You are on page 1of 22

KEMERDEKAAN

_ Definisi
_ Halangan-halangan kemerdekaan negara
_ Usaha-usaha ke arah kemerdekaan
* Penubuhan parti-parti politik
* Sistem ahli 1951
* Pilihan Raya Majlis Tempatan 1951-1952
* Pilihanraya
Umum 1955
* Rundingan Kemerdekaan
* Suruhanjaya Reid
* Perlembagaan Persekutuan
* Pengisytiharan kemerdekaan 31
Ogos 1957
Kesimpulan
PENGENALAN
DEFINISI KEMERDEKAAN
• Bebas daripada kongkongan dan
cengkaman sesuatu
• Bebas memilih cara gaya sendiri dan tidak
dikuasai oleh orang lain dalam tindak-tanduk
• Merdeka bagi negara – bebas daripada
cengkaman penjajah sama ada secara
langsung atau tidak langsung
HALANGAN KEMERDEKAAN
NEGARA
MASALAH PERPADUAN KAUM
-Pemerintahan Inggeris yang berlandaskan amalan ‘pecah dan
perintah’ telah mewujudkan pengasingan petempatan bagi ketiga-
tiga kaum. Orang Melayu diletakkan di kawasan luar bandar, orang
Cina di kawasan lombong dan bandar manakala orang India di estet
getah.
Pengasingan ini telah menyebabkan wujud banyak perbezaan antara
ketiga-tiga kaum ini.
Perbezaan agama dan budaya bukan sahaja menambahkan sikap
prasangka tetapi telah menghalang interaksi antara kaum
Perbezaan ekonomi ini juga menyebabkan pengagihan pendapatan
dan pembahagian guna tenaga yang tidak seimbang antara kaum.
Setiap kaum menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan
pendidikan di sekolah beraliran bahasa ibunda masing-masing. Jurang
perbezaan semakin meluas kerana sekolah ini menggunakan bahasa
pengantar masing-masing. Kurikulum dan sukatan pelajaran juga tidak
seragam.
 PENDUDUKAN JEPUN
- Penduduk menderita kekurangan makanan, penyebaran
penyakit dan keadaan ekonomi yang semakin merosot
menyebabkan penduduk tempatan menubuhkan Malayan
People Anti Japanese Army (MPAJA) bagi bukan Melayu dan
Wataniah untuk orang Melayu.
-Dasar yang diamalkan oleh Jepun semasa pendudukannya
di Tanah Melayu selama tiga tahun setengah juga turut
merumitkan lagi keadaan sedia ada. Dasar Jepun yang pro-
Melayu dan memusuhi orang Cina telah menyebabkan
permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina meningkat.
Jepun telah mengambil ramai orang Melayu menjadi polis
dan tentera. Orang Cina pula telah lari ke dalam hutan dan
melancarkan serangan gerila menentang Jepun. Dasar Jepun
ini akhirnya menjadikan konflik Melayu-Cina lebih terbuka,
perkara ini dapat dilihat dengan jelas apabila orang Cina
membalas dendam ke atas orang Melayu semasa berlaku
kekosongan kuasa setelah Jepun menyerah diri kepada pihak
berikat
Peranan Akhbar dan Persatuan
 Selain daripada itu, akhbar dan persatuan yang
ditubuhkan adalah berdasarkan kepada etnik.
Akhbar yang diterbitkan menggunakan bahasa
berlainan seperti Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris
terlalu memberi penekanan kepada kegiatan
kumpulan etnik masing-masing. Persatuan politik,
sosial dan ekonomi yang ditubuhkan berteraskan
kepada etnik masing-masing telah menguatkan lagi
keperibadian etnik, kebencian dan prasangka antara
satu sama lain
USAHA-USAHA KE ARAH
KEMERDEKAAN
1) KE ARAH PERPADUAN
_ Perpaduan semua kaum sbg syarat utama British memberi
kemerdekaan T. Melayu
_ Langkah pertama –penubuhan Jawatankuasa Perhubungan
Antara Kaum
-Jawatankuasa untuk mengkaji sistem pendidikan untuk mewujudkan
perpaduan diketua oleh L.J. Barnes
-Jawatankuasa Fenn-Wu untuk mengkaji sistem pendidikan Cina.
LANGKAH AWAL MENUJU
KEMERDEKAAN
SISTEM AHLI 1951
_ British memperkenalkan sistem ahli 1951-memberi
pendedahan dan latihan kpd pemimpin tempatan dlm
hal ehwal pentadbiran sebelum membuat persetujuan
memberi kemerdekaan kpd Tanah Melayu
_ Anggota yang dilantik sebagai menteri yang berkuasa
dalam bidang2 tertentu
_ Ahli2 dilantik oleh Kerajaan British bukan
dipilih oleh rakyat – keanggotaan pelbagai
kaum termasuk pegawai British

_Cth: Dato’ Onn Jaafar- Ahli Hal Ehwal Dalam


Negeri, Dr. Lee Ting Keng- Ahli Kesihatan, E.
E. C Thuraisingham- Ahli Pelajaran, Tunku
Yaakob-Ahli Pertanian dan Perhutanan, O.A
Spencer- Ahli Hal Ehwal Ekonomi
PILIHAN RAYA MAJLIS
TEMPATAN 1951-1952
_ Diperkenalkan oleh British bertujuan memberi
pendedahan dan pengalaman kpd
pemimpin dan penduduk T. Melayu kpd
amalan demokrasi
_ Memilih anggota perwakilan peringkat
penguasa tempatan
_ dilihat sebagai permulaan persiapan
berkerajaan sendiri – dimulai dgn pilihan raya
di Pulau Pinang 1951
PERKEMBANGAN PARTI POLITIK
1951-1955
 UMNO adalah parti politik yang ditubuhkan pada 11
Mei 1946. Pada mulanya UMNO ditubuhkan sebagai
wadah orang Melayu untuk menentang Malayan
Union dan kemudiannya sebagai parti orang Melayu
untuk menuntut kemerdekaan.
 Parti Malayan Indian Congress (MIC) ditubuhkan
pada bulan Ogos 1946 oleh ahli perniagaan India
iaitu John A. Thivy. Tujuan utama penubuhan MIC
ialah untuk menjaga kepentingan orang India,
memperjuangkan kemajuan politik orang India
bersama-sama dengan kaum lain di Tanah Melayu
dan menyokong perjuangan kebangsaan di India.
 Manakala Malayan Chinese Association (MCA)
tubuhkan tiga tahun selepas MIC iaitu pada 27
Februari 1949. Presiden parti MCA ialah Tan Cheng
Lock. MCA ditubuhkan untuk menghadapi keadaan
yang timbul akibat pengisytiharan darurat dan
menyekat pengaruh PKM yang semakin meluas
dalam kalangan orang Cina.
 IMP pula ditubuhkan pada tahun 1951 oleh Dato’ Onn
selepas beliau meninggalkan UMNO. Parti ini
ditubuhkan sebagai parti yang mewakili semua kaum
untuk mewujudkan perpaduan kaum bagi memenuhi
syarat kemerdekaan.
 Parti Islam Se-Malaya atau PAS telah ditubuhkan
pada tahun 1951 dan dipimpin oleh Haji Ahmad Fuad
sebagai presiden pertama.
PILIHAN RAYA UMUM 1955

Pilihan Raya Umum pertama 1955 diadakan


pada 27 Julai 1955 bagi merebut 52 kerusi
UMNO menyerahkan 15 kerusi kepada MCA
dan 2 kepada MIC walaupun majoriti
pengundi adalah orang Melayu
Parti2 yg bertanding: PERIKATAN, PAS, Parti
Negara, Parti Buruh, Liga Melayu Perak, Parti
Progresif Rakyat dan calon bebas
Moto parti PERIKATAN dlm pilihan raya ini-
Menuju Ke arah Kemerdekaan
Keputusan: PERIKATAN menang 51 kerusi, 1
kerusi dimenangi PAS di kaw. Kerian, Perak
RUNDINGAN KEMERDEKAAN

Pd 8 Ogos 1955, Tunku Abdul Rahman telah


hantar satu memorandum ke Pejabat Tanah
Jajahan British - merundingkan kemerdekaan
T. Melayu

Pd 1 Jan. 1956- rombongan kemerdekaan


bertolak ke London: 4 wakil Raja-raja Melayu
(ketua-Dato’ Hj Ab.Wahab b. Hj Ab. Aziz) dan
4 wakil PERIKATAN (ketua- TAR)
SURUHANJAYA REID

S/jaya Reid ditubuhkan pada Mac 1956-


pengerusi Lord Reid dr Britain.
Turut dianggotai 4 hakim dari negara-negara
komanwel-Sir Ivor Jennings (Britain), Sir William
McKell (Australia), Hakim B.Malik (India) dan
Hakim Abdul Hamid (Pakistan)
Bertujuan-menggubal satu perlembagaan
baru bagi Persekutuan Tanah Melayu yang
merdeka berasaskan pemerintahan secara
demokrasi berparlimen
 S/jaya Reid mempelawa pandangan drp
pelbagai pihak secara bertulis/lisan.
 Sebanyak 131 buah memorandum dapat
dikumpulkan. Dua yg penting dihantar oleh
parti PERIKATAN dan Raja-raja Melayu
 Setelah bersidang sebanyak 118 kali,
suruhanjaya ini mengesyorkan satu bentuk
Perlembagaan Tanah Melayu dikaji semula
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 1957
Perlembagaan baru Persekutuan Tanah Melayu
berkuatkuasa mulai 27 Ogos 1957
Ciri-ciri Perlembagaan
-Ketua Negara ialah Yang Di Pertuan Agong
-Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri
-Badan Perundangan di prgkt Persekutuan
ialah
-Dewan Rakyat & Dewan Negara(Parlimen)
-Ketua Perlembagaan di prgkt ngri
ialah Raja/ Gabenor & diwujudkn
Dewan Undangan Negeri
-Kerakyatan berdasarkn kepada ciri-
ciri tertentu
-Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan
-Agama Islam adalah agama rasmi
persekutuan
-Keistimewaan orang-orang Melayu
dijamin oleh Perlembagaan
PENGISYTIHARAN
KEMERDEKAAN
Tepat jam 12 tgh mlm 30 Ogos 1957,
bendera Union Jack diturunkan di hdpn
bangunan Sultan Abd. Samad, Padang
kelab Selangor dan diganti dgn
bendera Persekutuan Tanah Melayu sbg
tanda berakhirnya penguasaan British di
T. Melayu
 Esok paginya pd 31 Ogos 1957, di
Stadium Merdeka, Duke of Gloucester
yg mewakili Ratu Elizaberth II dari Britain
menyerahkan dokumen pengisytiharan
kemerdekaan kpd Tunku Abd Rahman-
Perdana Menteri pertama PTM
 Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum
Yamtuan Muhamad telah ditabalkan
sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang
pertama
KESIMPULAN

Kemerdekaan Persekutuan Tanah


melayu pada 31 Ogos 1957
bukanlah dicapai dengan mudah.
Generasi sekarang seharusnya
diajar menghargai kemerdekaan
dengan menjadi warganegara
yang berjaya agar negara tidak
lagi dijajah dalam apa keadaan
jua pada masa akan datang.

You might also like