You are on page 1of 8

Tokoh Kemerdekaan

TOKOH KEMERDEKAAN Peranan Tokoh - Tokoh Kemerdekaan Kemerdekaan


negara yang dicapai pada 31 Ogos 1957 telah diusahakan oleh para pemimpin yang
berwibawa. Sikap bekerjasama dan sentiasa mengutamakan perundingan dan kata
sepakat telah menjadi pendekatan terbaik mereka dimana kemerdekaan negara
yang dicapai tidak melibatkan pertumpahkan daranh. Antara tokoh-tokoh penting
kemerdekaan negara termasuklah:

Tunku Abdul Rahman Putra


Tunku Abdul Rahman Putra dalam sepanjang hayatnya beliau telah menunjukkan
kehebatan sebagai pemimpin yang berwibawa dalam pelbagai bidang, seorang
pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi untuk
membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Penglibatan menentang Malayan
Union, mengemudi kepimpinan UMNO melalui perubahan slogan dari Hidup Melayu
kepada Merdeka, mengatur strategi pakatan antara kaum dengan kerjasama

pihak Majlis Raja-Raja Melayu telah membuktikan kepimpinan Tunku sehingga


berjaya mencapai kemerdekaan secara aman melalui meja rundingan. Liku,
cabaran, perit jerih terbayar dek nikmat kemerdekaan yang diwarisi sehingga
kini dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu merasa terhutang budi kepada Tunku
- Bapa Kemerdekaan.

Tun Abdul Razak Beliau merupakan Timbalan Presiden UMNO dan Tinbalan
Perdana Menteri. Beliau telah memainkan peranan sebagai perunding dalam
tuntutan kemerdekaan di London pada tahun1956 . Beliau juga menjadi perunding
dalam tuntutan kemerdekaan di London pada tahun 1956. Beliau itu juga menjadi
perunding dalam menyiapkan perlembagaan Kemerdekaan 1957. Selain itu , beliau
telah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956 yang menggubal
sistem pendidikan kebangsaan negara. Laporan itu dikenal sebagai Penyata Razak

pada tahun 1957. Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Perdana Menteri
Malaysia yang kedua pada tahun 1970.

Tun Sir Henry H.S. Lee

Ketokohan, pengorbanan dan jasa Tun Sir Henry H.S. Lee dalam mencapai
perpaduan kaum dan kemerdekaan negara amat terserlah dan perlu dikenang
selama-lamanya. Beliau memainkan peranan yang penting dalam penubuhan MCA,
perancang utama penubuhan perikatan UMNO-MCA, penentang komunis di zaman
darurat dan merupakan pejuang negara semasa menuntut Kemerdekaan Malaya.
Apabila Malaya merdeka, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kewangan antara
tahun 1957 hingga 1959. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan beliau telah
menjadi salah satu kebanggaan negara.

Tun V.T. Sambanthan

Tun V.T. Sambanthan merupakan seorang pejuang daripada masyarakat India


yang dilahirkan pada 16 Jun 1919 di kawasan pedalaman di Sungai Siput, Perak.
Kepimpinan beliau terserlah apabila dilantik menjadi Presiden Kongres India
Malaya ketika berusia 36 tahun. Kemudian Tun V.T. Sambanthan dilantik menjadi
menteri penuh dalam pelbagai kementerian. Sepanjang tempoh menjadi menteri
kabinet begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Tun V.T. Sambanthan
terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan dari segi
kemudahan kepada rakyat serta semangat patriotisme pada masa itu.

SEJARAH MERDEKA
TANGGAL 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh bersejarah bagi
seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.
Namun, slogan, laungan merdeka dan cuti umum tidak membawa apa-apa kesan
jika rakyat tidak menghayati dengan penuh kesedaran dan kesyukuran nilai
kemerdekaan yang sebenarnya.
Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan perkataan merdeka.
Ia

merupakan

penghayatan

dan

pemahaman

maksud

serta

kepentingan

mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi.


Mungkin ramai yang tidak mengetahui erti kemerdekaan yang sebenar. Erti
kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada cengkaman penjajah semata-mata,
malah kebebasan minda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang
mahu melihat berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di
Malaysia.
Kemerdekaan telah mengangkat maruah dan kedaulatan negara. Ia adalah
sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Rakyat Malaysia yang cintakan negara wajar
memelihara nama baik negara di mana sahaja mereka berada. Dari sudut
keselamatan, maruah dan kedaulatan negara bukan sahaja dipikul oleh anggota
keselamatan tetapi turut dipikul bersama oleh seluruh rakyat.
Kemerdekaan ini bukanlah takdir semata-mata tetapi adalah hasil usaha pejuang
dan pemimpin terdahulu. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, marilah kita
bersama-sama menjaga maruah serta kedaulatan negara. Sematkan juga di dalam
diri semangat cintakan negara serta sentiasa menjaga dan menjulang nama baik
Malaysia walau di mana kita berada

MENELUSURI JEJAK KEMERDEKAAN


Menyorot kembali sejarah kemerdekaan negara, Kongres Melayu pertama yang
diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 telah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Kebangsaan (UMNO). Usaha ini memantapkan perjuangan dan
pembentukan negara dengan bangsa yang berdaulat.Walaupun Tanah Melayu
diisytiharkan darurat pada 1948 akibat pemberontakan komunis, namun ia
sedikitpun tidak mematahkan semangat para pejuang kemerdekaan tanah air
tercinta.Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London
untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Walaupun percubaan sulung itu tidak
berjaya, kemerdekaan akhirnya tercapai setelah melalui peristiwa seperti
kronologi berikut:
KRONOLOGI MENCAPAI KEMERDEKAAN
27 Julai 1955
Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan kerjasama
dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan
pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan raya
tersebut.
1O Ogos 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil
Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India

18 Januari 6 Februari 1956


Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu di London.

8 Februari 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957
sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
20 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang
Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka
21 Mac 1956
Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk
mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
28 29 Disember 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis.
Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng,
Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).
30 Ogos 1957
Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan
Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu
tanda negara mencapai kemerdekaan.
31 Ogos 1957
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka,
Kuala Lumpur.

Antara perkara paling penting yang dapat dikutip dan dijadikan teladan serta
dihayati di akhir perjuangan kemerdekaan ini adalah wujudnya persefahaman di
antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Persefahaman ini telah
menjadi resepi utama perpaduan dalam kalangan penduduk di Malaysia. Semoga
persefahaman ini berkekalan dan perpaduan terus mekar bagi menjamin
keamanan dan kesejahteraan Malaysia.

You might also like