You are on page 1of 12

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

BAPA KEMERDEKAAN

Ibarat kata pepatah Melayu Harimau mati meninggalkan belang, manusia


mati meninggalkan nama. Begitulah ungkapan yang paling bererti untuk
mengenang jasa dan sumbangan negarawan ulung Tunku Abdul Rahman Putra.
Sepanjang hayatnya, Tunku telah menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin
yang berwibawa dalam pelbagai bidang, seorang pejuang yang berjiwa
kental dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi untuk
membebaskan negara dari cengkaman penjajah.
TUN SIR HENRY H.S LEE

Ketokohan, pengorbanan dan jasa Tun Sir Henry H.S. Lee dalam mencapai
perpaduan kaum dan kemerdekaan negara amat terserlah dan perlu dikenang
selama-lamanya. Beliau memainkan peranan yang penting dalam penubuhan MCA,
perancang utama penubuhan perikatan UMNO-MCA, penentang komunis di zaman
darurat dan merupakan pejuang negara semasa menuntut Kemerdekaan Malaya.
Apabila Malaya merdeka, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kewangan
antara tahun 1957 hingga 1959. Sesungguhnya, jasa dan
pengorbanan beliau telah menjadi salah satu kebanggaan negara.
TUN V.T. SAMBANTHAN

Tun V.T. Sambanthan merupakan seorang pejuang daripada masyarakat


India berasal Sungai Siput, Perak. Kepimpinan beliau terserlah apabila dilantik
menjadi Presiden Kongres India Malaya ketika berusia 36 tahun.
Kemudian Tun V.T. Sambanthan dilantik menjadi menteri penuh
dalam pelbagai kementerian. Sepanjang tempoh menjadi menteri cabinet
begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Tun V.T. Sambanthan terutama
berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan dari segi
kemudahan kepada rakyat serta semangat patriotisme pada masa itu.
DATO ONN BIN JAAFAR

Dato' Sir Onn Jaafar (12 Februari 1895 - 19 Januari 1962) merupakan
pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947
tetapi beliau telah meletakkan jawatan tiga tahun kemudian iaitu
pada 18 Mei 1950 untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.
DATO HAJI ABDUL WAHAB BIN HAJI AZIZ
PANGLIMA BUKIT GANTANG

Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul
Aziz merupakan bekas Menteri Besar Perak dari 1 Februari 1948
hingga 1 Ogos 1957. Beliau mendapat gelaran Orang Kaya-kaya Dato
Panglima Bukit Gantang dari Perak iaitu pembesar Perak empat.
Beliau menubuhkan Perikatan Melayu Perak pada 27 Januari 1946
untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Beliau juga
memainkan peranan penting dalam usaha menubuhkan Parti UMNO
pada tahun 1946 bersama dengan Dato Onn Jaafar dari Johor .
TUN DATO SRI TAN CHENG LOCK

Tun Dato Sri Tan Cheng ialah seorang pemimpin politik Cina
di Tanah Melayu yang merupakan presiden pertama Persatuan Cina Tanah
Melayu (MCA) pada tahun 1949. Dalam tempoh hampir 40 tahun,
Tan memberikan pimpinan dan berjuang untuk politik, pendidikan, dan
kebajikan masyarakat orang-orang Cina di Tanah Melayu. Dalam
perjuangannya, beliau mempergunakan arena-arena politik dan
ekonomi. Selain daripada menggunakan perdebatan, ucapan, kritikan
dan ulasan, beliau juga mempergunakan memorandum
dan petisyen dalam pengemukaan persoalan-persoalan.
TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN

BAPA PEMBANGUNAN

Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein (11 Mac 1922
14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua
yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau terkenal
dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB; 1971) yang bertujuan
untuk mengatasi masalah dalam ekonomi dan sosial yang telah
membangkitkan antagonisme, perkauman dalam kalangan
masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya,
beliau telah dikenang sebagai " Bapa Pembangunan".
TUN DR. ISMAIL BIN DATO ABDUL RAHMAN

Beliau dilahirkan pada 4 November 1915, segala jasa dan


pengorbadan Tun Dr.Ismail Bin Dato' Hj.Abdul Rahman terhadap
negara sentiasa dikenang walaupun selepas ketiadaannya.
Mantan Timbalan Perdana Menteri Ke-2 ini diperakui pakar
dalam hubungan antarabangsa dan mempunyai rekod cemerlang
dalam hal- ehwal dalam negeri. Ringkasnya, beliau adalah
pemimpin yang bergandingan dengan Tunku Abdul Rahman
dan Tun Abdul Razak dalam proses memperkukuhkan
negara bangsa Malaysia.
DETIK DETIK KEMERDEKAAN

Perjanjian Kemerdekaan antara Tunku dengan Lord


Lennox-Byod pada 8 Februari 1956

Rombongan Kemerdekaan
Upacara Pengisytiharaan Kemerdekaan di
Stadium Merdeka.

MERDEKA !
MERDEKA !
MERDEKA !
DETIK-DETIK
KEMERDEKAAN
tema hari
kemerdekaan

2017

You might also like