You are on page 1of 5

INFO-INFO MENARIK SEJARAH

1. APA ITU KONSEP NASIONALISME?


Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap
bangsa dan negara. Nasionalisme boleh diertikan sebagai semangat
kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dengan
perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan
negara. Selain itu nasionalisme bermaksud gerakan untuk mencapai
kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing.
Idea nasionalisme tidak sama antara negara dengan zaman kerana idea
tersebut berkait rapat dengan pengalaman sejarah dan pengaruh sekeliling
seperti keturunan, agama, bahasa dan adat resam.

2. TAHUKAH ANDA ?

Pada zaman pendudukan Jepun di negara kita, terdapat dua organisasi


ketenteraan yang ditubuhkan oleh Jepun untuk berkerjasama dengan
pentadbiran Jepun.Namun pada masa yang sama organisasi ini juga
menyertai gerakan bawah tanah menentang Jepun untuk menuntut
kemerdekaan. Organisasi tersebut ialah “Giyu Gun” dan “Giyu Tai”.

Giyu Gun atau Pembela Tanah Air (PETA) ialah pasukan tentera sukarela
yang ditubuhkan membantu Jepun mempertahankan Tanah Melayu.

Giyu Tai pula ialah pasukan yang membantu pertahanan persisiran pantai
dan menjaga ketenteraman awam.

3. FAKTA SEJARAH HARI INI


British Military Administration (BMA) atau Pentadbiran Tentera British
diisytiharkan di negara kita selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Selepas
itu British melaksanakan Pentadbiran Malayan Union di Tanah Melayu.
Pelaksanaan Malayan Union mendapat bantahan secara besar-besaran
daripada penduduk tempatan menyebabkan British menggantikannya dengan
Persekutuan Tanah Melayu 1948. Di Sarawak Charles Vyner Brooke
bertindak menyerahkan Sarawak kepada Kerajaan British. Majoriti penduduk
Sarawak menentang penyerahan Sarawak kepada British. Manakala di
Sabah British berjaya mengambil alih Sabah daripada SBUB tanpa sebarang
penentangan.
4. PERISTIWA SUNGKIT BERDARAH

Rosli Dhoby pejuang kemerdekaan Sarawak telah menikam Duncan Stewart


dan seminggu kemudian, Duncan Stewart meninggal dunia di Hospital
Singapura. Peristiwa ini dinamakan dengan nama “sungkit berdarah”.
Pembunuhan Duncan Stewart memberikan kesempatan kepada British untuk
menindas gerakan antipenyerahan Sarawak. Anthony Brooke merayu semua
persatuan antipenyerahan supaya menghentikan usaha menentang
penyerahan pada 5 Februari 1951. Rosli Dhoby, Morshidi Sidek, Awang
Rambli dan Bujang Suntong dikenakan hukuman gantung hingga mati.
Gerakan antipenyerahan Sarawak menemui kegagalan namun memberikan
kesedaran dan membangkitkan nasionalisme dalam kalangan penduduk
tempatan.

______________________________________________________________

5. APA YANG ANDA TAHU TENTANG KOMUNISME?


Komunisme ialah ideologi yang diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich
Engels.
Perkataan komunis membawa maksud orang yang menganut fahaman
komunis. Komunisme adalah satu fahaman politik yang menjadikan ekonomi
dan barang pengguna sebagai milik negara. Percubaan untuk menyebarkan
ideologi komunis di negara kita bermula sejak tahun 1920-an. Pada masa
tersebut terdapat dua buah negara yang terlibat dalam penyebaran fahaman
komunis iaitu China dan Indonesia. Komunis melakukan pelbagai tindakan
untuk melumpuhkan ekonomi negara dan mengugat kestabilan politik.
Matlamat komunis adalah untuk merampas kuasa daripada British dan
menggantikannya dengan sebuah Republik Komunis. Namun British berjaya
menawan hati dan fikiran rakyat untuk bersama-sama membanteras ancaman
komunis.
______________________________________________________________
6. SISTEM AHLI
Sistem Ahli bermaksud sistem yang melatih penduduk tempatan menerajui
pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu. Anggotanya terdiri daripada
beberapa orang dari Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). Sistem Ahli
dilaksanakan pada bulan April 1951 hingga Jun 1955. Setiap Ahli bertaraf
"Menteri" dan bertanggungjawab menjaga portfolio yang mengandungi
jabatan dan agensi kerajaan. Ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British
dengan persetujuan Majlis Raja-raja.Mereka bertanggungjawab
mencadangkan undang-undang berkaitan dengan jabatannya.
7. PILIHAN RAYA
Pilihan raya diadakan untuk membolehkan rakyat memilih wakil dalam
membentuk kerajaan. Pilihan raya menyaksikan pengamalan sistem
demokrasi di sesebuah negara. Di negara kita pilihan raya bermula dengan
pilihan raya majlis perbandaran, pilihan raya negeri dan pilihan raya umum
yang diadakan pada tahun 1955. Melalui Pilihan Raya Majlis Perundangan
Persekutuan 1955, sebanyak 52 orang ahli dipilih untuk menganggotai Majlis
Perundangan Persekutuan yang akhirnya membentuk cabinet pertama di
negara kita. Semenara itu, pilihan raya juga diadakan di Sarawak dan Sabah
bagi memilih wakil masing-masing dalam kerajaan tempatan.
______________________________________________________________
8. ROMBONGAN KEMERDEKAAN KE LONDON
Perjalanan rombongan rundingan kemerdekaan ke London diketuai oleh
Tunku Abdul Rahman. Tunku Abdul Rahman berangkat dari Kuala Lumpur ke
Singapura. 1 Januari 1956, rombongan kemerdekaan berlepas dari
Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura menaiki kapal laut, M.V Asia.
Rombongan berhenti di Karachi, Pakistan kemudian berlepas ke London.
Rombongan tiba di London pada 14 Januari 1956. Rundingan berlangsung
dari 18 Januari sehingga 6 Februari 1956. Akhirnya rombongan
kemerdekaaan selamat kembali di Lapangan Terbang Batu Berendam,
Melaka. Rombongan diarak hingga ke Padang Banda Hilir, Melaka. Tunku
Abdul Rahman memaklumkan melalui Perjanjian Kemerdekaan negara akan
diberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Rakyat melaungkan “Merdeka”
dengan bergemuruh
______________________________________________________________
9. PENGERTIAN KEMERDEKAAN
Merdeka bererti bebas daripada cengkaman kuasa asing dan bebas
menentukan pemerintahan dan hala tuju negara. Takrif merdeka menurut
Kamus Dewan ialah bebas daripada penjajahan, kurungan atau naungan.
Negara merdeka bermakna negara yang berdaulat iaitu mempunyai kuasa
tertinggi. Menurut Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang
pertama, Kemerdekaan ibarat perhentian dalam perjalanan yang jauh.
Manakala Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia
berpendapat
Merdeka bermaksud menghayati jiwa merdeka dengan menyayangi negara
sepenuh hati dan sanggup berkorban demi negara ini dengan apa-apa cara
sekalipun.

10. KONSEP KEDAULATAN


Kedaulatan ditakrifkan sebagai kekuasaan tertinggi dan kewibawaan
sesebuah negara yang bebas serta mempunyai hak untuk melaksanakan
pemerintahan dan pentadbiran negara. Menurut Bahasa Yunani kedaulatan
bermaksud agung atau tinggi. Bahasa Inggeris pula mentakrifkan kedaulatan
sebagai negara mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan. Menurut
pandangan tokoh Aristotle Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi dalam
sistem pemerintahan sesebuah negara.
______________________________________________________________
11. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perlembagaan persekutuan merupakan dokumen undang-undang bertulis
yang menjadi teras pada sistem pemerintahan negara. Perlembagaan digubal
berdasarkan undang-undang negeri melayu yang sedia ada dan juga
tambahan unsur baharu. Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai
ciri tradisional dan moden yang menjadikan perlembagaan di negara kita unik.
Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa seiring dengan kemerdekaan
negara pada 31 Ogos 1957. Selepas itu, perlembagaan dipinda bagi
menyesuaikan dengan keperluan semasa.
______________________________________________________________
12. RAJA BERPERLEMBAGAAN
Raja Berperlembagaan merupakan sebahagian daripada pentadbiran negara
apabila Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf kedudukan dan peranan
institusi beraja. Jawatan Yang Dipertuan Agong diwujudkan selepas negara
mencapai kemerdekaan. Yang Dipertuan Agong dipilih dalam kalangan raja
yang memerintah di Sembilan buha negeri dalam Persekutuan. Kedudukan
Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara termaktub dalam
perkara 32 Perlembagaan Persekutun. Yang Dipertuan Agong menjadi punca
kedaulatan, ketaatan, perpaduan, kebesaran dan kemuliaan negara
______________________________________________________________
13. SISTEM PERSEKUTUAN MALAYSIA
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Persekutuan.
Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri dan membentuk
sebuah negara bersekutu. Antara unsur penting dalam sebuah negara
Persekutuan termasuklah wujudnya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri serta pembahagian kuasa dalam sistem pentadbiran.

14. TRAGEDI HUBUNGAN ANTARA KAUM

Peristiwa rusuhan antara kaum berlaku pada 13 Mei 1969, bermula beberapa
hari setelah diadakan Pilihanraya Umum Ketiga. Keputusan Pilihan Raya
menyebabkan berlakunya ketegangan antara penyokong parti politik yang
memprovokasikan keadaan. Situasi ini mencetuskan rusuhan antara kaum di
negara kita. Rusuhan berlaku tertumpu di Kuala Lumpur, Selangor dan kawasan
sekitarnya. Faktor berlakunya rusuhan kaum adalah seperti ketidakseimbangan
dalam ekonomi dan sosial di negara kita dan terdapat parti politik yang
mengeksploitasi isu yang menyentuh sensitivity kaum semasa berkempen.
Rusuhan kaum diatasi dengan melaksanakan darurat di seluruh negara.

________________________________________________________________

15. PERPADUAN KAUM

Perpaduan Kaum ialah keadaan rakyat daripada pelbagai etnik, agama, wilayah
hidup dengan aman dalam masyarakat yang bersatu. Mereka memberikan
komitmien yang penuh kepada identity kebangsaan berlandaskan
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Integrasi nasional pula
merupakan satu proses dinamik yang merapatkan hubungan masyarakat antara
negeri dengan wilayah bagu membentuk satu bangsa.

________________________________________________________________

16. SUKAN KOMANWEL

Sukan Komanwel merupakan sukan yang terbesar di dunia selepas Sukan


Olimpik. Sukan ini diadakan setiap empat tahun sekali. Penyertaan Malaysia
dalam sukan ini mampu mengeratkan hubungan antara negara anggota.
Pencapaian atlet kita dalam sukan ini telah mengharumkan nama negara.
Malaysia pernah menjadi tuan rumah sukan ini pada tahun 1998.

You might also like