekonomi orang Cina
– Menggalakkan penglibatan peribumi dalam kegiatan ekonomi
Dasar bekerjasama dengan Jepun menyebabkan Thailand tidak dijajah Jepun

Nota Sejarah Tingkatan 4 KSSM 2021 (Bab 2)

← T4 Bab 1 T4 Bab 2 (Part 2) →

https://spmagile.com/sejarah-tingkatan-4-kssm/bab-2-kebangkitan-nasionalisme-part-1/ 8/10
4/15/24, 9:19 PM BAB 2 KEBANGKITAN NASIONALISME (Part 1) - SPM Agile

Free To Play Pets Game

Xanje Sign Up

2.1 Maksud Nasionalisme

2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat

2.3 Perkembangan Nasionalisme di Asia

2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

Sejarah Tingkatan 4

Bab 1

Bab 2 (Part 1)

Bab 2 (Part 2)

Bab 3 (Part 1)

Bab 3 (Part 2)

Bab 4 (Part 1)

Bab 4 (Part 2)

Bab 5

Bab 6

Bab 7

Bab 8

Bab 9

Bab 10

https://spmagile.com/sejarah-tingkatan-4-kssm/bab-2-kebangkitan-nasionalisme-part-1/ 9/10
4/15/24, 9:19 PM BAB 2 KEBANGKITAN NASIONALISME (Part 1) - SPM Agile

Copyright © 2024 SPM Agile Tentang Kami Privacy Policy Hubungi Kami

https://spmagile.com/sejarah-tingkatan-4-kssm/bab-2-kebangkitan-nasionalisme-part-1/ 10/10

You might also like