You are on page 1of 7

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

AL-HAJ

Nama sebenar Tunku adalah Tengku Abdul Rahman Putera ibni Abdul Hamid

Halim Shah atau nama gelaran beliau adalah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Beliau dilahirkan dengan berdarah keturunan raja iaitu pada 8 Februari 1903.

Kecerdikan beliau dalam menangani segala masalah rakyat dan negara

telah menyebabkan akhirnya Tanah Melayu yang dahulu dijajah oleh beberapa

kuasa asing bermula tahun 1511 sehingga 1957 iaitu selama 446 tahun yang

merupakan suatu tempoh yang agak lama negara kita dijajah. Walau

bagaimanapun, akhirnya Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan

tanpa sebarang pertumpahan darah pada 31 Ogos 1957. Ini kerana bagi beliau

untuk mencapai kermerdekaan dan keamanan tidak perlu dengan kekerasan

tetapi cukup dengan perundingan dan perbincangan. Melalui prinsip beliau,

akhirnya Tunku berjaya memerdekakan Tanah Melayu dan dapat menyatukan

semua kaum di Malaysia yang terdiri dari tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan

India serta lain-lain.Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990.


TUN ABDUL RAZAK BIN

HUSSIEN

Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein dilahirkan pada 11 Mac
1922.Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari
tahun 1970 sehingga 1976. Beliau terkenal dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru
(DEB) yang bertujuan untuk mengatasi masalah dalam ekonomi dan sosial yang
telah membangkitkan antagonisme, perkauman dalam kalangan masyarakat
Malaysia yang pelbagai kaum.

Beliau dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang,serta merupakan anak


sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud.
Beliau juga merupakan keturunan bangsawan yang menjadi ketua-ketua bagi suku
kaum di Pahang. Tun Hussein Onn juga berperanan untuk menjadi penggantinya
sebagai Perdana Menteri yang ketiga . Manakala anak sulungnya, Dato' Seri
Mohd Najib bin Abdul Razak, menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam
setelah menggantikan Tun Abdullah bin Ahmad Badawi pada tahun 2009. Anak-
anaknya yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed
Nazim dan Mohamed Nazir.beliau meninggal dunia pada 14 Januari 1976.Selepas
kematiannya,beliau telah dikenang sebagai ‘Bapa Pembangunan’
TUN TAN CHENG LOCK

Beliau dilahirkan pada 5 April 1883 di Jalan Heeren, Melaka, Tan ialah anak
ketiga dalam sebuah keluarga yang terdiri daripada tujuh adik beradik. Pada
tahun 1899, beliau memperoleh pendidikan Inggerisdi Sekolah Tinggi Melaka, dan
kemudiannya di Institusi Raffles di Singapura.

Selepas persekolahan, Tan bertugas sebagai seorang guru selama enam tahun
sebelum meletakkan jawatannya untuk menjadi Penolong Pengurus di Ladang
Getah Bukit Kajang Berhad, sebuah ladang getah yang dimiliki oleh saudara
sepupunya.

Pada tahun 1909, beliau memulakan syarikat sendiri yang mula-mulanya


digelarkan Ladang Getah Melaka Pindah Berhad dan kemudiannya, Ladang Getah
Melaka Bersatu Berhad dan akhirnya Ladang Ayer Molek Berhad.

Pada tahun 1913, Tan berkahwin dengan Yeo Yeok Neo, anak kepada Yeo Tin
Thye, Presiden Persatuan Hokkien Melaka. Mereka dikurniakan dengan seorang
anak lelaki, Tun Tan Siew Sin (bakal Menteri Kewangan Malaysia) dan empat
orang anak perempuan.

Beliau meninggal dunia pada 16 Disember 1960 di Hospital Besar


Melaka akibat sakit jantung ketika berumur 77 tahun.
TUN V.T SAMBANTHAN

Beliau Dilahirkan pada 16 Jun 1919 di kawasan pedalaman Sungai Siput,


Negeri Perak, Sambanthan bersekolah di Sekolah Clifford di Kuala Kangsar,
Perak. Beliau amat cemerlang dalam pelajarannya dan kemudian memperoleh
ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Annamalai di India Utara.

Sejak kecil lagi, Sambanthan sangat aktif dalam pelbagai kegiatan sekolah
dan universiti. Pada 31 Ogos 1957 apabila kemerdekaan dicapai, Tun V.T.
Sambanthan merupakan salah seorang dari yang menandatangani Perjanjian
Kemerdekaan. Lalu Sambanthan dilantik menjadi Menteri Kesihatan. Seterusnya
pada tahun 1959, Sambanthan dilantik menjadi Menteri Tenaga, Telekom dan
Pos. Jawatan yang terakhir dipegang oleh Sambanthan ialah Menteri Perpaduan
Negara. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet, begitu banyak jasa yang
telah dicurahkan oleh Sambanthan, terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat
yang berbilang kaum. Sambanthan juga turut berjasa dalam menyatukan
masyarakat India di Fiji dengan masyarakat pribumi. Pada tahun 1973,
Sambanthan meletakkan jawatan Presiden Kongres India serta Menteri
Perpaduan Negara disebabkan usianya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1979,
akibat penyakit jantung. Bagi mengenang jasanya kepada negara, jalan
Brickfields di Brickfields, Kuala Lumpur ditukar kepada Jalan Tun Sambanthan
sejak 1982 . Serta, Sistem Monorail Kuala Lumpur juga ada nama stesen sempena
namanya Tun Sambathan, iaitu Stesen Monorel Tun Sambanthan.
DATO’ ONN BIN JA’AFAR

Dato' Onn bin Jaafar dilahirkan pada 12 Februari 1895. Beliau


merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO). Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1
Jun 1947 tetapi beliau telah meletakkan jawatan tiga tahun kemudian iaitu
pada 18 Mei 1950 untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.

Beliau dilahirkan di Batu Pahat, Johor serta merupakan anak kepada Datuk
Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang
kerabat diraja Johor, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu
Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan
pelajarannya di England.

Beliau pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa


zaman Pendudukan Jepun, beliau menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri
Johor.

Beliau bertugas sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat era pentadbiran


penjajah British, tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar
jajahan. Onn Jaafar menggantikan tempat Encik Ismail bin Datul Abdullah bin
Abdul Rahman , pegawai daerah yang telah dibunuh dengan secara kejam oleh
askar-askar komunis 'Bintang Tiga' di Benut pada 10 Jun 1945.
Selepas Jepun menyerah kalah, ramai orang Melayu yang bekerja sebagai polis
dan ketua kampung telah ditangkap,ZA hilang dan dibunuh oleh MPAJA antara
Mac-April 1945 . Parti Komunis Malaya sejak hujung 1944 telah menyerang balai
polis Jepun dan konvoi . Rasa benci orang Melayu terhadap orang Cina memuncak
lalu menubuhkan tentera sabilillah. Onn Jaafar atas arahan Sultan Johor telah
berunding dengan Kiai Salleh supaya menghentikan sengketa Melayu-Cina itu.
Kemaraan Tentera Selempang Merah yang berbekal tangkal azimat dan
citra jihad berjaya disekat.

Beliau meninggal dunia pada 19 Januari 1962.


TUN H. S. LEE

Tun Sir Henry Lee Hau-shik, lebih dikenali sebagai Tun H. S. Lee (1900 - 1988)
merupakan antara tokoh yang terlibat dalam mendapatkan kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu dan kemudian menjadi Menteri Kewangan pertamanya dalam Jemaah
Menteri Malaya pertama. Beliau juga pernah menjadi Menteri Pengangkutan
dalam kabinet sementara sebelum kemerdekaan.

H. S. Lee merupakan anak sulung kepada seorang usahawan dari


Gaozhou, Guangdong Lee Kwai-lim dan isterinya Kam Kwok-chun. Beliau dilahirkan
di Hong Kong pada 19 November 1900.[1] Pada 1924, H. S. Lee berpindah ke Malaya bagi
membantu perniagaan bapanya. Beliau dengan cepat menyesuaikan diri dan aktif
berpersatuan.

Selepas perang, Tun H. S. Lee merupakan antara tokoh yang terlibat dalam
menubuhkan MCA, dan kemudian bertanggungjawab memulakan kerjasama antara kaum
sehingga mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan.

You might also like